Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 22 Mei 2011

Pertahankan Anwar : DAP Raih Laba, Pas Serba Salah... Teraba-raba dijalan buntu

Barisan penyokong setia Anwar Ibrahim yang sangat mengharapkan 'si jembalang' itu jadi Perdana Menteri demi survival politik chauvanis Cina yang anti-Melayu dan anti-Islam.
DAP akan terus mempertahankan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang kerana mereka mengganggap hanya Anwar sahaja yang mampu untuk merealisasikan cita-cita parti itu melalui pakatan pembangkang.

Pensyarah Pengajian Sastera, Politik dan Strategik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata DAP terpaksa mempertahankannya kerana Anwar adalah aset utama parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“DAP akan terus mempertahankan Anwar dalam apa keadaan sekalipun, strategi menggunakan Anwar ketika kempen pilihan raya Sarawak baru-baru ini berjaya meningkatkan jumlah kerusi mereka DUN Sarawak.

Harapan DAP untuk berkuasa hanya melalui Anwar....
“Berikutan itu, DAP tetap akan memastikan Anwar menjadi Ketua Pembangkang terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, mereka (DAP) berkeyakinan dengan adanya Anwar, mereka akan dapat meningkatkan jumlah kerusi di kawasan pengundi Cina,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang terus mempertahankan Anwar sebagai Ketua Pembangkang walaupun diperintah oleh mahkamah untuk membela diri berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Dr Samsul berkata, walaupun DAP mempunyai jumlah kerusi melebihi PKR dan Pas di parlimen, namun DAP sanggup memberi laluan kepada Anwar untuk memastikan sokongan pengundi Cina dan kaum lain berterusan.

“DAP menganggap, walaupun Anwar mempunyai masalah moral, namun itu tidak menjejaskan mereka, yang penting kehadiran Anwar mampu memecah belahkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional terutama parti yang mewakili kaum Cina,” katanya.

Menurutnya, Pas tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu kerana khuatir sebarang kenyataan yang dibuat sama ada berpihak kepada Anwar atau sebaliknya akan memberi kesan kepada parti itu.

“Pas kini berada dalam keadaan sukar, kalau berpihak kepada Anwar. ia akan memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada mereka, jika sebaliknya ia boleh menimbulkan masalah antara parti itu dengan DAP dan PKR dalam pakatan rakyat,” katanya.

Dr Samsul berkata, semua parti dalam pakatan pembangkang amat memerlukan Anwar kerana hanya dengan kehadiran Anwar pakatan pembangkang berkeyakinan mereka mempunyai peluang pada pilihan raya akan datang.
- MediaUMNO

SATU MELAYU:
Ada tanda-tanda pemimpin dan penyokong Pas mula menjauhkan diri daripada PKR dan Anwar Ibrahim kerana menyedari sebahagian besar ahli-ahli parti jenama Islam itu yakin bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam salahlaku seks yang memalukan mereka.

Hakikat ini terserlah apabila pemimpin dan penyokong Pas tidak turut serta dalam solat tolak bala yang dianjurkan PKR baru-baru ini.

Keadaan sama juga berlaku apabila para penyokong Pas tidak mahu menyertai tunjuk perasaan membantah akhabr Utusan oleh AMK yang dijadualkan semalam. Akibat tiadanya sokongan puak Pas, AMK gagal mengadakan bantahan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog