Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 13 April 2011

Ops 3b: SPRM bukan tuding jari kepada kastam

Abu Kassim Mohamed bersalaman erat bersama Iskandar Jaafar (kiri), Ibrahim Ahmad dan Omar Osman selepas pertemuan di Putrajaya, semalam. - Bernama
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam Ops 3b yang dijalankan oleh suruhanjaya berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, sebaliknya operasi itu bertujuan menghapuskan penipuan dan penyelewengan melibatkan segelintir pihak di dalam jabatan tersebut.

Beliau sehubungan itu, mengajak Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PKKM) dan Kesatuan Kastam Semenanjung Malaysia (KKSM) bersama-sama SPRM mengatasi masalah penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa itu.

"SPRM harap hasil kutipan cukai dapat dikembalikan melalui proses pengisytiharan yang betul kerana siasatan mendapati pihak JKDM turut tertipu.

"Kita minta kastam terutamanya pihak persatuan bekerjasama dengan SPRM dan semua agensi terlibat dalam Ops 3b untuk memastikan perkara-perkara ini dikurangkan dan kutipan hasil meningkat.

"Kehilangan wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kesejahteraan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital dan rumah kos rendah," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Datuk Omar Osman, Presiden KKSM, Ibrahim Ahmad dan Naib Presiden PKKM, Iskandar Jaafar di sini hari ini.

Abu Kassim menambah, SPRM turut bersetuju untuk melakukan aktiviti bersama dan mengadakan beberapa siri perbincangan meja bulat dengan KKSM dan PKKM.

"Yang penting soal integriti dapat ditingkatkan dalam Kastam. Saya percaya jumlah yang berintegriti jauh lebih tinggi kerana yang melakukannya (salah guna kuasa) adalah sekumpulan kecil sahaja," katanya.

Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, pihaknya berpuas hati dengan pertemuan hari ini kerana mendapat penjelasan tepat daripada Abu Kassim mengenai kontroversi RM108 bilion yang sebelum ini didakwa lesap.

"Kastam berpuas hati kerana kami bebas dari RM108 bilion dan saya rasa sangat berterima kasih kepada SPRM kerana penjelasan itu amat melegakan kami. Kami penyumbang kepada kutipan kerajaan dan pembangunan negara, jadi kita tak rela tuduh sedemikian," katanya.

Beliau turut berharap agar aktiviti bersama yang bakal diadakan bersama SPRM dapat memberi manfaat dan meningkatkan lagi integriti 12,000 pegawai Kastam.
- Utusan

SATU MELAYU:
Alhamdulullah! Ada kesefahaman antara jabatan kerajaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog