Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 10 November 2011

Begitulah nasib Melayu apabila negeri dikuasai kaum imigran.... Kerajaan Pusat terpaksa peruntuk RM120 juta untuk Melayu Penang beli rumah....

APAKAH ini yang dikatakan ‘merempat di tanah air sendiri’? Hidup jadi melarat dan kesempitan ekonomi semakin menjadi-jadi apabila negeri tanah tumpah darah hak milik sendiri tergadai kepada kekuasaan kaum imigran yang memang memusihi Melayu/Islam?

Nasib baik ada Kerajaan Pusat pimpinan majoriti Melayu/Islam yang masih perihatin terhadap penderitaan orang Melayu Pulau Pinang gara-gara tekanan ekonomi oleh pemimpin negeri yang secara halus mahu menghalau orang Melayu/Islam dari negeri yang masih dipajak daripada Kedah itu.

Demikian fahaman yang dapat SM rasakan apabila terbaca berita mengenai peruntukan dana RM120 juta untuk bantu Melayu Pulau Pinang sebagaimana tersiar di Berita Harian Online hari ini.

Hakikatnya, bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Kerajaan Pusat memperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi melaksanakan pelbagai program pada tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata peruntukan itu akan digunakan bagi membiayai program dalam aspek perumahan, keusahawanan dan modal insan.

Dana berkenaan sebahagian daripada RM165 juta yang diperuntukkan untuk tempoh dua tahun, mulai tahun ini. Sebanyak RM45 juta dibelanjakan tahun ini.

“Kita masih ada banyak lagi peruntukan yang boleh dibelanjakan untuk agenda pembangunan Bumiputera di negeri ini.

“Fokus perbelanjaan adalah kepada aspek perumahan yang mana orang Melayu di negeri ini mengalami masalah untuk membeli rumah berikutan harganya yang terlalu tinggi, lebih RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, semalam. Hadir sama, Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Azhar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Nor Mohamed berkata, pembinaan rumah mampu milik berharga RM70,000 ke atas akan menjadi fokus Kerajaan Pusat berbanding sebelum ini yang memfokuskan kepada pembinaan rumah kos rendah.

Dua agensi bertanggungjawab melaksanakan projek pembinaan rumah iaitu PERDA dan Jawatankuasa Pemandu Sdn Bhd (JKPSB).

“Kita komited untuk membantu meningkatkan taraf hidup Bumiputera di negeri ini supaya mereka dapat hidup selesa serta setanding kaum lain pada masa depan, terutama pada 2020.

“Kita mahu rakyat memperoleh pendapatan setahun AS$15,000 (RM46,695) serta hidup selesa tanpa mengira kaum,” katanya.

Semoga berita ini menimbulkan kesedaran kepada semua umat Melayu/Islam bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di seluruh negara.

Bayangkan kalau kaum imigran berkenaan dapat menguasai pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia secara langsung atau tidak.... Bagaimana nasib buruk yang bakal diterima oleh orang Melayu?

Ingatlah! ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.
Rumah kecil yang dihuni oleh 65 orang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog