Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 21 Ogos 2011

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT: Air mata ahli Pas

Bila jumpa saja, adalah yang mereka ini bisikkan. Entah apa yang mereka bisikkan tak siapa yang tahu. Bisik punya bisik, akhirnya Pas pun tergadai....
Akhirnya Hadi dan Nik Aziz tak boleh berbisik lagi. Karpal dah block mereka. Maka tertunduk tidurlah kedua tokoh Pas itu.... Kalau negara ini terlepas ke tangan DAP dan PAP nanti, dua orang inilah puncanya....
APA sudah jadi dengan Pas? Itulah persoalan yang terus menghantui ramai orang Islam di negara ini. Banyak isu kritikal yang melibatkan kepentingan Islam tidak mendapat pembelaan Pas.

Nama sahaja menggunakan istilah Islam dan mendakwa memperjuangkan Islam tetapi realitinya - tidak.

Terdapat pertubuhan Islam di Indonesia turut terkejut dengan perubahan yang dibawa oleh pemimpin Pas yang cenderung ke arah pluralisme agama.

Dalam beberapa isu murtad, Pas yang suatu ketika seperti gajah naik minyak memperjuangkan kesucian Islam, kini menjadi seperti tikus ketakutan.

Sudah menjadi rahsia terbuka, ketakutan Pas adalah kerana mahu menjaga hati DAP dan PKR serta percaturan undi bukan Islam. ‘‘Kita mengambil pendekatan hati-hati supaya tidak mahu melukakan hati pengundi. Ana dah terangkan dulu, Pas kalau hendak menang lebih baik (besar), mesti mendapat sokongan orang Cina/India dan semua bukan Islam.’’ Demikian komen seorang aktivis Pas menerusi blog Penyokong Pas. wordpress.

Sentimen dan hujah itulah yang memerangkap ramai pemimpin kanan Pas sehingga kelihatan tergamak melacurkan agama demi politik.

Sehingga hari ini, Pas masih belum menyatakan pendirian berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja yang dipercayai menjalankan gerakan murtad ke atas beberapa individu Islam.

Suara beberapa kerat pemimpin Pas seperti Ketua Dewan Pemuda, Nasrudin Tantawi yang mahu parti itu menyatakan pendirian, sedikitpun tidak diendahkan. Sebaliknya Nasrudin dicerca kerana ketegasan beliau mempertahankan kepentingan Islam dalam isu kemelut JAIS-Gereja.

Perkembangan tersebut rupa-rupanya meresahkan ramai ahli Pas di peringkat akar umbi. Malah Awang diberitahu ada kalangan penyokong Pas yang menangis apabila melihat tiga pemimpin DAP melawat gereja yang cuba memurtadkan orang Islam. Air mata menitis di bulan Ramadan kerana mengenangkan kegagalan parti tersebut sedangkan DAP jauh ke hadapan membela agama lain.

Maka tidak hairan sekiranya NGO Islam dan Melayu seperti Perkasa tampil mahu mengambil peranan parti itu dalam menjaga kepentingan Islam yang merupakan agama rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Awang bersyukur dengan reaksi umat Islam dan NGO Islam lain bersatu mempertahankan kesucian Islam.

Biarlah Pas terus menjaga kepentingan DAP dan undi bukan Islam. Ketika parti lain menampakkan kebijaksanaan berpolitik sambil mengutamakan agama mereka, Pas pula terperangkap dengan kebodohan sehingga menjual agama sendiri.
- Mingguan Malaysia Online

SATU MELAYU:
Apa yang ditangiskan. Dah nasib badan. Tuah tujuh, celaka sembilan.
Pas kini benar-benar telah digadaikan oleh Nik Aziz dan Hadi Awang kepada DAP melalui pujuk rayu dan kelentong Anwar Ibrahim.
Golongan ulama telah dipinggirkan. Tingallah Mat Sabu dan puak Anwarisme dalam Pas meneruskan impian tumpang sekaki ke Putrajaya.
Terlajak bas boleh gostan. Terlajak kerana mencampakkan jenama Islam, terimalah padahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog