Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 7 Mei 2011

DAP Bebas Bersikap Perkauman Kerana Dibela PAS Dan PKR - Puad Zarkashi

PARTI DAP bebas memainkan politik perkauman kerana menyedari tindakan tidak bertanggungjawabnya itu akan dibela oleh rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sentiasa mempertahankan DAP walaupun parti terbabit secara terang-terangan bersikap perkauman di dalam setiap isu yang diperjuangkannya.

"DAP mempergunakan rakan-rakannya, Pas dan PKR untuk menyembunyikan perjuangan partinya yang bersikap perkauman. Setiap kali dia (DAP) bersikap perkauman, Pas dan PKR sentiasa akan mempertahankan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Batu Pahat pada hari Sabtu.


DAP, katanya, boleh diibaratkan sebagai mempunyai 'imuniti' untuk bersikap perkauman dalam isu politik serta agama kerana ia dibenarkan untuk berbuat demikian oleh Pas dan PKR.

Beliau berkata, DAP tidak pernah memperjuangkan isu sekolah kebangsaan di Parlimen tetapi hanya berminat mengutarakan isu-isu berkenaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Pas dan PKR pula, katanya, dipergunakan oleh DAP untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa ia merupakan sebuah parti berbilang kaum, walaupun secara dasar ia adalah tidak benar.

Beliau berkata, DAP telah berjaya mempergunakan rakan-rakannya di dalam PR untuk keuntungan politiknya sendiri dan ini telah pun terbukti di dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak bulan lepas, DAP memperoleh 12 kerusi, paling banyak antara parti pembangkang, diikuti oleh PKR dengan tiga kerusi, manakala Pas gagal memenangi sebarang kerusi.

"Adalah amat jelas, pihak yang paling untung di dalam pakatan pembangkang adalah DAP," katanya sambil menambah, DAP mempergunakan Pas dan PKR untuk menyembunyikan imej perkaumannya.

Mengenai pertikaian yang berlaku di dalam pakatan itu berhubung pembahagian portfolio kabinet bayangan Sarawak, Mohd Puad berkata, ia membuktikan kepada rakyat bahawa parti-parti dalam pakatan itu adalah "lapar kuasa."

"Walaupun hanya berebutkan bayang-bayang, tetapi DAP, Pas dan PKR tetap bertikai dan ini hanya menunjukkan sikap sebenar mereka yang lapar kuasa. Mereka bergaduh kerana berebutkan bayangan," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
PAS dan PKR bolehlah diibaratkan sebagai ‘hulu’ sebilah kapak yang diperbuat daripada sebatang kayu. Tanpa hulu kayu berkenaan, mata kapak yang dibuat daripada besi itu tidak mampu diguna untuk menebang sebatang pokok atau untuk mebelah dan memotong kayu.

Maksudnya, hanya kerana adanya kayu sebagai hulu sebilah kapak, barulah si kapak dapat benar-benar berkuasa atau berfungsi sebagai kapak.

Justeru, dari segi anti-Melayu dan anti-Islam parti DAP, hanya kerana mereka ada sahabat Melayu dan Islam dari PAS dan PKR barulah pemimpin parti itu berani berbuat apa sahaja menzahirkan penghinaan terhadap umat Melayu yang beragama Islam.

Jahanamlah PAS dan PKR demi bangsa Melayu, agama Islam dan negara Melayu, Malaysia.

Pendedahan Laman Blog Mengenai Majlis Pertemuan Paderi Diserah Kepda SKMM. Ada kemungkinan bertujuan mengalih isu video seks dan kes liwat?

PENDEDAHAN dua laman blog mengenai majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecah-belahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

"Saya akan mengutus apa-apa pandangan terus kepada Menteri Dalam Negeri untuk beliau pula melihat perkara ini dari sudut keselamatan negara. Kami dari sudut undang-undang siber manakala Menteri Dalam Negeri dari sudut undang-undang keselamatan," katanya kepada pemberita selepas program Jogathon 1Malaysia di Kuala Klawang, Sabtu.

Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, mengingatkan pihak yang mempertikaikan soal agama rasmi negara ini supaya menghentikan perbuatan itu kerana ia tidak akan menguntungkan sesiapa dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Beliau berkata Islam adalah agama rasmi negara ini bukan saja diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga mengikut susunan kontrak kemerdekaan antara pelbagai pihak.

Katanya tindakan sesetengah pihak mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi negara ini dianggap sebagai satu pepecahan suasana dan belum pernah berlaku sebelum ini apabila mana-mana pihak menjuruskan hak agama lain selain Islam sebagai agama rasmi negara ini.
- Bernama


SATU MELAYU:
Isu agama adalah isu sensitif yang boleh menimbul-
kan huru-hara di negara majmuk perlabagai agama seperti Malaysia.

Pihak yang menimbul-
kannya sudah tentu mempunyai niat supaya timbul kekacauan dan huru hara di negara bertuah ini.

Ada kemungkinan isu ini sengaja ditimbulkan untuk mengalih isu ‘video seks’ dan ‘kes liwat II’ yang meresah dan menganggu fokus politik puak pembangkang yang kian luntur.

Apabila individu yang didakwa ada kaitan dengan isu video seks berkenaan tidak mampu menjawab tuduhan, malah melalut ke laut dalam ucapan-ucapannya sejak akhir-akhir ini, memungkinkan para penyokong beliau berusaha mengalihkan isu itu dengan menimbulkan isu yang sensitif – isu agama.

Segalanya serba mungkin....

DAP, PKR Sarawak bertelingkah barisan kabinet bayangan. Itu cerita belum berkuasa, kalau dah berkuasa tak tahulah macam mana punya gaduh....

Baru Bian, Ketua PKR Sarawak
DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini bertelingkah berhubung barisan Kabinet bayangan yang diumumkan Ahad lalu.

Dalam laman blognya semalam, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng mendakwa, ‘seseorang’ dalam biro politik PKR sebagai ‘gila kuasa’ membantah kerana diberikan portfolio ‘junior’.


“Bantahan itu tidak berasas. Memandangkan ia sebuah Kabinet bayangan, tiada portfolio kanan atau junior atau lebih penting atau kurang penting.

“Ia hanya menunjukkan bahawa seseorang dalam Biro Politik PKR gila kuasa tanpa mengetahui fungsi sebenar sebuah Kabinet bayangan dan tanpa mengetahui fakta sebenarnya yang timbul daripada perjumpaan antara DAP dan PKR pada 30 April, 2011,” katanya dalam blognya http://holeng.dapsarawak.com.

Pakatan pembangkang di Sarawak mengumumkan barisan kabinet bayangan itu, Ahad lalu.

DAP dan PKR berbincang selama sejam mengenai barisan kabinet bayangan itu. DAP Sarawak diwakili Wong dan setiausaha parti negeri, Chong Chieng Jen, manakala PKR diwakili Naib Presiden Kebangsaan, Datuk John Tenewi Nuek, Ibi Uding dan Setiausaha Akhbar Ketua PKR Negeri Bian Baru, Vernon Kedit.

Dalam sidang medianya kelmarin, Baru berkata, PKR Sarawak tidak bersetuju dengan komposisi barisan Kabinet bayangan dan berkata, ia diumumkan satu pihak saja tanpa perundingan.

Baru berpendapat barisan Kabinet bayangan itu tidak menggambarkan perwakilan yang mencukupi bagi Bumiputera Islam dan bukan Islam. 


Wong Ho Leng
Bagi membantah kenyataan itu, Wong berkata, barisan itu dibincangkan selama sejam dan dua pindaan dibuat kepada portfolio sebelum ia diumumkan dalam sidang media bersama.

“Kita bertukar-tukar pandangan mengenai barisan itu. Kita buat dua pindaan kepada portfolio. Ada dua perundingan penuh dilakukan,” katanya.

Wong berkata, Baru perlu menjelaskan kepada DAP mengenai kenapa beliau menghantar tiga wakil yang tidak mempunyai kuasa membuat keputusan dan tanpa memberitahu DAP terlebih dulu.

“Baru tidak pernah memaklumkan kepada kita terlebih dulu bahawa tiga wakilnya tidak mempunyai kuasa seperti itu. Adakah tiga wakil PKR pada mesyuarat itu hanya untuk hiasan saja? Jika Baru terlebih dulu memaklumkan kami... saya tidak ragu-ragu untuk membatalkan atau menangguhkan mesyuarat itu,” katanya.

Wong berkata, PKR sudah menunjukkan bahawa pemimpinnya di Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam mesyuarat dengan DAP Sarawak.
- Berita Harian

SATU MELAYU:
Begitu gaduh politik antara PKR Sarawak dan DAP ketika berdepan isu menubuhkan ‘Kabinet Bayangan’ yang boleh dianggap bagaikan anak-anak bermain pondok-pondok.

Kalau pada peringkat Kabinet Bayangan pun mereka tak boleh sekata, apa akan terjadi kalau mereka benar-benar dapat kuasa untuk memerintah Sarawak melalui PRN ke-19 baru-baru ini?

Begitulah sikap DAP. Ianya bukan sahaja tidak disenangi oleh kaum bumiputra di Semenanjung, di Sarawak pun mereka tidak diterima oleh kaum bumiputeranya.

SEJARAH PARTI KOMUNIS MALAYA: Perkembangan PKM 1948-1954

(Bahagian Ke Empat)

BERIKUTAN dengan keputusan persidangan Calcutta, PKM mula mengubah dasar dan taktiknya sejak tahun 1948. Sejak itu, PKM berusaha untuk mencapai matlamat melalui pemberontakan bersenjata. Langkah ini juga diambil akibat kegagalan PKM untuk mencapai matlamat melalui perlembagaan yang dijalankans sejak tahun 1945.

PKM menubuhkan pasukan tentera anti-British yang dikenali sebagai Malayan People Anti British Army (MPABA) di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu Law Yew.

Antara pemimpin lain ialah Law Lee dan Yeng Kuow. Kebanyakan anggota MPABA terdiri daripada bekas anggota MPAJA.

Bagi menjayakan matlamatnya, PKM akan menggunakan strategi Mao Tze Tung.

Mengikut strategi ini, PKM akan menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan kerajaan amat lemah. 

Keretapi menjadi sasaran pengganas....
Kawasan ini akan diwujudkan sebagai kawasan bebas daripada kawalan kerajaan. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai bandar-bandar di sekitarnya dan seterusnya menyerang dan menguasai seluruh Tanah Melayu.

Bagi melumpuhkan ekonomi, PKM mempengaruhi kesatuan sekerja mengadakan permogokan. Akibatnya banyak permogokan berlaku di Tanah Melayu termasuk Singapura pada bulan Mei dan Jun 1948.

PKM meneruskan usaha meresapi parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina.

Dalam keganasan tersebut, PKM telah berjaya membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948.

Berikutan peristiwa itu, kerajaan mengisytiharkan Darurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948 dan Undang-undang Darurat dikeluarkan pada 23 Julai 1948, di mana PKM diharamkan.

Akibat pengisytiharaan Darurat, anggota PKM melarikan diri ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang pasukan keselamatan dan juga orang awam terutamanya peladang-peladang dan pelombong-pelombong Eropah.

Pejabat-pejabat kerajaan terutamanya Balai Polis menjadi sasaran PKM. Mereka memusnahkan sistem hubungan jalan raya dan jalan keretapi.

Ladang getah dan pekerjanya jadi mangsa....
 PKM juga menyerang ladang-ladang getah dan lombong bijih timah di mana pokok getah dan jentera perlombongan dimusnahkan untuk menyekat pengeluaran bagi melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu.

Dalam usaha untuk mendapat bantuan, PKM menubuhkan pasukan propaganda “Min Yuan” yang terdiri daripada setinggan-setinggan Cina yang tinggal di pinggir hutan.

Edger O. Balance dalam bukunya “The Communist Insurgent War 1948-1964” menegaskan terdapat antara 30-40 ribu anggota “Min Yuan” pada peringkat awal pemberontakan PKM.

Dalam usaha untuk menakut-nakutkan orang ramai dan menjejaskan pasukan keselamatan, PKM menjalankan kempen membunuh pegawai tinggi kerajaan.

Akibat dari kempen itu, mereka telah berjaya membunuh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 semasa beliau dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

Pada September 1951, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Pahang untuk mengkaji semula taktik PKM.

Menyedari bahawa keganasan yang mereka lakukan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap PKM, mereka berusaha untuk mengelakkan serangan ke atas orang awam.

Sejak September 1951, serangan hanya dilakukan ke atas pasukan keselamatan, orang Eropah, pengintip kerajaan dan bekas anggota PKM yang berpaling tadah.

Menjelang tahun 1954, ternyata perjuangan PKM menemui kegagalan kerana ramai anggotanya dibunuh, ditangkap atau menyerah diri.

Cetusan Sejarah:
Berdasarkan sejarah perjuangan Parti Komunis Malaya dari mula hingga akhir (kerana diharamkan), pemusatan kuasa dan gerakannya adalah dikuasai oleh kaum imigran Cina yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari rezeki.

Tidak cukup dengan sekadar mencari rezeki, kaum imigran Cina mula bercita-cita untuk menguasai ekonomi dan pemerintahan Tanah Melayu dengan menjadikan negara ini sebuah republik komunis, atau negara ke dua selepas negara asal mereka – China.

Walau bagaimanapun, apa yang mereka cita-citakan tidak berjaya hingga kini.

Bagaimanapun tidak mustahil cita-cita mereka masih membara. Berdasarkan perkembangan politik tanah air selepas PRU 2008, khasnya selepas pakatan berjaya menguasai negeri Perak dengan kuasa yang dimonopoli oleh DAP, pemimpin DAP Perak berusaha menimbulkan isu untuk membawa pulang ‘suku-sakatnya’ – Chin Ping, menetap di Malaysia.

Moralnya, apakah semangat dan cita-cita Parti Komunis Malaya itu masih hidup tetapi atas nama parti politik yang dihalalkan undang-undang, iaitu DAP? Dan apakah kejayaan PAP mendapatkan pulau Singapura sebagai sebuah negara untuk kaum imigran Cina adalah kejayaan komunis atas nama parti sosialis?

Justeru, hubungan DAP selaku anak kelahiran PAP untuk Tanah Melayu mempunyai agendanya yang tersendiri.

Fikir-fikirkanlah.

Jumaat, 6 Mei 2011

Isu UUM: Hasil Ajaran DAP dan PKR, Kerajaan Pas Kedah Alih Kemarahan Rakyat Kepada Pejabat Tanah....

UMNO Kedah menyifatkan tindakan kerajaan negeri menuding jari kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sebagai pembuat keputusan dalam isu rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sekadar untuk mengaburi mata rakyat.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ini kerana Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempunyai kuasa untuk menimbang permohonan UUM agar pemberian rebat cukai universiti itu disambung.

"Kerajaan negeri cuba meletakkan bebanan kritikan orang ramai terhadap PTG selepas mereka (kerajaan negeri) menolak rayuan UUM terhadap permohonan mendapatkan rebat cukai tanah kerana mereka tahu rakyat akan marah dan mengkritik keputusan berkenaan," katanya kepada pemberita, di Sik pada Jumaat.

Beliau mengulas laporan media semalam yang memetik Azizan sebagai berkata keputusan menolak rayuan UUM itu dibuat PTG dan universiti tersebut harus menjelaskan bayaran cukai tanahnya pada kadar penuh iaitu RM1.7 juta.

Datuk Ahmad Bashah
Ketika Kedah ditadbir Barisan Nasional, universiti itu diberi rebat cukai dan hanya perlu membayar RM100,000 setahun bagi tempoh 2006 hingga 2008.

Bagaimanapun apabila negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, kerajaan baru yang diketuai PAS enggan menyambung pemberian rebat tersebut apabila tempohnya berakhir pada Disember 2008.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah juga meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan Menteri Besar yang mahu UUM menjelaskan bayaran cukai tersebut bulan depan atau berdepan dengan tindakan penyitaan.

"Saya akui cukai itu penting kepada kerajaan negeri, tetapi kerajaan negeri yang adil dan bertanggungjawab akan mencari jalan lain mendapatkan pendapatan tanpa menyusahkan UUM," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Begitulah berbaloinya Pas bergabung dengan DAP dan PKR serta menyanjung Anwar Ibrahim – ‘kaki kelentong negara’, untuk diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti.

Ilmu kenentong dan putar belit pemimpin PKR dan DAP telah diserap masuk dalam Pas dan dijadikan amalan politik oleh pemimpin-pemimpin Pas, khasnya Azizan Razak selaku MB Kedah.

Cakap berbelit dan putar alam digunapakai oleh Azizan dalam berdolak-dalih mengenai isu cukai tanah UUM yang jelas tidak mesra rakyat.

Semoga apa yang dilakukan oleh Azizan dan Pas dalam isu ini membuka mata rakyat dan tahu apa nak buat sebagai mengajar mereka erti ‘mesra rakyat’ dan ‘rakyat didahulukan’.

DS Najib dengan Angka 11 dan Tarikh Pilihan Raya....

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 Nov tahun ini (11.11.11).

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas, Kuala Lumpur.

Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya – ‘untuk mengisi masa terluang’.

"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.

"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," kata Perdana Menteri.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar ertinya, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".

Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.

Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.
- Bernama

SATU MELAYU:
Elok sangatlah PRU-13 diadakan pada 11.11.11 ini. Ramai sangat yang menanti dan mengharapkannya. Dah tak sabar. Terutamanya mereka yang mengharap akan jadi calon, akan jadi YB, akan jadi menteri, akan jadi Menteri Besar, akan jadi Exco dan macam-macam lagi akan.... akan.... akan....

Yang hanya dapat cari makan melalui pilihan raya juga sangat menanti-nantikan PRU-13 ni.

Pendek kata, lebih ramai yang mahukan PRU-13 diadakan segera daripada yang tidak mahu atau berkata nanti dulu....

Kepada ramai orang, pilihan raya bagikan satu pesta.

DAP dipinggirkan PAS dalam 'Kabinet Bayangan' pakatan Sarawak

KEDUDUKAN Pas sebagai 'anak tiri' dalam PAKATAN pembangkang semakin terserlah apabila parti itu langsung tidak diberikan sebarang kedudukan penting dalam ‘Kabinet Bayangan’ pakatan negeri Sarawak.

Sebaliknya, satu-satunya wakil Pas iaitu Pesuruhjaya negeri itu, Adam Ahid berkongsi portfolio Hubungan Antara Agama Dan Perpaduan Nasional bersama wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ali Biju.

Baki 15 portfolio lain pula dikuasai sepenuhnya oleh wakil DAP iaitu sebanyak 13 portfolio manakala portfolio Pelancongan, Warisan Dan Alam Sekitar serta Pembangunan Tanah dan Hubungan NCR diberikan kepada wakil PKR.

Kabinet bayangan itu serta perkongsian portfolio antara Adam dan Ali Biju menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pas Sarawak yang mengadakan mesyuarat tergempar kelmarin, seperti yang disebut oleh blog Pas Untuk Kesejahteraan Ummah, pada Khamis.

Blog yang beralamat di http://penyokongpas.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk Taring DAP Sudah Nampak itu juga menganggap pelantikan Ali Biju untuk menjaga kepentingan agama khususnya Islam adalah satu penghinaan.

"Kabinet bayangan Sarawak ini hanyalah agenda ‘syok sendiri’ DAP. Pas Sarawak tetap mengatakan Ali Biju tidak layak menjaga agama. Noktah!" tegas blog itu.

Sebagai reaksi kepada ‘Kabinet Bayangan’ itu, blog berkenaan menjelaskan, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang bertanggungjawab mengenainya hanya melihat kepentingan DAP.

Sebaliknya, Ho Leng kata blog itu lagi, tidak melihat bagaimana kenyataan tersebut mampu menyebabkan Pas akan kehilangan tempat dalam politik Sarawak.

"Politik Malaysia bukan pasal Sarawak sahaja. Apakah DAP di Selangor tak perlukan Pas? Apakah DAP di Kedah tak perlukan Pas? Jangan ingat kekalahan Pas Sarawak sahaja," kata blog itu.
- Utusan

SATU MELAYU:
Apa nak dihairankan mengenai peminggiran Pas dalam ‘Kabinet Bayangan’ pakatan ciptaan DAP? Takkan masih tak sedar lagi siapa DAP dan apa matlamat perjuangan mereka? Kepada DAP apa yang dilakukannya itu adalah strategi mereka untuk mengekalkan sokongan kaum Cina terhadap parti itu.

Anti-Melayu dan anti-Islam adalah senjata politik DAP untuk meraih sokongan kaum Cina yang tak pernah berasa puas dan cukup dengan kemewahan dan kekayaan yang mereka kecapi kerana menjadi warganegara Malaysia.

Mereka mahu kan Malaysia ini menjadi seperti Singapura. Mereka mahu Perdana menterinya dari kaum Cina, sebilangan besar menteri-menterinya kaum Cina dan yang penting meraka mahu raja-raja Melayu hanya berada dalam kenangan sejarah.

Yang sentiasa nampak bangang kerana asyik diperalat dan dipergunakan DAP sejak PRU 2008 ialah Melayu-Melayu ‘bangsat’ yang sedia berkerjasama dengan parti cahuvanis Cina itu.

Rakyat yang ada otak, tidak akan berasa hairan. Yang mungkin menghairankan ialah kalau DAP meletakkan ramai pemimpin Melayu dalam ‘Kabinet Bayangan’ berkenaan.

Semua yang diserlahkan DAP itu kalau masih tidak mampu menyedarkan orang Melayu yang sesat dalam kelentongan Anwar Ibrahim meraih sokongan kaum Cina untuk jadi Perdana Menteri, terbuktilah betapa bengapnya orang Melayu berfikir.

DAP dengan bijaksananya telah memperalatkan sentimen kebencian Melayu PKR dan Pas terhadap UMNO untuk mengekal dan menambah kuasa dalam usaha mereka merampas Malaysia dari kuasa politik orang Melayu dan akhirnya menjadikan negara ini sebuah republik.

Sampai bila Melayu penyokong pembangkang mahu jadi kuda tonggangan DAP?

Hanya Tanding Di Kawasan Kaum Cina: DAP lebih rasis daripada MCA...

DAP perlu bercermin diri terlebih dahulu sebelum menuduh MCA tidak menghormati amalan demokrasi negara serta kebebasan masyarakat Cina membuat pilihan pada pilihan raya.

Ini kerana, kata Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung, DAP sendiri sejak sekian lama mengamalkan semangat politik perkauman meskipun sering mendakwa sebagai parti untuk semua kaum.

"Hakikatnya keahlian di dalam DAP itu majoritinya adalah masyarakat Cina dan parti itu pada kebanyakan pilihan raya juga bertanding di kawasan yang majoritinya ialah pengundi Cina.

"Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat parti itu, Lim Kit Siang juga tidak pernah bertanding di kerusi yang pelbagai kaum," katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur, Khamis.
Datuk Chor Chee Heung

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan Gua Eng bahawa MCA tidak menghormati amalan demokrasi negara serta kebebasan bersuara masyarakat Cina apabila tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan sekiranya ditolak kaum itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Chee Heung berkata, MCA tidak akan mempunyai legitimasi kuasa untuk mewakili kaum itu dalam kerajaan sekiranya tidak mendapat sokongan pada PRU akan datang.

Ia juga kata beliau, sesuai dengan amalan politik, secara jujur parti itu yang tidak pernah membelakangkan keperluan masyarakat Cina di negara ini tetapi dalam masa sama tidak menafikan hak kaum lain.

"Malangnya, DAP menjadikan pendirian MCA ini sebagai satu sentimen perkauman yang jelas menunjukkan amalan dan budaya politik mereka yang sebenar," katanya.

Chee Heung menambah, membangkitkan kebencian terhadap Barisan Nasional (BN) dengan membakar emosi masyarakat Cina adalah amalan berbahaya dan boleh melebarkan jurang perkauman.
- Utusan

SATU MELAYU:
Tindakan MCA mengumumkan keputusan untuk tidak menyertai kabinet sekiranya parti itu tidak mendapat sokongan kaum Cina pada PRU akan datang, sedikit sebanyak menggoncang sokongan kaum itu terhadap DAP.

Masyarakat Cina yang sedar keberadaan mereka di negara ini dalam keadaan senang lenag dan kaya raya kerana kemurahan hati orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara berada dalam keadaan serba salah.

Jika kaum Cina memisahkan diri daripada kepimpinan kerajaan, besar kemungkinan krisis kaum akan tercetus dan huru-hara tidak dapat dielakkan. Negara akan tidak seaman dahulu.

Rumah besar mungkin tidak lagi menyelesakan. Kereta besar dan mahal mungkin tidak lagi meluncur laju di jalan raya dan lebuh raya. Perniagaan kecil dan besar akan terbantut. Pendek kata kemewahan dan kesenagan hidup yang dinikmati selama ini akan tinggal kenangan.

Atas kesedaran inilah kaum Cina dikhuatiri DAP akan meninggalkan parti keturunan PAP dari Singapura itu.

Kematian Beng Hock dipolitikkan: Hian Wah, Wye Wing dan KSSB harus disiasat....

TINDAKAN mempolitikkan isu kematian Teoh Beng Hock merupakan mainan politik DAP dan penasihatnya, Lim Kit Siang bagi menutup penyelewengan pemimpin parti itu di Selangor.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, banyak penyelewengan berlaku berhubung pemberian kontrak dan penyalahgunaan lesen kontraktor bumiputera kelas F di Selangor.

“DAP dan Kit Siang sengaja menggunakan isu kematian Beng Hock bertujuan mengapi-apikan kaum Cina supaya tidak yakin dengan agensi-agensi kerajaan khasnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).
Gobind anak Karpal Singh

“Patutlah Karpal Singh dan Gobind Singh Deo awal-awal lagi tarik diri dari menyertai Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock. Inilah sandiwara DAP di Selangor yang sedikit demi sedikit terbongkar,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Khamis.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah; Setiausaha politiknya, Beng Hock dan kontraktor, Lee Wye Wing disyaki terlibat dalam kegiatan menipu kerajaan negeri Selangor dengan menyalahgunakan lesen syarikat kontraktor bumiputera bagi mendapatkan projek serta program di bawah peruntukan wakil rakyat.

Pegawai siasatan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman @ Alwee berkata, elemen kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan bersubahat itu ditemui selepas beliau mengambil alih siasatan yang sebelum itu dikendalikan oleh SPRM Selangor mulai 27 Ogos 2009.

Datuk Musa Sheikh Fadzir
Musa berharap, dengan segala bukti yang diperolehi, SPRM akan terus menyiasat Hian Wah, Wye Wing dan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang bertanggungjawab menyalahgunakan lesen syarikat kontraktor bumiputera bagi mendapatkan projek serta program di bawah peruntukan wakil rakyat.

Langkah sedemikian katanya, akan dapat meningkatkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap SPRM.

“Rakyat Selangor juga perlu sedar bahawa DAP dan Kit Siang sengaja mempolitikkan isu kematian Beng Hock supaya SPRM tidak teruskan siasatan terhadap perasuah-perasuah ini (Hian Wah, Wye Wing dan KSSB),” katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Pada peringkat awal DAP memainkan isu mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kematian Teoh dengan harapan SPRM dapat dipersalahkan dan dalam masa sama isu penyelewengan parti itu dalam ‘menyamun dan merompak’ wang rakyat Selangor dapat dialihkan.

Setelah suruhanjaya ditubuhkan dan penyiasatan dimulakan, DAP melalui Karpal Singh dan anaknya Gobind mula sedar bahawa prosiding suruhanjaya akan membuka tembelang DAP. Maka lintang pukanglah dua beranak itu cabut lari meninggalkan siasatan oleh suruhanjaya.

Kini tembelang DAP telah terbongkar....

SURUHANJAYA SIASATAN KEMATIAN TBH: Ean nafi Teoh bunuh diri untuk selamatkannya dan DAP


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, pada Khamis menafikan dakwaan kemungkinan setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock, membunuh diri demi melindunginya dan parti DAP.

Exco Selangor itu memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh selepas peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah, yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendakwa kematian mendiang adalah bagi mempertahankan majikannya dan juga DAP.

Beliau juga tidak bersetuju dengan dakwaan Muhammed Shafee bahawa tindakan Teoh membunuh diri boleh diibaratkan seperti falsafah Cina 'death before honour' kerana Teoh dikatakan mempunyai banyak maklumat mengenai Ean dan DAP.

Ean turut menafikan tindakan Teoh membunuh diri disebabkan beliau berada dalam keadaan trauma dan tertekan kerana mengetahui Ean terlibat dalam penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor.

"Situasi itu menyebabkan Teoh bimbang perbuatan majikannya dan DAP terbongkar dan beliau mengambil tindakan membunuh diri bagi tujuan melindungi mereka," kata Muhammed Shafee.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan Plaza Masalam.

Sementara itu, Ean berkata beliau memilih kontraktor kelas F yang diperkenalkan oleh syarikat Hong Chye Enterprise untuk melakukan pembaikpulih longkang, jalan dan bangunan.

Ean Yong, ADUN Sri Kembangan
"Saya tidak terkejut apabila mendapat tahu syarikat Hong Chye hanya menggunakan lesen kontaktor kelas F bagi melakukan semua kerja-kerja berkenaan kerana mereka (kontaktor kelas F) hanya pemegang lesen sahaja," katanya ketika disoal Muhammed Shafee.

Beliau turut memaklumkan bahawa majlis ‘Sokong, Simpati dan Solidariti’ terhadap Exco Kanan Selangor Teresa Kok adalah sebahagian daripada projek Mesra Rakyat kerana ia melibatkan masyarakat.

Selain itu, Ean yang mengenali Teoh sejak 2006, menyifatkan mendiang seorang yang bekerja keras, berdedikasi dan bertanggungjawab dalam menguruskan tugasnya sebagai setiausaha politik.

Ketika ditanya pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud adakah Ean meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Teoh, Ean berkata: "Ya, saya mempercayai Teoh kerana saya menganggapnya sebagai orang kanan saya.

"Sekiranya saya tidak dapat menghadiri sidang akhbar atas sebab-sebab tertentu, saya akan meminta Teoh untuk mewakili saya," katanya.

Ean turut memberitahu prosiding suruhanjaya, beliau mengetahui Teoh akan berkahwin dengan tunangnya, Soh Cher Wei tetapi beliau tidak pernah diberitahu oleh Teoh bahawa mendiang akan berhenti kerja dan berpindah ke Melaka.

Suruhanjaya itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lalu, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh.

Prosiding disambung Isnin ini.
- Bernama

Khamis, 5 Mei 2011

SEJARAH PARTI KOMUNIS MALAYA: Perkembangan PKM 1945-1948

(Bahagian Ketiga)

PKM telah menuntut supaya mereka diberi hak dalam pentadbiran di Tanah Melayu. Kerana mengenangkan jasa PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun, PKM telah diterima sebagai parti yang sah. Sejak itu, PKM mula menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu untuk menambahkan anggotanya.

Sejak tahun 1945, PKM berusaha mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya melalui perlembagaan. PKM menganjurkan ‘Gerakan Massa’ untuk memaksa British memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri, iaitu kemerdekaan.

PKM juga menjalankan gerakan secara aktif mempengaruhi parti-parti politik, kesatuan-kesatuan sekerja, pertubuhan Cina dan sekolah Cina.

Untuk mendapat sokongan pekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am dan untuk mendapat sokongan belia, PKM menubuhkan Liga Belia Demokratik Baru pada tahun 1946.

Bagi menguasai kesatuan sekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Sekerja Pusat, contohnya, PKM telah menubuhkan Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) telah menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah PMFTU.

Bagi melumpuhkan ekonomi supaya memudahkan PKM merampas kuasa, mereka telah mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan permogokan.

Akibatnya sebanyak 300 permogokan yang dipengaruhi oleh PKM telah berlaku di Tanah Melayu dan Singapura pada 1946-1947.

Bagi menghadapi permogokan tersebut, pihak British telah melaksanakan undang-undang kesatuan sekerja yang mendorong pemimpin parti politik supaya tidak menjadi pemimpin kesatuan sekerja. Tindakan tersebut telah menghancurkan PMFTU yang dikuasai oleh PKM.

Pada 15 Februari 1946, PKM telah menganjurkan satu perarakan besar di Singapura bagi memperingati kekalahan British di tangan Jepun pada 15 Februari 1942. Tujuannya ialah menjatuhkan maruah British serta menunjukkan kekuatan PKM.

Pada 22 Disember 1946, PKM telah menyertai AMCJA bagi menggagalkan penubuhan PTM.

Pada 6 Mac 1947, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura bagi mengkaji semula dasar dan taktik PKM.

Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teik tidak menghadirinya dan beliau telah menghilangkan diri bersama-sama wang parti.

Akibatnya, pimpinan PKM jatuh ke tangan golongan radikal pimpinan Ong Boon Hua yang lebih dikenali sebagai Chin Peng.

Pada 18 dan 19 Februari 1948, satu persidangan komunis telah diadakan di Calcutta, India dan dihadiri oleh perwakilan komunis dari Asia serta Australia.

PKM diwakili oleh Lee Soong. Persidangan Calcutta telah membuat ketetapan bahawa pemberontakan bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat perjuangan komunis.

Cetusan Sejarah:
Sejarah telah membuktikan bahawa salah satu strategi utama pergerakan komunis menjalankan kegiatannya adalah melalui kesatuan pekerja, pertubuhan-pertubuhan sukarela kaum Cina atau apa yang sekarang dinamakan NGO dan sekolah-sekolah Cina.
Persoalannya ialah apakah NGO dan persatuan-persatuan sekolah Cina yang masih wujud sekarang – yang semakin bertambah jumlahnya dari dahulu, terkecuali daripada diresapi pengaruh komunis yang pada masa sekarang mungkin bergerak atas nama lain tetapi, matlamat dan cita-cita menjadikan negara ini sebagai sebuah republik masih menjadi perjuangannya?

Fikir-fikirkanlah....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog