Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 3 Oktober 2011

Hudud Pas: Antara Anwar dan China Doll.... Anwar kena rejam, China Doll kena penjara?

CERITA dongeng rekaan Nik Aziz mengenai Hudud telah diulas oleh Tun Dr. Mahathir ketika diminta oleh para pemberita selepas beliau menyampaikan ucaptama pada majlis Perhimpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kedah Siri 2 Dewan Wawasan Jitra di Kibang Pasu, Kedah.

Bekas Perdana Menteri berkata, adalah tidak adil sekiranya Pas melaksanakan hukum hudud di negara ini dengan melibatkan orang Islam sahaja dan bukan Islam pula dikecualikan daripada hukuman itu.

Menurut beliau, ajaran Islam mahukan manusia menghukum dengan adil atas kesalahan yang dilakukan.

Katanya, pelaksanaan hukum hudud di negara ini sepatutnya mengambil kira keadaan rakyat negara ini yang mempunyai pelbagai agama.

"Dalam negara kita terdapat penduduk berbilang agama, kalau 100 peratus Islam, tak mengapalah. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata hudud hendak dilaksanakan untuk orang Islam sahaja.

"Jadi apabila dua orang mencuri, seorang beragama Islam dan seorang lagi bukan Islam, yang seorang potong tangan (dan) yang seorang lagi masuk penjara. Adilkah itu?

"Barang kali bagi Nik Abdul Aziz adil, bagi saya tak adillah. Sama-samalah kalau potong tangan, potong tangan. Kalau nak masuk dalam jel, masuk jel sama-sama."

Menurutnya, adalah tidak adil sekiranya jenayah yang sama tetapi hukuman adalah berbeza jika ia dilakukan oleh dua orang berlainan agama.

Ya tak ya jugak. Tun hanya beri contoh mengenai dua orang berlainan agama yang mencuri. Seorang kena hukum potong tangan, seorang lagi di penjara.

Agaknya, kalaulah kes seperti dalam video seks Anwar Ibrahim dibawa ke pengadilan hudud atas tuduhan berzina, maka yang akan kena rejam sampai mampos ialah Anwar Ibrahim. Sementara China Doll yang jadi partner dia main konakondi tu hanya dihukum penjara kerana dia bukan beragama Islam.

Itupun kalau Anwar Ibrahim mengaku dia orang Islam. Bagaimana kalau ketika dibicarakan di mahkamah syariah dia mengaku bahawa dia tidak lagi beragama Islam? Bolehkah dia dikenakan hukum hudud?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog