Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 21 Ogos 2010

Dengaq.... Dengaq.... Wahai Oghang UMNO Kedah Perlis: PM TANYA!.... BILA HANGPA NAK BEGHENTI GADUH?


PRESIDEN UMNO, DS Najib Tun Razak diberitakan memberi ‘kata dua’ kepada pemimpin UMNO Perlis dan Kedah, supaya menamatkan segala pergeseran dalaman jika mahu membina jentera yang benar-benar kuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Dalam konteks Perlis dan Kedah, saya nak ingatkan bahawa kita mesti berpakat dan berpadu seperti dulu, tolong lakukan perkara ini untuk kita kembalikan kekuatan," katanya.

Kesian DS Najib, hingga terpaksa menggunakan perkataan ‘tolong’ untuk meminta pemimpin-pemimpin UMNO di kedua-dua negeri menghentikan segera sengketa yang tidak berkesudahan itu.

Sebelum ini kita semua ada dengar jugak yang pemimpin di negeri berkenaan tak sebulu sesama sendiri. Ingatkan sekadar gosip dan mainan pihak tertentu yang tak sukakan UMNO. Rupa-rupanya memang betoi depa di Kedah dan Perlis dok bercakaq sesama sendiri. Patut la Pas boleh sapu Kedah pada PRU ke-12 dulu dengan mudah dan diluar jangkaan umum.

Sejak Tun Dr. Mahathir meninggalkan kepimpinan negara, negeri Kedah jadi berkecamuk dan macam-macam hai berlaku. Mana Johari baharom? Apa Mahadzir Khalid buat? Mat Bashah pulak dok buat apa?

La ni PM sendiri dah suruh depa berpakat. Maknanya perpecahan kepimpinan UMNO di dua buah negeri di utara Semenjang itu telah sampai ke tahap kritikal. Kalau tak masakan DS Najib dok cakap macam tu dan gunakan perkataan ‘tolong’ lagi.

Bolehkah depa sesama depa dok selesai masalah sendiri? Kalau boleh, kenapa tak selesai-selesai lagi sampai laa ni?

Nampaknya PM kena buat sesuatu. Kalau tidak, jangan harap Kedah akan dapat dirampas kembali. Dan kemungkinan Perlis pulak yang akan ikut jejek Kedah, jadi milik Pas selepas PRU akan datang.

Apabila DS Najib diberitakan ‘memberi kata dua’ maknanya, kalau di analogikan beliau sebagai Guru Besar sekolah, kira dah ambil rotan le tu. Tunggu masa je nak sebat pungkoq depa yang dok buat kacau selama ni.

Patutlah ada rakyat Kedah yang berasa malu dan cemburu dengan perkembangan UMNO di Selangor dan Perak, hinggakan ada yang cadang nak pinjam Dr. Zambry dan Dr. Khir Toyo untuk kuatkan kembali UMNO negeri itu.

UMNO/BN Perak dah berjaya selesaikan masalah dan berjaya pula mendapat kembali kekuasaan negeri. Sementara di Selangor, serangan sepadu UMNO mampu mengkucar-kacirkan pentadbiran dan politik pembangkang, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di peringkat pusat. Anwar gelabah, Nik Aziz sempot. Mereka diam tak terkata apa. Rakyat berjaya dikembalikan menyokong UMNO/BN. InsyaAllah....

Malangnya apa yang berlaku di Perak dan sedang bergelombang di Selangor itu tidak memberi semangat kepada pemimpin UMNO Kedah. Negeri yang pernah jadi kubu kuat UMNO dan melakar sejarah kepimpinan negara itu, terlepas ke tangan pembangkang-Pas, semata-mata kerana sengketa dalaman yang parah dan mendukacitakan rakyat.

Kepimpinan Pas di Kedah sekarang ini taklah sehebat dan sebaik mana. Mereka juga mengalami krisis kepimpinan. Pemimpin yang ada tak tahu macam mana nak mentadbir negeri. Depa tak ada pengalaman. Yang depa tahu selama ini cuma bangkang, kecam, kutuk dan mengata oghang itu tak betoi, ini tak kena. Bila depa dapat kuasa, dok slop kera tak tau nak buat apa.

Sebenaqnya, kelemahan dan penyelewengan dalam kerajaan Pas Kedah lebih teruk daripada PKR di Selangor. Tapi kerana UMNO Kedah dok tidoq, kesempatan yang ada tidak digunakan sebaiknya sepertimana UMNO Selangor.

Pas di Kedah tak sekuat mana. Yang menyebab mereka menang adalah kerana UMNO berpecah dan berpuak. Malah orang UMNO sendiri ramai yang sokong atau undi pembangkang pada PRU-12 kerana protes.

Akibatnya, UMNO melepas, negeri tergadai kepada Pas.

Pak Sulung: Dok tunggu bila pemimpin Kedah nak serang pembangkang negeri itu sebagaimana Selangor yang sedang mencipta gelombang melalui Gerakan Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE). Oii.... bangun! Jangan dok tidoq. Dunia nak kiamat pun hangpa tak sedaq....

Tahniah Buat Melayu Tanjong Tokong: MASIH ADA MELAYU ISLAM DI PENANG....



ALHAMDULILLAH! Rupa-rupanya masih ada orang Melayu yang benar-benar Islam di Penang. Ingatkan semuanya dah jadi caca-merba ke-Islamannya kerana dok sokong sangat kat Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan umat Melayu di sana. Melayu Penang belum kiamat!

Sebagaimana diposkan dalam blog PEJUANG BANGSA, Guan Eng lidah biawak telah ditolak oleh pengurusan karyah Masjid Tuan Guru di Tanjong Tokong daripada ‘roadshow’ berbuka puasa bersama penduduk Melayu/Islam di Penang.

Dilaporkan bahawa Guan Eng yang tidak puasa, dalam bulan Ramadan ini sedang dok atur program round ke beberapa buah masjid di Penang, untuk berbuka puasa bersama pengurusan masjid dan anak qaryah . Sebelum ini Guan Eng menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Rawa hingga beliau diserang oleh 2 orang ahli PAS . klik di sini

Rupa-rupanya dalam dok sibuk kisah puak-puak Melayu tertentu yang sokong Guan Eng hinggakan ada doa khas untuk Ketua Menteri kufar itu pada Khutbah Jumaat, ada pula yang berani melahirkan tentangan. Sudah tentulah yang menentang Guan Eng itu ialah Melayu Islam sejati. Iaitu anak Melayu jati Penang yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam dan tidak taksub dengan politik sesat lagi menyesatkan seperti yang berlaku di seberang.

Terima kasih dan tahniah penulis ucapkan kepada penduduk atau karyah Masjid di Tanjong Tokong itu yang berani mempertahankan kesucian Islam. Anda semua telah menunjukajar bagaimana berjuang demi mempertahankan maruah Islam yang menjadi pegangan hidup beragama orang Melayu di negara ini.

Semoga Allah SWT memberkati perjuangan anda semua dan mendapat perlindungan dariNya. Bukan dari mana-mana parti politik atau mana-mana ajaran songsang yang menyesatkan. Semoga apa yang dilakukan pengurusan karyah Masjid Tuan Guru itu akan menjadi contoh teladan kepada masjid-masjid lain yang belum lagi membuat keputusan.

Hidup Melayu.... Hidup Islam.... Khas untuk orang Penang.

Pak Sulung: Yakin pejuang Islam yang sedikit, mampu menewaskan yang ramai jika benar-benar perjuangannya kerana Allah SWT. Semoga semangat ‘Perang Badar’ menjadi pegangan mantap orang Penang dalam mencipta perpaduan melalui Islam.

Isu Khutbah Jumaat di Penang: MELAYU BERBALAH, DAP/PAP TEPUK TANGAN


Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

KISAH doa untuk Lim Guan Eng dalam rakaat kedua Khutbah masih panas. Semakin heboh dan semakin mendapat perhatian umum. Kisah yang jadi isu bertukar jadi polemik apabila Exco Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abdul Kassim bertindak menafikan doa itu untuk Ketua Agama dan menuduh jemaah yang memprotes doa itu sebagai ‘tidak waras’.

Kononnya, apa yang dilakukan imam Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor – Zakaria Ahmad, pada khutbahnya, Jumaat 13 Ogos lalu itu sebagai hak seorang imam dan tidak boleh dipertikai. Begitu hebat sekali kuasa tok-tok imam Pas dengan kausanya.

Itu baru berkuasa di masjid sebagai imam, bagaimana kalau berkuasa memerintah negara? Nauzubillah himinzalik....

Abdul Malik seharusnya faham bahawa pada rakaat kedua khutbah, biasanya ada doa untuk kesejahteraan dan hidayah Allah SWT kepada Ketua Agama negeri atau negara. Dalam kontek Pulau Pinang, kerana negeri itu tidak ada Sultan, maka doa itu untuk Yang di-Pertuan Agong. Itu amalan biasa yang di amalkan dari dahulu. Ianya bukan perkara baru dan bukannya arahan kerajaan. Yang baru didengar dan tidak boleh diterima oleh jemaah yang waras ialah apabila doa itu diberikan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng – kufar, yang bukan ketua agama Islam negeri berkenaan.

Kalau ya pun mahu berdoa supaya Ketua Menteri yang zalim dan kejam terhadap orang Melayu itu supaya masuk Islam dan berubah hatinya terhadap orang Melayu/Islam di negeri itu, bukannya semasa khutbah. Buatlah di masa lain. Mungkin boleh dibuat semasa berdoa selepas selesai solat. Bukankah lebih cantik dan tidak timbul masalah....

Lagi pun takkanlah para jemaah yang membuat bantahan itu tidak faham maksud doa yang dibacakan oleh imam berkenaan. Jangan ingat semua makmum itu bangang dan dungu....

Dari segi ilmu, tidak mustahil ada jemaah yang lebih tinggi pengetahuan agamanya daripada imam berkenaan. Yang mungkin membezakan ialah si imam itu ‘totok Pas’, sementara yang jadi jemaah tetapi, berilmu itu cuma makmum biasa. Bukan orang Pas dan bukan seorang fanatik agama yang songsang sesat kerana fahaman politiknya.

Itulah akibatnya apabila para imam yang ‘totok Pas’ membalakangkan budaya dan amalan biasa, semata-mata kerana mahu melawan pihak berkuasa kerajaan pusat. Kerana marahkan UMNO/BN, Yang di-Pertuan Agong jadi mangsa. Kerana jahil peraturan, si imam menyangka bahawa Yang di-Pertuan Agong pun memimpin atas tiket UMNO/BN. Dia langsung tak faham institusi Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara ini sejak merdeka.

Si imam bertindak demikian seolah-olah mahu melawan kecaman rakyat yang semakin sedar bahawa pakatan pembangkang tidak mampu memerintah negeri. Dan tekanan politik timbul kerana pakatan DAP, PAS, PKR terbukti gagal menyerlahkan pembaharuan yang diharapkan. Orang Melayu kesal dan mahu membetulkan kesilapan lampau – PRU12.

Sementara di Pulau Pinang sendiri, Ketua Menteri DAP, Lim Guan Eng menerima tentangan hebat orang Melayu kerana tindak-tanduknya yang jelas mahu menyisihkan orang Melayu dari Pulau Mutiara. Belum pernah terjadi seorang KM atau MB diherdik dan dijerkah oleh rakyat kerana membantah kepimpinannya seperti yang diterima Lim Guan Eng.

Pemimpin dan penyokong pembangkang semakin panas. Termasuklah imam masjid berkenaan. Oleh kerana Masjid Jamek Padang Menora dikuasai oleh Pas, maka mensjid itu dijadikan medan membela Guan Eng, atau lebih tepat membela pakatan pembangkang yang dianggotai Pas. Pemimpin Pas Pulau Pinang berasa panas bontot bila orang Melayu negeri itu bangkit mementang Guan Eng dan DAP.

Kecaman rakyat terhadap pemimpin Pas di Pulau Pinang semakin memuncak. Mereka jadi gelabah. Maka ‘meghapu danalah’ pak imam berkenaan.

Begitulah cerdiknya ‘kepala hotak’ orang Pas, terutamanya imam masjid bernama Zakaria Ahmad. Kerana menyangka dia ada kuasa, maka dia boleh buat apa sahaja. Jawatan imam yang ada padanya itu dianggap terlalu besar. Mungkin dia beranggapan dirinya adalah Mursyidul Am kepada penduduk Padang Menora.

Mungkin kerana dia baru sahaja membeli potret Nik Aziz Nik Mat yang dilelong untuk TIRAM, maka semangat Mursyidul Am Pas meresap masuk ke dalam dirinya. Dia berasa hebat dan boleh cakap dan buat apa sahaja sepertimana Nik Aziz.

Hakikatnya, isu ini menambah lagi perpecahan sesama Melayu/Islam. Kalau senbelumnya hanya berkisar pada isu politik, agama dan pentadbiran, kini ia telah memasuki fasa baru iaitu berbalah dalam bab solat pulak. Berbalah dalam rumah Allah. Makin hebat dan semakin parahlah jadinya.

Nampaknya matlamat DAP yang anti-Melayu dan anti-Islam semakin menjadi. Orang Melayu/Islam di negara ini, khasnya di Pulau Pinang berjaya dipecah-pecah dan diperintah oleh Guan Eng – DAP.

Harapan mereka supaya orang Melayu/Islam di negeri itu tidak lagi menumpukan perhatian kepada agenda dan strategi Lim Guan Eng dan DAP tetapi, asyik berbalah sesama sendiri di masjid pula. Oleh kerana masjid adalah tempat ibadat Melayu/Islam, maka jika ianya berjaya dihuru-harakan, senanglah DAP menjalankan rencana menghalau Melayu dari negeri itu.

Fungsi masjid sebagai tempat ibadah yang melambang kesatuan bermasyarakat, tidak lagi mampu menjadi tempat menyatu-padukan orang Melayu/Islam. Walaupun dikiaskan sebagai rumah Allah, ternyata ianya mula goyah. Dan kegoyahan berlaku kerana kuasa politik.

Memecah-belahkan kesepakatan orang Melayu/Islam melalui institusi masjid telah berjaya dilakukan oleh orang Melayu/Islam sendiri. Dan Melayu/Islam yang jadi dalang kepada agenda ini ialah puak-puak Pas yang bingal dan bangang dalam menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sebenar. Cakap sahaja berjuang demi Islam tetapi, kerja-laku mereka meruntuhkan perpaduan melalui Islam.

Islam yang sepatutnya menjadi alat untuk bersatu-padu telah bertukar jadi perosak perpaduan.

Maka bergembiralah DAP, terutamanya Lim Guan Eng sendiri. Anak didik Lee Kuan Yew itu telah berjaya membuktikan kepada mentornya bhawa dia mampu menjalankan tugas dengan baik sebagimana yang dirancanakan oleh zionis Asia Tenggara itu.

Melayu sama Melayu bercakaran, DAP dan PAP senyum gembira. Islam sama Islam berpecah, Lim Guan Eng ketawa terbahak-bahak.

Pak Sulung: Ingin mengucapkan terima kasih kepada Pisau.Net yang memberikan laporan lengkap isu yang sangat mencabar ini. Seperti yang diuar-uarkan, semalam – Jumaat 20 Ogos, terdapat sebuah masjid lagi bertindak serupa. Cuma tidak dijelaskan di mana. Sama-sama kita semua tunggukan laporan Pisau.Net selanjutnya. Terima kasih.... Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Jumaat, 20 Ogos 2010

MUAWIYAH MENDAPAT PENGHORMATAN PARA MALAIKAT

ANAS bin Malik r.a berkata: “Sewaktu kami bersama-sama Rasulullah SAW berada di Tabuk, terbitlah matahari yang mana cahayanya belum pernah terlihat seperti itu sebelumnya. Tetapi pada suatu hari lain, matahari terbit dalam keadaan redup dan disusuli dengan turunnya malaikat Jibril a.s.

Melihatakan kedatangan Jibril, Rasulullah pun bertanya: “Wahai Jibril, kenapa matahari hari ini terbit dalam keadaan redup?’

“Matahari hari ini nampak seperti redup kerana terlampau banyaknya sayap para malaikat,” jelas Jibril a.s. kepada Rasulullah SAW.

“Apa halnya maka terjadi demikian?” tanya Rasulullah.
Berkata Jibril: “Ini adalah kerana hari ini Muawiyah meninggal dunia di Madinah. Allah SWT telah mengutus seramai 70,000 malaikat supaya membaca salawat untuk Muawiyah.”
“Apa sebabnya?” tanya Rasulullah.
“Ini adalah kerana Muawiyah itu semasa hidupnya selalu membaca ‘Qul huwallahhu Ahad’ di waktu malam, di waktu siang, sewaktu berjalan, sewaktu berdiri, sewaktu duduk, waktu pagi bahkan pada setiap keadaan, “ jelas Jibril.

Seterusnya Jibril a.s. berkata: Ya Rasulullah, mahukah kamu aku genggam bumi ini supaya membaca salawat untuk Muawiyah?”
“Silakan, wahai Jibril,” jawab rasulullah.

Setelah mendapat perintah dari Rasulullah SAW, maka Jibril pun memukul kedua belah sayapnya pada bumi sehingga bumi menjadi sempit. Kemudian diangkatnya sehingga Rasulullah SAW dapat melihat di belakangnya diiringi oleh malaikat yang berbaris. Setiap satu barisan ada 70,000 malaikat.

Setelah itu Rasulullah SAW pun mengerjakan solat sunat untuk Muawiyah.

Surah Al-Ikhlas memang banyak kelebihannya. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk (mereput) di dalam kuburnya. Dan akan terselamat dia daripada kesempitan kubur. Dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian syiratul mustaqim menuju ke syurga.

RIBUAN MALAIKAT IRINGI TURUNNYA AYAT KURSI

AYAT Kursi diturunkan pada suatu malam setelah hijrah Rasulullah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Ketika itu Iblis dan syaitan menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi penghalang kepada perjuangannya. Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan kepada penulis al Quran iaitu Zaid Tsabit, agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Terdapat 95 buah hadith yang menjelaskan fadhilat ayat kursi. Ayat ini disebut ayat kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘kursi’, yang ertinya tempat duduk Allah SWT tetapi, adalah kursi itu syiar atas kebesaran Allah SWT.

Allah menjadikan kursi meliputi tujuh lapis langit dan bumi. Kebesaran tujuh lapis langit dan bumi dibandingkan dengan kebesaran kursi adalah umpama serumpun pokok di tengah padang pasir yang luas. Di kiri dan kanan kursi yang megah itu pula dijadikan ribuan kursi kecil untuk menambah keindahan dan kemegahannya. Dan pada tiap-tiap kursi itu duduk pula malaikat yang membaca ayat kursi dan malaikat yang menulis pahala orang yang membaca ayat kursi.

Sesiapa yang membaca ayat kursi dengan khusyuk setelah selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar dan masuk ke pasar, setiap kali hendak masuk tidur dan pergi bermusafir, InsyaAllah ia akan mengamankan kita daripada godaan syaitan dan kejahatan manusia serta kejahatan binatang-binatang buas yang memudharatkan. Dan terpelihara dirinya, keluarganya dan harta bendanya dengan izin Allah SWT.

Terdapat keterangan dalam kitab Asrarul Mufidah, bahawa sesiapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, insyaAllah dia akan hidup berjiwa tauhid. Dibukakan dadanya dengan berbagai hikmat. Dimudahkan rezekinya dan dinaikkan martabatnya. Diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang menghormatinya dan dipelihara ia oleh Allah SWT dari segala bala bencana.

Syeikh Abul Abbas al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat kursi sebanyak 50 kali, kemudian ditiupkan kepada air hujan kemudian diminumnya, maka insyaAllah Tuhan akan mencerdaskan akalnya dan memudahkannya faham pada pelajaran yang dipelajarinya.

Sesiapa yang membaca ayat kursi sesudah sembahyang fardhu, Allah SWT akan mengampuni dosanya. Sesiapa yang membacanya sewaktu hendak tidur, maka dengan izin Allah akan terpelihara ia daripada gangguan syaitan. Dan sesiapa yang membacanya di waktu ia marah, maka akan hilanglah rasa marahnya.

Ganti Nama Agong Dengan Guan Eng Dalam Khutbah Jumaat: LEBIH BAIK GUAN ENG YANG BACA KHUTBAH!

MASYAALLAH... Apa dah jadi dengan pembangkang Melayu/Islam di Pulau Pinang, khasnya di Permatang Pauh dan Jelutong? Tidak cukup dengan tindakan Lim Guan Eng-DAP mahu menghalau orang Melayu dari Pulau Mutiara, kini orang Melayu di Tanah Besarnya pula tolong sama dengan membuang pula Ketua Agamanya, Yang di-Pertuan Agong melalui Khutbah Jumaat.

Ya Allah! Apakah ini sebahagian daripada bala yang Engkau turunkan untuk umat Melayu/Islam di negara ini kerana kemungkaran mereka? Maha Suci Engkau Ya Allah! Jauhilah kami - orang Melayu/Islam di negara ini, daripada bencana kemusnahan sebagaimana yang Engkau janjikan, iaitu akan mengganti dengan kaum lain jika kaum yang ada tidak bersatu di jalanMu Ya Allah. Amin....

Sesungguhnya tentu ramai umat Melayu/Islam di negara bertuah ini terkejut dengan berita yang tersiar hari ini, dimana Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini.

Tidak syak lagi, perbuatan itu dilakukan kerana mahu mengubah amalan orang Melayu/Islam dalam ibadah solat Jumaat di negara ini yang mendoakan kesejahteraan dan hidayah dari Allah SWT untuk ketua agamanya – sama ada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan.

Telah menjadi amalan kita turun temurun, doa di rakaat kedua khutbah ditujukan khas kepada ketua agama, iaitu Sultan untuk negeri yang ada Sultan dan Yang di-Pertuan Agong untuk negeri-negeri yang tidak ada Sultan.

Tidak pernah dibuat orang doa itu diberikan kepada Perdana Menteri atau Ketua Menteri atau Menteri Besar.

Agenda siapakah ini? Agenda DAP, PAS atau PKR?

Kalau orang Melayu/Islam sendiri sanggup mengubah amalan ritual agamanya untuk membuktikan bahawa mereka tidak lagi berada di bawah pemerintahan Persekutuan Malaysia, apakah ini tidak cukup membuktikan bahawa golongan yang dah sesat kerana politik itu sanggup membuang hak dan kepentingan kaumnya sendiri melalui amalan beragama?

Mereka lebih rela bertuankan kufar daripada kaum sebangsa dan seagama dengannya. Apakah semua ini terjadi kerana ungkapan ‘LEBIH BAIK BERSAHABAT DENGAN DAP DARIPADA BERBAIK DENGAN UMNO YANG ZALIM’?

Kalau kerajaan yang memerintah negara ini sejak merdeka itu zalim, boleh majukah negara ini seperti sekarang? Apakah kesejahteraan yang kita semua alami sejak merdeka itu masih dianggap tidak wujud dan tidak benar?

Apakah bila negara ini jadi seperti Iraq, Afghanistan dan negara-negara lain di Balkan atau menjadi seperti apa yang berlaku di negara jiran Thailand akhir-akhir ini, baru puas hati? Satu lagi negara jiran kita yang sepuluh tahun lebih dahulu merdeka daripada kita, bagaimana keadaan mereka sejak merdeka hingga sekarang?

Majukah negara mereka hinggakan jutaan rakyatnya berhijrah ke negara kita secara sah dan haram untuk mencari rezeki, walaupun sumber hasil bumi mereka jauh lebih kaya daripada kita?

Butakah mata dan hati mereka yang masih tidak menganggap negara kita selama ini berada dalam keadaan aman dan sejahtera?

Tidak terfikirkah mereka bagaimana wanita-wanita dan anak gadis mereka berhijrah ke negara ini untuk mencari pekerjaan telah menerima pelbagai kesengsaraan? Malah ramai juga yang terbunuh dengan kejam, semata-mata kerana mereka tidak ada peluang pekerjaan di negara sendiri.

Tidak bersyukurkah kita jika dibandingkan dengan mereka? Bayangkan bagaimana keadaan kita apabila anak cucu kita terpaksa merantau ke negara lain semata-mata kerana mencari rezeki melalui pekerjaan yang tidak terdapat di negara sendiri?

Kalau semua yang telah dan akan dilaksanakan demi kesejahteraan negara, ekonomi dan rakyat itu tidak betul dan zalim, betul dan adil sangatkah apa yang dilakukan Lim Guan Eng dan DAP di negeri Pulau Pinang dan Khalid Ibrahim-PKR serta puak-puak DAPnya di Selangor yang ada sekarang?

Kalau itulah yang dimahukan oleh warga tertentu di Pulau Pinang, mulai hari ini – Jumaat 20 Ogos 2010, suruh saja Lim Guan Eng yang baca khutbah Jumaat di Masjid Negeri, Pulau Pinang. Maka ruku’ dan sujudlah anda semua mengikut imam kufar, Lim Guan Eng.

Pak Sulung: Terfikirkan bahawa apa yang berlaku di Pulau Pinang itu sebagai petanda awal bahawa negara kita sedang dilaknat oleh Allah SWT kerana segelintir umatnya yang fasik dan sesat kerana menjadi makmum kepada seorang pemimpin yang terjebak dengan dosa besar.

Khamis, 19 Ogos 2010

JIBRIL MEMBERITAHU TENTANG DITERIMA TAUBAT LELAKI BERDOSA

DIRIWAYATKAN, pada suatu hari Umar ra dijumpai Rasulullah SAW sedang menangis. Maka bertanya Rasulullah: “Wahai Umar, apakah yang membuatkan engkau menangis?”
Jawab Umar: “ Ya Rasulullah, ada seorang pemuda di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.”
“Bawakan dia masuk,” kata Rasulullah. Lalau Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

Bertanya Rasulullah, “Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis begini?”
Jawab pemuda: “Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang sangat besar! Aku sangat takut kepada Allah SWT yang sangat murka kepadaku.”
“Apakah kamu mempersekutukan Allah?”
“Tidak, ya Rasulullah.”
“Adakah kamu membunuh jiwa yang kamu tiada hak membunuhnya?”
“Tidak, ya Rasulullah.”

Bersabda Rasulullah: “Allah SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.”
“Wahai Rasul Allah, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya,” kata pemuda itu.
“Apakah dosa kamu itu lebih besar daripada Al-Kursyi?”
“Dosaku lebih besar lagi”
“Apakah dosamu lebih besar dari Arasy?”
“Dosaku lebih besar lagi.”

Rasulullah terus bertanya: “Apakah dosamu itu lebih besar daripada dimaaf oleh Allah SWT?”
“MaafNya lebih besar,” jawab pemuda itu.
Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya tidak dapat mengampunkan dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar pengampunanNya.
“Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah kamu lakukan?”
“Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.”

Kemudian Rasulullah bertanya dengan nada suara yang agak tinggi: “Beritahu aku apakah dosamu itu?”
Jawab pemuda: “Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Telah tujuh tahun akau melakukan kerja ini. Pada suatu hari, aku menggali kubur seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia.”

“Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalau aku menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsuku, maka aku tinggalkan dia.

“Belum pun jauh aku meninggalkannya, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata: “Celaka betul kamu wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu kepada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah SWT dalam keadaan junub.”

Mendengarkan penjelasan pemuda itu, Rasulullah SAW bangun dan bersabda: “Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini.” Maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 hari dia memohon ampun kepada Allah SWT dan pada malam ke 44, dia mendongak ke langit sambil berkata: “Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan Hawa, jika Engkau telah mengampunkan aku, maka beritahulah kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak kiramkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”

Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibril menghadap Rasulullah. Selepas memberi salam, Jibril berkata: “Wahai Muhammad, Tuhammu memberi salam kepadamu.”
“Dialah Assalam dan daripadanya salam dan kepadanya segala keselamatan,” jawab Rasulullah.

Berkata Jibril: “Allah SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?”
Jawab Rasulullah: “ Dialah Allah yang menjadikan segala makhluk.”
“Apakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?”
“Dialah Allah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk yang lain.”
“Apakah kamu yang memberi taubat kepada mereka?”
“Dialah Allah yang menerima taubat dariku dan mereka.”

Akhirnya berkatalah Jibril: “Allah SWT berfirman, maafkanlah hambaKu itu kerana Aku telah memaafkannya.”

Maka segera Rasulullah memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah SWT telah menerima taubatnya dan memaafkannya.

Demikian kisah bagaimana kesungguhan memohon maaf kepada Allah SWT boleh menyelamatkan seseorang daripada dosa kerana perbuatannya sendiri.

Alahai Selangor.... DARUL EHSAN JADI DARUL GANGSTER?

PERGADUHAN, tembak menembak, bunuh sana bunuh sini, jumpa mayat dalam keadaan ngeri, mayat dibakar dan macam-macam lagi kekejaman agak kerap berlaku di Negeri Selangor Darul Ehsan yang dahulunya aman, sejahtera dan negeri terkaya di Malaysia. Walaupun di negeri-negeri lain ada juga kes serupa tetapi, negeri Selangor menjuarai jumlah kes seperti itu. Itulah hakikat yang terpaksa di terima oleh pihak berkuasa dan juga rakyat negeri yang di perintah Parti Keadilan Rakyat, sejak 9 Mac 2008 itu.

Semua perlakuan jenayah itu dilakukan kerana kegiatan gangsterisme semakin berleluasa di negeri berkenaan. Kalau dahulu kita cuma didedahkan dengan kes jenayah seperti itu adalah kerana pergaduhan sesama puak gangster, kini jenayah kejam itu telah menular pula ke dalam parti-parti politik tertentu.

Maksudnya, kini orang politik telah terlibat dalam kegiatan gansterisme atau orang politik menerima ancaman dan kekerasan jenayah oleh gangster tertentu.

Minggu lalu kita semua didedahkan dengan berita seorang ahli majlis PBT di tahan polis kerana terlibat dalam satu pergaduhan ala gangster di Ampang, Selangor. Ekoran peristiwa itu PKR mendapat kecaman kerana kononnya individu yang ditahan polis itu jadi ahli majlis atas cadangan parti berkenaan.

Hari ini, kita didedahkan lagi dengan satu peristiwa jenayah di mana seorang Ketua Pemuda MIC, ditembak ketika sedang menikmati minuman di sebuah restoran berhadapan dengan Balai Polis Daerah Kajang, Selangor.

Berdasarkan cara jenayah itu dilakukan, tidak mustahil kes ini juga melibatkan kegiatan gangster. Sama ada mangsa juga adalah dari kumpulan gangster, tidak dapat kita pastikan.

Sepuluh hari lalu - 9 Ogos, blog ini menyiarkan ulasan mengenai kenyataan DS Khir Toyo, bekas MB Selangor yang menyebutkan dalam siri ceramah SSDE di Kg. Jalan Kebun, Klang mengenai kegiatan gangsterisme di negeri Selangor.

Sebagaimana yang diceramahkan, DS Khir Toyo mendakwa beliau dapat laporan bahawa di Selangor sekarang terdapat seramai 40,000 anggota gangster atau kongsi gelap. Dan pecahan ahli mengikut kaumnya pula adalah 16,000 Melayu, 13,000 India dan 11,000 Cina. Perkembangan pesat ini didakwa ada kaitannya dengan kepimpinan kerajaan negeri itu sekarang yang kononnya berfungsi atas kekuasaan seorang ketua gangster.

Tak tahulah apa nak jadi dengan Negeri Selangor selepas ini. Bermacam masalah timbul. Dan semua masalah itu membimbangkan rakyat dan ketenteraman awam. Keselamatan sudah tidak terjamin lagi.

Apa yang disuarakan DS Dr. Khir Toyo itu nampaknya menjadi kenyataan. Selepas ini rakyat Selangor sendiri boleh perhatikan perkembangan kes-kes jenayah di negeri anda.

Wajarlah sebahagian besar rakyat negeri Selangor mula sedar akan kesilapan mereka memberi undi pada PRU lepas. Inilah padahnya apabila tersilap undi. Bila baru boleh diubah semula belum tahu. PRU-13 sedang ditunggu dengan penuh debaran.

Kesian rakyat Selangor yang tersalah undi atau sengaja mengundi pembangkang kerana mahukan perubahan.

Kepada yang hendakkan sangat perubahan, inilah perubahan yang Allah SWT tunjukkan untuk anda semua. Terimalah dan tanggunglah sendiri.

Negeri yang dahulunya aman, makmur dan sejahtera serta mantap ekonominya hancur kerana disalah tadbir oleh puak yang memanmg tak tahu mentadbir negeri. Nama Selangor Darul Ehsan yang gah dulu mungkin ada yang menukarnya kepada SELANGOR DARUL GANGSTER.

Apa nak buat.... Dah nasib badannnn.... Sandiri bikin, sandiri tanggung.

Pak Sulung: Masih tidak dapat menerima hakikat bahawa orang Melayu masa kini terlalu rapuh pendirian atau pegangan politiknya. Akal dan fikiran yang dikuniakan Allah SWT selama ini tidak berjaya dimanfaat dengan baik. Sama ada kerana godaan Iblis dan syaitan atau kerana mengikut nafsu, hanya Allah SWT dan individu itu sendiri yang tahu.

Perlembagaan Baru Malaysia: ALAT ANWAR ATAU ANWAR DIPERALAT?

"ORANG Melayu dijajah berpunca daripada orang Melayu sendiri. Si Kitol dan Raja Mendeliar telah mengkhianati serta memecahbelahkan orang Melayu sehingga jatuhnya Kota Melaka ke tangan penjajah Portugis. Kini, dua watak sejarah Melayu itu muncul kembali apabila ada pemimpin Melayu (PKR dan Pas) bersekongkol dengan pihak lain untuk menghapuskan hak bangsa dan kedudukan Islam sendiri hanya kerana mahu berkuasa di Putrajaya.”

Demikian antara lain ulasan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idris mengenai kejutan baru yang ditimbulkan oleh Mufti Perak, TS Harussani Zakaria yang mengatakan wujudnya satu Perlambagaan Baru yang mengenepikan kepetingan dan hak keistimewaan orang Melayu.

Apa yang disebutkan TS Mufti Perak itu disambut oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, DS Zahrain Mohamed Hashim yang mengesahkan wujudnya 'perlembagaan baru' itu dan menyatakan ia adalah perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meraih sokongan bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

MasyaAllah.... Sampai begitu sekali terdesaknya Anwar Ibrahim mahukan jawatan Perdana Menteri. Kerana jawatan dan kuasa dia sanggup menderhakai bangsanya, negaranya dan agamanya. Kenapa sampai begitu sekali kelakuan orang yang pernah jadi Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri? Kemana perginya identitinya yang selama ini ditonjolkan sebagai pejuang bangsa Melayu dan agama Islam?

Apakah semua itu terjadi kerana ‘Hukum Karma’ yang terpaksa diterimanya kerana selama ini apa yang terkeluar dari mulut tidak sama dengan apa yang terpendam di dalam hatinya? Cakap lain, buat lain.

Penulis rasa semua orang tahu jawapannya. Segalanya dilakukan Anwar kerana mahu menutup semua kes salah lakunya yang tidak mampu lagi dibendung dengan pelbagai lakonan dan drama. Mahkamah rakyat telah membuat keputusannya tersendiri. Penangguhan perbicaraan kes yang ternyata disengajakan itu menjadi bukti kepada mahkamah rakyat membuat keputusan.

Lantaklah.... Biarkan Anwar terjun dengan labu-labunya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu akhir kesudahan episodnya kali ini. Kita sebagai rakyat hanya mampu memerhati dan mendengar dengan pelbagai cara. Ada yang mengeluh, kesal, kecewa dan tidak kurang pula yang marah dan menyumpah seranah dengan pelbagai ungkapan.

Soalnya ialah, apakah benar Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri kalau Pakatan pembangkang (DAP, PAS dan PKR) memenangi PRU-13 nanti? Siapa yang memperalat dan siapa pula yang jadi alat?

Tiga hari lalu, pada 16 Ogos, blog ini menyiarkan tulisan yang mengisahkan hancurnya impian seorang pengkhianat bangsanya dengan tajuk ‘Kisah Impian Si Pengkhianat’. Kisahnya adalah mengenai seorang pemimpin syiah di Baghdad, Muaiyiduddin al-Alqami yang cuba mengkhianati kerajaan Abbasiyah. Beliau bersekongkol dengan panglima tentera Monggol bernama Holako untuk menyerang kota Baghdad dan membunuh Khalifah serta keluarga dan para ulamak Baghdad.

Perancangan awalnya berjaya. Kota Baghdad tewas di tangan tentera Monggol. Khalifah, keluarganya, pemimpin dan para ulamak dibunuh dengan mudah kerana tipu daya dan muslihat Muaiyiduddin si pengkhianat.

Akhirnya, Muaiyiduddin sendiri dipancung oleh Holako kerana beliau dianggap seorang yang tidak boleh dipercayai kerana sikapnya yang sanggup menderhakai negara, bangsa dan agamanya, semata-mata kerana kuasa dan dendam.

Membaca berita mengenai Anwar Ibrahim melalui PKRnya (sebagaimana diakui DS Zahrin – bekas orang kuat Anwar dan PKR) yang sanggup jadi pengkhianat bangsa, negara dan agamanya kerana jawatan PM dan kuasa menghapuskan dosanya, penulis terbayangkan kisah Muaiyiduddin itu.

Jika PKR berkuasa, berjayakah Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri? Bolehkan DAP yang anti Melayu serta Islam itu menerima Anwar sebagai pemimpin negara? Butakah mata dan hati mereka mengenai pembohongan, buruk laku dan khianat yang Anwar Ibrahim lakukan di depan mata mereka sendiri? Pekakkah telinga mereka dari mendengar semua keluhan rakyat – terutamanya orang Melayu, mengenai perangai Anwar?

Kalau tak silap penulis, DAP ada perancangan mereka sendiri. Mereka telah menyediakan seorang Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim untuk menggalas tugas sebagai Perdana Menteri boneka, apabila Pakatan berkuasa nanti. Sekarang si polan itu telah dijadikan seorang senator di Dewan Negara oleh DAP.

Lagi pun, menurut sumber yang boleh dipercayai, kes liwat II yang beberapa kali ditangguhkan perbicaraannya itu bukan sangat kerana Anwar Ibrahim tetapi, adalah kerana perancangan DAP memantapkan kedudukan mereka untuk menghadapi PRU akan datang. Karpal yang jadi ketua pembela adalah Presiden DAP. Beliau yang banyak pengalaman di mahkamah tentu sudah tahu dan faham akan kes Anwar kali ini. Karpal tahu Anwar akan kalah dan dipenjarakan atau tidak.

Apa pun keputusannya terserah kepada ketentuan Allah SWT. Dia yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Adil. Namun manusia dibekalkan Allah dengan akal dan fikiran. Dan segala kehendak Allah SWT itu biasanya terjadi melalui sebab dan musabab ciptaaanNya.

Kesimpulannya, apakah Perlembagaan Baru itu mahu dijadikan alat oleh Anwar Ibrahim menawan hati pengundi kaum imigran Cina dan India atau Anwar Ibrahim dijadikan alat oleh DAP untuk melengkapkan agenda mereka mengSingapurakan Malaysia?

Pak Sulung: Sangat yakin bahawa Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim tidak akan berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri di Puterajaya. Yang mungkin ada buatnya ialah kamar khas di Penjara Sungai Buluh yang telah lama ditinggalkannya itu. Jerat tidak pernah lupakan pelandok tetapi, pelandoklah yang selalunya lupakan jerat.

Rabu, 18 Ogos 2010

MALAIKAT MENGUJI KADHI

IKRAMAH meriwayatkan bahawa satu ketika di zaman Bani Israel terdapat tiga orang Kadhi yang bertugas sebagai hakim. Mereka sentiasa terdiri dari tiga orang atau tiga Kadhi. Jika ada yang mati segera diganti supaya bilangannya sentiasa tiga. Mereka memutuskan penghakiman dengan adil dan saksama.

Pada suatu hari, Allah SWT mahu menguji mereka dengan memerintahkan Malaikat yang menyerupai seorang lelaki penunggang kuda dan berlalu di dekat seorang yang sedang memberi minum lembunya. Kebetulan lembu itu sedang menyusukan anak kecil yang ikut ke mana sahaja ibunya pergi.

Tiba-tiba dia (malaikat yang menyerupai manusia) memanggil anak lembu itu mengikut kudanya. Tuan punya lembu segera mengejar anak lembunya itu.
“Wahai hamba Allah! Anak lembu itu milik hamba, anak kepada lembu hamba,” kata tuan punya lembu.
“Bukan, ini milik hamba. Anak kepada kuda hamba ini,” jawab penunggang kuda.
“Bukan, ini anak lembu hamba.”
“Ia anak kuda hemba. Buktinya, ia ikut kuda hamba.”
Maka terjadilah perbalahan antara penunggang kuda dengan tuan punya lembu.

“Ini tak boleh jadi, aku mesti bawa perkara ini kepada Kadhi untuk menghakimi masalah antara aku denganmu,” kata pemilik lembu.
“Silakan, aku setuju dan ikut sahaja,” kata penunggang kuda.
Mereka pun pergilah menghadap Kadhi menceritakan permasalahan mereka.

“Tuan penunggang kuda ini lalu berhampiran hamba yang ketika itu sedang memberi minum lembu. Tiba-tiba dia memanggil anak lembu hamba dan ia pun ikut kudanya. Setelah saya minta balik kerana ia anak lembu hamba, dia enggan mengambalikannya dan mendakwa ia adalah anak kudanya,” kata pemilik lembu menjelas kedudukan sebenar punca perbalahan antara mereka.

Malaikat yang menyerupai penunggang kuda ada membawa tiga mutiara yang tidak pernah dilihat oleh manusia. Dia memberikan sebiji kepada si Kadhi dengan rahsia sambil berbisik: “Putuskan anak lembu itu sebagai milikku.”

“Bagaimana caranya?” tanya Kahdi.
“Senang sahaja. Jalankan kudaku dan lembunya, kemudian arahkan anak lembu ikut di belakangnya. Mana-mana yang diikutinya, itulah ibunya,” bisik penunggang kuda.
Maka Kadhi mengarahkan agar lembu dan kuda berjalan ke arah yang berlainan. Setelah itu dilepaskan si anak lembu, ternyata ia ikut di belakang kuda.
“Kalau begitu, ia memang anak kuda,” kata Kadhi.

“Mana boleh. Aku tidak puas hati. Mari kita pergi menghadap seorang lagi Kadhi,” kata pemilik lembu.
“Baiklah. Aku setuju,” jawab penunggang kuda.
Di tempat Kadhi ke dua terjadi perkara yang sama seperti dengan Kadhi pertama tadi. Si penunggang kuda merasuah Kadhi dengan sebiji mutiara yang sangat bernilai. Sekali lagi, anak lembu itu ikut belakang kuda. Dan Kadhi ke dua itu pun memutuskan, anak lembu sebagai anak kuda.

Maka, sekali lagi pemilik lembu tidak puas hati dan menuntut supaya diadili oleh Kadhi lain. Kadhi ke tiga.
Sebaik pemilik lembu menceritakan masalah yang menyebabkan perbalahan mereka, penunggang kuda segera merasuah Kadhi dengan sebiji mutiara yang masih berbaki padanya itu. Kadhi ke tiga tidak mahu menerimanya dan mencari helah membuat keputusan.
“Hari ini saya tidak boleh mengadili kalian berdua,” katanya.
“Mengapa demikian?” tanya kedua-duanya.
“Sebab aku sekarang sedang haid,” kata Kadhi ketiga.

“Subhanallah.... mana ada orang lelaki datang ahid,” kata penunggang kuda.
“Subhanallah.... mana ada kuda beranakkan lembu,” balas Kadhi.

Maka Kadhi itu pun memutuskan bahawa anak lembu itu tetap milik si pemilik lembu, kerana tidak ada kuda yang beranakkan lembu.
Kedua-dua mereka menerima keputusan Kadhi itu.

“Sesungguhnya aku hanya menguji kalian. Allah telah redha kepadamu dan membenci kedua-dua Kadhi yang lain itu,” kata penunggang kuda kepada Kadhi dan pemilik lembu.

Moral kisah: Demikian hebatnya kesan rasuah. Anak lembu pun boleh diputuskan hakim sebagai anak kuda semata-mata kerana telah menerima rasuah. Itu pun rasuahnya hanya sebiji mutiara, bagaimana kalau jutaan ringgit wang yang jadi bahan rasuah? Fikir-fikirkanlah....

AMALAN ZIKIR PARA MALAIKAT

IBNU ABBAS berkata, “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy dan memerintahkan para Malaikat memikulnya, lalu para Malaikat cuba memikulnya dan terasa sangatlah beratnya. Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat membaca Subhanallah. Sebaik Malaikat membancanya, maka terasa ringan Arasy yang dipikul. Para Malaikat pun terus membaca Subhanallah buat selama-salamnya.

“Apabila Allah SWT menghidupkan Adam a.s., maka mula-mula yang terkeluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalau Allah SWT ilhamkan kepadanya untuk membaca Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam a.s. membaca Alhamdulillah, lalu Allah SWT menjawab: Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).”

Kemudian para Malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik. Tidak sepatutnya kami abaikan. Maka digabungkan dengan kalimah pertama tadi dengan menjadi: Subhanallah - Walhamdu Lillah.

Kalimah itu dizikirkan oleh para Malaikat sehinggalah Allah SWT mengutuskan pula Nabi Nuh a.s. Oleh kerana kaum Nabi Nuh a.s. adalah kaum yang pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh a.s. supaya menyuruh kaumnya membaca kalimah: Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.

Lalu berkata para Malaikat: Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka para Malaikat pun menggabungkannya dengan kalimah yang dua sebelumnya menjadikan: Subhanallah-Walhamdu Lillah-Walaa illaha illallah.

Para Malaikat mengamalkan zikir kalimah berkenaan sehingga terutusnya Nabi Ibrahim a.s. Setelah Nabi Ibrahim a.s. diutuskan, Allah SWT telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim menjalankan ibadah korban dengan menyembelih anaknya Ismail, yang mana akhirnya Allah SWT telah menebus anak Nabi Ibrahim itu dengan seekor kibas.

Ketika Nabi Ibrahim a.s. melihat anaknya diselamatkan oleh Allah SWT dan digantikan dengan kibas, maka Nabi Ibrahim a.s. menyebut: Allahhu akbar kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

Sekali lagi para Malaikat mengambil perhatian dengan berkata: Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Lalu para Malaikat pun menggabungkan dengan tiga kalimah yang ada sebelumnya, menjadi: Subhanallah-Walhamdu Lillah-Walaa illaha illallah-Wallahhu akbar.

Ketika Malaikat Jibril a.s. menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, Baginda berasa kagum dan terus membaca: “Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem”.

Mendengarkan apa yang dibaca Rasulullah SAW, Jibril a.s. berkata: “Gabungkanlah kalimah yang empat itu sehingga menjadi Subhanallah-Walhamdu Lillah-Walaa illaha illallah-Wallahhu akbar, wala haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem”.

Semoga apa yang dituliskan ini tambah memantapkan lagi iman para pembaca sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Aminnnn....

Bertanding Hanya Di Kawasan Majoriti Cina: JANGAN LAYAN MCA MACAM DULU

PRESIDEN MCA, Chua Soi Lek nampaknya semakin garang dan berani. Kenyataan balas oleh pemimpin Melayu mengenai kenyataannya yang mahu mengurangkan ekuiti bumiputera yang memang ciput (30%) itu, diulasnya dengan pelbagai alasan yang semakin mencabar orang Melayu.

Soi Lek mendakwa apa yang dituntutnya adalah perkongsian adil dan parti itu tidak berniat untuk merampas hak kaum lain.

Kaum lain yang mana kalau bukan kaum Melayu (bumiputera)? Di negara ini ada tiga sahaja kaum yang dianggap besar, iaitu Melayu (bumiptera), Cina dan India. Kalau tidak mahu merampas hak kaum Melayu, apa makna gesaan supaya dikurangkan ekuiti kaum bumiputera yang sedikit itu?

Tahukah Soi Lek apa makna ADIL?

Adil bukan bermakna sama rata sama rasa. Itu slogan yang jadi amalan sosialis dan komunis. Slogan itu telah lama ‘mampus’. Tak ada lagi dan ternyata gagal. Semua negara sosialis telah membuangnya kerana ternyata gagal sebab tidak mampu meningkatkan produktiviti. Komunis juga telah tidak lagi mengamalkannya. Malah, negara China sendiri telah mengalih dasarnya kepada kapitalis. Ternyata negara China semalin maju hinggakan berkedudukan nombor dua dari segi kekuatan ekonomi selepas USA.

Maksud sebenar ADIL ialah meletakkan sesuatu pada tepatnya yang hak atau betul.

Justeru, kalau kerana keadilan yang disuarakan Soi Lek, ternyata ianya salah dan hanya satu helah yang berbentuk slogan semata-mata. Tak ada maknanya dan sebagai helah politik semata-mata.

Kalau Soi Lek mahu bercakap dari segi hak, hak apa yang beliau maksudkan? Sedarkah Soi Lek bahawa negara ini penduduk asalnya ialah orang Melayu yang diklasifikasikan sebagai bumiputera setelah wujudnya Malaysia. Dan kaum Cina yang ada, jadi warganegara kerana ehsan pemimpin Melayu, khasnya Tunku Abdul Rahman, setelah disyaratkan oleh penjajah British ketika menuntut kemerdekaan.

Dan ehsan itu hendaklah dibalaas balik oleh orang Cina dan India dengan kesedaran bahawa mereka hendaklah taat setia kepada Raja Melayu dan Negara – Persekutuan Tanah Melayu, kemudian Malaysia. Persetujuan itu telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan fasal 153 – Hak Keistimewaan Orang Melayu.

Semua itu telah dipersetujui oleh generasi awal kaum imigran Cina dan India yang di ketuai Tan Cheng Lok dan V. T. Sambathan. Ketika itu semua orang Cina dan India patuh dan taat setia kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu. Negara aman dan berada dalam kesejahteraan. Masing-masing kaum bebas ‘cari makan’ dengan kepakaran dan usaha masing-masing. Negara terus membangun.... dan membangun seperti yang terlihat sekarang.

Bagaimanapun, apabila generasi kedua kaum imigran Cina mula lupa atau sengaja mahu melupakan ketaatan mereka, maka tercetuslah ‘peristiwa hitam’ pada 13 Mei 1969. Peristiwa itu terjadi kerana kaum imigran Cina yang bergerak melalui parti politik pembangkang – Parti Buruh, pimpinan Tan Chee Koon dan DAP yang bersetiausahaagungkan Lim Kit Siang, serta Gerakan yang berpusat di Pulau Pinang, mula ‘besar kepala’ mahu menghalau orang Melayu di Kampung Baharu, Kuala Lumpur.

Kedaan itu terjadi kerana keputusan PRU, 10 Mei 1969 menyaksikan DUN Pulau Pinang di kausai Gerakan, sementara DUN Perak dan Selangor berada pada kedudukan 50-50 antara pembangkang dan Perikatan. Kaum imigran Cina mula ‘tunjuk belang’ kerana menyangkakan mereka sudah cukup kuat untuk merampas pemerintahan negara. Mereka lupa diri dan begitu ghairah mahu memerintah negara atau mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai negara yang dikuasai kaum Cina sepenuhnya seperti Singapura.

Sementara kaum India, ibarat lalang. Condong ke kiri dan ke kanan mengikut tiupan angin.

Kepimpinan negara yang diketuai Tun Abdul Razak Hussein melalui MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) mengambil keputusan bahawa kekacauan terjadi kerana ekonomi antara kaum Melayu dengan Cina tidak seimbang.

Hasil perundingan dalam MAGERAN – yang dianggotai kaum Melayu, Cina dan India, maka tercetuslah idea Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menetapkan usaha meningkatkan ekuiti kaum bumiputera kepada 30%. Tujuannya tidak lain hanya untuk mengelak pergeseran kaum – Melayu dengan Cina.

Negara kembali aman dan tenteram dengan dasar itu sehinggalah Perdana Menteri ke- empat, Tun Dr. Mahathir Mohamed meletakkan jawatan dan negara di serahkan kepada pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehingga PRU-11 (2004), negara ini masih aman dan terkawal. Bagaimanapun setelah di adakan PRU-12, yang kebetulan ketika itu Anwar Ibrahim telah dibebas awal dari penjara kerana kes liwatnya, BN yang jadi tonggak pemerintahan negara hampir tumbang. Dan sebab BN hampir tumbang adalah kerana kepimpinan Pak Lah tak stabil dan rakyat Melayu khasnya berhasrat menunjukkan protesnya.

Maka kembalilah negara ini seperti tahun 1969. Kaum imigran Cina ‘besar kepala’. Mereka berasa kuat dan mula mahu mengambilalih kekuasaan negara dengan memperkudakan PKR dan PAS.

Begitulah yang telah berlaku dan ketegangan kaum – Melayu dengan Cina dan India, mula bercambah kembali. Puncanya kerana kaum imigran itu tidak sabar-sabar mahu merampas kuasa. Dan ekuiti yang terlalu sedikit (30%) itu cuba digangu-gugat dengan dalih keadilan.

DEB dibuat 40 tahun lalu. Dan ianya masih kekal hingga sekarang. Jika diasaskan kepada keadilan, adilkah peratusan 40 tahun dulu dikekalkan hingga sekarang? Sewajarnya ia semakin ditingkatkan, bukan dikurangkan. Jika di kurangkan, maka baliklah kita semua kepada keadaan sebelum PRU 1969.

Adilkah kalau negara bernama Malaysia ini yang rakyatnya terdiri dari 56% kaum bumiputera hanya dapat hak ekuiti 30%?

Apakah maksud Soi Lek bahawa keadaan tahun 1969 berbeza dengan sekarang? Sepatutnya sekarang kaum bumiputera diberikan hak ekuiti 56% berdasarkan jumlah penduduk. Itu baru adil. Soal tercapai atau tidak soal lain. Yang penting target dan usaha mencapainya.

Atas dasar keadilan apa, hak 30% itu mahu dikurangkan lagi? Adakah kerana kaum imigran Cina telah bertambah bilangannya? Atau kerana mereka konon telah ada ‘kuasa menuntut hak’ kerana politik kaum mereka kini bertambah kuat dan ekonomi mereka semain mantap dan menaik?

Baiklah, jika Soi Lek mahukan keadilan berdasarkan sama rata sama rasa, maka pada PRU akan datang semua calon dari MCA hanya bertanding di kawasan yang majoriti penduduknya kaum Cina. Jangan lagi diberi mereka bertanding di kawasan selamat. Iaitu di kawasan yang majoritinya kaum Melayu/Bumiputera.

Chua Soi Lek sendiri berentap dengan Chua Jui Meng di mana-mana kawasan di Johor yang majoritinya kaum Cina. Di Parlimen Bakri mungkin sesuai. Begitu juga dengan di negeri-negeri lain. Jangan lagi berikan kaum imigran yang jadi warganegara kerana ehsan orang Melayu itu bertanding di kawasan yang majoritinya kaum Melayu/Bumiputera. Cukup dan cukuplah....

Itulah keadilan yang seharusnya dituntut oleh orang Melayu sekarang.

Tindakan ini penting. Kalau tidak dilakukan sedemikian, kaum Melayu semakin marah dan membenci Barisan Nasional pimpinan DS Najib Tun Razak dan juga TS Muhyiddin Yassin. Tak ada gunanya kaum yang tak ‘sedar diri’ dan ‘tak mengenang budi’ itu diberi muka.

Apa yang dilakukan selama lebih 50 tahun ini nampaknya tidak mereka terima sebagai satu rahmat kepada kaum mereka. Sudah diberi betis, mereka mahukan paha. Nanti selapas dapat paha, habis semua mereka ‘rogol’ sesuka hati. Melayu diam dan Melayu tidak mahu melawan. Bukan kerana takut atau gentar tetapi, kerana terlalu bertolak ansur.

Kerana terlalu lama bertolak ansurlah maka orang Melayu kini semakin dipertikai haknya dan diperlekeh dengan pelbagai tuntutan yang ‘kurang hajar’ sifatnya.

Jika ini tidak dilakukan, mungkin orang Melayu akan tidak keluar mengundi atau tidak mahu lagi menerima BN sebagai parti yang berkemampuan mentadbir negara/negeri.

Pak Sulung: Teringatkan andaian bahawa jika ekuiti negara ini di ibaratkan bernilai 10 ringgit, kaum Cina ada 6, Melayu 2.50 dan India 1.50. Adapun kaum imigran Cina bukannya bersyukur dengan 6 ringgit yang mereka dapat tetapi, berikhtiar mahu mengambil daripada 2.50 yang jadi milik orang Melayu, untuk diberikan kepada mereka. Kalau boleh mereka mahukan semuanya. Tolong tanyakan kepada Chua Soi Lek, ADILKAH pembahagian ini?

Selasa, 17 Ogos 2010

PAHLAWAN YANG AKHIRNYA KE NERAKA

PERISTIWA ini berlaku di zaman Rasulullah SAW. Dalam satu pertempuran antara piahk Islam dengan pihak musyrik, pertarungan berlaku dengan hebat. Masing-masing mahu memenangi pertempuran. Bagaimana pun ada ketikanya pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Ketika itu Nabi Muhammad SAW dan para sahabat berkumpul untuk membincangkan strategi pertempuran yang telah dan akan berlaku. Dalam perbincangan itu mereka begitu kagum dengan seorang pahlawan Islam bernama Qotzman yang telah gugur. Dia berjuang dengan berani bagaikan seekor singa lapar membaham mangsanya.

Walaupun beliau telah terkorban tetapi, keberaniannya bertempur menjadi buah mulut ketika itu. “Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat.

Mendengarkan kata-kata itu, Rasulullah berkata: “Sebenarnya dia itu adalah golongan penghuni neraka.”

Para sahabat terkejut dan berasa hairan dengan kata-kata Rasulullah. Mereka berpandangan antara satu sama lain dengan wajah kehairanan. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk ke dalam neraka.

Rasulullah sedar para sahabatnya yang tidak begitu percaya dengan kata-kata baginda, lantas baginda berkata: “Semasa Qotzman dan Aktsam bersama-sama keluar ke medan perang, Qotzman mengalami luka parah ditikam musuh. Badannya penuh dengan luka-luka dan darah. Dalam keadaan itu Qotzman meletakkan pedangnya di atas tanah dengan mata pedang itu dihalakan di dadanya. Kemudian dia terus membenamkan mata pedang itu ke dadanya.”

“Qotzman berbuat begitu kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berjuang atau berlawan dengan musuh tetapi, mati kerana membunuh diri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka dia akan masuk syurga. Tetapi sebaliknya dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.”


Menurut Rasulullah lagi, sebelum dia mati Qotzman ada mengatakan, katanya: “Demi Allah, aku berperang bukan kerana agama tetapi, hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”

Demikian seperti diriwayatkan Luqman.

Maka Bersatulah Mereka Melalui ONE MALAYSIAN CHINESE?

"JANGAN kita timbulkan kemarahan, keresahan hanya kerana kita nak pertahankan kaum kita atau resolusi kita hingga tidak mengambil kira sensitiviti dan hak kaum lain. Itu barulah adil namanya. Jika kita pertahankan kaum kita secara ekstrem dan perjuangan itu dilihat sebagai berat sebelah kerana tidak mengambil kira kepentingan lain, maka itu merupakan sesuatu yang tidak baik.”

Demikian antara amaran atau ingatan Tim. Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin kepada Presiden MCA, Chua Soi Lek mengenai kenyataan bahawa MCA tidak takut berkongsi pandangan sama dengan DAP dalam hal yang memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.

Nyatalah bahawa kaum imigran Cina di negara ini telah bersepakat menyatukan perjuangan kaum mereka demi KEUNTUNGAN puak, walaupun mereka berada di dalam parti politik yang berlainan. MCA yang kalah teruk dalam PRU-12, mengambil langkah menyatukan matlamat perjuangan dengan DAP.

Seolah-olah mereka (kaum imigran Cina) kini mahu menunjukkan kekuatan politik perkauman, setelah sekian lama berada dalam keadaan selesa menguasai ekonomi. Keberadaan MCA dan Barisan Nasional (BN) mungkin dirasakan tidak releven lagi.

Apakah selama ini kaum Cina tidak cukup selesa menyertai Perikatan/BN? Berkurangkah kekayaan kaum mereka kerana berada dalam BN? Tidak mendapat pendidikan sempurnakah anak-anak kaum imigran Cina di negara ini kerana menganggotai BN? Semakin terpinggirkah kaum Cina dari bandar-bandar yang terdapat di negara ini?

Atau apakah kerana meraka ada agenda lain, maka Presiden MCA itu dengan berani bersuara seolah-olah bersedia meninggalkan BN demi kaum Cina?

Kalau Soi Lek dengan tegas dan tidak ragu-ragu berkata: “MCA tidak takut berkongsi pandangan sama dengan DAP dalam hal yang memberi keuntungan kepada masyarakat Cina,” tidakkah itu bermaksud MCA bersedia keluar dari Barisan Nasional dan seterusnya bersatu dengan DAP?

Kalau DAP yang jadi kuasa penentu dalam Pakatan Rakyat merasakan bahawa sekutunya – PKR dan PAS, sudah tidak sesuai lagi, maka agenda kaum imigran Cina menjelang atau selapas PRU-13 adalah menubuhkan Pakatan Baru yang dianggotai DAP, MCA dan Gerakan?

Maksudnya, selepas PRU akan datang, DAP tidak lagi berada dalam Pakatan Rakyat. Suatu Pakatan baru akan diwujudkan khusus untuk tiga parti kaum imigran terbesar di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu DAP, MCA dan Gerakan. Tidak mustahil ketika itu parti-pati kaum Cina dari Sabah dan Sarawak juga akan turut serta.

Ketika itu mungkinkah mereka menamakan pakatan baru itu sebagai ONE MALAYSIAN CHINESE?

Walau pun apa yang ditulis ini ada yang menganggapnya satu andaian jahat atau tidak masuk akal tetapi, berdasarkan pengalaman lampau, orang Melayu biasanya akan tewas atau kalah dengan kehendak kaum imigran berkenaan. Cara mereka dan tindakan mereka selalunya akan dapat diterima oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur, walaupun pada awalnya ditentang keras.

Akhirnya Melayu pun akan tertolaklah secara beransur-ansur....

Mungkin setelah lebih 50 tahun merdeka, kaum imigran Cina mula merasakan bahawa kini telah tiba masanya untuk mereka bersatu di bawah satu pekatan. Dan melalui pakatan baru itu nanti kuasa desakan mereka jadi lebih kuat dan lebih berkesan. Apa pun yang paling penting bagi mereka ialah lebih MENGUNTUNGKAN.

Contoh yang mungkin menjadi asas penilaian mereka ialah ketika negara menghadapi beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU-12. Oleh kerana mereka anggap BN berada dalam keadaan terdesak, maka pelbagai tuntutan mereka buat. Dan semua tuntutan mereka berjaya.

Pihak kerajaan BN sedia memberikan ratusan juta ringgit untuk pembangunan sekolah Cina dan lain-lain prasaran di kawasan mereka. Sedangkan undi tetap tidak mereka beri kepada BN. Pembangkang masih jadi pilihan mereka.

Walaupun pada PRK Hulu Selangor BN menang tetapi, undi kaum Cina semakin banyak berpihak kepada pembangkang. Mereka tahu pembangkang akan kalah pada PRK itu tetapi, demi perpaduan kaum mereka, jumlah undi semakin ditingkatkan kepada pembangkang bagi menzahirkan tentangan kepada kerajaan BN pimpinan Melayu.

Ketika mereka berada sebagai pengundi minoriti pun mereka tunjukkan bahawa BN bukanlah pilihan mereka, maka apabila mereka berada di pihak majoriti, keputusan PRK Sibu membuktikannya.

Seperkara yang agak menarik untuk diperhatikan ialah kemungkinan apa yang dilakukan MCA sekarang adalah syarat yang mesti dilakukan oleh Chua Soi Lek, setelah dia ditabal jadi Presiden parti yang bergolak selepas PRU-12 itu. Kalau dia mahu menang, maka agenda ini mestilah sanggup disuarakan secara terbuka. Soi Lek setuju, maka dia pun menang di luar jangkaan ramai.

Bermakna, apa yang disuarakan Soi Lek selepas dia jadi Presiden MCA semuanya bertujuan menjayakan satu agenda baru kaum imigran Cina di negara ini. Mereka perlu bersatu.

Yang masih buta mata dan buta hati serta buta akal ialah kaum Melayu. Bersengketa sesama sendiri tak berkesudahan. Agenda apa pun yang cuba diperkenalkan, Melayu tetap seperti dulu. Tidak bersatu dan saling bercakaran sesama sendiri. Dengan kaum sendiri bukan main garang dan bengis lagi tetapi, apabila berdepan dengan kaum lain (Cina dan India) telur Melayu jadi kecut se kecut-kecutnya.

Tidak mustahil ada pemimpin Melayu yang sanggup bersultankan Cina dan berperdana-menterikan Cina, kalau dilihat semula kepada kata-kata: LEBIH BAIK BERSAHABAT DENGAN DAP DARIPADA BERBAIK DENGAN UMNO YANG ZALIM....

Pak Sulung: Terfikir apakah kerana 1 Malaysia, maka kaum imigran Cina dan India sekarang ini makin merasakan mereka perlu bersatu? Adakah 1 Malaysia kepada mereka bererti bahawa kaum mereka mesti bersatu dalam satu kesatuan yang mantap dan padu?

Isnin, 16 Ogos 2010

KISAH MASUK SYURGA TANPA DIHISAB

DIRIWAYATKAN bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan empat golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa. Mereka adalah:
1. Seorang orang alim yang mengamalkan ilmunya.

2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya.

3. Seorang yang mati syahid di dalam peperangan.

4. Seorang dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa riyak.

Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului masuk syurga. Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril menghakimi mereka.

Bertanya Jibril kepda orang yang mati syahid: “Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk awal ke dalam syurga?”

Jawab orang mati syahid: “Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah.

Jibril bertanya lagi: “Daripada siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid masuk syurga dahulu?”

Jawab orang yang mati syahid: “Aku mendengarnya dari alim ulamak.”

Berkata Jibril: “Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”

Kemudian Jibril bertanya pula kepada yang masuk syurga kerana mengerjakan haji: “Apakah yang telah kamu lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk syurga lebih dahulu dari yang lain?”

Jawab yang haji: “Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah.”

Pertanyaan serupa dari Jibril: “Daripada siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang haji masuk syurga dahulu?”

Jawab yang haji: “Aku mendengarnya dari alim ulamak.”

Kata Jibril: “Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”

Sesudah itu, Jibril bertanyakan soalan yang sama kepada penderma pula: “Apakah yang telah kamu lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk syurga lebih dahulu dari yang lain?”

Jawab si dermawan: “Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Sekali lagi pertanyaan serupa dari Jibril: “Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?”

Berkata si dermawan: “Aku mendengarnya dari para alim ulamak.”

Maka Jibril pun berkata: “Jagalah kesopananmu, janganlah kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”

Belum pun sempat Jibril menanyakan soalan kepada orang alim, si alim berkata: “Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih, dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu.”

Lalau Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Telah benarlah kata si alim itu. Wahai Ridhwan (nama malaikat penjaga pintu syurga) bukakan pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk.”

Firman Allah SWT, maksudnya: “Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu.”

Sementara Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Jadilah engkau orang alim (orang yang mengajar) atau orang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau.”

Rasulullah juga bersabda, maksudnya: “Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara;
1. Dengan berilmunya para ulamak.
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3. Dengan orang kaya yang dermawan.
4. Dengan doanya orang yang fakir.

KISAH IMPIAN SI PENGKHIANAT

SELAMA lebih 500 tahun kerajaan Bani Abbasiyah menempa kejayaan di bawah Khalifah-khalifah keturunan Abbas. Kemudian datanglah satu masa di mana Khalifah-khalifah tidak cekap dan suka berfoya-foya. Akibatnya berlaku perbalahan perkauman dan ideologi. Puak yang menentang dan berhasrat merampas kuasa adalah Puak Syiah. Kepada mereka, yang berhak menjadi Khalifah hanya keturunan Ali bin Abi Thalib sahaja.

Justeru, berlakukan krisis puak antara puak Syiah dan puak Sunnah. Anak-anak Khalifah sendiri membenci kaum Syiah dan bertindak kejam sesuka hati. Dengan bantuan penglima tentera mereka memburu puak Syiah. Kubu-kubu kaum Syiah yang terletak di kawasan terpencil diserang habis-habisan. Kaum Syiah sangat marah dan berdendam dengan kepinpinan kerajaan yang ada.

Kelemahan kerajaan Khalifah diambil kesempatan sebaik mungkin oleh kaum Syiah. Dengan kepintaran pemimpin kanan Syiah bernama Muaiyiduddin al-Alqami, dia berjaya mendapatkan jawatan menteri dalam kerajaan Khalifah. Maka jadilah Muaiyiduddin seorang menteri ‘musuh dalam selimut’. Dia sentiasa memerhatikan tindakan kerajaan terhadap gerakan Syiah. Hasratnya ialah untuk membelas dendam dan merancang untuk merampas kuasa bagi diserahkan kepada kaumnya.

Apabila tentera penakluk yang ganas, di bawah pimpinan Holako dari Monggolia tiba di sempadan Baghdad pada kurun ke 13, Muaiyiduddin tertarik dengan kekuatan mereka. Lalau beliau menulis surat kepada Holako meminta Holako menyerang Baghdad. Dia berjanji akan berpaling tadah membantu tentera Monggol untuk sama-sama menggulingkan Khalifah. Maksudnya, dia akan merampas kuasa melalui bantuan tentera Monggol.

Sebaik menerima surat Muaiyiduddin, Holako sangat gembira lalu berkata kepada tenteranya, “Kali ini kita akan merebut kota kebanggaan dunia dalam masa yang singkat.”

Maka kota Baghdad pun dikepung oleh tentera Holako dari segenap penjuru sambil memberikan amaraan supaya menyerah sebelum pertumpahan darah besar-besaran berlaku. Khalifah dengan para menterinya mengadakan mesyuarat bagi menghadapi serangan tentera Monggol itu. Dan Muaiyiduddin mencadangkan supaya diberikan hadiah kepada Holako supaya tidak menyerang kota Baghdad. Cadangannya dibangkang oleh ketua turus tentera bernama al-Daudar.

“Tidak boleh diterima cadangan itu. Aku tahu itu adalah cadangan busuk daripada Muaiyiduddin yang telah pun ada pakatan dengan Holako untuk merampas kuasa demi kepentingan diri dan kaumnya - Syiah,” kata al-Daudar. Dan dia mengambil keputusan untuk menentang tentera Holako demi maruah bangsa dan negara.

Maka terjadilah peperangan antara pasukan Holako dengan tentera Islam. Manakala puak Syiah membantu tentera Holako. Akhirnya, tentera Islam kalah teruk. Setelah petempuran berhenti, Muaiyiduddin pun pergi mengadap Holako dengan harapan akan mendapat hadiah paling berharga daripada penglima Monggol itu. Dalam masa sama dia berangan-angan bahawa kini tibalah masanya kaum Syiah akan dapat memerintah Baghdad.

Muaiyiduddin al-Aqami mengadakan rundingan dengan Holako. Selepas rundingan dia merasa lega seolah-olah apa nyang dihasratkannya akan tercapai tidak lama lagi. Dia pun balik ke istana menghadap Khalifah untuk menyampaikan hasil rundingannya, padahal rundingannya hanyalah satu tipu muslihat.

Berkatalah Muaiyiduddin,”Tuanku, Holako bersetuju untuk mengekalkan tuanku sebagai Khalifah negara ini. Dan Holako bersetuju untuk jodohkan puterinya dengan putera tuanku.”

Khalifah sangat genbira mendengarkan kata-kata menterinya itu. Beliau pun mengundang para pembesar negara dan para ulama’ berhimpun di istana untuk menunggu kedatangan Holako yang hendak mempersandingkan anaknya.

Maka sampailah Holako bersama orang-orangnya. Ketibaannya bukan untuk mengijab-kabulkan anaknya, sebaliknya untuk menyembelih sesiapa sahaja yang ada di majlis itu. Akhirnya, matilah Khalifah bersama semua kaum kerabatnya, para menteri, para ulama’ dan pegawai-pegawai tinggi yang lain. Istana Khalifah di kota Baghdad menjadi sungai berdarah.

Muaiyiduddin membayangkan bahawa puak Syiah akan memerintah sebentar lagi. Lalu berjalanlah si pengkhianat itu menghadap Holako untuk mengucapkan terima kasih tetapi sayang, Holako sendiri yang memenggal kepala Muaiyiduddin al-Alqami hingga terpisah dari tubuhnya.

Sesudah itu Holako dengan bala tenteranya bermaharajalela mengganas di kota Baghdad dengan merompak, mengugut dan merogol. Hancurlah kota Baghdad dan lenyaplah kemegahan daulat Abbasiyah.

Moral kepada kisah ini mengingatkan supaya jangan sekali-kali antara kita menjadi seorang pengkhianat yang sanggup menggadaikan maruah negara, bangsa dan agamanya semata-mata kerana kepentingan nafsu diri sendiri.

“Ya Allah, selamatkanlah negara kami ini daripada sebarang ancaman manusia yang jadi pengkhianat, dan selamatkan kami semua di dunia dan juga di akhirat. Aminnnn....

SEPATUTNYA HAK BUMI 60%, BUKAN LAGI 30%

GAGASAN MELAYU PERAK (GMP) akan membawa tuntutan ke persidangan meja bulat antara NGO-NGO Melayu yang bakal di adakan, supaya peruntukan hak kaum bumiputera negara ini dinaikkan kepada 60%, bukannya kakal ditakuk lama – 30%. Hasil persidangan itu nanti akan diajukan kepada pihak berkuasa kerajaan untuk tindakan susulan.

Demikian janji yang dijelaskan Pengerusi GMP, DS Mohd. Hilmi Ismail ketika menjadi moderator ‘Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu, di Taman Budaya, Ipoh, semalam (15 Ogos).

Majlis anjuran bersama Gagasan Melayu Perak dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu menampilkan empat penceramah jemputan yang mahir dalam bidang masing-masing, khususnya dalam memperkasa kembali perpaduan dan hak Melayu yang sedang menuju keruntuhan kerana kesilapan lampau, kerana perpecahan sesama Melayu dan kerana himpitan tuntutan kaum imigran yang tidak henti-henti mengguris hati dan perasaan orang Melayu.

DS Hilmi berkata demikian ketika mengulas hujah penceramah ketiga, DS Reezal Merican yang menyatakan bahawa tuntutan kaum Cina yang mahukan hak Melayu sebanyak 30% itu dikurangkan lagi.

Menurut DS Reezal, sepatutnya kaum bumiputera di negara ini diberikan hak keistimewaan sebanyak 60% bukan lagi 30% yang telah jadi lapuk itu. Hujahnya, peratusan itu wajar kerana jumlah penuduk Melayu/Bumiputera di negara ini melebihi 60% sementara baki 40% lagi terdiri dari kaum-kaum imigran lain yang diberi taraf warganegara secara percuma tanpa dakwa dakwi. Kalau tuntutan mereka kerana merit, maka merit jumlah penduduk sepatutnya tidak diketepikan dan menjadi asas utama.

Empat penceramah yang dijemput ialah TS Harussani Zakaria, Mufti Perak; Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Kachar, Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia; DS Reezal Merican, Penasihat GPMS dan Exco Pemuda UMNO dan Ustaz Hafiz Nordin, Naib Pengerusi Persatuan Ulama, Pulau Pinang yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.

Setelah kaum imigran diberi ruang menguasai ekonomi selama lebih 50 tahun, kini mereka mula besar kepala dengan pelbagai tuntutan tidak munasabah yang membakar perasaan orang Melayu. Mereka kini berusaha menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan. Kedaulatan Raja Berperlembagaan dengan hak istimewanya serta kedudukan agama Islam sebagai agama resmi negara, dipertikai dan dicemuh semahu-mahunya.

Mufti Perak, TS Harussani selaku penceramah pertama menggariskan beberapa sejarah perpecahan bangsa-bangsa di dunia ini sejak ribuan tahun dahulu sehinggalah kepada sebab utama mengapa beliau berusaha keras mahu menyatukan kaum Melayu, walaupun berdepan dengan pelbagai kritikan yang agak menghina. Selain dihina dan dikutuk oleh umat Melayu/Islam sendiri, Mufti itu juga dipertikai peranannya oleh pemimpin politik Melayu yang kononnya berjuang demi Islam, iaitu Pas.

“Saya bertindak sedaya upaya menyatukan orang Melayu/Islam yang berpecah-belah, kerana saya menerima amanah dari Allah SWT yang menyeru dan memerintahkan umat Islam supaya bersatu dan jangan berpecah-belah. Itu perintah Tuhan, bukan perintah Raja atau perintah mana-mana parti politik. Perintah Allah kekal sampai bila-bila. Mutlak....

“Kesedaran saya timbul ketika memikirkan perbalahan sesama Melayu yang semakin meruncing sejak PRU-12, semata-mata kerana fahaman politik. Orang Melayu berpecah kerana tafsiran yang berteraskan kepentingan dan pemikiran politik.

“Saya bimbang dan takut dengan firman Allah SWT yang berjanji akan menukar kaum yang berpecah-belah dengan kaum lain.... Justeru, saya tidak sanggup melihat kaum Melayu/Islam di negara Melayu ini ditukar ganti dengan kaum lain, semata-mata kerana berbalah sesama sendiri” jelas TS Harussani.

Sementara penceramah kedua, Prof. Dato’ kamarudin Kacar yang terkenal lantang dan bersemangat, mahukan orang Melayu/Islam bersatu berdasarkan tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang tidak lagi menjadi pegangan orang politik, mahu pun orang Melayu sendiri.

“Kita (orang Melayu) mesti bersatu kerana mereka (kaum imigran) telah pun bersatu,” katanya kepada hadhirin yang hadir seramai lebih 400 orang termasuk pelajar-pelajar dari UPSI dan UiTM, Perak.

Sementara penceramah ke empat, Ustaz Hafiz Nordin menggariskan bahawa orang Melayu/Islam tidak akan berjaya di sepadukan atau bersatu padu selagi yang memainkan peranan untuk itu diserahkan kepada pemimpin politik atau parti politik.

“Kalau harapkan Pas, UMNO atau PKR untuk menyatu-padukan orang Melayu, sampai kiamat pun tak akan tercapai. Masing-masing ada kepentingan politik. Dan ego politik masing-masing tidak akan membawa kepada kesepakatan yang benar-benar jitu sebagaimana perintah Allah SWT dan juga sunah Rasulullah SAW.

“Orang Melayu di negara ini hanya boleh bersatu atau disatukan jika asas dan matlamat perpaduan yang diusahakan kini berasaskan keptingan Islam atau ‘KERANA ISLAM’. Hanya kerana Islam sahajalah yang mampu menyatukan orang Melayu.

“Kesimpulannya, hak menyatukan umat Melayu/Islam sekarang bukannya terletak kepada pemimpin parti politik tetapi, adalah menjadi hak mutlak seluruh umat Melayu/Islam sendiri. Orang Melayu ada seramai lebih 16 juta, sementara yang bergiat dalam politik hanya sekitar 4 hingga 5 juta orang sahaja. Yang lain bagaimana? Baki yang lagi 11 juta orang Melayu, siapa yang harus urus dan satukan?” katanya disembut dengan tepukan gemuruh para hadhirin.

Sambil ketawa, Ustaz Hafiz berkata: “ Jangan tepuk sahaja tetapi tidak ada followup. Yang penting apa yang harus kita buat, sebagai bukan orang politik. Semangat sahaja tidak cukup. Usaha mesti berterusan dan konsisten.

“Harapan saya, apa yang kita semua buat hari ini adalah menjadi titik mula kepada perpaduan umat Melayu/Islam sebenar di negara ini yang sedang menuju keruntuhan yang amat dahsyat. Segalanya terletak di bahu atau di tangan orang Melayu sendiri. Jangan harapkan orang politik. Mereka tak ada hak, kerana bilangan mereka minoriti bukan majoriti,” katanya menutup ucapannya.

Selamat berjuang. Hidup Melayu. Hidup Islam.

Pak Sulung: Terfikir apakah begini keadaan orang Melayu ketika lebih seratus buah persatuan dan pertubuhan Melayu bersatu menubuhkan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur 64 tahun lalu, kerana menentang penubuhan Malayan Union tajaan penjajah Inggeris? Dan apa pula perbezaannya dari segi keadaan dan suasana ketika itu jika dibandingkan dengan sekarang?

Ahad, 15 Ogos 2010

ENAM PERSIMPANGAN HIDUP MANUSIA

ABU BAKAR r.a. berkata, “Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia disebelah belakangmu dan semua angota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu.

“Sementara iblis laknatullah mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syhwat, dunia mengajakmu supaya memilihya daripada akhirat dan angota tubuh mengajakmu untuk melakukan dosa.

“Dan Tuhan mengajakmu masuk ke syurga serta mendapatkan keampunanNya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya.”

Demikian enam persimpangan atau kehendak yang tepaksa dihadapi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Setiap orang berhadapan dengannya. Tidak ada siapa yang tekecuali dari ajakan iblis. Tidak ada insan yang tidak ada jiwa dan nafsu. Seterusnya tidak ada insan yang tidak berada di dunia semasa hayatnya masih di kandung badan. Sementara tubuh badan pula adalah hakikat kewujudan insan itu sendiri.

Justeru, siapa yang memenuhi ajakan atau bisikan iblis, maka hilanglah agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwanya, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenui ajakan anggota tubuhnya, maka hilanglah syurga dari dirinya.

Sementara siapa yang memenuhi ajakan AllahSWT, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memeperoleh semua kebaikan.

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia yang waras dan mendapat petunjuk hendaklah sentiasa berwaspada, sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

MATA IBLIS BUTA DITUSUK NABI IDRIS

DIRIWAYATKAN bahawa pada suatu hari Iblis datang berkunjung ke kediaman Nabi Idris. Ketika itu Nabi Idris sedang menjahit pakaiannya seorang diri di depan pintu rumahnya.

Iblis datang dengan gaya terhuyung-hayang membawa bersamanya sebiji telur lalu bertanya: “Wahai Nabi Allah! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur yang aku bawa ini?”

Lantas Nabi Idris pun memandang tepat ke muka yang bertanyakan soalan itu. Dia sangat kenal bahawa itu adalah seteru Allah SWT - Iblis. Musuh kepada para nabi dan rasul dan musuh kepada semua orang yang beriman kepada Allah.

Nabi Idris pun berkata: “Marilah dekat denganku, tanyalah apa yang engkau hendak tanyakan, aku sedia menjawabnya.”

Lantaran itu, Iblis pun datang menghampiri Nabi Idris yang masih meneruskan kerja menjahitnya. Iblis sekali lagi bertanya: “Wahai nabi Allah! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?”

Jawab Nabi Idris: “Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telurmu yang sebesar itu, bahkan ke dalam jarumku yang sekecil ini pun, Tuhanku sangat berkuasa untuk memasukkannya.”

Serentak dengan jawapan itu, Nabi Idris menusuk (menikam) mata Iblis dengan jarum yang ada ditangannya. Iblis amat terperanjat dengan tindakan sepantas kilat Nabi Allah Idris itu. Iblis meraung-raung kesakitan membawa diri meninggalkan kediaman Nabi Idris.

Iblis tidak menyangka dia akan menerima buah tangan yang sangat istimewa daripada Nabi Idris. Maka butalah sebelah mata Iblis kerana tusukan Nabi Idris itu hingga ke zaman kelahiran dan kebangkitan Nabi Muhammad SAW.

KISAH TIPU DAYA IBLIS: Menyerupai Binatang Kesayangan dan Binatang Buas

SELAIN daripada menyamar atau menyerupai Ulama dan Guru, Iblis dan syaitan juga menyamar sebagai binatang kesayangan orang yang sedang menghadapi sakratulmaut. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menggoda, mengacau dan menyesatkan muslimin yang sedang bertarung di saat-saat akhir hayatnya daripada mengingati Allah.

Jika seseorang itu semasa hidupnya meminati atau menyayangi seekor burung, maka syaitan dan Iblis akan datang menyerupai burung kesayangannya itu. Begitu jugalah jika seseorang itu menyayangi binatang-binatang lain seperti kucing, ayam, lembu, kerbau, kuda atau apa jua binatang kesayangan. Iblis akan datang di saat sakratulmaut itu menyerupai binatang-binatang berkenaan.

Apabila orang itu didatangi binatang kesayangannya yang dijelmakan Iblis atau syaitan, lalu ia mengusap-usapnya, maka dia akan jadi lalai dan lupa mengingati Allah SWT. Iblis dan syaitan akan mengganggu sehinggalah orang itu mati dalam keadaan lupakan Allah. Justeru, tergolonglag orang itu dalam golongan orang fasik dan derhaka kepada Allah – penciptanya. Maka nerakalah tempat yang layak baginya di akhirat kelak.

Oleh itu, segala binatang yang menjadi kesayangan seseorang, apatah lagi jika terlibat pula dengan kegiatan perjudian seperti sabung ayam, laga lembu, lumba kuda atau lain-lain perjudian yang membabitkan binatang, pasti di saat kematiannya nanti binatang itu akan dijelmakan oleh Iblis untuk melalaikan dan menyesatkan seseorang daripada mengingati Allah, lalu matilah ia dalam kecelakaan.

Justeru, jika kita berminat dan menyayangi binatang sekali pun, janganlah sampai mengasyikkan dan melalikan kita daripada mengingati Allah. Cukuplah sekadar hobi untuk mengisi masa lapang dan memeliharanya dengan baik tanpa menyiksanya.

Sesungguhnya beruntunglah seseorang itu jika di saat-saat akhir kematiannya, syaitan dan Iblis tidak berupaya menggoncang iman dan keyakinannya kepada Allah SWT.

Oleh itu, bagi menguatkan keimanan kepada Allah, mestilah membentuknya semasa hidup dan berupaya mengerjakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya. InsyaAllah, amal dan kebajikan yang ikhlas kerana Allah itu akan menjadi benteng penghalang daripada gangguan dan godaan Iblis semasa menghadapi sakratulmaut.

Ada kalanya Iblis dan syaitan itu datang menganggu dan menggoda orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut dengan menyamar diri menjadi bintang buas dan berbisa seperti harimau, singa, ular, kala jengking dan lain-lain.

Andai kata pada waktu orang yang sedang sakaratulmaut itu memandang sahaja kepada Iblis yang menyerupai binatang buas dan berbisa itu tanpa mengingati Allah, maka ia akan terpekik terlolong kerana takut yang amat sangat.

Jika keadaan itu berterusan sehingga malaikatmaut mengambil nyawanya, maka tergolonglah orang itu sebagai insan yang mati dalam keadaan tidak mengingati Allah kerana dilalaikan oleh Iblis yang mengacaunya. Maka matinya orang itu adalah mati sebagai seorang fasik dan munafik.

Sebenarnya terlalu banyak untuk diperkatakan mengenai penyamaran Iblis dan syaitan semasa seseorang sedang menghadapi nazak sebelum mati. Semuanya dilakukan oleh Iblis dan konco-konconya untuk menyesat dan mengacau saat-saat akhir kematian seseorang, supaya tidak berada dalam keadaan mentaati dan mengingati Allah SWT. Ada kalanya Iblis menyerupai emas, perak atau bermacam perhiasan dunia yang semasa hidupnya dia seorang yang tamak, rakus dan cintakan harta dunia serta kuat makan dan minum.

Iblis dan konconya juga boleh menyerupai orang yang dibenci atau sebaliknya, orang yang sangat disayangi semasa hayatnya. Kedua-dua orang yang dijelmakan itu (disayangi dan dibenci) akan menjadikan ia lalai kerana rasa benci atau rasa sayangnya di saat-saat akhir hayatnya. Kedua-duanya akan menjadi pengacau yang menganggu ingatannya terhadap Allah SWT selaku pencipta yang akan dihadapinya nanti.

Oleh itu, orang yang hidup atau yang menziarah ketika seseorang itu sedang menghadapi sakratulmaut, hendaklah mengajar atau mengingatkan kalimah Taiyibah, iaitu Lailahaillallah atau Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang maksudnya: Ajarilah orang yang hampir meninggal dunia dengan kalimah Lailahaillallah, supaya dia mengakhiri kalamnya dengan ucapan terpuji.

Justeru, kepada sesiapa yang berada di samping orang yang sedang nazak, disunatkan mengajar kalimah tersebut (dua kalimah syahadah) secara perlahan supaya dia tidak resah dan gelisah. Maksudnya, dia akan kembali menghadap Allah dalam keadaan tenang dan beriman kepada Allah SWT, kerana kalimah tauhid itulah yang membahagiakannya menghadap Tuhan.

KISAH TIPU DAYA IBLIS: Iblis Menyerupai Ulama atau Guru

DIRIWAYATKAN bahawa antara doa Rasulullah SAW menyentuh mengenai Iblis atau syaitan ialah: Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau daripada diperdayakan oleh syaitan ketika sakratulmaut.

Daripada doa Rasulullah itu, terbukti bahawa Iblis dan syaitan akan menganggu manusia di saat-saat akhir hidupnya atau ketika sakratulmaut. Sesungguhnya Iblis, syaitan dan konco-konconya tidak pernah berasa jemu dan puas dalam usaha menyesatkan manusia, terutama sekali ketika seseorang sedang menghadapi sakratulmaut. Dia akan cuba sedaya upaya merosakkan akidah orang mukmin yang sedang tenat dan nazak itu.

Diceritakan bahawa iblis, syaitan dan konconya akan datang kepada orang yang sedang bertarung menghadapi ujian penghabisan itu dengan pelbagai cara. Iblis berkemampuan menyamar menyerupai berbagai kehidupan kecuali menyerupai Nabi atau Rasul.

Antaranya, Iblis akan datang sebagai ulama atau guru kepada orang yang sedang nazak membawa di tangannya kitab-kitab, kemudian dia berkata: Wahai muridku Sesungguhnya sudah lama aku menunggu engkau, sudah merata tempat kami mencari engkau, rupa-rupanya engkau sedang sakit di sini. Oleh kerana itu aku ada bawakan beberapa orang doktor dan bomoh yang handal-handal bagi mengubati penyakit kamu.

Kemudian dihulurkannya ubat-ubatan lalu dimakan ubat tersebut, sakit yang dialami sembuh buat sementara waktu. Tidak lama selepas itu, penyakitnya datang kembali. Kemudian Iblis yang menyerupai ulama itu berkata: “Wahai muridku! Pada kali ini aku datang kepadamu untuk memberi nasihat dan bimbingan agar kamu mati di dalam keadaan baik dan selamat.”

Kemudian dia berkata lagi: “Wahai nak muridku, tahukah engkau akan hakikat Allah SWT?” Lalu orang yang sedang sakratulmaut itu dengan suara yang tidak jelas didengari oleh mereka yang menziarahnya berkata: “Wahai guruku, aku tidak mengetahuinya.”

Iblis yang menymarkan ulama itu berkata lagi: “Wahai muridku! Sesungguhnya aku adalah seorang ulama yang tinggi dan hebat. Aku baru sahaja kembali dari alam yang ghaib dan sesungguhnya aku telah mendapat kedudukan syurga yang paling atas. Cubalah kamu lihat dan perhatikan syurga yang disediakan Allah untukmu sebagai balasan amalan yang telah kamu lakukan. Andai kamu hendak mengetahui Zat Allah, maka hendaklah kamu patuh kepada perintah aku.”

Maka orang yang dalam sakratulmaut itu memandang ke kiri dan ke kanan lalu dia melihat sanak saudaranya, adik beradiknya dan ibu bapanya semua berada di dalam syurga dengan penuh keseronokan. Semua itu adalah jelmaan Iblis (syurga palsu) bertujuan mangacau, menghasut, menggoda, menipu orang itu supaya mengikut jejak langkahnya.

Kemudian, si sakit bertanya kepada Iblis yang menyerupai ulama itu, katanya: “Bagaimanakah rupa Zat Allah SWT?”

Iblis pun sangat gembira ketika itu kerana jerat dan tipu dayanya sudah mengena. Lalu katanya: “Wahai muridku, tunggulah sebentar lagi kerana dinding dan tirainya akan dibukakan untukmu.” Sejurus kemudian, tirai pun dibuka satu persatu. Tirainya berwarna-warni dan sangat menarik perhatian orang yang sedang nazak itu. Dia bagaikan melihat satu benda yang sangat besar, lebih besar daripada langit dan bumi ini. Dia kehairanan dan terkejut melihat benda itu. Kemudian Iblis yang menyerupai ulama itu berkata lagi: “Sesungguhnya itulah Zat Allah yang patut kita sembah.

Setelah itu berkatalah pula orang yang hampir mati itu kepada ulama palsu jelmaan Iblis itu: “Wahai guruku! Bukankah ini benda yang benar-benar besar dan mempunyai enam sifatnya iaitu ada kiri dan kanannya, ada atas dan bawahnya, ada depan dan ada belakangnya, sedangkan Zat Allah itu tidak menyerupai sebarang makhluk, Dia Maha Sempurna dan Maha Suci daripada sebarang bentuk sifat kekurangan dan kelemahan. Namun pada waktu ini lain pula keadaannya sebagaimana yang aku pelajari dan ketahui dahulu. Akan tetapi benda yang besar ini aku mesti sembah?”

Iblis mendiam diri dan tidak menjawab pertanyaan orang itu.

Dalam keadaan berkecamuk dan keliru itulah sampainya malaikat maut untuk mengambil atau mencabut nyawanya. Lalu dicabut nyawa orang yang berada dalam kekeliruan itu sedangkan dia masih dalam keadaan bingung dan lalai daripada mengingati Allah.

Maka segala amalannya semasa hidup di dunia ini akan terhapus. Dan dia akan dimasukkan ke dalam neraka di akhirat kelak.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog