Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 5 April 2011

RASUAH: RM108 bilion bukan lesap, tapi anggaran kerugian pendapatan negara

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali
JUMLAH RM108 bilion yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penangkapan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini bukannya wang yang lesap dan dibawa ke luar negara.

Sebaliknya Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ia adalah anggaran kerugian pendapatan negara akibat perlakuan jenayah yang turut melibatkan pelbagai akta di bawah SPRM, JKDM, polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurutnya, pendedahan SPRM mengenai kerugian RM108 bilion itu bukannya merujuk kepada kes JKDM sahaja tetapi turut merangkumi pelbagai kesalahan lain.

"Ingin saya jelaskan bahawa RM108 bilion itu bukanlah lesap sebaliknya nilai kerugian pendapatan yang dialami negara.

"Angka serta input yang didedahkan itu diperoleh daripada Unit Perisikan Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan RM108 bilion hasil negara lesap setiap tahun antaranya akibat perbuatan 'tangan kotor' pegawai JKDM yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa, sebelum wang yang diterima itu kemudiannya dipindahkan ke luar negara.

SPRM turut menahan seramai 62 pegawai JKDM kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain dalam 'Operasi 3b' yang diadakan sepanjang minggu lalu.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah JKDM, Datuk Mohamed Khalid Yusof yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membenarkan siasatan dibuat oleh pegawai SPRM sejak dari awal operasi itu dijalankan.
- Utusan

SATU MELAYU:
Jumlah RM108b itu bukannya lesap tetapi anggaran pendapatan negara yang tidak dapat dipungut oleh jabatan-jabatan yang mudah terdedah kepada rasuah dan perlakuan rasuah oleh kakitangannya.

Anggaran sahaja. Mungkin lebih dan mungkin kurang.

Apapun, ianya tetap boleh dianggap bahawa pendapatan negara yang sepatutnya ada telah lesap begitu sahaja kerana perbuatan rasuah.

Tidak dapat dipungut atau lesap lebih kurang sama sahaja dari segi maksudnya, iaitu hilang begitu sahaja tanpa dapat dikira sebagai hasil pendapatan nergara.

Negara kehilangan hasil kerana perbuatan rasuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog