Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 10 November 2011

Pembunuhan Banting: Doktor Sahkan Gigi Milik Manusia

SEORANG Pegawai Pergigian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis, mengesahkan bahawa tujuh sampel yang diperoleh daripada Sungai Panchau, Banting, dekat sini adalah gigi manusia.

Doktor Norhayati Jaffar, 38, yang merupakan saksi pendakwaan ke-69 pada perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang lain membuat keputusan itu setelah melakukan ujian morfologi, anatomi, saiz dan imej x-ray yang diperoleh daripada sampel tersebut.

"Saya membuat keputusan ini adalah gigi manusia berdasarkan akar gigi yang terdapat pada sampel tersebut. Ada juga sampel yang mempunyai tisu gigi yang terdapat pada gigi manusia.

"Jika dibandingkan dengan haiwan, persamaan yang paling dekat adalah dengan mawas, tetapi saiznya akan lebih besar," katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada prosiding sama, Norhayati juga memberitahu, tiga lagi sampel gigi yang diserahkan kepada beliau untuk tujuan pemeriksaan didapati adalah bukan gigi manusia. Tiga sampel berkenaan berlabel 'T' iaitu tapak yang membawa maksud ia ditemui di ladang tempat pembunuhan tersebut didakwa berlaku.

Pemeriksaan terhadap sampel-sampel itu dibuat pada 17 September 2010 di bilik mayat HKL selepas diminta untuk berbuat demikian oleh Pakar Perubatan Forensik, Doktorr Nurliza Abdullah, 46, yang menemui spesimen dipercayai gigi semasa menjalankan pemeriksaan kepada semua 2,040 spesimen yang dikumpulkan dalam siasatan kes itu.

Daripada jumlah itu, Nurliza yang merupakan saksi pendakwaan ke-63 berpendapat 2,030 spesimen adalah berkemungkinan besar tulang manusia.

Sementara itu, semasa disoal balas oleh peguam Manjeet Singh Dhillon, Norhayati bersetuju bahawa terdapat percanggahan dalam laporan yang disediakan oleh beliau dan Nurliza, yang mana saksi menggunakan perkataan 'manusia' dengan jelas manakala Nurliza lebih cenderung menggunakan perkataan 'berkemungkinan'.

Berhubung tiga sampel yang disahkan sebagai bukan gigi manusia, Norhayati berkata, beliau berpendapat gigi tersebut mungkin datang daripada lembu, kambing atau biri-biri.

"Ia hanya sebagai contoh kerana saya tidak boleh memberikan jawapan dengan pasti melainkan jika ada melakukan ujian seperti asid deoksiribonukleik (DNA) atau jika sampel itu dirujuk kepada pakar veterinar.

"Pada pendapat saya, pakar veterinar perlu dipanggil bagaimanapun ia bukan keputusan saya untuk berbuat demikian," katanya.

Norhayati seterusnya tidak bersetuju dengan cadangan Manjeet bahawa Nurliza telah memberitahu apa yang mahu diperolehnya semasa menyerahkan sampel-sampel berkenaan pada 17 September tahun lalu.
Manjeet: Adakah Nurliza ada beritahu kamu bahawa dia telah pergi ke ladang?
Norhayati: Tidak (saksi menjawab dalam nada yang agak perlahan)

Manjeet : Kamu teragak-agak dalam jawapan kamu. Jawapan 'tidak' lebih perlahan dan lebih panjang daripada biasa. Kamu seorang pegawai pergigian, tetapi saya adalah peguam. Saya memerhatikan pelakuan manusia.

Menerangkan perkara itu, Norhayati berkata, beliau tidak dapat mengingati jika perkara itu ada diberitahu oleh Nurliza, tetapi saksi pasti bahawa beliau pernah membaca mengenai perkara itu di dalam suratkhabar.

Prosiding yang masuk hari ke-48 juga menyaksikan Manjeet 'diusik' kerana keadaan fizikalnya yang kelihatan lebih muda daripada usianya yang telah mencecah 69 tahun.

Apabila Hakim Datuk Akhtar Tahir bertanyakan apakah petua yang diamalkan oleh Manjeet, peguam itu secara berseloroh menjawab: "Berlawan dengan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya yang menyebabkan saya kelihatan lebih muda."

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathma-
nabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, 20, R.Matan, 21, dan R.Kathava-
rayan, 31, sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Semua mereka juga didakwa membunuh pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul antara 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di ladang lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati mandatori.

Perbicaraan akan bersambung Jumaat.
- Laporan: mStarOnline

Begitulah nasib Melayu apabila negeri dikuasai kaum imigran.... Kerajaan Pusat terpaksa peruntuk RM120 juta untuk Melayu Penang beli rumah....

APAKAH ini yang dikatakan ‘merempat di tanah air sendiri’? Hidup jadi melarat dan kesempitan ekonomi semakin menjadi-jadi apabila negeri tanah tumpah darah hak milik sendiri tergadai kepada kekuasaan kaum imigran yang memang memusihi Melayu/Islam?

Nasib baik ada Kerajaan Pusat pimpinan majoriti Melayu/Islam yang masih perihatin terhadap penderitaan orang Melayu Pulau Pinang gara-gara tekanan ekonomi oleh pemimpin negeri yang secara halus mahu menghalau orang Melayu/Islam dari negeri yang masih dipajak daripada Kedah itu.

Demikian fahaman yang dapat SM rasakan apabila terbaca berita mengenai peruntukan dana RM120 juta untuk bantu Melayu Pulau Pinang sebagaimana tersiar di Berita Harian Online hari ini.

Hakikatnya, bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Kerajaan Pusat memperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi melaksanakan pelbagai program pada tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata peruntukan itu akan digunakan bagi membiayai program dalam aspek perumahan, keusahawanan dan modal insan.

Dana berkenaan sebahagian daripada RM165 juta yang diperuntukkan untuk tempoh dua tahun, mulai tahun ini. Sebanyak RM45 juta dibelanjakan tahun ini.

“Kita masih ada banyak lagi peruntukan yang boleh dibelanjakan untuk agenda pembangunan Bumiputera di negeri ini.

“Fokus perbelanjaan adalah kepada aspek perumahan yang mana orang Melayu di negeri ini mengalami masalah untuk membeli rumah berikutan harganya yang terlalu tinggi, lebih RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, semalam. Hadir sama, Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Azhar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Nor Mohamed berkata, pembinaan rumah mampu milik berharga RM70,000 ke atas akan menjadi fokus Kerajaan Pusat berbanding sebelum ini yang memfokuskan kepada pembinaan rumah kos rendah.

Dua agensi bertanggungjawab melaksanakan projek pembinaan rumah iaitu PERDA dan Jawatankuasa Pemandu Sdn Bhd (JKPSB).

“Kita komited untuk membantu meningkatkan taraf hidup Bumiputera di negeri ini supaya mereka dapat hidup selesa serta setanding kaum lain pada masa depan, terutama pada 2020.

“Kita mahu rakyat memperoleh pendapatan setahun AS$15,000 (RM46,695) serta hidup selesa tanpa mengira kaum,” katanya.

Semoga berita ini menimbulkan kesedaran kepada semua umat Melayu/Islam bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di seluruh negara.

Bayangkan kalau kaum imigran berkenaan dapat menguasai pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia secara langsung atau tidak.... Bagaimana nasib buruk yang bakal diterima oleh orang Melayu?

Ingatlah! ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.
Rumah kecil yang dihuni oleh 65 orang....

Rumah Kebajikan Paksa Penghuni Zikir Puja Abuya, JAIS Tubuh Jawatankuasa Khas

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) telah menubuhkan jawatankuasa khas melibatkan pelbagai agensi sejak tahun lepas bagi mengenalpasti rumah kebajikan yang memaksa anak yatim berzikir memuja pengasas Al-Alqam, Abuya.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin dalam kenyataan pada Khamis, berkata langkah itu dilaksanakan bagi mengenalpasti halangan serta tindakan yang sesuai daripada aspek perundangan bagi mengendalikan kegiatan ini.

Beliau berkata kes memaksa anak yatim berzikir menyeru nama Ashaari Muhammad yang lebih dikenali sebagai Abuya sebenarnya berada dalam pengetahuan JAIS sejak kematian pemimpin itu lagi.

"Kumpulan itu turut didapati menyediakan pendidikan tertentu kepada anak-anak yatim iaitu berzikir dengan menyebut nama Abuya, mendengar sejarah tentangnya dan melihat gambarnya sebelum memulakan sesi pembelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sebuah rumah kebajikan di Selangor yang memperalatkan anak yatim di beberapa pusat jagaan untuk direkrut untuk menjadi pengikut ajaran itu.

Marzuki berkata JAIS dimaklumkan sehingga kini terdapat lebih 5,000 anak-anak kumpulan itu yang dididik tanpa mengikut sistem pendidikan arus perdana dan pada masa sama mereka digunakan bagi mengutip derma untuk disumbang kepada balu Ashaari, Khatijah Am yang berada di luar negara.

"Daripada sumber yang boleh dipercayai, Khatijah Am memperoleh lebih dari RM800,000 sebulan dengan sebahagian daripadanya diperoleh melalui aktiviti rumah-rumah kebajikan itu," katanya.

Isnin lepas, sebuah akhbar melaporkan sebuah pertubuhan yang diharamkan kerajaan berselindung di sebalik rumah kebajikan dengan merekrut anak yatim yang ditempatkan di rumah itu.
- BernamaOnline

FITNAH: Ahmad Said fail saman pemilik blog 'msomelayu' dan 'guanopulok'

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan memfailkan saman ke atas dua pemilik laman blog yang menyebar fitnah kononnya dia ditangkap basah sebelum ini.

Ahmad berkata, dua pemilik blog yang mengendalikan blog http://msomelayu.
blogspot.com dan guanopulok.
blogspot.com telah memfitnah beliau sejak tiga bulan lalu.

"Kita kenal pasti pemilik blog msomelayu dan pemilik blog guanopulok masih disiasat kerana blog tersebut dipercayai didaftar di California," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Keluarga dan SME Bank di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Rabu.

Dalam laporan 4 Oktober lalu, pemilik blog guanopulok.blogspot.com mendakwa Menteri Besar itu telah 'ditangkap' oleh seseorang di Hilton Sentral.

Ahmad menyifatkan penulis blog tersebut seperti manusia bertopengkan khinzir kerana sanggup mengaibkan orang lain demi kepuasan diri sendiri.

Jelasnya, sebelum ini beliau hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memperbesarkan isu tersebut yang nyata tidak menjejaskan kepimpinannya.

Bagaimanapun, ujarnya, beliau kesal apabila isu tersebut memberi kesan mendalam kepada ahli keluarga.

"Apa yang menyedihkan, ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini, anak saya menangis ekoran fitnah itu kerana tidak tahan dengan kata-kata orang.

''Itu membuatkan saya tampil membuat laporan polis dan menyaman individu berkaitan,'' katanya.

Beliau menambah, sebagai ahli politik, dia mampu bertahan dengan apa jua tuduhan tetapi tidak bagi ahli keluarganya yang terlalu kecewa dan sedih.

Ahmad berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan berharap undang-undang sedia ada dipinda bagi memberikan hukuman lebih berat kepada mereka yang menyalahgunakan media baru.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Itulah tindakan sewajarnya yang harus dilakukan oleh pemimpin politik atau sesiapa sahaja yang merasakan dirinya difitnah oleh para blogger melalui blog mereka.
Jangan jadi macam sesetengah pemimpin politik yang melalak ke sana ke mari mendakwa dirinya difitnah tapi tak berani nak ambil tindakan saman atau mendakwa yang memfitnahnya di mahkamah.
Negara ini ada undang-undang. Kalau benar-benar difitnah samanlah.... apa nak tunggu dan melalak dalam ceramah-ceramah politik sahaja....
Saman, jangan tak saman....

Kes Sosilawati: Gobalakrishnan diberi amaran

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Rabu memberi amaran kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobala-
krishnan berhubung kenyataan beliau yang dikatakan mengkritik peribadi seorang peguam bela dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya pada pada Ogos lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berbuat demikian atas alasan kenyataan yang dikeluarkan terhadap Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan boleh menimbulkan subjudis (kacau ganggu kes-kes yang belum selesai) selain ia tidak tepat.

''Saya tidak panggil awak bagi pihak Manjeet. Apa yang saya prihatin ialah tindakan awak melibatkan mahkamah dan memanipulasikannya untuk kepentingan politik.

''Hakim-hakim di Malaysia lebih bebas daripada yang awak sangka. Kami bukan bodoh dengan hanya duduk dan membiarkan pihak pendakwaan dan pembelaan berbuat sesuka hati. Kami bertindak mengikut undang-undang.

''Saya tidak berniat untuk mengambil tindakan hari ini kerana saya lebih suka memberi peluang kedua. Saya cuma ingin memberi amaran dan ia adalah amaran terakhir,'' katanya.

Ketika ditanya sama ada Gobalakrishnan ingin mengatakan sesuatu, Ahli Parlimen itu memberitahu, beliau tidak ingat apa yang dikatakan kepada wartawan.

Sebelum sempat beliau menghabiskan ayatnya, Hakim Akhtar menghalang ahli politik itu daripada memberi penjelasan lanjut memandangkan wartawan yang dipanggil oleh mahkamah sebelum ini memaklumkan artikel itu ditulis berdasarkan kenyataan olehnya.

Sebelum membenarkan Gobalakrishnan meninggalkan bilik bicara, Hakim Akhtar sempat menempelak dengan berkata: ''Kalau awak benar-benar seorang lelaki, awak akan minta maaf. Jangan ulangi perbuatan ini. Saya tidak mahu membuang masa, awak boleh beredar sekarang jika mahu.''

Gobalakrishnan hanya didengari berkata 'Ok' dan terus bertindak meninggalkan mahkamah.

Utusan Malaysia pada 17 Ogos lalu menyiarkan artikel bertajuk Manjeet selalu burukkan kerajaan dengan memetik kritikan Gobalakrishnan terhadap Manjeet, manakala TV3 turut menyiarkan komen yang sama pada malam 16 Ogos lepas.

Berikutan itu, Manjeet pada 26 September lalu telah memfailkan saman terhadap Gobalakrishnan bagi menuntut ganti rugi RM2.5 juta berikutan penyiaran artikel dan berita yang didakwa memfitnahnya itu.

Selain Gobalakrishnan, beliau turut menamakan wartawan Utusan, Raja Syahrir Abu Bakar, Utusan Melayu (M) Bhd. dan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. sebagai defendan-defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Manjeet mendakwa berita yang disiarkan itu telah merosakkan reputasi dan kredibiliti beliau sebagai seorang peguam mahupun sebagai seorang individu.

Manjeet semasa ditemui di luar mahkamah pula memaklumkan beliau telah menyerahkan salinan saman tersebut kepada Gobalakrishnan walaupun Ahli Parlimen Bebas itu enggan menerima dan bertindak mencampakkan dokumen berkenaan.

Sementara pada prosiding hari ini, Dr. Amir Saad Abdul Rahim, 40, memberitahu, sampel darah isteri Noorhisham Mohamad, Suzana Radin Pangat dan tiga anak mereka, Muhammad Faiz Ridzmi, Muhammad Azri Shahzan dan Nor Neesa Salbiah diambil pada 19 September 2010 bagi membolehkan ujian perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Dalam kes ini, bekas peguam, Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Turut memberi keterangan hari ini ialah jurutera utama dari DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi), Chong Chee Wah serta penolong pegawai penyiasat, Sarjan Syed Mohd. Nazri Syed Darus.

Perbicaraan yang masuk hari ke-47 bersambung Khamis.
- Laporan: UtusanOnline

Selasa, 8 November 2011

Pembunuhan Banting: Saksi Pakar Nafi Berpihak Pada Pendakwaan

PEGUAM yang mewakili barisan pembelaan tertuduh yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki yang didakwa hilang bersamanya cuba mencabar kredibiliti seorang saksi pakar apabila mengatakan beliau berpihak kepada barisan pendakwaan.

Bagaimanapun, saksi terbabit, Pakar Perunding Perubatan Forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Doktor Nurliza Abdullah, 46, yang sedang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dengan tenang menafikan kenyataan tersebut.

Perkara itu pada awalnya ditimbulkan peguam Manjeet Singh Dhillon yang mengatakan saksi berpihak kepada pihak pendakwaan kerana tidak memberikan jawapan secara objektif, sebaliknya memberikan jawapan subjektif kepada soalan yang diajukan oleh peguam.

Sebelum ini, Manjeet juga pernah mengingatkan Nurliza bahawa kehadirannya di mahkamah adalah sebagai seorang saksi bebas yang membantu mahkamah dalam membuat keputusan dan bukannya untuk pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timabalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.

Peguam Amer Hamzah Arshad seterusnya 'menyokong' kenyataan Manjeet apabila mendakwa saksi yang pakar dalam bidang forensik anthropology (tulang manusia) mempunyai pengetahuan awal yang dapat memprejudiskan kedudukan tertuduh.

Justeru itu, Amer Hamzah menambah, keterangan saksi pada Selasa, banyak berpihak kepada pendakwaan dan saksi juga menggunakan perkataan bahawa spesimen yang ditemui berkemungkinan besar adalah tulang manusia supaya ia selari dengan apa yang telah dinyatakan oleh pihak polis kepadanya.

"Saya tidak bersetuju," kata Nurliza yang merupakan saksi pendakwaan ke-63.

Amer Hamzah seterusnya meminta Nurliza memberikan peratusan bagi menggantikan penggunaan perkataan 'kemungkinan besar tulang manusia', bagaimanapun saksi menjawab, beliau tidak boleh berbuat demikian.

"Saya hanya boleh memberikan jawapan secara subjektif, iaitu berkemungkinan besar tulang manusia tidak secara peratusan," tambahnya.

Nurliza juga mengakui bahawa beliau tidak boleh menentukan sama ada semua tulang tersebut yang ditemui di ladang tempat pembunuhan itu didakwa berlaku dan di Sungai Panchau, Banting, dekat sini dibakar pada waktu yang sama.

Amer Hamzah: Pernah tak kamu menjalankan ujian di mana tulang ditanam dan berlaku pembakaran di atas tanah itu?
Nurliza: Tidak.

Amer Hamzah: Kamu tahu atau tidak bahawa jika berlaku pembakaran di atas tanah ia boleh menyebabkan perubahan warna pada tulang tersebut?
Nurliza: Saya berpendapat perkara itu boleh berlaku jika ia melibatkan suhu yang tinggi sehingga sampai kepada tulang.

Amer Hamzah: Setuju jika saya katakan kamu tidak mempunyai kepakaran untuk menentukan ciri-ciri yang ada pada tulang haiwan yang telah dibakar?
Nurliza: Saya bukan pakar dalam bidang tulang haiwan.

Pada keterangannya, Nurliza yang pernah terlibat dalam siasatan sembilan individu terbakar akibat perlanggaran kapal tangki juga mengakui bahawa beliau tidak boleh mengesahkan jika pembakaran tersebut disebabkan oleh ritual kematian sesuatu agama.

Dalam kes ini, seorang bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, sedang dibicarakan bersama tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Semua tertuduh juga didakwa membunuh pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, dekat sini, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Jika disabitkan bersalah, mereka boleh dihukum mati mandatori seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan pada Selasa hanya dihadiri oleh tiga tertuduh kerana Kathavarayan masih tidak sihat selepas dijangkiti batuk kering.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Rabu.

Pierahhh Mabuk!: Anwar tak sokong ‘Sekesualiti Merdeka 2011’, tapi meroyan konon golongan gay lesbian di hina....

ANWAR Ibrahim benar-benar dah mabuk. Tak tahu apa nak cakap... Maka berbelit dan berputarlah lidahnya sepertimana ketika mengulas mengenai kegiatan ‘seksualiti meredeka 2011’ yang mendapat tentangan hebat majoriti umat Melayu/Islam seminggu lalu.

Dalam keadaan tersepit antara menyokong atau menentang, antara member dan kepentingan politik gara-gara jelas tidak mendapat sokongan nyata dari puak-puak Pas, maka berkatalah kaki temberang itu: "Kenapa kita nak menghukum mereka di atas hal-hal yang mereka tidak sebut? Kita bantah cara kumpulan berkenaan (LGBT) dimalukan dan dihina. Pendekatan kita sebaiknya mendekati dan memberi penjelasan kepada mereka, tapi bukannya dengan mencerca."

Tidak siapa yang waras fikirannya dapat menafi atau menolak anggapan bahawa kata-kata itu bermaksud Anwar Ibrahim membela apa yang direncanakan oleh puak-puak yang moralnya semazhab dengannya. Mereka cuba menghalalkan budaya LGBT dan di masa sam cuba mempromosikan fahaman meliwat itu halal kalau dilakukan suka sama suka. Macam dia dengan Saiful lerrr tuuuu....

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang sama si Nuar memaklumkan bahawa PKR dengan jelas tidak bersetuju dengan penganjurannya kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Pulakkkkk!!!!!

Katanya: "Saya dah sebut bahawa kita tak sokong dan tak sertai program itu. Tapi kenapa serang dan layan Ambiga seperti penjenayah? Sokong ataupun tidak bukan lagi isu, tapi isunya ialah serangan kepada golongan berkenaan (LGBT).

"Kalau ada melibatkan orang yang beragama Islam, pihak berkuasa agama perlu dekati dan beri nasihat kepada mereka," tambahnya.

Tak sokong tapi jangan hina mereka.... Maknanya jangan hina dirinya dan jangan salahkan dia yang bertabiat sedemikian. Itu hal peribadi dan dia ada hak kerana 'hak asasi manusia sejagat'. Bebasssss.....

Macam mana tak dihina, perbuatan itu dilaklnat Allah swt dan Nabi Muhammad saw sendiri tidak mengaku umatnya terhadap mereka yang ‘main belakang’. Takkan itu pun Nuar tak faham? Lagipun bila manusia dah naik marah macam-macamlah kata-kata penghinaan keluar dari mulut.... Bukankah itu adalah ajaran mikerrr?

Rakyat atau Umat Islam negara ini yang benar dan ikhlas anutan Islamnya tidak mahu negara bertuah ini ditimpakan oleh Allah swt dengan bala bencana yang tidak mengenal sama ada mereka itu gay, lesbian atau apa-apa jenis moral songsang yang senagkatan dengannya.

Anwar diberitakan berkata demikian di lobi Parlimen hari ini, Selasa.

Dari kenyataannya itu jelas dia membela Ambiga yang mungkin jadi 'ayam tambatannya’ dalam merencanakan sesuatu yang bersifat mencabar Islam dan perpaduan umat Melayu/Islam di Malaysia ini. Wah! bukan main marah lagi dia apabila polis siasat Aci Ambiga....

Ambiga yang juga Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini turut mengesahkan bersetuju merasmikan program itu esok (Rabu) atas kapasiti peribadi.

Sebelum ini polis mengharamkan semua aktiviti dalam program ‘Seksualiti Merdeka 2011’ yang didakwa dianjurkan bagi menuntut kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.

Malah pihak polis turut mengambil keterangan empat individu termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga bagi membantu siasatan.

Pada kenyataan itu Anwar juga diberitakan berkata: "Ini semua sengaja dibuat bagi menutup permasalahan lain. Nak alihpandangan daripada isu-isu besar yang lain. Jadi kita amat bimbang kerana ia mungkin akan mendorong golongan yang membantah untuk menyerang kumpulan ini (LGBT).”

Jangan susah hati Nuar! Kalau ada masalah kerana ada yang nak serang, mereka semua boleh lari berlindung di ‘Kedutaan Turki’ sebagaimana kamu lari ketika ada yang cuba nak bunuh selepas Saiful Bukhari Azlan buao laporan polis yang kamu telah meliwatnya.....
Kah... Kahh... Kahhh... Kahhhh....
Pierahhh mabuk!!!!!

Cuepacs Bidas DAP - Jangan Jadi Pemimpin Kalau Tidak Mahu Pikul Beban

KONGRES Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan kenyataan pembangkang untuk mengurangkan bilangan penjawat awam jika berjaya mengambil alih kerajaan pusat sebagai idea yang jumud.

Sambil menentang cadangan itu habis-habisan, Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam tidak harus dijadikan mangsa kepentingan politik pihak yang ketandusan idea.

"Tak pernah perkara begini dijadikan isu politik. Jadi kita rasa terguris dan kecewa, di mana mereka sepatutnya lebih menghargai kita. Tak sepatutnya pemimpin yang nak meneraju negara menyekat peluang rakyat untuk sama-sama menyumbang untuk kemajuan negara.

"Kalau nak meneraju negara, tetapi tak nak menghadapi beban, tak nak menghadapi risiko jangan jadi pemimpin," katanya kepada pemberita selepas majlis penjelasan isu semasa penjawat awam di Universiti Putra Malaysia, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin DAP Tony Pua yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Cina, sebagai berkata pakatan pembangkang akan mengurangkan bilangan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Mengulas lanjut, Osman berkata penjawat awam di negara ini tidak harus disamakan dengan yang di negara lain, kerana tindakan sedemikian boleh menimbulkan masalah lain seperti pengangguran dan membantutkan pelaksanaan projek kerajaan.

Tambahan pula katanya, jumlah 1.2 juta itu adalah sesuai dengan jumlah penduduk hampir 30 juta, cuma perlu dipertingkatkan kemahiran agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.

"Jadi saya menyeru kepada semua penjawat awam agar menolak idea ini. Ini adalah isu politik. Mereka ketandusan idea tidak ada perkara yang nak dipertikaikan sampai peringkat kita pun nak dipertikaikan.

"Kita harap semua penjawat awam di Malaysia jangan bimbang, kita akan tetap pertahankan, kita akan bersama-sama supaya penjawat awam di negara ini akan terus memberi sumbangan dan berdiri di belakang kerajaan khasnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang banyak membuat penambahbaikan dalam penjawat awam," katanya.

Sementara itu, Osman berkata maklum balas yang diterima Cuepacs mendapati penjawat awam gembira dengan insentif dan inisiatif yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012, termasuk pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi.

Beliau juga mahu penjawat awam menghargai pemberian itu dengan bekerja bersungguh-sungguh serta meningkatkan mutu kerja.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Sudah menjadi tanggungjawab wajib kepada Cuepacs untuk membantah dan mengecam apa yang direncanakan DAP sekiranya mereka, iaitu ‘Pakatan Haramjadah’ berkuasa selepas PRU-13 nanti.
Yang penting Cuepacs dan barisan pemimpinnya mentarbiah ahli-ahlinya supaya jangan menyokong puak pembangkang yang terang dan jelas adalah didominasi oleh politik DAP itu.
Menyokong pembangkang bererti menyokong DAP.
Selain itu Cuepacs juga harus bermuhasabah diri dan merenungkan sejenak, apakah tindakan DAP yang tidak mahu bertanggungkjawab itu adalah kerana takut dengan tuntutan demi tuntutan yang sering disuarakan oleh para kesatuan sekerja di negara bertuah ini.
Buka mulut saja, tak ada lain, tuntut itu dan ini yang semuanya melibatkan kos pentadbiran kerajaan....

Tanding semula selepas letak jawatan: Wan Azizah kantoi tak dapat jadi PM.... Anwar gelabah....

MASA nak letak jawatan dulu tak fikir habis-habis.... Ingatkan diri dan parti milik peribadi kelyarga Anwar ibrahim tu hebat dan kuat sangat. Setelah ramai tokoh hebat lari tinggalkan parti kerana tak puas hati dengan agenda Anwar dan keluarganya, PKR tinggal nyawa-nyawa ikan. Pilihanraya semakin dekat, siapa nak bertanding di Permatang Pauh?

Atas hakikat dan kesedaran setelah terantuk itulah baru puak pembangkang – khasnya Anwar dan Wan Azizah gelabah puyuh. Hari penentuan semakin hampir untuk Anwar Ibrahim beristirehat di istana khas dalam penjara Sungai Buloh. Tapi PRU-13 tak juga diadakan.

Sekarang baru Anwar dan Wan Azizah sedar bahawa ketika Anwar dipenjarakan nanti baru PRU-13 diadakan, siapa yang akan bertanding menggantikan Anwar? Nak serah balik pada Wan Azizah tak boleh sebab ada halangan sepertimana terdapat dalam ‘Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan’.

Akta berkenaan adalah berhubungkait kehilangan kelayakan seseorang anggota Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun selepas meletakkan jawatan.

Menyedari Anwar dan Wan Azizah ‘terkantoi’ dalam masalah ini, maka Karpal Singh yang mahir soal undang-undang dan Perlembagaan pura-pura kemukakan soalan di Parlimen mengenai Perkara 48(6) itu dengan pertanyaan, ‘apakah kerajaan bersedia menghapuskan’ perkara berkenaan.

Karpal saja nak ambil hati Anwar Ibrahim dan yang selebihnya nak bagitahu pemimpin dan ahli PKR bahawa, pertama: Anwar Ibrahim akan didapti bersalah dan akan dipenjarakan. Kedua: PKR akan hadapi masalah meletakkan calon pada PRU akan datang bagi kawasan parlimen Permatang Pauh, dimana Wan Azizah tidak boleh nak bertanding semula.

Karpal cuba mengingatkan secara tersirat bahawa juak-juak PKR jangan nak meroyan kerana Wan Azizah tak dapat gantikan Anwar pada PRU-13 nanti. Biar tahu peraturan dan jangan cakap sembarangan macam orang bangang.

Maka terjawablah soalan Karpal itu di Parlimen yang mana ‘Kerajaan tidak bercadang memansuhkan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata peruntukan tersebut masih relevan terutama bagi mengelakkan pembaziran wang, masa dan tenaga kerana perlu melakukan semula proses pilihan raya kecil di kawasan terlibat.

"Peruntukan ini diwujudkan untuk menghalang anggota Dewan Rakyat atau DUN untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun. Jika dimansuhkan, maka sistem demokrasi yang kita amalkan akan terjejas semata-mata menjayakan agenda politik seseorang dan membuktikan populariti mereka. Ia tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini, Selasa.

Beliau menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Gelugor) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia memansuhkan peruntukan tersebut dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memberi semangat kepada proses demokrasi.

Fasal (6) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan dan perenggan kecil 6(5) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan masing-masing memperuntukkan bahawa jika seseorang anggota Dewan Rakyat atau DUN melepaskan keanggotaannya, beliau akan hilang kelayakan untuk menjadi anggota Dewan Rakyat atau DUN selama lima tahun dari tarikh pelepasan keanggotaannya.

Ini bermakna seseorang anggota itu tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun dari tarikh pelepasan keanggotaannya.


Liew berkata peruntukan yang sama juga diwujudkan bagi mengelakkan pasangan atau anggota keluarga seseorang anggota Parlimen atau DUN yang telah meletakkan jawatan untuk bertanding di kerusi yang sama.

Jawabnya, ‘menggigit jarilah’ Wan Azizah untuk bertanding semula. 
Lebih malang lagi, harapan Presiden PKR itu untuk jadi 'Perdana Menteri Sementara' setelah menang besar pada PRU-13 nanti tidak kesampaian.
Kesiannnnnn diaaaaa!!!!!!

Doktor peribadi didapati bersalah: Keluarga, peminat Jacko sambut gembira keputusan mahkamah

DOKTOR peribadi Michael Jackson, Dr Conrad Murray (tengah) kelihatan bersahaja di dalam Mahkamah Los Angeles, sebaik juri memutuskan beliau bersalah kerana menyebabkan kematian raja pop itu pada 2009.
SEBAIK sahaja doktor peribadi Michael Jackson, Conrad Murray didapati bersalah kerana menyebabkan kematian raja pop itu pada 2009, anggota keluarga serta peminatnya meraikan keputusan mahkamah dengan penuh kegembiraan.

Orang ramai dan penyokong Michael yang berkumpul di luar pekarangan mahkamah bersorak gembira sebaik keputusan juri diumumkan.

Selang beberapa minit kemudian, Hakim Michael Pastor mengarahkan doktor berusia 58 tahun itu digari untuk direman sementara menunggu keputusan hukumannya lewat bulan ini.

Ibu Michael, Katherine terus menangis dan dilihat dipeluk adik beradik Michael yang lain selepas juri membacakan keputusan bahawa Murray didapati bersalah menyebabkan kematian raja pop itu dengan memberikan dadah propofol berlebihan.

Murray mengaku memberi Jackson sejumlah dadah propofol yang kecil bagi membantunya untuk tidur tetapi bukannya dadah yang banyak yang sering digunakan di hospital bagi melakukan pembedahan.

“Keadilan ditegakkan," kata abang Michael, Jermaine ketika berjalan keluar di pintu mahkamah sambil disambut peminat raja pop itu.

Kakak Michael, Rebbie berkata: “Walaupun ia (keputusan mahkamah) tidak dapat membawa semula Michael, saya gembira dia (Murray) didapati bersalah.”
“Kemenangan" kata La Toya, seorang lagi kakak Michael dalam twitternya.

“Dia (Michael) berada di dalam mahkamah dan sebab itulah kemenangan memihak kepadanya."

Beberapa minit kemudian La Toya menambah kandungan twitternya: " “Michael, saya sayangkan kami dan saya akan terus mempertahankan kamu sehingga semuanya dibawa ke muka pengadilan."

Beliau merujuk kepada teorinya sebelum ini bahawa Jackson dibunuh sebagai sebahagian daripada konspirasi. – AP/BHOnline

Kurangkan kakitangan Kerajaan: Kesatuan sekerja bantah DAP.....

BEBERAPA kesatuan sekerja hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam.

Sambil menyifatkan, ia satu tindakan berunsur politik dan mempunyai agenda tersirat, kesatuan-kesatuan juga menyifatkan cadangan itu sebagai tidak rasional serta tidak berasas.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.

“Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak.

“Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Isnin.

Beliau mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri tidak bersetuju dengan hasrat tersebut yang dilihat boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas.

“Contohnya, dalam bidang penguatkuasaan seperti kami, sekiranya tenaga kerja dikurangkan, sudah tentu akan menyukarkan untuk mengawal jumlah kenderaan yang berjuta-juta.

“Tidak mungkin, suatu masa nanti kita mahu menswastakan perkhidmatan awam yang menyebabkan lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pengurangan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan yang mana meningkatkan lagi pengangguran dan kebergantungan khidmat luar sehingga menyebabkan kos lebih tinggi.

“Hasrat DAP dilihat mempunyai agenda tersirat umpama ada udang di sebalik batu. Dalam perkhidmatan kami, bilangan pelajar semakin lama makin meningkat dan memerlukan penambahan kakitangan mengikut keadaan,” jelasnya.

Bagi Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur, Ja‘apar Mansor berkata, tidak semestinya pengurangan bilangan penjawat awam akan dapat mengurangkan bajet kerajaan malah boleh menyebabkan kesan yang sebaliknya.

Pengerusi Persatuan Pekerja Wanita, Silam Hassan berkata, pengurangan berkenaan adalah agenda DAP untuk mengurangkan hasil ekonomi orang Melayu dan ini membuktikan mereka kurang senang dengan pencapaian bumiputera kini.

“Jika penjawat awam rata-rata bangsa Melayu dikurangkan, mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan di syarikat milik bukan Melayu,” katanya.

Menurut Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, hasrat tersebut perlu dibantah keras kerana kewujudan pelbagai sektor awam di negara ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini agar mempunyai punca pendapatan.

“Adakah dengan berniat mengurangkan jumlah penjawat awam maka ruang kerja akan disediakan oleh mereka yang terlibat. Ini sesuatu yang perlu dipandang serius dan ditentang kerana akan meningkatkan jumlah pengangguran,” katanya.

Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KSKM), Hamran Ahmad menyatakan kenyataan yang dibuat Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua itu lebih berat kepada unsur-unsur politik daripada menjaga kepentingan penjawat awam yang lebih 80 peratus terdiri daripada orang Melayu.

“Mengurangkan jumlah kakitangan bermakna ada penjawat yang akan kehilangan kerja. Ini akan membantutkan perkembangan ekonomi negara dan akan memberi impak yang tidak sihat kepada negara,” katanya.

Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia turut membantah cadangan DAP dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.

Presidennya, Alias Aziz berkata, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Apa yang terlahir dari mulu haranjadah Tony Pua itu adalah hasarat terpendam pemimpin dan dasar perjuangan DAP  yang lahir sebagai anak kandung PAP di Singapura.
Mereka tak pernah senang hati dengan umat Melayu/Islam di negara ini, malah di rantau Nusantara ini. Kalau boleh mereka mahu rantau ini jadi negara China kedua.
Kalau ini pun Melayu-Melayu bangang dan sontot akal tak boleh faham.... lebih baik mampooossss daripada terus hidup di bumi bertuah ini....

Ahad, 6 November 2011

Bisik-Bisik Mingguan: SEKS bebas dan agenda

SEHINGGA semalam, tidak silap Awang, tiada pendirian rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap isu penganjuran program promosi seks bebas atau apa yang dipanggil sebagai Seksualiti Merdeka.

Pemimpin utamanya, Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang, berdiam. Begitu juga dengan Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan Nurul Izzah. Isu-isu lain mereka lantang dan cepat respons tetapi berbeza kali ini. Apakah mereka menyokong program itu atau menentang, adalah tidak pasti.

Ini mencetuskan tanda tanya ramai. Lebih-lebih lagi Anwar pernah dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat. Beliau turut dikaitkan dengan isu rakaman video seks bersama wanita dipercayai pelacur asing.

Seandainya PKR tidak mengambil pendirian, ia juga sesuatu yang pasti menjadi perhatian analisis. Kita tunggu.
Rakyat daripada pelbagai kaum, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin semua agama telah menyatakan bantahan kepada penganjuran program promosi seks bebas, Seksualiti Merdeka.

Majlis Peguam dan bekas pengerusinya, S. Ambiga (perancang perhimpunan haram 9 Julai) menjadi tumpuan kemarahan ramai kerana mereka adalah di antara penganjur program itu.

Gelombang bantahan itu akhirnya memaksa penganjur menghentikan acara awam berkaitan program tersebut. Bagaimanapun penganjur tetap mempertahankan tindakan mereka untuk memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pada Awang, ia adalah isyarat bahawa agenda pihak berkenaan masih terus menyala. Ia perlu diwaspadai oleh pihak berkuasa betapa gerakan mereka tetap menjadi ancaman. Ia bukan sekadar isu hak asasi manusia malah lebih daripada itu untuk menggugat agama, perlembagaan, budaya murni dan institusi kekeluargaan.

Sepatutnya tindakan pendakwaan mengikut perundangan yang sesuai sudah boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak. Adalah tidak memadai sekadar polis mengharamkan program itu.

Apa pun, Awang mengucapkan tahniah kepada semua kerana bangkit bersatu menentang percubaan untuk menghalalkan gejala LGBT di negara ini.

Jika tiada penentangan seperti itu, nescaya gejala seks luar tabii yang sudah pun menular meluas secara gelap, akan dihalal dan dibudayakan. Maka akan muncullah banyak perarakan homoseksual di negara ini sebagaimana berlaku di Barat. Awang tak rela melihat semua itu.

Kepada pemimpin tertentu Pas seperti Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat, Mohamed Sabu dan ketiga-tiga Naib Presidennya, isu program seks bebas adalah satu lagi pengajaran. Penganjur program itu mendapat rangsangan untuk melakukan apa sahaja selepas menerima sokongan padu Pas ketika menganjurkan perhimpunan haram 9 Julai.

Sehingga kini, belum ada pendirian rasmi daripada Pas berhubung program promosi seks bebas. Yang ada cuma reaksi secara individu pemimpin tertentu. Dalam dua lagi isu yang mencabar kepentingan Islam iaitu pemeriksaan JAIS terhadap gereja dan Himpunan Anti Murtad, Pas senyap kerana memilih untuk menjaga kepentingan DAP.

Itulah akibat kalau beberapa pemimpin Pas bertuankan DAP, Ambiga dan seorang pemimpin yang mengamalkan budaya songsang.

Belum pernah dalam sejarah Pas tunduk kepada percaturan pihak lain. Awang melihat, selagi Pas dikuasai oleh puak Anwarinas, selagi itulah parti tersebut boleh dicucuk hidung oleh musuh Islam.

Bagaimanapun Awang percaya ketika ramai orang Islam kecewa dengan kepimpinan Pas, harapan mereka masih bersandar kepada kelompok yang rasional di dalam parti itu. Antaranya Dr. Hasan Ali, Nasrudin Hassan Tantawi dan Nik Abduh. Begitu juga kepada Mustafa Ali, Harun Din, Harun Taib, Nasharudin Mat Isa dan Azizan Razak yang boleh diharap. Mereka serta sebahagian lagi ahli dan penyokong masih meletakkan kepentingan

Islam mengatasi muslihat politik dan agenda peribadi. Semoga Allah terus memberikan mereka kekuatan. Insyallah.
- Awang Selamat

Sabtu, 5 November 2011

HAKIKATNYA: Bila Melayu tak sokong, mereka tak berani....

ALHAMDULILLAH! Penganjur Seksualiti Merdeka hari ini memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan bulan ini tidak akan diteruskan.

Dalam satu kenyataan media, Seksualiti Merdeka berkata keputusan itu diambil demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir, meskipun program bagi memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini telah dianjurkan sejak tahun 2008 lagi.

“Demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir, kami tidak akan meneruskan acara-acara awam Seksualiti Merdeka sambil kami cuba berjumpa dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka,” petik kenyataan itu.

Lantaklah apa kau orang nak kata bagi ‘memujuk hati’ yang kecewa kerana tentangan umat Melayu/Islam kali ini benar-benar solid. Bukan main-main dan bukan macam Bersih 2.0 dulu.

Semasa perhimpunan haram Bersih 2.0, Melayu bangsat dari puak Pas dan PKR dok sokong gerakan itu. Sebab Aci Ambiga sangat berani meneruskannya walaupun diberi amaran oleh pihak berkuasa polis.

Keadaan kali ini sangat berbeza. Macam bumi dengan langit. Semua umat Melayu/Islam – tak kira Melayu Umno dan Pas, semuanya bersatu hati menentang niat kaum Lut yang cuba meminta amalan mereka dihalalkan oleh budaya, agama dan undang-undang negara bertuah ini.

Maknanya, kalau orang Melayu/Islam bersatu menentang atau membantah, mereka yang jadi ‘jembalang’ mahu mencabar agama Islam, bangsa Melayu dan adat istiadat Melayu tak berani buat apa-apa.

Kelihatannya mereka sama seperti anjing dengan tuannya. Kalau ada tuannya si anjing bukan main garang dan menyalak semahu-mahunya menunjukkan kegarangannya. Tapi bila tak ada tuannya, si anjing tak bersuara. Takut kecut. Belum dibaling dah cabut lari, kecut. Itulah yang dikatakan bagai anjing bercawat ekor....

Alhamdulillah! Bersyukur kita semua kepada Allah swt yang membukakan hati mereka untuk merancang projek laknat itu. Dan kerana itu jugalah Allah swt telah satukan hati-hati umat Melayu menentang mereka demi agama Islam dan ajaran Islam sebenar.....

Mungkin inilah yang dikatakan, ‘ada rahmatNya di sebalik apa yang kita semua anggap sebagai musibah’....
Fikir-fikirkanlah....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog