Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 9 Mei 2011

100 Peniaga Melayu dan India berdemonstrasi bantah MPAJ roboh gerai....

KIRA-kira 100 peniaga Melayu dan India di Flat Kos Rendah Pandan Perdana dekat sini mengadakan demonstrasi membantah tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan gerai mereka tahun lalu.

Demonstrasi yang diketuai Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah itu diadakan di hadapan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee di Jalan Bunga Tanjung 10, Taman Muda, Ampang pada hari Ahad.

Demonstrasi selama 30 minit itu digunakan peniaga terbabit untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang menganiaya peniaga Melayu dan India di kawasan tersebut.

Menurut Mohd. Ridzuan, penindasan yang berunsur perkauman itu membuktikan bahawa kerajaan negeri bukan sahaja tidak mempedulikan kebajikan peniaga kecil Melayu dan India di negeri itu, malah dilihat mahu menutup terus pintu rezeki peniaga terbabit.

"Kerajaan Selangor sebenarnya cuma mahu kroni mereka sahaja yang berniaga. Saya kesal dengan tindakan kejam mereka dan mahu peniaga di tempat lain turut bersedia menghadapi kerakusan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Selangor membayar ganti rugi dan menyediakan tapak baru yang sesuai dan berpatutan untuk peniaga-peniaga tersebut.

Seorang peniaga, Ali Hashim, 67, berkata, sejak pembangkang mentadbir negeri itu tiga tahun lalu, peniaga Melayu dan India yang ditemuinya rata-rata khuatir dengan pendekatan kerajaan negeri itu yang gemar menindas peniaga daripada kaum tersebut.

"Semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, tiada langsung berlaku penindasan sebegini namun setelah DAP memegang kuasa, kami dilayan seperti pendatang haram yang gemar mereka tindas dan peralatkan," katanya.

Katanya yang sudah 15 tahun berniaga di kawasan itu, lokasi baru yang disediakan untuk mereka berniaga juga tidak sesuai kerana selain lokasinya terletak berhampiran loji najis yang berbau busuk, paling mengecewakan mereka juga dikenakan sewa tapak RM450 sebulan.

Sementara itu, G. Moorthy, 28, pula mendakwa pernah diugut Jenice supaya menarik semula laporan polis yang dibuatnya pada 12 Mac lalu jika mahu sebuah tapak gerai yang baru untuk perniagaannya.

"Saya amat kesal dengan tindakan wakil rakyat DAP itu (Jenice). Dia sememangnya tidak adil dalam pentadbirannya dan hanya menjadikan peniaga Melayu dan India sebagai mangsanya," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Tidak syak lagi tindakan meroboh gerai peniaga Melayu dan India di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya itu dilakukan bagi mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap kaum bukan Cina.

Sepatutnya kejadian serupa tidak berlaku di Selangor kerana negeri Selangor dikuasai PKR yang Menteri Besarnya adalah anak Melayu bernama Mohd Khalid bin Ibrahim.

Malangnya, kerana MB Melayu itu telah dicucuk hidungnya oleh DAP, maka tindakan serupa seperti yang dilakukan DAP Pulau Pinang mesti diikut sama oleh pemerintah Selangor.

Begitulah malangnya nasib peniaga kecil Melayu dan India di negeri-negeri yang dikuasai oleh chauvanis Cina DAP yang sememangnya anti-Melayu dan anti-Islam.
Peniaga kecil Melayu dan India tak boleh, tetapi peniaga kecil kaum Cina tak apa. Mereka akan tutup mata dan buat-buat tak nampak.

Lebih malang lagi, pemimpin politik kaum Melayu yang bersekongkol dengan DAP tak mampu nak buat apa. Mereka terpaksa tunduk dan akur dengan kehendak DAP yang mendominasi politik puak pembangkang, walaupun pada zahirnya DAP berpura-pura mahukan Anwar Ibrahim jadi pemimpin nombor satu negara.

Kepada Melayu-Melayu bingal yang lupa daratan dan lupa diri, insaflah bahawa sekiranya pembangkang dapat kuasa memerintah negara nanti belum tentu mereka memilih Anwar Ibrahim jadi PM. Macam-macam hujah akan mereka kemukakan nanti.

Ketika itu tidak mustahil mereka akan membantah Anwar kerana Ketua Pembangkang itu tidak tergolong sebagai pemimpin utama komponen pembangkang, DAP-PKR-PAS. Jawatan Anwar dalam PKR adalah jawatan bayang-bayang. Jawatan yang tidak pernah wujud dalam perlembagaan parti bernama Parti Keadilan Rakyat.
Wallahhualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog