Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 1 Mei 2011

Sejarah Parti Komunis Malaya: Pengenalan dan Perkembangannya Tahun 1930-1941 (Bahagian Pertama).

Pengenalan
IDEOLOGI komunis mula tiba di Semenanjung Tanah Melayu sekitar tahun1920-an, lebih tepatnya di sekitar tahun 1925.


Ketika itu imigran Cina telah membawa buku-buku dan risalah-risalah mengenai ajaran komunis dan disebarkan di kalangan orang Cina di Tanah Melayu.

Hasil dari kegiatan itu, guru-guru dan murid-murid sekolah Cina telah menubuhkan ‘Liga Belia Komunis’ di Singapura pada tahun 1926.

Sehingga 1927, gerakan komunis di Tanah Melayu bergerak di sebalik nama Parti Kuomintang (KMT) kerana wujudnya kerjasama antara Parti Komunis China (PKC) dan KMT di China.

Apabila KMT-PKC berpecah pada tahun 1927 menyebabkan PKC menghantar 5 orang wakilnya ke Tanah Melayu.

Kedatangan mereka telah berjaya menubuhkan Parti Komunis Nanyang di Singapura pada tahun 1927.

Agen-agen komintern yang tiba di Tanah Melayu pada tahun 1928 pula telah mencadangkan supaya Parti Komunis Nanyang disusun semula.

Hasilnya, pada 6 April 1930, satu persidangan komunis telah diadakan di Singapura dan hasilnya lahirlah Parti Komunis Malaya (PKM) yang beribu pejabat di Singapura.

Perkembangan PKM 1930-1941
PKM telah diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia, selain menumpukan kegiatannya di Semenanjung Tanah Melayu.

PKM telah diletakkan di bawah Biro Komunis Antarabangsa Timur Jauh yang berpusat di Shanghai.

Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan kegiatan mereka secara sulit kerana parti ini diharamkan sebab kegiatannya anti-British yang dianggap mengganggu ketenteraman awam.

Sejak 1930, agen-agen komintern mula dihantar ke Tanah Melayu untuk membantu kegiatan PKM.

Pada Jun 1931, seorang agen kanan komintern dari Parsi iaitu Joseph Dacroux telah tiba di Tanah Melayu.

Walau bagaimanapun, beliau telah ditangkap tidak lama selepas ketibaannya di Singapura. Penangkapan dan pengakuannya telah mendedahkan maklumat penting mengenai PKM sehingga menyebabkan ramai anggota dan pemimpin termasuk 14 ahli jawatankuasa PKM ditangkap. Peristiwa itu telah melemahkan PKM untuk seketika.

Sejak tahun 1932, kegiatan PKM mulai pulih apabila mereka diarah untuk melatih pemimpin dan anggota baru.

Pada 6 Mac 1933, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura untuk merangka perlembagaan PKM.

Mesyuarat tersebut telah membuat ketetapan bahawa matlamat utama perjuangan PKM ialah menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Komunis bertindak melumpuhkan ekonomi....
Sejak itu, mereka menjalankan gerakan aktif, mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah-sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Mereka telah berjaya menimbulkan kegelisahan di kalangan pekerja semasa berlakunya kemelesetan ekonomi 1930-an.

Bagi melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu supaya PKM mudah merampas kuasa, mereka telah mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja melakukan mogok.

Akibatnya banyak permogokan berlaku di Tanah Melayu termasuk Singapura pada 1936-1937.

Sebagai contoh, satu permogokan besar berlaku di lombong bijih timah Batu Arang, Selangor pada 1937 di mana 6000 pekerja telah berjaya merampas lombong tersebut dari pihak majikan – British.

Berikutan peristiwa permogokan itu, kerajaan telah mengisytiharkan Banishment Ordinance pada tahun 1937 yang mengharamkan permogokan. Akibatnya ramai pemimpin dan anggota PKM ditangkap kerana melanggar undang-undang tersebut. Mereka ini sama ada dipenjarakan atau dihantar pulang ke China. Peristiwa ini sekali lagi melemahkan PKM.

Apabia Jepun menyerang China pada tahun 1937, PKM memainkan peranan penting dalam membangkitkan perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu.

PKM telah menjalankan kutipan derma dan menggalakkan pemuda Cina di Tanah Melayu kembali ke China untuk menentang Jepun.

Akibat dari kegiatan mereka, PKM mula mendapat sokongan ramai terutamanya daripada orang-ornag Cina.

Latihan pengganas komunis di Tanah Melayu....
Buktinya pada tahun 1939, PKM sudah mempunyai anggota berdaftar seramai 37 ribu orang. Semasa Peperangan China-Jepun, PKC telah mengarahkan PKM menghentikan kegiatan anti-British dan bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun.

Arahan ini telah menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin dan anggota PKM kerana golongan radikal mahu mengambil kesempatan ini mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Akibatnya, komintern telah mengarahkan Setiausaha Agong, Lai Teik menyatupadukan anggota PKM. Lai Teik telah berjaya meyakinkan mereka bahawa kerjasama dengan British hanya sebagai muslihat dalam usaha untuk mencapai matlamat PKM.

Cetusan Sejarah:
SINGAPURA adalah pintu masuk gerakan komunis di Semenanjung Tanah Melayu yang bertujuan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara republik komunis.

Dan di Singapura jugalah segala perancangan PKM digerakkan untuk menyebar pengaruh ke Thailand dan Indonesia.

Sekarang ini (setelah gerakan konumis kononnya telah berkubur), di Thailand berlaku sengketa puak baju merah dan baju kuning yang dengan jelas meruntuh ekonomi negara berkenaan.

Sekarang juga tentera negara Thailand sedang berperang dengan Kemboja kerana isu kecil, iaitu sengketa kuil di sempadan kedua-dua negara.

Sementara di Indonesia, ekonomi negara itu telah lumpuh se lumpu-lumpuhnya.

Persoalannya, benarkah gerakan komunis yang diasaskan pada tahun 1920an itu telah tamat?

Bersambung  di Bahagian Kedua....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog