Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 28 Mei 2011

Peneroka boleh balik ke kampung asal, jika anggap jadi ‘Hamba Felda’....

PARA peneroka Felda yang bersetuju dengan dakyah politik Pas bahawa mereka selama ini menjadi ‘hamba Felda’ seharusnya segera meninggalkan kawasan Felda yang mereka duduki kini dan kembali ke kampung halaman di mana anda berasal.

Setahu penulis, Felda tidak pernah memaksa sesiapa memohon jadi peneroka sejak ianya mula dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak lebih 40 tahun lalu. Sebaliknya kalian sendirilah yang memohon dan sanggup jadi peneroka kerana kemiskinan hidup di kampung asal sebab tiada tanah dan harta.

Ketika itu tidak terdengar suara seperti Hadi Awang melarang kalian daripada memohon menjadi peneroka.

Kini setelah para peneroka berada di kawasan Felda masing-masing menjangkau tiga keturunan, tiba-tiba timbul pula anggapan daripada pemimpin Pas bahawa para peneroka selama ini adalah ‘hamba Felda’ dan mereka berjanji akan membebaskan belenggu yang dikenakan oleh Felda.

Tak payahlah bersusah payah nak tunggu Pas membela anda semua, sila keluar sahaja daripada mana-mana rancangan Felda yang kalian semua jadi penerokanya dan berhijaralah ke mana-mana rancangan tanah yang telah disediakan oleh puak ‘pakatan haram jadah’, khasnya Pas.

Ada ramai lagi orang lain yang sanggup menggantikan tempat anda. Sedarlah bahawa rakyat yang tidak memiliki tanah lebih ramai di luar sana berbanding para peneroka di seluruh negara.

Jadi tukang cacat memang mudah.....
Setahu penulis, Pas yang telah berpuluh tahun memerintah Kelantan tak pernah pun mengadakan satu rancangan pembangunan tanah seperti Felda, apatah lagi jika mahu diharapkan kepada DAP yang memerintah Pulau Pinang dan PKR yang mentadbir Selangor. Pas di Kedah juga tak mampu menyediakan satu rancangan lebih baik dari Felda.

Ikutlah cakap mereka dan keluarlah dari Felda demi membebaskan diri kalian yang kononnya selama ini telah menjadi ‘hamba Felda’.

Kepada semua para peneroka Felda yang masih ada otak dan tidak taksub dengan politik ‘menjahanamkan bangsa sendiri’ oleh Pas fikirlah sejenak akan kebenaran kata-kata Hadi Awang yang mendakwa “peneroka Felda hari ini berhadapan dengan penindasan sama ada secara disedari atau tidak akibat daripada dasar kerajaan BN yang meniagakan keperluan asas rakyat”.

Abdul Hadi berkata penubuhan Felda pada asalnya bertujuan memberi tanah kepada rakyat yang miskin dan memerlukan kini bertukar kepada Felda yang berniaga dalam semua urusan.

"Kita menjanjikan pembelaan kepada peneroka Felda dengan mengembalikan hak-hak mereka, ketelusan dan pengurusan ladang, bukan hamba kepada pengurusan Felda selama-lamanya," katanya.

Menurut Abdul Hadi, PAS dan Pakatan Rakyat menjanjikan di dalam Buku Jingga untuk menghapuskan Felda Plantation dan dibahagi-bahagikan tanah kepada anak-anak peneroka dan mereka yang memerlukan bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat.

Kenyataan Hadi itu jelas membuktikan betapa bangang dan pendek akalnya pemimpin Pas itu yang hanya tahu berfikir untuk sehari dua sahaja. Dia tidak berpandangan jauh dan tidak faham masalah sebenar rakyat.

Kepada pemimpin Pas seperti Hadi, masalah rakyat sebenarnya ialah kerana para peneroka Felda di negara ini tidak mahu lagi menyokong Pas dan juga puak pembangkang. Itu adalah masalah mereka, bukannya masalah para peneroka.

Punyalah bongok, Hadi sedar atau tidak bahawa tanah seluas 10 ekar yang jadi milik peneroka itu akan jadi sedikit apabila diagih-agihkan kepada anak-anak peneroka. Lama kelamaan anak cucu peneroka akan tinggal seorang sejengkal tanah peninggalan nenek moyang mereka.

Itu sebab Felda uruskan pelbagai jenis perniagaan dan memberikan saham kepada anak cucu peneroka supaya ekonomi keluarga akan berterusan kekal meningkat.

Kalau setiap anak peneroka diberikan tanah serupa seperti bapa mereka, apakah rakyat negara ini hanya peneroka Felda sahaja? Orang lain tak payah? Asyik nak beri tanah kepada anak peneroka sahaja? Sampai bila dan tanah mana yang akan diberi apabila keluarga peneroka semakin ramai nanti.

Janganlah jadi bangang kerana memikirkan masalah sehari dua sahaja. Berfikirlah secara jangka panjang. Bayangkan setelah seratus tahun akan datang, berapa luas tanah yang terpaksa diberikan kepada keturunan peneroka?

Bagaimana pula dengan orang lain yang tidak menjadi keturunan peneroka? Mereka tak berpeluang untuk dapat tanah kerana mereka bukan anak peneroka? Mana lebih ramai antara penduduk keturunan peneroka dengan penduduk yang bukan peneroka?

Apapun, siapa yang termakan dakyah politik haram jadah Pas itu silalah keluar dari mana-mana kawasan Felda jika kalian juga merasakan diri kalian selama ini menjadi hamba Felda.

Kalian yang telah sekian lama menjadi peneroka boleh menilai sendiri sama ada kalian selama ini jadi hamba atau bukan.

Bukannya orang seperti Hadi Awang yang hanya datang sesekali untuk meraih sokongan politik cuba menimbulkan pelbagai keresahan para peneroka setelah menyedai para peneroka tidak mahu menyokong pembangkang, khasnya Pas.

Berfikirlah dengan waras dan bijaksana sebelum terjebak dengan dakyah politik pembangkang yang semakin terdesak meraih sokongan kerana segala janji mereka semasa PRU 2008 lalu satu pun tidak mampu ditunaikan.
- YopMan

BN Tidak Risau Hadapi Pilihan Raya Berasingan - Najib

BARISAN Nasional tidak risau untuk menghadapi pilihan raya berasingan jika negeri-negeri di bawah kerajaan pembangkang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya ke-13 diadakan secara serentak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ini kerana Barisan Nasional (BN) tidak boleh mempengaruhi keputusan negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang termasuk tidak membubarkan DUN masing-masing apabila kerajaan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum.

"Kita tak boleh tentukan apa dia akan buat, kita cuma boleh tentukan apa yang kita boleh buat.

"Jadi saya tak risau apa dia akan buat sebab saya tak boleh kawal apa dia akan buat, saya akan bagi pandangan yang berat pada apa saya boleh buat," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Najib berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri boleh menasihati Sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN atau tidak.

"Raja ada kuasa untuk menolak permohonan tapi tiada kuasa untuk membubar. Itu kedudukan dari segi perlembagaan," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini berkata, negeri-negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang tidak akan membubarkan DUN sekiranya kerajaan persekutuan membubarkan Parlimen tahun ini.
- Bernama:


SATU MELAYU:
Elok sangatlah kalau negeri-negeri yang dikuasai ‘pakatan haram jadah’ tidak membubarkan DUN apabila PRN-13 diadakan nanti. Biar rakyat negara ini faham bagaimana berpecah-belahnya negara ini gara-gara karenah politik pembangkang, khasnya oleh politik chauvanis Cina DAP.

Apa yang boleh diharapkan oleh rakyat kalau begitu jadinya semata-mata kerana DAP takut jika pilihan raya umum diadakan tahun ini. Mereka kata BN pengecut, tapi mereka sendiri tak mahu bubarkan DUN untuk pilihan raya. Siapa yang pengecut sekarang?

Oleh kerana yang cadangkan supaya negeri-negeri pembangkang tidak turut serta ketika pilihan raya umum nanti adalah DAP, rakyat terutamanya umat Melayu Islam bolehlah menilai sendiri betapa jahat dan khianatnya parti chauvanis Cina itu.

Dan kalau PKR serta PAS menerima cadangan itu bermakna jelaslah bahawa yang benar-benar berkuasa dalam ‘pakatan haram jadah’ itu ialah DAP. Melayu yang pimpin PKR dan PAS sekadar jadi ‘pak turut’ dan ‘tukang angguk’ kepada agenda chauvanis Cina DAP.

Ulama Pas digesa 'siasat sendiri’ skandal melibatkan Anwar Ibrahim....

Dektator yang bertopengkan ulama inilah yang 'mencaca-merbakan' perjuangan Pas hingga jadi haru-biru dan tersasar jauh dari perjuangan asal PAS....
GOLONGAN ulama Pas digesa melakukan siasatan sendiri berhubung beberapa skandal didakwa melibatkan Anwar Ibrahim agar parti itu boleh menyatakan pendirian sebenar terhadap kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, sekiranya Pas tidak memperakui siasatan polis, pendakwaan di mahkamah serta sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, parti itu terutama golongan ulama perlu melakukan siasatan untuk mencari kebenaran.

Menurutnya, siasatan itu perlu dilakukan demi keadilan kepada golongan ulama, profesional dan penyokong Pas yang mendokong cara kepimpinan menurut lunas Islam.

"Jika benar Anwar terlibat dalam skandal-skandal yang didakwa ke atasnya termasuk yang terbaru video (seks), Pas perlu menyatakan pendirian rasmi mereka terhadap kerjasama parti itu dengan PKR dan DAP yang diterajui Anwar.

"Sekiranya Pas tidak memperakui siasatan polis, kes mahkamah serta sumpah laknat oleh Shazryl Eskay dan Mohd. Saiful Bukhari, maka parti itu terutama golongan ulama perlu lakukan siasatan sendiri ke atas Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa Anwar kini takut dengan penerimaan golongan ulama dalam Pas terhadapnya, selepas pelbagai salah laku beliau didedahkan kebelakangan ini.

Zulkifli seterusnya mendakwa, Anwar kini mengarahkan pemimpin serta ahli Pas yang cenderung menyokong beliau untuk merancang gerakan menghakis penguasaan golongan ulama dalam parti itu, ekoran pemilihan Pas yang akan berlangsung minggu depan.

Nakhaie berkata, golongan ulama dalam Pas mempunyai peranan penting untuk mencari kebenaran mengenai perilaku Ketua Pembangkang itu bagi menyampaikan mesej yang selari dengan tuntutan Islam.

Jelas beliau, salah satu tuntutan dalam ajaran Islam adalah memastikan seseorang pemimpin itu dilihat bersih dan terpelihara daripada sebarang tohmahan.

"Seseorang pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi terpelihara daripada tohmahan dan dalam kes ini, Pas perlu menyiasat sendiri, bukannya menolak ataupun menerima tohmahan itu secara membuta tuli demi menjaga kredibiliti Anwar," tegasnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Mana mungkin ulama dalam Pas, terutamanya ‘Ulama Terompah’ seperti yang pernah dilabelkan Anwar Ibrahim terhadap Nik Aziz Nik Mat, melakukan siasatan sendiri? Sebagaimana mereka telah menyesatkan orang Melayu dengan ajaran Islam yang tidak benar sehingga ramai Melayu jadi taksub, para ulama Pas juga telah jadi taksub dengan Anwar.

Mungkin inilah balasan daripada Allah SWT terhadap golongan yang mendakwa dirinya ulama itu. Setelah sekian lama mereka menyesatkan orang Melayu, kini mereka sendiri jadi sesat pulak kerana terpengaruh dengan janji Anwar Ibrahim yang mereka harap akan jadi Perdana Menteri.

Mereka menyangka apabila Anwar jadi PM, parti mereka akan jadi bertambah kuat dan kedudukan mereka dalam politik dan pemerintahan negara juga akan turut mantap. Mereka telah sesat dan tidak sedar bahawa si Anwar kaki kelentong itu akan ‘me-melukut tepi gantang-kan’ Pas apabila dia jadi PM.

Mereka tidak sedar bahawa kuasa dalam ‘pakatan haram jadah’ itu sebenarnya berada ditangan pemimpin DAP, bukannya ditangan Anwar yang digula-gulakan DAP bakal diangkat jadi PM jika pakatan itu menang PRU-13 nanti.
Kerana pangkat dan kedudukan yang dijanjikan Anwar, mereka jadi gelap mata dan buta akal.

Begitulah yang ditakdirkan Allah SWT untuk Pas yang selama lebih 60 tahun memperalatkan agama Islam kerana kuasa politik.

Akhirnya, Islam entah ke mana, yang jelas kini Anwar sedang mensekularkan pimpinan Pas daripada terus berkelana dengan jenama Islam yang pro-pimpinan ulama.

DAP dan Anwar sangat memerlukan Pas sebagai alat menarik sokongan kaum Melayu, tetapi dalam masa sama DAP sangat takut Pas terus kekal dengan perjuangan Islam sepertimana perjuangan asal ketika parti itu diasaskan penubuhannya pada tahun 1951.

Selagi Nik Aziz kekal menjadi dektator dalam Pas, selagi itu perjuangan Pas jadi tidak menentu, tidak jelas dan caca merba.....

Skandal seks buat Anwar tersungkur - Badeaux

SEORANG penulis Barat, Christopher Badeaux percaya Anwar Ibrahim dan Dominique Strauss-Kahn akan berkongsi nasib yang sama iaitu tersungkur sebelum cita-cita politik mereka tercapai kerana terpalit dengan skandal seks.

Beliau yang juga penulis beraliran kanan mendakwa kedua-dua pemimpin itu turut mempunyai persamaan lain iaitu enggan mengakui bukti hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dalam skandal masing-masing.

Menurut beliau, walaupun ujian DNA mengesahkan bahawa air mani dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar, tetapi ketua pembangkang itu tetap menafikan perkara tersebut malah menuduh ia konspirasi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Drama yang sama jelas Badeaux, turut dilakukan oleh Strauss-Kahn apabila menafikan terdapatnya bukti DNA pada baju pekerja hotel di Manhattan, Amerika Syarikat yang dilaporkan cuba dirogol oleh bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iatu pada 14 Mei lalu.

"Dalam kes Anwar, DNA beliau disahkan sepadan (dengan air mani dalam dubur mangsa) pada April dan ia menjadi sebab utama untuk mahkamah (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa kes itu perlu dibicarakan pada peringkat seterusnya (bela diri).

"Tapi Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi kerajaan dengan menuduh DNA beliau diambil secara tidak sah, DNA tersebut palsu, tidak sepadan atau apa sahaja cerita yang diperlukan pada hari itu kelak (perbicaraan).

"Hal yang sama turut dilakukan Strauss Kahn. Dia menggunakan plot cerita yang sama seperti didendang Anwar. Kedua-dua mereka yang didakwa kerana skandal seks menolak hasil DNA," katanya seperti dipetik daripada portal berita, http://newledger.com.

Mengulas lanjut Badeaux berkata, Strauss-Kahn sengaja mengitar semula drama yang dilakonkan oleh Anwar demi kepentingan peribadi kerana kedua-dua mereka mempunyai matlamat politik yang sama.

Bagaimanapun, beliau yakin dengan segala bukti termasuk penemuan DNA, kedua-dua pemimpin itu kini berada di hujung karier masing-masing yang dibina sejak berdekad lalu.
- Utusan

SATU MELAYU:
Walaupun antara Anwar dan Strauss-Khan sama dari segi skandal dan kedegilannya, tapi Strauss-Khan tidak berangan-angan nak jadi Perdana Menteri sebagaimana Anwar Ibrahim yang ‘gila talak’ dengan Putrajaya dan Sri Perdana.

Justeru, Anwar mengajak rakyat menentang kerajaan demi membela salahlaku yang dia sendiri buat, sementara Strauss-Khan tidak. Khan tidak berkempen seluruh dunia meminta bantuan rakyat.

Selain itu Strauss-Khan juga tidak diambil kesempatan oleh mana-mana parti politik untuk dijadikan alat meraih sokongan sebagaimana DAP yang memperalatkan Anwar Ibrahim dalam mencapai cita-cita chauvanis Cina merampas kuasa politik dan pemerintahan negara bernama Malaysia ini.

Maknanya, tindakbalas Anwar terhadap pendedahan salahlaku seksnya lebih teruk berbanding Pengarah Urusan IMF itu.

Tindakan dan cara Anwar boleh meruntuh dan merosakkan sebuah negara bangsa yang terbina dengan baik selama lebih 60 tahun semata-mata kerana dirinya tergila-gila nak jadi PM demi menyelamatkan diri daripada pendedahan salahlaku seks yang jadi Skandal Seks tokoh politik paling hebat dalam sejarah politik Malaysia.

Jumaat, 27 Mei 2011

Sebar Video Seks: Kalau bukan Anwar kenapa marah sangat dan puluhan laporan polis dibuat?

Laporan polis dibuat kerana marahkan sebaran vcd di mana Anwar Ibrahim adalah pelakunya?
NEGERI Selangor kini sedang diserang dengan pengedaran salinan pita video yang memaparkan seorang lelaki mengadangkan hubungan seks yang didakwa mirip Anwar Ibrahim bagaikan Singapura dilanggar todak.

Puluhan laporan polis telah dibuat oleh mereka yang menerimanya dengan daya usaha pemimpin-pemimpin PKR dan DAP negeri berkenaan.

Kenapa mereka takut sangat dengan pengedaran salinan video seks berkenaan sedangkan Anwar sendiri menafikan dia yang terlibat dalam video itu? Video sama juga terdapat dalam internet. Yang marah sangat tu apa hal?

Pihak polis yang menyiasat kes video itu pun masih tidak menyebut siapa pelakunya walaupun mendakwa telah mengenalinya dan telah mengambil kenyataan darinya?

Membela Anwar atau mengiyakan itu adalah Anwar?
Nampak sangat puak PKR dan DAP begitu takut dengan sebaran VCD berkenaan. Kalau bukan ketua kamu yang terlibat kenapa buat kecoh dan tambah mensensasikan lagi isu yang semenangnya panas itu?

Apalah punya bangangnya pemimpin dan wakil rakyat berkenaan.

Semakin banyak laporan polis dibuat serta semakin kerap media menyiarkan beritanya, maka semakin jelaslah bahawa pelaku lelaki yang terdapat dalam video seks berkenaan adalah Anwar bin Ibrahim.

Macam anjing takutkan bayang-bayang sendiri. Bangangggg..........

Sebagaimana diberitakan di Malaysiakini, hari ini (Jumaat) Ean Yong mengiringi 15 ketua kampung dari kawasan Ulu Langat membuat laporan berhubung perkara itu.

Sementara itu, ketua kampung dalam DUN Sri Muda, Parlimen Kota Raja juga dilaporkan menerima video seks dan poster yang cuba dikaitkan dengan ketua umum PKR itu.

Laporan polis itu dibuat oleh ketua penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei bersama-sama empat ketua kampung tradisi Melayu di ibu pejabat polis Daerah Shah Alam kira-kira 11.30 pagi tadi.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda membuat laporan polis itu mewakili PKR Selangor.

Dalam laporan polisnya, Shuhaimi berkata tujuan aduan dibuat berikutan penyebaran VCD dan poster yang diistilahkan sebagai lucah dan diedarkan di majlis solat hajat dan ceramah 'Tawan Malaysia' di Stadium Selayang pada 14 Mei lalu.

Nampak sangat pemimnpin pakatan ‘gelabah puyuh’ kerana sebaran video itu. Kalau tak benar dan bukannya Anwar yang jadi ‘tiger’ dalam video itu kenapa takut sangat yerrrr?

Secara tak langsung laporan polis yang dibuat oleh mereka yang bangang itu menjadi bukti pada persepsi rakyat bahawa benarlah Anwar Ibrahim seperti yang terdapat dalam video itu sebagaimana yang didakwa oleh Datuk Eskay....

Maka jadilah mereka seperti anjing dengan bayang sendiri
Kesian Nuar! Anak buahnya bangang dan bebal. Mereka sangka dengan laporan polis itu bermakna mereka telah membela boss.... Mereka tak tahu semakin mereka heboh, semakin jelaslah Anwar yang terlibat.

Kalau nak cegah pengedaran video seks, pergilah ke pasar-pasar malam dan ke kedai-kedai penjual VCD di negeri Selangor. Macam-macam VCD ada dan penjual serta pengedar utamanya adalah anak buah Ronnie Liu.

Maka semakin gelabahlah Anwar Ibrahim gara-gara buah yang banganggggggggggg.....

Anwar atur strategi Malaysian Malaysia? PKR 'minta nyawa' pada kaum Cina....

Si Jembalang sedang beraksi dengan pelbagai kelentong dan pembohongan.....
ANWAR Ibrahim (gambar) kini dilihat sedang mengatur strategi yang dilaksanakan oleh DAP iaitu Malaysian Malaysia untuk menarik sokongan kaum Melayu dan Cina kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pensyarah Kanan bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, melalui strategi itu, Anwar akan menggunakan Pas untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu dan bekerjasama erat dengan DAP untuk sokongan kaum Cina.

"Di Malaysia, parti seperti PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum kurang diterima rakyat. Jadi, Anwar kini cuba mendapatkan sokongan daripada golongan masyarakat yang kurang bersetuju dengan dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Terdapat masyarakat Cina yang tidak setuju dengan dasar yang dilaksanakan kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mereka lihat hanya memberi pertolongan kepada orang Melayu untuk menganjak sosioekonomi kaum itu," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur pada Khamis.

Anwar dalam temuramah eksklusif dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini mengakui kemenangan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah atas sokongan kaum Cina.

Beliau mengambil contoh kemenangan calon PKR, See Chee How di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang.

Azeem Fazwan berkata, ramai ahli parti itu sehingga kini masih belum mengetahui apa sebenarnya pendirian PKR kerana Anwar sebagai penasihat begitu sukar untuk digambarkan sikap sebenarnya.

"Apabila beliau (Anwar) berjumpa dengan orang Melayu, dia akan jadi nasionalis Melayu dan apabila jumpa orang Cina, Anwar akan jadi liberal," katanya.

Penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, PKR yang diketuai oleh Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sedikit nyawa iaitu sokongan rakyat terhadap parti itu.

"Anwar tiada pilihan, PKR semakin hilang sokongan. Beliau tahu Pas sudah mempunyai penyokong tersendiri yang pasti akan mengundi parti itu. Begitu juga DAP, jadi Anwar bertindak berbaik-baik dengan kedua-dua parti itu untuk bernyawa kembali.

"Anwar kini nyata ketandusan modal dalam berpolitik. Cara terbaik adalah berbaik-baik dengan DAP dan menggunakan Pas demi karier politiknya," katanya.
- Utusan Malaysia

SATU MELAYU:
Memang benar seperti apa yang dikata bahawa keahlian PKR tidaklah seramai mana. Apa yang diuar-uarkan hanyalah temberang, kelentong dan pembohongan pimpinan parti itu sesuai dengan sikap ‘tuan punya’ PKR yang ‘kaki temberang, pembohong besar dan kaki kelentong negara’.

Menarik seramai mungkin kaum Cina ke dalam PKR menjadi keutamaan Anwar kini. Sokongan kaum Melayu dan India jelas semakin merosot.

Lagipun, dalam menghadapi PRU-13, PKR sudah serik meletakkan calon Melayu dan India kerana ramai antara mereka yang jadi wakil rakyat PKR melalui PRU 2008 telah keluar meninggalkan PKR menjadi ahli bebas.

Nampaknya, apa yang direncanakan Anwar menambah lagi keuntungan kaum Cina di negara ini dari segi kuasa politik setelah mereka menguasai ekonmi. Anwar dan PKRnya kini 'minta nyawa' kepada kaum Cina.

Anwar peduli apa tentang masalah kaum bangsanya. Yang penting pembangkang menang dan dia berjaya diangkat jadi Perdana Menteri di Putrajaya. Ada kuasa atau tidak, itu belakang kira.... Selepas jadi PM, macam-macam 'mungkir janji' boleh dan mampu dilakukannya.

Apa tidaknya, di kawasan majoriti kaum Cina sudah tentu yang bertanding nanti ialah wakil DAP. Sementara di kawasan yang majoriti Melayu agak kacil (bawah 50%) dan selebihnya kaum Cina dan sedikit India, sudah tentu wakil yang akan diletakkan pembangkang ialah dari kaum Cina PKR. Cina lagi....

Mungkin juga Anwar mahu mengimbangi jumlah calon parti miliknya itu kerana DAP telah pun merancang untuk meletakkan calon dari kalangan kaum Melayu di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu.

Kalau PKR kurang ahli, besar kemungkinan calon pembangkang pada PRU kali ini akan dimonopoli oleh DAP yang pentadbiran partinya lebih tersusun, teratur dan berstrategi.

Yang mungkin akan bertambah parah ialah Pas.

Kemampuan pemimpin Pas menyanggah kehendak DAP dan PKR menjadi semakin lemah. Jika puak ulama tidak lagi mendominasi kepimpinan Pas selepas muktamar Jun ini, Pas sudah tentu akan jadi ‘pak turut’ dan ‘tukang angguk’ kepada Lim Kit Siang dan Guan Eng serta Anwar Ibrahim.

Wallahhualam....

Anwar takut penerimaan ulama? ‘Anwarinas’ makhluk perosak yang akan meruntuh Pas...

ANWAR Ibrahim didakwa takut dengan penerimaan golongan ulama dalam Pas terhadapnya selepas terbongkarnya pelbagai salah laku beliau sejak akhir-akhir ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sehubungan itu, Anwar didakwa mengarahkan pemimpin serta ahli Pas yang cenderung 'menyembah' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merancang gerakan menghakis penguasaan golongan ulama dalam parti itu.

Kumpulan menyebelahi Anwar yang beliau gelar sebagai 'Anwarinas' itu katanya, merupakan 'makhluk perosak' dalam Pas yang hanya akan menyebabkan kejatuhan parti itu suatu hari nanti.

"Golongan Anwarinas ini akan menterjemah apa yang telah mereka rancang sejak 2008 pada pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini bagi menukar saf kepimpinan parti itu yang sekian lama dikuasai oleh para ulama.

"Mereka ini (golongan Anwarinas) tidak 'memandang' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin mereka sebaliknya mengangkat Anwar sebagai ketua," katanya kepada Utusan Malaysia pada Khamis.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu sebelum ini pernah mendedahkan, sudah ada satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan Pas yang dikuasai oleh para ulama kepada golongan yang dikenali sebagai 'Kaum Si Tanggang' dalam muktamar yang bakal berlangsung itu.

Beliau juga mendedahkan sudah diberikan nama pemimpin dan ahli Pas yang telah disenaraikan untuk bertanding semua jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Jawatankuasa Pusat pada pemilihan kali ini.

Mengenai soalan bila akan mendedahkan nama itu, Zulkifli berkata, beliau percaya nama kesemua pemimpin serta ahli Pas yang berkiblatkan Anwar pasti terbongkar secara sendirinya pada pemilihan kepimpinan parti itu kali ini.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, golongan ulama dalam Pas kini memang sedang memerhatikan Anwar selepas pendedahan mengenai kes liwat dan terbaru skandal video seksnya.

"Tetapi sehingga kini mereka (golongan ulama Pas) masih berdiam diri kerana melihat beberapa kepentingan lain. Anwar tahu golongan ulama Pas tidak akan menerima beliau ekoran salah laku itu lalu merancang gerakan untuk menghapuskan golongan tersebut di dalam Pas.

"Semua orang kenal Anwar. Kalau dia tidak boleh gunakan seseorang itu untuk kepentingannya, dia pasti akan lawan orang itu dan ini sedang berlaku kepada kepimpinan ulama Pas," katanya.

Nakhaie berkata, apa yang berlaku dalam Pas dan dengan segala perancangan untuk menghapuskan kepimpinan ulama dalam parti itu datang daripada desakan PKR yang diketuai Anwar.
- Utusan Malaysia

SATU MELAYU:
Melayu PAS idaman DAP....
Tindakan Anwar mengatur strategi menyingkirkan golongan ulama dalam Pas sudah tentu mendapat sokongan padu daripada sekutu utamanya – DAP.

Kalau Anwar risaukan golongan ulama akan menentangnya gara-gara salahlaku seksnya yang semakin banyak terdedah, DAP pula risau kalau-kalau Pas dengan mudah akan keluar ‘pakatan haram jadah’ kalau kepimpinan ulama mendominasi parti jenama Islam itu kerana tidak lagi menyokong Anwar.

Justeru itu, memastikan Pas dipimpin oleh golongan bukan ulama adalah sangat penting kepada perjuangan politik peribadi Anwar Ibrahim dan juga perjuangan chauvanis Cina DAP.
Bila Anwar dan DAP bergabung melanyak kepimpinan ulama dalam Pas, sudah tentu bantuan kewangan akan mencurah-curah diberikan kepada mereka yang sanggup menentang kepimpinan ulama dalam parti kedua terbesar kaum Melayu itu.

Itulah habuan yang didapat oleh ahli dan pemimpin Pas kerana bersekongkol dengan parti-parti ‘jahanam’ dalam ‘pakatan haram jadah’.

Pelaku video seks sudah dipanggil.... Tindakan lanjut tunggu arahan Peguam Negara....


Anwar ketika datang beri keterangan kepada polis.....
ISU pendedahan siapa pelaku dalam video seks yang didedahkan Trio Datuk T semakin hampir untuk diketahui umum apabila Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengakui, pihaknya telah memanggil pelaku terbabit untuk membantu siasatan namun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

Beliau juga enggan mendedahkan siapa pelaku tersebut.

“Seperti yang diberitahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru-baru-baru ini, kita telah kenal pasti dan sedang menyiasat. Itu termasuklah memanggil dia (pelaku) bagi membantu penyiasatan,” katanya.

“Kita menanti keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan terhadap pelaku dan juga mereka yang mendedahkan video itu,” jelasnya.

Sejak rakaman video seks didakwa membabitkan pemimpin parti pembangkang yang pertama kali didedahkan pada 21 Mac lalu, pihak berkuasa polis beberapa kali memamaklumkan bahawa ‘polis masih menjalankan siasatan.....’, ketika ditanya wakil media.

Hakikatnya, Datuk Eskay selaku salah seorang ‘Trio Datuk T’ telah malakukan sumpah laknat dengan mendakwa bahawa pelaku lelaki dalam video seks berkenaan adalah Anwar bin Ibrahim.

Penjelasan dan pengakuannya jelas dan tidak pernah berganjak daripada mempertahankan apa yang didakwa dan didedahkannya itu. Hanya Anwar Ibrahim yang terkapai-kapai menafikannya dengan mengalih dakwaan itu kepada menuduh Datuk Seri Najib dan Umno melakukan konspirasi jahat dan jijik terhadapnya.

Anwar mengajak rakyat beramai-ramai bangun menentang kerajaan dan DS Najib melalui ceramah-ceramahnya di seluruh negara.

Bagaimanapun setakat ini sambutan rakyat semakin tawar dan juak-juak Anwar pun semakin malap. Buktinya, apabila AMK yang dikepalai ‘Sam Ketot’ cuba mengadakan bantahan dan tunjuk perasaan di hadapan pejabat akhbar Utusan Melayu, Jumaat lalu kantoi apabila para penyokong – terutamanya puak Pas, tidak mahu ikut serta sebagaimana biasa.

Walaupun apa yang dikatakan pihak polis agak samar kerana masih tidak mahu menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai pelaku yang dimaksudkan, tetapi pihak polis memaklumkan bahawa pelakunya telah pun dipanggil memberikan keterangan.

Siapa yang kita ketahui telah memberi keterangan kepada polis selain Anwar Ibrahim dan Datuk Eskay?

Maknanya, kalau tidak Anwar Ibrahim yang jadi pelakunya tentulah Eskay! Tapi Eskay telah melakukan sumpah laknat dan mendakwa pelakunya ialah Anwar Ibrahim!

Takkan rakyat yang ada otak tak faham lagi siapa pelaku yang dimaksudkan?

Lagipun, setakat ini Anwar tidak pernah menyanggah atau manafikan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Eskay sejak mula hingga kini dan mungkin selamanya.

Kononnya, Anwar takutkan Eskay kerana ada banyak lagi isu buruk mengenainya yang mampu didedahkan oleh bekas sahabatnya itu sepanjang persahabatan mereka. Dan Datuk Eskay pula bukannya calang-calang orang.

Masalahnya sekarang cuma pihak Peguam Negara masih belum mahu memulakan tindakan mendakwa atau menolak apa yang didedahkan itu, sedangkan urusan siasatan pihak polis telah selesai setelah beberapa kali berulang-alik antara dua jabatan berkenaan.

Kenapa pihak Peguam Negara masih membisu, tentulah ada sebab-sebab tersendiri yang hanya mereka sahaja tahu.

Rakyat umum yang ternanti-nanti dengan pendedahan isu ini kenalah bersabar. Biar mereka yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka dengan kemas dan sempurna.

Hingga ke saat itu, tunggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuu....!

Rabu, 25 Mei 2011

Video Seks: Anwar Fail Pembelaan Dan Tuntutan Balas Terhadap Saman Hishammuddin

ANWAR Ibrahim telah memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap saman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadapnya berhubung video seks yang memaparkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang, menuntut beberapa ganti rugi.

Beliau memfailkan kenyataan tuntutan dan tuntutan balas itu pada 16 Mei dan telah diserahkan kepada Hishammuddin dua hari kemudian.

Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kenyataan beliau semasa temu bual dengan media pada 22 Mac, selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi, diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Anwar mendakwa kenyataan itu diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat yang dimilikinya atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen kawasan Permatang Pauh, kepada orang awam yang mempunyai hak kepentingan untuk menerima maklumat itu.

Lagipun, beliau mendakwa kenyataan yang dipertikaikan itu merupakan komen yang adil terhadap perkara berkepentingan awam dalam menyatakan pendapat beliau bahawa Hishammudin telah berkompromi dengan perbuatan jenayah kumpulan lelaki yang digelar ‘Trio’ dalam memaparkan video itu walaupun beliau (Hishammuddin) tahu atau sepatutnya tahu mengenai perbuatan jenayah mereka (Trio) itu.

Dalam tuntutan balasnya, Anwar menegaskan kenyataan Hishammuddin dalam sidang media beliau pada 21 Mac, memperlihatkan bahawa beliau (Anwar) adalah individu dalam video itu sepertimana ditegaskan oleh Trio itu.

"Walaupun plaintif (Hishammuddin) dan laporan berita itu, yang melaporkan komennya tidak menyebut nama defendan (Anwar), adalah jelas daripada komen beliau bahawa ia merujuk kepada defendan," katanya.

Anwar berkata Hishammuddin telah memfitnah beliau bagi memperkecil-kecilkan kapasitinya sebagai Ketua Pembangkang yang telah menyebabkan maruah beliau secara peribadi dan profesional tercemar teruk, menyebabkan beliau terjebak dalam skandal dan menjadi kebencian orang ramai.

Beliau memohon ganti rugi bagi fitnah, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar kerana mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa temu bual dengan media pada 22 Mac selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Hishammuddin, 50, berkata kenyataan itu dilaporkan secara meluas dalam media dan Internet dan difahamkan membawa maksud bahawa beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lepas.

Menteri itu berkata kenyataan itu juga difahamkan membawa maksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan telah berkomplot dengan Perdana Menteri dan pegawai tinggi polis untuk melakukan perbuatan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 3 Jun bagi pengurusan kes. Beliau menetapkan tarikh itu selepas berjumpa dengan peguam Tan Sri Cecil Abraham yang mewakili Hishammuddin dan peguam J Leela dan peguam K Shanmuga yang mewakili Anwar semasa sebutan kes itu.

Abraham memberitahu pemberita yang beliau akan memfailkan jawapan Hishammuddin terhadap pembelaan Anwar menjelang 1 Jun.
- Bernama

SATU MELAYU:
Lawan tetap lawan....
Rakyat menanti-nanti bila pulak para peguam Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Datuk Eskay yang secara terang dan jelas menuduh Ketua Pembangkang yang serba kebal itu sebagai pelaku lelaki yang terdapat dalam video seks yang didedahkannya.
Bilaaa... bilaaaa.... dan bila.

Datuk Eskay bukan calang-calang orang, itu sebab 'Anwar Pandikutty' tak berani saman....

Apa yang Anwar mampu lakukan terhadap Eskay selain hanya tersengeh dalam kepedihan hati?
KAKI saman menyaman, Anwar Ibrahim dicabar supaya menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung segala pendedahan dan dakwaan yang dibuatnya terhadap Ketua Pembangkang itu.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata jika Anwar merasakan segala tuduhan dan dakwaan yang dibuat itu tidak benar seharusnya beliau berani menyaman Eskay seperti apa yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

“Anwar memang kita kenali suka menyaman sesiapa sahaja yang membuat tuduhan terhadap dirinya, tetapi apabila membabitkan Datuk Eskay mengapa dia tidak berani menyamannya.

“Eskay ini bukan calang-calang orang, jika tidak takkan dia dilantik oleh kerajaan Thailand sebagai wakilnya di sini (Langkawi), tiada sebab untuk dia berbohong membabitkan orang lain,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pendedahan yang dibuat oleh Eskay kepada media mengenai apa yang berlaku di antaranya dengan Anwar ketika mereka berdua berkawan rapat.

Eskay... bukan calang-calang orang....
Dalam pendedahan itu, Eskay turut menceritakan mengenai apa yang berlaku ketika mereka berada di Thailand serta dakwaannya mengatakan emosi Anwar tidak stabil dan menyifatkannya sebagai pemimpin yang lemah.

Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata, jika benar apa yang dikatakan oleh Eskay itu tidak benar sudah pasti Anwar akan beriya-iya menafikan apa jua yang dikatakan itu tetapi sehingga sekarang Anwar masih mendiamkan diri mengenai perkara itu.

“Saya sehingga kini ternanti-nanti bilakan Anwar ingin menyaman Eskay, tetapi sehingga kini tiada apa pun dilakukan oleh Anwar terhadap Eskay, malah beliau tidak pun menyahut atau menjawab yang dibuat oleh Eskay,” katanya.

Beliau berkata, Anwar tidak boleh menyalahkan sesiapa jika ada pihak yang membuat pelbagai andaian terhadap perkara itu kerana sehingga kini Anwar tidak menjawab apa jua perkara yang dilontar oleh Eskay terhadap dirinya.

Tak sangka seorang manusia hebat yang kelihatan tidak pernah takut dengan sesiapa, waiman dengan Tuhan sekalipun itu, terkantoi dan terkedu apabila berdepan dengan pendedahan dan dakwaan Datuk Eskay yang selama ini digunkan oleh Anwar sebagai orang perantara mencari pelacur untuk memuaskan nafsu seksnya yang meluap-luap pada masa-masa tertentu.

Yang hanya mampu Anwar lakukan ialah berceramah menafikannya dengan mengalihkan isu sebenar kepada menuduh DS Najib memfitnahnya. Pusing sana pusing sini, balik-balik tuduh Perdana Menteri dan Umno melakukan kerja jijik memfitnahnya dengan isu seks.

Kalau dah memang betul kamu itu golongan ‘gila seks’, macam mana kamu nak nafikan. Bukan sekali. Bukan dua kali, malah berkali-kali isu seks kamu terdedah satu semi satu oleh bekas orang-orang yang pernah berada di sekeliling kamu, apa pasal nak tuduh DS Najib yang fitnah.

Kalau dah kamu itu jenis umat Islam ‘munafik’, janganlah ajak rakyat yang tak tahu apa-apa mengenai diri kamu turut terseret dalam permasalahan yang kamu lakukan sendiri.

Terkedu dan sepi seribu bahasa kerana Eskay....
Antara penampilan diri dan kata-kata kamu yang lunak didengar telinga orang awam ketika berceramah tidak sama dengan apa yang kamu lakukan di luar pengetahuan mereka. Yang mereka tahu hanyalah apa yang mereka nampak dan apa yang mereka dengar dari kamu sejak lebih 20 tahun lalu.

Drama swasta yang kamu tayangkan mengenai diri kamu selama ini telah tidak lagi mampu menjadi modal untuk kamu meraih sokongan majoriti rakyat.

Tepatlah sebagaimana kata Datuk Eskay, Anwar Ibrahim itu sebenarnya seorang pemimpin yang lemah.

Gelaran baru yang diberikan rakyat kepada kamu ialah ‘Anwar Pandikutty’.

Anwar larikan wang kertas RM500 dan 1000 ke luar negara – Gobala

AHLI Parlimen Padang Serai yang juga bekas pemimpin setia PKR serta penyokong tegar Anwar Ibrahim, Gobalakrishnan telah mendedahkan pelbagai rahsia dan penyelewengan Ketua Umum PKR dalam satu ceramah di Port Kelang pada Sabtu malam, minggu lalu.

Ceramah yang disampaikannya dalam majlis ‘siri ceramah SSDE’ itu menambahkan lagi kefahaman rakyat mengenai siapa sebenarnya pemimpin ‘gila talak’ bernama Anwar Ibrahim yang jadi sasau kerana mengimpikan kedudukan di Putrajaya selepas PRU-13 nanti.

Rakaman video ucapan Gobala seperti yang termuat di blog Darul Ehsan Today itu menimbulkan dua isu yang agak menarik untuk dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dua isu yang SM maksudkan ialah mengenai dakwaan bahawa Anwar telah melarikan wang kertas RM500 dan 1000 ke luar negara serta kisah perut buncit Anwar yang dilindungi bengkung.

Pada ceramah itu Gobala mencabar Anwar Ibrahim supaya menyaman beliau di mahkamah kerana menuduh Ketua Pembangkang itu melarikan wang kertas RM500 dan 1000 berjumlah lebih 13 bilion ke luar negara ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia dahulu.

Jelas Gobala, selepas Tun Dr. Mahathir memecat Anwar daripada kabinet, Dr. Mahathir juga telah menarik-balik penggunaan wang kertas Malaysia bernilai RM500 dan RM1000.

“Cuba tuan-tuan dan puan-puan ingat balik peristiwa pada tahun 1998 itu. Kenapa Dr. Mahathir batalkan penggunaan wang 500 dan 1000? Saya katakan bahawa sebelum itu Anwar Ibrahim telah melarikan wang berkenaan ke luar negara, mungkin ke Indonesia dengan menggunakan kapal terbang persendirian dengan jumlah tidak kurang daripada 13 bilion.

“Saya cabar Anwar saman saya kerana kenyataan ini,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin di majlis berkenaan.

Tak tahulah sama ada dakwaan bekas pemimpin PKR ini benar atau tidak, tetapi dia sanggup disaman oleh Anwar sekiranya dakwaannya itu tidak benar.

Kalau begitu, patutlah Anwar jadi sasau dan gila meroyan kerana nak sangat jadi Perdana Menteri. Rupanya apabila Anwar berjaya jadi PM sudah tentu kebenaran menggunakan wang kertas RM500 dan 1000 akan dibenarkan semula.

Maka terselamatlah wang yang dilarikan itu untuk digunapakai! Begitu kisahnya!

Anwar Pakai Bengkung
MENYENTUH mengenai perut buncit yang menjadi alasan Anwar bahawa bukan dirinya seperti yang terdapat dalam video seks yang didedahkan Trio Datuk T, Gobala mencabar Anwar membuka baju dan menunjukkan perutnya kepada khalayak ramai.

“Kalau Anwar berani, tunjuklah perut ketika tanpa pakaian. Masa itu tuan-tuan dan puan-puan akan tahu sama ada perut Anwar buncit atau tidak. Buncitttt....,” kata Gobala disambut gelak ketawa para hadirin.

Menurut Gobala, “Tuan-tuan dan puan-puan tak tahu bahawa selama ini Anwar memakai bengkung di perut untuk mengelakkan perutnya dilihat buncit.

“Saya tahu sangat kerana saya selalu naik satu kereta dengan beliau semasa berada dalam PKR dulu. Bila Anwar masuk kereta, cepat-cepat dia buka bengkungnya.”

Katanya lagi, “Tuan-tuan dan puan-puan jangan tertipu dengan pembohongan dan helah Anwar yang manafikan dirinya terlibat melanggan pelacur China yang dibayar RM2,000 untuk khidmat seks yang diberikan kepada Anwar.”

Mengenai kesahihan Anwar sebagai pelaku lelaki dalam isu video seks berkenaan, Gobala menjelaskan bahawa beliau yakin dengan penjelasan dan dakwaan Datuk Eskay yang telah melakukan sumpah laknat.

“Saya tahu siapa Datuk Eskay dan saya tahu siapa itu Anwar Ibrahim,” ucapnya.

Demikian pendedahan dua isu penting mengenai Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh bekas sahabat karib dan rakan seperjuangannya dalam PKR yang selama dua belas tahun bermati-matian menyokong gerakan reformasi, PKR dan juga Anwar.

Bagaimanapun, oleh kerana Gobala adalah seorang pemimpin yang berpegang kepada kebenaran dan keadilan, kelantangan dan bantahannya ke atas kepimpinan Anwar menyebabkan dia dipecat dan dihina se hina hinanya oleh Anwar dan juak-juak PKR yang lain, terutamanya Azmin Ali yang berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden PKR kerana sokongan dan penipuan oleh konco-konco Anwar/Azmin.

Semua ini bukan Umno yang dedahkan tetapi didedah sendiri oleh bekas orang kuat Anwar dan juga PKR. Jangan salahkan Umno kalau ada banyak lagi penyelewengan dan salahlaku Anwar Ibrahim akan terdedah kerana pendedahan bekas kawan-kawannya sendiri.

Jangan salahkan orang lain dan jangan salahkan ibu mengandung, salahkanlah diri sendiri yang terjebak teruk dengan hasutan dan godaan syaitan.
Hadirin di majlis ceramah SSDE di mana Gobalakrishnan menjadi penceramah jemputan....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog