Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 31 Julai 2010

Biar Betul Soi Lek! JANGAN LE ROSAKKAN PERSAHABATAN DAP-PAS....

“PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang.”

Demikian antara ungkapan Presiden MCA, Chua Soi Lek kepada para pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Kelantan, di Kota Bharu semalam.

Terkucil agaknya Anwar Ibrahim mendengarkan kata-kata itu. Dunia mungkin dirasakannya jadi gelap, kalau hasratnya untuk jadi PM tidak tercapai walau pun Pakatan Pembangkang berjaya menewaskan BN pada PRU akan datang.

Bagaimana pula dengan Nik Aziz, tersenyumkah dia atau memandang remeh apa yang dikatakan Presiden MCA itu? Atau adakah dia memasang angan-angan bahawa dirinyalah yang dimakusdkan itu?

Bagaimana pula dengan Hadi Awang? Kembangkah segala anggotanya yang jarang kembang, bila menyedari dirinyalah yang dimaskudkan Chua Soi Lek?

Dan para pemimpin Pas lain pula tentulah berasa bangga apabila Presiden MCA yang berani mengaku ‘tersalah laku moral’ itu meyakinkan kenyataannya dengan alasan bahawa Pas mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh lebih besar berbanding parti lain dalam pakatan?

Sehubungan itu, para penyokong tegar Pas pun tentulah gembira yang teramat sangat bila ada pemimpin BN sendiri meramalkan pemimpin mereka akan jadi PM atau BN akan tewas pada PRU akan datang.

Bagaimana pula dengan orang UMNO? Marahkah mereka kepada Presiden MCA itu atau mereka sedar bahawa itu adalah kenyataan politik semata-mata. Oleh kerana tidak ada pemimpin UMNO atau pemimpin BN lain mengulas apa yang dikatakan Soi Lek itu, bererti apa yang dikatakan itu adalah cakap-cakap politik yang bermuslihat.

Ada udang di sebalik batu.

Kepada penulis, apa yang dikatakan Soi Lek itu adalah cakap politik. Ianya dituju khas kepada kaum cina seluruhnya. Soi Lek memberi amaran menyedarkan kaum imigran Cina bayangan bahaya yang akan menimpa kaum mereka jika Pas yang berkuasa nanti.

Nyatalah bahawa dikalangan kaum itu masih tebal ketakutan terhadap Islam. Rasa seram mereka terhadap orang Melayu yang berjubah, berserban dan berjanggut masih belum hilang. Walaupun Lee Kuan Yew telah membuktikan bahawa Pas tidak merbahaya, sebagaimana yang digambarkan dalam lawatannya ke Kota Bharu dan bertemu Nik Aziz selepas PRU-12 lalu.

Kalau itulah hakikatnya, sedarkah orang Pas bahawa kaum Cina di negara ini masih tidak percaya dengan Parti Islam itu? Dan apa yang dikatakan Soi Lek itu adalah sebagai satu amaran kepada kaumnya sendiri.

Mudah kata, Pas itu masih dianggap merbahaya oleh kaum imigran Cina di negara ini. Mereka ragu dan tidak percaya persahabatan dengan Pas lebih baik dan lebih menguntungkan kaum itu.

Pakatan melalui DAP dan PKR itu mereka anggap sebagai lakonan semata-mata. Buktinya, DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh telah banyak kali mengeluarkan kenyataan menentang hasrat perjuangan Pas yang konon mahu menegakkan negara Islam.

Oleh kerana kenyataan itu di keluarkan di Kelantan - kubu kuat Pas, tentunya Soi Lek juga bermaksud mengingatkan orang-orang Pas bahawa kaum Cina di negara ini tidak percaya dan sangat takut dengan perjuangan Pas. Mereka tak yakin dan tak juga percaya.

Di akhir krnyataannya, Soi Lek berkata: “Pas telah menunjukkan rekod yang tidak baik sepanjang mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun, terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan masalah sosial.”

Maksudnya, apa yang dibuat oleh Pas dalam mentadbir Negeri Kelantan selama ini tidak menarik minat kaum imigran Cina. Kalau Pas yang menerajui Pakatan Rakyat selepas PRU akan datang, negara ini akan mengalami nasib seperti apa yang terjadi di Kelantan. Kelantan bukan satu contoh baik dan Pas pula bukanlah parti politik yang boleh diharapkan membawa kesejahteraan.

Kesimpulannya, yang ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ dalam persekongkolan antara parti kaum Cina (DAP) dengan Pas yang dijalin dalam pakatan, adalah Pas.

Wallahhualam.

Pak Sulung: Yakin bahawa apa yang tersirat disebalik kenyataan Chua Soi Lek itu menggambarkan bahawa sebahagian besar masyarakat kaum imigran Cina negara ini mencurigai Islam. Dan asas kepada kecurigaan mereka ialah contoh kerja laku yang ditunjukkan orang Pas dalam berpolitik. Kalau sama sebangsa pun mereka boleh bercakaran bagaikan ‘tiada maaf bagimu’, inikan pula dengan kaum lain yang tidak seagama dengan mereka.

Jumaat, 30 Julai 2010

SEORANG TUN DAH KENA DAKWA, SEORANG LAGI BILA?

BERITA mengenai dakwaan ke atas Tun Ling Liong Sek, mantan Presiden MCA kerana memberi laporan ‘tidak benar’ kepada Kabinet dalam projek PKFZ, menarik perhatian umum. Ada yang terkejut dan ada juga yang tidak menyangka begitu akhirnya nasib seorang bekas pemimpin yang berkedudukan tinggi dalam kepimpinan negara dan kerajaan.

Penulis tidak mahu membicarakan soal salah atau tidaknya tuduhan itu. Juga tidak perlu dijadikan isu politik. Ia isu mahkamah dan tindakan mahkamah oleh Peguam Negara, tentulah berdasarkan bukti kukuh. Bukan alang-alang kukuh tetapi, kukuh sekukuh-kukuhnya.

Seingat penulis, inilah kes terbesar yang melibatkan seorang mantan menteri dan presiden parti. Walau pun lebih 20 tahun lalu ada kes mahkamah melibatkan seorang Menteri Besar – Dato’ Harun Idris dan seorang Menteri - Dato’ Mokhtar Jashim tetapi, kedua-dua mereka terdakwa ketika masih dalam perkhidmatan. Bukannya setelah bersara.

Kalau Dato’ Harus Idris kerana rasuah RM250 ribu yang diterimanya untuk UMNO Selangor, Dato’ Mokhtar pula atas tuduhan terlibat dalam kes bunuh Dato’ Taha, di Tampin, Negeri Sembilan. Kedua-duanya di dapati bersalah dan telah menjalani hukuman sepertimana diputuskan mahkamah.

Dari segi kes mantan menteri, kes Tun Ling adalah kes pertama seumpamanya. Sementara pihak dikecohnya- mengikut pertuduhan, adalah Kabinet kerajaan Malaysia. Bukan individu dan bukan juga syarikat perniagaan.

Soksek.... di kedai-kedai kopi sudah tentu meriah. Isu jadi bertambah dan perbandingan kes jadi tajuk utama. Mereka menduga dan meneka, apakah selepas kes Tun Ling ini akan ada seorang lagi bergelar Tun akan didakwa kerana salah urus dan salah tadbir negara? Lebih kurang macam memperdayakan Kabinet juga. Rata-rata mereka menyebut beberapa kes yang dianggap boleh juga didakwa seperti apa yang dialami Tun Ling.

Dan antara yang mereka anggap ada kes dan boleh didakwa ialah mengenai penjualan Agusta MV dengan harga RM4.50, kes penyerahan lembangan minyak kepada negara Berunai, kes pembatalan jambatan bengokok yang kononnya dibatalkan atas kehendak majoriti warga Johor dan ada banyak lagi yang disoksekkan.

Entahlah.... penulis pun tak dapat nak jawab kerana tak tahu hujung-pangkal sebenar kes-kes yang disebutkan itu. Samalah seperti kes Tun Ling ni. Siapa yang tahu banyak mengenainya kalau tidak pihak berkuasa dan pihak Peguam Negara sendiri.

Kesimpulannya, sama ada selepas Tun Ling Liong Sek ini akan ada seorang lagi Tun yang juga bertaraf mantan, akan didakwa atau tidak, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Kalau itu kehendakNya, maka akan meletuplah negara ini dengannya nanti. Tiada siapa yang dapat menghalangnya. KehendakNya adalah mutlak.

Wallahhualam....

Pak Sulung: Suka buang masa sambil mendengar bicara rakyat bawahan. Kekadang apa yang mereka bicarakan sangat serius bunyinya. Antara mereka ada yang berbicara bagaikan Hakim, Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara dan macam-macam lagi. Yang berhujah bagaikan Menteri Dalam Negeri pun ada. Pendek kata rakyat masa kini bijak berbicara, walaupun sekadar sembang-sembang di warung sahaja. Kesannya tetap hebat. Dan keputusan PRU-12 dahulu, sedikit sebanyak diperanankan oleh ‘Parlimen Kedai Kopi.’

Apa habor Yeop? Nizar kome buat hal lagi.... MEMALUKAN ORANG PERAK AJE!

MINGGU lalu, Jawatankuasa Pusat Pas, Mohd. Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Pakatan di Perak telah diminta menarik balik kenyataannya yang menuduh isu perpaduan Melayu Islam di negara ini sebagai idea Yahudi yang disalur melalui APCO Worldwide.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas, Kawasan Kuala Terengganu. Beberapa kali beliau mengulang-ulang tuduhannya itu tanpa menyedari bahawa isu itu sebenarnya adalah idea Presiden Pas, Dato’ Hadi Awang.

Akibatnya, Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu menulis surat resmi meminta Nizar menarik balik kata-katanya itu. Kepada Pemuda Pas, dakwaan bahawa idea itu adalah idea agen Yahudi bagaikan menampar muka haji Hadi.

Patut sangatlah orang Terengganu membantah dan bertindak meminta beliau menarik balik kenyataannya itu. Sudahlah salah fakta, kata-kata itu diucapkan di Terengganu pulak. Siapa pun akan jadi marah.

Agaknya, inilah yang dikatakan: Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

Itulah akibatnya apabila manusia yang diangkat menjadi pemimpin tak tahu apa dan tidak faham banyak hal. Yang dia tahu, kalau dalam majlis seperti itu, ucapannya mestilah mengutuk dan mengecam pemimpin UMNO atau menyalahkan UMNO. Tidak buat ‘home work’ dan bercakap ikut sedap mulut. Hotaknya berada di kepala lutut.

Ishhh.... buat malu orang Perak aje. Sudah tentu rasa malu itu sangat dirasakan oleh Melayu Perak yang bermati-matian menyokong Pas dan menyokong Nizar sebagai hero semasa isu pergolakan politik di Perak memuncak.

Inilah contoh kifarah kerana menderhakai kaum sendiri semasa berkuasa dahulu. Cakap orang lain tak mahu dengar . Yang dia dengar dan ikut hanya cakap Ngeh dan Nga - Ketua dan Setiausaha DAP Perak, yang jadi Tok Dalang semasa beliau jadi MB Perak selama sebelas bulan.

Kepada Melayu Pas di Perak, sedar dan insaflah bahawa si Nizar kome jadi macam tu kerana terlalu banyak makan dan minum di kopitiam milik Nga yang bagaikan ‘cendwan tumbuh lepas hujan’ di Perak ni.

Tak payahlah penulis sebutkan kenapa makan di kopitiam boleh jadi sasau sebegitu. Baru-baru ini telah heboh diberitakan bagaimana ‘restoran elit’ seperti itu diserbu pihak JAKIM kerana makanan dari daging yg dihidangkan dibekalkan oleh pembekal tidak halal.

Bagaimana pun, tak tahu le pulak kalau si Nizar ni memang sengaja berucap demikian untuk ditujukan khas kepada Presiden partinya Hadi Awang. Sesama deme dalam Pas tu pun bukannya sepakat sangat. Masing-masing ada agenda sendiri. Ada yang berkiblatkan DAP dan tidak kurang juga yang bertuankan Anwar Ibrahim Al-Jub...

Pak Sulung: Tertunggu-tunggu bila Mohd Nizar Jamaluddin memohon maaf kepada Pemuda Pas Kuala Terengganu sambil menarik balik katan-katanya yang tepat terkena muka Hadi Awang itu.
Ramai yang berkata si Nizar ni egonya sangat tinggi dan degilnya mengalahkan Iblis.

Khamis, 29 Julai 2010

PENTING SANGATKAH PERSAHABATAN NALLA-ANWAR?

KISAH wakil Anwar Al-Jub..., Manjet Singh berusaha beberapa kali memujuk Nallakarupan supaya kembali bersahabat dengan kawan lamanya Anwar Ibrahim, agak menarik untuk diperhatikan. Apa yang rakyat dapat baca dan dengar, agenda membaik semula hubungan dua sahabat lama itu menjadi semakin serius.

Keseriusannya timbul apabila ada yang mengaku memujuk Nalla dan ada pula lapran polis dibuat kerana terdapat kes ugutan yang serius. Sampai mahu memotong kepala dan macam-macam lagi. Dah jadi macam kisah gangster pulak. Macam kisah filem pun ada juga.

Apa yang penulis dapat fahamkan bahawa segalanya timbul kerana adanya pendedahan yang menunjukkan bahawa Anwar Al-Jub... begitu beriya-iya mahu memujuk sahabat lamanya supaya kembali berbaik dan bersahabat dengannya. Nampaknya sangat perlu. Dan yang sangat memerlukan adalah Anwar Al-Jub..., yang hebat dikatakan bersahabat dengan tokoh-tokoh zionis di US.

Sama ada ianya benar-benar bertujuan mencantum kembali persahabatan lama yang telah terputus atau kerana sebab lain, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Dalam pada itu, ramai juga berpendapat bahawa pujukan itu sangat diperlukan kerana terlalu banyak rahsia Anwar Al-Jub... yang tersimpan di tangan Nalla.

Apa yang telah didedahkan baru sedikit dan tidak begitu penting serta menggemparkan. Anwar Al-Jub... sangat takut kalau-kalau Nalla akan membocorkan rahsia yang lebih besar menjelang PRU akan datang. Kegelisahan Al-Jub... cuba diatasi atau diselesaikan oleh Manjet, seorang peguam yang turut berada dalam barisan peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwat II yang beberapa kali tertangguh.

Kalau difikir-fikirkan, si Al-Jub... ni suka sangat bersahabat baik dengan kaum bukan Melayu. Kalau semasa dia berkuasa dalam kerajaan dahulu sahabatnya adalah Nallakarupan, kini Manjet Singh pula. Kedua-duanya sebangsa tetapi berlainan etnik.

Heran bin ajaib juga kalau difikirkan perangainya itu. Adakah kerana kaum Melayu tidak boleh dipercayainya atau kerana orang Melayu tidak kuat simpan rahsia? Tidak juga. Kerana Nalla telah mendedahkan beberapa rahsia Al-Jub... kepada umum melalui kenyataan akhbarnya. Dan Manjet pula mengaku memujuk Nalla untuk Al-Jub...

Itu yang dapat kita dengar atau kita baca seperti yang tersiar di media massa. Yang tidak tersiar tapi mungkin diceritakan secara tertutup kepada pihak tertentu, kita semua tak tahu.

Dahulu Al-Jub... memang ada ramai rakan-rakan seperjuangan dari kalangan orang Melayu. Tetapi lama kelamaan, seorang demi seorang cabut lari. Mereka meninggalkan Al-Jub... dengan pelbagai alasan.

Malang bagi Al-Jub..., kawan dan sahabat kaum Melayunya bukan sahaja lari meninggalkannya tetapi, seorang demi seorang pula mendedahkan kelakuan buruknya di khalayak umum. Bukan sahaja di akhbar tetapi juga dalam kempen-kempen umum yang agak giat dilakukan sekarang.

Kalau inilah trend yang berlaku, rakyat mungkin akan mendengar pendedahan-pendedahan yang lebih panas menjelang PRU akan datang. Ianya mungkin bergantung kepada keadaan dan ketika yang sesuai.

Tetapi tidak pula kita semua dengar Al-Jub... memujuk sahabat-sahabat lamanya dari kalangan orang Melayu supaya kembali berbaik-baik dengannya. Yang menjadi tumpuan dan kelihatannya sangat penting ialah bersahabat semula dengan Nallakarupan.

Logiknya, tentulah ditangan beliau tersimpan rahsia besar yang jika didedahkan mungkin membunuh terus kerjaya politik ‘pakar putar belit’ anak kelahiran Cherok Tokun itu.

Entahlah.... sama-samalah kita semua nantikan jawapan kepada persoalan itu.

Pak Sulung: Berasa teruja untuk mengetahui kenapa dan mengapa Nallakarupan begitu diperlukan sangat bersahabat semula dengan Anwar Ibrahim? Bak kata pepatah Melayu: Kalau tidak ada ada, masakan tempua bersarang rendah.

Rabu, 28 Julai 2010

Kerana Tentang Tindakan Sekutu Rapat: PAS SELANGOR SEPATUTNYA DIBERI AMARAN KERAS

KENYATAAN Pas Selangor yang melahirkan rasa tidak selesa dengan gesaan Tony Pua, MP Petaling Jaya Utara dan juga penasihat ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP, menunjukkan bahawa Pas negeri itu tidak tahu menjaga perasaan parti sekutunya dalam pakatan. Kepimpinan Pas yang sangat komited dengan persefahaman antara parti, sepatutnya memberikan amaran kepada kepimpinan Pas Selangor supaya tutup mulut.

Lebih-lebih lagi, apa yang dicadangkan si Pua itu telah disambut baik oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim. MB Selangor bukannya dari Pas, dia dari PKR. Kalau MB dah setuju, kenapa Pas memandai-mandai mencurigai agenda DAP? Mana boleh! Pas hanya rakan komponen sahaja. Pas bukannya peneraju utama politik dan pentadbiran Selangor.

Dah dapat jadi exco dan lain-lain peluang, duduklah diam-diam dan terima sahajalah apa yang mahu direncanakan oleh PKR dan DAP. Kalau Pas tak ada pun, PKR dan DAP mampu mentadbir dan terus kekal berkuasa di Selangor.

Pas jangan banyak songeh.

Pas seharusnya sedar bahawa apa yang dilakukan oleh DAP dan dipersetujui pula oleh PKR Selangor itu adalah tindakan wajar dalam menentang UMNO/BN. Apa yang UMNO/BN telah laksanakan dahulu hendaklah dihapuskan. Dan dasar memberi keistimewaan kepada orang Melayu adalah agenda UMNO. Kalau mahu mengalahkan UMNO/BN, maka Pas seharusnya menghapuskan apa sahaja dasar lama yang masih ada. Jangan disambung dan jangan diteruskan.

Kerajaan Pakatan Selangor ada hak berbuat apa sahaja demi mengekalkan sokongan rakyat. Apa yang dicadangkan oleh si Pua itu tidak lari dari maksud tersebut. Kaum imigran Cina di Selangor pastinya akan memberikan sokongan padu kepada pakatan.

Pada PRU-13 nanti, tidak akan ada satu undi pun yang kaum imigtran cina berikan kepada BN. Janganlah Pas Selangor buat kacau dan menegur agenda DAP yang sedang mendalangi kerajaan Selangor sekarang. Biarkan sahaja.... biarkan.... biarkan....

Nik Aziz selaku Mursyidul Am yang sangat berkuasa masa kini, seharusnya mengambil tindakan terhadap Pas Selangor. Dan Khalis Samad yang begitu lantang menyokong DAP pula sepatutnya mencadangkan kepada Pas pusat supaya memecat semua kepimpinan Pas Selangor kerana polemik ini. Gantikan sahaja dengan orang lain. Ada banyak lagi pemimpin Pas di Selangor yang layak menggantikan Hassan Ali dan barisan kepimpinannya.

Dalam keadaan ini, Khalid Samad jauh lebih baik dan lebih berkalibar daripada Hassan Ali. Bila-bila masa sahaja dia boleh gantikan tempat Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Cuba tengok nanti bagaimana hebatnya jika anak Johor pula yang menerajui Pas Selangor.

Pak Sulung: Memikirkan bagaimana Allah swt merencanakan kuasaNya terhadap pemimpin Pas yang sangat bongkak dan sombong terhadap seorang Mufti yang mahu menyatukan umat Islam. Tak sampai pun seminggu, telah timbul konflik kepentingan antara Pas dengan PKR dan DAP. Mungkin Allah swt mahu menunjukkan kepada seluruh umat Melayu/Islam supaya sedar bahawa Pas tidak sedar ianya diperalat oleh dua sekutunya itu. Sesungguhnya agenda mereka sangat bertentangan dengan perjuangan asal Pas dan kepenting umat Melayu/Islam di negara ini. Wallahhualam....

Selasa, 27 Julai 2010

Mansuh Diskaun Hartanah Bumiputera: PAS HARUS SOKONG GESAAN TONY PUA TU....!

GESAAN Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, yang mahukan kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri jajahan pakatan itu, sepatutnya disokong dan disambut baik oleh para pemimpin Pas.

Pemimpin Pas seperti Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, malah Nik Aziz Nik Mat sendiri sepatutnya melahirkan sokongan kepada cadangan dari MP DAP yang sekandang dengan mereka. Lebih baik dan sesuai lagi kalau Dato’ Hassan Ali sendiri yang menyokong gesaan penasihat ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP itu.

Kalau jumpa Mufti untuk berbincang pasal penyatuan Melayu tak boleh, menyokong pemimpin DAP yang mahu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sepatutnya disokonglah. Apa lagi? Orang Melayu, terutamanya penyokong tegar Pas menanti-nanti sokongan dari pucuk pimpinan mereka, terutamanya dari Tok Wali Nik Aziz.

Penulis membuat gesaan ini kerana, apa yang dicadang oleh si Pua itu sangat bertepatan dengan dasar dan perjuangan Pas yang sangat membenci UMNO. Kalau DAP membenci UMNO kerana dasar dan perjuangannya menjaga hak keistimewaan orang Melayu, maka sewajarnya Pas juga turut serta.

Dasar istimewa, khasnya yang diisukan iaitu diskaun untuk kaum bumiputera dalam memiliki hartanah, adalah dasar yang dibuat dan dicipta oleh pemimpin UMNO. Dasar ini tidak adil kerana kaum imigran lain juga adalah rakyat Malaysia yang sah disisi undang-undang dan perlembagaan negara.

Justeru, sahlah UMNO yang menerajui BN itu sebuah kerajaan kejam yang telah memerintah negara ini selama lebih 50 tahun. Segala dasarnya yang mengutamakan orang Melayu hendaklah disokong oleh Pas untuk dihapuskan.

Turut sertalah bersama DAP yang sedang berusaha menghapuskan hak istimewa orang Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu, kadaulatan bahasa Melayu dan kedaulatan agama Islam. Hentikanlah bersuara untuk menegakkan hukum Islam demi menjaga hati sekutu rapat - DAP.

Lagi pun jika Pas menyokong desakan Tony Pua, itu bererti Pas telah menjaga hati parti-parti sekutu dalam pakatan. Kalau pemimpin Pas berhempas pulas menghalang dan mengecam Mufti Perak, kerana cuba memandai-mandai mahu menyatukan umat Melayu, sewajarnya desakan MP Petaling Jaya Utara itu disokong dan disetujui pula adanya.

Jika itu dilakukan barulah tepat dengan kenyataan pemimpin Pas yang bersusah payah mahu menjaga hati kawan dalam pakatan, iaitu DAP dan PKR yang kini mula dikuasai oleh kaum imigran. Hati orang Melayu lain dan hati kaum bumiputera lain tidak perlu dimasukkan dalam perjuangan Pas. Semuanya usaha kerja UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang dianggap ‘syaitan’ oleh tok-tok guru tajaan Pas.

Lebih sempurna lagi, jika para pemimpin Pas menyeru semua ahli-ahli dan penyokongnya yang mempunyai anak sedang menuntut di ITM atau UKM, supaya keluar daripada terus menuntut di sana. Semua itu adalah usaha UMNO yang berjuang membela nasib orang Melayu di tanah tumpah darahnya sendiri. Jangan ikut dan jangan turut serta.

Jangan ada anak orang Pas yang terus menuntut di institusi yang disediakan khas oleh kerajaan ‘syaitan UMNO’, yang telah lebih lima puluh tahun memerintah negara. Hantarlah anak-anak anda semua belajar di Singapura. Lee Kuan Yew mungkin sedang menyediakan tempat untuk anak-anak Melayu Pas menuntut di institut pengajian tinggi di sana. Segala kemudahan akan terhidang di sana khas untuk anak-anak orang Melayu yang menyokong Pas.

Yang UMNO buat jangan gunakan. Ada banyak lagi kemudahan yang disediakan kerajaan BN atau Perikatan dahulu, yang bermaksud membela dan menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semuanya jangan gunakan dan jika telah termasuk atau terikut juga, hentikan atau berhenti sahaja dari meneruskannya.

Sesiapa yang telah tersilap kerana terpilih menjadi peneroka Felda, keluar sahaja dari mana-mana kawasan yang disediakan iyu. Semua itu adalah rancangan zalim kerana hanya orang Melayu yang dapat. Kaum lain boleh dibilang dengan jari. Sedikit sangat. Zalim.... zalim.... Tunggu bila pakatan memerintah nanti, semuanya diberikan kepada kaum Cina atau India.

Sokonglah perjuangan DAP, kerana DAP jauh lebih baik dari UMNO. Bantulah kepimpinan kaum Cina, kerana pemimpin Cina seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh adalah sahabat sejati sejiwa yang sanggup hidup-mati bersama Pas.

Pak Sulung: Sangat menanti-nanti suara sokongan atas gesaan Tony Pua itu dari Tok Wali NiK Aziz, Mahfuz dan Salahuddin. Selain itu menanti-nanti juga orang Melayu Pas mengeluarkan anak-anaknya dari belajar di ITM atau UKM, kerana semua itu adalah dicipta oleh UMNO. Lagi pun bila Kerajaan Pakatan berkuasa tak lama lagi, institusi yang dikhaskan untuk orang Melayu semuanya akan ditutup. Lebih baik keluar sekarang, sebelum terlambat.

Nik Ali Yang Sepatutnya Saman Guan Eng...!

SUDAH sampai masanya Ketua Menteri Lidah Biawak Pulau Pinag, Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang, diajar kerana berbohong, memfitnah dan terlalu ‘kurang ajar’. Dan pengajaran pertama sepatutnya datang daripada atau melalui Nik Ali, Pegawai Kemajuan Negeri berbangsa Melayu yang sangat dibenci dan cuba dinyahkan dari Pulau Pinang oleh DAP.

Kelantangan dan kebiadabannya selama ini patut dikunci rapat melalui saman mahkamah dengan tuntutan yang setimpal. Selama ini hanya mereka (puak DAP) sahaja yang suka mengugut sesiapa sahaja yang mereka benci dengan kes saman di mahkamah.

Terbaru, Guan Eng diberitakan menyaman akhbar Utusan dan Nik Ali kerana berbohong kononnya. Sedangkan hakikat sebenarnya, dialah yang berbohong dan berlidah biawak sebagaimana yang didedahkan dalam you tube di beberapa blog terkenal. Bukti yang ditayangkan mengesahkan bahawa Guan Eng memang menuduh Nik Ali berlidah biawak.

Justeru, apa tindakan wajar yang patut diambil bagi menutup mulut si laknat yang anti Melayu itu?

Langkah yang terbuka sekarang ialah Nik Ali sendiri yang menyaman Lim Guan Eng kerana berbohong, memfitnah dan menghina peribadi seorang pegawai kerajaan pusat.

Pak Sulung: Sangat berharap Nik Ali bertindakbalas. Kelantangan dan sikap kurang ajar keterlaluan puak-puak kaum imigran yang sangat membenci orang Melayu itu memerlukan tindakan tegas. Ajar dan terus ajar, hanya untuk yang kurang ajar.... InsyaAllah akan ramai Melayu yang sokong Nik Ali. Sahabat bloger sepatutnya beramai-ramai menyeru Nik Ali supaya menyaman LGE.

Isnin, 26 Julai 2010

NIK ABDUH LEBIH BIJAKSANA DARI NIK AZIZ?

KENYATAAN anak Nik Aziz, Nik Abduh mengenai isu perjumpaan pemimpin Pas-UMNO agak menarik untuk diperhatikan. Sebagaimana yang tersiar di akhbar beliau diberitakan berkata: “Perjumpaan di antara pemimpin kedua-dua parti tersebut telah berlaku sejak lama tetapi kini ia menjadi perkara yang sesitif disebabkan hubungan dalam pakatan pembangkang.”

Cantik dan bernas sekali pendapat anak Mursyidul Am Pas yang juga AJK Dewan Pemuda Pas pusat. Kata-katanya menbuktikan beliau faham suasana politik negara. Apa yang dilauhkan tidak pedas. Tidak menyakitkan hati pihak UMNO dan tidak juga menggusarkan hati Melayu dalam Pas yang sangat takut untuk dikatakan berbaik-baik dengan UMNO.

Ternyata Nik Abduh tahu bermain politik. Bagaimanapun, segala yang diberitakan itu hendaknya tidak pulak dinafikan oleh Nik Abduh. Kalau wartawan tersalah lapor atau tersilap dalam membuat liputan, lain le ceritanya.

"Perjumpaan ini tidak menjadi masalah, hendak jumpa sesiapa pun boleh cuma jangan melanggar apa yang ditetapkan oleh parti. Jangan sampai peringkat menyebabkan kerisauan mengenai hubungan dengan pakatan pembangkang.

"Perjumpaan dengan UMNO tidak pernah tidak berlaku dalam kepimpinan Pas, cuma oleh kerana wujud pakatan pembangkang, maka ia menjadi satu perkara yang sensitif sebab boleh menyebabkan kekeliruan dalam pakatan.

"Jumpa dengan pemimpin UMNO berlaku sejak dahulu lagi, semua orang tahu.”


Berdasarkan kenyataan itu nyatalah bahawa Pas sangat perlu menjaga hubungannya dengan PKR, khasnya dengan Anwar Ibrahim, dan sekutunya yang satu lagi, DAP.

Kalau seperti itulah kenyataan ayahnya, tidaklah orang Melayu jadi bercempera dan keliru hingga terlahir pendapat yang pelbagai di kalangan pemimpin Pas sendiri. Meracau tak tentu pasal mencari alasan membetulkan keadaan.

Hassan Alai kata bagini. Khalid Samad kata negitu. Mahfuz pulak lain tingkahnya dan Sallahuddin Ayub juga berbeza kenyataannya. Buat malu orang Melayu dan pemimpin Melayu sahaja. Kebernasan kata-kata dalam berpolitik tidak pernah terluah dari mulut mereka. Nik Abduh yang jauh lebih muda dari mereka, lebih bijak dan faham seni atau silat berpolitik.

Dari apa yang disebutkan Nik Abduh, nyatalah bahawa kepimpinan Pas tidak mahu menyinggung perasaan sahabat sepakatan mereka yang belum tentu bersangka baik dalam menerima fahaman dan perjuangan politik parti masing-masing.

Kesimpulannya, pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Pas itulah yang menjadi batu penghalang kepada pertemuan pemimpin Pas-UMNO seperti yang dimahukan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Kepada orang Pas yang fanatik dan beranggapan bahawa Pas itu adalah parti yang memperjaungkan Islam, patut sedar bahawa Pas adalah ‘PARTI POLITIK’. Bukan Parti Islam. Perkataan Islam yang ada itu hanya sebagai nama sahaja.

Untuk kemudahan Melayu yang tak berapa mahu faham, cuba fahamkan istilah ‘SIPUT BABI’. Bila di sebut siput babi, adakah ianya siput atau babi? Sudah tentu semuanya faham bahawa itu adalah siput bukannya babi.

Begitu juga dengan istilah ‘UDANG GALAH’. Bila sebut udang galah, yang pasti ianya adalah udang bukannya galah.

Justeru, bila disebut PARTI ISLAM, bermakna ianya adalah sebuah parti politik, bukannya Islam. Dan Islam itu adalah agama suci dari Allah swt yang diturunkan untuk membimbing kehidupan sementara manusia di dunia ini. Ada faham....?

Dalam hal ini nyatalah Nik Abduh jauh lebih bijak bercakap politik jika dibandingkan dengan ayahnya yang sangat dihormati dan ditakuti dalam Pas itu.

Beliau faham apa itu percaturan politik dan kenapa perkara-perkara tertentu yang menjadi rahsia atau strategi politik, tidak wajar diheboh atau dipolemikkan. Tak usah bercakap berbelit-belit macam Mahfuz dan Salahuddin. Salah sana, salah sini. Sendiri yang salah tak sedar. Dok merghapu dana mengecam dan menuduh orang lain dengan pelbagai tuduhan yang menggambarkan kepimpinan parti kedua terbesar orang Melayu itu tidak islamik.

Pak Sulung: Kalau Nik Aziz dah tak larat nak pikul jawatan Mursyidul Am Pas, serahkan sahaj kepada anaknya Nik Abduh. Kalau Nik Abduh yang jadi Mursyidul Am, rasanya orang Melayu tidaklah jadi bersengketa ‘bagaikan nak ghak’ kerana salah faham dan tak faham perbezaan antara politik dan agama Islam.

Ahad, 25 Julai 2010

“Yang Deme Pegi Cekek Kat Kopitiam Tu Apahal....?”

PAGI ini Pak Sulung (PS) berpeluang bersarapan pagi dengan beberapa orang rakan lama di sebuah warung. Sebagaimana biasa, kumpulan kami yang dikenali sebagai ‘Geng Pencen’, sentiasa ceria dan mesra. Perkara yang kami sembangkan pun pelbagai. Semua bidang kami bualkan. Maklumlah, geng kami ni terdiri dari bermacam kerjaya.

Walaupun ada yang hanya boleh minum air suam saja tapi, masih sedia duduk bersembang dengan kekawan lama lain yang boleh makan apa saja. Alhamdulillah....

Pendek kata kami boleh berbicara apa sahaja dari urusan dunia hinggakan ke akhirat. Orang seperti kami ni memang tidak lekang dari membicarakan soal akhirat atau mati. Maklumlah, masing-masing dah berusia dan menunggu giliran saja untuk dijemput pulang oleh Allah swt. Kata orang, mengingat mati itu sunat.

Bagaimana pun, yang agak menariknya perbualan pagi ini ialah mengenai bab makan. Iaitu, di mana kita orang Melayu harus makan atau bersarapan. Penumpuannya ialah mengenai tempat. Di warung ke, di restoren ke atau di mana saja.

Segalanya berpunca apabila salah seorang rakan membuka cerita dengan kisah seorang anak muda Melayu menyaman sebuah restoren kopitiam kerana makanan yang dipesannya terdapat katak atau daging katak. Sehari selepas itu pihak JAKIM menyerbu sebuah kopitiam kerana disyaki tidak ada logo halal yang sah dan menghidangkan daging yang diragui halalnya.

Sembang punya sembang, seorang rakan yang memang bercakap dengan suara kuat menjawab: “Yang deme pegi cekek kat kopitiam tu apa hal?. Namanya pun kopitiam. Dah tentu ianya menjual makanan kegemaran orang cina. Katak tu memang makanan kegemaran dia orang, apa nak disalahkan pulak.”

“Macam lagu bangau oh bangau le ye?”, balas seorang lagi.

“Cuba fahamkan bahagian akhir lirik lagu tu. Apa katanya: .... Ular oh ular, kenapa engakau makan katak? Macam mana aku tak makan katak, dah memang jadi makanan aku...”, jelasnya disambut dengan gelak besar sesama kami.

“Betul sangat kata kamu tu. Dah tahu ianya restoren orang cina kenapa pegi makan kat situ. Tak ada tempat lain ke? Dah kebulor sangat ke hingga tak sempat lagi cari tempat yang makanannya dijamin halal dan kita pun makan tanpa ragu dan syak.”

“Anak muda saja yang sukakan tempat macam tu. Konon mereka tu ada kelas dan makan pun di tempat yang ada kelas. Elit le konon. Bila dah jadi macam tu, tahu pulak nak marah dan baru sedar halal-haramnya. Selama ini entah berapa tan deme telan daging katak pun deme tak sedor. Nasib baik dia nampak ada kaki katak, kalau tak ada tentu dia ingat daging burung puyuh,” kata seorang lagi disambut serentak dengan ketawa.

“Aku tak faham le dengan orang Melayu ini. Nak cari tempat makan pun masalah. Tak habis-habis dengan masalah. Deme tahu salah orang lain aje. Salah sendiri tak sedor. Sibuk sangat cari salah orang lain. Sendiri yang pegi makan kat restoren cina, komplen macam-macam. Telan aje le kalau dah suka sangat ‘mencekik’ kat tempat macam tu. Buat malu orang Melayu je,” rungut seorang lagi.

Demikian secebis kisah perbualan ‘geng pencen’ yang dapat PS coretkan. Terpulanglah kepada para pembaca memikirkannya. PS tak mahu komen banyak. Ada banyak kebenarannya di sebalik kata-kata kawan PS tu tadi.

Apapun, PS suka menarik perhatian bahawa di Bandaraya Ipoh ini banyak sekali dibuka restoren kopitiam. Macam cendawan tumbuh. Dan ramai juga orang Melayu yang suka menikmati makanan dan minuman disitu. Entahlah....

Kononnya, restoren-restoren itu adalah rangkaian kopitiam yang dimiliki oleh DAP Perak. Tokehnya ialah Nga Kor Meng dan Ngeh Kor Ham. Takkan pembaca tak pernah dengar dua nama ni? Mereka begitu popular satu ketika dulu, iaitu semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak. Selepas pakatan deme tumbang, dua ini jugalah yang menjadi sebutan ramai.

Setelah semuanya jadi aman dan sepi, orang Melayu jadi lupa. Lebih menyedihkan, orang UMNOlah yang suka sangat lepak kat situ sambil berbual mengenai politik mereka.

Hingga ke hari ini macam-macam hal mereka buat. Semuanya mencabar orang Melayu, kepimpinan Melayu dan hak orang Melayu. Bila dah mencabar Melayu, secara tak langsung agama Islam pun mereka cabar. Hasad dan dengki mereka terhadap umat Melayu taiada kesudahan selagi wujud matahari dan bulan.

Melayu oh Melayu.... Apa dah jadi dan apa nak jadi dengan kome semua?

Pak Sulung: Sering memikirkan adakah orang Melayu ini terlalu nipis semangat jati dirinya? Mudah lupa dan selalu kalah dengan bangsa lain dalam semua bidang, semata-mata kerana tak kisah dan tak mahu ambil tahu. Bila dah terantuk baru nak tengadah. Kalau sesama sendiri bukan main garang dan tegas lagi. Dendam sesama sendiri mengatasi dendam Iblis terhadap anak Adam. Kalau kita kata mereka bukan Islam.... marahnya semacam. Tapi.... amalan dan perbuatannya tersasar jauh dari ajaran Islam.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog