Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 27 Ogos 2011

Punyalah nak mengampu kaum Cina, Mat Sabu sanggup kata ‘Pengganas komunis hero sebenar’....


Mohamad Sabu ketika berucap pada Ceramah Perdana Pas di Padang Menora Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang, baru-baru ini.
TAK TAHULAH pelesit jenis apa si Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas ini. Ketika Iblis dan syaitan dirantai oleh Malaikat atas perintah Allah swt di bulan Ramadhan al-Mubarak ini, dia pulak dok ganti jadi syaitan dari kalangan makhluk jenis manusia.

Tidak wajarkah ‘politikus haprak’ ini dilabel sebagai ‘syaitan’ kalau dia mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar?

Menurut Mat Sabu, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

MasyaAllah... Sampai begitu sekali benci dan berdendamnya pemimpin nombor dua Pas ini terhadap Umno hinggakan mahu mengubah sejarah dengan fakta ciptaannya yang menidakkan perjuangan bangsa sendiri.

Apakah ini benar-benar idea bernas ‘Mat Sapu Bini Kawan’ itu atau dia hanya menzahirkan apa yang dihasratkan oleh chauvanis Cina DAP yang mahu meletakkan kaum Cina di negara ini sebagai pejuang sebenar kemerdekaan, ketika negara akan menyambut ‘Hari Kemerdekaan’ 31 Ogos ini?

Melayu jenis inilah yang bakal menjahanamkan bangsa sendiri dan menjual negaranya kepada kaum lain asalkan dia mendapat keuntungan politik yang sangat sementara sifatnya. Bangang punya Mat Sabu....

Tragedi serangan pengganas komunis di Bukit Kepong dengan sejarahnya....
Kepada Mat Sabu ini bukan pejuang bangsa....
Kepada Mat Sabu kematian pejuang Melayu ini bagikan 'mati katak' saja....
Anggota pengganas komunis dari kaum Cina inilah pejuang sebenar yang cuba diketengahkan oleh Mat Sabu?
Kemuncak kepada sejarah yang akan diubah oleh Mat Sabu nanti ialah 'Chin Ping adalah pejuang sebenar kemerdekaan Tanah Melayu'?
Katanya pada ceramah berkenaan, “Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung.”

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

Itulah akibatnya apabila Mat Sabu meletakkan seratus peratus harapan kepada kaum Cina untuk menyokong atau mengundi calon Pas pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dia dah jadi macam ‘orang gila’ yang merepek dan merapu hingga sanggup menidakkan jasa bakti pejuang-pejuang Melayu yang terkorban angkara pengganas komunis yang berjuang untuk merampas Semenanjung Tanah Melayu daripada diserahkan penjajah British kepada orang Melayu yang benar-benar berhak.

Mat Sabu mahu menukar sejarah negara bangsa ini dengan menganggap kaum Cina adalah pejuang sebenar. Wajarkah manusia si pengkhianat bangsa ini dibiarkan?

Para pejuang bangsa Melayu, sama ada yang vateran atau yang baru tentu ada sikap dan pendirian tersendiri terhadap ‘putar belit’ anak har.. ini.

Manusia jenis ini bukannya boleh ditentang dengan kecaman atau kritikan sahaja.... Tak makan. Kena ada tindakan yang sangat mengesankan untuk dirinya yang ‘bertuhankan undi’ itu.
Wallahhualam....

2 ulasan:

Unknown berkata...

Ini adalah kes yang jahil amat mukarrab. Amat buta; benak hati.Ching Peng berhasrat nak menawan tanah Melayu in nak jadikan sebegai negera setelit China Mao Tse Tung. Berapa banyak orang Melayu di bunuh. Apa nak jadi dengan Mat Sibu ni.Awat PAS sampai kaparat pemikiran mereka.Mereka mereka ini amat tidak berinsip. Amat malanglah kalu ada orang ikut mereka.Muslihat mereka adalah supaya orang Melayu berpecah dan lemah.DAP dan kuncu-kuncu depa sulah kalu jadi macamtu.Hanya Allah sahaja dapat buka pintu hati depa.Dan kita tak boleh lepas pandang dengan gulongan ini.

Sudir berkata...

Si penipu dan pengampu ni kalau aku jumpa aku ludah muka dia..

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog