Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 19 Mac 2011

PRN SARAWAK: Tolak 'Hantu Dan Jembalang' Dari Semenanjung Ketika P/Raya Nanti - TS Muhyiddin


Mambang putig, mambang coklat dan mambang kelabu dari Semenanjung....
PENDUDUK Sarawak perlu menolak 'hantu dan jembalang' yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana golongan ini boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, yang merupakan asas terpenting kepada kestabilan politik.

"Kestabilan politik inilah yang kita perlukan untuk negeri ini, malah di seluruh negara untuk terus maju dan berkembang. Kita kini berada dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang Iban 29 pintu, Rh.Wilson Bada di kampung Gran B Stumbin, Lingga, kira-kira 20 kilometer dari Sri Aman hari ini.

Muhyiddin berkata hantu dan jembalang itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang.

"Kami bimbang sekiranya rakyat membenarkan diri mereka diperdayakan, tahap pembangunan akan menjadi perlahan. Pakatan Rakyat bukanlah pakatan sebenar.

Mereka hanyalah pakatan longgar yang tidak mempunyai program atau rancangan sebenar untuk membantu. Yang mereka ada hanyalah retorik dan janji," katanya.

Beliau berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini lebih dikenali sebagai 'Parti Kian Runtuh' dengan pemimpin dan penyokongnya keluar dari parti itu setiap hari.

"DAP dan PAS mempunyai ideologi yang berbeza dan bercanggah. Sebaliknya, BN dengan 13 rakan politik yang berlainan mempunyai ideologi tunggal untuk berkongsi kuasa untuk membantu dan berkhidmat kepada rakyat," tegas beliau.

Muhyiddin berkata pemimpin BN juga menikmati hubungan kerjasama yang sangat akrab dan mesra di peringkat negeri serta persekutuan.

Mengenai Sarawak, beliau mengulangi bahawa kerajaan persekutuan sedar bahawa Sarawak sebuah negeri yang sangat besar dan memerlukan lebih banyak peruntukan pembangunan, malah lebih daripada sesetengah negeri.

DUN Sarawak akan dibubarkan Isnin ini
"Kami sememangnya sedar sebab itulah kami menghulur bantuan dan memberi lebih banyak peruntukan. Izinkanlah kami untuk terus membantu terutamanya dalam membawa lebih banyak kemudahan prasarana, pendidikan serta pembangunan sosial yang lebih baik lagi," katanya.

Muhyiddin berkata ia mudah dilakukan dengan hanya menyokong calon BN dalam pilihan raya nanti.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan peruntukan RM60.82 juta untuk pembinaan SMK Lingga, RM18.5 juta untuk projek jalan Stumbin/Tanjung Bijat/Stirau sepanjang 15 kilometer, RM50 juta untuk menaik taraf jalan Sembau/Stumbin, RM1 juta untuk program tebatan banjir bagi manfaat lima kampung Melayu dan RM600,000 bagi beberapa kawasan rumah panjang.

Muhyiddin turut mengumumkan geran pembangunan kerajaan masing-masing RM580 bagi setiap 1,022 keluarga dari 51 rumah panjang di kawasan berkenaan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Kalau rakyat Sarawak mahu berfikir lebih jauh lagi, sila ambil perhatian bahawa Sarawak adalah salah sebuah negeri di negara ini yang mempunyai hasil minyak.

Biasanya, bila sesebuah negeri atau negara itu ada hasil minyak, puak asing yang didalangi Yahudi akan berhempas pulas mahu menguasainya secara langsung atau tidak langsung.

Dalam konteks Sarawak, mungkin mereka kan menguasainya secara tidak langsung melalui kepimpinan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim yang mendapat kerjasama dari DAP - anak PAP.

Justeru itu, pada PRN Sarawak nanti tidak mustahil kuasa-kuasa asing itu akan membantu dari segi kewangan kepada pembangkang dengan harapan kuasa politik Sarawak dapat mereka kuasai dan takluki.

Memanglah minyak di Sarawak tidak sebanyak yang terdapat di negara-negara Timur Tengah yang telah mereka kuasai dimana kekacauan dan huru-hara sedang berlaku sekarang ini. Tetapi kalau Sarawak dapat mereka kuasai, maka modal kewangan politik pembangkang akan jadi kukuh untuk seterusnya menyerang dan merampas negara Malaysia untuk dijadikan pengakalan zionis di Asia Tenggara bersama Singapork.

Fikir-fikirkanlah....

PENYELEWENGAN DI YAYASAN SELANGOR: Memadaikah hanya dengan pengakuan MB?


AKHIRNYA Menteri Besar PKR Selangor, Khalid Ibrahim megakui berlaku kepincangan dalam pengurusan Yayasan Selangor termasuk perbelanjaan tidak berhemah menyebabkan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu, November tahun lalu mencecah hingga RM1 juta.

Memadai dan berbaloikan jika Khalid hanya mengakui kelemahan yang wujud dengan hanya menamatkan kontrak jawatan mereka yang terlibat melungkupkan wang Yayasan Selangor? Tahu dan sedarkah si Khalid untuk apa kerajaan terdahulu menubuhkan Yayasan Selangor?

Apakah Khalid tidak faham bahawa Yayasan Selangor itu ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu adalah bagi tujuan memantapkan lagi pembangunan ekonomi dan sosial orang Melayu di negeri Selangor melalui sebuah yayasan?

Kenapa perkara itu boleh berlaku? Sedangkan Khalid dan kerajaan PKR yang yang kononnya menjadi tunjang ‘pakatan haram’ di negara ini beriya-iya menggesa rakyat melakukan perubahan kerajaan semasa kempen PRU 2008 lalu?

Inikah jenis perubahan yang diuar-uarkan dahulu itu? Berubah untuk menghancur dan meruntuhkan agensi atau apa jua agensi dan institusi yang ditubuh khas untuk menambahbaik pembangunan sosial dan ekonomi orang Melayu di Selangor?

Bagaimana agaknya kalau seluruh Malaysia ini dikuasai oleh puak pakatan haram yang dianggotai tiga parti yang matlamat perjuangannya bertentangan antara satu sama lain, iaitu DAP, PKR dan Pas?

Khalid! Khalid!.... Apalah yang kamu telah lakukan untuk rakyat Selangor?

Semasa Umno Selangor membangkitkan isu ini – isu salahguna kuasa dan penyelewengan di Yayasan Selangor, kamu bukan main melenting dan menafikan jumlah perbelanjaan tanpa perancangan seperti di dakwa sebanyak RM800,000. Kamu minta bukti dan macam-macam alasan menepis dakwaan ketika itu. Kamu kata cuma RM300,000 sahaja yang digunakan.

Sekarang apa dah jadi? Pandai pulak kamu mengaku yang salahguna kuasa dalam penyelewengan itu berjumlah RM1 juta. Malah kamu juga mengakui bahawa Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November tahun lalu.

Apa jenis kulit muka kamu ni?

Wahai Khalid anak Pak Berahim, sedarkah kamu bahawa pemimpin DAP yang menguasai kamu itu adalah musuh agama Islam dan bangsa Melayu? Tahukah kamu bahawa DAP itu anti-Islam dan anti-Melayu?

Apabila kamu terus menerus mengikut telunjuk DAP dalam mengurus dan mentadbir negeri Selangor, itulah jadinya. Institusi yang bertujuan memantapkan pembangunan ekonomi dan sosial kaum Melayu di Selangor telah berjaya mereka (DAP) runtuhkan melalui ‘kebangangan dan ketololan’ kamu sebagai MB bangsa Melayu kelahiran Kuala Selangor yang hanya memikirkan soal kedudukan, jawatan dan RM.

Kalau kamu sayangkan bangsa kamu – Melayu dan negeri kelahiran kamu, Selangor, lebih baik kamu berundur diri dari jadi MB dan bertaubat sambil bermuhasabah diri mengenai kehancuran di negeri Selangor gara-gara kamu yang jadi MB dimana politik kamu berada dibawah telunjuk DAP.

Relakah kamu secara berterusan diperalat oleh DAP? Walaupun kamu sebagai anak Melayu yang jadi ketua mentadbir negeri Selangor, tetapi apa yang berlaku di negeri kamu jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Apakah kamu berhasrat menjadikan negeri Selangor seperti Pulau Pinang?

Berbalik kepada isu Yayasan Selangor yang kamu akui kehancurannya, apakah kamu fikir memadai hanya dengan ‘mengakui dan menamatkan kontrak jawatan’ mereka yang terilbat sahaja? Begitu mudah dan senang sekali kamu menyelasikan masalah?

Kalau begitu amalan dan tindakan kamu, maka semakin banyaklah lagi penyelewengan yang akan dilakukan oleh puak-puak yang kononnya menyokong kamu tetapi sebenarnya mereka mahu menjadi ‘perompak dan penyamun’ bertauliah di Selangor.

Selepas didedahkan segala penyelewengan dan ribuan juta ringgit mereka sapu bersih dalam pelbagai peluang yang ada, mereka kamu pecat atau tamatkan kontrak jawatannya dan biarkan Selangor papa kedana kerana semua hartanya telah disapu bersih oleh kroni DAP.

Kroni kaum Melayu, kalau ada pun sekadar dapat lelehannya sahaja. Dapat kuah. Yang balun isinya ‘kaw-kaw’  ialah puak DAP dengan cara ala gangster mereka.

Insafkan hakikat ini....
Apapun, diharapkan SPRM akan tolong menyelesaikan isu penyelewengan puak ‘haram jadah’ di Selangor itu dengan lebih serius lagi, walaupun DAP telah cuba melemah serta menjatuhkan moral SPRM Selangor melalui kes kematian Teoh Beng Hock yang hingga kini masih disensasikan oleh parti anti-Melayu dan anti-Islam itu.

Mereka yang melakukan kerja-kerja ‘merompak dan menyamun’ secara terhormat itu mesti diheret ke muka pengadilan dan dihukum seberat-beratnya kerana kesalahan yang telah mereka lakukan.

Puak dan jenis manusia ‘kurang hajar’ seperti itu mesti diajar secukupnya.

Untuk itu rakyat negeri Selangor yang cintakan agama Islam dan bangsanya mesti segera bangun beramai-ramai membersihkan anai-anai yang merobek negeri anda melalui PKR, DAP dan PAS.
- YopMan

"Kami tidak pernah kacau hak orang lain, tetapi mengapa hak kami hendak diceroboh," – Tok Batin



DEWI Malam menunjukkan peta kawasan Orang Asli yang dipercayai diceroboh di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor.
BATIN Malam Gerchang sudah semakin tua dengan pinggangnya kerap sakit tetapi kesakitan itu semakin bertambah sejak akhir-akhir inikerana melihatkan tindak-tanduk Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang semakin tidak mengendahkan kedudukan Orang Asli di Mukim Tanjung 12 dekat Kuala Langat.

Batin Malam, 77, berkata, tanah simpanan Orang Asli yang masih kekal itu sebenarnya adalah hasil peninggalan nenek moyang mereka yang dahulu diketuai oleh Batin Pelangi.

"Tanah tersebut dikurniakan oleh Almarhum Sultan Sir Abdul Samad iaitu Sultan Selangor keempat kepada kaum Temuan.

Itukah yg dijanjikan pakatan tiga parti ini?
"Baginda telah mengurniakan sebilah keris, golok dan tombak kepada Batin bagi menjaga dan mempertahankan tanah-tanah Orang Asli sekiranya berlaku kekacauan atau pencerobohan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Batin Malam berkata, sebenarnya Orang Asli bukan mahu membolot semua tanah tersebut sebaliknya hanya ingin berkongsi hasil mahsulnya untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat pribumi itu.

"Mana tanah yang sudah diletakkan di bawah rezab Melayu biarlah ia kekal begitu kerana mereka juga adalah masyarakat pribumi tetapi baki tanah yang masih ada di sini sepatutnya diserahkan kembali kepada Orang Asli.

Beliau yang kesal dengan sikap tamak segelintir pihak berkata, sekiranya apa yang diluahkan oleh masyarakat Orang Asli itu tidak diendahkan, lebih baik berlaku 'gempa bumi' di Mukim Tanjung 12.

"Tengok apa yang berlaku di Jepun, bila gempa bumi semuanya hancur. Samalah di sini kalau sudah hancur, saya hendak tengok pihak yang tamak itu, apa yang mereka dapat.

"Kami tidak pernah kacau hak orang lain, tetapi mengapa hak kami hendak diceroboh,"
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Khalid Ibrahim peduli apa dengan hak Orang Asli? Hak orang Melayu yang sebangsa dengannya pun dia tak kisah, inikan pulak hak Orang Asli. Yang Khalid utamakan ialah hak kepentingan kaum yang menyokong DAP dan suku sakat puak penyamun yang menguasai pentadbirannya di Selangor.



Kerajaan PKR Selangor ‘punggah’ hasil Orang Asli pulak.... Sampai bila rakyat Selangor harus berdiam diri dan melihat sahaja penyamun menyamun didepan mata?


ANTARA kawasan tanah Orang Asli yang didakwa diceroboh pihak tertentu dengan menjalankan operasi perlombongan pasir besar-besaran di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor. – Utusan/Rasmi Abdullah
KERAJAAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sebelum ini melaung-laungkan mahu membela hak dan nasib Orang Asli ternyata hanya bermain ‘wayang kulit’.

Ini kerana mereka kini didakwa sedang ‘memunggah’ hasil milik Orang Asli di kawasan seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 dekat Kuala Langat dengan sebahagian besarnya terletak dalam tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Mukim Tanjung 12 membabitkan tujuh buah kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara iaitu Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil, Bukit Perah, Busut Baru, Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol.

"Sekarang... Selangor kita punya...."
Tanah tersebut merupakan tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau kepada kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun lalu dan telah diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927.

Ia juga menjadi rebutan pelbagai syarikat kerajaan negeri dan ada antaranya didakwa diserahkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan masyarakat Orang Asli. Ini termasuk bekas lombong Petaling Tin Bhd. yang dikatakan sudah diberi milik kepada sebuah syarikat kerajaan negeri tetapi telah dijual pula kepada pihak ketiga.

Dipercayai Mukim Tanjung 12 adalah satu-satunya kawasan segi tiga berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang begitu kaya dengan hasil galian termasuk logam berharga sehingga menyebabkan ia menjadi rebutan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, tindakan membelakangkan hak Orang Asli telah menyebabkan masyarakat tersebut tidak boleh bersabar, apatah lagi menyedari latar belakang kawasan tersebut adalah penempatan utama suku Temuan di negara ini.

Sedangkan menurut mereka, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) pada 25 Januari tahun lalu telah mengeluarkan pengesahan bahawa Mukim Tanjung 12 adalah kawasan Orang Asli berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 29 November 1965.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Itulah keadilan untuk rakyat dan perubahan untuk semua yang mahu ditonjolkan oleh Parti Keadilan Rakyat di negara Malaysia ini. Memang segalanya mereka ubah dan mereka ‘sapu bersih’. Mereka telah berlaku adil kepada kroni-kroni yang menyokong mereka.

PKR yang berkuasa di Selangor membuktikan betapa rakus dan hebatnya mereka ‘menyamun’, ‘merompak’ dan ‘memunggah’ harta hasil bumi Selangor sesuka hati. Peduli apa dengan rakyat! Yang penting segala harta dan hasil yang ada disapu dulu sebelum peluang berkuasa akan habis tempoh setelah PRU-13 nanti.

Apakah semua ini harus dibiarkan sahaja oleh rakyat negeri Selangor? Telah terlalu banyak kes ‘samun’ harta rakyat dan negeri itu telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pakatan di Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim dari PKR tetapi segala kuasa penentu ditentukan oleh pemimpin DAP, terutamanya Ronnie Liu itu?

Tidak mampukah rakyat Selangor bangkit sepertimana rakyat Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman menurunkan pemimpin mereka?



Jumaat, 18 Mac 2011

Pembangkang Cuma Tahu Bersandiwara – Prof. Khoo


PAKATAN pembangkang yang dianggotai oleh Pas, Dap dan PKR cuma tahu bersandiwara dalam usaha mereka untuk mencapai agenda bagi mendapatkan kuasa, pangkat dan kedudukan, kata tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Katanya, pembangkang tidak pernah serius memikirkan masa depan negara sebaliknya apa yang terjangkau dalam pemikiran mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) biarpun ada rakyat yang akan menderita dan tertindas.

“Mereka ini hanya tahu buat kacau saja tidak kiralah dimana mereka berada sedangkan sewajarnya mereka tunjukkan kebolehan untuk menawan hati rakyat termasuklah dengan menandingi apa yang BN lakukan tapi terbukti pembangkang sangat mengecewakan,” katanya.

Jelas beliau lagi, pakatan pembangkang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri-negeri seperti Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang tetapi sehingga hari ini mereka gagal melakukan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah dilaksanakan oleh BN.

“Pembangkang ini tidak boleh buat apa-apa biarpun mereka berpakat sesama sendiri kerana bukan hanya idealogi berbeza malahan cara dan pendekatan yang diambil juga seringkali bertentangan, jadi bagaimana untuk mentadbir negara?”

Khoo berkata demikian dalam mengulas berkaitan usaha berterusan pakatan pembangkang yang cuba menghasut rakyat dengan menolak kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Tindakan sedemikian diinspirasikan oleh pembangkang dengan meniru kebangkitan masyarakat di Timur Tengah seperti yang sedang berlaku di Libya, Mesir, Yaman, Iran dan lain-lain lagi.

“Pembangkang tidak boleh membandingkan negara ini dengan apa yang berlaku di Timur Tengah termasuklah mana-mana negara luar sekalipun kerana Malaysia mempunyai cara dan pendekatan tersendiri.

“Kita mempunyai hubungan kaum dan keharmonian yang akrab, saling memahami dan mampu melahirkan rasa tolak ansur sesama bangsa bagi memastikan kejayaan terus dicapai malahan ia telah dibuktikan melalui persefahaman untuk mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957 lalu,” katanya.

Pakatan pembangkang mula membangkitkan propaganda untuk menumbangkan kerajaan kononnya melalui suara rakyat sejak pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor dan kemudiannya diikuti oleh DUN Kerdau, Pahang dan DUN Merlimau, Melaka.

“Rakyat tahu apa yang berlaku dan walaupun pembangkang cuba untuk menghasut dan melakukan pelbagai fitnah kepada kerajaan tetapi telah terbukti mereka ditolak dengan bukti kemenangan dalam PRK terbabit sebaliknya sokongan pengundi bertambah dengan majoriti lebih besar diperolehi oleh BN.”

Dalam hal ini, katanya telah memberi gambaran jelas kepada pembangkang bahawa keseluruhan rakyat tidak menyokong tindakan radikal apatah lagi untuk mengganggugugat kesejahteraan dalam negara.

“Kalau betul pembangkang ini bersikap matang, maka tunjukkanlah kebolehan dengan idea-idea baru dan bukannya hanya tahu berpura-pura, buat kacau dan mengganggu masyarakat untuk hidup dengan tenang,” katanya.
– MediaUMNO

SATU MELAYU:
Sebagaimana yang kita semua ketahui, Prof. TS Khoo adalah seorang pakar sejarah dan ahli akademik yang disanjung tinggi pandangannya.
Pendapat atau pandangannya yang berteraskan sejarah sering dirujuk dan ambil perhatian oleh rakyat dan juga pemimpin negara.

Justeru, kalau begitulah komen beliau apabila diminta pandangannya mengenai peranan dan kerjalaku puak pembangkang – DAP, PAS dan PKR, di negara ini, apa lagi yang boleh diharapkan kepada kerelevenan mereka sebagai pilihan rakyat dalam memimpin pembangunan negara bangsa bernama Malaysia?

Hanya orang-orang tolol yang hatinya bersarang sifat kecewa sahaja yang masih kekal bergantung harap kepada tiga parti pembangkang berkenaan.

Cukuplah mereka sekadar jadi pembangkang sahaja kerana setelah cuba diberi kuasa oleh rakyat di beberapa negeri melalui PRU 2008, terbukti mereka tak tahu buat kerja, tak gheti mentadbir malah lebih banyak menyusah daripada menyenangkan rakyat.
 Janji tidak pernah dipenuhi dan kesepakatan antara mereka pula sering terkantoi gara-gara matlamat perjuangan parti masing-masing tidak sehaluan.

PRN SARAWAK: Tunggu Esok - Taib Mahmud


KETUA Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membuat satu pengumuman pada Sabtu dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang.

"Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 di Kuching, hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat ‘pengumuman khas’.

Taib juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berada di sini esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.

Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah.

Semalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April.

Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai.

Dalam pilihan raya negeri yang lepas, Barisan Nasional memenangi 62 kerusi, DAP enam, Parti Keadilan satu, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) satu, dan Bebas satu.
- Bernama

SATU MELAYU:
InsyaAllah, pilihan raya negeri Sarawak yang sangat di nanti-nantikan oleh pembangkang, khasnya pakatan haram tiga parti dari Semenanjung Tanah Melayu – DAP, PKR dan PAS akan terlerai esok apabila Ketua Menteri dijangka akan mengumumkan tarikh pembubaran dean dan seterusnya tarik penamaan calon dan hari mengundi.

Keberangkatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke Sarawak esok menguatkan lagi ramalan bahawa pembuburan dewan undangan negeri Sarawak akan di umumkan pada Sabtu.

Semoga semuanya berjalan lancar dan kemampuan pakatan pembangkang menumbangkan BN menjadi isyarat sama ada rakyat di Malaysia masa kini telah kembali menerima Barisan Nasional atau sebaliknya.

Di masa sama, DS Najib dan timbalannya TS Muhyiddin akan dapat mengukur penerimaan rakyat atas kepimpinan mereka setelah bertungkus lumus berusaha membersih dan memantapkan BN yang kelihatan sedikit terencat pada PRU 2008 lalu.

Sistem Penguatkuasaan, Pendaftaran Warga Asing beroperasi 1 Jun

Kebanjiran pekerja dan pendatang asing di Malaysia

SISTEM Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) yang bertujuan memantau kemasukan setiap warga asing akan mula beroperasi di semua 96 pintu masuk utama negara, mulai 1 Jun ini.

Melalui sistem tersebut, pihak berkuasa mampu menangani pelbagai isu membabitkan warga asing termasuk pemalsuan dokumen, tinggal lebih masa, salah guna visa serta pemerdagangan manusia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, NERS adalah sebahagian inisiatif holistik kerajaan untuk memantau keseluruhan warga asing di negara ini termasuk pekerja, pelancong, pedagang dan pelajar serta pendatang tanpa izin.

Pada masa yang sama, beliau berkata, sistem NERS dan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) akan diperkukuh dengan pembangunan Sistem Advanced Passenger Screening (APSS) yang sedang dalam peringkat perincian spesifikasi.

"Sistem ini (NERS) hanya mengambil masa 20 saat untuk mendaftar dan merekodkan maklumat warga asing yang memasuki negara ini. Melaluinya kita akan mengetahui di mana warga asing berada jika mereka tinggal lebih masa," katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Katanya, maklumat serta cap jari yang diambil semasa proses pendaftaran membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti dan mengesan warga asing sekiranya mereka melanggar undang-undang negara.

Beliau berkata, sistem sedemikian sudah diguna pakai di Singapura, Australia serta Hong Kong dan ia terbukti berkesan.

Menyentuh mengenai mesyuarat berhubung Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan pada dasarnya bersetuju kadar levi bergantung kepada jumlah pekerja yang diambil dan tempoh perkhidmatan mereka.

"Ini bermakna jika seorang majikan menggajikan jumlah pekerja asing lebih ramai dan untuk tempoh masa yang lebih lama, kadar levi yang perlu dibayar akan semakin meningkat," katanya.

Menurutnya, perkara itu akan dibentangkan ke mesyuarat Kabinet pada Mei dan jika dipersetujui akan dilaksanakan mulai 1 Jun.
- Utusan

SATU MELAYU:
Ratusan juta ringgit terbuang kerana menahan pendatang asing....
Kebanjiran pekerja asing dan pendatang tanpa izin memang telah lama menjadi keresahan rakyat negara bertuah ini. Masalah sosial dan jenayah yang mereka bawa bersama sangat mencemaskan dan menjadikan indek jenayah negara meningkat.

Walaupun kebanjiran pendatang dan pekerja asing itu membayangkan negara ini menjadi salah satu tempat mencari rezeki yang menggalakkan dan petanda kemantapan ekonomi, tetapi kedatangan mereka turut menyebabkan berlakunya pelanggaran undang-undang dan peraturan negara, seperti pemalsuan pelbagai dokumen.

Dan kegiatan pemalsuan dokumen itu menyebabkan individu tertentu di kalangan pendatang sendiri mengaut keuntungan jutaan ringgit dan mencabar kredebiliti sistem pendokumenan negara yang kononnya tidak kurang canggihnya itu.

Tidak cukup dengan itu, ianya juga membabitkan rakyat negara ini sendiri yang mengambil kesempatan atas kebanjiran mereka dengan pelbagai salahlaku perundangan dan jenayah.
Tidak ketinggalan ianya juga menyebabkan berlakunya kegiatan rasuah di kalangan penjawat awam. Bukan sahaja yang berpangkat rendah malah tidak terkecuali yang berjawatan tinggi turut terlibat sebagaimana terbukti melalui pelbagai tangkapan dan penjatuhan hukum oleh mahkamah.

Justeru, dengan penubuhan NERS itu nanti, diharapkan segala permasalahan yang meresahkan rakyat itu akan berjaya diselesaikan dan negara jadi bersih dari dilabel sebagai lubuk rasuah dan indek jenayah dapat diturunkan.
InsyaAllah....

Ummi Hafilda saman Baginda Minda, Mkini Dotcom RM100 juta


Ummi bersama peguamnya menunjukkan saman fitnah yang mereka kemukakan ke mahkamah
SAKSI utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap ahli perniagaan, Baginda Minda ekoran penyiaran artikel di portal berita propembangkang, Malaysiakini yang didakwa berunsur fitnah dan menjatuhkan maruahnya.

Writ saman tersebut difailkan oleh Ummi Hafilda melalui firma guaman Tetuan Sahrihan & Hamdan pada pukul 1.30 petang di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ummi Hafilda, 43, selaku plaintif menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan penerbit portal berita di Internet itu, Mkini Dotcom Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Ummi Hafilda yang berjubah dan bertudung merah jambu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 1.05 petang dengan ditemani penasihat undang-undangnya, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.

Ketika ditemui pemberita, wanita itu menyatakan, beliau memfailkan saman tersebut bukan bermakna beliau takut dengan ugutan Baginda Minda tetapi demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

"Ini harga yang saya bayar untuk menegakkan kebenaran bagi membersihkan nama terutamanya ibu saya yang sangat sedih dengan fitnah tersebut.

"Tindakan ini juga memberi amaran kepada blogger-blogger yang tidak bertanggungjawab menabur fitnah tanpa sebarang bukti dan asas untuk menggugat saya sebagai saksi utama dalam kes liwat Anwar pada 1998," tegas beliau.

Ummi Hafilda turut menyatakan, Baginda Minda mesti cermin dirinya sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ummi Hafilda mendakwa, Baginda Minda telah memberikan kenyataan sindiran (innuendo) yang merujuk kepada dirinya pada sidang akhbar yang diadakan di lobi Bangunan Parlimen pada 15 Mac lalu.

Menurutnya, ayat-ayat fitnah yang diucapkan oleh Baginda Minda membawa maksud bahawa plaintif seorang ahli perniagaan yang terdesak untuk mendapatkan peluang perniagaan, seorang wanita yang tidak bermoral, tidak jujur, pembohong dan tidak boleh dipercayai.

Kenyataan-kenyataan tersebut, dakwa Ummi Hafilda, berniat jahat semata-mata untuk memfitnah dan memalukannya.

Baginda Minda juga, dakwanya, telah secara cuai mengeluarkan kenyataan tanpa mempedulikan atau mengambil langkah berjaga-jaga apabila tidak memastikan kebenaran atau kesahihan tuduhan fitnah tersebut.

Plaintif menyatakan, defendan kedua selaku pemilik portal www.malaysiakini.com melalui wartawannya, Hazlan Zakaria telah menulis atau menyebabkan artikel fitnah itu disiarkan pada pukul 2.31 petang, 15 Mac lalu dalam versi bahasa Inggeris diikuti pada pukul 3.04 petang hari yang sama bagi versi bahasa Malaysia.

Artikel tersebut bertajuk Baginda pula jelajah 'bongkar' Ummi Hafilda bagi versi bahasa Malaysia manakala versi bahasa Inggeris pula bertajuk Ummi's ex-partner threatens to 'tells all'.

Ummi Hafilda mendakwa, penyiaran artikel itu telah mengundang pelbagai komen, persepsi negatif dan meletakkan dirinya dalam suatu skandal dan kontroversi daripada pembaca.

Dengan pengucapan serta penerbitan artikel itu juga, menurut plaintif, peribadi, nama dan reputasinya telah terjejas dengan serius dan mengalami kerugian.

Plaintif berkata, sekiranya tidak dihalang oleh mahkamah, pihak defendan berkecenderungan untuk mengulangi pengucapan dan penulisan artikel tersebut yang boleh menjatuhkan maruah dan integritinya.

Sehubungan itu, beliau menuntut perintah injunksi untuk menghalang pihak defendan melalui ejen atau wakil mereka daripada mengucapkan, menulis, menyebar atau menerbitkan sebarang penulisan atau artikel fitnah dalam laman web itu, media cetak dan elektronik lain, Internet atau apa cara sekalipun.

Dengan itu, plaintif menuntut ganti rugi am RM100 juta di samping ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk untuk ditaksirkan oleh mahkamah.
- Utusan

SATU MELAYU:
Begitulah tindakbalas wajib yang perlu dilakukan apabila sesuatu berita atau kata-kata yang dianggap fitnah mengenai diri seseorang. Saman dan berjumpa di mahkamah untuk tegakkan kebenaran.
Dalam kes ini, Ummi Hafilda menyaman pihak yang dianggap memfitnah dirinya. Betul lerrr.... tu.

Yang mungkin tidak betul atau menghairankan ialah apabila ada tuduhan terhadap seseorang atau beberapa orang, tetapi orang itu tidak berani menjawabnya apatah lagi menyaman fitnah di mahkamah.

Isunya, Ummi Hafilda sejak akhir-akhir ini menyerang secara terbuka melalui pendedahannya terhadap abang kandungnya Azmin; kakak iparnya, Shamsidar dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Beliau mendakwa ada bermacam-macam skandal antara mereka bertiga.

Bagaimanapun, ketiga-tiga hamba Allah yang didedahkan Ummi itu ‘tidak berdetik’ – tidak berani menjawab. Sebaliknya mereka mengambil pendekatan mendiamkan diri. Malah ketika berdepan dengan Ummi dalam dua majlis ceramah berdepan pada PRK Kerdau, di Pahang, baru-baru ini Anwar Ibrahim cabut lari selepas 20 minit berucap.

Ketua Pembangkang itu jadi panas kerana tidak mampu bertahan dengan apa yang didedahkan oleh adik Azmin Ali itu.

Akhirnya, setelah desakan hasil pendedahan Ummi itu semakin galak, semakin mendapat perhatian rakyat dan tidak lagi mampu ditangkis oleh Azmin, Shamsidar dan Anwar, tiba-tiba muncullah berita pengakuan seorang ‘orang suruhan’ yang mahu melawan Ummi Hafilda bagi pihak tiga serangkai itu. Kononnya dia akan dedahkan pula skandal peribadi adik Timbalan Presiden PKR itu.

Justeru, Ummi Hafilda pun bertindakbalas dengan mengemukakan saman fitnah di mahkamah.

Begitulah kisah sepintas lalu yang boleh dianggap sebagai ‘Lain bengkak, lain pula yang bernanah’.

SURUHANJAYA SIASATAN KEMATIAN TBH: Teoh hanya saksi berkepentingan, bukan subahat


SURUHANJAYA untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock pada Khamis diberitahu bahawa Teoh hanyalah saksi berkepentingan yang mungkin membantu ketuanya dalam melakukan sesuatu kesalahan.

Pemangku Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hairul Ilham Hamzah, berkata walaupun terdapat empat dokumen yang mencurigakan diperoleh daripada komputer riba Teoh, status beliau sebagai saksi berkepentingan tidak berubah kepada saksi bersubahat.

Katanya saksi berkepentingan adalah mereka yang biasanya bekerja untuk majikan mereka dan beliau membuat kesalahan itu kerana mengikut arahan dan ada juga yang mendapat habuan daripada kerja-kerja berkenaan.

"Dalam kes ini iaitu pada 15 dan 16 Julai 2009, status Teoh hanya sebagai saksi berkepentingan dan bukannya saksi bersubahat," katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk Seri Mohammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM dalam prosiding suruhanjaya siasatan itu.

Isu sama ada Teoh adalah saksi subahat atau saksi berkepentingan itu timbul selepas Hairul Ilham memberitahu bahawa hasil siasatan pegawai bawahannya, mendapati tiada rekod menunjukkan empat dokumen mencurigakan di hantar ke e-mel Teoh.

Hairul Ilham berkata beliau dan pegawai SPRM lain mengesyaki dokumen mencurigakan itu adalah draf dan ia dibuat oleh Teoh sendiri.

Pengerusi suruhanjaya itu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan seorang lagi anggota suruhanjaya iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman kemudiannya menimbulkan persoalan adakah berikutan keadaan tersebut, Teoh berstatus suspek atau saksi subahat.

Abdul Kadir: "Jadi dia (Teoh) suspek?"
Hairul Ilham: "Tidak."

Abdul Kadir: "Ia boleh dikatakan rakan sepenjenayah."
Hairul Ilham: "Ia boleh dikatakan."

Foong: "Kamu nak pergi pada sasaran sahaja (sasaran pada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah)."
Hairul Ilham: "Tidak. SPRM juga macam mahkamah. Kami ingin mencari keadilan bukan tuju pada Ean sahaja."

Foong: "Tapi ia boleh juga kata Teoh berpakat dengan bos dia. Mungkin Teoh juga bersalah. Ean sasaran tetapi dalam siasatan kamu dapati Teoh adalah kroni dia, jadi Teoh adalah partner of crime. Jadi kalau begitu bukankah kamu boleh paksa Teoh memberi keterangan terhadap Ean."
Hairul Ilham: "Kita tidak boleh paksa."

Abdul Kadir: "Kamu boleh dorong dia untuk salahkan Ean."
Hairul Ilham: "Tidak."



Hairul Ilham adalah saksi ke-22 yang dipanggil memberi keterangan dalam suruhanjaya ini berkata penyiasatan ke atas Yong adalah berhubung dengan aduan yang menyatakan semua ADUN pakatan pembangkang salah guna kuasa dan nama Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok serta Exco negeri Selangor, Ronnie Liu turut dilaporkan.

Empat dokumen mencurigakan itu adalah empat invois dari empat syarikat yang dicetak daripada komputer riba milik Teoh dan terdapat tiga kesalahan ejaan yang sama bagi tiga invois syarikat berlainan.

Berikutan itu, pegawai SPRM yang menyiasat Teoh mendapati ia mencurigakan malah menurut Hairul Ilham terdapat beberapa dokumen yang tidak lengkap termasuk tiada tandatangan, kuantiti serta sebut harga.

Susulan perolehan maklumat dokumen mencurigakan itu, Hairul Ilham berkata beliau telah mengarahkan beberapa pegawai SPRM melakukan siasatan.

"Beberapa anggota SPRM ke Seremban bertujuan mendapatkan dokumen dari seorang kontraktor Lee Wye Weng yang dikatakan melakukan tuntutan kerja bagi semua kerja ADUN Seri Kembangan dan Adun Kampung Tunku.

"Mereka ke rumah Lee dan memperoleh beberapa cek dan catatan tangan yang masukkan wang pada DAP dan penerima lain," katanya.

Tambah Hairul Ilham siasatan tersebut juga mendapati pemilik asal (empat syarikat) menafikan telah membuat projek seperti yang didakwa dalam penyata tuntutan.

"Keempat-empat syarikat berkenaan wujud dan pengurus yang disebut di dalam dokumen adalah betul, cuma mereka menafikan melakukan projek itu," katanya.

Selain Foong dan Abdul Kadir, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lalu, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka'' berhubung kes itu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Yong, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu.

Prosiding disambung Isnin.
- Bernama

Khamis, 17 Mac 2011

Mahkamah Tolak Permohonan Victoria Untuk Jadi Peguam Syarie


MAHKAMAH Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa 
Khas) di sini pada Khamis menolak permohonan seorang peguam wanita bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin, untuk menjadi seorang peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak permohonan yang difailkan oleh Victoria pada 19 Mei tahun lepas untuk semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menolak permohonannya untuk menjadi peguam syarie.

Dalam penghakimannya, Rohana berkata MAIWP mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk mengeluarkan syarat mengenai pelantikan peguam syarie di mana syarat berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Parlimen memberi kuasa kepada MAIWP untuk membuat syarat-syarat mengenai kemasukan peguam syarie iaitu prosedur, kelayakan dan pembayaran dan kuasa yang diberikan adalah sangat luas," katanya.

MAIWP mempunyai kuasa untuk berbuat demikian seperti mana dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993, katanya.

Victoria, 49, yang memperoleh Diploma dalam Undang-undang Syariah dan Amalan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2004, telah memohon tindakan undang-undang di mahkamah sivil setelah permohonan beliau untuk diterima sebagai peguam syarie ditolak oleh MAIWP. Dalam permohonan itu, Victoria, yang diwakili peguam Ranjit Singh menamakan MAIWP sebagai defendan.

MAIWP diwakili peguam Sulaiman Abdullah.

Beliau memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie menafikan permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie.

Antara lain, Victoria, mahu satu perintah mandamus untuk meminta MAIWP menerima beliau sebagai peguam syarie.

Beliau juga meminta satu pengisytiharan bahawa Perintah 10 Peraturan Peguam Syarie 1993, memberikan mandat bahawa hanya orang Islam boleh diterima sebagai peguam syarie, bercanggah dengan Artikel 5, 8, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pada 14 Mei tahun lepas, beliau mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi dalam perundangan permulaan untuk memohon menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan selepas Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan permohonan beliau untuk semakan kehakiman.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu keperluan utama untuk menjadi seorang peguam syarie ialah seseorang itu mesti beragama Islam.
- Bernama

SATU MELAYU:
Alhamdulillah!
Salah satu isu yang memeningkan umat Islam di Malaysia kini telah selesai. Cabaran demi cabaran oleh kaum bukan Islam terhadap pelaksanaan hukum-hakam Islam berjaya ditangkis.
Apakah kemantapan agama Islam di negara ini cuba diasak supaya jadi bercelaru oleh golongan yang mahu meruntuhkan Islam?

Apa rupanya, apabila seseorang yang memohon keadilan di mahkamah syariah diwakili oleh seorang peguam yang bukan Islam?
Mungkin dia tahu segala hukum-hakam dalam Islam malah mungkin boleh menghafaz ayat-ayat al-Quraan dan petah berbicara mengenainya, tetapi dia sendiri tidak Islam. Dia tidak terikat dengan syahadah meng-Esa-kan Allah dan mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Sedangkan segala hukum-hakam Islam itu datang daripada Allah SWT melalui al-Quraan dan sunah Rasulullah.

Apa kata selepas dibenarkan bukan Islam jadi peguam syarie, maka akan ada pula tuntutan kemudiannya supaya hakim syarie juga boleh dari kalangan bukan Islam.
Ketika itu mungkin ada seorang bukan Islam yang berkelulusan tinggi dalam bidang syariah, malah mungkin boleh menghafaz al-Quraan, tetapi dia bukan Islam?
Apa akan jadi? Adakah ini tanda-tanda akhir zaman yang menghampiri kiamat dunia?
Fikir-fikirkanlah....

Pelajar Asing Belajar Bahasa Melayu Melalui Siri Upin Dan Ipin


SIRI animasi kanak-kanak di televisen tempatan ‘Upin dan Ipin’ menjadi bahan berkesan mempelajari bahasa Melayu di kalangan pelajar asing di Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan University of Peking, China.

"Siri ini telah membantu mempermudahkan lagi penguasaan komunikasi bahasa Melayu di Beijing dan ia menjadi antara rancangan yang disukai oleh pelajar asing di China," kata Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu di BFSU, Profesor Dr Awang Sariyan.

‘Upin dan Ipin’ mula disiar di TV9 pada bulan Ramadan 2007 yang bertujuan mendidik kanak-kanak tentang ibadah berpuasa.

Ia kini memasuki musim keempat yang rancangannya boleh turut diikuti dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet dan berjaya dipasarkan ke Indonesia.

Di atas kejayaan menambat hati penonton serantau, siri ini disenarai dalam Malaysia Book of Records tahun ini sebagai "Animasi Paling Berjaya".

Awang berkata banyak VCD ‘Upin dan Ipin’ didapati dimiliki oleh pelajar di BFSU yang kebanyakannya mereka perolehi dengan cara membeli terus dari pengedar di Malaysia.

Sehubungan itu beliau menggesa penerbit filem animasi di negara ini supaya memperbanyakkan lagi penerbitan mereka kerana pembelajaran bahasa Melayu melalui VCD kini semakin popular dan mempermudahkan pelajar asing menguasainya.

"Usaha menerbitkan perisian komputer, komik, video dan seumpamanya dalam semua bidang ilmu perlu dilakukan manakala seni dipergiatkan lagi bagi mengembangkan budaya belajar melalui wahana teknologi maklumat dan komunikasi," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata usaha seumpama itu sesuai dengan resolusi Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu 2011 yang berakhir di sini Khamis.

Awang berharap kegiatan kebahasaan yang kreatif dan inovatif bagi memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu terutama kepada generasi muda diperhebat dan diperbanyakkan dalam memastikan bahasa Melayu terus mekar dan terus maju.
- Bernama

SATU MELAYU:
Bagi rakyat Malaysia siri animasi Upin dan Ipan sekadar penghibur yang digolongkan sebagai sisi ‘cerita kartun’ untuk hiburan kanak-kanak semata-mata.
Tanpa disedari siri itu telah menempa nama di banyak negara dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi menonjolkan budaya, bahasa dan negara Malaysia di mata dunia.

Tidak syak lagi siri Upin dan Ipin adalah satu contoh kejayaan anak Malaysia mencipta satu siri animasi yang menjulang peradaban negara di mata dunia.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak Malaysia yang mengusahakan siri itu.
Kejayaan mereka sepatutunya jadi contoh teladan dalam menerapkan slogan ‘Malaysia Boleh’.

Sheares Guru Saya, Tidak Mungkin Saya Lupa : Dr Mahathir


TUN Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau tersilap fakta dalam memoirnya berhubung pertemuan dengan bekas Presiden Singapura Benjamin Henry Sheares, sambil menjelaskan bahawa pemimpin republik itu merupakan gurunya dan tidak mungkin beliau terlupa siapa yang beliau temui.

"Saya berjumpa dengan Encik Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia adalah satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya semasa saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya," katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing.

Wartawan dari The Straits Times, Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan bahawa pada masa itu, Sheares telahpun meninggal dunia, dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan Presiden lain iaitu Devan Nair dalam satu majlis makan tengah hari.

Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr Mahathir berjudul 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' yang dilancarkan minggu lepas dan mendapatkan sambutan hangat.

Satu lagi kandungan dalam memoir itu yang menyatakan Dr Mahathir diberi sambutan dingin semasa melawat Singapura semasa baru menjaadi Perdana Menteri turut dipersoal oleh wartawan berkenaan yang berkata, rekod akhbarnya mencatatkan Lee sendiri menyambut Dr Mahathir di lapangan terbang bukan seperti catatan bukunya yang mengatakan beliau hanya disambut pegawai protokol dan Lee hanya muncul selepas 15 minit.


"Bahagian pertama (bab berkenaan) adalah mengenai pertemuan saya dengan Lee Kuan Yew, dan bahagian kedua, saya juga pergi (berjumpa Sheares), bukan pada hari yang sama atau lawatan yang sama.

"Yang pasti, saya bertemu Encik Sheares. Saya pergi bersama isteri saya dan beliau boleh mengesahkan sama ada ia benar atau tidak," kata Dr Mahathir.

Ketika diminta menyatakan tarikh sebenar beliau bertemu Sheares, beliau berkata : "Saya tak dapat ingat secara khusus perkara sekecil seperti itu. Manusia kadangkalanya terlupa. Saya tak dapat ingat apa yang yang saya lakukan pada 21 Mei 1931. Anda bolehkah?"

Wartawan itu menjawab : "Saya belum pun dilahirkan."

"Anda belum dilahirkan? Sekurang-kurangnya anda boleh ingat yang anda belum dilahirkan," kata Dr Mahathir.
- Bernama

Saksi kes jenayah larikan diri



Selain pintu pagar IPD, dua kenderaan lain turut rosak akibat dilanggar kereta yang dinaiki oleh dua saksi yang melarikan diri dari IPD Seremban, semalam.

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban semalam – Rabu, gempar apabila dua saksi kes jenayah yang dipanggil tiba-tiba bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta dan merempuh pintu pagar utama kompleks tersebut.

Dalam kejadian pukul 5.40 petang, suspek lelaki bersama rakan wanitanya berusia lewat 20-an dipanggil ke IPD Seremban bagi membantu siasatan berhubung satu laporan palsu berkaitan kes samun.

Namun, setibanya di pekarangan IPD itu dengan sebuah kereta Proton Perdana V6 berwarna perak, mereka enggan keluar dari kenderaan walaupun diarah berbuat demikian oleh anggota bertugas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, kedua-duanya kemudian bertindak agresif dan melarikan diri dengan kereta tersebut.

"Ketika melarikan diri, kereta itu melanggar sebuah kereta seorang anggota polis, merempuh pagar utama dan sebuah lagi kereta milik orang awam.

"Mereka berjaya melarikan diri dan usaha polis untuk menghalangnya gagal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Yusoff berkata, polis yang melancarkan gerakan memburu mereka menemui kereta itu ditinggalkan di sebuah pasar raya di Seremban 2.

"Kita percaya mereka melarikan diri dengan kenderaan lain. Siasatan mendapati nombor pendaftaran kereta itu palsu dan kenderaan berkenaan dilaporkan dicuri di Selangor, baru-baru ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Yusoff memberitahu, kedua-dua suspek berkenaan dipanggil ke IPD bagi membantu siasatan laporan palsu melibatkan pengadu berusia 55 tahun yang kononnya menjadi mangsa samun, Ahad lalu.

"Lelaki itu membuat laporan polis disamun tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira di sekitar bandar ini.

"Pengadu mendakwa beberapa barangan kemas miliknya bernilai RM4,000 disamun oleh suspek," katanya.
Mohd. Yusoff berkata, susulan laporan itu, polis menahan dua suspek berusia 20-an di sekitar Seremban pada keesokan harinya dan siasatan mendapati laporan berkenaan adalah palsu.

"Malah kedua-dua suspek itu dan pengadu saling mengenali antara satu sama lain. Kedua-dua lelaki yang dipanggil memberi keterangan itu kita tahan apabila ujian air kencing mendapati mereka positif dadah," jelasnya.

Katanya lagi, pihak polis kemudian memanggil semula pengadu dan dia juga ditahan selepas ujian air kencing mendapati dia turut positif dadah.

"Kita juga memeriksa rumah pengadu terbabit dan kita dapati semua barang kemas dilaporkan disamun masih berada dalam simpanannya kecuali satu gelang emas.

"Apabila soal siasat dilakukan semula pengadu memberitahu bahawa gelang emas berkenaan berada dalam sebuah kereta Proton Perdana milik rakannya," katanya.

Mohd. Yusoff memberitahu, pengadu kemudian menghubungi rakannya itu dan memintanya hadir di IPD Seremban bagi mengambil semula gelang emas yang didakwa berada dalam kenderaan itu sebelum lelaki dan pasangannya melarikan diri.

"Kita sedang giat memburu lelaki yang memandu kereta Perdana V6 terbabit bersama rakan wanita itu.

"Buat masa ini ketiga-tiga lelaki yang ditahan tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Kata Mohd. Yusoff, motif lelaki itu yang mendakwa disamun masih belum diketahui dan tindakan rakannya yang berani membawa masuk kereta curi ke dalam kawasan IPD sebelum melarikan diri juga masih misteri.

"Kita yakin semua itu akan terungkai apabila kedua-dua suspek berjaya ditahan dan kita meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi polis," ujarnya.
- Utusan

Ancaman radiasi meningkat: Reaktor nuklear semakin panas, 140,000 penduduk tak boleh keluar rumah



GAMBAR yang dikeluarkan Tokyo Electric Power Co (TEPCO) menunjukkan reaktor ketiga dan keempat Loji Nuklear Fukushima rosak dan terbakar hari ini. - Foto AFP
JEPUN belum dapat menyelesaikan masalah loji nuklearnya di Fukushima selepas pekerja diarahkan meninggalkan seketika tempat itu semalam kerana tahap radiasi meningkat.

Pihak berkuasa berkata, tahap radiasi di ibu negara itu 10 kali tinggi daripada normal tetapi tidak membahayakan kesihatan manusia di bandar yang mempunyai 13 juta penduduk.

Pencemaran radiasi dilaporkan melanda Tokyo sejak 24 jam lalu meskipun pada tahap rendah dan kebakaran di loji nuklear berkenaan awal daripada itu meningkatkan lagi kebimbangan, lapor agensi berita Kyodo.

Pakar nuklear dan ahli akademik berkata, penyelesaian sedang dicari untuk mengawal kebocoran radiasi di loji Daiichi, wilayah Fukushima bagi mengelakkannya menjadi bencana nuklear paling teruk dalam sejarah.

“Ini adalah mimpi buruk yang berlaku perlahan-lahan,” kata pakar penyelidik di Pusat Pengajian Antarabangsa, Institut Teknologi Massachusetts, Dr Thomas Neff.

Pekerja loji itu cuba membina laluan bagi membolehkan jentera bomba masuk ke rektor nombor 4 yang terbakar. Stesen televisyen NHK menunjukkan asap atau wap kelihatan naik di kemudahan itu kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan).

Helikopter angkut air laut
Bimbang dengan krisis yang dihadapi pekerja loji yang bekerja termasuk keletihan selepas bekerja berhari-hari sejak gempa bumi melanda, pihak berkuasa mengarahkan 750 pekerja untuk pulang dan hanya tinggal 50.

Mereka yang tinggal diarahkan keluar sejam selepas itu kerana tahap radiasi terlalu tinggi tetapi kemudian dibenarkan kembali, kata pegawai rasmi.

Pihak berkuasa menghabiskan beberapa hari terdesak untuk mengelakkan air yang digunakan untuk menyejukkan radioaktif daripada mendidih yang boleh menyebabkan kepanasan dan membebaskan bahan radiasi berbahaya di atmosfera.

Tahap 400 millisievert sejam direkodkan berdekatan rektor nombor 4, kata kerajaan. Pendedahan kepada lebih 100 millisieverts setahun boleh membawa kepada kanser, kata Persatuan Nuklear Dunia.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan meminta 140,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu supaya tidak keluar rumah.

Jepun bimbang kebocoran serius bermakna ia akan sama dengan insiden nuklear paling teruk sejak Chernobyl di Ukraine pada 1986.

Sejak gempa bumi dan tsunami melanda Jumaat lalu, empat letupan berlaku di loji nuklear yang rosak itu, terbaru letupan di reaktor nombor 2 dan 4.

Angka kematian rasmi kerana gempa dan tsunami mencecah 4,000 manakala lebih 7,000 lagi senaraikan sebagai hilang.

Salji menjejaskan lagi keadaan ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa dan tsunami kerana terpaksa bermalam dengan kesejukan akibat bekalan elektrik terputus.

Kebimbangan terus menyelubungi kerana radiasi dikhuatiri sampai kepada penduduk di barat laut Amerika Syarikat dan Kanada.

Pihak berkuasa memberi amaran orang ramai yang terdedah kepada radiasi supaya mengambil pottasium iodin bagi melindungi daripada kanser.

Radiasi nuklear menjadi isu sensitif bagi Jepun selepas kejadian paling teruk melanda negara itu ketika pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada 1945.
– Reuters/BHOnline

‘Nuklear berisiko’ – Tun Dr. M

Bencana kerana radiasi jauh lebih buruk daripada gempa bumi dan tsunami. Kesannya lebih merbahaya kepada kehidupan manusia dan alam sekitar dan masa bencananya pun agak lama.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pembinaan loji nuklear untuk menjana tenaga adalah berisiko kerana manusia masih gagal memahami kuasa tersebut.

Beliau berkata, sebab itu, penggunaan tenaga nuklear tidak menjadi satu opsyen sewaktu era pentadbirannya kerana kerajaan mempunyai pengalaman yang tidak baik dengan kesan radiasi.

‘‘Saya tidak tahu sama ada kamu sedar atau tidak, tetapi kita pernah mempunyai pengalaman tidak baik kerana kita tidak boleh menghapuskannya (radiasi),” katanya selepas merasmikan Bangunan Lestari Kumpulan Emkay, di Cyberjaya pada Rabu.

Sebelum ini, Dr. Mahathir pernah menulis dalam blog beliau mengenai pengalaman kerajaan berdepan dengan masalah pengurusan tahi bijih atau amang yang menjadi bahan radioaktif selepas diproses untuk digunakan dalam pembuatan televisyen berwarna.

Dalam artikel yang ditulis pada 2009, beliau memberitahu, tapak untuk menanam produk sampingan tersebut masih mempunyai kesan radioaktif walaupun selepas bertan-tan simen dicurahkan.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir memberitahu, kerajaan yang dipimpin beliau memilih minyak, gas, arang batu dan air sebagai sumber untuk menjana tenaga.

‘‘Saya dengar lebih banyak negara akan mempunyai loji nuklear, jadi lebih banyak risiko yang akan timbul,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, semua pihak perlu memainkan peranan untuk memelihara alam sekitar bagi mewujudkan kehidupan lebih sihat dan selesa.

‘‘Dengan menyedari kepentingan alam sekitar, ia dapat memastikan masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, bangunan Lestari Kumpulan Emkay di sini merupakan bangunan pertama di negara ini yang mendapat pengiktirafan Peneraju Dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED) dari Amerika Syarikat.

‘‘Pengiktirafan ini diberikan selepas kita dinilai dan disahkan memenuhi kriteria hijau dalam pelbagai aspek termasuk dari segi penggunaan bahan dan sumber,” katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Pengalaman melalui peristiwa yang jadi sejarah adalah ‘pengajar’ terbaik untuk manusia yang berakal.
Kehidupan yang terlalu mementing kebendaan dan keuntungan wang mudah membinasakan manusia dan alam sekitarnya.

Apakah negara kita akan dilabel dunia sebagai tidak maju atau ketinggalan zaman jika kita tidak menggunakan kuasa nuklear?

Ingatlah kepada firman Allah SWT yang bermaksud: “Dunia ini akan binasa kerana tangan-tangan manusia itu sendiri”.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog