Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan

Isnin, 23 Ogos 2010

Isu Doakan Guan Eng Dalam Khutbah: AGENDA ALIHKAN ISU DAP DI SELANGOR?


SELEPAS subuh tadi – 23 Ogos, penulis menerima panggilan telefon dari seorang sahabat di Selangor yang memberikan pandangan yang boleh diterima akal. Katanya, apa yang berlaku di Pulau Pinang, yang jadi isu panas membabitkan orang Islam berpunca dari mimbar masjid, adalah satu agenda terancang yang disepakati puak pembangkang – Pakatan Rakyat, untuk mengalih isu salahguna kuasa, rasuah malah kes bunuh yang dikaitkan pula dengan SPRM, di Negeri Selangor.

Menurutnya, agenda itu dirancang untuk dilaksanakan di Pulau Pinang kerana negeri itu juga adalah negeri yang dikuasai pembangkang – DAP, dan mudah untuk dilaksanakan.

Justeru, para pemimpin pembangkang golongan Melayu/Islam yang berada dalam Pas dan PKR akan menghalalkan apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang itu, supaya ianya jadi satu polemik sesama Melayu/Islam. Tujuannya adalah untuk mengalihkan isu panas yang mebahang di Selangor jauh ke utara Semenanjung.

Buktinya, kata sahabat yang menelefon, ialah seperti apa yang disuarakan oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi yang mengatakan amalan membacakan doa untuk pemimpin kufar adalah biasa dan pernah di sunahkan oleh Rasulullah SAW.

Memang le benar, Rasulullah SAW ada mendoakan kebaikan untuk kaum kafirun di zaman Baginda tetapi, doanya bukanlah semasa berkhutbah yang jadi sebahagian daripada rukun solat Jumaat. Ianya doa biasa di waktu yang tidak ada kena mengena dengan solat Jumaat.

Yang jadi isu ialah menggantikan doa untuk Ketua Agama Islam dalam khutbah Jumaat kepada pemimpin kufar yang bukannya ketua agama Islam. Bukannya berdoa untuk memohon supaya orang kafir lembut hati dan tidak memusuhi Islam. “Guan Eng belum Islam lagi, Nik Aziz belum berjaya tarbiahkan anak Lim Kit Sing tu supaya memeluk Islam,” tambahnya.

Nampak sangat puak-puak yang berlagak sebagai orang alim atau ulama dalam Pas itu mengalih isu yang sengaja ditimbulkan itu.

Apabila penulis tanya, pihak mana atau siapakah yang merencanakan pengalihan isu berkenaan, sahabat itu menjelaskan bahawa dia sendiri tidak mempunyai jawapan untuknya. Tetapi, katanya kalau berdasar kepada tempat atau kawasan di mana permasalahan itu dimulakan, beliau yakin ianya agenda yang dirancang oleh para pemimpin utama pakatan dan dilancarkan di kawasan sekitar Permatang Pauh.

“Bila saya sebut Permatang Pauh, faham-fahamlah siapa yang saya maksudkan,” katanya menjawab pertanyaan penulis.

Penulis pun tak tahu sama ada apa yang dikatakan itu benar atau tidak. Ianya boleh ditakrifkan sebagai ‘dengar cakap’. Tak ada bukti jelas dan bersifat andaian semata-mata.

Bagaimana pun kekadang, walau pun tak terdapat bukti nyata tetapi, peristiwa boleh dijadikan saksi.

Menambah hujah untuk menguatkan dakwaan, sahabat itu menjelaskan bahawa inkues kematian Teoh beng Hock menjadikan pemimpin DAP ‘panas punggung’. Telah ada suara-suara dalam DAP sendiri yang mahukan salah seorang Exco Selangor dari parti itu meletakkan jawatan.

“Bila DAP panas, PKR dan Pas pun turut panas sama le. Maklumlah mereka berada dalam satu kehemah bertap zink, berdindingkan zink dab berlantaikan besi. Bila terbakar, jadi le mereka macam kueh baulu dalam oven,” usik sahabat itu.

Kenyataan terbaru Pronthip - pakar pathology dari Thailand, yang mengatakan Beng Hock tidak membunuh diri tetapi di bunuh, sebelum dicampak ke bawah dari tingkat atas bangunan pejabat SPRM, menjadikan DAP resah dan gelisah. Dan peguam Gobind Singh Deo pun nampaknya menunujkkan keresahan yang tak terhingga.

Maknanya, kes yang pada mula mahu mengheret SPRM sebagai pembunuh Beng Hock telah bertukar menjadi kes bunuh oleh kumpulan tertentu, kerana Setiausaha kepada Exco Selangor itu telah membocorkan banyak rahsia penyelewengan dalam kerajaan pakatan di Selangor.

Apabila penulis tanya daripada mana sahabat itu mendapat analisis ini, dia tak mahu cakap. “Ade le.. Orang penting yang beri tahu aku,” katanya.
“Siapa?” Tanya penulis.
“Itu rahsia... tak boleh bagi tau,” jawabnya.
“Khir Toyo? Noh Omar? Atau Ezam?” serkap penulis.
“Jangan cuba nak korek.... cukup dengan apa yang aku beritahu. Kalau nak tulis... tulislah. Pandai-pandai le dedahkan. Aku tahu kau boleh punya.... Assalammualaikum....” katanya menamatkan perbualan.

Penulis termasuk akal jugak dengan alasan dan hujah yang diberikan itu. Penulis sendiri berada jauh dari Selangor dan kurang arif pula pasal Undang-undang. Takut tersalah terjah nanti, lain pulak jadinya.

Justeru, dikesempatan ini penulis serahkan persoalan ini kepada Unspinners, yang terbukti mahir dan telah begitu menyerlah dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan inkues kematian berkenaan. Juga dengan hal-hal yang berkaitan dengan negeri Selangor.

Penulis berharap pihak kekawan di Unspinner menerima permintaan ini.

Pak Sulung: Yakin dengan apa yang dikatakan sahabat dari Selangor itu. Memang DAP khasnya dan para pemimpin sekutunya dalam Pakatan Pembangkang sedang kepanasan dengan kes-kes berat yang sedang mula terbongkar dan terdedah di Negeri Selangor Darul Ehsan, satu demi satu. Gerakan SSDE membuatkan pakatan di Selangor goyah se goyah-goyahnya.

Khamis, 5 Ogos 2010

Persidangan DUN Penang Di Tangguh: KERANA PELEMPANG PAK ALI KOTTTT....

KAHH.... kahh.... heee.... heee.... huuu.... huuu.... Itu agaknya yang terpancut keluar dari mulut Pak Ali (Hero Malaya) bila mendengar berita seperti dilaporkan Bernama bahawa mesyuarat kedua bagi penggal ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang dijadualkan Ogos ini telah ditunda kepada November depan.

Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain memberitahu Bernama, ekoran penundaan itu, mesyuarat DUN bagi tahun ini cuma diadakan sebanyak dua kali sahaja.

Bagi menutup ‘kemaluan Guan Eng yang terjatuh’ itu, Tuan Speaker selanjutnya berkata: "Mesyuarat DUN hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun dan kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali sahaja pada tahun ini walaupun pernah mengadakannya sebanyak tiga kali sebelum ini.”

Beliau berkata, penundaan itu juga bertujuan membolehkan kerajaan negeri terus membentangkan Bajet Pulau Pinang 2011 dalam sidang berkenaan.

Abdul Halim berkata, sidang DUN itu akan berlangsung selama enam hari iaitu bermula pada 1 Nov dan dua hari kemudian iaitu dari 3 Nov ditangguhkan selama seminggu untuk perayaan Deepavali dan Aidiladha sebelum disambung semula dari 9 hingga 12 November.

"Penangguhan antara 3 hingga 8 November itu adalah sempena musim perayaan Hari Raya Aidil Adha dan juga Deepavali", kata beliau.

Siapa sangka, cempedak dah jadi nagka
Penangan Pak Ali punya cerita
Father Joseph Lim, takut tunjuk muka
Takut ahli dewan ketawakan dia
Sidang dewan pun dia tunda.


Pak Sulung: Tergelak pun ada, kesian pun ada. Tapi bila fikirkan ‘keharam-jadahan’ KM kaum imigran tu, perkataan yang terkeluar dari mulut ‘PADANNNNN MUKAAAA!’.

Isnin, 2 Ogos 2010

EXCO LEBIH BESAR DARI MENTERI BESAR?

KRISIS dalaman DAP Selangor semakin panas. Pemimpin mereka saling berbalas kenyataan. Ada yang mendakwa dirinya tidak bersalah dan ada pula yang membuat kenyataan tidak mahu menghadap jawatankuasa desiplin kerana jawatannya tidak mengizinkan dia berbuat demikian.

Terbaru, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor, Ronnie Liu membuat laporan polis mengenai salahguna kepala surat jabatan dan cop rasmi beliau dengan tujuan menyokong kontraktor untuk memperolehi projek.

Tak kisahlah apa muslihat disebalik permasalahan yang jadi polimik dalam DAP itu. Sama ada ianya bertujuan mengalih isu curi pasir yang heboh sebelum ini atau benar-benar sesama mereka telah bercakaran kerana masalah lain, terpulang kepada keadaan dan hasil siasatan polis.

Sekarang, salahguna kepala surat telah jadi kes polis. Dan terpulang kepada pihak polis membuat siasatan. Hasilnya sama-sama kita nantikan.

Walau bagaimana pun, penulis tertarik untuk mempersoalkan kewajaran surat sokongan palsu (seperti yang didakwa Liu), begitu berharga dan boleh menghasilakn peluang yang lumayan kepada kontraktor di Selangor.

Dari apa yang penulis faham, surat sokongan yang berkepala suratkan jabatan exco berkenaan dianggap sebagai arahan kepada jabatan yang bertanggungjawab memberikan kontrak.

Cakap mudahnya, siapa dapat sokongan Ronnie Liu, sah akan dapat projek. Pihak yang meluluskan sesuatu tender kerajaan Selangor atau Majlis Pernadaran akan tunduk dan akur sebaik sahaja melihat surat sokongan dari exco berkenaan.

Begitulah hebat dan maha hebatnya kuasa manusia bernama Ronnie Liu di Selangor Darul Ehsan.

Kalau itulah keadaannya, terbukti bahawa selama Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Selangor, exco bernama Ronnie Liu yang juga ADUN Pendamaran itu sangat berkuasa. Tengok surat sokongannya sahaja, semua permohonan orang yang membawanya akan dapat apa yang dihajati.

Sama ada kerana takut atau patuh, terpulang kepada persepsi.

Kesimpulannya, Ronnie Liu lebih besar dan lebih berkuasa dari Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Maka tak hairanlah ramai yang berkata atau menulis di dalam blog masing-masing – terutamanya para bloger yang berpengkalan Selangor, mengistilahkan Khalid sebagai boneka wayang kulit, sementara Ronnie jadi Tok Dalangnya.

Beberapa hari menjelang Ramadhan al Mubarak, Allah swt telah menyerlahkan segala dakwaan rakyat selama ini.

Bagaimanapun, tidak mustahil juga tujuan Ronnie membuat laporan polis itu bertujuan membersihkan dirinya daripada kes curi pasir di Selangor. Entah berapa banyak surat sokongan beliau telah digunapakai sebagai sokongan untuk melombong pasir, sama ada secara halal atau pun haram.

Untuk menyelamatkan diri dan membersihkan nama parti politik cauvanis cina DAP, maka ada le yang terpaksa jadi mangsa. Berkorban apa saja. Harta atau pun nyawa.

Benarlah kata sesetengah orang bahawa politik itu adalah ‘permainan serba mungkin’. Mungkin ya, mungkin tidak. Mungkin benar, mungkin salah. Mungkin.... mungkin.... mungkin.... Semuanya serba mungkin.

Pak Sulung: Sedang menanti-nanti kenyataan Ketua Kerajaan Pakatan Selangor mengenai isu ini. Walaupun ianya isu dalaman parti DAP tetapi, selaku Ketua kerajaan Pakatan, Khalid terpaksalah bersuara. Tambahan pula dari segi kedudukan jawatan, Ronnie Liu itu adalah anak buahnya. Dia cuma exco sahaja, sementara Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar. Sama-samalah kita tunggukan siapa yang lebih besar? Exco Ronnie atau MB Khalid?

Seingat Pak Sulung, di negara kita ini hanya ada tiga aje yang guna perkataan besar, iaitu Menteri Besar, Guru Besar dan Bawang Besar.

BONTOT PEMIMPIN DAP SELANGOR PANASSSS.....

KEPIMPINAN DAP Selangor mula berkecamuk. Pecat memecat mula menyerang parti itu. Lanjutan dari isu pecat, timbul pula kenyataan tidak puas hati. Jawatankuasa desiplin DAP Selangor semakin sibuk mengambil tindakan. Keadaanya semakin kritikal. Serba tak kena dan saling bertentangan sesama sendiri. Tutup kepala, kaki terbuka, tutuk kaki, kepala terjojol keluar.

Berdasarkan berita-berita yang disiarkan (m-Star), terbukti bahawa segala permasalahan timbul kerana ‘harta rompakan’. Mereka bukan marah kerana melanggar undang-undang tatapi, marah kerana tak dapat peluang.

Keberanian merompak di Selangor tidak disenangi oleh sebahagian pemimpin kecil DAP yang lain. Mereka pun mahu juga. Agihlah harta samun itu sama rata, sama rasa. Ini tidak... yang dapat orang tertentu aje... Mana boleh.... Yang lain nak merasa juga...

Apa yang berlaku dalam DAP Selangor itu mengingatkan penulis kepada watak penyamun dalam filem ‘Nujum Pak Belalang’, lakonan Aziz Satar dan S. Shamsuddin. Mereka saling bertengkar sesama sendiri kerana mendakwa pembahagian harta rompakan tidak adil.

Sebagai manusia, kepuasan hati susah dicapai. Walaupun pembahagian dibuat secara: “Satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku....”, rasa tak puas hati masih timbul. Tamak mula meguasai diri dan akhirnya berbalah sesama sendiri.

Begitulah agaknya yang terjadi kepada kepimpinan DAP Selangor yang sedang diperhatikan oleh rakyat.

Krisis mula tercetus apabila pada 27 Julai lalu, ahli veteran DAP, Tee Boon Hock – Ahli Majlis Perbandaran Klang, didakwa kerana mendapatkan kontrak bernilai lebih RM1 juta untuk 20 syarikat daripada majlis perbandaran tempat beliau berkhidmat sejak Julai 2008.

Beliau didakwa menyalahgunakan kepala surat exco Selangor, Ronnie Liu, bagi mendapatkan kontrak untuk keluarga dan kroninya. Sementara Ronnie Liu pula dilaporkan mengesahkan terdapat penyalahgunaan kepala surat seperti yang didakwa.

Dalam satu kenyataan mempertahankan diri, Boon Hock mendakwa Ronnie Liu mengetahui mengenaqi sokongan dan kepala surat yang digunakannya. Pemecatan Bonn Hock menyebabkan sekumpulan penyokongnya berhimpun di luar pejabat DAP Pandamaran bagi memprotes pemecatan ahli MPK itu.

Isu itu tidak berhenti setakat itu sahaja. Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Kim juga dihadapkan ke jawatankuasa desiplin DAP ekoran satu tweet yang dibuatnya berkaitan pemecatan Tee Boon Hock.

Menurut Pengerusi jawatankuasa desiplin DAP, Tan Kok Wai, Teng diperlukan memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu mengenai maksud mesej tweetnya berbunyi: "OMG! Pelaku sebenarnya dibebaskan", pada satu perbicaraan yang ditetapkan pada 12 Ogos nanti.

Menurut Tan: “Jika dia mengatakan orang yang bersalah dibebaskan, ini bererti bahawa orang yang tidak bersalah telah dihukum. Ini sama saja seperti mempersoalkan kredibiliti jawatankuasa disiplin. Ini bermakna jawatan disiplin bertindak tidak adil dan tidak profesional dengan mendakwa individu yang tidak bersalah."

Nampaknya, pemimpin DAP Selangor sedang panas bontot. Dan Ronnie Liu – kepala kepada segala kekalutan dalam kerajaan dan negeri Selangor, sedang berusaha membersihkan diri. Dan tindakan membersihkan nama baik DAP dibuat bagaikan Parti Komunis menyelesaikan masalah dalaman.

Itulah akibatnya apabila manusia dari organisasi ‘kongsi gelap’ diterima sebagai ahli politik dan seterusnya diangkat menjadi MP dan juga ADUN serta exco mentadbir negeri. Bayangkan kalau mereka itu menjadi pentadbir negara di peringkat kerajaan pusat. Agak mengerikan jika disebut. Minta dijauhkan Allah swt.

Organisasi politik telah bertukar menjadi ‘kumpulan kongsi gelap’. Yang lebih berkuasa boleh bertindak apa saja demi menjaga keselamatan dirinya. Tidak ada ertinya sahabat atau kawan dalam organisasi seperti itu. Yang lemah akan jadi mangsa yang kuat. Dan nyawa juga sentiasa berada di hujung tanduk.

Lantaklah.... Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. Kita hanya mampu melihat dan mendengar dari jauh. Adakah ini menandakan oa dan sumpah seranah kaum Melayu/Islam menjadi dan termakbul? Hanya Allah swt sahaja yang tahu. KerajaanNya jauh lebih besar dan lebih berkuasa daripada mana-mana kerajaan manusia di mayapada ini.

Pak Sulung: Sedang menanti untuk melihat dan mendengar bagaimana pemimpin MCA dan Gerakan mengeksploitasi isu ini untuk mengembalikan sokongan kepada dua parti komponen BN yang telah ditolak oleh kaum Cina sejak PRU-12 lalu. Kalau peluang ini tidak mereka ambil, bererti mereka bersetuju dengan semua tindak-tanduk DAP yang terang-terangan memusuhi kaum Melayu dan anti Islam serta berhasrat menghapuskan institusi Raja-raja Melayu. Lu fikirlah sendiri....

Selasa, 27 Julai 2010

Nik Ali Yang Sepatutnya Saman Guan Eng...!

SUDAH sampai masanya Ketua Menteri Lidah Biawak Pulau Pinag, Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang, diajar kerana berbohong, memfitnah dan terlalu ‘kurang ajar’. Dan pengajaran pertama sepatutnya datang daripada atau melalui Nik Ali, Pegawai Kemajuan Negeri berbangsa Melayu yang sangat dibenci dan cuba dinyahkan dari Pulau Pinang oleh DAP.

Kelantangan dan kebiadabannya selama ini patut dikunci rapat melalui saman mahkamah dengan tuntutan yang setimpal. Selama ini hanya mereka (puak DAP) sahaja yang suka mengugut sesiapa sahaja yang mereka benci dengan kes saman di mahkamah.

Terbaru, Guan Eng diberitakan menyaman akhbar Utusan dan Nik Ali kerana berbohong kononnya. Sedangkan hakikat sebenarnya, dialah yang berbohong dan berlidah biawak sebagaimana yang didedahkan dalam you tube di beberapa blog terkenal. Bukti yang ditayangkan mengesahkan bahawa Guan Eng memang menuduh Nik Ali berlidah biawak.

Justeru, apa tindakan wajar yang patut diambil bagi menutup mulut si laknat yang anti Melayu itu?

Langkah yang terbuka sekarang ialah Nik Ali sendiri yang menyaman Lim Guan Eng kerana berbohong, memfitnah dan menghina peribadi seorang pegawai kerajaan pusat.

Pak Sulung: Sangat berharap Nik Ali bertindakbalas. Kelantangan dan sikap kurang ajar keterlaluan puak-puak kaum imigran yang sangat membenci orang Melayu itu memerlukan tindakan tegas. Ajar dan terus ajar, hanya untuk yang kurang ajar.... InsyaAllah akan ramai Melayu yang sokong Nik Ali. Sahabat bloger sepatutnya beramai-ramai menyeru Nik Ali supaya menyaman LGE.

Jumaat, 23 Julai 2010

GUAN ENG BAGAIKAN PERDANA MENTERI PULAU PINANG?

KEANGKUHAN Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng – anak Lim Kit Siang yang juga jadi anak angkat Lee Kuan Yew, semakin hebat. Tindakannya menghalau Nik Ali, seorang pegawai kerajaan Persekutuan dari negeri itu membuktikan bahawa beliau semakin garang dan berani dari segi politik DAPnya. Siap buat kenyataan akhbar untuk meluahkan isi hatinya yang busuk itu.

Keberanian sebegitu sangat diperlukan oleh kaum imigran Cina di negara ini. Itulah juga keberanian yang mungkin telah ditanamkan oleh bapak angkatnya setelah ditugaskan mentadbir Pulau Pinang. Dan sudah tentulah kejayaan Lee Kuan Yew merampas Pulau Singapura dari tangan Melayu mahu dikesinambungankan ke Tanah Melayu.

Kalau Lee Kuan Yew telah terbukti kejayaannya menjadikan Singapura sebagai sebuah negara berdaulat melalui PAP, apakah Lim Guan Eng tidak boleh menjadikan Pulau Pinang pula sebagai sebuah negara seperti Singapura melalui DAP? Bukankah DAP itu sendiri lahir dari perut PAP?

Mungkin atas sikap dan keyakinan itulah Guan Eng semakin kurang ajar. Dan tindakan-tindakannya bagaikan memberitahu kaum imigran Cina di negara ini bahawa beliau telah memulakan agenda menghalau orang Melayu dari Pulau Mutiara itu.

Setelah perancangan menghalau orang Melayu dari beberapa buah kampung asal di pualu itu seperti yang diberitakan sebelum ini, kini Guan Eng menunjukkan keberaniannya menghalau pegawai kerajaan pusat pula. Hakikatnya, pegawai dan jabatan Persekutuan berkenaan menjadi batu penghalang kepada agenda DAP seterusnya di pulau itu.

Melayu seolah-olah tidak dibenarkan tinggal dan mencari rezeki di pulau itu. Kampung diroboh dan dibangunkan untuk digantikan dengan penduduk kaum Cina. Dan gerai-gerai yang jadi tempat punca rezeki orang Melayu diroboh, konon kerana tidak teratur dan tiada lesen. Sedangkan gerai peniaga kaum Cina boleh, walaupun jauh lebih tidak teratur dan dalam keadaan tidak bersih.

Maka bergemalah kecaman dan kutukan pemimpin NGO-NGO Melayu dari seluruh negara terhadap Guan Eng. Hanya itu sahajalah yang mampu dilakukan dan ianya ‘tidak jadi kudis’ kepada Guan Eng dan DAP. Mereka sudah cukup faham bahawa kemarahan orang Melayu takkan sampai kemana. Pejam celik, pejam celik, senyaplah akhirnya.

Melayu Pas dan Melayu PKR senyap tak berbunyi bagaikan tikus menyorok dalam lubang. Terkulat-kulat tak tahu nak kata apa.

Dari apa yang terjadi, seolah-olah Guan Eng mencanangkan bahawa beliau kini bukannya seorang Ketua Menteri di sebauh negeri dalam Persekutuan Malaysia tetapi, sebagai seorang Perdana Menteri sebuah republik seperti Singapura.

“Persetankan kerajan pusat dan pergi jahanam dengan orang Melayu. Sekarang kita telah berkuasa dan kuasa ini akan dipertahankan buat selama-lamanya. Melayu tak akan mampu merampasnya kembali, apatah lagi Barisan Nasional.”

Mungkin itulah agaknya yang tersirat dalam kepala hotak Guan Eng serta para pemimpin DAP.

Memang benar. Melayu tak boleh buat apa dan BN pun tak akan mampu merampas kembali kuasa melalui pilihan raya, sama ada pada PRU akan datang atau PRU-PRU seterusnya. Penang kekal dan solid untuk kaum imigran Cina.

Sebabnya? Kerana daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, hanya 12 sahaja yang majoriti pengundinya Melayu. Pada PRU-12, sebelas dimenangi BN sementara satu lagi dikuasai Pas. Selebihnya (28 kawasan), adalah mutlak bermajoritikan kaum Cina disapu bersih oleh DAP (19) dan PKR (9).

Atas dasar inilah, Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP akan terus bertindak memusuhi orang Melayu, demi menjamin sokongan kaum imigran Cina pada PRU-PRU akan datang. Selagi orang Cina solid menyokong DAP, negeri Pulau Pinang akan kekal ditangan mereka untuk selama-lamanya.

Di pihak BN, hanyaUMNO mungkin mampu menguasai kawasan yang bermajoriti Melayu. Sementara komponen BN yang lain – MCA, Gerakan, MIC dan PPP, hanya melukut ditepi gantang kepada kaum Cina di Pulau Pinang. Keberadaan mereka dalam BN sebagai ‘perabeh bogheh jo....’

Wajarkah umat Melayu bersekongkol dengan kaum imigran kalau kewujudan mereka sekadar ‘perabeh bogheh’ sahaja?

Fikir-fikirkanlah....

Pak Sulung: Masih terus berdoa kehadhrat Allah swt supaya ‘hati perut’ umat Melayu/Islam yang sangat keras dendamnya terhadap UMNO atau BN, supaya sedar dari mimpi yang sentiasa diulit Syaitan.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog