Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 25 Mei 2011

Video Seks: Anwar Fail Pembelaan Dan Tuntutan Balas Terhadap Saman Hishammuddin

ANWAR Ibrahim telah memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap saman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadapnya berhubung video seks yang memaparkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang, menuntut beberapa ganti rugi.

Beliau memfailkan kenyataan tuntutan dan tuntutan balas itu pada 16 Mei dan telah diserahkan kepada Hishammuddin dua hari kemudian.

Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kenyataan beliau semasa temu bual dengan media pada 22 Mac, selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi, diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Anwar mendakwa kenyataan itu diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat yang dimilikinya atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen kawasan Permatang Pauh, kepada orang awam yang mempunyai hak kepentingan untuk menerima maklumat itu.

Lagipun, beliau mendakwa kenyataan yang dipertikaikan itu merupakan komen yang adil terhadap perkara berkepentingan awam dalam menyatakan pendapat beliau bahawa Hishammudin telah berkompromi dengan perbuatan jenayah kumpulan lelaki yang digelar ‘Trio’ dalam memaparkan video itu walaupun beliau (Hishammuddin) tahu atau sepatutnya tahu mengenai perbuatan jenayah mereka (Trio) itu.

Dalam tuntutan balasnya, Anwar menegaskan kenyataan Hishammuddin dalam sidang media beliau pada 21 Mac, memperlihatkan bahawa beliau (Anwar) adalah individu dalam video itu sepertimana ditegaskan oleh Trio itu.

"Walaupun plaintif (Hishammuddin) dan laporan berita itu, yang melaporkan komennya tidak menyebut nama defendan (Anwar), adalah jelas daripada komen beliau bahawa ia merujuk kepada defendan," katanya.

Anwar berkata Hishammuddin telah memfitnah beliau bagi memperkecil-kecilkan kapasitinya sebagai Ketua Pembangkang yang telah menyebabkan maruah beliau secara peribadi dan profesional tercemar teruk, menyebabkan beliau terjebak dalam skandal dan menjadi kebencian orang ramai.

Beliau memohon ganti rugi bagi fitnah, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar kerana mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa temu bual dengan media pada 22 Mac selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Hishammuddin, 50, berkata kenyataan itu dilaporkan secara meluas dalam media dan Internet dan difahamkan membawa maksud bahawa beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lepas.

Menteri itu berkata kenyataan itu juga difahamkan membawa maksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan telah berkomplot dengan Perdana Menteri dan pegawai tinggi polis untuk melakukan perbuatan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 3 Jun bagi pengurusan kes. Beliau menetapkan tarikh itu selepas berjumpa dengan peguam Tan Sri Cecil Abraham yang mewakili Hishammuddin dan peguam J Leela dan peguam K Shanmuga yang mewakili Anwar semasa sebutan kes itu.

Abraham memberitahu pemberita yang beliau akan memfailkan jawapan Hishammuddin terhadap pembelaan Anwar menjelang 1 Jun.
- Bernama

SATU MELAYU:
Lawan tetap lawan....
Rakyat menanti-nanti bila pulak para peguam Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Datuk Eskay yang secara terang dan jelas menuduh Ketua Pembangkang yang serba kebal itu sebagai pelaku lelaki yang terdapat dalam video seks yang didedahkannya.
Bilaaa... bilaaaa.... dan bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog