Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 16 Mei 2011

ISU VIDEO SEKS: Semakin hari semakin panas, saranan demi saranan disuarakan....


Tubuh segera Suruhanjaya Diraja – Mohd. Puad

KERAJAAN perlu menubuhkan segera sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim supaya polemik mengenainya dapat dihentikan dan tidak ada pihak mempolitikkan isu tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, polis juga sudah membuat siasatan berhubung kes itu dan pihak yang membuat tuduhan pula telah membuat sumpah laknat.

‘‘Namun yang dituduh pula enggan membuat sumpah laknat dan polis kata video itu tulen, malah sudah teredar bahkan dalam Internet pun masih wujud.

“Jadi untuk mengelakkan perkara ini terus menjadi polemik, mengaibkan dan menimbulkan fatwa yang berbagai-bagai, saya rasa sudah sampai masanya Suruhanjaya Diraja diwujudkan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya, di Kota Kinabalu hari Ahad.

Semalam, polis mengesahkan rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Anwar Ibrahim adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tiada keperluan undang-undang untuk pihaknya mendedahkan pelaku dalam video terbabit.

Menurut Mohd. Puad, pembangkang termasuk DAP, PKR dan Pas juga tidak perlu takut untuk sama-sama terlibat dalam suruhanjaya itu.

“Mereka boleh duduk dalam Suruhanjaya Diraja ini, janganlah pada perkara yang boleh menyebabkan dia menjadi defensif atau pun rasa merugikan, mereka menolak Suruhanjaya Diraja,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, selepas siasatan Suruhanjaya Diraja disiapkan, pelaku yang disahkan dalam video tersebut harus bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan.

“Daripada dia terus berbohong dan berlakon membohongi rakyat lebih baiklah dia letak jawatan, memohon keampunan daripada Allah dan tidak lagi menipu rakyat mengatakan dia bersih dan sebagainya,” ujarnya.

Ambil tindakan syariah jika bersabit – Peguam Muslim

PELAKU di dalam rakaman video seks melibatkan seseorang yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim perlu dikenakan tindakan di bawah undang-undang syariah sekiranya video itu didakwa sahih daripada semua aspek.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, dalam situasi ini satu bukti yang kukuh diperlukan bagi membolehkan pendakwa syarie mengemukakan kesalahan tersebut untuk pertuduhan di mahkamah.

Katanya, sekiranya tertuduh didapati beragama Islam dan melakukan kesalahan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur maka dia boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Jenayah Syariah kerana melakukan kesalahan bersifat takzir (bukan hukuman hudud) dan boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara serta denda RM5,000.

“Saya bersetuju jika tindakan undang-undang diambil tetapi ia mestilah benar. Namun, pada masa ini saya tidak boleh mengulas lanjut kerana bimbang akan menjadi subjudis ekoran ia masih dalam siasatan polis.

“Justeru itu, kita minta supaya siasatan yang terperinci dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan. Siasatan juga perlu dilakukan ke atas pihak yang mendedahkan video itu kerana pihak terbabit juga boleh dikenakan tindakan jenayah jika disabit kesalahan,” katanya kepada Utusan Malaysia, pada Ahad.

Mengulas lanjut ketika ditanya adakah hukuman sebatan turut dikenakan, Zainul Rijal berkata, hukuman paling tinggi di bawah undang-undang syariah yang diamalkan di negara ini adalah hukuman rotan sebanyak enam kali, bagaimanapun hukuman itu dikenakan ke atas mereka yang meminum arak.

“Mungkin ada yang keliru dengan hukuman rotan di negara ini terutama apabila melibatkan undang-undang syariah. Zina bagi orang Islam memang ia satu kesalahan hudud mengikut hukum syarak dan hukumannya adalah rotan.

“Tetapi, zina di dalam undang-undang syariah, ia tidak melaksanakan hukum hudud. Sehubungan itu dalam Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan mereka yang melakukan zina hanya menerima hukuman rendah iaitu penjara dan denda,” jelas beliau.

Zainul Rijal berkata, untuk mengetahui hukuman ke atas pesalah zina dengan lebih nyata ia memerlukan penjelasan mendalam kerana jika video itu melibatkan orang Islam tindakan yang dikenakan berbeza dengan bukan beragama Islam.

“Jika orang bukan Islam melakukan zina secara sukarela, ia bukan satu kesalahan tetapi jika ia dilakukan secara paksaan, maknanya ia berkaitan kes rogol. Oleh itu, kita minta supaya dalam siasatan, semua perkara ini perlu diambil kira,” ujarnya.

Tiada tindakan akan undang pandangan negatif

KEGAGALAN pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pelaku dalam rakaman video seks selepas ia disahkan tulen, hanya akan mengundang pandangan negatif daripada masyarakat umum.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, masyarakat umum akan mempersoalkan apakah keistimewaan atau kelebihan pelaku tersebut sehingga pihak polis menyatakan tiada keperluan undang-undang untuk mendedahkan pelaku di dalam video terbabit.

Beliau berkata, ia juga akan menyebabkan masyarakat umum berasa jemu dengan tata cara pihak berkuasa mengendalikan kes itu.

“Seolah-olah pihak berkuasa mengamalkan sikap double standard kerana kami yakin jika melibatkan orang biasa sudah pasti mereka akan didakwa sama ada di mahkamah sivil atau syariah,” katanya ketika dihubungi di Putrajaya pada Ahad.

Mengulas lanjut isu itu, Mohd. Jurit berkata, pihak berkuasa sama ada polis atau jabatan agama tidak seharusnya dilihat takut untuk melaksanakan tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Kalau takut, kami sarankan agar pihak berkuasa menghentikan operasi membanteras jenayah atau maksiat,” katanya.
Justeru itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menganjurkan perhimpunan secara aman jika pihak berkuasa masih gagal melaksanakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

“Perhimpunan itu bagi mendesak kerajaan supaya memandang serius terhadap kes video seks,” katanya.
SUMBER: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Kes video seks yang didakwa Datuk Eskay adalah Anwar Ibrahim ini jadi semakin panas. Setelah pihak polis memaklumkan bahawa video itu tulen melalui pengesahan pakar, ulasan bahawa pelakunya tidak boleh diambil tindakan undang-undang menimbulkan polemik baru.

Pihak berkuasa mula didesak oleh banyak pihak supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku terlibat  mengikut undang-undang Syariah jika ia beragama Islam.

Selain itu, desakan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja juga semakin galak diperkatakan.

Manakala pihak NGO tertentu berhasrat terus mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera kerana tidak mahu kerajaan dianggap double standard.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog