Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 8 Mei 2011

Cabaran Hidup Yang Dihadapi Dr. Wan Azizah: Ramai Yang Bersimpati


PELBAGAI laporan buruk mengenai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menimbulkan rasa simpati ramai pihak kepada isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bekas ketua wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata Wan Azizah sebenarnya tidak perlu terus bertahan dan menghadapi tekanan disebabkan masalah yang melibatkan suaminya, sebaliknya beliau perlu mempertahankan maruah dirinya terlebih dahulu.

"Sepatutnya, jika benda itu (tuduhan liwat dan video seks) betul, dia tak perlu bertahan. Suami boleh dicari, tapi maruah kita sebagai seorang wanita lebih perlu dijaga.

"Saya amat kasihan dan sedih dengan apa yang berlaku pada diri dia (Wan Azizah). Tapi hanya dia yang tahu segala-galanya. Dia sendiri yang patut bela diri. Ini kerana ramai yang menganggapnya sebagai boneka kepada Anwar," katanya kepada Bernama.

Aminah berkata antara alasan Presiden PKR itu bertahan adalah bagi menjaga maruah diri dan keluarga serta melindungi kepentingan politik sesetengah pihak.

Jelasnya, Wan Azizah sebenarnya merupakan 'petunjuk' kepada pihak-pihak tertentu selama mana mereka perlu terus menyokong Ketua Umum PKR itu.

"Orang dalam PKR tahu, orang dalam Pas pun tahu (kebenaran di sebalik tuduhan liwat dan video seks). Tapi mereka tak boleh cakap apa-apa kerana takut Pakatan akan hancur. Wan Azizah bertahan, mereka bertahan. Sebab Pakatan, mereka terpaksa akur.

"Sebenarnya ramai orang kesian dengan dia (Wan Azizah) tapi ada juga yang tanya kenapa dia nak pertahan sangat (Anwar)," katanya.

Wan Azizah, 58, dilihat sentiasa berada di sisi Anwar walaupun suaminya menghadapi pelbagai tuduhan, termasuk tuduhan meliwat, yang terbaru bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pendedahan video seks yang dikatakan mirip suaminya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali pula menganggap Wan Azizah dikurniakan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi pancaroba kehidupan yang disebabkan oleh Anwar.

"Sebagai seorang wanita mukmin, Wan Azizah sangat tawaduk dan selalu bertawakal kepada Allah. Beliau sentiasa berzikir. Malah, rantai tangan putih yang selalu dipakainya adalah digunakan untuk berzikir," kata Anggota Parlimen Titiwangsa itu kepada Bernama.

Meskipun menghadapi pelbagai tohmahan kerana kekal menyokong Anwar, Dr Lo'Lo' berkata Wan Azizah dikurniakan ketenangan luar biasa hasil amalan solat tahajud pada malam hari.

Bagi Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berpendapat tidak timbul soal Wan Azizah menghadapi tekanan kerana masalah yang dihadapi Anwar kerana beliau yang memilih untuk berbuat demikian.

"Wan Azizah sepatutnya bersimpati terhadap dirinya sendiri kerana memilih untuk melakukan apa yang beliau buat sekarang ini," katanya Timbalan Menteri Kesihatan itu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Tidak mustahil Wan Azizah sanggup menelan segala yang dilemparkan rakyat kepada dirinya kerana suami, sebab beliau terlalu yakin bahawa suaminya Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri selepas PRU-13 akan datang.

Kalau nak katakan Wan Azizah sangat sabar orangnya, mungkin beliau terlalu bersabar untuk menanti masa dan ketika yang dijanjikan suaminya untuk berpindah ke Seri Perdana di Purtajaya.

Apabila Wan Azizah sanggup mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk suaminya dan kekal jadi boneka sebagai Presiden PKR, sudah tentu Wan Azizah ada cita-cita politik yang tinggi. Dan jawatan paling tinggi dalam hiraki politik negara ini ialah jadi Perdana Menteri.

Wan Azizah tidak mungkin bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, tetapi berangan-angan untuk jadi isteri Perdana Menteri setelah beliau pernah menduduki kerusi isteri Timbalan Perdana Menteri semasa Anwar Ibrahim berada dalam Umno dahulu.

Bagi manusia jenis ‘hati kering’, segala masalah sosial dan salahlaku seks yang dituduhkan terhadap suaminya itu dianggap sebagai dugaan dan cabaran politik.

Biasanya, kerana kita terlalu rapat dengan sesuatu, penglihatan kita jadi terhad dan tidak nampak sebagaimana yang orang lain nampak kerana melihat dari jauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog