Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 15 Mac 2011

Cabaran rakyat serah sampel DNA: Anwar sedikit menggigil ketika diasak pemberita....


ANWAR Ibrahim hari ini, Isnin, berterusan mengelak daripada menyahut cabaran pelbagai pihak supaya beliau menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi merungkai siapa identiti lelaki 'Y' yang meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu cuba mengalihkan tuntutan yang disuarakan rakyat Malaysia melalui demonstrasi secara aman di seluruh negara semalam, kepada isu yang tiada kaitan dengan kes liwatnya, iaitu kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu.

Anwar yang kelihatan sedikit menggigil ketika melayan asakan pemberita, cuba menjawab di luar konteks dengan mempersoal kenapa tidak didesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kabinetnya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyerahkan DNA terlebih dahulu.

"Hendak mempermainkan isu ini, seolah-olah ada DNA dan saya takut hendak bagi DNA...Itu hanya helah politik jahat mereka, ini fitnah, khianat dan inilah mainan mereka yang akhirnya terpaksa bergantung di dubur orang lain untuk mengekalkan kuasa.

"Tapi kalau soal tuntutan (supaya diserahkan DNA), kenapa tidak buat tuntutan supaya Perdana Menteri bagi DNA, pasal apa tidak desak Rais serah DNA atas tuduhan yang dikaitkan dengan kes rogol pembantu rumahnya," katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta menyatakan pendirian berhubung desakan pelbagai pihak di Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor supaya menyerahkan sampel DNA bagi membolehkan mahkamah menentukan siapakah lelaki 'Y'.

Terdahulu, ketika di pekarangan Mahkamah Tinggi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga enggan memberi sebarang ulasan mengenai cabaran rakyat meskipun dikejar oleh wartawan, sebaliknya beliau menyerah 'tanggungjawab' tersebut kepada peguamnya, Karpal Singh.

Untuk rekod, Perdana Menteri pernah bersumpah laknat bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya (sesuatu yang tidak berani dilakukan oleh Anwar sampai sekarang) dan bekas pembantu rumah Rais sendiri, yang dikaitkan dengan tuduhan rogol, juga menafikan dia dirogol.

Sementara itu, Anwar juga mengelak daripada menyahut cabaran pelbagai pihak supaya beliau menyaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menulis mengenai kegiatan seksnya dalam memoir A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pembangkang itu memberi alasan, sudah terlalu banyak isu yang ditanya oleh pemberita pada hari ini tetapi mengakui beliau sudah berbincang dengan pasukan peguamnya berhubung kandungan buku tersebut yang mengaitkannya dengan seks terlarang bersama empat wanita.

"Itu saya jawab kemudian...Saya akan jawab kemudian. Saya sudah bincang tadi dengan pasukan peguam saya. Hari ini sudah terlalu banyak isu dan kita simpan perkara ini kemudian," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Sama-samalah kita lihatkan sampai bila si Nuar nak berdalih dan alihkan isu dengan pelbagai isu lain ciptaannya.
Kes ini telah sampai ke kemuncaknya.

Mahkamah sedang menantikan bukti melalui DNAnya untuk menentukan kesohehan tuduhan.
Sementara rakyat telah pun menghukumnya berdasarkan ‘Berani kerana benar, takut kerana bersalah’.

Selagi Anwar berdegil tidak mahu memberikan sampel DNA, selagi itulah rakyat akan menghukumnya sebagai bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Dan Anwar Ibrahim akan dilabel sebagai ‘peliwat’ atau macam-macam gelaran yang jijik lagi memalukan.

1 ulasan:

akueden berkata...

Kebenarannya:-
Najib & Gang "terpaksa bergantung di dubur orang lain untuk mengekalkan kuasa." Jijiknya!

Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2011/03/cabaran-rakyat-serah-sampel-dna-anwar.html#ixzz1GdEv4oQ5

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog