Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 25 Oktober 2011

Enakmen Kawalan Kegiatan Murtad Tidak Cukup Kuat - Harussani Zakaria

MUFTI Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam belum cukup kuat bagi membendung gejala memurtadkan umat Islam.

Katanya enakmen itu bukan sahaja tidak menyeluruh, malah hukuman yang dikenakan juga adalah ringan di samping ketidakmampuan jabatan agama Islam negeri dalam aspek siasatan dan tenaga kerja.

"Saya sendiri telah memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai keperluan undang-undang sekatan terhadap gejala dan kegiatan memurtadkan umat Islam dengan berpaksikan Perlembagaan dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan dimasukkan dalam undang-undang Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita, di Bagan Serai, Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam bahawa enakmen itu wujud sejak 1980 dan pihak yang terlibat boleh didakwa di mahkamah sivil.

Antara negeri yang menguatkuasakan enakmen itu ialah Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka, Kedah, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis.

Sehubungan itu, Harussani berkata amat penting bagi kerajaan melaksanakan deklarasi 10 tuntutan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berlangsung pada Sabtu lepas.

"Ia mesti jadi keutamaan. Selepas ini Himpun akan bergerak ke setiap negeri. Kita mahu setiap umat Islam memahami dan menyuarakan bantahan," katanya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan Surau Mustapha Kamal di Bukit Merah Laketown Resort, Harussani berkata mereka yang menjadikan masjid sebagai tempat bergaduh, mencari pengaruh politik dan mengintip rahsia orang Islam adalah munafik serta fasik.

"Nabi (Muhammad) tidak berpolitik di dalam masjid, baginda menerima wahyu daripada Allah dan menyampaikannya di dalam masjid. Jangan dustakan Nabi (Muhammad). Jangan gunakan nama Nabi Muhammad untuk kita berpecah-belah di dalam masjid," katanya.

Beliau juga meminta parti politik dan seluruh umat Islam di negara ini supaya tidak menjadikan fahaman politik sebagai halangan untuk bersatu serta menggadaikan negara dan agama Islam.

"Jika itu dibiarkan dan kita tidak dapat bersatu padu, saya khuatir umat Islam akan ditimpa bala, ini yang saya selalu ingatkan. Malangnya ada pihak yang memperlekehkan dan mengatakan bahawa Islam bukan agama yang menyeru supaya umatnya berkumpul dan berhimpun," katanya.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Menagapa hanya Mufti Perak sahaja yang begitu aktif dalam hal murtad ini?
Mufti-mufti lain buat apa?
Tak berani nak kata apa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog