Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 19 Mei 2011

PEMILIHAN PAS: Pertembungan kumpulan pro-Anwar dengan pro-kepimpinan ulama....

PERCATURAN pemilihan barisan kepimpinan baru Pas yang dijadual pada bulan depan akan menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan dominan di dalam parti itu, pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dan pro-kepimpinan ulama.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pembentukan dua kumpulan sememangnya wujud di dalam Pas kerana ada beberapa pemimpin parti itu kini dilihat begitu liberal serta sealiran dengan pemikiran Anwar walaupun Ketua Pembangkang itu jelas berfahaman pluralisme.

Beliau berkata, tidak dinafikan kepimpinan ulama masih wujud di dalam Pas apabila jawatan Presiden parti dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi persoalannya bagaimana pula dengan pengisian jawatan nombor dua parti dan ke bawah.

"Saya percaya ada percaturan dalam pemilihan Pas kali ini. Sudah pasti Anwar dan PKR mahukan mereka yang benar-benar sealiran dengannya memegang jawatan nombor dua dan ke bawah secara majoriti. Kumpulan ini digelar sebagai puak Erdogan.

"Tujuannya ialah memastikan Pas sentiasa bersama dengan PKR walau apa pun berlaku. Mengenai kedudukan Abdul Hadi itu tidak menjadi masalah kerana apa yang penting Anwar boleh meletakkan seberapa ramai pemimpin sealiran dengannya di dalam kepimpinan parti itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia pada Rabu.

Nakhaie berkata demikian ketika mengulas kemenangan Abdul Hadi menerajui parti itu sekurang-kurangnya sehingga 2013 iaitu penggal kelima buatnya apabila tidak dicabar pemimpin lain pada pemilihan bulan depan.

Bagaimanapun saingan untuk jawatan Timbalan Presiden pula dijangka menarik pada muktamar ke-57 parti itu yang bermula 3 hingga 5 Jun ini apabila enam individu disahkan layak bertanding daripada lapan yang dicalonkan.

Nakhaie berkata, Anwar perlu menyusun barisan kepimpinan Pas yang pro kepadanya supaya Penasihat PKR itu sentiasa mendapat sokongan Pas walaupun berhadapan dengan pelbagai kontroversi sama ada berkaitan dengan pluralisme atau isu moral.

"Teorinya mudah sahaja. Jika Pas dikuasai oleh sebahagian besar puak Erdogan, apa jua keputusan akan berpihak kepada kumpulan tersebut.

"Katakanlah berlaku satu kontroversi kepada Anwar. Sudah tentu puak Erdogan sebulat suara akan membuat keputusan membelanya. Dalam hal ini Abdul Hadi sudah pasti tidak boleh berbuat apa-apa kerana keputusan dibuat secara majoriti,'' katanya lagi.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin ketika mengulas isu sama berkata, berdasarkan maklumat dalaman daripada rakan-rakan dalam Pas, akan berlaku pertembungan hebat antara kumpulan Erdogan dan kepimpinan ulama pada pemilihan Pas kali ini.

"Cuma saya mendapat maklumat sokongan di peringkat bawah lebih menjurus kepada pro-kepimpinan ulama. Mungkin mereka mula menyisihkan diri daripada badi Anwar yang membuatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot.

"Walau apa pun, pasti akan berlaku pertembungan dua kumpulan ini pada pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat. Puak Erdogan dikatakan sedang merancang untuk menguasai Pas dalam jangka panjang,'' katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Elok juga Pas dikuasai oleh puak Erdogan. Kalau itulah yang berlaku sokongan kaum Melayu yang selama ini menyokong Pas kerana jenama Islam itu akan mengundur diri dari menyokong Pas.

Kalau Mat Sabu berjaya jadi Timbalan Presiden, lagi bagus. Orang Pas dan sebahagian rakyat negara ini tentu tidak akan lupa kisah salahlaku moral yang pernah dilakukannya di Kelantan dahulu.

Anwar dan Mat Sabu, selain sama-sama anak Seberang Prai, juga sama sedikit sebanyak dari segi perangai dan hobinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog