Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 13 Mac 2011

Kes Liwat II: Anwar dengan masalah DNAnya


ANWAR Ibrahim sekali lagi menjadi tumpuan dalam kes perbicaraan liwatnya. Kali ini berkaitan keengganan beliau untuk memberi sampel ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).

Persoalannya mengapa beliau enggan berbuat demikian? Anwar tidak perlu takut kalau beliau bukan ‘lelaki Y’ yang DNAnya dikenalpasti pada Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Malah Anwar akan beruntung kalau DNAnya tidak sepadan dengan ‘lelaki Y’ kerana ia akan memberi peluang bagi membersihkan namanya.

Sepatutnya sudah lama Anwar tampil dengan rela memberikan DNA, apatah lagi beliau selalu melaung- laungkan mendukung keadilan dan kebenaran.

Taktik beliau memberikan alasan untuk tidak memberikan DNA hanya menebalkan lagi tanggapan bahawa beliau takut kepada kebenaran yang akan terbukti nanti.

Malah beberapa bekas pemimpin PKR mendakwa, keengganan Anwar berbuat demikian kerana mahu melindungi rahsia besar yang belum meletup.

Ia bukan sahaja melibatkan kes Saiful yang mengadu diliwat tetapi turut mempunyai kaitan hubungannya dengan seorang anggota keluarga pemimpin kanan PKR.

Majoriti rakyat musykil mengapa Anwar yang menggambarkan beliau pemimpin hebat dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, takut untuk diadili sepenuhnya.

Bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri sekiranya tidak berani bersumpah laknat dan kini mengelak pula memberikan sampel DNA?

Aneh. Kaedah bersumpah cara Islam ditolak, secara saintifik juga dinafikan.

Justeru, pelbagai reaksi umum menggesa Anwar supaya memberi sampel darah bagi maksud ujian DNA.

Anwar dicabar beri sampel darah

AHLI Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabar Anwar Ibrahim memberi sampel darah untuk ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) atas nama hak dan kebenaran bagi merungkai identiti sebenar peliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, Ketua Pembangkang itu tidak sepatutnya menjadi pemimpin yang dayus dengan ‘menyorok’ di sebalik aspek teknikal undang-undang dan peguamnya, Karpal Singh. Anwar sebaliknya perlu menjadi seorang manusia yang berani agar selari dengan cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri.

“Jika Anwar enggan memberi sampel darahnya, sudah pasti umat Islam dan rakyat akan tertanya-tanya apa sebenarnya yang hendak disorok sangat. Sumpah laknat pun beliau tak mahu buat, sekarang hendak bagi darah demi membuktikan kebenaran pun tak mahu juga.

“Benarkah seperti yang disebut orang bahawa Anwar ada ‘rahsia besar’ yang mahu disembunyikan di sebalik keengganan memberi DNA,” kata YB Zul dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com.

Buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara, pihak pendakwaan dalam kes liwat Anwar terpaksa memohon perintah agar mahkamah mengarahkan Ketua Pembangkang itu memberi sampel darah untuk dibuat ujian DNA tetapi, permohonan tersebut dibantah oleh Karpal.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, tiada sebab untuk Anwar membantah dan mengelak daripada memberi sampel darahnya kerana ia peluang terbaik untuk beliau membuktikan tidak pernah terbabit dalam aktiviti liwat sebagaimana yang didakwa.

Katanya, Anwar sepatutnya tidak perlu menunggu pihak pendakwa membuat permohonan kepada mahkamah untuk menyerahkan sampel berkenaan. Ini kerana beliau yakin jika terbukti air mani yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful bukan miliknya, Ketua Pembangkang itu akan disanjung oleh rakyat.

“Yakinlah, di hadapan Allah nanti bahawa Karpal tidak akan boleh membantu lagi. Ingatlah, di hadapan Allah nanti kita sudah tidak boleh menyorok. Semua benda (kecuali mulut) akan bercakap memberitahu Allah apa sebenarnya yang berlaku.

“Masa itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dengar, Tok Guru akan dengar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dengar, N. Gobalakrishnan pun akan dengar. Masa itu, Karpal pun tak sempat nak membela kamu,” katanya.

Pemuda cabar kemukakan DNA

MENDESAK perkara sama, Pemuda UMNO mencabar Ketua Pembangkang itu mengemukakan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu perlu supaya semua pihak yang terlibat terutama bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mendapat keadilan sepenuhnya.

Beliau berkata, Anwar tidak harus takut untuk memberikan profil DNA secara sukarela sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak melakukan perbuatan tersebut.

“Tindakan Pemuda mendesak Anwar memberikan profil DNA adalah semata-mata atas nama keadilan dan kebenaran. Semua pihak termasuk rakyat mahu mengetahui kedudukan sebenar kes ini.

“Oleh itu Anwar harus berani mengemukakan profil DNA secara sukarela. Tambahan pula langkah beliau berbuat demikian akan dapat membantu mahkamah dalam perbicaraan tersebut,” katanya kepada Mingguan Malaysia di Kuala Lumpur.

Semalam, pihak pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Anwar telah memohon agar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggunakan kuasanya untuk memerintahkan Anwar Ibrahim memberikan sampel bagi tujuan ujian profil DNA.

1,000 wanita UMNO Gopeng desak Anwar serah DNA

MANAKALA di Batu Gajah, Perak, seramai 1,000 ahli Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gopeng mengadakan perhimpunan secara aman pada Sabtu, bagi mendesak Anwar Ibrahim menyerahkan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) kepada Mahkamah Tinggi.

Perhimpunan tersebut berlangsung selama sejam di Arena Square Batu Gajah.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, perhimpunan berkenaan diadakan bagi mendesak Penasihat PKR itu menyelesaikan segera kekeliruan di kalangan rakyat berhubung status DNA ‘lelaki Y’ yang masih belum dikenal pasti.

Katanya, sekiranya Anwar masih enggan memberikan sampel DNA itu, maka ia bakal mengesahkan andaian masyarakat bahawa DNA ‘lelaki Y’ tersebut adalah DNA beliau sendiri.

“Jika Anwar adalah anak jantan dan berada di pihak yang benar, beliau perlu secara sukarela menyerahkan sampel DNA. Jika masih berdolak-dalih dan menggunakan mahkamah, masalah ini tidak akan selesai.

“Cukuplah kita melihat lakonan Anwar selama ini. Dia suruh Mohd. Saiful Bukhari Azlan bersumpah dan telah pun melakukannya, kini mengapa pula beliau tidak mahu bersumpah? Mengapa tidak mahu beri kerjasama?,” katanya.
- Sumber: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Sambungan perbicaraan kes liwat II – Anwar/Saiful, pada Isnin nanti sudah tentu akan menjadi perhatian dunia.

Apa keputusan mengenai permohonan pihak pendakwa supaya mahkamah mengarahkan Anwar Ibrahim memberikan sampel darah untuk ujian DNA, sangat-sangat dinantikan.

Perhatian juga tentu tertumpu kepada helah pihak pembela yang membantah permohonan pihak pendakwa itu.

Apakah ianya akan jadi seperti tiga sampel yang sebelum itu ditolak oleh mahkamah atas alasan cara ianya diambil tidak mengikut peraturan?

Justeru, sambungan perbicaraan pada Isnin menjadi ‘kemuncak’ kepada perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim yang telah berlarutan hingga tiga tahun lamanya itu.

1 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Copy peta pejabat PKR kat blog aku dan letak kat sini untuk memudahkan orang ramai berdemo mendesak nuar serahkan DNAnya hari ini jam 11.30 pagi.

Bingai @ Bangang
Ke Pejabat PKR?

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog