Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 13 Julai 2011

BERSIH 2.0: Mahasiswa terlibat harus berani bertanggungjawab....

MAHASISWA yang didapati terlibat dengan perhimpunan haram Sabtu lalu seharusnya berani bertanggung-
jawab di atas tindakan yang mereka lakukan sendiri.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap orang tertakluk kepada undang-undang dan sebagai mahasiswa, mereka perlu bersedia berdepan dengan tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka.

“Memang ada dalam kalangan mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu berada dalam lingkungan umur pelajar. Namun, kita tidak boleh anggap semua belia berusia antara 17 dan 25 tahun itu sebagai mahasiswa.

“Apabila telah dikenal pasti, kita akan tengok apa tindakan yang diambil oleh pihak polis dan pada masa yang sama, kita akan serahkan kepada universiti masing-masing untuk difikirkan tindakan yang sesuai.

“Kementerian tidak boleh membicarakan mahasiswa berkenaan kerana kuasa di pihak universiti,” katanya ketika diminta mengulas mengenai nasib mahasiswa yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram, Sabtu lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberi ucaptama dalam Forum Urus Tadbir Universiti Ke Arah Autonomi dan melancarkan buku Guide to Assessing Good Governance in Malaysian Universities di Kuala Lumpur, Selasa.

Sementara itu, kata Mohamed Khaled, pihaknya masih menunggu senarai nama mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan tersebut selepas pihak polis menyelesaikan siasatan awal mereka.
- Utusan

SATU MELAYU:
Sejak zaman kebangkitan reformasi dahulu lagi memang ramai golongan mahasiswa yang terlibat dengan gerakan menentang kerajaan melalui tunjuk perasaan jalanan.

Hingga kini mereka dah ‘banyak lemak’ dan perasan diri mereka itu dah pandai dan bijak sangat sangat. Walhal kalau tidak adalah kerajaan Umno/BN yang mentadbir negara ini sejak merdeka, tidak akan ramai anak Melayu yang berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi dengan pelbagai bantuan.

Di masa sama mereka lupa bahawa peluang diberikan kerajaan selama ini kepada mereka bukanlah kerana mereka itu pandai tetapi kerana mereka itu orang Melayu. Ikutkan kelulusan tak sehebat mana pun.

Inilah golongan manusia yang tak sedar diri dan tidak bersyukur dengan peluang dibuka seluas-luasnya oleh pemerintah negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Kini dah sampai masanya mereka ini diajar secukupnya. Biar mereka sedar dan tahu apa erti bersyukur dan sedar setakat mana kemampuan akademik mereka.

Masa untuk berlembut sudah tidak sepatutnya diteruskan lagi. Lagi berlembut lagi ‘kurang hajar’ mereka. Duit yang menanggung mereka belajar itu adalah duit rakyat. Kalau mereka dah bertindak menyusahkan rakyat, tidak wajarkah mereka itu dinyahkan dari pusat-pusat pengajian tinggi?

Kalau terus dibiarkan, semakin ramai golongan pelajar jenis ini yang tidak menghormati kerajaan yang menyuap mereka dari tahun satu di sekolah rendah hinggalah ke peringkat tinggi.

Pihak kementerian dan juga universiti jangan biarkan ‘barah’ masyarakat ini merebak dan seterusnya membunuh usaha kerajaan menjamin peluang pengajian peringkat tinggi kepada anak-anak Melayu.

Selain mahasiswa, jangan lupa tenaga pengajar juga memainkan peranan menyebabkan mereka menyertai perhimpunan haram kerana membenci kerajaan dan pemimpin semasa negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog