Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 19 September 2010

Wan Azizah tidak mahu Azmin

Antara ibu dan bapa, Nurul Izah memilih pilihan ibu.

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Sokongan terbuka Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi petunjuk bahawa Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak mahu Azmin Ali memegang jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, walaupun sokongan itu bukan keluar secara langsung dari mulut Wan Azizah tetapi ia sebenarnya mewakili hasrat Presiden PKR tersebut untuk menjadikan Zaid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.

Beliau berkata, sepanjang pengetahuannya Wan Azizah tidak boleh menerima Azmin yang kini Naib Presiden PKR dalam apa juga keadaan sekali pun termasuk bidang politik dan ia disebabkan berlakunya perkara-perkara tertentu.

“Sokongan terbuka Nurul Izzah mewakili suara ibunya, Wan Azizah. Meskipun Zaid bukanlah calon pilihan Wan Azizah namun keputusannya berdepan dengan Azmin tepat pada masanya.

“Zaid merupakan peluang bagi Wan Azizah untuk menghalang Azmin memegang jawatan Timbalan Presiden.

“Apabila berlaku sedemikian saya melihat pertembungan Azmin dan Zaid ini boleh dikatakan 50-50 kerana masing-masing mempunyai kelebihan. Azmin disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Zaid disokong oleh Wan Azizah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas sokongan terbuka Nurul Izzah terhadap pencalonan Zaid bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR semasa sidang akhbar di Kuching, Sarawak iaitu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Akhbar hari ini pula melaporkan pengakuan Zaid mengenai kekuatan yang dimiliki oleh Azmin dalam persaingan merebut jawatan itu pada pemilihan parti November nanti apabila Naib Presiden PKR itu menjadi calon pilihan Anwar.

Bagaimanapun, Zaid menegaskan, persaingan tetap akan berlaku kerana beliau juga mempunyai ramai penyokong khususnya di peringkat akar umbi.

Menjawab soalan, Zulkifli berkata, beliau tidak boleh bayangkan bagaimana perjalanan PKR selepas pemilihan sekiranya perwakilan memberikan kemenangan kepada Azmin.

“Seperti saya katakan tadi Wan Azizah tidak akan dapat menerima Azmin. Jika Azmin menang apa yang boleh saya katakan gandingan Presiden dan Timbalan Presiden PKR nampak begitu janggal,” katanya.

Mengenai kekuatan kedua-dua calon, beliau berkata, selain mendapat sokongan penuh Anwar, Azmin juga dijangka menerima sokongan padu daripada orang Melayu PKR.

“Zaid pula saya lihat akan menerima sokongan DAP, puak sosialis, ahli bukan Melayu dan Melayu liberal di dalam PKR,” katanya.

Selain itu faktor Anwar dan Wan Azizah di kalangan ahli-ahli PKR juga akan mempengaruhi kecenderungan perwakilan sama ada mahu memilih Azmin atau Zaid.
Dalam pada itu, ditanya calon pilihannya, Zulkifli berkata, beliau akan memilih Azmin memegang jawatan Timbalan Presiden PKR berbanding Zaid.
- Mingguan Malaysia

Pak Sulung: Pernah meramalkan Zaid Ibrahim mendapat restu Wan Azizah.

1 ulasan:

Melayu Pasir Gudang berkata...

Ini satu sandiwara politik Anwar untuk menjatuhkan Wan Azizah secara perlahan dan berstrategik, semua orang tahu bagaimana penerimaan Wan Azizah terhadap Azmin,jika Azmin Ali memenangi kerusi timbalan presiden maka gandingan ini tidak akan dapat bekerjasama dengan baik, mereka tidak pernah dan boleh duduk semeja bertentang mata. Pastinya pengurusan PKR akan nampak tempang, waktu itu Anwar al juburi akan gunakan sekali lagi pujuk rayunya meminta Wan Azizah melepaskan jawatan dan Azmin akan menjadi pemangku dan terus berkuasa seperti Presiden hingga pemilihan akan datang. Apa pun Wan Azizah tetap akan menjadi alat Anwar al-juburi. Ingatlah prinsip Matlamat menghalalkan cara yang di amalkan oleh al juburi nie.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog