Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 8 November 2011

Doktor peribadi didapati bersalah: Keluarga, peminat Jacko sambut gembira keputusan mahkamah

DOKTOR peribadi Michael Jackson, Dr Conrad Murray (tengah) kelihatan bersahaja di dalam Mahkamah Los Angeles, sebaik juri memutuskan beliau bersalah kerana menyebabkan kematian raja pop itu pada 2009.
SEBAIK sahaja doktor peribadi Michael Jackson, Conrad Murray didapati bersalah kerana menyebabkan kematian raja pop itu pada 2009, anggota keluarga serta peminatnya meraikan keputusan mahkamah dengan penuh kegembiraan.

Orang ramai dan penyokong Michael yang berkumpul di luar pekarangan mahkamah bersorak gembira sebaik keputusan juri diumumkan.

Selang beberapa minit kemudian, Hakim Michael Pastor mengarahkan doktor berusia 58 tahun itu digari untuk direman sementara menunggu keputusan hukumannya lewat bulan ini.

Ibu Michael, Katherine terus menangis dan dilihat dipeluk adik beradik Michael yang lain selepas juri membacakan keputusan bahawa Murray didapati bersalah menyebabkan kematian raja pop itu dengan memberikan dadah propofol berlebihan.

Murray mengaku memberi Jackson sejumlah dadah propofol yang kecil bagi membantunya untuk tidur tetapi bukannya dadah yang banyak yang sering digunakan di hospital bagi melakukan pembedahan.

“Keadilan ditegakkan," kata abang Michael, Jermaine ketika berjalan keluar di pintu mahkamah sambil disambut peminat raja pop itu.

Kakak Michael, Rebbie berkata: “Walaupun ia (keputusan mahkamah) tidak dapat membawa semula Michael, saya gembira dia (Murray) didapati bersalah.”
“Kemenangan" kata La Toya, seorang lagi kakak Michael dalam twitternya.

“Dia (Michael) berada di dalam mahkamah dan sebab itulah kemenangan memihak kepadanya."

Beberapa minit kemudian La Toya menambah kandungan twitternya: " “Michael, saya sayangkan kami dan saya akan terus mempertahankan kamu sehingga semuanya dibawa ke muka pengadilan."

Beliau merujuk kepada teorinya sebelum ini bahawa Jackson dibunuh sebagai sebahagian daripada konspirasi. – AP/BHOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog