Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 27 Mei 2011

Anwar takut penerimaan ulama? ‘Anwarinas’ makhluk perosak yang akan meruntuh Pas...

ANWAR Ibrahim didakwa takut dengan penerimaan golongan ulama dalam Pas terhadapnya selepas terbongkarnya pelbagai salah laku beliau sejak akhir-akhir ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sehubungan itu, Anwar didakwa mengarahkan pemimpin serta ahli Pas yang cenderung 'menyembah' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merancang gerakan menghakis penguasaan golongan ulama dalam parti itu.

Kumpulan menyebelahi Anwar yang beliau gelar sebagai 'Anwarinas' itu katanya, merupakan 'makhluk perosak' dalam Pas yang hanya akan menyebabkan kejatuhan parti itu suatu hari nanti.

"Golongan Anwarinas ini akan menterjemah apa yang telah mereka rancang sejak 2008 pada pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini bagi menukar saf kepimpinan parti itu yang sekian lama dikuasai oleh para ulama.

"Mereka ini (golongan Anwarinas) tidak 'memandang' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin mereka sebaliknya mengangkat Anwar sebagai ketua," katanya kepada Utusan Malaysia pada Khamis.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu sebelum ini pernah mendedahkan, sudah ada satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan Pas yang dikuasai oleh para ulama kepada golongan yang dikenali sebagai 'Kaum Si Tanggang' dalam muktamar yang bakal berlangsung itu.

Beliau juga mendedahkan sudah diberikan nama pemimpin dan ahli Pas yang telah disenaraikan untuk bertanding semua jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Jawatankuasa Pusat pada pemilihan kali ini.

Mengenai soalan bila akan mendedahkan nama itu, Zulkifli berkata, beliau percaya nama kesemua pemimpin serta ahli Pas yang berkiblatkan Anwar pasti terbongkar secara sendirinya pada pemilihan kepimpinan parti itu kali ini.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, golongan ulama dalam Pas kini memang sedang memerhatikan Anwar selepas pendedahan mengenai kes liwat dan terbaru skandal video seksnya.

"Tetapi sehingga kini mereka (golongan ulama Pas) masih berdiam diri kerana melihat beberapa kepentingan lain. Anwar tahu golongan ulama Pas tidak akan menerima beliau ekoran salah laku itu lalu merancang gerakan untuk menghapuskan golongan tersebut di dalam Pas.

"Semua orang kenal Anwar. Kalau dia tidak boleh gunakan seseorang itu untuk kepentingannya, dia pasti akan lawan orang itu dan ini sedang berlaku kepada kepimpinan ulama Pas," katanya.

Nakhaie berkata, apa yang berlaku dalam Pas dan dengan segala perancangan untuk menghapuskan kepimpinan ulama dalam parti itu datang daripada desakan PKR yang diketuai Anwar.
- Utusan Malaysia

SATU MELAYU:
Melayu PAS idaman DAP....
Tindakan Anwar mengatur strategi menyingkirkan golongan ulama dalam Pas sudah tentu mendapat sokongan padu daripada sekutu utamanya – DAP.

Kalau Anwar risaukan golongan ulama akan menentangnya gara-gara salahlaku seksnya yang semakin banyak terdedah, DAP pula risau kalau-kalau Pas dengan mudah akan keluar ‘pakatan haram jadah’ kalau kepimpinan ulama mendominasi parti jenama Islam itu kerana tidak lagi menyokong Anwar.

Justeru itu, memastikan Pas dipimpin oleh golongan bukan ulama adalah sangat penting kepada perjuangan politik peribadi Anwar Ibrahim dan juga perjuangan chauvanis Cina DAP.
Bila Anwar dan DAP bergabung melanyak kepimpinan ulama dalam Pas, sudah tentu bantuan kewangan akan mencurah-curah diberikan kepada mereka yang sanggup menentang kepimpinan ulama dalam parti kedua terbesar kaum Melayu itu.

Itulah habuan yang didapat oleh ahli dan pemimpin Pas kerana bersekongkol dengan parti-parti ‘jahanam’ dalam ‘pakatan haram jadah’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog