Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 22 Ogos 2011

Anwar Nafi Lakukan Seks Dengan Saiful: Ambil masa 2 jam baca kenyataan setebal 32 muka....


ANWAR Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian," kata Anwar.

Anwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam.

Beliau berkata berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan," kata Anwar.

Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam, berkata Mohd Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.

Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya.

Anwar berkata tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Bagaimanapun Mohd Saiful telah menghadiri satu majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menghadiri perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada dari segi emosi dan fizikal.

"Oleh itu, sikapnya benar-benar tidak konsisten dengan telah dicabuli, pengadu bohong bulat-bulat," dakwa Anwar.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Sambil membacakan kenyataan, Anwar juga mendakwa bahawa pihak pendakwa gagal melaksanakan tugas secara profesional.

Beliau mendakwa bahawa pihak pendakwaan secara konsisten enggan mendedahkan material penting kapada pasukan pembelanya termasuk senarai saksi pendakwa, nota klinikal doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), kenyataan saksi termasuk kenyataan Mohd Saiful dan sampel forensik dan eksibit bagi pemeriksaan dan pengesahan bebas.

"Semua ini telah menyebabkan prejudis yang agak banyak kepada pembelaan saya dan ketidakadilan yang serius," kata Anwar.

Beliau juga menyentuh mengenai penghakiman panjang lebar oleh hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di akhir kes pendakwaan.

Anwar berkata mengikut Seksyen 182A(1) Kanun Prosedur Jenayah, hakim sepatutnya memutuskan sama ada seorang saksi itu boleh dipercayai atau tidak di akhir kes pembelaan.

"Saya telah dinafikan keperluan untuk membuat membuat pembelaan saya secra bersumpah. Itu bermakna menafikan hak untuk satu perbicaraan yang adil dan saksama," kata Anwar.

Pemimpin pembangkang itu juga berkata keputusan Hakim Mohamad Zabidin berhubung isu menemu bual saksi pembelaan, telah memberikan satu perhubungan dengan menyatakan bahawa mereka enggan ditemu bual.

Anwar menjelaskan bahawa dia akan bersedia dan sedia memberikan keterangan dengan mengangkat sumpah tetapi "terhalang" oleh pendakwaan dan dengan cara Hakim Mohamad Zabidin menjalankan perbicaraan itu.

Beliau menjelaskan bahawa saksi alibinya juga diganggu polis di mana kenyataan pemilik dua unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid dirakamkan dalam video oleh polis selama hampir 30 jam.

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan menuduh bahawa dakwaan terhadapnya tidak lebih daripada satu konspirasi untuk memenjarakannya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamad Zabidin bersambung esok dengan pihak pembelaa memanggil pakar DNA dari Australia Dr Brian Leslie McDonald dan Profesor Madya David Lawrence Noel Wells.
- Laporan: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Setelah mengambil masa lebih tiga tahun, begitulah cara Anwar Ibrahim membela diri. Dia membaca hujah dan alasannya sendirian tanpa boleh disoal balas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog