Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 9 Ogos 2010

16 RIBU ORANG MELAYU ANGGOTAI KONGSI GELAP DI SELANGOR?

“SAYA terkejut apabila diberitahu oleh pihak berkuasa polis bahawa di Selangor sekarang terdapat 40 ribu ahli kongsi gelap. Lebih memeranjatkan lagi, dari jumlah itu, seramai 16,000 adalah orang Melayu. 13,000 kaum India dan baki 11,000 lagi terdiri dari kaum Cina.”

Demikian antara berita tergempar yang disampaikan oleh TS Dr. Khir Toyo semasa menyampaikan ceramahnya di majlis Gerakan SSDE, di Jalan Kebun, Klang, malam semalam.

Penulis berpeluang hadhir di situ kerana kebetulan pada hari itu berada di sekitar Klang. Daripada apa yang penulis dapat saksikan sendiri, sambutan penduduk setempat sangat menggalakkan dan semangat mereka semakin berkobar-kobar membenci kerajaan pakatan di Selangor yang tidak mampu mentadbir negeri dengan baik sebagaimana diharapkan sebelum PRU-12.

Bukan setakat gagal mentadbir tetapi, kerja laku pemimpin pakatan yang di dalangai DAP ternyata sangat rakus dan sedang bermahrajalela merompak khazanah negeri Selangor secara terang-terangan.

Penulis tidak mahu membicarakan apa yang diceramahkan oleh Khir secara mendalam. Begitu juga dengan apa yang diceramahkan oleh Noh Omar dan Ezam Mohd. Noor. Video ceramah mereka tentu akan disiarkan oleh bloger yang selama ini memang mengikuti perkembangan fasa pertama SSDE berkenaan. Malah Gerakan SSDE ada krew untuk itu.

Apa yang menarik perhatian penulis untuk menulis ialah mengenai kenyataan Khir yang menyebutkan bahawa orang Melayu di Selangor lebih ramai menganggotai kumpulan kongsi gelap daripada kaum lain, iaitu seramai 16,000 orang.

Memang hebat dan sangat memeranjatkan. Biasanya, yang kita selalu dengar kaum yang ramai menjadi gangster ialah kaum Cina dan India. Tapi, di Selangor sekarang kaum Melayu mengatasi dua kaum lagi. Memang hebat Melayu Selangor sekarang....

Sebagaimana diterangkan oleh Ketua Pembangkang DUN Selangor itu, bertambah rancaknya kegiatan kongsi gelap di negeri berkenaan adalah kerana terdapat begitu banyak rumah urut dan tempat perjudian yang berlesen dan tanpa lesen. Tumbuh diseluruh bandar dan pekan kecil bagaikan cendawan selepas hujan.

Kata Khir, “Hinggakan di pekan kecil paling hulu iaitu Sabak Bernam pun terdapat lima buah rumah urut dan pusat maksiat berlesen dan empat buah lagi beroperasi tanpa lesen. Inilah punca utamanya dan Melayu Selangor semakin terjebak dengan keadaan itu.

“Arak boleh dibeli dengan mudah di semua premis 7 eleven di negeri Selangor. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor yang dipegang portfolionya oleh Ronnie Liu, bertanggungjawab membenar dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap operasi premis-premis tanapa lesen yang ada. Yang ada lesen semakin banyak, yang tak ada lesen pun banyak juga. Mana-mana pegawai yang berani bertindak akan dipecat sebagaimana terjadi dalam kes rompakan pasir di bumi Selangor,” kata bekas MB Selangor itu lagi.

Nampaknya, dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan Selangor didalangi oleh DAP yang dipimpin oleh seorang Ketua Kongsi Gelap menjadi kenyataan. Selain merompak dan menyamun harta negeri, gerakan meluaskan budaya gangsterisme berlaku serentak.

Biasalah, politik yang berfungsi atas kekuatan gerakan kongsi gelap memang memerlukan ahli yang ramai. Budaya kongsi gelap yang menetapkan bahawa ahli-ahli semestinya patuh dan taat setia kepada ketua, sememangnya sangat sesuai diguna pakai dalam gerakan politik kepartian. Itulah yang diamalkan Lee Kuan Yew semasa beliau mula menggerakkan politiknya di Singapura.

Melalui gerakan gangsterisme wang dan kekuatan dapat disepadukan dalam memantapkan perjuangan politik. Terbukti, cara Lee Kuan Yew itu membuahkan hasil dan Singapura berjaya jadi miliknya.

Apabila gerakan sedemikian cuba diterapkan di negara ini selepas Singapura menganggotai Gagasan Malayusia, maka Tunku Abdul Rahman tidak ada cara lain selain dari mengeluarkan Singapura dari Malaysia beserta Lee Kuan Yew sekali.

Kini, sejarah berulang kembali. Kejayaan DAP menguasai pakatan di Selangor membuka ruang untuk DAP mengembangkan pengaruh budaya gangsterisme. Mereka yakin cara itu dapat mengekalkan pengaruh politik chauvanis dan sosialis komunis yang jadi amalan mereka. Cara Lee Kuan Yew cuba dicontohi atau memang itulah arahannya kepada DAP.

Dan merekrut ramai orang Melayu menyertai gerakan kongsi gelap adalah untuk mengumpulkan orang Melayu Selangor dalam satu kumpulan gangster yang mereka kuasai sepenuhnya. Logiknya, walaupun bilangan ahli dari kaum Cina kurang tetapi, yang menjadi ketua dan pemimpin utamanya tentulah kaum itu. Melayu dan India hanya jadi balaci atau orang suruhan sahaja. Yang membunuh dan terbunuh biarkan Melayu dan India.

Sama ada berjaya atau tidak DAP menguasai Selangor selepas PRU akan datang, bergantung kepada sejauh mana setianya gangster kaum Melayu kepada kaum Cina DAP. Kalau semua gangster Melayu setia kepada pemimpin Cina sebagaimana Khalid Ibrahim setia dan tunduk kepada Ronnie Liu, harapan merampas semula Selangor agak rumit dan sangat mencabar.

Pak Sulung: Yakin dan percaya, Gerakan SSDE fasa dua, selepas Hari Raya nanti akan menumpukan sasaran kepada isu ini selain isu sedia ada. Ini adalah isu baru yang sangat merbahaya. Bertambahnya kes pembunuhan kejam di Selangor sejak akhir-akhir ini menjurus kepada isu berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog