Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 8 Mei 2011

Usaha Rampas Kedudukan Islam Memang Wujud: Asasnya, 14 tuntutan puak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama....

AHLI Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa memang wujud gerakan oleh pertubuhan agama lain untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Katanya, beliau menyedari kewujudan gerakan itu setahun yang lalu dan ia bergerak secara senyap dalam usaha cuba menghakis kedudukan agama Islam sedikit demi sedikit.

Katanya, perjuangan pergerakan itu berlandaskan kepada 14 tuntutan seperti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

"Saya difahamkan antara perkara yang mereka perjuangkan ketika ini adalah untuk mengkategorikan golongan di bawah 18 tahun sebagai 'tidak beragama' dan mereka hanya boleh memilih agama apabila mencapai usia tersebut.

"Alasan yang digunakan adalah bagi menyelesaikan masalah penetapan agama anak yang sering menjadi perdebatan di negara ini apabila salah seorang daripada ibu atau bapanya bukan beragama Islam.

"Selain itu, saya juga difahamkan bahawa pergerakan ini sedang berusaha untuk membolehkan persatuan agama lain ditubuhkan di peringkat sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui pada perhimpunan pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia, di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut Zulkifli, tuntutan-tuntutan tersebut akan disuarakan menerusi ahli Parlimen yang mewakili pertubuhan agama tersebut.

"Jadi, saya harap kerajaan mengambil berat perkara ini. Kita tidak menafikan hak kaum lain untuk mengamalkan fahaman serta agama mereka, tetapi jangan sekali-kali cuba mencabar Islam," katanya.

"Saya juga menyeru semua umat Islam di negara ini supaya bersatu. Kita semakin lemah dan berpecah-belah sejak akhir-akhir ini, sebab itu golongan yang dengki dengan kita, dengki dengan Islam semakin berani mengambil kesempatan," jelasnya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Apa untungnya Islam dengan pelukan ini?
Sebagaimana biasa, orang Melayu Islam di negara ini hanya sibuk memandang apa yang terdapat di luar. Melayu sering lupa untuk melihat apa yang terjadi di dalam. Heboh dan gegak gempita orang Melayu hanya buat sementara. Seminggu atau sebulan dua, hilanglah hebohnya, sepilah soraknya.

Begitulah sikap bangsa Melayu yang seratus peratus mendukung Islam. Bangsa yang berbangga dengan Islam sebagai agama rasmi negaranya.

Malangnya, Melayu yang konon sangat sayangkan agama Islam, sanggup mati kerana Islam, hidup dan matinya di dunia ini kerana agama Islam, tidak sedar bahawa mereka sendiri sedang berpecah-belah sesama sendiri kerana politik kepartian yang sempit. Yang perjuangannya hanya untuk dapatkan kuasa politik hinggakan terlupa siapa yang dijadikan sahabat dan rakan.

Melayu jenis ini memikirkan bagaimana bijaknya ia menggunakan kaum lain yang beragama lain itu demi mencapai cita-citanya. Tapi dia lupa dan tidak kisahkan bagaimana bangsa yang bukan Islam itu sedang bergembira kerana berjaya memperalatkan dirinya dan Melayu bangsat yang seangkatan dengannya demi kelangsungan politik mereka menguasai negara bertuah ini.

Dan keruntuhan bangsa Melayu hanya dapat dilakukan apabila mereka mengabaikan ajaran Islam.

Justeru, plurelisme agama yang dianjur dan disokong kuat oleh pemimpin ‘haram jadah’ dari negara ini adalah asas kuat yang membuktikan bahawa agama Islam di Malaysia sedang dilemah dan dikucar-kacirkan secara perlahan oleh gerakan dari luar yang mahu melenyapkan ajaran Islam di Nusantara.

Melayu yang pendek akal dan mudah digula-gulakan inilah yang begitu gah menonjolkan diri sebagai pembela dan pejuang Islam, tetapi di masa sama mereka jugalah yang meruntuh dan menimbulkan perpecahan sesama Melayu Islam.

MELAYU HARUS BERSATU KERANA ISLAM.... Melayu seharusnya tidak berpecah-belah kerana berebutkan status siapa dan puak mana yang lebih Islamik....

Di Malaysia, bila Melayu bercakaran sesama sendiri, secara otomatik Islam pun akan jadi lemah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog