Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 28 Mei 2011

Ulama Pas digesa 'siasat sendiri’ skandal melibatkan Anwar Ibrahim....

Dektator yang bertopengkan ulama inilah yang 'mencaca-merbakan' perjuangan Pas hingga jadi haru-biru dan tersasar jauh dari perjuangan asal PAS....
GOLONGAN ulama Pas digesa melakukan siasatan sendiri berhubung beberapa skandal didakwa melibatkan Anwar Ibrahim agar parti itu boleh menyatakan pendirian sebenar terhadap kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, sekiranya Pas tidak memperakui siasatan polis, pendakwaan di mahkamah serta sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, parti itu terutama golongan ulama perlu melakukan siasatan untuk mencari kebenaran.

Menurutnya, siasatan itu perlu dilakukan demi keadilan kepada golongan ulama, profesional dan penyokong Pas yang mendokong cara kepimpinan menurut lunas Islam.

"Jika benar Anwar terlibat dalam skandal-skandal yang didakwa ke atasnya termasuk yang terbaru video (seks), Pas perlu menyatakan pendirian rasmi mereka terhadap kerjasama parti itu dengan PKR dan DAP yang diterajui Anwar.

"Sekiranya Pas tidak memperakui siasatan polis, kes mahkamah serta sumpah laknat oleh Shazryl Eskay dan Mohd. Saiful Bukhari, maka parti itu terutama golongan ulama perlu lakukan siasatan sendiri ke atas Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa Anwar kini takut dengan penerimaan golongan ulama dalam Pas terhadapnya, selepas pelbagai salah laku beliau didedahkan kebelakangan ini.

Zulkifli seterusnya mendakwa, Anwar kini mengarahkan pemimpin serta ahli Pas yang cenderung menyokong beliau untuk merancang gerakan menghakis penguasaan golongan ulama dalam parti itu, ekoran pemilihan Pas yang akan berlangsung minggu depan.

Nakhaie berkata, golongan ulama dalam Pas mempunyai peranan penting untuk mencari kebenaran mengenai perilaku Ketua Pembangkang itu bagi menyampaikan mesej yang selari dengan tuntutan Islam.

Jelas beliau, salah satu tuntutan dalam ajaran Islam adalah memastikan seseorang pemimpin itu dilihat bersih dan terpelihara daripada sebarang tohmahan.

"Seseorang pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi terpelihara daripada tohmahan dan dalam kes ini, Pas perlu menyiasat sendiri, bukannya menolak ataupun menerima tohmahan itu secara membuta tuli demi menjaga kredibiliti Anwar," tegasnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Mana mungkin ulama dalam Pas, terutamanya ‘Ulama Terompah’ seperti yang pernah dilabelkan Anwar Ibrahim terhadap Nik Aziz Nik Mat, melakukan siasatan sendiri? Sebagaimana mereka telah menyesatkan orang Melayu dengan ajaran Islam yang tidak benar sehingga ramai Melayu jadi taksub, para ulama Pas juga telah jadi taksub dengan Anwar.

Mungkin inilah balasan daripada Allah SWT terhadap golongan yang mendakwa dirinya ulama itu. Setelah sekian lama mereka menyesatkan orang Melayu, kini mereka sendiri jadi sesat pulak kerana terpengaruh dengan janji Anwar Ibrahim yang mereka harap akan jadi Perdana Menteri.

Mereka menyangka apabila Anwar jadi PM, parti mereka akan jadi bertambah kuat dan kedudukan mereka dalam politik dan pemerintahan negara juga akan turut mantap. Mereka telah sesat dan tidak sedar bahawa si Anwar kaki kelentong itu akan ‘me-melukut tepi gantang-kan’ Pas apabila dia jadi PM.

Mereka tidak sedar bahawa kuasa dalam ‘pakatan haram jadah’ itu sebenarnya berada ditangan pemimpin DAP, bukannya ditangan Anwar yang digula-gulakan DAP bakal diangkat jadi PM jika pakatan itu menang PRU-13 nanti.
Kerana pangkat dan kedudukan yang dijanjikan Anwar, mereka jadi gelap mata dan buta akal.

Begitulah yang ditakdirkan Allah SWT untuk Pas yang selama lebih 60 tahun memperalatkan agama Islam kerana kuasa politik.

Akhirnya, Islam entah ke mana, yang jelas kini Anwar sedang mensekularkan pimpinan Pas daripada terus berkelana dengan jenama Islam yang pro-pimpinan ulama.

DAP dan Anwar sangat memerlukan Pas sebagai alat menarik sokongan kaum Melayu, tetapi dalam masa sama DAP sangat takut Pas terus kekal dengan perjuangan Islam sepertimana perjuangan asal ketika parti itu diasaskan penubuhannya pada tahun 1951.

Selagi Nik Aziz kekal menjadi dektator dalam Pas, selagi itu perjuangan Pas jadi tidak menentu, tidak jelas dan caca merba.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog