Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 9 Julai 2011

BERSIH 2.0: Siapa yang bangang? Penganjur perhimpunan haram - ‘Bersih’. Yang dilalakkan - ‘Reformasi’. Yang ramai kena tahan polis - Pemimpin PAS....

Kafir harbi anti-Islam yang jadi idola Pas masa kini.... mencicit lari.... Baru kena ges pemedih mata dah takut... Kalau lihat 'oarang terbang' tak tahu mana dia nak lari sorokkan diri
Siapa mereka ini? Melayu, Cina atau India?
KISAH bangang pemimpin dan penyokong Pas masih belum berakhir rupanya. Tak habis-habis kena peralat dan jadi kuda tongangan Anwar Ibrahim dan puak pengkhianat negara dari kaum imigran.

Dari apa yang dapat dilihat semasa perhimpunan haram aktif bergerak pada petang Sabtu di Kuala Lumpur, yang meramaikan perhimpunan ialah puak Melayu Pas. Baju kuning entah ke mana, lebai dan ketayap yang jadi tontonan dunia.

Maka tercapailah hasrat puak-puak pengkhanat yang mahu menghancurkan negara Malaysia ini mempropagandakan bahawa orang Melayu sendiri yang memberontak menentang kerajaan sedia ada.

Orang Cina dan orang India sekadar jadi tukang kipas. Bila api dah marak bayang mereka tak nampak. Yang tinggal menunjukkan kebangangan sendiri ialah anak-anak muda yang menyokong PKR dan puak dewasa lelaki dan wanita Pas yang berbangga dengan penampilan masing-masing.

Pemimpin Bersih yang ditahan polis hanya Ambiga, selebihnya adalah pemimpin parti politik dari Pas dan PKR. Turut tumpang sekaki nak jadi pengkhianat dengan mengadakan perhimpunan yang tidak diketahui apa tujuannya ialah Pemuda Umno pimpinan menantu Pak Lah dan konconya.

Daripada senarai pemimpin politik yang ditahan polis hanya Tian Chua seorang sahaja yang bukan Melayu. Lain semuanya Melayu dan pemimpin Pas adalah yang paling ramai. Presiden, timbalan Presiden dan dua Naib Presidennya telah ditahan.

Mungkin inilah jenis ‘kebajikan’ yang cuba diperjuangkan oleh ‘Pas Wajah Baru’ pimpinan Hadi dengan dibantu oleh Mat Sabu. Iaitu kebajikan untuk Anwar Ibrahim mendapat peluang menangguhkan lagi perbicaraan kes liwat II-nya di mahkamah minggu depan.

Anwar Ibrahim berjaya melepaskan diri daripada ditahan polis kerana ‘cedera parah dan sedang nazak’, di mana dia terpaksa berada di bilik hotel semasa ‘lembu-lembu’ lain berhempas pulas melawan ges pemedih mata dan pancutan air oleh pihak polis.

Lim Kit Siang pun selamat. Tunjuk muka sekejap, kemudian lesap entah ke mana menyoroknya. Lim Guan Eng langsung tak nampak bayang. Tapi mereka dua beranak inilah yang kuat mengapi-apikan puak pembangkang supaya menentang kerajaan Umno/BN pimpinan DS Najib Tun Razak.

Apalah malangnya nasib bangsa Melayu jenis puak Pas di tanah air sendiri apabila terus-terusan jadi bangang dan tidak sedar diri dijadikan alat dan kuda tonggangan pengkhianat negara yang mempunyai kepentingan tersendiri.

Justeru, antara tiga kaum terbesar di negara bertuah ini, kaum manakah yang paling bodoh dan tak sedar diri hingga jadi kufur nikmat kerana sanggup jadi ‘lembu’ yang menyusahkan warga Kuala Lumpur. Melayu? Cina atau India?

Mungkin inilah yang Ahmad Nesfu maksudkan: “Kecik-kecik tak mahu mamposs, dah besar menyusahkan orang”, iaitu dialog dalam filem Seniman Bujang Lapok.
- SM
Yang ini pulak nak tunjuk hero tak kena tempat.... Kalau nak lawan bukan macam ini caranya.... Tunggu mereka melintas kemudian katok... Barulah hebat. Kalau macam ni punya riuh-rendah tentulah pihak polis tahan. Takkan polis nak biarkan kamu semua bergaduh sesama Melayu di tengah Bandaraya Kuala Lumpur.... Akai ada?

BERSIH 2.0: Penyokong Mula Bersurai Di Stadium Merdeka. Anwar awal-awal lagi dah cabut lari ke hotel.... Kesian lembu-lembunya kena kencing....

Berlakon macam nak mamposss... Anwar Ibrahim ditenangkan anaknya, Nurul Izzah di bilik Hotel Hilton KL selepas dikatakan cedera semasa polis melepaskan gas pemedih mata di sekitar Kuala Lumpur. Poorahhhh.... itu semua auta dan temberangnya nak selamatkan diri. Yang lain kena tangkap dia sedap-sedap duduk hotel. Bila Wan Azizah dan anaknya tak ada nanti, dia panggillah China Doll untuk urut badannya yang lengoh-lengoh tu.... 

PULAKKK.... DAHHHH! Dia dah buat wayang lagiiiii....
Pandikutty berlakon macam nak mampoosss.... Nanti ada peluang tak hadirkan diri di mahkamah untuk bela diri atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azkan.... kan!... kann!... kannn!
PENGKHIANAT negara Anwar Ibrahim berjaya melarikan diri daripada di tahan pihak polis apabila dia mendakwa cedera di bahu dan balik ke hotel bersama isterinya – Wan Azizah, bukannya China Doll, key!

Begitulah cara Anwar setelah berjaya mempengaruhi mereka yang bebal dan bangang mengikut kehendaknya menentang kepimpinan negara.

Bila keadaan menjadi kelam-kabut dia cabut lari dengan pelbagai alasan. Siapa yang pernah mengikut Anwar di zaman mudanya dulu mengadakan tunjuk perasaan pelajar tahu dan faham sangat apa yang dilakukannya pada perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Dia cabut lari dan buat-buat sakit.... Rupa macam nak mamposss... Sebenarnya dia nak selamatkan diri. Haramjadah punya Nuar!

Pada perkembangan lain penyokong-penyokong Bersih 2.0 yang berhimpun di luar Stadium Merdeka sejak pukul 2.30 petang mula bersurai dari kawasan bersejarah itu di Kuala Lumpur.

Sementara itu, sekumpulan penyokong perhimpunan haram itu dipercayai mula berhimpun di sekitar Kuala Lumpur, menurut sumber polis.

Sementara itu, polis mula membuka halangan-halangan di sekitar stadium berkenaan walaupun masih ramai berada di kawasan tersebut.

Perhimpunan di luar Stadium Merdeka itu diketuai oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Saiddan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan senarai pemimpin-pemimpin pembangkang dan Bersih 2.0 yang ditahan.

Mereka ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (KL Sentral); Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Jalan Mahameru); Naib-naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub (KL Sentral); Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fauziah Salleh (KL Sentral) Naib Presiden PKR, Tian Chua (KL Sentral); Penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga (KL Sentral) dan Datuk Abdul Azeez Rahim (Jalan Bukit Bintang).

Sementara itu empat pemimpin tertinggi pergerakan Pemuda Umno termasuk Ketuanya, Khairy Jamaluddin ditahan sekitar pukul 2.45 petang kerana berdegil untuk meneruskan perhimpunan Patriot yang bermula di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang Sabtu.

Tiga yang lain adalah Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdaus Megat Junid; Exco Pemuda Umno, Lokman Adam dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Berlaku pertembungan di antara kumpulan itu dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Tindakan itu menyebabkan pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah penyokong Patriot.

Beberapa penyokong perarakan itu turut ditahan.

Tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan akibat perarakan itu.
- Sumber: mStarOnline

SATU MELAYU:
Yang si Khairy tu buat hal nak tunjuk garang tu apa hal? Kalau berani pergi ler ketuk kepala Anwar Ibrahim yang jadi ibu kepada segala permasalahan negara tu.... Nak melalak macam penghianat negara tu apasal pulak.
Khairy pun teringin nak jadi pengkhianat juga ker?

Layanan Istimewa Polis Kepada Penyokong Bersih 2.0 yang ditahan.... Baiknya polis Malaysia!

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa. Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.
JIKA di sekitar ibu kota, para penyokong perhimpunan haram sama ada Bersih 2.0 atau Patriot perlu berdepan dengan meriam air dan gas pemedih mata sebelum ditangkap oleh polis, namun situasi itu berbeza sebaik sahaja mereka tiba di pusat tahanan sementara di Kuala Lumpur.

Pusat tahanan sementara yang dipercayai bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

Hampir 650 orang termasuk wanita yang ditahan kerana terlibat dengan perhimpunan haram terbabit diberi layanan istimewa sebaik tiba di pusat berkenaan.
Pegawai perubatan turut ditugaskan untuk mereka yang tidak sihat atau ceder
Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.

PDRM turut menyediakan kemudahan yang selesa untuk mereka bersolat dan berehat.
PDRM turut menyediakan kemudahan yang selesa untuk mereka bersolat dan berehat.
Pegawai perubatan turut ditugaskan untuk mereka yang tidak sihat atau cedera.
- Sumber: mStaronline 

SATU MELAYU:
Baiknya polis di Malaysia ni...
Bayangkan kalau perkara sebegini berlaku di negeri China... tak tahulah berapa ramai yang dah mamposss kena tembak....
Itu pun masih kerajaan kita tak baik dan negara ini tak bagus....
Inilah golongan manusia yang lupa diri dan tidak bersyukur kehadhrat Allah SWT...

BERSIH2.0: Gas Pemedih Mata Dilepaskan, Meriam Air Ditembak

BERIKUT adalah perkembangan ‘perhimpunan haram’ di Kuala Lumpur:
Beribu orang penunjuk perasaan berarak di Jalan Sultan menuju ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
3.01 petang: Polis berkata, sebanyak 672 ditahan sehingga 2.30 petang (624 lelaki dan 48 wanita).
3.00 petang: Nurul Iman, Nurul Nuha, Maria Chin, Ambiga, Abdul Hadi Awang ditahan polis.

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada anggota Bersih yang tidak mengendahkan amaran yang diberikan.
Anwar dan Wan Azizah kembali ke KL Hilton. Anwar dipercayai cedera di bahu.

2.30 petang: Penyokong Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan.
Ambiga, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

2.10 petang: Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang berada di perkarangan luar KL Sentral dan sekitar Jalan Tun Sambanthan. Mereka berpatah balik ke KL Sentral.

1.50 petang: Anwar Ibrahim, Ambiga, Hadi Awang, Wan Azizah dan Nurul Izzah bersama penyokong Bersih keluar dari Hotel KL Hilton untuk berarak bersama-sama para penyokong mereka ke KL Sentral sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

1.45 petang: Para penyokong Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka. Reezal Merican mengingkari perintah larangan untuk memimpin Patriot di Bukit Bintang.
Seorang lelaki yang menyertai perhimpunan Bersih di Stesen KTM Kuala Lumpur ditahan pihak berkuasa.
1.40 petang: Khairy tiba di kawasan perarakan. Abdul Azeez menyusul lima minit kemudian.
1.30 petang: Para penyokong Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia menyanyikan lagu, "Inilah Barisan Kita." Ia diketuai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Pusat, Lokman Adam. Kelibat Khairy dan Abdul Azeez tidak kelihatan.
1.25 petang: Polis berkata, 514 orang ditahan sehingga 12.30 tengah hari (478 lelaki dan 36 wanita).

1.20 petang: Lebih 500 Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia berkumpul di hadapan BB Plaza, Jalan Bukit Bintang dan mengedarkan baju Patriot berwarna merah.
Namun kelibat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Kelab 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim masih belum kelihatan.
Mereka melaungkan slogan, "Hidup rakyat, hidup Malaysia, hancur Anwar, hancur Ambiga."

1.20 petang: Kumpulan Bersih bergabung dengan kumpulan lain berhampiran Puduraya.
1.15 petang: Lebih 1,000 penyokong Bersih mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka.
1.10 petang: Ribuan penyokong Bersih mula berarak dari Pudu Plaza, melalui Bukit Bintang dan sedang dalam perjalanan ke Jalan Pudu dalam percubaan untuk sampai ke Stadium Merdeka.
1.07 petang: FRU setakat ini telah berjaya menyuraikan para penunjuk di hadapan Bank Agro dan Pasar Seni. Di kedua-dua tempat gas pemedih mata telah ditembak untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menjerit "reformasi". 

1 petang: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah menghantar mesej tweet bahawa beliau ditahan di hadapan Hilton kerana mengganggu tugas polis. Beliau berada dalam sebuah Black Maria sekarang.

12.55 tengah hari: Polis berkata, sebanyak 441 ditahan sehingga 12 tengah hari. 421 lelaki dan 20 wanita.
12.50 tengah hari: Gas pemedih mata ditembak ke arah penunjuk perasaan yang berarak dari hadapan Bank Agro menuju ke Pasar Seni melalui Daya Bumi.

 12.45 tengah hari: Lim Kit Siang dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat berkumpul di Hotel KL Hilton. Mereka merancang untuk berarak ke stadium dari situ.
12.40 tengah hari: Anggota FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang menjerit "reformasi" di Bank Agro berdekatan Daya Bumi di Kuala Lumpur.

12.30 tengah hari: Satu kumpulan besar penunjuk perasaan sambil menjerit "reformasi" meninggalkan Pasar Seni dalam percubaan menuju ke Masjid Jamek dan Dataran Merdeka. Berdekatan Masjid Negara, penunjuk perasaan turut membawa bendera PKR dan PAS sambil melaungkan "Bersih".

12.28 tengah hari: Ribuan orang sedang berarak sambil menjerit "reformasi" melintasi tebing sungai melepasi Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.

12.15 tengah hari: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ditahan oleh polis di KL Sentral.
12.13 tengah hari: Polis membenarkan lima peguam daripada Majlis Peguam menuju ke stesen keretapi Kuala Lumpur ketika ramai orang menjerit "reformasi" dari dalam stesen keretapi.

12.05 tengah hari: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di KL Hilton ditemani ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan peguam Latheefa Koya. Turut hadir, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
12.00 tengah hari: Polis mengesahkan seramai 338 orang termasuk 17 wanita ditahan di sekitar Kuala Lumpur.

11.35 pagi: Keadaan aman di KLCC. Para pelancong mengambil gambar. Pihak keselamatan mendirikan halangan di sekitar pintu masuk kecuali ruang kosong untuk pembeli belah masuk.
Seorang lelaki yang menyertai perhimpunan Bersih di Stesen KTM Kuala Lumpur ditahan pihak berkuasa.
11.30 pagi: Jumlah tangkapan di sekitar Kuala Lumpur adalah seramai 236 orang termasuk lapan wanita, kata polis.
11.20 pagi: Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga menghantar mesej tweet meminta semua orang keluar dengan memakai baju kuning.
11.18 pagi: Sebuah trak polis membawa sekumpulan lelaki yang ditahan keluar dari kawasan Masjid Jamek menuju ke kawasan tahanan di Pulapol.

11.02 pagi: Tren RapidKL tidak akan berhenti di tiga stesen dari 10.15 pagi atas arahan polis. Stesen-stesen tersebut ialah Hang Tuah dan Maharajalela (laluan monorel) dan Hang Tuah (laluan Ampang).
11.00 pagi: Seorang lelaki memakai baju kemeja merah ditahan oleh polis dekat dengan stesen LRT Masjid Jamek.

Helikopter polis terbang berdekatan Stadium Merdeka, pagi Sabtu.
10.40 pagi: Pusat media Bukit Media mengeluarkan kenyataan bahawa seorang daripada 21 orang yang ditahan pada awal Sabtu telah dibebaskan.
10.35 pagi: Sebuah Black Maria di Masjid Jamek memuatkan 13 orang ditahan, kebanyakannya lelaki. Mereka dipercayai merupakan penunjuk perasaan Bersih.
10.30 pagi: Ramai berkumpul di stesen keretapi berdekatan Masjid Negara. Turut kelihatan ramai anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman mengawal situasi.
10.30 pagi: Lebih banyak trak polis tiba menyertai trak FRU di pintu utama Istana Negara tetapi situasi masih lengang.

10.01 pagi: Kedai-kedai dibuka untuk perniagaan. 100 pelanggan beratur di hadapan Machines, Lot 10, untuk membeli iPad2.
10.00 pagi: Seorang lelaki ditahan polis di Jalan Melayu, off Jalan Masjid India, selepas menjerit secara agresif terhadap orang ramai dan wakil media.
9.50 pagi: Anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) mengawal pintu masuk Pasar Seni. Mereka berkata, ia akan dibuka seperti biasa pada pukul 10 pagi tetapi mereka akan mengawalnya. Polis meronda di sekitar Pasar Seni sebelum ia dibuka.
9.45 pagi: Sekumpulan 100 orang di sekitar Masjid India diarahkan bersurai oleh polis.

9.28 pagi: 12 peguam berjaket dan bertali leher berada di luar stesen LRT Masjid Jamek. Kehadiran ramai anggota polis. Aktiviti normal. Stesen masih dibuka.
9.15 pagi: Satu kumpulan dengan lebih 100 orang berada di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara. Polis sedang memantau mereka.
9.10 pagi: Polis menahan satu kumpulan yang berkumpul berdekatan masjid Kampung Baru.

9.07 pagi: Sekatan jalan raya di lebuh-lebuh raya menghala ke Kuala Lumpur menyebabkan trafik bergerak perlahan. Satu sekatan berdekatan Batu Tiga menyebabkan kesesakan teruk. Pemandu terpaksa menggunakan lebih sejam untuk bergerak dari Shah Alam ke plaza tol menghala ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, trafik berjalan lancar selepas plaza tol itu.

9.05 pagi: Tiga peguam, berjaket hitam dan bertali leher, berjalan di Jalan TAR. Mereka memberitahu wartawan bahawa kehadiran mereka di situ adalah untuk memberikan bantuan guaman.

8.50 pagi: Kira-kira 15 trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada di luar Istana Negara. Sekatan jalan dibuat 500 meter dari pinta utama ke istana.
Anggota-anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia menghadapi sebarang perhimpunan haram di sekitar Istana Negara, Kuala Lumpur, Sabtu.
8.45 pagi: Enam ambulans memasuki Jalan TAR dipercayai bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.
8.40 pagi: 12 trak polis dan sebuah Black Maria ditempatkan di luar Sogo. Kira-kira 120 anggota polis di sekitar situ. Pemeriksaan rambang dibuat terhadap pejalan kaki di Jalan TAR.

8.15 pagi: Polis menutup laluan ke Jalan Stadium dengan dawai berduri. 20 Black Maria diletakkan di depan tempat letak kereta.
8.10 pagi: Kehadiran ramai anggota polis, kurang kenderaan di jalan raya dan tidak kelihatan kumpulan besar di kawasan sekitar Chow Kit dan Kampung Baru.

8.05 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ditutup dengan kehadiran ramai anggota polis di luar Sogo.
8.00 pagi: Kuala Lumpur hampir lengang. Di Jalan Raja Laut, hanya kelihatan anggota polis bertugas. Di luar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kira-kira 200 anggota polis kelihatan bersarapan pagi. Sebuah helikopter polis berlegar-legar di ruang udara.

7.55 pagi: Lebih ramai anggota tiba dengan menggunakan monorel dan mereka turun di stesen Maharajalela bertentangan dengan Stadium Merdeka.
7.30 pagi: Sejumlah besar trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk yang dilengkapi dengan meriam air, melalui Jalan Maharajalela dan menghala ke Masjid Negara serta Masjid Jamek.
- mStarOnline

BERSIH 2.0: Segalanya kerana dan untuk Anwar Ibrahim.... tapi negara masih terkawal... Terima kasih PDRM....

RUPA-rupanay masih ramai rakyat negara ini yang tak faham kenapa Bersih 2.0 diadakan pada tarikh 9 Julai 2011. Ulasan cerdik pandai dan rakyat umum yang tersiar di radio dan TV masih tertumpu kepada hasrat yang mahukan semua masalah diselesaikan melalui rundingan atau musyawarah.

Memanglah dalam banyak hal yang berlaku di negara bertuah ini dapat dan pernah diselesaikan dengan cara sedemikian. Tapi dalam konteks Bersih 2.0, isunya bukan kerana masalah sistem pilihan raya yang tidak bersih. Masalahnya ialah untuk mengadakan satu demonstrasi ala Mesir, supaya negara jadi huru-hara.

Dan penggerak utama kepada perhimpunan ini tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar bin Ibrahim. Seorang bekas pemimpin yang pernah diangkat Umno ke tahap tertinggi dalam kepimpinan negara – Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.

Dengan wang berbilion ringgit yang ada dalam simpanannya dia boleh dan mampu membayar sesiapa sahaja yang sanggup dan berkeupayaan memenuhi kehendaknya yang tersangat kecewa kerana tidak berpeluang langsung menjadi Perdana Menteri setelah dipecat daripada Umno dan kabinet Tun Dr. Mahathir 13 tahun lalu.

Matlamat ‘hamba Allah’ yang malang ini ialah menghuru-harakan negara seperti yang berlaku di Mesir, kalau-kalau dia ada peluang menjadi pemimpin pengganti kepada kepimpinan negara sekarang.

Di masa sama si nuar ni sangat tertekan dengan kes liwat II-nya yang bakal menyaksikan dia terpaksa membela diri pada 13 Julai nanti. Bila diarahkan membela diri di mahkamah, bermakna ada kes untuknya dan ada bukti cukup dia benar-benar bersalah.

Dan bila bersalah, maka tempat istirehatnya nanti sudah tentulah ‘Bamboo River Prison’. Inilah yang mencemaskannya. Umurnya dah mencecah 66 tahun, masih adakah peluang untuknya jadi PM kalau dia dipenjarakan?

Setelah puluhan kali kes liwat II itu tertangguh dan ditangguh-tangguh kerana karenah yang disengajakan bertujuan melambat-lambatkan perbicaraan, kini segalanya telah sampai ke puncaknya. Anwar dah tak dapat lari dan dia terpaksa membela diri beberapa hari lagi.

Menurut fakta kes yang dilaporkan media sepanjang perbicaraan yang mencecah dua tahun itu, bukti untuk Anwar dibebaskan sangatlah tipis. Keberadaan air maninya di dalam dubur mangsa – Saiful Bukhari Azlan, tidak mampu ditepis olehnya dan juga para peguam handalan yang membelanya.

Dalam keadaan yang sangat terdesak itulah Anwar menggunakan kuasa wangnya untuk memperalat dan mempergunakan Bersih 2.0 yang di kepalai Ambiga sebagai peluang terakhir untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Harapannya, supaya perbicaraan kes liwatnya dapat ditunda dan ditangguh lagi sementara dia mencari alasan dan dalih baru. Kalau boleh biarlah kesnya tertangguh sehingga dia berjaya menjadi Perdana Menteri. Kerana dengan hanya menjadi PM sahaja, kes liwat II-nya mampu ditutup rapat dan diketepikan begitu sahaja.

Oleh itu tak payahlah rakyat bersuara dengan harapan bahawa semua masalah dapat diselesaikan dengan baik melalui perbincangan atau musyawarah.

Apa nak dibincang dan mana boleh dimusyawarahkan. Ini kes mahkamah. Bukannya boleh dibincang-bincang dan dirunding-runding.

Yang jadi masalah ialah ramai rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tak faham bahawa semua yang tersurat dalam Bersih 2.0 tak sama dengan apa yang tersirat di kepala hotak Anwar Ibrahim. Maka jadilah mereka golongan bangangggg.... yang tak mampu gunakan otak anugerah Allah SWT.

Justeru, faham dan sedarlah bahawa kekacauan yang cuba direncanakan melalui Bersih 2.0 hari ini adalah kerana Anwar bin Ibrahim.... Bukan kerana SPR atau kerana hendak membersihkan apa yang tak bersih di pihak pemerintah.

Yang tak bersih dan perlu dibersihkan dari muka bumi ini ialah Anwar bin Ibrahim. Selagi si lahanat ini terus berkentayangan lepas bebas sesuka hati dia, selagi itu negara ini tak akan aman dan tenteram....

Yang membimbangkan, segala kerjalaku Anwar dalam membersihkan dosa moralnya, pihak musuh negara, bangsa dan agama Islam mengambil kesempatan atau tumpang sekaki. Mereka menangguk di aiar keruh. Tanah air yang dikeruhkan oleh Anwar bin Ibrahim.

Inilah yang harus difahami dan disedari oleh seluruh rakyat negara ini, terutamanya orang Melayu.

Seperkara lagi yang harus dijadikan ingatan ialah bahawa di dunia ini hanya Malaysia sahajalah satu-satunya negara Islam yang masih aman dan belum berjaya dikucar-kacirkan sebagaimana semua negara-negara Islam lain yang terdapat di dunia ini, sama ada dari segi ekonomi atau pun politiknya.

Alhamdulillah.... keadaan di KL sehingga 11.00 pagi masih terkawal....
Marilah kita semua yang cintakan negara, bangsa dan agama berdoa kepada Yang Maha Esa supaya segala niat jahat makhluk yang dikuasai iblis dan syaitan itu tidak berjaya menjahanakan sebuah negara bangsa bernama Malaysia.

Bagaimanapun, Alhamdulillah.... Pihak berkuasa polis masih mempu mengawal keadaan dan InsyaAllah, niat jahat Anwar dan konco-konconya berjaya dibanteras....

Wallahualam....
- SM

Polis temui pelbagai jenis bahan buat letupan. Gerakan komunis cuba cetuskan kekacauan di Sitiawan?

POLIS Perak merampas pelbagai jenis bahan membuat letupan yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara esok dalam dua pemeriksaan di Sitiawan dan Tapah, semalam.

Antara bahan yang ditemui adalah 21 botol kecil minuman mineral berisi minyak petrol, empat bateri jenama Sony saiz AA, 12 beg plastik mengandungi baja dan lapan helai baju T putih bertulis perkataan kotor.

Turut ditemui dalam operasi 'Ops Padam Bersih' di tanah perkuburan Cina di Jalan Kampung Cina, Sitiawan adalah sekeping nota bahasa Mandarin yang ditulis pada keratan akhbar bermaksud, 'arahan bos, kesemua 21 botol mahu baling di pejabat UMNO. Baju putih 'kotor' adalah simbol dalam perhimpunan Bersih. Hati-hati polis di tempat itu. Habis baca bakar.'

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, dalam pemeriksaan di susur masuk Plaza Tol Tapah pula, polis merampas empat guni simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk hitam dipercayai sekam padi, dua guni plastik serbuk putih dan satu guni plastik berisi besi serta getah paip.

Katanya, seorang lelaki warga Kemboja yang membawa bahan-bahan berkenaan menggunakan teksi yang disewa ditahan bagi membantu siasatan.

"Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui lima biji mangkuk tanah, satu beg plastik berisi pasir dan satu tong plastik mengandungi cecair disyaki asid," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau menambah, lelaki berusia 41 tahun dan memiliki kerakyatan tetap itu ditahan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika memandu teksi bernombor pendaftaran Johor, dari Ulu Tiram, Johor ke Tapah.

Kesemua barang-barang yang dirampas akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk disiasat dan kita percaya ia merupakan bahan-bahan untuk membuat letupan, katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Ada kaitankah antara bahan yang dijumpa dalam teksi dengan yang dijumpai di jirat cina di Kampung Cina, Sitiawan itu? Kalau ada kaitan, ini adalah satu kes berat yang benar-benar membuktikan bahawa gerakan komunis cuba ambil kesempatan dan campurtangan negara jiran untuk huru-harakan negara.

1. Kampung Cina Sitiawan itu terletak dalam kawasan DUN yang ADUN-nya ialah Ngeh Ko Ham.

2. Kampung Cina Sitiawan itu juga sama satu daerah (tidak jauh) dari pekan Kampung Koh, iaitu tempat kelahiran Ong Boon Hwa atau Chin Peng.

3. Warga kaum Cina dari kawasan berkenaan memang ramai yang bekerja di Singapura. 

4. Mungkinkah bahan letupan yang dijumpai dalam teksi dari Johor yang ditahan di Tapah itu dalam perjalanan ke Kg. Cina? Dan ianya dihantar oleh warga kawasan itu yang berada di Singapura?

Wah! Ini kes serius.

Apapun, terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak polis yang berjaya menbongkar gerakan subversif ini.

Jumaat, 8 Julai 2011

Ahli-Ahli Pertubuhan Silat Lincah Bebas Untuk Berada Di KL Esok

SERAMAI 10,000 ahli-ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang berhimpun di ibu kota bagi menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 pertubuhan mereka tidak diarahkan untuk terus berada di Kuala Lumpur walaupun sebelum ini merancang mahu bertindak menghentikan perhimpunan Bersih 2.0.

Jurucakap persatuan itu berkata, bagaimanapun mereka dibenarkan membuat keputusan sendiri sama ada untuk berbuat demikian atau tidak.

“Sebahagian mereka mungkin akan terus berada di sini. Tetapi tiada arahan daripada pemimpin kami untuk berbuat begitu.

"Mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur mungkin mahu membeli-belah atau melancong," katanya di Petaling Jaya, Jumaat.

Sambutan ulang tahun berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu yang berakhir Jumaat.

Kelibat mereka dalam jumlah yang ramai terutamanya di sekitar Chow Kit, mencetuskan khabar angin bahawa mereka diarahkan berbuat demikian jika timbul sebarang kemungkinan ekoran perarakan Bersih pada Sabtu.

Pengasas pertubuhan silat itu, Tan Sri Omardin Mauju sebelum ini dilaporkan melancarkan 'perang' ke atas Bersih dengan berhasrat membentuk benteng manusia bagi menyekat peserta-peserta Bersih.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Belasah syaitan ni cukup-cukup... key!
Elok ler deme tinggal di KL buat sementara waktu, terutama pada hari Sabtu ini.
Kalau berlaku apa-apa oleh puak pengkhianat negara yang diketuai Anwar Ibrahim yang menonggang Ambiga serta Bersih 2.0-nya untuk kepentingan peribadi yang haru-biru tu, boleh ler tolong pihak berkuasa mententramkan keadaan atau belasah mereka yang kurang ajar tu....

Tapi ingat, kalau berlaku jangan belasah yang bertaraf ‘ikan bilis’ jer.... yang penting dalang-dalang besarnya mesti dihajar secukup-cukupnya....

Tunggggguuuu....

BERSIH 2.0: Sekadar menguji sejauh mana berimannya kita kepada Al-Quraan dan Rasulullah SAW....


Khas untuk tatapan Umat Melayu/Islam yang masih beriman dengan al-Quran dan Rasulullah, tetapi berhasrad join perhimpunan Bersih 2.0 esok hari:

Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 112: Maksudnya: “Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap pelampau, maka sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama.” (Riwayat Ahmad).

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195: Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

Firman Allah SWT dalam Surah al-Anaam ayat 82: Maksudnya : “Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk.”

Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Mana-mana kumpulan berarak menuju ke arah pemerintah untuk menghinanya, maka Allah akan menghinanya sebelum hari kiamat.” ( Riwayat al-Bazzar)

Firman Allah SWT dalam surah an-Naml ayat 89: Maksudnya: “Sesiapa yang datang dengan kebajikan maka ia akan beroleh yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh keamanan pada hari kiamat.”

Penutupan Beberapa Jalan Utama Di Kuala Lumpur Bermula Tengah Malam

BEBERAPA jalan utama di sekitar bandar raya akan ditutup dan dilencongkan mulai pukul 12.01 tengah malam ini, demikian pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat.

Menurut laman sosial, Facebook PDRM, jalan-jalan yang terlibat ialah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.


Jalan yang turut ditutup ialah sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.

Jalan lain yang terlibat ialah kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Polis meminta orang ramai memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan.

Polis juga menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar agar tidak memasuki kawasan berkenaan esok bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
- Bernama


SATU MELAYU:
Begitulah cara pihak berkuasa polis mengawal ketente-
raman awam. Yang puak pengkhianat negara meroyan marahkan polis dan kerajaan tu apasal?

Akan tutupkah jalan-jalan berkenaan kalau Bersih 2.0 tak ada? Akan adakah sekatan jalan raya oleh polis kalau Bersih 2.0 tak ada?

Jadi! Siapa yang menyusahkan rakyat sekarang ini? Kerajaan, polis atau Bersih 2.0 yang sengaja diadakan untuk menangguhkan lagi sambungan perbicaraan kes liwat II Anwar al-Jub... pada 13 Julai ini.... Ada faham?

Ambiga kata yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara dan ketenteraman awam ialah pihak kerajaan. Bila ambil tindakan mencegah sebelum berlaku perkara buruk, salah pulak! Apalah punya bingal puak yang terencat akal kerana mudah dihasut dan diperbodoh oleh pembangkang.

Apa yang korang hendak sebenarnya? Biarkan negara jadi huru-hara dan segala yang terbina selama ini musnah kerana paris yang jadi alat Anwar Ibrahim itu?

Kalau negara jadi kacau, salahkan kerajaan juga. Bangsattttt....!

PEMBUNUHAN BANTING: Kereta Sosilawati Dilihat Di Tempat Letak Kereta Flat Angsana - Saksi


MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Jumaat diberitahu bahawa seorang penduduk flat di Subang Jaya melihat kereta BMW X5 berwarna hitam yang digunakan oleh Datuk Sosilawati Lawiya pada hari beliau dilaporkan hilang dipercayai dibunuh.

Sarjan Jaswant Singh, 52, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama 'Awang' antara 8.45 dan 8.50 malam, semasa beliau bertugas sebagai penyelia di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, 6 Sept 2010.

"Saya terima maklumat daripada Encik Awang bahawa dia telah nampak kenderaan jenis BMW no pendaftaran WTL 11 yang diletakkan di tempat letak kereta flat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya.

"Saya seterusnya mengarahkan anggota dari unit MPV (kereta peronda polis) untuk ke tempat itu bagi memastikan kenderaan itu memang berada di lokasi yang dimaklumkan," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Saksi ke-18 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyagan, R.Matan dan R.Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010.

Antara barang saksi yang dibawa ke mahkamah....
Pathma-
nabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Jaswant berkata beliau memaklumkan kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, semua ketua bahagian dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengenai penemuan kereta itu dan menunggu arahan selanjutnya sehingga pasukan forensik dan unit-unit lain tiba.

Ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, Matan, saksi itu berkata beliau tidak mencatitkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat pemanggil itu.

"Ada tidak Awang beritahu berapa lama kereta itu berada di sana?" soal Amer Hamzah.

"Awang kata kereta tersebut sudah lama berada di situ, tetapi dia baru perasan (kereta milik Sosilawati) selepas menonton berita di televisyen," kata Jaswant.

Sementara itu, saksi pendakwaan ke-19, Lans Koperal Roslee Sharon, 30, berkata pada 6 Sept 2010, beliau menerima arahan dari Bilik Gerakan Subang Jaya untuk mengesan sebuah kereta BMW hitam bernombor pendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil yang ditinggalkan terbiar di sebuah lokasi berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

Roslee yang ketika itu bertugas sebagai anggota unit kereta peronda polis (MPV) berkata pada mulanya kereta itu tidak dijumpai di lokasi tersebut sehinggalah mereka menemuinya di tempat letak kereta Lot 125, Jalan SS15/1B, Subang Jaya.

"Saya dan pemandu MPV Lans Koperal Faizal Ismail lihat kereta itu parking tidak berapa cantik dan bumper sudah melebihi kaki lima, terlebih ke depan.

"Kami kemudian maklumkan kepada bilik gerakan, ketua balai serta diarahkan untuk tunggu sehingga unit Forensik sampai dan tidak dibenarkan menyentuh kereta itu. Kami juga buat halangan guna garisan polis," katanya.

Saksi itu berkata mereka beredar dari tempat itu kira-kira 2.30 pagi selepas pasukan forensik selesai melakukan siasatan.

Saksi kelima pendakwaan yang dipanggil semula, Lans Koperal Kasmir Luntuk, 25, dalam keterangannya berkata beliau telah diarahkan oleh Dr Nurliza Abdullah untuk mengambil sebanyak 145 keping gambar cebisan tulang di bilik bedah siasat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 17 Sept 2010.

Kasmir yang bertugas sebagai jurugambar di IPD Dang Wangi berkata beliau mengambil masa seharian untuk mengambil gambar iaitu dari 8.30 pagi sehingga 8 malam dan mencetak kesemua gambar tersebut keesokan harinya (18 Sept 2010) di unit foto IPK Kuala Lumpur sebelum menyerahkannya kepada pegawai penyiasat ASP Ishak Yaacob seminggu selepas itu.

Saksi ke-17 pendakwaan, Koperal K.Manikam, 53, dalam keterangannya pula berkata beliau telah diarahkan oleh Ishak untuk mengambil sebanyak empat keping gambar sebuah telefon bimbit pada 14 Sept 2010.

Manikam yang bertugas sebagai jurugambar di IPD Dang Wangi juga memberitahu bahawa beliau telah diarahkan untuk mengambil sebanyak 165 keping gambar cebisan tulang di bilik bedah siasat HKL pada 18 Sept 2010.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Isnin ini (11 Julai 2011).
- Bernama

Cucu teman yang umur tujuh tahun lebih cerdik dan waras berbanding Anwar Ibrahim dan penganjur Bersih 2.0....


PAGI tadi teman tanya cucu teman yang berumur tujuh tahaun – baru sekolah tahun satu dan bersekolah sebelah petang: “Cu! Kalau Stadium Merdeka boleh muat untuk 60,000 orang (termasuk yang duduk atau berdiri di atas padang) boleh muat ke kalau dihimpunkan 300,000 orang penyokong Bersih 2.0 di stadium berkenaan?”

“Ini soalan matematik ke tok? Kenapa atok tanya soalan macam tu?” balas cucu teman.
“Ya! Soalan matematik ler... Saja atok nak tanya, nak tengok cucu atok ni pandai ke tidak matematik.”

Dia terdiam seketika. Tapi mulutnya dok sebut: “Boleh muat 60,000, yang datang 300,000.”
“Eh! Mana boleh tok.... Mana nak muat? Tempat cukup untuk 60,000, tapi yang datang 300,000. Apa la atuk punya soalan?” jawab cucu teman sambil ketawa kecil.

Demikian pandangan seorang anak kecil yang baru berumur tujuh tahun mengenai angka 300,000 dan 60,000 yang teman tanyakan kepadanya.

Soalan itu sengaja teman berikan kepada cucu yang tak tahu apa-apa mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang penganjurnya berkeras mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka esok.

Kalau budak mentah pun tahu kapasiti 60,000 tidak sesuai untuk disumbatkan dengan 300,000 penyokong Bersih 2.0, apakah para penganjur Bersih, khasnya al-Sheikh Anwar al-Jub... tak ada otak untuk berfikir sepertimana cucu teman berfikir?

Kalaulah diberikan kebenaran untuk berhimpun di Stadium Merdeka yang kapasitinya hanya sekitar 60,000 itu kepada Bersih 2.0, kemana baki yang 240,000 orang lagi itu berada? Dalam stadium atau di luar?

Jawabnya, tentulah mereka akan berserakan, meraban teben dan terkinja-kinja dengan sepanduk dan jerit pekik di luar stadium hingga ke Jalan Maharajalela, Jalan Hang Jebat, Jalan Kinabalu hingga ke Masjid Negara, Jalan Petaling dan sekitar Stadium Negara hingga ke Penjara Pudu. Mungkin hinga ke Dewan bahasa dan ke Jalan Chan Sow Lin....

Maknanya, kebenaran untuk berhimpun di Stadium Merdeka itu memang wajar tidak dibenarkan jika mahukan Bandaraya Kuala Lumpur tidak sesak dan kenteraman awam terganggu teruk.

Betul sangatlah tindakan pihak berkuasa tidak membenarkan Bersih 2.0 berhimpun di Stadium Merdeka tu....

Nampaknya cucu teman lebih cerdik dan waras otaknya berbanding Anwar Ibrahim, Ambiga dan lain-lain manusia yang menganjurkan Bersih 2.0.
Wallahhualam.
- SM

Azmin perlu betulkan alamat dahulu sebelum bercakap soal ‘pengundi hantu’.

'Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi sendiri'.... Dasar pengkhianat bangsa, agama dan negara....
TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sepatutnya memperbetulkan alamat pendaftaran pusat mengundinya terlebih dahulu sebelum menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan program pengundi hantu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof  berkata, Azmin bersama isteri dan adik perempuannya sepatutnya tidak boleh berdaftar sebagai pemilih menggunakan alamat rumah ibunya.

Menurut beliau, sistem SPR membuat semakan dan mendapati lokaliti mereka masih berada di Klang Gate.

“Mengenai kes empat pengundi berketurunan Cina dan seorang pengundi Melayu yang didakwa menggunakan alamat rumah ibunya, hal itu berlaku kerana alamat yang digunakan hampir sama.

“Alamat yang digunakan hampir sama, satu adalah 1E, Jalan Genting Lama, Klang Gate Baru, Setapak, Kuala Lumpur manakala alamat ibu Azmin pula 1E, Kampung Klang Gate Baru, Setapak, Kuala Lumpur,” katanya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abd. Aziz 
Beliau mengulas isu yang dibangkitkan Azmin dalam sidang Dewan Rakyat pada 21 Jun lalu mengenai pemilih yang mendaftar di alamat rumah ibunya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2011, di Putrajaya, Khamis.

Abd. Aziz berkata, pihaknya bukan sengaja meletakkan lokaliti pemilih menggunakan alamat yang sama.

Menurutnya, kes yang berlaku pada Azmin itu adalah kes terpencil dan SPR bersedia membetulkan keadaan tersebut.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
‘Mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih.’
Demikian peribahasa yang sesuai dengan perangai songsang Timbalan Presiden PKR yang hidupnya pun memang songsang dan tongang-langgang.

Dia duduk di tempat lain tetapi mendaftar sebagai pengundi di tempat lain. Lepas itu dakwa wujud ‘pengundi hantu’ dalam senarai pengundi SPR.

Sebenarnya Azmin sendirilah yang jadi ‘pengundi hantu’.

Sesuai sangatlah dengan perangai dia yang memang macam hantu, sebagaimana yang pernah didedahkan sendiri oleh adiknya – Ummi Hafilda.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog