Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 23 Ogos 2011

Nik Aziz Sokong Penubuhan Jawatankuasa Parlimen Perkukuh Pilihan Raya: Benarkah berita ini? Macam tak percayer jerrr!


KOTA BAHARU, 23 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi memperkukuhkan lagi sistem pilihan raya serta mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas usaha Perdana Menteri menubuhkannya.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berharap penubuhan jawatankuasa itu merupakan peluang terbaik ke arah menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pilihan raya yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan juadah hari raya kepada anggota pasukan keselamatan sempena Aidilfitri di sini Selasa.

Penerima juadah itu terdiri Pasukan 8 Briged Infantri Malaysia Kem Pengkalan Chepa; Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tentara Laut Diraja Malaysia, Unit Pencegah Penyeludupan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
-- BERNAMA

MEMBACA berita seperti tertera di atas mungkin ramai antara kita jadi pelik, hairan dan terkejut. SM sendiri pun pelik. Rasa tidak percaya mengatasi keyakinan.

Mana mungkin insan bernama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mursyidul Am Pas yang jadi penyokong tegar Anwar Ibrahim dan begitu setia dengan pakatan, menyokong suatu jawatankuasa parlimen yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat pimpinan Umno/BN yang diketuai DS Najib Tun Razak.

Lagipun sebagaimana yang kita semua tahu, pihak pakatan DAP-PKR-PAS diberitakan telah tawar hati untuk menyertai jawatankuasa berkenaan.

Tetiba, hari ini bagaikan satu letupan, Nik Aziz dilaporkan berkata beliau bersetuju dan menyokong penubuhan jawatankuasa yang dimaksudkan itu. Mimpi aperrr!

Mungkinkah apa yang Nik Aziz maksudkan lain tetapi akibat tersilap faham telah diberitakan sedemikian oleh Bernama?

Kepada SM kenyataan ini silap lapor. Selepas ini Pok Nik akan buat satu kenyataan lain bagi membetulkan berita ini yang bermaksud tidak menyokong penubuhan Jawatankuasa Jawatankuasa Parlimen Perkukuh Pilihan Raya?

Masakan Anwar dan Kit Siang boleh biarkan Nik Aziz keluarkan kenyataan begitu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog