Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 16 April 2011

SURUHANJAYA SIASATAN KEMATIAN TBH: Keluarga, teman wanita temui pakar psikiatri

AHLI keluarga mendiang Teoh Beng Hock hadir di Kompleks Mahkamah di ibu negara pada Jumaat untuk sesi temu bual dengan pakar psikiatri yang dilantik oleh Suruhanjaya Siasatan Kematian setiausaha politik Exco Selangor itu.

Mereka yang tiba kira-kira pukul 3.15 petang ini ialah bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee; ibunya, Teng Shuw Hor; adik perempuan; Teoh Lee Lan; dan abang, Teoh Meng Kee. Turut hadir bersama mereka ialah teman wanita mendiang, Soh Cher Wei dan anaknya.

Beberapa minit selepas itu, peguam keluarga tersebut, Gobind Singh Deo dilihat memasuki kompleks mahkamah berkenaan.

Temu bual tersebut dijalankan secara tertutup di satu lokasi yang tidak diketahui di kompleks tersebut dan pakar-pakar psikiatri yang terlibat ialah Dr. Ba'diah Yahya, Dr. Nor Hayati Ali dan pakar psikiatri forensik dari Australia, Profesor Dr. Paul Mullen yang dilantik oleh Majlis Peguam Malaysia.

Pertemuan tersebut berlangsung selama satu setengah jam dan tamat kira-kira pukul 4.50 petang.
Ketika ditemui oleh pihak media, Gobind memberitahu, temu bual dengan ahli keluarga mendiang dan teman wanita Beng Hock dijalankan secara serentak.

Bagaimanapun, peguam terbabit menyatakan beliau tidak mengetahui bila pakar-pakar tersebut akan menyerahkan laporan hasil temu bual tersebut kepada panel suruhanjaya.

Pada 7 Mac lalu, Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen mengarahkan agar ahli keluarga Beng Hock, rakan-rakan dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan soal siasat ditemu bual oleh pakar-pakar psikiatri.

Temu bual itu penting bagi menentukan keadaan minda Beng Hock walaupun ahli keluarganya enggan berbuat demikian sebelum ini.

Cheng Yuen turut mengarahkan agar Cher Wei ditemu bual memandangkan tiada sebarang kenyataan diperoleh daripadanya sebelum ini sedangkan ia mampu memberikan maklumat yang berguna.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.
- Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog