Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 13 Mac 2011

JCorp mahu jual Kulim Bhd?


BEKAS Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mendakwa pihak pengurusan JCorp sedang merancang untuk menjual anak syarikatnya, Kulim (M) Bhd. (Kulim).

Menurutnya, penjualan anak syarikat yang paling banyak menjana keuntungan kepada JCorp itu dipercayai untuk melunaskan bebanan hutang syarikat milik kerajaan negeri tersebut yang berjumlah RM3.6 bilion.

Katanya, langkah menjual Kulim kepada pihak lain merupakan tindakan yang merugikan kerana ia merupakan aset utama JCorp dan orang Melayu secara amnya.

"Saya mendapat maklumat ini daripada sumber-sumber boleh dipercayai yang kini berada di dalam JCorp sendiri. Jika perkara ini betul, saya menyeru kepada mereka yang berkenaan agar memikirkan semula cadangan menjual Kulim kerana ia akan merugikan JCorp sendiri.

"Saya juga percaya rancangan tersebut akan mendapat tentangan hebat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang mahu melihat Kulim kekal di bawah JCorp untuk membantu bangsa Melayu," katanya di sini hari ini.

Menurut Muhammad Ali, Kulim kini merupakan salah satu penjana pulangan wang utama kepada JCorp kerana ia merupakan badan induk kepada QSR Brands Bhd., KFC Holdings (M) Bhd. dan turut memegang hak 38,000 hektar ladang sawit di seluruh negara.

"Sebagai bekas Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, saya berhak bersuara memandangkan langkah yang bakal diambil itu hanya akan merugikan JCorp dan juga orang Melayu.

"Saya yang sudah 30 tahun bersama dengan JCorp berasa sedih dan kecewa kerana ada usaha untuk menjual Kulim, saya akan bangkit menentang sekiranya perkara itu benar-benar berlaku," katanya.

Muhammad Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) berkata, beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam hal tersebut sebaliknya ia adalah untuk kepentingan generasi akan datang.
- Utusan

SATU MELAYU:
Sejak Jcorp menguasai QSR Brands Bhd dan KFC Holdings Bhd melalui anak syarikatnya Kulim Bhd, kaum bukan Melayu berasa kurang senang dengan penguasa bisnes berkenaan oleh kaum Melayu.

Kini, setelah Kulim berjaya menguasai QSR dan KFC, ada pula suara-suara sumbang dalam JCorp sendiri yang mahu syarikat induk itu dijual kepada pihak lain. Apakah ada dalang tertentu yang mahu mengaut keuntungan sekelip mata hasil daripada jualan Kulim itu nanti?

Kalau benarlah ada ura-ura penjualan Kulim kerana masalah hutang JCorp, sewajarnya pihak berkuasa campur tangan untuk memastikan syarikat berkenaan dijual kepada kumpulan yang ada kepentinga bumiputra.

Payah-payah sangat, jual sahaja kepada Ekuinas.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Apa dah jadi sebenarnya. tak sudah-sudah nak merosak dan merompak hakmilik melayu. Tak pernah rasa puas dan cukup. macam orang yang akal dan otak diletakkan dilutut. berdozen-dozen komen dan ulasan diberi oleh JCorp bahawa “HUTANG JCORP BUKANLAH MASALAH”. Besar sangat ke masalah ni sampai nak di jual Kulim tu. Jual kulim samalah macam jual JCorp sebab lebih separuh JCorp tu adalah Kulim. Ladang, KFC, QSR, Sindora, berpuluh Syarikat Intrapreneur lagi, syarikat kapal lagi dan macam-macam lagi. Semuanya dibawah Kulim. Dijual Kulim apa lagi yang tinggal. Memang hanya orang yang Dungu, Bodoh, Bebal dan Dangkal aje yang akan ‘menjual angsa bertelur emas’ ini. Tolonglah… bersama kita selamatkan Kulim ini. Malu saya menjadi Melayu kalau langkah menjual Kulim ini dibiarkan tanpa usaha dari seluruh umat Melayu untuk mempertahankannya… Selamatkan KULIM….. Selamatkan JCORP…. Selamatkan JOHOR…. Selamatkan MELAYU……

aziezul berkata...

Kenapa kita nak cari jalan singkat nak selesaikan masalah? Pemimpin kita ajar orang melayu kena kerja kuat jangan jadi Ali Baba. Tapi nampaknya pemimpin kita lagi teruk, mengaut keuntungan dari usaha orang lain...

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog