Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 25 Ogos 2011

Semua Rakyat Malaysia Di Washington Dan Virginia, Amerika Syarikat Selamat


Kakitangan Pentagon bertempiaran lari menyangkakan serangan pengganas....
KESEMUA rakyat Malaysia, termasuk para pelajar di bandaraya Washington dan Virginia, Amerika Syarikat dilaporkan selamat berikutan kejadian gempa bumi yang melanda Virginia pada awal pagi waktu Malaysia.

Kementerian Luar berkata maklumat daripada Kedutaan Besar Malaysia di Washington dan Konsulat Jeneral di New York, bahawa kesemua rakyat Malaysia termasuk pelajar di kawasan yang menerima gegaran akibat gempa bumi itu selamat.

Satu gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda Virginia pada pukul 1.53 petang waktu tempatan Selasa, iaitu 1.53 pagi Rabu di Malaysia, dan gempa bumi itu turut dirasai di beberapa negeri kawasan pantai timur di negara itu termasuk Washington dan New York.

Setakat ini, keadaan di Washington dan Virginia adalah aman dan terkawal, menurut kementerian itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia di kedua-dua kawasan tersebut dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan dan konsulat dari semasa ke semasa, katanya.

Menurut kementerian itu bantuan akan diberikan oleh pihak kedutaan dan konsulat sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang menghadapi masalah berikutan kejadian gempa bumi tersebut.

Mereka juga boleh menghubungi kedutaan di talian am: 001-202-572-9795, konsular di 001-202-629-6718 dan emel ke malwashdc@kln.gov.my serta konsulat jeneral di New York di talian am: 001-212-490-2722/2723 dan emel malnycg@kln.gov.my.
- Berita: BernamaOnline

Gambar-gambar kegemparan rakyat US ketika menerima sedikit ujian daripada Allah swt melalui gempa bumi: 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog