Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 8 Mei 2011

Bagaimana nak yakinkan pemimpin dan ahli Pas dengan skandal Anwar? Anda tahu jawapannya?

Anwar Ibrahim dalam wajah cengkung dan bermuka toya sedang berceramah membela diri dengan mengalih isu moral mengenai dirinya kepada masalah kenaikan harga barang ketika berucap di Ampang baru-baru ini....
SEBILANGAN besar rakyat negara ini yang berfikiran waras tertanya-tanya dalam kehairanan bagaimana para pemimpin dan penyokong Pas boleh membela Anwar Ibrahim dalam isu moral yang dihadapinya sejak dulu, kini dan selamanya.

Makin bertalu pendedahan dibuat, semakin hebat sokongan Hadi Awang – Presiden Pas, walaupun Nik Aziz dah nampak mula kendur dan sering menjauhkan diri dalam membicarakan isu ini.

Kehairanan ini diluahkan dalam setiap perbualan di kalangan masyarakat Melayu Islam. Tak kira ketika berada di majlis-majilis keramaian seperti kenduri kendara, malahan sewaktu di surau dan masjid pun – ketika ada masa terluang sementara menantikan waktu solat, tajuk dan isu ini jadi pilihan berborak.

Sudah tentu apabila berada di warung kopi pada hari cuti, tajuk sama menjadi pilihan utama ketika bersembang dengan rakan taulan seangkatan. Terutamanya geng pencen ketika baru keluarkan duit pencen dari ATM.

Bagaimanapun, isu yang boleh dikatakan sebagai polemik yang memecah-belahkan kesepakatan kaum Melayu itu dapat dipecahkan kebuntuannya dengan mudah oleh seorang teman yang SM temui ketika bersembang kosong di warung kopi pagi ini.

Ketika rakan-rakan lain jadi buntu memikirkan kenapa pemimpin Pas beriya-iya menyokong dan membela Anwar Ibrahim dalam isu skandalnya yang semakin panas itu, seorang teman bekas pesara guru secara selamba berkata:
“Ishhhh! Itu pun kome tak dapat tangkap kenapa mereka jadi bangang dan totok menyokong Anwar?”
 “Ya la.... Deme tu dah macam orang ‘mabuk todi’ membela si Nuar dengan pelbagai alasan yang mengelirukan melalui undang-undang dan syariat Islam... Hinggakan ramai orang jadi keliru. Mufti kata begini, tokoh Pas kata begitu.... Mana satu nak ikut? Ini yang jadi masalah....,’ jawab seorang teman, seorang pesara polis.

“Kalau aku berada di tempat DS Najib, sekelip mata saja boleh selesai. Boleh buat orang Pas konar baring menentang dan mengutuk Anwar Ibrahim habis-habisan. Berbuih-buih mulut pemimpin dan penyokong Pas berceramah menghentam Anwar....,” balasnya.

“Amboi! Mudah benor bunyinya? Mike ingat deme dalam Pas itu macam ‘kacang putih’ ke? Boleh dingap sesuka hati?” kata sahabat yang seorang lagi.

“Kacang putih ke, aperr ke aku tak tahu, yang aku fikirkan ialah kenapa deme dalam Pas itu bermati-matian mempertahankan Anwar. Itu ajerrr.... Jangan pergi jauh dan jangan keluar tajuk!”
“Aterrrr! Dah mike kata kalau mike duduk di kerusi Najib, itu paser ler teman cakap macam tu!”

Hiasan jerrrr! tapi macam ni lerr kami bersembang....
“Mudah sangat! Kalau aku jadi DS Najib, aku terima balik Anwar Ibrahim masuk UMNO dan lantik dia sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kalau nak lebih hebat lagi, tukar kerusi.... Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, DS Najib jadi Timbalan Perdana Menteri,” jelasnya serius dalam nada tinggi.

Kami semua terdiam....

Dia berkata lagi, “Kome ingat kalau itulah yang dilakukan, ketika itu pemimpin Pas dan penyokong Pas yang macam orang ‘mabuk todi’ seperti mahfuz tu nak kata apa? Nak sokong lagi Anwar Ibrahim yang telah berada dalam Umno dan Barisan Nasional?”

“Cuba kome pikior sikit!” tambahnya sambil ketawa jecil.

“Yerrr tak yerrr jugak. Mike memangnya cekap dan ada bakat jadi ‘Abdul Wahab’ macam cerita Tiga Abdul....” sambil disambut dengan hilai ketawa antara kami yang duduk minum semeja, pagi ini....

Tambahnya, “Kome kena faham kenapa Pas bela dan sokong Anwar Ibrahim. Deme bukan sokong atas nama Nuar tu, tapi sokong kerana Nuar menjadi ketua deme menentang Umno/BN. Itu ajerrr sebabnya..... Faham tak? Kalau si Nuar tu berada dalam Umno/BN, rapat Nuar tu deme kutuk dan hentam, siang malam macam dulu... Macam ketika Nuar berada di bawah ketiak Tun Dr. Mahathir selama 16 tahu......” jelasnya.

“Takkan kome tak ingat kisah dulu tu.... Ketika itu si Mat Sabu yang sedang bercita-cita nak jadi orang nombor dua Pas melalui muktamar deme tak lama lagi, pernah berucap di Parlimen dengan menuduh Anwar Ibrahim adalah peliwat atau kaki liwat dengan menggelarnya sebagai ‘Al-Juburi’. Takkan dah lupa kot? Takkan tak ingat siapa yang mempopularkan branding Al-Juburi tu?”

“Betul. Teman masih ingat....” jawab seorang lagi rakan.

“Dan si Nuar tu pulak, kome takkan dah lupa bagaimana dia menghentam pemimpin Pas dan DAP ketika dia berkuasa dulu.”
“Takkan kome dah lupa siapa yang kata Tok Guru Nik Aziz sebagai ‘Ulama Terompah’ dulu. Anwar Ibrahim ler... siapa lagi? Bukannya Mahathir dan bukannya Pak Ghafar atau Najib Tun Razak....”

“Oleh itu tak usah cakap banyak, kita tengok ajer permainan puak-puak pembangkang yang tergila-gila sangat menyokong Anwar untuk jadi Perdana Menteri melalui PRU-13 nanti. Sampai ke mana kejayaan deme dan sejauh mana sokongan rakyat, terutamanya orang Melayu terhadap parti deme dan kempen deme tu....”

“Kita ni dah pencen.... sekadar boleh sembang kat kedai kopi jerrrr.....” katanya sambil kami semua ketawa.

Demikian pendapat dan pandangan seorang pesara guru yang hanya mampu bersembang kosong di warung kopi, tetapi apa yang dikatakannya kadang-kadang sangat berguna.

Hujahnya boleh diterima dan apa yang dikatakannya masuk akal. Ada yang tersirat di sebalik kata-katanya yang sesahaja itu.

Bagaimanapun, SM catatkan sebahagian perbulan kami pagi ini bukannya meminta DS Najib membawa Anwar Ibrahim masuk Umno. Jangan.... hancur Umno dan porak peranda parti keramat orang Melayu tu dikerjakannya nanti. Cukuplah yang sudah- sudah.... Jangan diulang peristiwa lama.
Pasir Salak Resort di tepi Sungai Perak....
Biarkan! Biarkannnn! Biarkan si Luncai kemana dan labunya ke mana....

Biarkan Anwar Ibrahim terjun bukan dengan labu-labunya, tetapi terjun berendam di Singai Perak – di Kampung Gajah. Pada waktu subuh untuk mengambil ilmu batin mengenai seks dan alat kelaminnya....

Apa yang dicatatkan ini sekadar menyedarkan pihak yang taksub itu dan mereka yang tak tahu nak jawab bila berdepan dengan juak-juak Pas yang membela Anwar. Itu ajerrr.....
Wallahhualam......
- SM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog