Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 22 Mei 2011

Pembangkang hanya pandai eksploitasi isu kenaikan harga minyak...ISAkan penyeludup barangan bersubsidi....

TAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini menempelak pihak pembangkang yang hanya pandai mengeksploitasi isu kenaikan harga minyak sedangkan mereka tiada tanggungjawab untuk sama-sama menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang ternyata tidak berusaha untuk menangani perkara itu kerana mereka tidak menanggung bebannya.

Sedangkan kerajaan, jelas beliau, terpaksa memikul beban dan sentiasa bertanggungjawab bagi menangani isu kenaikan harga minyak RON 95 itu demi kepentingan rakyat.

"Mungkin pihak pembangkang mudah mengeskploitasi isu ini kerana mereka tidak mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikannya.

"Isu ini membebankan kerajaan tetapi mereka (pembangkang) tidak tahu bagaimana nak selesaikannya," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) pada Sabtu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO diminta mengulas usaha pihak pembangkang yang mengeksploitasi isu kenaikan harga minyak RON 95 walapun ia masih belum diputuskan kerajaan.

Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil kira semua aspek sebelum membuat keputusan mengenai isu berkenaan demi kepentingan rakyat.

"Soal kenaikan kos minyak kita dah tahu dan saya pun telah buat beberapa kenyataan serta mempengerusikan mesyuarat minggu lalu untuk berbincang secara mendalam bagaimana nak tangani masalah ini," jelasnya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, soal kenaikan harga minyak bukan hanya dialami Malaysia malah di kebanyakan negara lain di peringkat global.

"Negara jiran, baik Singapura, Thailand dan Indonesia, isu sama saja cuma degree yang berbeza tetapi di Malaysia memang ada isu tetapi kadar inflasi kita antara yang terendah," katanya.

Justeru Muhyiddin mahu semua pihak sedar betapa kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi yang tinggi apabila berlaku kenaikan harga minyak dunia.

Beliau mengakui kerajaan menanggung peningkatan beban subsidi daripada RM10 bilion kepada RM18 bilion sekiranya subsidi itu tidak diuruskan dengan baik.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Berapa banyak wang negara akan terselamat jika penyeludupan keluar minyak bersubsidi dapat dihentikan
Jangan hiraukan sangat kempen pembangkang yang hanya tahu membangkang sedangkan mereka tidak ada tanggungjawab sedikit pun untuk mengatasi masalah global itu.

Yang penting sekarang ini ialah menguruskan subsidi minyak dengan baik. Urusan dengan baik yang dimaksudkan ialah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menderhaki negara dengan melakukan kerja penyeludupan keluar minyak susidi ke negara-negara jiran.

Kalau kawalan dan tindakan tegas dapat dilakukan dengan baik, jumlah kos subsidi minyak yang terpaksa ditanggung oleh negara tidak mencecah angka RM18 bilion.

Justeru, ISAkan mereka yang terlibat dengan penyeludupan keluar minyak bersubsidi negara ini demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.

Bertindak tegas terhadap penyeludup yang menyeludup keluar barang bersubsidi sangat diperlukan masa kini. Petualang negara tidak harus dibiarkan bermaharajalela.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog