Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 10 Mei 2011

Pas sepatutnya ambil kesempatan nobatkan Hadi mengetuai Pakatan....

Anwar Ibrahim dah 'ghebeh' bagaikan ayam patah kepak
Abdul Hadi Awang yang sepatutnya ambil alih ketuai pembangkang....
PAS, parti politik kedua terbesar umat Melayu/Islam selain Umno sepatutnya mengambil kesempatan politik menobatkan Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang mengepalai ‘pakatan pembangkang’ menggantikan Anwar Ibrahim yang menanti masa untuk berehat di Sungai Buloh atau cabut lari sebagai ‘pelarian politik’ ke luar negara.

Kerana tidak ada tokoh berwibawa dalam Pas, mereka tidak terfikir untuk bertindak mengambil kesempatan itu. Pemimpin Pas masih terkial-kial menyokong dan membela Anwar walaupun sebahagian besar penyokong tidak lagi menyokong Anwar.

Tidak ada tanda-tanda pemimpin Pas bersiap siaga ke arah itu.

Kes liwat II dan isu video seks yang didedahkan oleh bekas penyokong-penyokong dan orang rapat Anwar Ibrahim sendiri semakin menuju puncaknya.

Walaupun puak pembangkang malu untuk mengakuinya tetapi, dihati kecil mereka tidak terdaya untuk menafi segala kerjalaku buruk Anwar selama ini adalah benar-benar tidak melayakkan ‘Pandi Kutty’ itu jadi pemimpin. Bukan sahaja tidak layak menjadi pemimpin negara, untuk jadi pemimpin partinya pun tidak wajar di sokong.

Hakikat ini sepatutnya diambil kesempatan oleh pemimpin-pemimpin Pas yang ada akal untuk melonjakkan parti jenama Islam itu untuk menerajui kepimpinan puak pembangkang.

Malangnya, kerana tidak ada kemampuan dan keberanian politik yang tinggi, mereka terus mendokol kaku sekadar menjadi kuda tonggangan Anwar dan DAP.

Siang malam berhempas pulas mahu mengalahkan Umno, bukan untuk mengambil alih tempatnya tetapi sekadar membantu membuka ruang untuk kaum lain merampas kuasa.

Perasaan takutkan Anwar Ibrahim dan gentarkan kemarahan DAP yang tidak sebulu dengan Pas kerana parti itu berjenamakan Islam, Pas semakin hanyut dikesampingkan oleh sekutu dan juga ahli-ahlinya yang ada otak.

Demikianlah lemahnya sikap dan pendirian politik kaum Melayu dalam Pas yang jelas tidak mampu menjadi parti unggul menggantikan Umno sebagai tonggak pemerintahan negara.

Kenapa ini terjadi?

Tidak mustahil segalanya terjadi kerana pendirian dan sikap Pas selama ini hanya sekadar menjadi pembangkang sahaja. Pengalaman menjadi pembangkang sekian lama menjadikan Pas sebuah parti politik yang kaku dan lesu tanpa daya saing untuk menongkah kemuncak pemerintahan negara.

Kerana terlalu lama diasuh dan terdidik dengan pendirian membangkang dan menentang sesama Melayu sahaja - Umno, Pas jadi tidak berani untuk berdiri tegak sebagai sebuah parti kaum Melayu yang mampu dan berupaya memimpin negara dengan corak dan citarasa perjuangan yang diuar-uarkan selama ini iaitu memperjuang sebuah negara Islam tulin.

Kalau peluang yang sedang terbuka ini tidak berani dambil kesempatan, bila lagi Pas akan mampu menjadi parti unggul yang menggantikan Umno? Cakap sahaja berdegar-degar, tapi ekor bergelumang najis sendiri.

Ingatlah, peluang tidak selalu datang. Sejak Pas ditubuhkan enam puluh tahun lalu, inilah peluang keemasan yang terbuka luas untuk parti itu manjadi tonggak perjuangan umat Melayu/Islam.

Kalau hanya berani menentang sesama Melayu, tetapi kecut dan menikus apabila berdepan dengan parti kaum bukan Melayu seperti DAP, berentilah berjuang untuk umat Melayu dan agama Islam di negara bertuah ini. Tutup saja pintu parti dan biarkan ahli memilih arah tuju masing-masing menentukan parti politik mana yang mereka inginkan.

Selagi pemimpin dan ahli Pas tidak penah mahu sedar bahawa Melayu sama Melayu bercakaran – Pas-Umno, kaum asing ambil kesempatan, selagi itulah kewujudan Pas sebagai sebuah parti politik umat Melayu/Islam tidak kesampaian dan tidak diredhai Allah SWT. Cakap tak serupa bikin....

Pas selama-lamanya sekadar mengejar bayang-bayang....

Kemarahan dan kebencian terhadap Umno yang membarah di hati pemimpin dan ahli Pas sekadar insan lemah yang takutkan bayang-bayang sendiri kerana dendam kesumat yang memakan diri.

Kerana takutkan bayang-bayang bangsa sendiri, Pas rela dan sanggup diperkudakan kaum imigran yang bercita-cita merampas negara bertuah ini dan menukarkannya kepada sebuah negara republik.

Jika puak imigran berjaya menjadikan negara ini sebuah republik, Pas sewajarnya dipersalahkan kerana tidak pernah terbuka hati untuk bergerak ke arah menyatukan umat Melayu/Islam demi agama, bangsa dan negara.

Walaupun pemimpin Pas mengajarkan bahawa dunia ini bersifat ‘baharu’ atau sementara, tetapi tanpa hidup di dunia mana mungkin insan mampu menyiapkan diri untuk berpindah ke alam akhirat?

Syurga apakah yang akan umat Islam dapat jika untuk beramal dan berkebajikan semasa hidup di dunia ini tidak pernah dapat dilakukan dengan selesa, tanang dan istiqamah?

Mampukah umat Melayu/Islam mencapai syurga Allah sekadar mendengar ceramah?

Insaf dan sedarlah bahawa syurga Allah itu hanya mampu dicapai kerana Allah SWT redha dengan amal atau kebajikan hamba-hambaNya ketika hidup di dunia.
Wallahhualam.....
- YopMan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog