Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 17 Mac 2011

Anwar perlu beri DNA jika mahu jadi PM – Zulkifli (Rakyat tak sabar tunggu Anwar jadi PM)


Rakyat tak sabar menunggu 'Makhluk Anugerah Tuhan' ini jadi PM....
AHLI Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berada pada kedudukan terbaik dan jalan singkat yang sebenarnya dalam merealisasikan ‘hajat’ beliau menjadi Perdana Menteri dan menawan Putrajaya.

Menurut beliau, jalan berkenaan adalah dengan memberikan DNAnya berhubung kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu bagi mencari kebenaran dan keadilan untuk kedua-dua pihak.

“Anwar menyatakan perkara itu dirancang, tetapi oleh siapa kita pun tidak tahu. Keduanya, kalau Anwar dakwa yang DNA ‘lelaki Y’ bukan dia, senang sahaja jawapannya... berilah.

“Sebenarnya, ini peluang terbaik Anwar membuktikan kesuciannya, jadi beri sahaja DNA, apa yang masalah besar sangat. Ini soal mahu menentukan bersalah atau tidak,” katanya kepada UMNO-Online hari ini.

Zulkifli seterusnya berpendapat, kalau terbukti yang DNA Anwar tidak sama dengan DNA lelaki Y, ia boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Itu terjadi kerana orang akan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Lagipun bukankah Anwar bercita-cita besar untuk jadi Perdana Menteri. Ini peluang terbaik beliau, kalau beliau betul, persoalannya, kenapa tidak berani.

“Sikap Anwar ini menimbulkan satu persepsi yang tidak baik menyebabkan rakyat memandang negatif terhadap beliau,” katanya.

SATU MELAYU:
Ajerrr yang yerr yop!
Kalau Anwar berikan DNA dan terbukti tidak sama dengan apa yang didakwa Saiful, sah Barisan Nasional akan tumbang dan Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri Malaysia ke-tujuh dan Wan Azizah akan jadi ‘first lady’.

Bukan lagi 16, malah mungkin puluhan Ahli Parlimen BN akan lompat masuk PKR kerana baru sedar bahawa selama ini rupanya Anwar Ibrahim dikhianati oleh Umno/BN.

Sekarang peluang terbuka luas untuk Anwar Ibrahim mencapai cita-citanya jadi PM dan membetulkan segala kelemahan dan ketidakadilan yang terdapat di negara bernama Malaysia ini.


Dunia akan sokong Anwar sebagai pemimpin yang dianiaya sebagaimana Mandela di Afrikan Selatann dulu. Anwar Ibrahim akan dijulang oleh rakyat negara ini sebagai pemimpin nombor satu yang paling popular. Negara akan jadi aman dan damai, rakyat akan hidup senang dan mewah.

Ketika itu harga minyak mungkin hanya beberapa sen sahaja satu liter dan gaji para guru dan kakitangan lainnya akan menceceah lima angka.

Harga barang keperluan akan semuanya jadi murah. Harga gula mungkin hanya 30 sen sekilo, minyak masak hanya seringgit untuk lima kilo, tepung gandum hanya 50 sen sekilo dan macam-macam barang lagi akan turun merudum demi rakyat yang dibela oleh PM baru - Anwar Ibrahim.

Pendek kata, rakyat negara ini akan hidup mewah semewah-mewahnya dengan pendapatan jauh lebih tinggi dan segala masalah sosial serta jenayah akan jadi zero.

Anak, cucu dan cicit peneroka felda semuanya akan diberikan tanah hinggakan orang lain tak boleh dapat tanah.

Begitulah gambaran rengkas betapa hebatnya kesejahteraan yang bakal diterima oleh rakyat Malaysai jika Anwar Ibrahim jadi PM. Dan semuanya hanya boleh dicapai dengan Anwar Ibrahim memberikan sampel DNAnya untuk ditentukan tidak sama dengan DNA yang tertinggal di dubur Saiful oleh peliwatnya – ‘Lelaki Y’.

Justeru, kepada seluruh rakyat Malaysia yang inginkan kesejahteraan hidup yang ribuan kali lebih baik daripada apa yang dinikmati sekarang dan sebelum ini hendaklah bangun beramai-ramai mendesak Anwar menyerahkan sampel DNAnya supaya manusia ‘Anugerah Tuhan’ itu akan segera jadi PM.

Sesungguhnya rakyat negara ini tidak sabar-sabar menunggu Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog