Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 4 April 2011

KLIP VIDEO SEKS TERSEBAR MELALUI YOUTUBE: Di Thailand atau?

ISU video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim kini memasuki fasa baru apabila ianya mula tersebar di youtube sebagaimana tersiar melalui kebanyakan blog mulai hari ini – Isnin.

Klip video yang didakwa membabitkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini tersebar di internet.

Video yang dilabel sebagai “VTS 01 1" itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama ‘thepowercam’.

Maklumatnya di Youtube menunjukkan pengguna berkenaan menyertai laman kongsi video itu semalam dan dikatakan berasal dari Thailand.

Video sepanjang hanya 1 minit 41 saat itu adalah sumbangan tunggal.

Sarikata dalam bahasa Thai itu berbunyi: "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011"

Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah inilah video yang sedang heboh diperkatakan dan telah jadi kes polis kerana laporan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim itu?

Nampaknya isu dan kes video seks ini semakin kalut dan bercelaru kerana siaran di youtube itu.

Kalau itulah video seks yang dimaksudkan, maka persoalan yang timbul ialah apakah video yang konon hanya ada pada simpanan pihak polis Malaysia itu telah bocor hingga ke Thailand?

Atau tidak ada kemungkinankah video yang tersiar itu adalah adegan yang berlaku di Thailand berdasarkan lima soalan yang disuarakan oleh Datuk Eskay mengenai kegiatan Anwar Ibrahim bersamanya di negara Gajah Puteh itu?

Dan tidak mustahilkah video itu sengaja ditayangkan kepada umum untuk mengelirukan rakyat sambil mencemar nama baik pasukan polis Malaysia yang sedang menyaisat kes berkenaan melalui video yang lain tetapi oleh pelaku lelaki yang sama?

Semuanya serba berkemungkinan dan pihak berkuasa polis Malaysia seharusnya bertindak cepat menjelaskan kekeliruan yang bakal menjadi perdebatan hangat rakyat kerananya.

Hakikatnya, pihak yang sedang senak dengan isu dan kes video seks ini tentulah mecari pelbagai helah dan muslihat untuk menganggu siasatan polis yang sedang dilakukan dalam mendedahkan kesohehan pelaku yang terlibat.

SM berkeyakinan penuh bahawa video yang ditayang di youtube itu adalah helah dan strategi pihak terlibat mengalih isu sebenar seperti yang didedahkan oleh Trio Datuk T baru-baru ini.

Ianya sudah tentu akan mengelirukan rakyat dan pihak yang terlibat melakukan siasatan.
Wallahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog