Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 2 Julai 2011

Tiada Siapa Dapat Beri Jaminan Semasa Perhimpunan - Muhyiddin

Siapa yang boleh jamin 'lembu-lembu' ini tidak merusuh dan buat kacau?
TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada sesiapa pun dapat memberi jaminan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak baik pada perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan dari hanya satu pihak sahaja sudah cukup untuk mencetuskan huru hara dan tiada siapa boleh memberi jaminan 100 peratus bahawa perhimpunan akan diadakan secara aman.

"Lebih baik mengambil langkah awal sebelum tercetus kejadian tidak diingini. Inilah rasional pihak berkuasa melarang perhimpunan itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis "Kenduri Rakyat" di Dataran Alor Pongsu, Bagan Serai, pada Sabtu.

Muhyiddin berkata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga atau Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak boleh menyatakan perhimpunan itu dijalankan secara aman dan tiada perkara buruk akan berlaku.

"Tak boleh jamin 100 peratus...letak deposit cakap takde apa berlaku," katanya.

Muhyiddin berkata soal pokok sekarang adalah perhimpunan itu boleh menyebabkan pergolakan dan ketegangan yang akan menyebabkan negara kita menghadapi masalah besar, ekonomi akan terbantut dan perpaduan rakyat akan tergugat.

"Pengalaman di negara-negara yang kita tahu di Timur Tengah (apabila berlaku pergolakan), kuasa-kuasa asing mudah campur tangan dengan menghantar pasukan tentera dan sebagainya kononnya nak bantu selesai masalah negara itu," katanya.

Katanya pengalaman negara lain harus dijadikan iktibar supaya tidak berlaku di negara ini.

Mengenai tindakan kumpulan yang membantah perhimpunan haram itu dengan mengadakan demonstrasi seperti di Pulau Pinang, semalam, Muhyiddin berkata keadaan boleh menjadi lebih buruk jika pihak yang menyokong dan membantah bertembung.

Oleh itu, bagi mengelak kejadian lebih buruk, pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan tanpa memilih bulu, katanya.

Mengenai dakwaan supaya perhimpunan itu dibenarkan dan dikawal, Muhyiddin berkata perhimpunan Bersih adalah untuk menyerahkan memorandum dan ia tidak memerlukan 100,000 orang dan cukuplah hanya seorang untuk melakukannya.

"Saya pesimistik dalam hal ini. Apa saja yang dilakukan bukan hasilkan keputusan yang baik...sama ada sokong atau tak ia takkan bawa kesan yang baik kepada negara," katanya.

Muhyiddin berkata asas kepada pembangunan masa depan negara bergantung kepada negara kekal stabil dan tidak berdepan dengan pergolakan sama ada keselamatan atau politik.
- Bernama

SATU MELAYU:
Berhak sangatkah makhluk perosak ini?
Apa komen para cerdik pandai bertaraf Profesor yang konon ‘pakar perlembagaan’ yang mengatakan rakyat ada hak berhimpun dan memprotes pemerintah sebagaimana di peruntukkan Perlembagaan Negara?

Apa yang berlaku sekarang ialah rakyat yang konon ada hak berhimpun ada dua kumpulan – pro dan kontra. Yang menyokong dan yang menentang. Kedua-dua pihak adalah rakyat yang ada hak berhimpun.

Apabila kedua kumpulan rakyat yang berhak kelihatan seolah-olah mahu bertempur (pasti akan bertempur kalau tidak dicegah), apakah kerajaan yang diamanahkan untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak ada hak pula untuk mencegah daripada diteruskan perhimpunan itu?

Siapa yang ada hak sekarang? Dua kumpulan rakyat yang bertentangan atau kerajaan? Mungkin hanya ‘orang gila’ sahaja yang berkata perhimpunan mesti diteruskan demi mengutamakan hak rakyat....

Hak rakyat mana yang harus diutamankan sekarang? Pengacau negara bernama Ambiga, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng atau Mat Sabu?

Patutlah Pok Nik cabut, rupa-rupanya saudara dia antara 2,800 ahli PAS beralih sokong BN

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) setelah 2,800 ahli PAS menyertai Umno di daerah Pasir Puteh.

Beliau berkata penyertaan mereka membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan PAS semakin berkurangan.

Katanya keyakinan itu juga bersandarkan seramai lebih 20,000 rakyat hadir pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, di sini.

"Seramai 2,800 ahli tinggalkan PAS dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada PAS," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Bekas anggota PAS berkenaan turut hadir pada majlis itu.

Najib berkata antara ahli-ahli PAS yang menyertai Umno itu ialah saudara kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu, Raja Abdullah Raja Mahmud.

Perdana Menteri turut meminta Raja Abdullah naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya, yang disambut dengan sorakan para hadirin beserta laungan dan teriakan "Gelombang Merah", iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan Umno Kelantan.

Ketika ditemui pemberita Raja Abdullah, 57, berkata beliau sudah serik ditipu kepimpinan PAS kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.

"Kalau dahulu, PAS kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini PAS membenarkannya demi perjuangan Islam," kata bapa kepada 11 orang anak itu.

Beliau juga kesal apabila PAS sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC.

"Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang PAS panggil 'kafir' itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP," kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi Umno-Barisan Nasional kerana menyokong PAS sepenuh hati sebelum ini.

Keyakinan Raja Abdullah terhadap PAS hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan PAS mudah tunduk kepada DAP.

Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am PAS itu, Raja Abdullah berkata: "Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga."
- Bernama


SATU MELAYU:
Setelah sekian lama orang Kelantan, Terengganu dan Kedah ditipu dengan perjuangan Islam, akhirnya mereka sedar bahawa apa yang dilaungkan pemimpin Pas selama ini hanyalah ‘pelawaok’. Dan rakyat negeri Kelantan sangat merasakan pembohongan berkenaan. Ianya bertambah teruk lagi apabila Nik Aziz selaku MB selama lebih 20 tahun gagal membangunkan umat Islam Kelantan dunia/akhirat.

Pembohongan semakin terserla hari demi hari. Lepas satu, satu isu timbul yang semuanya mengecewakan rakyat. Kebajikan yang ada hanyalah untuk mereka yang beristeri lebih satu di Kelantan.

Demonstrasi Komtar: Polis Tahan 8 Individu Termasuk Ezam

POLIS pada Jumaat menahan lapan individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor kerana menyertai satu demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata tujuh orang ditahan semasa demonstrasi manakala Ezam menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bagi membantu siasatan.

Katanya kesemua mereka yang ditahan berumur antara 27 tahun dan 46 tahun.

"Mereka ditahan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit dan berdegil kerana tidak mahu bersurai ketika diarahkan berbuat demikian manakala Ezam turut memberi ucapan pada perhimpunan itu," katanya dalam satu sidang akhbar di George Town.

Ayub berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menganjurkan perhimpunan tanpa permit.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan tanpa permit.

Terdahulu, seramai kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat mengadakan demonstrasi secara aman dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komplek Tun Abdul Razak (Komtar).

Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini dan membantah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa menyokong perhimpunan itu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Ingatkan polis tidak menahan mereka yang anjurkan perhimpunan haram tanpa permit jika yang melakukannya adalah puak pro-kerajaan! Senator Ezam yang dah masuk Umno pun kena tahan jugak.

Tahniah Polis! Kalian telah jalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.

Rakyat menanti-nanti apakah tindakan pihak polis pada 9 Julai nanti apabila ribuan manusia yang pro dan anti pengacau negara berhimpun, berarak dan mungkin bertempur atau memrosakkan harta awam.

Kepercayaan rakyat yang masih berfikiran waras terhadap pihak berkuasa polis masih ada. Rakyat yakin polis mampu mententeramkan keadaan dan seterusnya mencegah negara jadi huru-hara gara-gara Anwar dan puak pembangkang mahu mengalihkan tumpuan rakyat.

Bersih berarak di KL, NGO anti-Bersih Penang berarak atas jambatan dan tempat-tempat strategik.... “Semua akan susah”.

“Kita tengok apa akan jadi pada ekonomi, rakyat dan negeri ini bila perhimpunan diadakan di sini nanti. Biar semua tidak boleh masuk, tidak boleh keluar. Semua akan susah.”

Demikian antara kata-kata yang diluahkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad. Jelasnya perhimpunan secara besar-besaran itu akan diadakan di beberapa tempat tumpuan umum di negeri ini termasuk Jambatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun tegas Ahmad, tindakan tersebut hanya akan diambil sekiranya penganjur Bersih masih berdegil meneruskan rancangan mereka. Menurutnya, jika penganjur Bersih masih berdegil, pihaknya memberi amaran akan mengadakan perhimpunan yang sama sehari sebelum itu untuk menunjukkan rasa tidak setuju mereka.

Lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini akan mengadakan perhimpunan secara besar-besaran, Jumaat depan sebagai tindak balas sekiranya penganjur perhimpunan haram Bersih tetap berdegil meneruskan hasrat mereka pada 9 Julai ini.

“Saya mewakili lebih 10 NGO di negeri ini merayu supaya perhimpunan Bersih dibatalkan kerana ia hanya akan membawa kepada keadaan huru-hara kepada negara serta menggugat perpaduan rakyat yang terjalin sekian lama,” katanya pada sidang akhbar di Pulau Pinang pada Jumaat.

Elok sangat lerr anak Penang bangkit menentang kezaliman dan kekejaman pimpinan chauvanis Cina DAP di negeri itu yang telah sampai ke tahap ‘Melayu hilang sabar’.

Puak imigran haramjadah yang perasan dia mampu merampas negara ini dari tangan orang Melayu sewajarnya diajar secukupnya.

Kebanyakan mereka yang berumur 45 tahun ke bawah tidak tahu dan tidak faham apa itu ‘Tragedi 13 Mei 1969’.

Jangan gunakan slogan ‘Usop Wilchar’ dah lerrr.... Tapi kalau nak pakai pun apa salahnya....

Anak haramjadah seperti itu jangan dibiarkan bermaharajalela merosakkan negara, menghancurkan perpaduan orang Melayu dan meruntuhkan agama Islam di negara bertuah ini.

Mereka telah melampau. Kejayaan mereka melalui PRU 2008 membuatkan mereka jadi bongkak.

Mereka ingat dengan adanya Anwar Ibrahim bersama mereka, kita orang Melayu tak berani sentuh mereka? 

Ingatlah, kerana mempertahankan kerajaan Melayu, Tuah terpaksa membunuh sahabat karibnya - Jebat.

Pendedahan Gobala mengenai pengubahan wang haram oleh Anwar Ibrahim:

Anwar dicabar nafi dan saman Gobalakrishnan

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dicabar supaya menafikan dakwaan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mengenai dakwaan beliau terlibat dalam penggubahan dan pengaliran wang haram.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, jika Gobalakrishnan berbohong, maka Anwar diminta supaya menyaman bekas ahli PKR tersebut kerana ia merupakan suatu tuduhan yang berat.

"Di Parlimen semalam, Gobalakrishnan ada meminta supaya kerajaan memastikan imuniti terhadap saksi yang boleh membantu siasatan keterlibatan Anwar dalam penggubahan dan pengaliran wang haram dan ia satu tuduhan yang berat.

"Pertuduhan itu mencemarkan imej Anwar sebagai ketua pembangkang kerana beliau selama ini melaungkan konsep ketelusan dan rakyat perlu mengetahui perkara sebenar," katanya ketika dihubungi.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, Gobalakrishnan menggelarkan Anwar sebagai 'raja' kepada segala aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram.

Semalam pula, Gobalakrishnan dalam satu sidang akhbar meminta supaya kerajaan menjanjikan imuniti ke atas beberapa pihak yang boleh menjadi saksi terhadap aktiviti didakwa melibatkan Anwar itu.

Anuar menambah, Anwar tidak harus berdiam diri dalam hal itu kerana dakwaan tersebut melibatkan kepentingan negara serta kewibawaannya sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim pula memberitahu, dakwaan yang dibuat Gobalakrishnan itu pasti mempunyai asas kukuh kerana Anwar pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.

"Jadi Anwar kena jawab segera bagi membersihkan dirinya daripada pertuduhan tersebut.

"Gobalakrishnan juga pernah bergelumang lama dengan Anwar ketika mereka bersama-sama dalam PKR dan Ahli Parlimen Padang Serai itu baru sahaja meninggalkan parti keluarga berkenaan.

"Saya dengar juga mengenai perkara itu (keterlibatan Anwar dalam penggubahan wang haram) tetapi saya keluar meninggalkan PKR lebih awal daripada Gobala jadi dia lebih tahu," katanya sinis.

Kemukakan saksi – Gani

AHLI Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan diminta mengemukakan saksi yang boleh memberi keterangan berhubung dakwaan penglibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dalam aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, soal ‘imuniti’ ke atas saksi itu tidak timbul kerana undang-undang sedia ada negara menyaksikan kewujudan Akta Perlindungan Saksi serta Akta Pemberi Maklumat dan ia terpakai bagi individu dimaksudkan oleh Gobalakrishnan.

“Jika benar Ahli Parlimen Padang Serai boleh berhubung dengan saksi-saksi itu, kemukakan sahaja kepada pihak berkuasa kerana kita ada undang-undang yang menjaga keselamatan setiap daripada kita di negara ini.

“Ia seperti Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat, jadi ia jelas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau diminta mengulas kenyataan Gobalakrishnan di Parlimen semalam yang meminta kerajaan menjanjikan imuniti ke atas beberapa pihak yang boleh menjadi saksi terhadap aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram didakwa melibatkan Anwar.

Kata Gobalakrishnan, imuniti itu diminta sendiri oleh ‘saksi’ tersebut bagi menambah keyakinan mereka dalam pelbagai aspek termasuk keselamatan untuk tampil bagi mendedahkan kebenaran mengenai aktiviti bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, beliau juga mendakwa Anwar merupakan ‘raja’ kepada segala aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram di negara ini.

Ia bersandarkan dakwaan bahawa Anwar melalui ‘orang tengah’ telah membawa keluar ratusan juta ringgit dalam not RM500 dan RM1,000 untuk disimpan di Indonesia dengan menggunakan jet peribadi milik sebuah syarikat perjudian.
- Utusan
SATU MELAYU:
Kepada juak-juak Melayu bangang yang menyokong Anwar, sila ambil perhatian bahawa semua pendedahan itu dilakukan oleh bekas kawan baik Anwar sendiri. Bukannya oleh pemimpin Umno, waima Tun Dr. Mahathir pun, sedangkan tuduhan Gobala terhadap Anwar itu berlaku di zaman Tun Dr. M jadi PM.

MELAYU BANGKIT: Demo bantah kerajaan DAP Pulau Pinang

LEBIH 1,500 orang berarak dan berhimpun di beberapa jalan utama dan hadapan Komtar bagi membantah pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa menindas orang Melayu dan rakyat negeri itu.

Mereka yang memakai lilitan kain berwarna merah di kepala memenuhi jalan-jalan raya menyebabkan beratus-ratus kenderaan terpaksa berhenti.

Mereka yang merupakan pemimpin serta ahli dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai berarak selepas solat Jumaat sejauh enam kilometer bermula dari Masjid Melayu Lebuh Acheh menuju ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Apabila tiba di Komtar, mereka mengelilingi bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang itu melalui Jalan Magazine sebelum bertindak nekad duduk di atas jalan raya selama hampir 10 minit di Jalan Penang.

Sambil berarak, mereka merentang sepanduk-sepanduk dan melaungkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Guan Eng.

Mereka juga berselawat dan menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Turut dibawa bersama dalam perarakan serta perhimpunan itu adalah dua ekor itik.

Itik tersebut pada mulanya mahu diserahkan kepada Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim sebagai simbolik bahawa pemimpin PKR itu hanya pandai bercakap tetapi hakikatnya tidak langsung mahu membela orang Melayu.

Bagaimanapun, hasrat berkenaan tidak kesampaian apabila kedua-dua itik itu dirampas polis.

Para peserta perhimpunan bersurai kira-kira sejam kemudian dan meneruskannya di tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang dengan kira-kira 20 orang berdiri sambil memegang kain rentang termasuk dalam bahasa Cina hampir setengah jam.

Kehadiran mereka di atas jambatan menyebabkan pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan masing- masing menyebabkan kesesakan lebih lima kilometer dari bahagian pulau menuju ke Seberang Prai.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Awas! Melayu dah mula hilang sabar....
Anwar dan Kit Siang dua beranak jangan ingat mereka boleh buat apa saja sesuka hati....
Pulau Pinang itu adalah sebuah daerah milik negeri Kedah yang dipajak hingga kini....
Bila DAP berkuasa bukan bererti Pulau Pinang itu milik chauvanis Cina DAP....


Jumaat, 1 Julai 2011

Kerajaan Diminta Beri Imuniti Kepada Saksi Aktiviti Penggubahan Wang Haram Oleh Pemimpin Pembangkang - Gobala

ANGGOTA Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan meminta kerajaan memberikan imuniti kepada beberapa pihak yang didakwa boleh menjadi saksi terhadap aktiviti penggubahan wang haram membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Beliau berkata imuniti itu bagi membolehkan saksi terbabit tampil mendedahkan kebenaran tentang pemimpin berkenaan tanpa rasa takut berhubung keselamatan mereka.

"Jika itu boleh dilaksanakan, saya bersedia menjadi orang tengah antara pihak berkuasa dengan saksi-saksi terlibat. Saya percaya kerajaan tiada masalah untuk berbuat demikian kerana mereka juga pasti tahu kegiatannya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.

Gobalakrishnan berkata demikian pada sidang akhbar mengenai penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) yang dipengerusikannya.

Sementara itu, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak terus dipergunakan pemimpin pembangkang tertentu bagi memenuhi agenda peribadinya dengan menyertai perhimpunan haram yang dijadual berlangsung 9 Julai depan.

"Saya 12 tahun berjuang di jalanan, tetapi akhirnya sedar ia tidak membawa apa-apa kebaikan.

bukan Nuar jer, terompah pun menang
"Kalau pilihan raya negara ini tidak adil, saya tidak akan menang dengan majoriti lebih 11,000 di Padang Serai, dan (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) juga tidak akan berada di Parlimen hari ini," katanya.

Mengenai Perkemas, Gobalakrishnan berkata penubuhan NGO itu bertujuan menyediakan platfom bagi menyelesaikan masalah masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.

"Saya percaya dan yakin Perkemas akan membawa kepada satu perubahan positif dalam pendekatan membantu pembangunan masyarakat.

"Kesejahteraan yang kita idamkan hanya boleh dikecapi jika kita mula menolak perbezaan dan berganding bahu dalam segala inisiatif demi kepentingan masyarakat," katanya.
- Bernama


SATU MELAYU:
Demi ekonomi negara dan demi mendedahkan penyelewengan terbesar ‘anak har..’ yang bertopengkan imej baik, bersih dan adil, sewajarnya pihak berkuasa kerajaan memberikan perlindungan atau kekebalan kepada mereka yang bersedia mendedahkannya.

Tunggu apa lagi? ‘Anak har..’ itu semakin menyusahkan rakyat dan negara. Siang malam dia berusaha mencemar dan memburuk-burukan imej dan ekonomi negara melalui pelbagai cara dengan sokongan DAP, PAS dan NGO anti-Melayu/Islam yang bercambah di negara ini.

Pilihan raya kotor: SPR persoal Bersih

Wan Ahmad Wan Omar berucap pada program Ceramah Makan Tengah Hari bertajuk Tuntutan Bersih Apa Penjelasan SPR di Kuala Lumpur, semalam.
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hari ini menegaskan bahawa perjalanan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil, telus serta bebas daripada campur tangan kerajaan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, buktinya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 iaitu pada 2008 pihak pembangkang berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan menguasai lima negeri.

Beliau berkata, satu lagi fakta yang harus diambil kira ialah kemampuan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan partinya mempertahankan pemerintahan di Kelantan selama 21 tahun.

"Peraturan yang sama digunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 (2004) yang mana Barisan Nasional (BN) menang besar. Peraturan ini juga yang digunakan untuk PRU Ke-12.

"Pada pilihan raya itu berlaku tsunami politik hingga menyebabkan BN hilang majoriti apabila pembangkang menang di 82 kerusi Parlimen. Lima negeri jatuh kepada mereka. Apa lagi yang kotor?,'' katanya.

Beliau berkata demikian di dalam program Ceramah Makan Tengah Hari yang bertajuk Tuntutan Bersih Apa Penjelasan SPR? anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di Kuala Lumpur pada Khamis.

Hadir sama Pengerusi Ahli Majlis Pengarah Inmind, Datuk Salamon Selamat serta para peserta terdiri di kalangan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media, wakil agensi kerajaan serta pelajar.

Wan Ahmad berkata, jika keadilan bukan menjadi dasar SPR sudah tentu kemenangan mereka akan dinafikan dan tidak mungkin Nik Abdul Aziz mampu bertahan sebagai Menteri Besar selama 21 tahun.

"Di Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang tanpa diduga dan begitu juga dengan beberapa negeri lain. Ini bukti paling jelas bahawa pilihan raya di Malaysia ini adil tidak ada tersembunyi. Tuan-tuan fikirkanlah,'' ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui keadilan yang menjadi pegangan SPR itu tidak dipandang oleh pihak pembangkang, sebaliknya mereka berusaha mewujudkan persepsi di kalangan rakyat bahawa SPR bersekongkol dengan kerajaan terutama isu daftar pemilih.

"Tujuannya supaya rakyat membenci SPR. Nampaknya apa yang mereka lakukan ini berjalan seperti mana mereka kehendaki. Bagi menterjemahkan kebencian itu rakyat akhirnya akan mengundi pembangkang pada pilihan raya,'' ujarnya.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya Bersih terus berkeras mahu terlibat di dalam politik, organisasi itu perlu didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan kemudian bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Daftarkan Bersih sebagai parti politik sekiranya mahu terbabit dengan politik dan bukan anjurkan perhimpunan. Perhimpunan hanya mengundang kesan buruk kepada negara dan menjejaskan hidup rakyat.

"Jika tidak, Bersih dan Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan perlu segera pisahkan diri daripada parti politik. Perkukuhkan agenda Bersih," katanya.

Mengenai senarai daftar pemilih, beliau berkata, dalam sistem pendaftaran sekarang adalah mustahil seseorang pengundi boleh mengundi sebanyak dua kali.
- Utusan

SATU MELAYU:
Peluang untuk mamat ni tunjuk hebat...
Apapun penjelasan yang diberikan tidak akan diterima oleh pengkhianat negara yang diresapi fahaman komunis dan campurtangan kuasa asing itu.

Setelah Pas tidak lagi menggunakan slogan Negara Islam, puak pembangkang ‘haramjadah’ berasa selesa untuk meneruskan agenda mereka dengan memperalatkan Melayu Pas dan PKR.

Yang malangnya, apa yang dirancangkan itu membuktikan betapa bangan dan bebalnya sebahagian umat Melayu/Islam yang sanggup menjadi pengkhianat negara kerana termakan umpan dan gula-gula yang ditabur oleh pemimpin Pas seperti Mat Sabu.

Mungkin inilah kejayaan pertaman Mat Sabu setelah menjawat jawatan Timbalan Presiden Pas baru-baru ini. Dia terpaksa buktikan kepada mentornya bahawa dia benar-benar mampu ‘memurtadkan’ ahli dan penyokong Pas dan seterusnya menyokong gerakan merampas negara ini melalui tunjuk perasaan jalanan.

Mereka ingat apa yang berlaku di Mesir mampu dan akan berjaya diterapkan di negara bertuah ini.

Nik Aziz lari untuk ‘Bersihkan Diri’ daripada terlibat dengan ‘Bersih’ dan bertuankan Ambiga....

Sebahagian daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan dan Pemuda UMNO berhimpun secara aman membawa kain rentang membantah perhimpunan Bersih di Kota Bharu, semalam. - Utusan/Rosni Masri
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak merestui perhimpunan haram Bersih kerana telah 'melarikan diri' keluar negara ketika pemimpin pembangkang sedang bersiap sedia untuk menempuh 9 Julai ini.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, sekiranya Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menyokong perhimpunan tersebut, ia bermakna beliau menafikan haknya serta Pas untuk memerintah negeri ini.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut merupakan satu program yang amat besar kepada pembangkang dan cuba menarik penglibatan ratusan ribu rakyat di negara ini.

"Saya nampak Nik Abdul Aziz cuba untuk melarikan diri daripada terlibat dengan Bersih, dia tidak setuju dengan Bersih, kalau dia setuju dia menafikan hak untuk memerintah Kelantan kerana Pas dipilih melalui pilihan raya.

"Kelantan diperintah oleh Pas selama 20 tahun, kalau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus, kita tidak akan biar Pas memerintah selama 20 tahun kerana kita mampu boleh beri lebih baik kepada rakyat Kelantan. Tetapi disebabkan SPR telus kita menerima keputusan pilihan raya ini," katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Baharu pada Khamis.

Nik Abdul Aziz bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak telah berlepas ke Uzbekistan sebelum mengerjakan umrah di Mekah kemudiannya, Selasa lalu. Turut serta Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Difahamkan Nik Abdul Aziz akan berada di luar negara selama dua minggu dan tugasnya dilakukan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob.

Terdahulu, kira-kira 100 pemuda yang berpakaian serba merah mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan ibu pejabat Pas Kelantan di Kota Baharu kira-kira pukul 3 petang bagi mendesak Pas tidak terlibat dengan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.

Mereka berkumpul selama 30 minit dengan membawa bendera 'patriot' dan sepanduk yang di antaranya tertulis: 'Tok Guru gi buat umrah sebab tak sir terlibat dengan Bersih, takkan puak-puak Pas tak sedar lagi', 'Pas jadi kuda tunggangan DAP dan Anwar Ibrahim' dan 'Perhimpunan Bersih yang kotor'.

Sementara itu, Anuar berkata, perhimpunan secara aman 'patriot' dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diadakan bagi mendesak Pas supaya tidak melibatkan diri dengan Bersih kerana ia jelas mengganggu ketenteraman awam.

"Pas harus sedar siapa Ambiga Sreenevasan, seorang pejuang untuk kesamarataan agama malah dalam kes Lina Joy, beliau yang mempertahankan kebebasan agama. Apakah perjuangan Ambiga selaras dengan perjuangan Pas," katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Penyertaan Pas dalam Bersih adalah sebahagian ‘Kebajikan’ yang mahu dibuktikan oleh pemimpin Pas yang baru sahaja mencampak-
kan perjuangan Islam daripada parti itu.

Nik Aziz mungkin tak setuju dengan slogan baru Pas – Negara Kebajikan, kerana dia adalah pejuang Islam yang menyimpan ‘kunci pintu syurga’.

Kalau Pas tidak lagi mahu hidup atas jenama Islam, apa guna segala janji syurga dan neraka yang dijanjikan oleh Tok Guru itu kepada ahli-ahlinya selama ini?

Selain itu, besar kemungkinan Nik Aziz juga tidak rela 'bertuankan' aktivis anti-Islam - Ambiga.

“Dalam semak ada duri. Ayam kuning buat sarang. Orang tamak selalu rugi. Bagai anjing dengan bayang-bayang.”

Khamis, 30 Jun 2011

Jutaan ringgit dilarikan ke Indonesia, Anwar ‘Raja Pengubahan Wang Haram’ - Gobala

AHLI Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan hari ini (Rabu) mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah ‘raja’ kepada segala aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram di negara ini.

Ia bersandarkan dakwaan bahawa Anwar melalui ‘orang tengah’ telah membawa keluar ratusan juta ringgit dalam not RM500 dan RM1,000 untuk disimpan di Indonesia dengan menggunakan jet peribadi milik syarikat judi.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, Gobalakrishnan berkata, semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu, sebanyak RM13.2 bilion wang dalam not RM500 dan RM1,000 telah dicetak.

Sehubungan itu, beliau menuntut Kementerian Kewangan menyiasat secara terperinci penglibatan Anwar dalam aktiviti tersebut dan berjanji akan membantu siasatan pihak berkuasa jika beliau diberi imuniti (kekebalan).

“Anwar ‘raja’ segala aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram di negara ini. Berbeg-beg wang dalam not RM500 dan RM1,000 diterbangkan ke Indonesia,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan Anwar terbabit dalam aktiviti pengaliran wang haram berjumlah RM888 bilion seperti yang dilaporkan oleh Integriti Kewangan Global (GFI).

Ini kerana, kata Gobalakrishan, Anwar adalah pengamal nepotisme dan kronisme tegar dan beliau percaya, duit tersebut jugalah diguna sewaktu ketua pembangkang itu ‘mengguling’ Allahyarham Tun Ghafar Baba dahulu.

Selain itu, beliau juga mendakwa Anwar bersama Azmin Ali (PKR-Gombak) mengarahkan agar dana RM50 juta untuk Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan Felda di Selangor, dialirkan secara haram kepada pemimpin pembangkang.

Tidak cukup dengan semua pendedahan itu, bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin serta seorang ahli perniagaan berbangsa Cina melaburkan jutaan ringgit dalam syarikat modal, tanpa diketahui dari mana datangnya wang berkenaan.

Sementara itu, bimbang lebih banyak rahsia dalaman mereka ‘dilondehkan’, Azan Ismail (PKR- Indera Mahkota) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) cuba menghentikan Gobalakrishnan daripada terus membuat pendedahan.

“Padang Serai ini dah makan tengah hari ke belum? Saya kagum dengan keberanian Padang Serai tetapi setuju atau tidak sebelum persidangan setiap ahli Parlimen perlu menjalani ujian air kencing untuk dipastikan dia mabuk atau tidak,” kata Azan.

Kemudian Siti Mariah pula bangkit membantu: “Bila Padang Serai buat tuduhan, kenapa tak lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kalau berlaku salah guna, saya harap begitulah, tolong bawa kepada SPRM.”

Namun, percubaan Azan dan Siti Mariah itu gagal menghentikan tindakan berani Gobalakrishnan apabila beliau secara bersahaja dan sinis berkata: “Saya sudah makan tengah hari dan sekarang sedang makan PKR.”
- Utusan

SATU MELAYU:
Apakah ini satu lagi pendedahan untuk Anwar Ibrahim setelah isu video seks? Ini bukan dilakukan oleh orang Umno atau BN. Ia didedahkan oleh bekas kawan karib dan Ahli Parlimen PKR sendiri, sama sepwerti isu video seks yang didedahkan Datuk Eskay.

Kes liwat II juga serupa. Yang dedah atau buat laporan polis ialah bekas ‘jambu’ yang bekerja dengan Anwar.
Apapun, pendedahan Gobala di Parlimen itu diharap akan ada siasatan susulan oleh pihak berkuasa. Atau Gobala sendiri akan membuat laporan kepada SPRM.

Berdasarkan apa yang diluahkannya itu, beliau ada bukti.

Beranikah Anwar menafikannya dengan menyaman Gobala di mahkamah? Rasanya dia tak akan berani. Nfi mungkin dia akan nafi, tapi untuk bawa ke tengah pengadilan dia ‘kecut’. Samalah macam kes video seks.

Berapa banyak lagi pendedahan mengenai salahlaku dan penyelewengan Anwar Ibrahim akan didedahkan oleh bekas rakan-rakan dan orang kuatnya?

Wang Bernilai RM101 Juta Dalam Not RM500 Dan RM1,000 Tidak Dapat Dikesan

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata sebanyak 177,077 keping wang kertas RM500 dan RM1,000 yang bernilai RM101 juta yang terapung di pasaran serta tidak dapat diimbangkan dengan jumlah cetakan masih tidak dapat dikesan sehingga 30 Jan lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu 150,259 keping adalah wang kertas RM500 yang bernilai RM75 juta, manakala 26,818 keping ialah wang kertas RM1,000 yang bernilai RM26 juta.

"Wang kertas ini bagaimanapun sudah tidak laku selepas 1 Julai 1999 dan tiada cetakan wang dalam dominasi RM500 dan RM1,000 dibuat sejak tahun berkenaan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat.

Rang Undang-undang yang bertujuan mengawal aktiviti perniagaan pengurupan wang, perniagaan pengiriman wang dan peniagaan mata wang borong kemudiannya diluluskan.

Turut diluluskan ialah Rang Undang-Undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-Undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010.

Persidangan Dewan disambung Khamis.
- Bernama

SATU MELAYU:
Pada Rabu 25 Mei lalu entri blog ini ada menyiarkan sedutan ucapan Ahli Parlimen Padang Serai yang juga bekas pemimpin setia PKR serta penyokong tegar Anwar Ibrahim, Gobalakrishnan yang mendakwa Anwar Ibrahim telah melarikan not RM500 dan 1000 ke luar negara.

Apakah kenyataan Timbalan Menteri Kewangangan ini ada hubung-kaitnya dengan dakwaan yang dibuat oleh Gobala semasa berceramah di Kelang dalam siri ceramah SSDE itu?

Wallahhualam....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog