Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 19 September 2010

KEDAH, KELANTAN KURANG AIR; SELANGOR, PENANG PENUH GANGSTER....



SEMALAM (Sabtu), penulis menghadhiri majlis Rumah Terbukan Aidilfitri seorang rakan di Bandaraya Ipoh. Majlisnya agak besar juga dan tetamunya pun ramai. Pelbagai lapisan masyarakat ada. Tua, muda, wanita dan tidak ketinggalan orang politik. Tapi bukanlah pemimpin atasan, pemimpin kecil di peringkat bawah aje... Maklumlah, tuan rumahnya pun ahli politik bawahan sahaja.

Sebagaimana biasa, perbualan atau sembang kosong tetamu tidak dapat lari daripada isu politik selain isu hangat masa kini mengenai pembunuhan kejam di Banting, Selangor. Yang sedapnya, salah seorang tetamu menamakan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik bersama tiga yang lain itu sebagai ‘Tragedi Banting’.

Penulis dan beberapa kenalan lain turut bersembang perkara yang sama. Bagaimanapun, isu politik agak lebih menarik dan banyak diperkatakan. Isu-isu seperti 1Malaysia, lawatan resmi PM ke Singapura, kenyataan biadap Lee Kuan Yew (LKY), ulasan Tun Dr. M mengenai komen LKY hinggalah kepada isu kekeringan bekalan air bersih di Pendang, Kedah.

Menyentuh mengenai pelbagai perkembangan di negeri-negeri yang di kuasai pembangkang, salah seorang tetamu berkata: “Padankan dengan muka deme.... Dulu terlampau nakkan perubahan sangat. Undi pembangkang kerana kerajaan yang membangunkan negara ini selama lebih 50 tahun tu tak cukup baik dan tak telus. Ada yang lebih baik lagi.... Sekarang apa dah jadi?

“Kedah dan Kelantan yang dikuasai Pas tak cukup bekalan air bersih. Walhal urusan air adalah urusan kerajaan negeri. Di Kelantan, sampaikan hospitalnya pun tak cukup air. Di Kedah pulak, orang Pendang sambut Hari Raya tanpa air bersih. “Batang (paip air) sudah masuk, air tarak keluar,” katanya dalam loghat India cakap Melayu sambil ketawa. Kami semua yang dengar pun ikut ketawa sama.

“Di Selangor dan Penang pulak macam mana?” tanya seorang tetamu lain.

“Di Selangor, walaupun yang jadi MBnya PKR tetapi, yang berkuasa ialah DAP. Kepala gangster di negeri itu lebih berkuasa dari MB. Kerja deme tak ada lain melainkan merompak dan menyamun harta kerajaan yang ada. Hinggakan harta PKNS pun deme nak jual. Yang beli segala harta itu ialah puak-puak dari kaum DAP. Kononnya, tokeh-tokeh dari Singapura yang akan beli semua harta PKNS yang akan dijual itu.

“Dan apa yang berlaku sekarang, di Banting.... estate apa ke namanya?”
“Ladang Gadong....,” sahut penulis.
“Ya, di Ladang Gadong.... Siapa mereka itu semua? Semuanya ahli DAP dan yang buat kerja kejam, bunuh sana, tembak sini.... bakar mayat untuk hilangkan bukti.... dan segala yang barkaitan dengan tertuduh pertama itu... semuanya dilakukan oleh gangster-gangster dari Kelang.... Yang diupah untuk buat kerja-kerja jenayah kejam itu.
“Betul le seperti yang didedahkan DS Khir Toyo dulu yang mengatakan di Selangor terdapat seramai lebih 40,000 orang ahli kumpulan haram. Gangster le tu....

“Ok!.... Itu di Selangor, di Penang apa pulak ceritanya?” tanya seorang tetamu yang turut sama bersembang.

“Di Penang lain sikit. Tapi masih tidak lari daripada peranan gangster dan DAP. Gangster di Penang, kaum Cina, deme cerdik. Deme tak buat kerja macam gangster Selangor. Deme dok sibuk buat duit dengan membuka sebanyak mungkin rumah urut dan sindikit pelacuran warga asing. Yang ramainya warga China yang datang jadi ‘ayam’. Tangkap le banyak mana sekali pun, hari ini tutup, esok dah bukak balik. Di samping itu pengedaran dadah juga adalah kegiatan utama mereka. Dah berapa tan dadah diserbu pihak berkuasa, tapi dadah tetap ada di pasaran....

“Ai.. salahkan polis nampak..? Macam pihak polis tak buat kerja atau salah guna kuasa je.....” celah seorang teman yang kebetulan bekas anggota polis. Polis pencen. Dan yang bercakap tu pun polis pencen juga.
“Teman bukan maksud nak salahkan polis.... Polis tak ada kuasa dalam bab ni.... Lesen judi, rumah urut, cyber cafe tu semuanya di bawah bidang kuasa Majlis Tempatan atau Bandaraya. Kuasa pihak negeri. Polis hanya boleh dakwa di bawah akta mecegah maksiat aje. Soal lesen premis, polis tak ada kuasa. Itu pasal... hari ni tangkap berpuluh-puluh orang ‘ayam’, esok lusa dan ada balik.
“Dahkan negeri tu dikuasai DAP dan DAP pulak memang selamanya menggunakan gangster sebagai alat deme dapat undi dan dana.... apa polis boleh buat?
“Tapi, kalau deme buat kerja macam di Banting tu lain.... Itu kes bunuh.... Polis boleh ambil tindakan dan dah berjaya pun....”

“Patut le ada pemimpin pihak Pakatan tak berapa senang hati dengan kejayaan polis dalam kes di Banting tu....” tambah ahli sembang yang lain.
“Deme tu sakit jiwa.... Deme selalu salahkan polis dalam banyak hal.... tetiba rakyat [uji dan sokong polis dalam isu jenayah di Banting, gelabah le deme.... Deme memang nakkan rakyat benci polis dan sekaligus benci kerajaan yang ada...

“Lagi satu.... timbul cerita di Penang, duit sagu hati RM100 untuk warga emas tu rupa-rupanya dapat daripada duit haram yang disumbangkan oleh puak-puak gangster di negeri itu. Guan Eng petik jari je.... berduyun-duyun tokeh-tokeh judi dan bapak ayam bagi duit kat dia... Dan dia pulak bagi sikit duit tu kat orang Melayu yang susah di negerinya.... Cari publisiti murah untuk dapatkan sokongan orang Melayu.... kalau Melayu Penang tak sedar lagi, tak taulah...

“Itu pasal teman kata ‘padankan dengan muka deme yang sokong sangat puak pembangkang’ tu. Konon Anwar akan jadi ketua dan akan jadi PM.... nak rampas Putrajaya... tapi yang kita semua nampak... dia hanya jadi boneka. Yang benar-benar berkuasa ialah Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Boss kepada dua beranak tu ialah Lee Kuan Yew. Kalau deme kata ‘no’, Anwar tak boleh buat apa. Sampai mati pun tak akan dapat dia jadi PM Malaysia. Kalau pakatan menang sekali lagi, deme tak akan bagi Anwar jadi PM... percayalah.... Deme tahu siapa Anwar.... deme kenal sangat dengan putar belit dan kelentong bekas pengasas ABIM tu.... Yahudi di Amerika yang hebat pun dia boleh kelentong.... inikan pulak rakyat Malaysia...

“Yang peliknya.... Nik Aziz yang kononnya ulama tu pun boleh terjebak dengan pujukan Anwar dan akhirnya tunduk patuh kepada kehendak DAP. Sekarang Nik Aziz dah batalkan niat nak tubuh negara Islam. Hukum hududnya pun dah di ‘tong sampahkannya’. Tak tau le apa nak jadi dengan dua tiga kerat pemimpin Melayu yang kononnya berjuang demi Islam tu.... Allah SWT saja yang tahu.

“Apapun, yang aku tahu.... Negeri yang dikuasai Pas, rakyatnya nak dapat air bersih pun susah. Kalau ada pun, kuning dan berkeladak.... kotor.... Di Selangor dan Penang, penuh dengan kegiatan haram kongsi gelap yang mendapat kerjasama DAP. Tanpa gangster, DAP tak boleh hidup...

Demikian secebis kisah sembang-sembang di majlis Rumah Terbukan Aidilfitri yang penulis hadhiri dan mampu rakamkan.

Pak Sulung: Berharap pandangan rakyat bawahan akan diambil perhatian oleh mereka yang jadi pemimpin dan yang akan jadi pemimpin, khasnya pemimpin kaum Melayu. Jika luahan hati rakyat bawahan tidak diendahkan, peristiwa tsunami politik pada PRU-12 akan berulang lagi. Dan pandangan orang-orang pencen yang banyak pengalam itu, besar pengaruhnya di kalangan pengunjung tetap warung atau gerai.

Wan Azizah tidak mahu Azmin

Antara ibu dan bapa, Nurul Izah memilih pilihan ibu.

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Sokongan terbuka Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi petunjuk bahawa Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak mahu Azmin Ali memegang jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, walaupun sokongan itu bukan keluar secara langsung dari mulut Wan Azizah tetapi ia sebenarnya mewakili hasrat Presiden PKR tersebut untuk menjadikan Zaid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.

Beliau berkata, sepanjang pengetahuannya Wan Azizah tidak boleh menerima Azmin yang kini Naib Presiden PKR dalam apa juga keadaan sekali pun termasuk bidang politik dan ia disebabkan berlakunya perkara-perkara tertentu.

“Sokongan terbuka Nurul Izzah mewakili suara ibunya, Wan Azizah. Meskipun Zaid bukanlah calon pilihan Wan Azizah namun keputusannya berdepan dengan Azmin tepat pada masanya.

“Zaid merupakan peluang bagi Wan Azizah untuk menghalang Azmin memegang jawatan Timbalan Presiden.

“Apabila berlaku sedemikian saya melihat pertembungan Azmin dan Zaid ini boleh dikatakan 50-50 kerana masing-masing mempunyai kelebihan. Azmin disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Zaid disokong oleh Wan Azizah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas sokongan terbuka Nurul Izzah terhadap pencalonan Zaid bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR semasa sidang akhbar di Kuching, Sarawak iaitu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Akhbar hari ini pula melaporkan pengakuan Zaid mengenai kekuatan yang dimiliki oleh Azmin dalam persaingan merebut jawatan itu pada pemilihan parti November nanti apabila Naib Presiden PKR itu menjadi calon pilihan Anwar.

Bagaimanapun, Zaid menegaskan, persaingan tetap akan berlaku kerana beliau juga mempunyai ramai penyokong khususnya di peringkat akar umbi.

Menjawab soalan, Zulkifli berkata, beliau tidak boleh bayangkan bagaimana perjalanan PKR selepas pemilihan sekiranya perwakilan memberikan kemenangan kepada Azmin.

“Seperti saya katakan tadi Wan Azizah tidak akan dapat menerima Azmin. Jika Azmin menang apa yang boleh saya katakan gandingan Presiden dan Timbalan Presiden PKR nampak begitu janggal,” katanya.

Mengenai kekuatan kedua-dua calon, beliau berkata, selain mendapat sokongan penuh Anwar, Azmin juga dijangka menerima sokongan padu daripada orang Melayu PKR.

“Zaid pula saya lihat akan menerima sokongan DAP, puak sosialis, ahli bukan Melayu dan Melayu liberal di dalam PKR,” katanya.

Selain itu faktor Anwar dan Wan Azizah di kalangan ahli-ahli PKR juga akan mempengaruhi kecenderungan perwakilan sama ada mahu memilih Azmin atau Zaid.
Dalam pada itu, ditanya calon pilihannya, Zulkifli berkata, beliau akan memilih Azmin memegang jawatan Timbalan Presiden PKR berbanding Zaid.
- Mingguan Malaysia

Pak Sulung: Pernah meramalkan Zaid Ibrahim mendapat restu Wan Azizah.

Sabtu, 18 September 2010

Freemasonary, Gerakan Menghancurkan Islam: PRINSIP FREEMASONARY

TERDAPAT tujuh prinsip utama Pergerakan Freemasonary:

1. Kerahsiaan.

KERAHSIAAN adalah asas terpenting dalan pergerakan ini. Para anggota wajib menjaganya dengan apa cara sekalipun daripada tersebar, sama ada di dalam bentuk tulisan, pergerakan dan simbol-simbol tertentu.

2. Kesetiaan.

ANGGOTA wajib memberikan taat setia seratus peratus kepada Yahudi dan dikehendaki memutuskan hubungannya dengan agama dan negara.

Dalam kitab Al-Yahudiyah dan kitab Al-Yahudiyah fi Aswabiha al Mu’asoroh terdapat bukti kaitan dengan prinsip yang kedua ini. Ianya menyatakan bahawa anggota Freemasonary dilarang sama sekali untuk terikat dengan mana-mana negara dan agama. Mereka meletakkan perjuangan Gerakan Freemasonary sebagai hadaf (matlamat) utama yang begitu suci mengatasi segalanya.

3. Memuliakan hanya keturunan Yahudi.

PROTOKOL ke-11 menyebut bahawa: Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi adalah bangsa yang terpilih dan keadaan mereka yang bertebaran di muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau di negara asing, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa sesuatu bangsa ke pintu kekuasaan di seluruh dunia walaupun pada pandangan orang yang cetek fikirannya perkara itu sebagai satu kelemahan.

Sementara di dalam protokol lain pula disebutkan bahawa: Sesungguhnya kita adalah pilihan Allah yang ditugaskan untuk memimpin dunia ini dan Allah telah menganugerahkan kepada kita kebijaksanaan yang luar biasa supaya kita mampu melaksanakan amanah itu.

4. Menyebar-luaskan kemungkaran dan mengagungkan hubungan sex.

PROTOKOL Freemasonary ayat ke-9 dan 13 yang disusun oleh Zionisme Brazil menyebutkan:
(Ayat 9) Moral generasi muda Goyim (bukan Yahudi) waktu ini sudah kita hancurkan dengan memperkenalkan prinsip-prinsip dan teori-teori palsu yang sudah sama-sama kita ketahui bahawa prinsip dan teori itu adalah rosak, lalu kini kita sematkan ke dalam benak akal mereka.

(Ayat 13) Untuk mencegah mereka (orang Goyim) daripada menemui langkah baru dalam politik, kita mesti membawa mereka ke kancah hiburan seperti judi, pesta hiburan, pesta seks dan mengadakan rumah-rumah urut dan pelacuran. Di samping itu, kita memuatkan iklan-iklan dalam akhbar bertujuan mempengaruhi para remaja untuk menggiatkan diri mereka dalam arena seni, sukan dan sebagainya. Pelbagai jenis hiburan ini lama-kelamaan dapat mengalih perhatian manusia daripada bangkit menentang kita sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga mengganggu-gugat ketenteraman kita dan sebahagian manusia yang lain.

Seorang pemimpin tertinggi Freemasonary berkata: Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.

Manakala seorang pemimpin tertinggi imperialis berkata: Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan meterialistik.

Karl Marx, pengasas kepada sosialisme pernah ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan. Beliau menjawab: ‘Penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian ke arah pementasan teater.’

Mengulas mengenai persoalan ini, Abdullah Nasih ‘Ulwan berkata: Maka daripada kata-kata ini jelaslah bahawa Yahudi, Freemasonary, Sosialis, Solbiah, Kristianisasi dan Imperialis sentiasa berbincang, berpakat dan bekerjasama untuk merosakkan masyarakat umat Islam dengan cara menghidangkan arak, seks, teater, majalah, akhbar, rancangan tv, radio, buku-buku serta filem dan drama. Sesungguhnya mereka telah mencapai matlamat mereka yang buruk lagi jahat itu.

5. Memusuhi semua agama sehingga dapat menguasainya.

SEORANG pemuda Freemesonary berkata: Kita hanya mempunyai satu tujuan iaitu menghancurkan sendi-sendi agama Katholik. Kita orang-orang Freemasonary tidak boleh menghentikan usaha ini selagi masih ada penganut Kristian Katholik walaupun seorang yang masih hidup. Peperangan antara kita dan mereka adalah peperangan darah yang hanya dapat diselesaikan apabila kita mati ataupun mereka yang mati.

Sementara seorang pemimpin Freemasonary Muslim yang telah bertaubat, bernama Yusuf Al-Hajj berkata:
Bangsa-bangsa yang menjalin hubungan kerjasama dengan anggota Freemasonary umpama tuan rumah yang bekerjasama dengan pencuri. Sikap seperti ini juga seumpama seorang pejuang yang berdamai dengan musuh bersenjatakan tombak bermata dua yang akan digunakan untuk menusuk jantung atau hatinya tanpa disedari. Begitulah juga halnya apabila hubungan baik cuba dijalinkan dengan negara Israel. Peringatan ini khusus untuk umat Islam.

Proudon, salah seorang tokoh Freemasonary pernah berkata: Freemasonary adalah satu penyangkalan terhadap kepentingan agama. Apabila ada seorang Freemason yang berkata tentang kewujudan Allah, maka yang dimaksudkan itu adalah alam dan kekuatan material atau mereka menganggap Allah dan manusia sebagai satu benda.

6. Para anggota saling tolong-menolong antara satu sama lain.

DI DALAM buku Anzimatul Masuniyah (Peraturan-peraturan Freemasonary) ada menyebutkan bahawa setiap ahli baru yang menganggotai pertubuhan ini perlu mengingati lafaz yang diajarkan kepada mereka, iaitu:

‘Aku mesti bekerja dengan rajin dan tekun demi kepentingan keluarga Freemasonary. Aku mesti mencintai suadaraku anggota Freemasonary dalam keadaan mana sekalipun. Aku harus menjaga ketetapan dan rahsia gerakan yang menjadi dasar Freemasonary.

7. Mengadakan propaganda dan revolusi.

ARTHUR Edward, dalam bukunya Ensiklopedia Freemasonary ada menyatakan pendapat tentang peranan anggota-anggota Freemasonary Perancis:

Mereka telah menyusun strategi yang bertujuan menggulingkan kerajaan Perancis dan juga menghancurkan kepercayaan Katholik.

Silakan Berhijrah Ke Singapura, JIKA DI SANA LEBIH BAIK DARIPADA DI SINI....


BARU-baru ini, Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu wawancara dengan akhbar New York Times telah mengkritik situasi hubungan kaum di Malaysia dengan mendakwa ia lebih buruk berbanding dengan keadaan di Singapura.

Kepada penulis, apa yang dimakusdkan tokoh ‘chauvanis kiasu’ itu adalah dari segi perkauman Cina-nya. Bagi Lee, kaum imigran Cina yang ada di Malaysia tidak mendapat keistimewaan sepertimana yang berlaku di Singapura. Mereka tidak dapat menguasai kesemua sektor sehinggakan berada pada tahap 95%. Itu sahaja.

Kenyataan itu tentunya bermaksud mengapi-apikan kaum imigran Cina yang ada di negara ini supaya bangun menentang kerajaan BN pimpinan Umno yang sedia ada sejak negara ini merdeka, 53 tahun lalu. Dan kenyataan itu sengaja dibuat Lee Kuan Yew bertepatan dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara – Malaysia.

Kalau Perdana Menteri, DS Najib selaku ketua pimpinan negara menyeru supaya rakyat negara ini bersatu padu dan menumpukan perhatian kepada pembangunan negara, Lee Kuan Yew pula menyeru kaum imigran Cina yang menjadikannnya sebagai idola supaya menyedari dan sentiasa ingat bahawa mereka sebenarnya ditindas oleh orang Melayu.
Benarkah begitu? Kalau kaum imigran Cina di Malaysia di tindas, mampukah kaum itu berada dalam keadaan senang-lenang, mewah dan bebas berpolitik serta berniaga?

Yang paling penting, kaum imigran Cina di sini tersangatlah bebasnya untuk berpolitik termasuk juga bebas mengecam dan menghina orang Melayu, perlembagaan negara, keistimewaan hak orang Melayu, kedulatan institusi Raja-raja dan kedaulatan bahasa Melayu serta agama Islam.

Kebebasan ‘Namewee’ adalah bukti nyata.

Masejnya, kalau Singapura masih berada dalam Malaysia dan beliau sendiri yang jadi pemimpinnya, maka nasib kaum imigran Cina tidak jadi sedemikian.

Adakah ini bererti bahawa Lee Kuan Yew mahu kaum imigran Cina di Malaysia supaya berusaha membawa kembali negara pulau itu menjadi sebahagian daripada Malaysia? Kemungkinannya tetap ada.

Memandangkan orang Melayu di negara ini mudah digula-gulakan, tidak mustahil suatu hari nanti usaha kearah itu akan tercapai. Negara pulau yang sangat terhad dari segi keluasan, sumber asli dan jumlah kaum imigran Cina-nya itu sangat elok dicantum kembali. Dan itulah yang terbaik untuk mereka.

Itulah yang tersirat daripada perutusan Lee Kuan Yew, sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53.

‘Gila talak’ Lee Kuan Yew untuk memimpin dan seterusnya menjadikan Malaysia dan Singapura sebagai Hong Kong masih belum sembuh.

Agenda menjadikan Nusantara ini sebagai negara Cina ke dua, juga belum hilang dari impiannya.

Kepada warga Malaysia, tak kira keturunan – Melayu atau Cina atau India, yang menjadikan Lee Kuan Yew dan Singapura sebagai idola, seharusnya berpindah sahaja ke negara pulau itu kerana di sana lebih baik daripada di sini.

Syurga dunia terdapat di sana. Di sini mereka bagaikan berada dalam neraka?

Pak Sulung: Tak mahu cakap banyak. Cuma memperilakan mereka berhijrah ke sana jika di sana jauh lebih baik daripada di sini.

Jumaat, 17 September 2010

Bolehkah Majlis Peguam Arahkan Ahlinya JANGAN BELA PEMBUNUH SOSILAWATI?


BERKAT belasahan kekawan blogger terhadap Majlis Peguam dan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rastam serta Presiden PERKASA, Dato’ Ibrahim Ali, Presiden Majlis Peguam Malaysia pun membuatlah kenyataan. Dalam kenyataannya, beliau meminta pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap peguam-peguam yang menyeleweng dan terlibat dalam sebarang kes pecah amanah atau pengubahan wang haram.

Putar punya putar, yang salah dan dipersalahkan ialah pihak berkuasa polis kerana tidak mengambil tindakan tegas, kononnya. Tetapi kalau polis ambil tindakan akan adalah nanti para peguam dari kalangan ahli atau pemimpin di Majlis Peguam yang bermatian-matian berikhtiar membelanya.

Apabila mereka tak mampu membela secara terang-terangan berkaitan kes yang dibelanya di dalam mahkamah, maka akan dicarilah ruang-ruang kosong undang-undang untuk membolehkan kes itu ditangguh-tangguhkan sehingga mencecah dua tiga tahun dan bertahun-tahun. Tergantung dan tertangguh tak tahu sampai bila.

Akibatnya, kerajaan pada pandangan rakyat umum dilihat sebagai tidak tegas dan tidak berwibawa. Dan undang-undang yang sedia ada pun dianggap lemah atau tidak mampu menentang para peguam yang bijaksana.

Keadaan di Malaysia sangat jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Singapura. Di Negara Pulau itu, sesuatu kes mahkamah sangat cepat dijatuhkan hukuman dan peluang untuk berdalih-dalih atau bertangguh-tangguh tidak berlaku. Apatah lagi kalau kes itu membabitkan pertuduhan kerana mengecam pemerintah. Tak sampai dua minggu kes selesai dan yang tertuduh dijatuhi hukuman.

Sekiranya setiap tahun terdapat puluhan peguam yang dipecat oleh Majlis Peguam kerana melanggar etika guaman, macam mana orang awam nak tahu?

Setahu dan seingat penulis, tidak pernah pulak terbaca berita bahawa majlis itu telah membuat aduan kepada polis terhadap peguam-peguam berkenaan sebagaimana hebahan berita-berita lain, khasnya yang mengecam pemerintah atau kerajaan.

Rasanya, kalaulah nama peguam dua berdik yang jadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik – Datuk Sosilawati, itu didedahkan kepada umum melalui laman web resmi majlis itu, tentulah peguam yang turut menjadi mangsa itu tahu dan tidak mahu berurusan dengan suspek atau menasihatkan Sosilawati supaya jangan berurusan dengannya.

Bukan mereka sahaja, malah seluruh rakyat negara ini yang ingin berusuran dengan peguam akan terpaksa menyemak mana-mana peguam yang benar-benar beretika dan mana yang tidak, iaitu yang telah dipecat oleh Majlis Peguam.

Sekarang bukan masanya untuk sesiapa atau mana-mana pihak menegakkan ‘benang basah’ bagi menjaga maruah masing-masing. Rakyat masa kini bukannya macam dulu-dulu. Dah ramai yang bijak dan mampu membuat pilihan.

Oleh itu mari kita semua tumpukan perhatian kepada kes pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga yang lain itu. Begitu juga dengan kes-kes yang mungkin ada kaitan dengan suspek, sebagaimana yang diberitahu oleh pihak polis.

Apa kata untuk kes Sosilawati ini, pihak Majlis Peguam mengarahkan semua peguam yang menjadi ahli supaya jangan membela suspek semasa dihadapkan ke mahkamah nanti. Kalau ada peguam yang membelanya, bermakna peguam itu adalah peguam yang di‘black list’ oleh Majlis Peguam.

Apa macam? Setuju? Kalau setuju, ayuh! Laksanakan tugas dan buat arahan resmi.

Pak Sulung: Sedang mencari-cari jawapan kenapa kepimpinan Majlis Peguam Malaysia ini kurang sangat terdapat peguam dari kalangan kaum Melayu. Adakah mereka tidak bijak atau tidak cukup cerdik untuk jadi peguam?

SUSPEK PAKAR TIPU DITIPU PENIPU?


MENURUT seperti yang diberitakan akhbar, TV, Radio dan blog, suspek utama pembunuhan kejam jutawan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain, ialah peguam dua berdik yang sangat licik dan pintar dalam merencanakan jenayah mereka. Kerjaya mereka sebagai peguam membuatkan mereka dilihat begitu teliti dan bijak menghilangkan bukti.

Selain dari itu, susulan siasatan kes mendedahkan berkemungkinan mereka juga terlibat dalam beberapa kes penipuan urusan jual beli tanah bernilai jutaan ringgit. Pendek kata, peguam dua beradik yang jadi suspek utama itu adalah penjenayah dan penipu besar yang sangat berjaya dengan kerja-kerja jenayah mereka.

Bagaimanapun, sebagaimana yang diberitakan Utusan, peguam yang bergelar Dato’ itu sebenarnya bukanlah seorang ‘Dato’ Bergelar’ yang sah dari mana-mana istana atau Sulatan/Raja/Yang Dipertaun Negeri/Yang diPertuan Agong. Kaji selidik yang dibuat akhbar berkenaan mendapati nama suspek tidak terdapat dalam senarai anugerah di mana-mana negeri.

Maknanya, gelaran Dato’ yang digunapakinya itu adalah palsu.

Anehnya, sebagaimana diberitakan juga, suspek bergelar Dato’ itu memperoleh Darjah Kebesaran hasil penipuan seorang ahli perniagaan dengan nilai bayaran sebanyak RM180,000. Ahli perniagaan tersebut dikatakan memberitahu suspek bahawa namanya akan disenarai dalam senarai penerima darjah kebesaran yang membolehkannya menggunakan gelaran tersebut.

Moralnya, sebijak-bijak penjenayah dan penipu, dapat juga ditipu oleh penipu lain yang memang kerjanya menipu. Maknanya, penipu ditipu oleh penipu.

Pak Sulung: Teringatkan firman Allah SWT, di surah Al-Imran ayat 54 yang bermaksud, Mereka mengadakan tipu daya, sedangkan Allah juga mengadakan tipu daya. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik pencipta tipu daya.

Komen Tun M Terhadapa Kenyataan Kuan Yew: KHAS UNTUK YANG MENJADIKAN LKY dan SINGAPORE SEBAGAI IDOLA


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Tuduhan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew bahawa Malaysia tidak berlaku adil dan menyisihkan kaum lain langsung tidak berasas sebaliknya penyisihan kaum di republik tersebut adalah lebih teruk dan lebih hebat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kaum Cina yang merangkumi 75 peratus penduduk pulau tersebut menguasai 95 peratus ekonomi negaranya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Singapura bukan negara pelbagai kaum sebaliknya adalah negara kaum Cina di mana penduduk minoriti tidak mendapat layanan yang sama.

"Kuan Yew bercakap mengenai kesaksamaan dan keadilan antara kaum tetapi sebaik sahaja Singapura keluar dari Malaysia, kaum Cina menjadi majoriti dan mendominasi republik itu.

"Seperkara yang harus diketahui aktiviti membantah atau membangkang kerajaan tidak dibenarkan di Singapura,'' katanya dalam entri terbarunya bertajuk Malaysia according to LKY dalam blognya di http://chedet.co.cc/chedetblog/ di sini.

Beliau mengulas kenyataan Kuan Yew dalam akhbar New York Times pada 1 September lalu yang mengkritik sistem diamalkan di negara ini dan menuduh Malaysia tidak berlaku adil serta menyisihkan kaum lain.

Dalam temu bual itu juga, Kuan Yew membayangkan Malaysia mungkin menjadi lebih baik jika tidak berpisah dengan Singapura kerana republik itu kini telah mencapai tahap yang membanggakan dalam hubungan kaum.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir menarik perhatian mereka yang bertanding menentang parti pemerintah PAP akan dikenakan tindakan termasuk diheret ke mahkamah atas tuduhan memfitnah.
Sekalipun menang pilihan raya, beliau berkata, mereka tidak berpeluang menduduki kerusi di

Parlimen republik itu berbeza dengan parti-parti pembangkang di Malaysia.
Malah di Malaysia, empat daripada 13 negeri di perintah oleh parti pembangkang.
"Di Singapura, PAP terpaksa melantik wakil mereka untuk berperanan sebagai pembangkang,'' katanya.

Mengenai tuduhan Malaysia akan menjadi lebih baik dari segi hubungan kaum jika tidak berpisah dengan Singapura, Dr. Mahathir melontarkan soalan:
"Adakah kita percaya jika Singapura masih berada dalam Malaysia, masalah perkauman tidak akan berlaku?

"Saya juga percaya jika Singapura masih berada di dalam Malaysia, PAP sudah pasti akan menguasai politik negara bersama kaum Cina yang lain. Pada masa itu parti-parti pembangkang tidak akan ada suara. Seorang pun tidak akan berani bercakap apa-apa."

Dr. Mahathir berkata, hilang ingatan memang boleh berlaku tetapi membuat kenyataan bahawa Malaysia akan menjadi lebih baik jika tidak berpisah dengan Singapura jelas tidak berasaskan fakta sebenar.
- Utusan Malaysia

Pak Sulung: Masih tidak dapat menyembunyikan keinginan supaya Tun kembali memimpin Malaysia atau menjadi Penasihat Resmi kepada kerajaan.

Pok Nik Kena Jawab Pertanyaan Tok Pa, JAWAB JANGAN TAK JAWAB....


PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed melontarkan beberapa pertanyaan kepada pucuk pimpinan Pas Kelantan mengenai tindak-tanduk dan dasar-dasar parti itu yang tidak konsisten sejak memerintah negeri itu pada 1990.

DS Mustapa menyifatkan Pas sebagai parti yang tiada hala tuju dan bergerak hanya untuk mengaburi mata rakyat dengan ‘perjuangan palsu’ konon mahu menubuhkan negara Islam. Malah, beliau turut menyifatkan dasar yang dilaksanakan Pas sebagai 'Islam hangat-hangat tahi ayam' kerana bersifat sementara dan berubah-ubah mengikut kepentingan parti itu.

Sehubungan itu DS Mustapa melontar beberapa soalan yang diketahui oleh rakyat Kelantan, sebagai bukti kepada dakwaannya sebagaimana diberitakan Utusan. Antaranya:

1. Ketika Pas mula-mula memerintah Kelantan pada 1990, pada ketika itu di lapangan terbang disediakan ‘jubah hitam’ untuk wanita yang tidak menutup aurat tetapi sekarang mana jubah itu? Sekarang aurat boleh dilihat dan tidak jadi masalah lagi?

2. Dahulu kaunter di pasar raya disediakan secara berasingan di antara lelaki dan wanita tetapi sekarang sudah bercampur gaul, tidak apa pula?

3. Sebelum ini, suara wanita adalah aurat sehingga tilawah al-Quran tidak dibenarkan masuk tetapi sekarang boleh berceramah pula?

4. Kenapa Pas lebih selesa bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terang-terangan menolak negara Islam?


Empat soalan yang ditanya oleh pemimpin UMNO anak jati Kelantan ini perlu dijawab segera oleh pemimpin Pas Kelantan. Oleh kerana pemimpin Agung Pas Kelantan juga adalah Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar, maka soalan ini tentulah ditujukan khas kepada beliau.

Rakyat negara ini yang selama ini sering dikelirukan pemikirannya oleh Nik Aziz sangat memerlukan satu jawapan konkrit daripada ulama ciptaan Pas itu. Selain itu rakyat Kelantan juga sangat menanti-nantikan jawapan dari Menteri Besar yang bertaraf Tok Guru itu.

Soalan-soalan itu membuat penulis teringatkan kisah ADUN Bukit Lanjan, Selangor, Elizabeth Wong yang diberi kebenaran oleh Nik Aziz berceramah di pentas Pas, untuk orang Pas dan di Kota Bharu.

Peristiwa itu berlaku selepas ADUN PKR itu menjadi pertikaian umum kerana pendedahan gambar bogelnya serta kisah cintanya yang bersekedudukan dengan seorang jantan Melayu- Hilmi Malek, juga dari PKR yang telah pun beristeri.

Ingatkah anda semua bagaimana Nik Aziz membela ADUN itu dengan alasan merapu kononya apa yang didedahkan itu tidak salah kerana Eli Wong hanya berbogel di rumahnya sendiri?

Mungkin Nik Aziz benar dari sudut gambar itu diambil. Tetapi kisah-kisah bersekedudukannya yang menjadi turutan kepada kisah itu tidak disentuhnya. Bila Nik Aziz tak sebut, itu bermakna boleh le...

Persoalannya ialah betapa pemimpin agung Pas itu membela sesiapa sahaja dan apa jua kesalahan moral dan politik, asalkan orang itu adalah dari kalangan puak yang bersekongkol dengan Pas. Segala isu akan ditepis oleh Nik Aziz dengan pelbagai alasan atau hujah yang membela tetapi, selalunya keluar tajuk. Lain yang dipersoalkan, lain pula yang dijawab oleh Nik Aziz. Merapu dan merepek....

Justeru, dalam kes ini (pertanyaan DS Mustapa), sama-sama kita semua tunggukan bagaimana dan apa pula silat lidah Tok Guru Nik Aziz menjawabnya.

Kalau ikutkan kebiasaan, Nik Aziz tidak menjawab apa yang ditanya tetapi, akan mengalihkan isu atau soalan itu kepada UMNO atau pemimpin-pemimpin UMNO.

Tungguuuuu......

Pak Sulung: Yakin Nik Aziz akan konar baring melalui jawapannya nanti. Putar punya putar, dia akan salahkan UMNO atau bandingkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Dia tidak akan jawab apa yang ditanya tetapi akan membuat tuduhan baru terhadap UMNO pula. Oleh kerana Melayu UMNO adalah musuh utama Nik Aziz, fokus jawapannya tentulah menyalahkan UMNO.

Khamis, 16 September 2010

Freemasonary, Gerakan Menghancurkan Islam: DITUBUH UNTUK KEPENTINGAN YAHUDI


MENURUT pengarang kitab Tabdid Azzolam, pergerakan rahsia ini telah diasaskan pada tahun 45 Masihi. Peregrakan ini ditubuh hasil cetusan idea daripada dua lelaki Yahudi bernama Aheram Abyob dan Muab Lavi yang juga penasihat kepada raja Herod’s Akriba. Manakala pengarang kitab Rahsia Gerakan Freemasonary & Kelab Rotary pula mengatakan, gerakan ini telah ditubuhkan pada tahun 37 Masihi.

Tujuan asal penubuhan gerakan sulit ini adalah untuk menyekat pengaruh ajaran Al-Masih (Nabi Isa a.s.) dan untuk menjaga keselamatan serta kepentingan kaum Yahudi.

Umumnya, gerakan ini ditubuh dan dirancang oleh kaum Yahudi berdasarkan kitab Talmud untuk memusihi semua agama, khasnya Kristian Katholik ketika itu. Kemudiannya, setelah agama Islam berkembang, mereka mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama.

Fokus mereka ketika itu ialah menyebar-luaskan fahaman Komunisme dan Sekularisme setelah kejatuhan agama Kristian di zaman revolusi Eropah sekitar kurun ke-17.

Penentangan secara langsung terhadap agama Islam bermula pada 1717M, apabila gerakan rahsia ini mengadakan seminarnya secara rasmi di kota London. Dalam seminar tersebut, seorang anggota Freemasonary bernama Anderson telah meletakkan agama Islam sebagai musuh utama mereka. Anderson secara rasmi adalah ketua Gereja Protestan tetapi hakikatnya dia adalah seorang Yahudi.

Di awal penubuhannya, gerakan ini dianggotai oleh sembilan orang anggota yang telah bersumpah taat setia dengan nama tuhan dan Taurat untuk menjaga segala rahsia pergerakan. Sumpah taat setia mereka adalah seperti berikut:

‘Saya sipolan bin sipolan bersumpah dengan nama tuhan dan Taurat serta dengan penuh penghormatan saya, sesungguhnya saya telah menjadi salah seorang daripada anggota yang sembilan mengasaskan pergerakan ini (Secret Power).

‘Saya berjanji tidak akan mengkhianati saudara seanggota dengan apa-apa bentuk kemudharatan berdasarkan ketetapan pergerakan.

‘Saya berjanji untuk mengikuti segala ketetapan (peraturan) yang telah disepakati bersama dengan penuh ketaatan, amanah dan berusaha melakukan dengan sebaik-baiknya. Saya berjanji untuk berusaha menambahkan bilangan keanggotaan.

‘Saya juga berjanji untuk memesongkan sesiapa sahaja yang mengikut ajaran Al-Masih dan berusaha sedaya upaya saya untuk membunuh mereka yang menyebarkan ajaran ini.

‘Saya berjanji tidak akan membocorkan mana-mana rahsia yang tersimpan antara kami seanggota kepada anasir luar mahupun daripada kalangan seanggota kami (yang berpaling tadah).

‘Sekiranya saya telah didapati khianat dengan cara membocorkan rahsia pergerakan mahupun perkara-perkara yang harus diselindungi antara kami seanggota, maka saudara seanggota saya berhak untuk membunuh saya dengan apa cara sekalipun.’

Sebaik selesai sumpah taat setia tersebut, maka anggota kumpulan itu mula menubuhkan markaz mereka yang pertama yang diberi nama ‘Markaz Jerusalem’, bertempat di istana Herod’s Akriba. Nama istana tersebut ialah ‘De Haliza’ yang secara rahisa dijadikan pusat operasi pergerakan itu.

Langkah pertama yang mereka ambil ialah dengan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan yang melambangkan kamanusiaan atas pelbagai nama dengan tujuan yang satu. Langkah seterusnya ialah dengan melakukan perubahan pada sumpah taat setia yang asal untuk mengaburi manusia dalam usaha menarik lebih ramai anggota menyertai pergerakan itu. Caranya ialah dengan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan yang cenderung kepada keamanan dan sosial pula.

Sumpaha taat setia ke dua ialah:
‘Saya sipolan bin sipolan bersumpah dengan nama tuhan dan dengan sepenuh keimanan serta penghormatan saya, sesungguhnya saya bersatu bersama saudara seanggota untuk melakukan segala apa yang telah disepakti oleh kami semua. Sesungguhnya saya berjanji akan saling tolong-menolong dan akan sehati-sejiwa hingga ke akhir hayat.’

Perbezaan antara kedua-dua sumpah taat setia tersebut ialah dari segi balasan orang yang mengkhianati perjanjian tersebut. Pada sumpah pertama ianya dinyatakan secara jelas, manakala pada sumpah yang dipinda (kedua) ianya tidak dinayatakan.

Sumpah kedua ini dipendekkan agar tidak terdedah secara jelas isi sumpah tersebut. Antara pertubuhan-pertubuhan yang digerakkan oleh gerakan ini ialah Kelab Rotary, Lions, St. John serta pertubuhan-pertubuhan kewanitaan, persaudaraan, kesihatan dan kanak-kanak sedunia.

Kepada umat Islam, Allah SWT telah memberikan peringatan melalui firmanNya di surah Al-Imran, ayat 85 yang bermaksud: Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari golongan mereka yang rugi.

Apabila Yang Diikut Merepek, PENGIKUT PUN MERABAN TEBEN....


MENGIKUT Kamus Dewan, ‘merepek’ bermaksud ‘bercakap terus-menerus dan yang bukan-bukan’ atau ‘meracau’. Sementera perkataan ‘meraban’ bermaksud ‘bercakap dalam bahasa yang bercampur aduk’, ‘mengigau’ yang sama juga maksudnya dengan ‘merepek’. Menakala perkataan ‘teben’ itu pula menggambar kehebatannya. Bila di sebut ‘meraban teben’, bermaksud tersangatlah hebat atau kuat sasaunya.

Perkataan ini penulis gunakan bagi menggambarkan apa yang sedang berlaku dalam Parti Kedailan Rakyat (PKR) menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti itu November ini. Oleh kerana pemimpin agung mereka merepek, maka para ahli yang dibawah pun meraban teben. Berkecamuk atau kalut.

Apa tidaknya, ketika para ahli bawahan berura-ura mahu mencalonkan Sheikh Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti, siang-siang idola yang menyesatkan mereka itu membuat kenyataan akan menolak pencalonannya ke jawatan nombor satu itu. Kenapa dan mengapa menimbulkan pelbagai persepsi.

Anehnya, dalam pada itu perkhabaran dari PKR Perak mengatakan bahawa kesemua cabang PKR di negeri itu tetap akan mencalonkan Anwar sebagai Presiden. Selain dari Perak ada banyak lagi cabang akan bertindak serupa. Tak tahulah sama ada betul atau tidak. Kata-kata mereka tu bukannya boleh dipakai sangat.

Justeru. Atas dasar inilah keadaan mereka dalam PKR sekarang berada di tahap meraban kerana idola yang disanjung tinggi merepek.

Kesian ahli-ahli PKR yang berada di bawah. Mereka tersepit dengan kenyataan Anwar yang jelas merepek. Pada satu ketika dia kata PKR telah menyediakan saluran demokrasi yang terbaik. Tetapi pada ketika lain dia melarang ahli-ahli mencalonkannya sebagai Presiden. Mana satu yang mereka nak ikut?

Kalau ikutkan demokrasi, mereka bebas mencalonkan tokoh mereka ke jawatan nombor satu parti. Tapi bila ikutkan naluri kecintaan dan ketatan membabi-buta mereka terhadap Anwar, demokrasi itu tidak boleh diguna-pakai pulak. Fenin.... fenin....

Selain itu, para pemimpin bawahan yang ada otak sedikit mahukan supaya Anwar jadi Presiden, sementara Wan Azizah beralah dengan menjadi timbalan. Kepada mereka, jika itu berjaya dilakukan maka krisis kerana perebutan jawatan nombor dua antara Azmin dan Zaid Ibrahim dapat dielakkan. Apabila Anwar tak mahu dan Wan Azizah pula tidak memberikan sebarang komen mengenainya, maka merabanlah mereka.

Ayat biasa Anwar yang mengatakan: "Saya tidak berhasrat untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti buat masa ini atas beberapa pertimbangan yang saya fikir baik untuk parti, namun saya menyerahkan kepada budibicara ahli untuk mencalonkan sesiapa yang mereka hasratkan bagi memimpin parti.”

Silat ini juga membuatkan orang bawahan tambah keliru. Dia kata dia tak mahukan sebarang jawatan dalam parti atas beberapa pertimbangan mengikut apa yang dia fikirkan tetapi, dihujungnya dia menyerahkan pula perkara itu kepada budibicara ahli untuk mencalonkan sesiapa yang mereka hasratkan. Mana satu nak ikut?

Persoalannya, apakah Anwar takut untuk menentang Wan Azizah atau Wan Azizah memang tidak mahu berganjak daripada kedudukannya sekarang. Dia tak mahu bagi muka kepada anak emas Anwar – Azmin Ali, bermaharajalela dalam parti.

Adalah tidak pernah dibuat orang dalam mana-mana organisasi politik, suami jadi presiden parti sementara isterinya menjadi timbalan. Nak buat salah tak buat pun salah. Takkan Anwar nak duduk di kerusi nombor dua pulak. Maka terkedulah Anwar dengan permainannya sendiri.

Sebagai seorang manusia yang bersifat ‘talam banyak muka’ sudah tentu Anwar Ibrahim berkata lain kepada Wan Azizah dan lain pulak kepada Azmin. Dengan Wan Azizah begitu dan dengan Azmin begini.

Mahu tak mahu, terpaksalah Azmin Ali membuat keputusan sendiri. Biar dia sahaja yang duduk di kerusi nombor dua itu. Macam mana dia pujuk Syed Husin supaya berundur adalah soal lain. Yang penting pemilihan kali ini menyaksikan ada kekosongan di kerusi timbalan.

Semua ahli-ahli PKR tahu Wan Azizah tak berapa berkenan dengan Azmin. Kalau boleh dia mahu insan kesayangan suaminya itu dinyahkan saja dari PKR. Kalau dahulu ada Ezam untuk Wan Azizah mengadu hal, kini nampaknya Zaid saja yang boleh beliau rundingi. Maka berentapkan Azmin dengan Zaid, walaupun bekas menteri UMNO yang tak berapa betul itu dianggap baru dalam PKR. Kalau dah tak ada rotan, maka akar pun berguna.

Kesimpulannya, kekalutan yang berlaku dalam PKR menjelang pemilihan kali ini berpunca daripada pendirian berbeza antara Anwar dan Wan Azizah. Ianya jadi bertambah rumit apabila Azmin Ali mencelah mengambil kesempatan sebagai hero penyelamat Anwar. Segalanya memang benar-benar berlaku. Bukannya suatu permainan ciptaan Anwar sebagaimana yang desas-desuskan orang. Anwar dah lembek dan terkebil-kebil. Dah macam ‘slop kera’, kata orang utara.

Anwar telah cuba menyelamatkan krisis dinginnya dengan Wan Azizah melalui anak sulung mereka, tetapi nampaknya tak berapa jalan. Walaupun Wan Azizah nampak lembut, sebenarnya hatinya agak keras membatu.

Anwar tidak berani berkeras dengan Wan Azizah. Begitu juga dengan Azmin. Kedua-duanya adalah nadi yang masih ada baginya. Kalau mereka inipun cabut lari sebagaimana Ezam dan lain-lain, Anwar mampos.... Terlalu banyak rahsia yang tersimpan pada mereka.

Hakikatnya, kecelaruan inilah yang menyebabkan Anwar Ibrahim jadi merepek dan merebak pula kepada penyokong-penyokong. Mereka jadi keliru dan meraban teben....

Pak Sulung: Mengemabil kesempatan sempena tarikh keramat 16 September ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke dua ‘Pembohongan Terbesar’ Anwar Ibrahim kepada seluruh ahli serta pemimpin DAP, PAS dan PKR. Lagi lama anda semua menggantungkan harapan kepadanya, selagi itu anda semua akan terus tertipu.

Rabu, 15 September 2010

Freemasonary, Gerakan Menghancurkn Islam: PENGENALAN dan MATLAMAT PENUBUHAN


UMAT ISLAM di seluruh dunia kini sanggup berbalah dan bersengketa sesama sendiri semata-mata kerana mempertahankan ideologi-ideologi Iblis yang jelas bercanggah dengan ajaran suci Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi kita Muhammad SAW.

Semenjak bumi ini disinari cahaya Islam, pertembungan antara yang hak dengan yang batil berlaku bagaikan rutin harian masyarakat dunia. Permusuhan yang bermula di alam malakut akibat dari keengganan Iblis (Azazil) untuk tunduk kepada Adam berpanjangan bersama peredaran masa yang menyaksikan saling bersilih ganti perebutan kuasa dan takhta kerajaan di bumi.

Musuh Islam dari kalangan Yahudi dan Kristian menunggu peluang keemasan untuk menarik dan membawa umat Islam ke lembah kesesatan. Orang yang telah terjebak dengan umpanan musuh, terutamanya Yahudi akan menjadi hamba yang taat untuk dikerah melakukan apa sahaja kehendak mereka walaupun terpaksa membunuh saudara sendiri.

Salah satu gerakan antarabangsa yang bergerak untuk menghancurkan Islam dari muka bumi ini ialah ‘Gerakan Freemasonary’. Gerakan ini tidak bergerak secara kekerasan tetapi menggunakan serangan pemikiran. Serangan cara ini sangat berkesan hinggakan mereka mengabadikannya dengan slogan: ‘Apabila kamu gerun dan takut dengan senjata musuh, maka hendaklah kamu rosakkan pemikiran mereka, nescaya kamu dapat membunuhnya.’

Namun, apa jua perancangan jahat mereka, orang Islam seharusnya yakin dengan pertolongan Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Imran, ayat 54 yang bermaksud: “Mereka mengadakan tipu daya, sedangkan Allah juga mengadakan tipu daya. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik pencipta tipu daya.”

Gerakan bawah tanah Freemasonary dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang telah dibentuk. Gerakan ini menyusup masuk dan menjadi tulang belakang kepada gerakan yang bersifat kebangsaan.

Freemasonary membawa masuk slogan-slogan yang pada zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib sesuatu bangsa tetapi, hakikat sebenarnya mengandungi agenda rahsia untuk kepentingan musuh Islam.

Gerakan Freemasonary ini dipelopori oleh orang Yahudi yang ingin mengambil kembali tanah Palestin serta membina semula Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Aqsa. Kemudian akan meluaskan penaklukannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan seterusnya ke Madinah di Arab Saudi.

Pergerakan ini dibentuk bagi membangunkan fahaman Yahudi dengan bergiat cergas dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Bermula daripada gerakan inilah terwujudnya pertubuhan-pertubuhan berbentuk kebajikan dan keamanan di seluruh dunia untuk mengabui mata masyarakat terhadap gerakan mereka. Gerakan ini telah menyusup masuk ke dalam seluruh fahaman agama dan bangsa tanpa perlu menukar identiti. Keutamaannya ialah taat setia kepada pergerakan itu.

Gerakan ini juga bergerak cergas dalam bidang ekonomi melalui cara monopoli dan membudayakan riba di kalangan manusia.

Dalam bidang sosial mereka lebih memberi perhatian terhadap isu kemanusiaan dan sentiasa sedia menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Mereka juga sering memberikan penghargaan kepada individu cemerlang untuk menarik mereka menyertai gerakan ini.

Kebanyakan orang yang terjebak ke dalam pergerakan ini adalah dari kalangan mereka yang berkepentingan dalam pertubuhan kerajaan dan sosial. Orang-orang yang terjerumus ke dalam gerakan ini terpaksa akur dengan kehendak pergerakan itu.

Hakikatnya, Preemasonary adalah sebuah organisasi Yahudi Antarabangsa yang bekerja untuk memusnah dan menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial di negara-negara yang dimasukinya. Matlamatnya merosakkan bangsa dan pemerintah kaum bukan-Yahudi (Goyim).

Bersambung....

KISAH PEMUJA HANTU, YANG JADI HANTU dan MELAYU BERHANTU....

ALKISAH, di Pulau Pinang DAP sedang rancak mengadakan pesta memuja Hantu Lapar hinggakan mengganggu ketenteraman beribadah umat Islam di Masjid George Town. DAP tak pedulikan bantahan kariyah masjid berkenaan. Kepada DAP menjamu Hantu Lapar lebih bermanfaat daripada mengambil tahu hal rakyat, apatah lagi rakyat yang membantah itu adalah umat Islam.


Di Banting, Selangor, Hantu jadian dari kalangan DAP dan Hindraf telah tertangkap untuk siasatan mengenai kes pembunuhan kejam empat orang Melayu di sebuah ladang. Siasatan berterusan memungkinkan beberapa kes pembunuhan kejam lain oleh suspek yang sama terdedah.


Dulu, semasa kes kematian Teoh Beng Hock dijadikan isu oleh Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan PAS) ramai juga Melayu Berhantu membantah apa yang mereka sifatkan sebagai kekejaman pihak berkuasa polis dan kezaliman pihak kerajaan. Hinggakan ada tok lebai Pas yang sanggup tunduk memberi hormat kepada lilin dan colok.


Melayu Berhantu dari puak pembangkang yang tak sedar diri ini juga turut menghentam pihak berkuasa polis kerana kematian di dalam lokap seorang penjenayah. Melayu Berhantu itu sanggup bersekongkol dengan ‘kerling’ Hindraf bertindak membantah pihak berkuasa yang mereka anggap zalim dan kejam.

Pak Sulung: Masih tercari-cari jawapan menganai persoalan bagaimana orang Melayu boleh bertukar menjadi Melayu Berhantu. Berapa ramaikah mereka. Dan siapa yang jadi Ketuanya

Syed Husin Ali Cuci Tangan: ‘PARTI RAKYAT MALAYSIA’ MATI TANPA KUBUR?


CONFIRM Syaed Husin Ali tidak mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan November nanti. Beliau bagaikan ‘cuci tangan’ setelah berjaya menyatukan Parti Rakyat pimpinannya dengan Parti Keadilan Nasional. Bagaikan seorang bapa menyerahkan anaknya untuk dijaga oleh orang lain.

Kepada Syed Husin, selagi ada perkataan ‘rakyat’ sudah memedai untuknya berpuas hati. Yang penting partinya tidak mati meragan. Nasib baik ada ‘pak sanggup’ yang memerlukannya. Tugas Syed Husin menyelamatkan maruah Parti Rakyat sudah dilaksanakan dengan baik. Selagi PKR hidup, Pak Habib anggap partinya pun hidup sama.

Kini terserah kepada pemimpin PKR untuk menentukan nasib sisa-sisa ahli Parti Rakyat (PR) yang berada dalam parti itu. Sama ada mereka akan jadi ‘anak angkat’ atau ‘anak tiri’ terpulang kepada keadaan. Maka lenyaplah PR bagaikan ‘mati tanpa kubur’.

Parti Rakyat merupakan salah satu daripada parti politik tertua di Malaysia yang diasaskan oleh aktivis berhaluan kiri Ahmad Boestamam dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain pada 11 November 1955.

Parti ini diinspirasikan menerusi perjuangan kemerdekaan di Indonesia yang diketuai oleh Sukarno, parti ini sesuai untuk semangat patriotisme ke atas Se-Malaya/Indonesia. Parti ini bertentangan dengan sifat UMNO yang bercirikan kontemporari (yang kemudiannya menjadi parti pemerintah sehingga hari ini). Parti Rakyat mendesak untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan British.

Pada era 1950-an dan 1960-an, Barisan Sosialis atau Socialist Front (SF) atau nama penuhnya Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 1958, terdiri daripada Parti Rakyat Malaya, Parti Buruh Malaya dan Parti Perhimpunan Kebangsaan bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di Semenanjung Malaysia. Pengaruh puak berhaluan kiri yang semakin kuat telah menghasilkan tindakan keras dari kerajaan Perikatan pimpinan UMNO.

Pada 1963, sejurus selepas kejadian Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah pemimpin Barisan Sosialis Ahmad Boestamam (presiden PRM), Ishak Haji Muhammad (presiden PBM) serta Abdul Aziz Ishak (ketua GERAM), Datuk Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain.

Barisan Sosialis kemudiannya akhirnya semakin lemah kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum Peristiwa Mei 13 pada 1969, pihak pemerintah semakin menguatkan pengaruhnya dengan memansuhkan sistem pilihanraya di Majlis Tempatan dan menggantikannya dengan secara lantikan. Oleh yang demikian, Parti Rakyat telah kehilangan sokongan dan suara didalam Parlimen dan juga Majlis Tempatan.
Penukaran Nama Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) 1970

Pada tahun 1970, kepimpinan Parti Rakyat telah diambil alih oleh Kassim Ahmad, seorang lepasan professional universiti, Parti Rakyat telah diterapkan lagi dengan ideologi sosialis lebih radikal. Pindaan Perlembagaan telah dibuat dan Parti Rakyat bertukar nama kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Disebabkan perkembangan ini, pihak pemerintah mengambil kesempatan dan membuat momokan bahawa parti ini mirip kepada komunis.

Atas tuduhan-tuduhan yang dikatakan palsu, ramai pemimpin dan penyokong parti terus ditahan dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Malah Presiden Parti Rakyat ketika itu, Kassim Ahmad juga telah ditahan. Sebahagian rakyat bertambah memandang serong dan takut akan PSRM yang begitu banyak dimomokan. Pada awal tahun 1980-an, Datuk Kampo Radjo, bekas Exco Selangor telah dipilih menjadi Presiden menggantikan Kassim Ahmad.

Pada 1989, PSRM bertukar nama balik semula kepada nama asalnya, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan menggugurkan perkataan sosialis dari nama parti dan perlembagaan. Ini mengakibat bantahan sesetengah ahli yang berpendapat parti itu telah mengendahkan perjuangan asal ideologi sosialisme mereka dan menyebabkan kumpulan serpihan yang diterajui Dr. Mohd Nasir Hashim dan kemudiannya menubuhkan parti baru, Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 30 April 1998 yang berjaya didaftarkan akhirnya pada 10 September 2008.

Semasa berlaku gerakan Reformasi yang melahirkan sebuah parti baru iaitu Parti Keadilan Nasional yang dipimpin oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim (Presiden ialah isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, kerana Anwar dipenjarakan) memulakan penerokaan untuk bergabung antara dua parti.

Kerjasama kedua-dua parti ini bermula daripada pembentukan Barisan Alternatif. Ketika itu Presiden PRM ialah Syed Husin Ali. Walaupun hasrat penggabungan tersebut telah ditangguhkan disebabkan keengganan pihak berkuasa. Dua parti ini secara rasmi bergabung pada 3 Ogos 2003. Hasil daripada penggabungan parti, parti ini kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Syed Husin Ali yang merupakan Presiden PRM sebelum penggabungan ini menjadi Timbalan Presiden PKR manakala Wan Azizah menjadi Presiden PKR.

Walaupun demikian, beberapa pemimpin Parti Rakyat Malaysia tidak menyetujui penggabungannya kepada sebuah entiti lain yang baru.

Pada 17 April 2005, ahli Parti Rakyat Malaysia yang menentang penggabungan ini mengadakan Kongres Nasional di Johor Bahru dan dipilih menerusi kepimpinan baru bagi mengatasi pergelutan parti. Ini menyebabkan bekas pemimpin PRM yang telah bergabung dengan PKR, antaranya timbalan presiden PKR Dr. Syed Husin Ali (bekas presiden PRM), naib presiden PKR dan ahli parlimen Subang R. Sivarasa (bekas naib presiden PRM) dan ahli jawatankuasa pusat Dr. Sanusi Othman (bekas setiausaha agung PRM) dan Tian Chua memohon kepada mahkahmah untuk PRM dibubarkan namun Mahkahmah Tinggi mengisytiharkan pembubaran PRM tidak sah kerana ianya hanya boleh dilakukan sekiranya 60% ahlinya mengundi untuk berbuat demikian di dalam kongres khas parti serta pemohon petisyen agar PRM dibubarkan sudah tidak mempunyai locus standi kerana telah meninggalkan parti.

Pendaftaran PRM masih kekal sah sebagai parti politik mengikut Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan malahan PRM telah terus bertanding di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008.

Pak Sulung: Sama-sama menantikan perkembangan selanjutnya, apakah selepas ini Parti Rakyat Malaysia akan dikekalkan kewujudannya sebagai sebuah parti yang terasing daripada PKR? Masa dan keadaan akan jadi penentu.

Selasa, 14 September 2010

Kemuliaan Berfikir FRANSISCUS OLIVER CONAN


SARJANA berbangsa Portugis yang telah menukar namanya menjadi ‘Hasan Muhammad Said’ setelah memeluk agama Islam, menceritakan perjalanan keIslamannya seperti berikut:

“Aku dilahirkan di kota Pamaliku, Portugal pada 16 Mei 1958. Kedua orang tuaku adalah penganut Kristian Katolik. Aku tidak ingat apakah aku sering ke gereja pada masa kecilku atau tidak. Mungkin juga ada tetapi, hanya beberapa kali sahaja.

“Tidak mahunya aku pergi ke gereja kerana aku gagal menemukan kepuasan hatiku. Apatah lagi para pemuka agama Kristian gagal menyampaikan penjelasan yang logik tentang hakikat wujudnya Tuhan, hakikat kejadian manusia, tentang diri Nabi Isa, apakah dia Tuhan atau manusia? Jika sekiranya dia adalah tuhan, bagaimana terjadinya ia dilahirkan oleh seorang perempuan yang bernama bonda Maryam?

“Di samping itu aku juga melihat ketamakan para pemuka agama Kristian dan para pengamalnya yang mengumpul harta tanpa mempedulikan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Dan dalam hidup seharian mereka, aku melihat mereka sering meninggalkan ajaran Tuhan.

“Hal yang demikian itu membuatkan aku mengarahkan pemikiranku untuk mempelajari falsafah dan agama-agama lain. Dari sanalah aku menemukan agama terbaik untuk diriku, iaiatu agama Islam yang penuh dengan kebenaran dan keluhuran.

“Peristiwa itu terjadi ketika aku bekerja di Arab Saudi sebagai ahli teknik yang menetap selama tiga tahun di sana. Aku bertemu ramai teman yang beragama Islam. Mereka adalah orang-orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Di samping itu mereka juga memberikan penjelasan kepadaku sesuatu yang selama ini sangat aku harapkan, iaitu penjelasan tentang Zat Maha Pencipta dan bagaimana hubungan manusia denganNya.

“Selepas itu aku berpindah ke Mesir untuk bekerja di sebuah projek metreologi di kota Cairo. Di sanalah aku dapat meneruskan kajian mengenai Islam. Aku berkesempatan berjumpa dengan teman-teman di kalangan umat Islam yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Islam serta sangat bertaqwa kepada Allah SWT.

“Merekalah yang mengajarku tentang cara-cara solat, bersuci, berwudhuk serta rukun-rukun ibadah yang lainnya seperti berpuasa pada bulan Ramadhan, zakat dan ibadah Haji untuk orang yang mampu mengerjakannya.

“Kesempatan itu juga kau gunakan untuk berkunjung ke Universiti Al-Azhar. Di situlah dengan disaksikan ramai orang, aku menyatakan keIslamanku dengan mengucap dua kalimah syahadah. Lalu aku mandi sebagaimana yang pernah diajarkan oleh temanku sebelumnya. Dan dengan mandi tersebut aku bagaikan telah lahir semula sebagai manusia baru dengan akidah baruku, iaitu akidah Islam. Begitulah aku difahamkan.

“Setelah memeluk agama Islam, aku memilih namaku sebagai Hasan Muhammad Said. Selepas itu aku pun solat sunat serta berdoa ke hadhrat Allah SWT semoga diampunkan segala dosa yang pernah aku lakukan dan semoga diterima keIslamanku.

“Pada peringkat awalnya, fikiranku belum berasa tenang. Kebahagian belum memenuhi ruang hatiku kecuali setelah aku mendapat tahu daripada salah seorang sahabatku yang mengatakan bahawa Islam menghapuskan apa yang telah terjadi sebelumnya dan aku diibaratkan sebagai manusia yang baru lahir. Yang bersih dari pelbagai macam kotoran.

“Aku mengharapkan agar sisa-sisa hidupku tetap berada dalam kesucian tersebut Kesucian yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada diriku sebagai hambaNya.”

Kisah hidayah ini memaparkan bagaimana seorang insan yang megakui wujudnya Tuhan, sentiasa berfikir mengenai ketuhasnan dan kewujudan manusia di dunia ini. Keberaniannya mencari jawapan kepada segala macam persoalan yang timbul dari fikirannya, membuatkan dia dikurniakan Allah SWT dengan hidayahNya, memeluk agama Islam dengan rela hati.

Bagaikan Duri Dalam Daging, MCA Mencucuk.... KERANA TAKUT MELAYU BERSATU?


KENAPA MCA takut sangat orang UMNO (Melayu) bekerjasama atau bersimpati dengan perjuangan PERKASA? Kalau DAP yang terang-terangan anti-Melayu mendapat sokongan padu kaum imigran Cina kerana kecinaannya, kenapa PERKASA yang berjuang untuk pribumi Melayu tak boleh? Apa peranan MCA dalam BN? Memastikan kaum Cina menyokong BN atau memastikan supaya orang Melayu membenci UMNO? Biar parti tertua orang Melayu itu lumpuh? Inikah peranan MCA selepas PRU-12? Tidakkah ini membuktikan bahawa parti utama komponen BN itu menjadi ‘duri dalam daging’ kepada BN?

Demikian pertanyaan politik yang terlintas difikiran penulis apabila membaca berita mengenai kenyataan Setiausaha Agung MCA, Kong Cho Ha yang menyesali pandangan mahukan UMNO mendampingai PERKASA. Alasan lapuk yang diberikan ialah ‘UMNO akan hilang sokongan daripada masyarakat pelbagai kaum di negara ini jika parti itu terus menjalinkan hubungan erat dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Tidak syak lagi, kenyataan itu dibuat sebagai susulan kepada kenyataan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dalam wawancara dengan CNBC Asia yang menyebut: “Mereka tidak menentang kami. Mereka lebih berbicara mengenai hak Bumiputra. Sebenarnya, kami tidak menarik balik sebarang hak daripada Bumiputra tetapi kami memperkatakan biar kita lakukan dengan cara berbeza. Biar kita dapat hasil yang lebih baik. Biar kita capai sebuah masyarakat yang lebih saksama. Tetapi pada masa sama, berlaku adil kepada penduduk bukan Bumiputra. Kerana kami mahu membina 1Malaysia.”

Agaknya, tak ‘tidur malam’ para pemimpin MCA mendengarkan kenyataan PM itu. Lebih-lebih lagi apabila mereka memikirkan maksud politik disebalik kata-kata, .... biar kita lakukan dengan cara berbeza. Biar kita dapat hasil yang lebih baik.

Dan kenyataan negarawan Tun Dr. Mahathir yang mengingatkan UMNO supaya jangan bermusuh dengan NGO seperti PERKASA menjadikan mereka ‘tak senang duduk’. Gelisah, miang dan gatal seluruh badan. Tak tahulah berapa banyak rambut mereka yang gugur kerana terlalu kerap menggaru kepala kerana kenyataan Tun itu.

Kenyataan Kong itu tentulah mewakili pandangan MCA kerana beliau adalah Setiausaha Agung parti berkenaan. Jangan selepas ini buat perangai macam Nik Aziz pulak. Bila ditekan dan dikritik, maka pemimpin yang lebih atas buat kenyataan bahawa ‘itu hanyalah pendapat peribadi’, bukan pendapat parti.

Kalau MCA berasa susah sangat untuk meraih kembali sokongan kaum imigran Cina kepada parti itu, eloklah duduk diam-diam dan secara perlahan-lahan biarkan MCA berkubur. Tak ada gunanya berada dalam BN kalau hanya bermaksud ‘mengambil kesempatan’. Menempel atas nama kaum Cina tetapi, sokongan kaum Cina untuk BN gagal diperolehi.

Tugas dan peranan sebanar sebagai sekutu utama tidak dilakukan tetapi, siang malam asyik mencari salah UMNO – salah orang lain. Salah sendiri tak namapk atau segaja buat-buat tak nampak?

Pada PRU akan datang, janganlah pemimpin MCA berharap orang Melayu akan menyokong mereka yang bertanding atas tiket BN di kawasan bermajoritikan kaum Melayu. Itu dulu. Dulu boleh le, kerana orang Melayu terlalu bertolak ansur. Tapi kini, khasnya selepas PRU-12 dan setelah melihat apa yang dilakukan kaum imigran Cina DAP terhadap Melayu Pulau Pinang, sikap orang Melayu telah berubah.

Jangan ingat orang Melayu selama-lamanya bodoh dan bebal. Mungkin ada yang bersikap begitu, tapi bukan orang Melayu UMNO sekarang ini. Melayu UMNO selepas PRU-12 boleh berfikir dan mula timbul kesedarannya.

Jangan ingat MCA boleh perkudakan UMNO sebagaimana DAP ‘menonggang belakang’ pemimpin PKR dan PAS – Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. Mereka lain. Matlamat mereka tak sama seperti Melayu prihatin yang terdapat dalam UMNO yang menyetujui perjuangan PERKASA.

Melayu UMNO yang menyokong NGO itu tahu apa nak buat. Mereka bukan menyokong membabi-buta pemimpinya – Ibrahim Ali. Mereka menyokong apa yang diperjuangkan. Kalau MCA merasakan orang Melayu menyokong PERKASA kerana Ibrahim Ali, simpanlah kesilapan itu dan letakkan di bawah bantal untuk modal bermimpi.

Ibrahim Ali disokong kerana keberaniannya menyuarakan ‘isi hati’ dan ‘pandangan’ orang Melayu selepas PRU-12. PERKASA ditubuh selepas PRU-12, bukan sebelumnya. Kalau MCA beranggapan Ketua Pemuda UMNO sekarang bercanggah dengan Ibrahim, itu bukannya kerana perjuangan PERKARA tetapi, kerana Ibrahim Ali berani mendedahkan penyelewengan pentadbiran dan politik bapa mertuanya yang hampir melingkupkan negara dan nasib masa depan orang Melayu kerana tidak bijak menilai nasihat daripada menantu yang pandai tetapi tidak cukup cerdik.

MCA tidak sepatutnya melihat bahawa PERKASA membakar semangat orang Melayu dengan semangat jati diri yang berlandaskan Perlembagaan Negara. PERKASA bukan membakar semangat perkauman tetapi, menyedarkan orang Melayu yang hilang arah kerana berebut kuasa gara-gara bekas pemimpin UMNO yang banyak masalah serta sanggup menggadaikan maruah negara, bangsa dan agamanya.

Kalau kaum imigran Cina kini begitu teguh kesatuannya menyokong DAP, apakah salah sebuah NGO Melayu bersuara menyeru kaumnya bersatu padu menentang agenda DAP yang jelas mahu menghapuskan ‘ketuanan Melayu’ di tanah tumpah darahnya? Tidak wajarkah kaum pribumi bangkit mempertahankan haknya setelah menyedari bahawa orang Melayu semakin hilang kuasa?

MCA seharusnya sedar bahawa kaum Cina tidak lagi mahu menyokong parti itu adalah disebabkan krisis dalaman parti itu sendiri. Bukan kerana orang Melayu semakin bersatu. UMNO tidak pernah mengurangkan sokongan kaum imigran Cina terhadap parti itu.

Yang merampas sokongan kaum Cina terhadap MCA ialah DAP. Dengan membakar semangat kaum Cina supaya membenci orang Melayu, DAP mendapat sokongan padu. Apa yang dilakukan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dari segi ‘menghambat hak orang Melayu’ ternyata sangat disokong dan disukai oleh kaum imigran Cina. Kerana mereka bersetuju sangat dengan DAP, maka tidak adalah lagi sokongan untuk MCA.

MCA jangan mencari salah orang lain atas kelemahan sendiri. Dan jangan sekali-kali menyalahkan orang Melayu apabila parti anda tidak lagi mendapat sokongan daripada kaum sendiri.

Kalau dah tak mampu sangat, angkat saja tangan tanda kalah sebagaimana Pengerusi Perhubungan Gerakan Pulau Pinang. Angkat bendera putih dan tunduk melutut kepada DAP.

Pak Sulung: Kesal dan muak dengan pemimpin MCA yang tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka telah kekeringan sokongan kerana kaum merekalah yang menyemarakkan api perkauman, dan bersatu untuk merampas kuasa agar menjadi ‘tuan baru’ di negara ini. Sedarlah wahai pemimpin MCA bahawa kaum anda sangat teruja mahu menjadikan Malaysia sepertimana Singapura.

Isnin, 13 September 2010

SEMOGA KENYATAAN DS NAJIB JADI PENAWAR....

KENYATAAN Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini yang bermaksud UMNO tidak bersekongkol dengan PERKASA telah menimbulkan pelbagai persepsi. Orang Melayu – sama ada yang berada dalam UMNO atau tidak, agak kurang senang dengan kenyatan itu.

Sebagaimana biasa, sesuatu isu itu akan jadi tambah menarik perhatian umum apabila ianya mendapat perhatian serta komen daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menasihatkan UMNO supaya jangan mencari atau menambah musuh.

Pendek kata, isu PERKASA ini telah menimbulkan keresahan di hati orang Melayu yang prihatin dengan masa depan umat Melayu negara ini yang seolah-olah dipecah-pecah secara tidak disedari, yang mana memungkinkan golongan tertentu lebih mudah mencapai matlamat menjadi ‘pemerintah baru’.

Alhamdulillah.... keresahan orang ‘Melayu prihatin’ itu berjaya ditenangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak melalui kenyataannya seperti yang disiarkan Bernama. Tidak syak lagi, kenyataan yang disiarkan sebagai transkripsi wawancara PM dengan Martin Soong yang disiarkan oleh CNBC Asia, Sabtu lalu itu boleh meredakan keresahan orang Melayu.

Menyentuh mengenai isu PERKASA, DS Najib dilaporkan berkata:
“Mereka tidak menentang kami. Mereka lebih berbicara mengenai hak Bumiputra. Sebenarnya, kami tidak menarik balik sebarang hak daripada Bumiputra tetapi kami memperkatakan biar kita lakukan dengan cara berbeza. Biar kita dapat hasil yang lebih baik. Biar kita capai sebuah masyarakat yang lebih saksama. Tetapi pada masa sama, berlaku adil kepada penduduk bukan Bumiputra. Kerana kami mahu membina 1Malaysia.”

Maksudnya, PERKASA bukannya musuh UMNO atau bertentang kepentingan dengan parti keramat orang Melayu itu. Cuma, oleh kerana UMNO itu sendiri menjadi tonggak pemerintahan negara yang bergabung dengan parti-parti politik kaum lain, maka wajarlah UMNO tidak dilihat bersekongkol dengan PERKASA.

Yang penting dan seharusnya diberikan perhatian daripada kenyataan itu ialah “..... biar kita lakukan dengan cara berbeza. Biar kita dapat hasil yang lebih baik.”

Semoga ‘Melayu prihatin’ yang bijaksana dan bersemangat tinggi mempertahankan kedudukan hak keistimewaan umat Melayu/Islam di negara ini dapat memahami maksud Perdana Menteri dan dalam masa sama faham maksud yang tersurat dan yang tersirat.

Sesungguhnya kita umat Melayu tidak mampu lagi berbalah sesama sendiri. Janganlah kerana hendak memperjuangkan sesuatu matlamat yang sama, niat yang ikhlas demi bangsa dan agama, bertukar menjadi perbalahan yang menambahkan lagi perpecahan sedia ada.

Cukuplah dengan karenah sedia ada oleh ‘Pengkhianat Bangsa Melayu’ yang tidak putus-putus mencetuskan pelbagai isu untuk memecah-belahkan perpaduan umat Melayu/Islam, semata-mata kerana masalah sendiri dan cita-cita peribadi yang tidak kesampaian.

Pak Sulung: Yakin bahawa kenyataan DS Najib itu dapat diterima dan difahami oleh mereka yang gusar hatinya kerana isu berkenaan, demi masa depan dan perpaduan umat Melayu/Islam yang sepatutnya dijadikan tumpuan utama.

Kalaulah Benar Berita Ini.... TOLAK ANSUR MELAYU JADI TANDATANYA?


Suspek kes bunuh Sosilawati dan tiga yang lain....

KALAULAH benar berita mengenai pembunuhan jutawan Melayu, Datuk Sosilawati yang masih dalam siasatan pihak polis itu sepertimana dilaporkan blog Gerakan Anti PKR (GAP) dan disusuli pula oleh Papa Gomo, Rakyat Malaysia dan lain-lain, terbukti bahawa tolak ansur orang Melayu dan pemimpinnya tidak bererti dan tidak memberikan sebarang kesan. Malah tolak ansur selama ini telah dianggap sebagai peluang untuk mereka bertindak sesuka hati kerana orang Melayu ‘lemah’ dan ‘tidak perkasa’.

Begitu juga kalau benarlah seorang orang kuat ‘Majlis Peguam’ – Datuk Patmanathan, terlibat sebagaimana diperkatakan, maka kes yang tragis ini boleh menimbulkan masalah besar kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Kekejaman puak-puak yang sering menuduh pihak kerajaan, khasnya pemimpin-pemimpin Melayu sebagai tidak adil, tidak telus pentadbirannya dan zalim terhadap kaum imigran itu telah melampauai batas kemanusiaan yang konon mereka perjuangkan.

Apapun, sebagai rakyat Melayu Malaysia yang tinggi tahap kesabarannya, maka seharusnya kita semua menunggu kesohehan berita oleh pihak berkuasa polis menyelesaikan penyiasatan mereka dan seterusnya mendakwa mereka yang terbabit ke mahkamah.

Alfatihah.....

Pak Sulung: Mengucapkan takziah kepada ke empat-empat keluarga mangsa pembunuhan kejam itu dan hanya mampu berdoa kehadhrat Allah SWT agar kesemua roh mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Amin.....

Ahad, 12 September 2010

NIK AZIZ SEMAKIN SESAT....


SEMAKIN hari semakin sesat dengan dakwah politik sendiri. Itulah hakikat sebenar yang mungkin sesuai diberikan kepada Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat berdasarkan kenyataannya yang meminta kaum Cina di negara ini pula yang berdakwah kepada umat Melayu Islam, sebagaimana diberitakan Bernama.

Tok Guru Pas itu selanjutnya berkata masyarakat Cina sama ada yang sudah Islam dan yang akan memeluk agama Islam perlu memainkan peranan berdakwah kepada orang Melayu. “Tidak salah orang Cina juga diberi peluang berdakwah kerana masyarakat Cina di negara China lebih dahulu menerima agama Islam berbanding orang Melayu di negara ini,” jekasnya.

Sah, Nik Aziz semakin nyanyok dan meraban teben dengan masalah sokongannya terhadap kaum Cina dari DAP yang diketahui umum diasuh dan dididik oleh Lee Kuan Yew.

Pada peringkat awal sekongkolannya dengan DAP, Nik Aziz kata dia dan partinya bertujuan mendekatkan Islam kepada kaum bukan Islam (Cina dan India). Kini setelah semuanya terbukti hanya cakap politik malah sebaliknya kaum bukan Islam (Cina) dari DAP pula yang masuk tempat solat di surau dan masjid, Nik Aziz jadi buntu. Popularitinya semakin menurun dan pemimpin lain dalam Pas membiarkan dia membebel keseorangan.

Kerana terdesak dengan komen orang Melayu yang meragui niat Pas bersekongkol dengan DAP, yang pemimpinnya terdiri daripada puak yang terbukti anti Islam dan anti Melayu, maka beliau sentiasa mencari-cari dalih untuk membetulkan dakwah politiknya kepada penyokong-penyokong Pas.

Dan inilah dalih terbaru Nik Aziz Nik Mat membetulkan dakwahnya. Dia ternyata telah sesat-larat dan tidak mampu keluar dari kepompong dakwah songsang yang diciptanya sendiri. Untuk membetulkan dirinya yang kelihatan terikat dengan kaum Cina dari DAP dan PKR, maka alasan bahawa orang Cina di negara China lebih dahulu memeluk Islam daripada orang Melayu, dijadikan alasan bebal yang melucukan.

Kalau nak dikirakan bangsa mana yang dahulu memeluk Islam, kenapa memilih bangsa China? Kenapa tidak memilih negara Arab? Apakah kerana dalam DAP dan PKR tak ada pemimpinnya berbangsa Arab, maka kaum Cina yang jadi pilihan?

Pak Sulung: Berasa kesal dengan kenyataan seorang yang dianggap ulama tetapi, masih berdegil dan sentiasa menegakkan ‘benag basah’. Sikap tak mahu kalah, tak sedia beralah, memandang rendah terhadap orang lain semakin menyelubungi diri Tok Guru Pas itu.

Setahu Pak Sulung, yang bersikap degil, memandang rendah terhadap orang lain kerana beranggapan dirinya lebih mulia dan lebih berilmu ialah Azazil. Umat Islam di seluruh dunia, dari dahulu diajar dan dimaklumkan mengenai kedegilan Azazil yang diperintah Allah supaya tunduk menghormati Adam. Kerana sikap sedemikian, dia akhirnya dilaknati Allah. Walaupun Allah SWT memberikan kebenaran kepadanya menyesatkan anak Adam yang ingkar perintah Allah tetapi, laknat Allah terhadapnya berkekalan sehingga kiamat.

Fikir-fikirkanlah....

Hidayah Kepada Yang Mencari Pecipta Alam: RABI’AH EVANS

RABI’AH EVANS adalah seorang wanita Belgium yang memeluk Islam. Ia bersuamikan seorang Muslim dari England. Mereka hidup berkeluarga di kota London dan mempunyai dua orang anak, iaitu Lukman berumur tujuh tahun dan Laili berumur lima tahun.

Sejak remaja lagi Rabi’ah tidak sepenuhnya percaya kepada agama Kristian. Ketika ia berumur lima belas tahun, dia memeluk agama Budha. Tiga tahun kemudian dia pergi ke India untuk mengunjungi teman seagamanya di sana.

Setelah beliau kembali dari India, Rabi’ah menukar agamanya sekali lagi. Kali ini dia memeluk agama Islam pula. Maka jadilan ia seorang Muslimah yang beriman kepada Allah SWT. Bagaimanakah perubahan ini boleh berlaku? Dan bagaimana pula kisah Allah SWT memberikan hidayahNya sehingga dia memeluk agama Islam?

Menceritakan hal itu Rabi’ah berkata, “Saya pergi ke India untuk mengetahui jawapan-jawapan dari pelbagai pertanyaan yang berkecamuk dalam fikiran saya. Pertanyaan itu antaranya: Siapakah yang telah menciptakan alam ini. Kenapa kita datang ke dunia ini? Kemana kita akan pergi? Apakah kematian itu bermakna terputus secara sempurna dari kehidupan di dunia ini? Apakah kehidupan manusia akan berakhir sepenuhnya dengan kematian? Apakah ada Zat yang kekal selama-lamanya selain benda dunia yang hancur luluh?“Pertanyaan yang sangat mendesak di dalam kepala saya pada waktu itu, masih belum saya tamukan jawapan-jawapan yang memuaskan.

“Ketika saya berumur lapan belas tahun, saya pergi ke India sekali lagi bersama dengan kawan-kawan saya. Kami menuju India melalui Turki dan Afghanistan dan kami tinggal kota New Delhi. Pada kesempatan itu, temanku mengenalkanku dengan seorang Syeikh yang mulia yang tidak akan saya lupakan untuk selamanya. Beliau adalah salah seorang dari orang-orang Islam yang miskin, yang pekerjaannya sebagai penjaga makam.

“Di samping mengenali beliau, saya juga dikenalkan dengan keluarganya. Saya melihat walaupun mereka orang-orang miskin tetapi, pakaian mereka sentiasa bersih. Saya duduk bersama mereka dan kami mengadakan perbincangan panjang lebar mengenai Islam sebagai ‘Risalah Samawi’ yang datang membawa peraturan sempurna bagi kehidupan manusia.

“Sejak mula lagi saya mula merasakan ketenteraman jiwa dan ketenangan hati mendengarkan setiap apa yang diucapkannya, lalu mulalah akal saya menganalisisnya. Saya menemukan segala sesuatu yang datang dari Risalah Islam, sesuai dengan logik yang benar dan saya juga telah menemukan jawapan dari bermacam pertanyaan yang selama ini mengganggu tidur saya.”

Rabi’ah Evans bercerita lagi, “Saya pun meninggalkan kota New Delhi dan pergi ke tempat lain di India. Tetapi saya kembali sekali lagi menemui Syeikh itu. Dan saya berada di sana selama enam bulan. Kesempatan itu saya gunakan sepenuhnya untuk belajar tentang Islam, seperti membaca terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan berbagai macam kitab fiqh.

“Penyesalan dirasakan telah menimpa diri kerana telah banyak umurku habis, padahal pada waktu itu aku belum mendapatkan petunjuk akan agama yang benar ini. Aku menyatakan keIslamanku di New Delhi dan kembali ke Belgium sebagai seorang Muslimah.”

Berbicara mengenai peradaban Islam, Rabi’ah berkata, “Saya sungguh berasa sedih tentang apa yang terjadi di negara-negara Islam yang mempunyai peradaban dan sejarah yang berkilauan. Bagaimana boleh terjadi kaum imperialis Barat menindas dan merosakkannya? Pada pendapat saya, mereka memang mampu menjajah terutamanya di negara-negara yang mundur. Sepatutnya bukanlah negara-negara Islam kerana Islam tidak sepatutnya dipermain-mainkan oleh orang lain. Tambahan pula Islam datang membawa risalah yang paling mulia dan tinggi yang pernah dikenal oleh umat manusia.”

Di Belgium pernah terbit sebuah majalah yang menggunakan bahasa Flaminky. Wartawan majalah tersebut pernah menemui Rabi’ah untuk membicarakan tentang masalah agama Islam. Pada kesempatan itu Rabi’ah cuba untuk meluruskan pemahaman atau pandangan yang salah dan jauh terpesong tentang Islam.

Rabi’ah berkata: “Kami – umat Islam, memang sangat kekurangan alat dakwah yang baik untuk mendakwahkan Islam. Sepatutnya dalam hal inilah yang haus diperjuangkan oleh kaum Muslimin. Saya telah mendengar terlalu banyak berita-berita bohong tentang Islam. Sebab itulah saya menyetujui pertemuan dengan majalah ini, dengan tujuan saya dapat menolak berita-berita dusta daripada orang-orang yang anti Islam.”

Katanya lagi: “Hal paling penting yang harus didahulukan bagi keluarga yang telah memeluk Islam ialah Sekolah Islam yang membimbing pendidikan anak-anak, terutama pada peringkat tahun pertama. Kerana masa tersebut adalah masa yang terpenting dalam kehidupannya.

“Sebab itulah sekolah rendah adalah sebagai titik awal yang digunapakai oleh kaum Kristian dan Yahudi di London untuk memdidik anak-anak mereka. Dan sebab itulah pula sekolah yang didirikan Yusuf Islam (Cat Steven) menjadi kebangaan bagi kami semua.”

Berdasarkan sejarah dan peristiwa keIslaman Puan Rabi’ah Evans ini, maka dapatlah difahamkan bahawa sesungguhnya ‘keraguan’ itu adalah awal mula kepada wujudnya keimanan. Dengan rajin bertanya serta menggunakan akal fikiran yang sihat, seseorang itu mengetahui akan kebenaran yang akhirnya dia mengikut kebenaran tersebut.

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Dan Ketentuan serta KehendakNya adalah mutlak.

SIAPA KATA ANAK MUDA TAK MINAT POLITIK....

Antara isu meranik yang mereka bualkan....

ALHAMDULILLAH.... Suasana sambutan Aidilfitri di negara kita masih meriah, ceria dan majoritinya berada dalam suasana gembira. Budaya kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi masih kekal. Anak-anak muda masa kini yang kebanyakannya berpendidikan tinggi, sama ada yang telah bekerjaya atau yang masih menuntut di IPTA atau IPTS, masih boleh diharap untuk meneruskan budaya tersebut.

Walaupun ada yang berpendapat bahawa anak muda zaman ini hanya asyik dengan hiburan hinggakan sambutan Aidilfitri mereka hanya dengan mengadap TV, ke pawagam dan lepak tetapi, itu bukanlah salah mereka. Saluran TV yang agak banyak juga di negara kita ini memang telah menyediakan pelbagai rancangan khas sempena Hari Raya. Justeru, tidak hairanlah sebahagian semabutan Hari Raya adalah dengan menontong rancangan TV. Di sana ada hiburan, jenaka dan drama-drama khas mengenai sambutan Hari Raya. Itulah pilihan yang mereka ada.

Dalam memerhatikan perkembangan budaya dan pemikiran anak-anak muda zaman ini, penulis yakin bahawa masih ramai antara mereka mampu menggalas tanggungjawab memimpin negara, kalau mereka berpeluang. Bukan semuanya asyik dengan hiburan dan membelakangkan jati diri serta semangat kebangsaan Melayu.

Kebetulan, selepas solat sunat Aidilfitri rumah penulis dikunjungi beberapa orang anak jiran yang seangkatan dengan anak penulis. Mereka semuanya sedang menuntut di IPTA. Kesempatan menyambut Hari Raya mereka manfaatkan dengan mengunjungi rumah rakan sepermainan yang kini telah terpisah kerana masing-masing menuntut di kolej atau universiti yang berlainan.

Sambil gelak ketwa dengan kisah-kisah lucu semasa mereka kanak-kanak dahulu, tidak kurang juga dengan kisah pengalaman masing-masing ditempat mereka belajar sekarang. Kisah kawan-kawan lama yang melucukan menceriakan perbualan mereka.

Penulis hanya mampu memerhati sambil mendengarkan perbualan mereka. Setelah agak lama mereka berborak, penulis cuba menyampuk perbualan mereka dengan bertanyakan di mana mereka sedang menuntut.

Ke lima-lima orang anak muda itu memberitahu, seorang di UPSI; seorang di UTM, Johor; seorang lagi UUM, Sintok; seorang di UM. Sementara yang seorang lagi sama dengan anak bongsu penulis di UITM, Shah Alam tetapi, pengajiannya berlainan. Kesemua mereka sedang menuntut di peringkat Ijazah.

“Berzyukurlah.... kome semua bernasib baik. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Negara kita telah membelanjakan sebahgian besar peruntukannya untuk pendidikan. Dan tumpuan pemerintah sejak merdeka hingga sekarang adalah untuk kome.... untuk anak-anak Melayu. Kome jangan lupa hakikat itu,” kata penulis cuba mencungkil jati diri atau kesedaran mereka.

“Kami tahu dan kami sedar semua itu... Pak Cik,” jawab yang menuntut di UPSI.
“Apa yang kamu tahu dan apa yang kamu sedar?” tanya penulis.
“Kami sedar bahawa salah satu dasar kerajaan sejak dahulu, berusaha meningkatkan ekonomi orang Melayu melalui pendidikan,” jawabnya.

Boleh tahan gaya pemikiran budan ni, fikir penulis.
“Adakah semua yang belajar seperti kome tu mempunyai kesedaran macam itu?”
“Ada yang sedar, ada yang tidak,” jawab yang menuntut di UITM.
“Macam mana boleh jadi macam itu?” tanya penulis.
“Yang perangai macam tu.... kebanyakannya anak-anak orang berada... Pak Cik,” jawab anak muda yang sedang menuntut di UM.
“Mereka anak orang kaya. Datang belajar pakai kereta mahal. Ada yang pakai BMW... Pak Cik. Deme ni le yang tak kisah, tak mahu ambil tahu atau tak sedar dengan apa yang Pak Cik katakan itu,” tambahnya.
“Hebat tu....,” sampuk yang menuntut di UUM.
“Satu kuliah dengan kamu ke?” tanya anak penulis.
“Ye... ada ramai lagi anak orang kaya kat UM tu yang macam tu. Semuanya pakai kereta hebat-hebat.
“Lelaki ke perempuan?” tanya yang menuntut di UTM.
“Lelaki ada, perempuan ada. Tapi yang ramainya perempuan.”
Penulis membiarkan mereka gelak dan ketawa bercerita pasal anak-anak perempuan orang berada yang sedang menuntut di IPTA, yang seangkatan dengan mereka.

Mereka terus bersembang. Penulis mengalih perhatian menonton siaran TV, membiarkan mereka berborak. Macam-macam hal yang mereka sembangkan. Perbualan mereka semakin rancak dan tajuknya pun berubah-ubah.

Dalam banyak perkara yang mereka bualkan, penulis tertarik dengan perbualan mereka mengenai senario politik tanah air. Mereka berbual pasal Anwar Ibrahim, pasal Ezam Mohd Noor, pasal Nik Aziz, Lim Guan Eng, Khairy Jamaluddin, DS Najib, TS Muhyiddin, Mahfuz Omar, Azmin Ali, Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim dan banyak lagi nama-nama pemimpin politik yang mereka sebut.

Terbukti mereka benar-benar mengikuti perkembangan politik tanah air, terutamanya mengenai nasib dan masa depan orang Melayu.

“Minat juga kome dengan cerita-cerita politik ye? Ingatkan kome tak kisah dan tak mahu ambil tahu?” tanya penulis menyampuk.
“Kami minat kerana baca dalam blog... Pak Cik,” jawab mereka.
“Takkan nak belajar je.... Pak Cik, sesekali kami baca juga blog-blog politik. Macam-macam bolg ada dan macam-macam cerita politik boleh baca.”
“Kome ni mesti banyak baca blog pembangkang....”
“Blog pembangkang dah malap... Pak Cik. Dulu mereka memang hebat. Tapi sekarang mereka dah lemah dan macam tak bermaya je... Sekarang blog yang pro-kerajaan pulak yang mengganas...”

“Mengganas...? Mengganas macam mana tu?” tanya penulis meminta penjelasan.
“Bukan mengganas macam mana... Pak Cik, maksud saya ‘mendapat perhatian’. Tidak macam dulu. Dulu kami suka baca blog-blog penyokong pembangkang, tapi setelah macam-macam hal timbul dalam pakatan pembangkang, mereka macam terkedu dan blog-blog yang sokong UMNO atau kerajaan pulak yang mencanak ratingnya. Ramai pengunjung dan hujah-hujahnya menarik perhatian ramai.”
“Kalau begitu, dulu kome sokong pembangkang le ye?”
“Tidak juga.... Pak Cik, kami hanya suka baca je... Pembacaan kami berdasarkan kisah dan isu yang mereka timbulkan. Kami bukan sokong... kami hanya suka baca. Setengah tu kami tak fahampun apa yang diisukan”
“Kalau dah suka baca... lama-lama terikut dan tersokong le jadinya...”
“Kami tidak macam tu... Pak Cik. Kami hanya baca aje. Untuk isi masa lapang sambil berasa ingin tahu mengenai parkara-perkara yang dijadikan isu politik. Dahkah orang kita berminat sangat dengan politik, kami pun teriku sama...”

“Bagus le kalau begitu. Jangan kome asyik berpolitik pulak hinggakan mengganggu tanggungjawab dan tugas kome sebagai pelajar. Habiskan dulu pelajaran semaksimum mungkin, lepas tu bila dah keluar dan berkerjaya, masuk le mana-mana parti politik yang ada di negara kita ni. Jangan masuk Parti Komunis sudah....” kata penulis sembil ketawa.

Berdasarkan apa yang mereka bualkan, terbukti bahawa anak-anak muda kita masih ada yang memberikan perhatian kepada kepimpinan negara. Sambil belajar di IPTA, mereka juga sedang belajar memahami senario politik negara. Sebenarnya mereka banyak tahu mengenai cerita-cerita berkaitan politik dan faham apa itu politik. Mereka mampu membezakan antara yang benar dengan yang salah. Mereka faham maksud harapan negara, bangsa dan agama. Mereka bukan jahil. Cuma mereka tidak berkesempatan kerana sibuk dengan tugas menuntut ilmu sebagai kelangsungan hidup di bumi bertuah ini.

"Sekarang.... lagi sepuluh minit pukul satu, kome tak pergi Jumaat ke?" tanya penulis.
"Pak Cik bukan halau kome tapi, waktu solat Jumaat dah hampir, moh kota pergi ke masjid...."

Pak Sulung: Masih yakin bahawa generasi muda Melayu yang berpendidikan boleh diharapkan untuk menjadi generasi pimpinan masa depan negara jika mereka diberi peluang serta kesedaran jati diri yang berterusan. Yang penting kepada mereka ialah contoh teladan yang ditonjolkan oleh barisan kepimpinan negara masa kini. Mereka dapat menilai dan bersedia untuk diberikan tanggungjawab.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog