Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 22 Oktober 2011

HIMPUNAN: “Saya akan hadir sebagai individu beragama Islam...” – Hasan Ali

PEMIMPIN kanan Pas, terutamanya Nik Aziz dan Hadi Awang sering menggunakan istilah ‘itu pendapat peribadi, bukan pendirian parti...’  apabila terdapat pemimpin lain dalam parti itu memberi kenyataan yang bertentangan dengan pendirian ‘parti kebajikan Malaysia’ itu.

Itu telah menjadi amalan mereka. Berlapekkan ‘pendapat peribadi’, ‘pandangan peribadi’, hadir atas kapisiti peribadi’ dan macam-macam lagi yang semuanya peribadi, tapi bukan atas kapisiti pemimpin parti.

Justeru pada Himpunan Sejuta Umat petang ini, Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pun gunakanlah ‘istilah keramat’ Pas itu dengan berkata beliau akan menyertai HIMPUN di Stadium Shah Alam sebagai individu beragama Islam. Bukan atas teket pemimpin Pas atau Exco Selangor.

"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir," katanya dalam program bual bicara fokus berita terbitan TvSelangor.

Terdahulu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai HIMPUN. Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik di pejabat agung PAS Selasa malam. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.

Menurut penganjur HIMPUN, yang merupakan badan bukan kerjaan (NGO) Islam, perhimpunan tersebut bertujuan menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.

Hassan dengan tegas mengulangi pendiriannya untuk menyertai HIMPUN sebagai individu.

Menurutnya lagi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut memberi kelepasan kepada mana-mana penjawat kerajaan Selangor yang mahu menyertai perhimpunan atas dasar individu.

"Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir."

Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN.

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.

Tegasnya, HIMPUN bukan bertujuan menimbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk menyedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah.

Hassan Ali berkata masyarakat bukan Islam turut mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Beliau turut mengalukan dialog antara agama lebih giat diadakan dari kalangan pakar.

"Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."katanya.
-Bersumber dari KL BOYZ Channel

SATU MELAYU:
Sedangkan perhimpunan haram Bersih 2.0 pun dihadiri ramai pemimpin-pemimpin utama pembangkang, inikan pulak perhimpunan halal yang tidak mengganggu lalu lintas dan ketenteraman awam.
Di dalam stadium. Bukannya di jalan-jalan raya di tengah-tengah Bandaraya.

Agaknya, macam manalah 'berasapnya' kepala Khalid Samad mendengarkan kata-kata Hasan terutamanya apabila beliau menyebutkan 'beliau akan hadir sebagai individu beragama Islam'.

Bangkitlah pertahankan akidah...

Semua umat Islam perlu bangkit dan bersatu mempertahankan Islam daripada diganggu-gugat oleh musuh-musuh agama.

SEBAGAI reaksi kepada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, penganjuran perhimpunan itu hanya bertujuan untuk menyeru umat Islam negara ini supaya berpegang teguh mempertahankan kesucian agama.

Katanya, ia sekali gus menafikan bahawa ia dianjurkan atas sebab politik.

''Saya akan hadir (Himpun). Semua umat Islam perlu bangun mempertahankan Islam dan perhimpunan esok hanya untuk menyeru umat Islam supaya berpegang teguh demi mempertahankan agama,'' katanya kepada Utusan Malaysia, Jumaat.

Setakat ini, hampir 100,000 ahli daripada 3,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah mengesahkan kehadiran sebagai menyatakan sokongan menjayakan Himpun yang bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam daripada gejala murtad.

Baru-baru ini, Harussani turut menggesa pihak berkuasa agama untuk mewujudkan akta Murtad bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Setiausaha Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, golongan bukan Islam tidak boleh mempersoalkan tindakan penganjuran perhimpunan itu kerana ia adalah hak Islam sekali gus berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan mana-mana agama lain melakukan dakyah kepada umat Islam.

Katanya, tindakan tersebut juga selari dengan Deklarasi Cairo iaitu satu deklarasi terhadap hak asasi manusia dalam Islam yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan diterima oleh Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) (OIC) pada tahun 1990.

''Sebagai masyarakat Islam yang ingin menzahirkan keprihatinan mereka, kita boleh lakukan perhimpunan ini mengikut undang-undang.

''Oleh itu, saya menyeru semua umat Islam supaya turun beramai-ramai esok sebagai menyatakan pendirian kita,'' katanya.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaei Ahmad pula berkata, penganjuran perhimpunan itu merupakan langkah terbaik untuk menyedarkan mana-mana pihak agar tidak terlalu ghairah mendapatkan kuasa biarpun sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa.

''Adalah amat wajar NGO Islam tampil ke hadapan supaya keghairahan parti politik yang mengejar kuasa dapat disekat.

''Sekiranya ada parti politik bersikap sedemikian, pihak bukan Islam tidak rasa takut untuk mengembangkan agama mereka di kalangan orang Islam,'' katanya.

Sementara itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyokong Himpun kerana ia melibatkan urusan akidah umat Islam dan mendapat permit polis.

Sehubungan itu, pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa turut menyeru umat Islam lain yang menyokong usaha mempertahankan akidah dan agama Islam di Selangor supaya hadir beramai-ramai pada perhimpunan itu.
''Saya yakin semua yang hadir adalah kerana menyokong usaha untuk mempertahankan akidah Islam dan akan menjadi tetamu yang beradab.

''Saya sendiri akan hadir bersama keluarga sebagai seorang umat Islam yang menyokong usaha ini," katanya.
-UtusanOnline

SATU MELAYU:
Tan Sri Harussani kata, memurtadkan umat Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan!
Apa kata pakar perlembagaan terhebat di dunia – Aziz Bari, mengenainya? Benarkah seperti apa yang dikatakan Mufti Perak itu atau maianan politik Umno?
Mufti Perak telah jadi alat Umno?

Kalau Mufti Perak diperalat Umno, Aziz Bari jadi alat siapa? Pembangkang atau Malaysiakini yang dibayai zionis Geroge Soros?

Jumaat, 21 Oktober 2011

ISU AZIZ BARI: Jika Hendak Sokong Janganlah Bersikap Double Standard

Semua pihak berdiri di sebelakang Prof Dr Aziz Bari tetapi tidak bersama nasib dua naib canselor Unisel, kenapa?

NAMPAKNYA isu berkaitan tindakan penggantungan tugas buat sementara waktu oleh pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), ke atas pensyarah undang-undang mereka, Prof Dr Abdul Aziz Bari telah mengundang reaksi yang merentasi pelbagai spektrum dan lapisan organisasi.

Dari persatuan kakitangan akademik universiti lain, rakan-rakan pensyarah seperti Dr Asri Zainul Abidin sehinggalah kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik tidak terlepas daripada turut mengambil bahagian melontarkan kritikan dan pandangan mereka ke atas tindakan penggantungan Dr Aziz Bari itu.

Malah Dr Asri mengatakan tindakan UIAM itu sebagai sesuatu yang tidak bertamadun dan memalukan dunia akademik.
Malah kalangan pelajar UIA sendiri telah mengadakan tunjuk perasaan di luar pekarangan masjid universiti sejuru selepas solat Jumaat dengan menyatakan tidak setuju dengan tindakan yang dikenakan ke atas cikgu mereka itu.

Dari kalangan pemimpin-pemimpin parti politik pula, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Md Akin dan ramai lagi turut mengecam tindakan yang diambil oleh UIAM ke atas Dr Aziz Bari.

Rektor UIA Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin tidak duduk diam. Beliau dengan segera pada tengah hari Jumaat memanggil satu sidang akhbar bagi membetulkan persepsi dunia luar ke atas apa yang berlaku.

Katanya, tindakan penggantungan yang dikenakan ke atas Dr Aziz Bari sebenarnya bukanlah satu bentuk hukuman tetapi ia adalah sekadar tempoh untuk memberi tunjuk sebab berhubung kenyataan Aziz berkaitan titah Sultan Selangor, Sultan SharafuddinIdris Shah baru-baru ini.

Dr Zaleha juga menjelaskan, penggantungan khidmat Abdul Aziz berkuat kuasa dari 19 sehingga 25 Oktober ini adalah merupakan penggantungan bergaji penuh.

"Penggantungan itu dibuat bagi melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu secepat mungkin," kata Dr Zaleha sambil menegaskan tindakan yang dibuat ketika ini (penggantungan dan penyiasatan) adalah urusan UIA dan tidak mahu campur tangan pihak luar.

Dr Zaleha juga menjelaskan, Peraturan Tatatertib UIA tidak menetapkan apa-apatempoh untuk penggantungan “tetapi apabila beliau (Dr Aziz) sudah menjawab surat tunjuk sebab itu, barulah kita akan memastikan sama ada wujud atau tidak alasan-alasan untuk meneruskan tindakan tatatertib kepada beliau.” (sekiranya ada).

"Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib Kakitangan UIA memperjelaskan bahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umumhendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti," katanya.

Beliau menambah, siasatan dan surat tunjuk sebab Abdul Aziz selepasitu akan diperbincangkan dalam Tribunal Universiti.

Jadi kesimpulannya ialah, sementara pihak- pihak tertentu apatah lagi golongan akademik menegaskan bahawa ahli akademik atas sifat semulajadi kerjaya mereka harus dan wajar diberi ruang untuk menyatakan pendapat dan pandangan tetapi pada masa yang sama, pihak pengurusan UIAM berpendapat apa juga tindak-tanduk kakitangan mereka sama ada dari segi pendapat dan juga perbuatan sementara dibenarkan berbuat demikian pada masa yang sama adalah juga tertakluk kepada peraturan dan aspirasi universiti.

Pandangan ini juga sebenarnya tidak salah. Dalam mana-mana pertubuhan pun sama ada politik , bukan politik, kebajikan mahupun kesukarelawan, tetap ada peraturan dan undang-undang lebih-lebih lagi jika sesuatu perbuatan yang dilakukan itu dilihat bercanggah dengan kepentingan badan itu sendiri.

Dan inilah yang berlaku kepada Universiti Selangor (Unisel) pada tahun 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Ogos tahun ini apabila naib canselornya ditamatkan perkhidmatan (tanpa dinyatakan sebab) dan seorang lagi meletakkan jawatan, khabarnya akibat tekanan politik.

Walaupun pemecatan dan peletakan jawatan mereka tidak jelas dan samar-samar tetapi tindak tanduk mereka dilihat oleh pihak pentadbiran dan pemilik sebagai tidak selari dengan aspirasi universiti itu.
Dalam kes pertama yang berlaku pada Jun 2008, Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus telah ditamatkan perkhidmatannya selaku naib canselor oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga pengerusi Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd iaitu pemilik dan pentadbir Unisel tanpa menyatakan sebarang sebab.

“Surat itu (penamatan khidmat) tiada kepala surat (letter head) kerajaan negeri tetapi ia datang daripada menteri besar Selangor menamatkan perkhidmatan saya dengan memberi notis sebulan. Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya,” kata Prof Dr Razali Agus.

Dalam kes yang kedua pula, Datuk Dr Rosti Saruwono terpaksa melepaskan jawatannya setelah dikatakan menerima tekanan politik daripada kerajaan negeri dan juga pihak dalam Unisel setelah beliau tidak bersetuju dengan surat yang beliau terima daripada pejabat menteri besar memintanya supaya menamatkan perkhidmatan tiga pegawai Unisel tanpa melalui proses tatatertib dan juga peraturan dalaman.

Yang menghairankan, dalam kedua-dua kes melibatkan bekas naib canselor Unisel itu dan juga tiga kakitangan Unisel yang diarahkan dipecat tanpa melalui proses tunjuk sebab atau perbicaraan dalaman, tidak ada pula tunjuk perasaan atau kenyataan protes atau kritikan daripada parti-parti politik sama ada DAP, PKR mahupun PAS.

Tidak ada suara-suara yang mengatakan telah berlaku atau wujud campur tangan politik atau kerajaan negeri dalam urusan akademik di Unisel itu.

Naib-naib canselor dan kakitangan Unisel seolah-olah seperti keseorangan di dalam menghadapi tindakan daripada pihak atasan. Apakah ini kerana yang mengambil tindakan atau yang memberi arahan supaya tindakan diambil adalah menteri besar dari sebuah kerajaan yang didokong oleh DAP, PKR dan PAS?

Tetapi dalam kes Dr Aziz Bari ini pula, apakah beliau mendapat sokongan daripada DAP, PKR dan PAS kerana pensyarah itu sering kali memberi kenyataan atau pandangan yang cenderung menyebelahi mereka?

Tidak salah dan tidak apa jika hendak memihak kerana ia adalah hak demokrasi sesiapa sahaja tetapi jika hendak bermain di gelanggang yang adil sepertimana yang sering dilaung-laungkan oleh mereka yang menyokong Dr Aziz Bari maka eloklah juga sokongan yang sama turut diberikan kepada bekas-bekas naib canselor dan pensyarah Unisel yang ditamatkan perkhidmatan, diberi tekanan supaya melepaskan jawatan dan diarahkan supaya dipecat tanpa melalui proses sepertimana yang sedang dilalui oleh Aziz Bari sekarang.

Jika ini dapat dilakukan barulah adil namanya. Sekurang-kurangnya dalam kes Dr Aziz Bari, beliau diberi peluang untuk menjawab surat tunjuk sebab dan bukannya terus dipecat, ditamatkan perkhidmatan atau dilucutkan jawatan sepertimana yang terjadi di Unisel.

Di sebalik segala kecaman yang dilemparkan ke atas UIAM, mereka telah membuktikan bahawa mereka tidaklah sekejam Unisel yang dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Malah UIAM selaku majikan berhak memberikan surat tunjuk sebab (bukannya surat pemecatan atau tamat perkhidmatan) ke atas mana-mana kakitangannya jika mereka merasakan tindak tanduk kakitangan tersebut bercanggah dengan aspirasi universiti itu sendiri.

Mana-mana pekerja pun tidak kira apa taraf kedudukkannya tidak terlepas daripada tertakluk kepada peraturan dan prosedur operasi standard. Jika rasa tidak mahu terikat dengan apa-apa peraturan dan prosedur, adalah wajar dan lebih baik tidak bernaung di bawah mana-mana panji mahupun organisasi.

Jadilah seperti Sasterawan Negara, A. Samad Said - bebas ke mana-mana, bebas menyatakan pandangan dan pendapat dan bebas naik ke pentas apa juga yang dirasakan serasi dan sesuai dengan jiwa dan hati nuraninya kerana beliau tidak terikat dengan mana-mana majikan dalam dunia ini.
mStarOnline

SATU MELAYU:
Menurut penjelasan Senator Ezam Mohd Nor, Aziz Bari adalah salah seorang alat Malaysiakini yang dibiayai Geroge Soros untuk meruntuh sendi-sendi kekuatan negara Malaysia, iaitu Instirusi Raja-Raja Melayu, PDRM, SPR, SPRM, Felda, Risda, Felcra dan yang paling utama ialah akidah umat Islam mahu diporak-perandakan.
Aziz Bari itu Islam atau Kristian? Kalau Islam tentulah dia bersuara semasa kes Lina Joy memuncak dulu.
Kenapa dalam kes Murtad yang diambil tindakan siasat oleh JAIS itu menjadikan Aziz Bari beriya-iya mempertahankannya hingga sanggup mempertikai tindakan Sultan?

Orang bodoh pun faham siapa Aziz Bari dan siapa yang beriya-iya menegakkan benang basah untuk puak pembangkang yang didominasi puaki Kristian DAP.


Sokong Humpunan Sejuta Ummah: Pemuda PAS Pusat Tak Akan Patuh Larangan - Nasruddin

"Pemuda PAS Pusat tidak akan patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertentu parti itu."
PEMUDA PAS akan mencabar pimpinan PAS Selangor yang melarang ahlinya menyertai Himpunan Sejuta Ummah (Himpun) yang diadakan bagi menentang golongan yang cuba memesongkan akidah umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata mereka tidak akan patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertentu parti itu.

“Kita akan menghadiri acara berkenaan, kerana pimpinan tertinggi PAS tidak ada mengeluarkan apa-apa arahan yang melarang ahlinya daripada menyertai acara tersebut sebagai hak individu berkenaan,” katanya sebagai respon kepada pimpinan PAS Selangor yang melarang ahlinya menyertai Himpunan Sejuta Ummah yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam bermula pukul 2 hingga 6 petang Sabtu.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak akan menyertai himpunan tersebut. Bagaimanapun, Hadi tidak mengeluarkan arahan melarang semua ahli PAS daripada menyertai himpunan berkenaan.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata beliau turut menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mahu Himpun terlibat dalam perbincangan bersama Jawatankuasa Khas Kabinet Antara Agama bagi mengelakkan kebimbangan masyarakat Islam dalam isu murtad.

“Bagaimanapun, perhimpunan tersebut perlu berjalan seperti yang dirancang kerana ia merupakan satu aktiviti untuk memperkuatkan akidah umat Islam.

“Himpun boleh mengemukakan usul untuk mengadakan wacana bersama Jawantakuasa Khas Kabinet Antara Agama,” kata Nasrudin.

Pengerusi Bersama Himpun, Dr Mohd Yusri Mohamad berkata perhimpunan tersebut tidak membabitkan parti politik dan mereka tidak akan membawa logo, kain rentang atau bendera mana-mana parti politik kerana mereka tidak mahu ada kaitan dengan politik.

Sementara itu, di Pulau Pinang, Pengerusi Dialog Antara Agama Asia Tenggara, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata himpunan tersebut mungkin akan dieksploitasi oleh pihak yang mempunyai kepentingan.

“Dialog antara agama adalah lebih efektif untuk mengatasi masalah murtad di kalangan orang Islam,” katanya.
- Berita: mStarOnline

SATU MELAYU:
Orang Melayu/Islam, sama ada ahli parti politik atau tidak seharusnya menyertai himpunan ini.
Jangan dok bising dan tak usah kalut. Datang ajerr beramai-ramai.... Buktikan bahawa umat Islam di negara bertuah ini masih bersatu atau akan bersatu apabila akidah Islam cuba diganggugugat.
Lagipun apa yang dibuat adalah ‘halal’ di sisi undang-undang. Ianya bukan perhimpunan haram sepertimana Bersih 2.0 yang mengadakan perarakan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
Ianya diadakan di stadium dan tidak akan ada apa jua bentuk perarakan.
Cuma nak satukan umat Islam. Itu sahaja...
Yang pemimpin Pas dan PKR jenis Melayu dok meroyan bagai nak gila tu apa hal?

Jeng... Jengg... Jenggggg! Eskay minta pendakwa raya guna video seks.... Tungggguuuuu!

Kah... kahh... kahhh... Anwar tak boleh membongkok dan mustahil mampu lakukan hubungan seks kerana sakit tulang belakang...
SALAH seorang 'Trio Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah meminta pihak pendakwa dalam kes liwat Anwar Ibrahim menggunakan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkannya kepada media pada 21 Mac lalu sebagai bukti di mahkamah.

Menurutnya, dua pakar forensik video dari Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan bahawa 99.9 peratus pelakunya ialah Anwar.

Untuk pengesahan lebih lanjut, katanya, kedua-dua pakar forensik video itu juga boleh dibawa sebagai saksi dalam kes liwat berkenaan.

''Dua dokumen dipamerkan di mahkamah ketika saya serta dua rakan (Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim) didakwa Jun lalu termasuk hasil kajian bagi menentukan kesahihan dan siapa pelaku dalam video berkenaan.

"Justeru, saya mencadangkan pihak pendakwaan menggunakan rakaman video itu dan laporan kesahihannya sebagai bukti," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, Khamis.

Pada 21 Mac lalu, trio 'Datuk T' menayangkan sebuah klip video seks didakwa melibatkan Anwar yang dirakamkan pada 21 Februari 2011 kepada sekumpulan pengamal media.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan itu serta membuat laporan polis berkenaan penayangan tersebut sementara trio Datuk T telah dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah atas kesalahan menayangkan video lucah secara terbuka.

Mengenai video seks berkenaan, Datuk Eskay telah 'bersumpah laknat' dan Trio Datuk T telah didenda oleh mahkamah kerana didapati bersalah menayangkan video tersebut kepada penonton terpilih di Carcosa Sri Negara.
Sementara itu, kata Shazryl Eskay, video yang didakwanya melibatkan Anwar itu boleh digunakan bagi menyangkal keterangan pakar ortopedik Jerman, Dr. Thomas Hoogland bahawa Ketua Pembangkang tersebut tidak mungkin boleh melakukan aksi seks kerana masalah tulang belakang.

Menjawab satu soalan, katanya: "Anwar boleh kata beliau tidak rapat dengan saya atau apapun tetapi pepatah mengatakan sekeping gambar menceritakan segalanya, apatah rakaman beberapa video menunjukkan saya bersamanya dalam sebuah bilik seperti disahkan pakar video AS."
- Berita: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Yang ini memang Anwar tak boleh bongkok, sebab China Doll yang tonggang dia...
Adalah sesuatu yang sangat baik jika pihak pendakwa boleh mengemukakan video seks yang didakwa Datuk Eskay bahawa pelaku lelaki dalam video berkenaan ialah Anwar Ibrahim.
Lagipun, Trio Datuk T telah pun didapati bersalah oleh mahkamah kerana menayangkan video berkenaan kepada penonton tertentu di Carcosa Sri negara.

Kalau itulah yang boleh dilakukan, rakyat sangat menanti-nantikan apa dan bagaimana pulak lakonan serta putar belit Anwar Ibrahim serta barisan peguambela beliau yang kononnya maha hebat itu.

Gaddafi terbunuh....

Gambar yang diambil dari video merakamkan keadaan Gaddafi berlumuran darah diangkat ke atas trak oleh tentera kerajaan sementara Libya di bandar Sirte, semalam. – REUTERS

BEKAS pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, awal hari Khamis – 20 Oktober 2011.

Gaddafi, 69, terbunuh setelah mengalami cedera parah dalam serangan awal subuh itu. Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu. Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

“Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.

Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.

Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.

Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.

Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan diri dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.

Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.

Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.
REUTERS/UtusanOnline

Khamis, 20 Oktober 2011

Parlimen: Dewan Rakyat Hangat Suami Boleh Liwat Isteri Dalam Hudud Pas

PERSIDANGAN Dewan Rakyat Khamis menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri.

Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.

Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang 'panas telinga' dan menimbulkan kekecohan.

"Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam) Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

"Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki...kita faham lah itu... atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

"Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata 'selain daripada isterinya'. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna) tidak liwat dalam hudud PAS ini," kata Zulkifli.

Zulkifli juga mendedahkan di dalam enakmen itu berhubung pelantikan hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik menjadi hakim bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina di mana sekiranya salah seorang saksi menarik diri maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Katanya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri.

"Bila saya check (periksa) balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi," katanya.

Menurut Zulkifli keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar-belit oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Pendedahan Zulkifli mengenai liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mencelah dan mendakwa kenyataan Zulkifli sebagai satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyokong kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bung Moktar sebelum itu bangun dan bertanya: "Bolehkah liwat isteri sendiri?", dan Zulkifli menjawab: "Boleh mengikut hudud PAS."

Salahuddin yang mula berang bangun mencelah dan berkata: "Dia (Zulkifli) tidak boleh tuduh macam itu. Tak ada (suami dibenar meliwat isteri) dalam hudud PAS. Saya nak minta Peraturan Mesyuarat merujuk Kulim-Bandar Baharu dan Kinabatangan kerana mereka mengatakan meliwat isteri itu hudud PAS."

Bagaimanapun, usul itu ditolak Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada pelanggaran terhadap kenyataan Zulkifli itu.

Suasana Dewan Rakyat terus kecoh apabila Salahuddin dan beberapa lagi anggota Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan Timbalan Speaker sehingga menyebabkan Zulkifli tidak dapat menjelaskan kenyataan berhubung enakmen itu.

Zulkifli juga tidak dapat meneruskan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 kerana masa yang diperuntukkan kepada seorang anggota Parlimen untuk berbahas selama 20 minit telah tamat.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
SM pernah menulis sebuah buku kecil bertajuk ‘Hudud: Siapa Khianati Hukum Allah’ pada tahun 2001 atas nama ‘HASNUL RAHMAN’. Buku itu SM tulis berdasarkan ulasan dan komen seorang sahabat - Ustaz Kamal Saidin, mengenai Enekmen Hudud Pas Kelantan yang diwartakan pada tahun 1993.

Memang Hudud Pas adalah hudud politik. Ianya dibuat oleh hamba Allah yang tidak pakar dalam undang-undang dan terlalu banyak kelemahan.

Pendekkata, Hudud Pas memangnya Hudud Politik. Bukannya Hudud Allah. Apapun biarlah Allah swt sahaja yang melaknat mereka kerana mempermainkan hukum Allah di muka bumi ini.

SEDIH: Kelantan Bimbang Makin Ramai Suri Rumah Hidapi HIV

KERAJAAN Pas Kelantan bimbang dengan peningkatan bilangan penghidap HIV di negeri itu terutama yang membabitkan suri rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata bahawa pada 2009 sebanyak 616 kes baru penghidap HIV direkodkan iaitu jumlah tertinggi di negara ini.

"Daripada jumlah itu 16 peratus daripadanya adalah wanita dan daripada jumlah 16 peratus itu pula, 40 peratus merupakan suri rumah.

"Suri rumah ini tidak bersalah dan mendapat jangkitan HIV yang sudah tentunya daripada suami sendiri," katanya kepada pemberita sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan berhenti rehat hari ini.

Wan Ubaidah berkata golongan lelaki terutama suami agar tidak melanggan pelacur manakala golongan muda menjauhi hubungan seks luar nikah itu.

"Statistik juga menunjukkan penyebaran virus ini di seluruh negara adalah berpunca daripada hubungan seks tetapi di Kelantan punca utama penyebaran virus ini adalah melalui jarum suntikan," katanya.

Ketika menggulung perbahasan pada persidangan itu, Wan Ubaidah meminta agar semua Anggota DUN membantu kerajaan negeri berbuat sesuatu mendidik masyarakat menjauhi dadah dan seks bebas di tempat masing-masing.

Wan Ubaidah menafikan kerajaan Pas gagal menjalankan gerakan dakwah kepada penduduk negeri itu sebaliknya menyalahkan media terutama televisyen sebagai antara punca gejala itu.

Akhbar pada 16 Sept lalu melaporkan jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Walaupun SM simpati dengan nasib malang yang menimpa para isteri terbabit, tetapi mengigatkan betapa kerajaaan Pas pimpinan Nik Aziz yang asyik bermain politik semata-mata tanpa mempeduli nasib masa depan rakyat, mata terfikirlah SM dengan kata-kata ini: “Nasib baik pemimpin Pas Kelantan tidak menyalahkan Umno sebagai punca berlakunya penyakit yang berjangkit gara-gara gejala sosial rakyat negeri itu.”

Kakitangan KTMB Bertugas Dengan Al Mashaer Ditambah Sekali Ganda

JUMLAH kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dipinjamkan bertugas dengan Al Mashaer Al Mugaddassah Metro ditambah lebih sekali ganda dari 62 kepada 144 orang tahun ini hasil prestasi baik mereka tahun lalu.

Perunding projek kereta api Metro Mekah itu, Dr Sara Cheung memuji sumbangan kakitangan KTMB yang katanya sangat berpengalaman, kuat bekerja dan bersemangat tinggi, mudah berkomunakasi serta merendah diri.

Selepas kejayaan kerjasama kedua-dua pihak di antara KTMB dengan kumpulan syarikat diterajui China Railway Construction Corp (CRCC) tahun lepas, beliau berkata KTMB bersetuju menambah kakitangannya berkhidmat dengan metro yang beroperasi sepenuhnya tahun ini.

"Perkhidmatan metro ini sangat unik kerana ia membawa jumlah penumpang yang begitu ramai dalam masa singkat dengan demikian memerlukan kakitangan pengendali yang sangat berpengalaman," kata Cheung kepada pasukan media Tabung Haji di majlis tamat latihan kakitangan Metro di Universiti Umm Al Qura di Mekah, Rabu.

Tahun lalu projek berharga US$1.73 bilion (RM5.4 bilion) itu dikenali Metro Mekah hanya sepertiga beroperasi membawa dua juta penumpang, manakala tahun ini dijangka mengangkut kira-kira lima juta penumpang.

Projek sejauh 18.1 km itu dibina oleh kumpulan syarikat dipimpin oleh CRCC mempunyai sembilan stesen bermula dari Arafat berakhir di Jamrat dan beroperasi hanya selama tujuh hari setahun.

Cheung berkata oleh kerana membabitkan jumlah penumpang yang begitu ramai, perhatian bukan sahaja diberi terhadap peralatan dan pengurusan stesen semata-mata tetapi lebih penting terhadap kawalan ke atas orang ramai.

Beliau mengharapkan kerjasama selanjutnya daripada pihak KTMB untuk memberi sokongan terhadap perkhidmatan metro tersebut.

Sementara itu Pengarah Projek Metro Mekah bagi pihak CRCC, Sam Hao berkata cabaran utama ialah dalam mengawal himpunan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tren terutama sekali mereka yang tidak berpengalaman. Menjaga keselamatan serta petugas metro hendaklah lebih bersabar.

Tanggung Jawab Latih 4,000 Petugas Mecca Metro Cukup Mencabar, Kata Petugas KTMB

USAHA melatih kira-kira 4,000 petugas dari kalangan pemuda Arab dalam bidang pengurusan stesen keretapi metro adalah satu tanggungjawab yang cukup mencabar, kata tenaga pengajar dari Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Musa Abdul Rahman.

Ini kerana katanya, beliau dan rakan setugas yang lain berdepan dengan pelbagai halangan termasuk bahasa, selain tempoh masa latihan yang terhad.

Beliau dan empat lagi warga KTMB adalah antara 20 tenaga pengajar dari pelbagai negara yang bertanggungjawab menyediakan 4,000 tenaga kerja untuk bertugas di sembilan stesen Metro Al Mashaer Al Mugaddasseh Southern Line di Mekah.

Musa berkata walaupun rata-rata pemuda Arab berkenaan tidak fasih berbahasa Inggeris, mereka tekun belajar dan bekerja keras bagi mempersiapkan diri untuk bekerja menjelang tiba hari wukuf nanti.

Antara yang diajar ialah kaedah mengawal orang ramai, prosedur keselamatan, komunikasi, pengurusan stesen dan juga bahasa Inggeris, katanya ketika ditemui kumpulan media Tabung Haji di majlis graduasi petugas Metro itu di Universiti Uum Al Qura, Rabu malam.

"Kelas biasanya bermula pada sebelah petang dan berlarutan sehingga ke pukul 12 tengah malam atau 1 pagi, dengan tiap satu kelas membabitkan antara 90 dan 100 pelajar, ia memang satu pengalaman yang mencabar namun tetap menyeronokkan," katanya.

Beliau berkata walaupun keretapi itu beroperasi hanya tujuh hari setahun, ia memerlukan kepakaran pengendalian paling sempurna memandangkan ia membabitkan jumlah penumpang yang teramat ramai, dalam tempoh yang cukup terhad.

Terdahulu pada sebelah petang kumpulan media bersama Ketua Rombongan Haji Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman dan beberapa pegawai Tabung Haji dibawa menaiki tren itu untuk meninjau perkhidmatannya.

Pengurus stesen Mohammad Burhanuddin Ismail dari KTMB dalam taklimatnya kepada kumpulan itu, berkata KTMB amat berbangga diberi kepercayaan untuk menunjukkan kepakaran mereka dalam pengurusan stesen keretapi di tanah suci.

Katanya perjalanan sejauh 18.5 kilometer melalui sembilan stesen itu mengambil masa kira-kira 18 minit.

- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Alhandulillah, demikianlah sumbangan kerajaan dan rakyat kita terhadap perkhidmatan Mekah Metro demi keselesaan dan kemudahan jemaah haji di tanah suci Mekah, Arafat, Mudzalifah dan Jamrat.

‘Kerana PAS tidak lagi memperjaungkan Islam, ahli boleh join HIMPUNAN atas tiket peribadi...’

‘HIMPUNAN SEJUTA UMAT’ Sabtu ini benar-benar memeningkan kepala pemimpin Pas. Anatara memperjuangkan Islam dan kepentingan undi kaum Cina serta takutkan ‘boss besar’, mereka jadi serba salah. Nak join takut kena marah. Tak nak join, nanti apa pulak kata orang Melayu yang kesemuanya beragama Islam.

Dalam keadaan serba salah itu Pesuruhjaya Pas Selangor mengambil jalan tengah sebagai langkah selamat, iaitu ahli-ahli Pas boleh menghadiri perhimpunan itu di Stadium Melawati, Sabtu ini atas tiket ‘peribadi’. Bukan atas nama ahli Pas...

Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abd. Rani Osman berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan ketetapan Pas Pusat yang meemutuskan tidak menyertai perhimpunan berkenaan yang membabitkan lebih 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas dasar mempertahankan akidah umat Islam.

Beliau menyatakan, perhimpunan itu melibatkan NGO seperti mana yang dikehendaki oleh pihak penganjur manakala Pas adalah sebuah parti politik dan adalah tidak wajar parti itu menyertai perhimpunan berkenaan.

‘‘Kita telah mendapat arahan daripada pimpinan tertinggi Pas di peringkat Pusat dan kita akur dengan arahan itu.

‘‘Bagaimanapun, kita tidak menyekat mana-mana ahli Pas untuk menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi atau penglibatan mereka dengan NGO,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, Rabu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus menyifatkan keputusan Pas menolak menyertai Himpun seolah-olah menunjukkan parti pembangkang itu lebih mengutamakan kepentingan politik daripada soal memelihara akidah umat Islam.

Kesian ahli-ahli Pas yang selama ini menentang Umno kerana mereka beranggapan Umno itu tidak Islam dan tidak mengikut ajaran Islam. Hanya Pas yang benar-benar perjuangkan Islam. Kini segalanya dah terbalik kuang. Siapa yang perjuangkan Islam dan siapa yang berjuang ‘demi undi’. Dan undi yang sangat diharapkan oleh pemimpin Pas kini adalah undi dari ‘kafit harbi’ kaum imigran Cina.

Selain itu mungkin kerana perjuangan Pas masa kini telah tidak lagi berlandaskan perjuangan Islam dan negara Islam, maka adalah tidak wajar bendera Pas dan ahli-ahlinya join apa jua majlis yang ada sangkut paut dengan Islam.

Sebabnya? Takutkan sekutu dalam ‘pakatan haramjadah’ pulas telinga Hadi Awang dan Nik Aziz.

Yang peliknya, Pas masih belum mengemukakan pertukaran dasar perjuangan parti itu kerpada Pendaftar Pertubuhan daripada memperjuangkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Maknanya, Perlembagaan Pas masih tidak berubah. Masih dok peralatkan agama Islam. Cuma pada kenyataan umum sahaja ianya ditukar.

Tujuannya? Untuk kabui mata kaum Cina DAP supaya mengundi wakil Pas pada PRU-13 nanti.

Maknanya, pemimpin Pas bukan sahaja mahu menipu ahlinya, kaum Cina DAP yang diharap akan mengundi calon mereka juga cuba ditipu.

Dasar perjuangan dalam Perlembagaan parti masih tidak berubah.....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog