Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 6 Jun 2011

KES LIWAT II: Permohonan Kali Ketiga Anwar Agar Hakim Tarik Diri Ditolak, tapi tangguh dapat juga........


ANWAR Ibrahim hari ini gagal dalam percubaan ketiganya supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zabidin Mohd Diah supaya menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwat yang sedang berjalan.

Pada mulanya, mahkamah hari ini dijadual mendengar kes pembelaan dan Anwar dijangka menjadi saksi pembela yang akan dipanggil.

Bagaimanapun, mahkamah perlu mendengar permohonan Anwar terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan kes pembelaan.

Hakim Mohamed Zabidin dalam menolak permohonan Anwar mendapati permohonan itu tidak mempunyai merit.

Beliau juga membenarkan permohonan melalui peguamnya Karpal Singh menangguhkan perbicaraan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan hari ini dan menetapkan 13 Julai untuk sebutan.

Karpal berkata beliau akan memfailkan satu notis rayuan tengah hari Isnin.

Sebelum itu, Peguam Cara Negara 11 Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah permohonan itu dengan menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa keputusan yang dibuat semasa perbicaraan tidak boleh dirayu.

Ini merupakan permohonan Anwar bagi kali ketiga supaya Hakim Mohamed Zabidin menarik diri selepas dua permohonan sebelum ini semasa kes pendakwaan ditolak hakim.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun yang sama.

Dakwaan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebatan.

Sebelum itu, Karpal dalam hujahnya untuk memujuk hakim supaya membenarkan permohonan itu berkata terdapat keterangan yang jelas bahawa hakim berat sebelah apabila membuat keputusan lebih awal apabila memutuskan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan seorang saksi yang boleh dipercayai pada akhir kes pendakwaan.

Karpal berkata mahkamah telah tersalah arah berhubung standard pembuktian dalam pendakwaan mengenai permohonan ujian penilaian maksimum kepada keterangan oleh Mohd Saiful, dan oleh itu, hakim adalah bersalah kerana membuat keputusan lebih awal dan berat sebelah.

Mohamed Yusof menjawab bahawa Anwar membuat permohonan itu bagi melambat-lambatkan perbicaraan.

"Beliau telah nampak peluang. Ini merupakan peluang kamu untuk memberi versi kamu kepada orang ramai, apapun, ini merupakan peluang kamu untuk membela atas sumpah," kata Mohamed Yusof yang menyebabkan Anwar yang berada di kandang saksi mencelah "bila...bila".

Mohamed Yusof juga berkata ini merupakan permohonan ketiga Anwar dan ia mungkin dimasukkan dalam Malaysia Book Of Records kerana beliau tidak tahu mana-mana kes lain apabila pihak pembela secara konsisten memohon supaya hakim mengundur diri.

Beliau berkata tiada apa yang salah apabila hakim memutuskan bahawa Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai kerana keterangan Mohd Saiful selari dengan keterangan saksi-saksi pakar.

Mohamed Yusof berhujah bahawa pihak pembela hanya bergantung kepada satu perenggan daripada 180 perenggan dalam penghakimman untuk menyatakan bahawa hakim telah membuat keputusan lebih awal dan jika perenggan itu dibaca dengan salah, ia mungkin membawa tafsiran bahawa hakim telah membuat keputusannya.

Karpal menjawab bahawa pihak pembela tidak melambat-lambatkan perbicaraan dengan menyatakan bahawa hanya terdapat lima saksi yang telah ditemu bual oleh pihak pembela dan mereka bukan saksi-saksi material.

"Anwar tidak takut untuk memberi keterangan tetapi apa yang dikhuatirkan sama ada dia akan mendapat perbicaraan yang adil," katanya.

Beliau berkata pihak pendakwa masih belum mengemukakan saksi iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk pihak pembela menemu bual mereka.
- Bernama

SATU MELAYU:
Tangguh lagi! Kalau tak bersalah dan berani kerana benar, jelaskanlah segala fakta dan bukti yang menungjukkan tertuduh tak bersalah. Ada peluang tak mahu digunakan....

Asyik dok tangguh jer... sampai bila rakyat boleh dengan jawapan balas Anwar mengenai tuduhannya yang kononnya tidak bersalah dan semuanya adalah konspirasi Umno?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog