Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Menarik di akhbar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menarik di akhbar. Papar semua catatan

Selasa, 8 November 2011

Kurangkan kakitangan Kerajaan: Kesatuan sekerja bantah DAP.....

BEBERAPA kesatuan sekerja hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam.

Sambil menyifatkan, ia satu tindakan berunsur politik dan mempunyai agenda tersirat, kesatuan-kesatuan juga menyifatkan cadangan itu sebagai tidak rasional serta tidak berasas.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.

“Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak.

“Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Isnin.

Beliau mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri tidak bersetuju dengan hasrat tersebut yang dilihat boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas.

“Contohnya, dalam bidang penguatkuasaan seperti kami, sekiranya tenaga kerja dikurangkan, sudah tentu akan menyukarkan untuk mengawal jumlah kenderaan yang berjuta-juta.

“Tidak mungkin, suatu masa nanti kita mahu menswastakan perkhidmatan awam yang menyebabkan lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pengurangan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan yang mana meningkatkan lagi pengangguran dan kebergantungan khidmat luar sehingga menyebabkan kos lebih tinggi.

“Hasrat DAP dilihat mempunyai agenda tersirat umpama ada udang di sebalik batu. Dalam perkhidmatan kami, bilangan pelajar semakin lama makin meningkat dan memerlukan penambahan kakitangan mengikut keadaan,” jelasnya.

Bagi Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur, Ja‘apar Mansor berkata, tidak semestinya pengurangan bilangan penjawat awam akan dapat mengurangkan bajet kerajaan malah boleh menyebabkan kesan yang sebaliknya.

Pengerusi Persatuan Pekerja Wanita, Silam Hassan berkata, pengurangan berkenaan adalah agenda DAP untuk mengurangkan hasil ekonomi orang Melayu dan ini membuktikan mereka kurang senang dengan pencapaian bumiputera kini.

“Jika penjawat awam rata-rata bangsa Melayu dikurangkan, mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan di syarikat milik bukan Melayu,” katanya.

Menurut Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, hasrat tersebut perlu dibantah keras kerana kewujudan pelbagai sektor awam di negara ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini agar mempunyai punca pendapatan.

“Adakah dengan berniat mengurangkan jumlah penjawat awam maka ruang kerja akan disediakan oleh mereka yang terlibat. Ini sesuatu yang perlu dipandang serius dan ditentang kerana akan meningkatkan jumlah pengangguran,” katanya.

Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KSKM), Hamran Ahmad menyatakan kenyataan yang dibuat Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua itu lebih berat kepada unsur-unsur politik daripada menjaga kepentingan penjawat awam yang lebih 80 peratus terdiri daripada orang Melayu.

“Mengurangkan jumlah kakitangan bermakna ada penjawat yang akan kehilangan kerja. Ini akan membantutkan perkembangan ekonomi negara dan akan memberi impak yang tidak sihat kepada negara,” katanya.

Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia turut membantah cadangan DAP dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.

Presidennya, Alias Aziz berkata, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Apa yang terlahir dari mulu haranjadah Tony Pua itu adalah hasarat terpendam pemimpin dan dasar perjuangan DAP  yang lahir sebagai anak kandung PAP di Singapura.
Mereka tak pernah senang hati dengan umat Melayu/Islam di negara ini, malah di rantau Nusantara ini. Kalau boleh mereka mahu rantau ini jadi negara China kedua.
Kalau ini pun Melayu-Melayu bangang dan sontot akal tak boleh faham.... lebih baik mampooossss daripada terus hidup di bumi bertuah ini....

Selasa, 1 November 2011

KDN tubuh unit khas tangani isu warga asing....

Warga asing terdapat di mana-mana di negara bertuah ini.... Pada hari dan ketika tertentu, bilangan mereka yang ramai berkumpul di sesuatu tempat menghilangkan identiti negara....
MASALAH pendatang asing dan pekerja asing memang menjadi salah satu masalah negara sejak lebih sedekat lalu. Bermacam masalah timbul gara-gara kebanjiran pendatang yang seolah-olah bagaikan tidak terkawal itu. Gejala sosial dan jenayah sering menghantui permasalahan dalaman negara.

Justeru, SM ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak berkuasa kerajaan, khasnya Kementerian Dalam Negeri yang mengambil inisiatif menubuhkan ‘empat sub unit khas’ yang bertanggungjawab menangani isu ‘pekerja asing di Sabah dan Sarawak, pelarian, pelajar asing dan tuduhan politik yang tidak berasas.’

Bagaimanapun, sesuatu perancangan atau apa yang dirancanakan itu tidak menjadi kenyataan seperti yang diharapkan kerana kelemahan, kecuaian dan ketidakcekapan di pihak pelaksana.

Apapun, diharapkan semuanya berjalan lancar dan mencapai matlamat seperti yang diharapkan bukan sahaja oleh pemimpin tetapi yang lebih utama ialah harapan rakyat yang terlibat secara terus dengan permasalahan yang timbul daripada kebanjiran pendatang asing berkenaan....

Sesungguhnya kisah ‘orang jual orang’ menjadi penyebab kepada permasalah yang timbul gara-gara ketamakan pihak tertentu yang hanya memikirkan keuntungan, kemewahan dan cara mudah buat duit.... Daripada mereka itulah punca segala tuduhan politik tak berasas tercetus. Sebabnya kerana sumber kemewahan mereka jadi kaya raya mula tergugat.

Unit khas tangani isu spesifik warga asing
HISHAMMUDDIN Tun Hussein bercakap sesuatu kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim (kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pengarah-pengarah Imigresen negeri di Putrajaya, semalam.


Kementerian Dalam Negeri hari ini menubuhkan empat sub unit khas yang diberi tanggungjawab menangani isu berkenaan pekerja asing di Sabah dan Sarawak, pelarian, pelajar asing dan tuduhan politik yang tidak berasas.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sub unit tersebut ditubuhkan untuk menangani isu warga negara asing secara spesifik dan akan melapor kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin.

Menurutnya, sub unit itu diwujudkan kerana situasi pekerja asing di Sabah dan Sarawak berbeza dengan Semenanjung manakala keadaan kumpulan pelarian dan pelajar asing juga berlainan dengan pekerja asing.

Mengenai sub unit keempat berhubung tuduhan politik pula, Hishammuddin berkata, ia bertanggungjawab untuk menangani pelbagai tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap usaha kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing.

"Segala maklum balas dan jawapan terhadap tuduhan tidak berasas akan dibawa ke Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen yang turut dianggotai wakil pembangkang, ini kerana kita tidak ada apa-apa yang perlu disembunyi.

"Macam-macam tuduhan telah ditimbulkan seperti kononnya ada individu yang dapat kewarganegaraan dalam tempoh beberapa jam atau warga asing didaftar sebagai pengundi, lepas ini kita akan bawa tuduhan seperti ini ke Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pengarah-pengarah Imigresen negeri di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, empat sub unit tersebut akan bekerjasama dengan kementerian, agensi serta pertubuhan antarabangsa yang berkait dengan bidang masing-masing.

Mengenai isu pelajar asing pula, beliau berkata, kerajaan meluluskan 76,472 pas pelajar dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan 18,626 daripadanya dikeluarkan untuk lima negara utama dari Afrika iaitu Nigeria, Sudan, Somalia, Botswana dan Libya.

"Imigresen telah mengenal pasti beberapa isu berbangkit berkaitan proses pengambilan, pengurusan dan pemantauan pelajar asing dan ia akan dibawa ke mesyuarat yang melibatkan beberapa kementerian pada minggu ini.

"Kita juga akan menilai keistimewaan yang diberi kepada pelajar asing, antaranya ialah kebenaran untuk bekerja secara separuh masa," katanya.
- Utusan

Isnin, 31 Oktober 2011

Bencana alam pun boleh dijadikan isu politik.... ‘Yingluck no luck’....

SEMUA manusia beragama di dunia ini mengakui dan akur bahawa ‘bencana alam’ yang menimpa sesebuah negara atau sesuatu bangsa itu adalah atas kehendak dan ketentuan Tuhan.

Bagaimanapun, apabila akibat bencana itu terlalu teruk serta menimbulkan masalah penderitaan dan kerugian besar serta berpanjangan, maka tak dapat tidak pihak berkuasa atau pemerintah akan menerima tempias untuk dipersalahkan. Begitulah tabiat manusia.... Biasalahhh....

Begitulah nasib yang diterima pemimpin baru negara jiran – Thailand, yang tak semena-mena menerima bencana banjir besar yang teruk dan berpanjangan setelah menempa kejayaan besar menjadi kuasa baru pemerintah.

Perpecahan politik yang masih belum pulih sepenuhnya di negara itu tidak dapat lari daripada menjadikan bencana banjir itu sebagai isu politik.

Itulah yang terjadi apabila kestabilan politik terganggu dan rakyat berpecah-belah kerananya.

Bencana itu menjadikan Perdana menteri baru Thailand dilabel sebagai ‘Yingluck no luck’.


Banjir di Thailand jadi isu politik
Beberapa kapal terbang tersadai di lapangan terbang Don Muang di Bangkok akibat banjir.


BANGKOK 30 Okt. - Banjir yang melanda ibu negara Thailand kini bertukar menjadi isu politik, menggambarkan perpecahan yang masih wujud di negara ini, selepas setahun tercetus kekacauan politik yang mengakibatkan jumlah korban yang tinggi.

Pemerhati berkata, usaha persediaan menghadapi banjir dibayangi mesej yang bercanggah daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan pihak berkuasa tempatan, ketika kedua-dua pihak ingin mendapat sokongan politik rakyat.

Gambaran perpecahan ketika menghadapi bencana alam itu memadamkan harapan ia akan menyatupadukan parti-parti politik selepas mengalami ketidakstabilan politik sejak tentera merampas kuasa daripada Thaksin Shinawatra abang Yingluck pada 2006.

''Ini bukan lagi isu bencana alam. Ia menjadi satu permainan politik yang ganas. Ini merupakan satu persaingan walaupun ketika kemuncak krisis.

''Ia mendedahkan keadaan sebenar di Thailand, menggambarkan perpecahan dalam masyarakat di mana ideologi politik membayangi tanggungjawab awam dan keselamatan negara,'' kata seorang penganalisis politik dari Institut Pengajian Asia Tenggara di Singapura, Pavin Chachavalpongpun.
- AFP/Utusan

Selasa, 25 Oktober 2011

Nantikan bagaimana ‘lidah bewak’ Guan Eng menjawab tuduhan di mahkamah....

SELAMA ini yang selalu kita dengar ialah Ketua Menteri chauvanis Pulau Pinang, Lim Guan Eng saman sana, saman sini. Dan akhbar Utusan adalah antara sasaran utama saman Guan Eng sejak dia berkuasa di negeri yang dipajak daripada Kedah itu.

Kini tiba pula giliran dia sendiri kena saman di mahkamah. Kesnya kerana memfitnah dan menuduh Umno membakar bangunan ibu pejabat DAP di Pulau Pinang serta mengaitkan Umno dengan tunjuk perasaan oleh rakyat negeri itu.

Sebagai pemimpin yang terkenal berlidah biawak, sama-sama kita nantikan bagaimana Guan Eng menjawab segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya itu di mahkamah. Mampukah lidah bewak beliau membela diri di hadapan hakim bicara?

UMNO P. Pinang saman Guan Eng RM30j
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Ramlan Ishak (tengah) menunjukkan writ saman terhadap Lim Guan Eng dan tiga defendan lain sambil diperhatikan Peguam, Datuk Jaharberdeen Mohamed Yunoos (kiri) di Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 24 Okt. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua yang lain kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan parti itu dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di negeri itu.

Writ saman difailkan oleh Datuk Zainal Abidin Osman menerusi firma guaman Tetuan Jahaberdeen & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Zainal, 51, menamakan Guan Eng, 51, atas kapasiti peribadinya, PKR dan syarikat penerbitan portal berita rasmi parti itu, Keadilan Daily, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd. dan Ketua Penyuntingnya, Fazalah Pit masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zainal selaku plaintif mendakwa, pada 3 Julai lalu, pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui e-mel yang dialamatkan kepada bahagian editorial beberapa syarikat media.

Ia berhubung dakwaan plaintif telah menganjurkan demonstrasi di Komtar dan di atas Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.

Menurut plaintif, suatu laporan berdasarkan kenyataan tersebut telah diterbitkan dalam Keadilan Daily sementara defendan ketiga dan keempat ialah syarikat dan individu yang menjalankan operasi penerbitan portal tersebut.

Zainal menyatakan, Keadilan Daily pada 5 Julai lalu menyiarkan berita bertajuk Nafi terlibat demo ganas, Pengerusi UMNO Pulau Pinang berbohong - Guan Eng.

Plaintif mengatakan, perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud bahawa ia sebuah parti yang tidak beretika dan berprinsip kerana menyokong perbuatan yang menjurus kepada keganasan, tidak boleh dipercayai dan tidak layak memerintah negara kerana menyokong keganasan di khalayak ramai.

Seterusnya Zainal berkata, pada 18 Ogos lalu, defendan pertama menerbitkan kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang ditemuramah wartawan The Malaysian Insider, Clara Chooi.

Ia sejurus selepas mesyuarat Majlis Kewangan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Zainal menyatakan, kenyataan itu bertajuk Guan Eng says UMNO attacks sparked arson attempts.

Perkataan tersebut antara lain boleh membawa maksud, plaintif sebuah parti tidak beretika dan tidak berprinsip kerana menyokong perbuatan dan perlakuan yang mampu menyemarakkan keganasan.

Disebabkan penerbitan perkataan palsu itu, menurut plaintif, ia telah mengalami kerosakan yang amat dahsyat dari segi reputasi, mengalami keaiban, kebencian dan penghinaan.

Sehubungan itu, Zainal menuntut ganti rugi RM30 juta termasuk ganti rugi teruk dan teladan selain injunksi yang menghalang setiap defendan ataupun ejen-ejen mereka daripada terus bercakap dan mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah tersebut.
- UtusanOnline

Selasa, 18 Oktober 2011

Kolej jadi sarang penjenayah?

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya. Jika gagal, mereka akan dibantu pihak kolej untuk memperbaharui visa kemasukan dan pas pelajar bagi menyambung pengajian sekali gus tinggal di negara ini.

BETAPA mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya. Jika gagal, mereka akan dibantu pihak kolej untuk memperbaharui visa kemasukan dan pas pelajar bagi menyambung pengajian sekali gus tinggal di negara ini.

Malah, terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dokumen mereka lebih daripada sekali, meskipun tidak pernah hadir kelas dan disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah seperti dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

Kegiatan lima buah kolej swasta di ibu negara itu yang seolah-olah melindungi pelajar asing tersebut terbongkar apabila ia dikesan Jabatan Imigresen ketika membuat permohonan memperbaharui dokumen pelajar masing-masing.

Pihak Imigresen bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mengesyaki pas beberapa pelajar tersebut disalah guna hasil siasatan terperinci ke atas rekod kehadiran ke kelas serta keputusan akhir peperiksaan.

Malah, ketika permohonan, pihak pengurusan kolej bersungguh-sungguh merayu supaya dokumen pelajar mereka diperbaharui, dipercayai kerana pelajar tersebut sudah membayar wang pengajian.

Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Zahari Hassan memberitahu, pihak pengurusan dan pentadbiran lima kolej berkenaan telah dipanggil dan diberi amaran lisan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan selain memantau aktiviti pelajar mereka.

“Pihak kami dapati, segelintir pelajar asing kolej berkenaan mendaftar tetapi tidak memasuki kelas dan gagal dalam peperiksaan akhir.

“Berikutan itu, pihak kolej diminta mengemukakan keputusan peperiksaan serta rekod kehadiran ke kelas setiap pelajar warga asing sebelum pas mereka diperbaharui setiap tahun.

“Tindakan tegas boleh dikenakan termasuk menyenarai hitam kolej-kolej terlibat serta membatalkan serta-merta permit kelayakan pelajar asing,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan yang mula beroperasi di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Duta, Isnin.

Mohd. Zahari berkata, pihaknya mendapati kolej terbabit tidak mengambil berat prestasi dan memantau aktiviti luar pelajar asing.

Beliau tidak menolak kemungkinan pelajar terbabit ‘mengisi masa lapang’ dan menyalahgunakan pas pelajar dengan terlibat dalam kegiatan tidak sihat termasuk pengedaran dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

“Dalam serbuan yang dijalankan bersama agensi penguat kuasa lain, ada pelajar wanita warga asing yang dipercayai pelacur tidak mengaku mereka terlibat dalam jenayah itu. Sebaliknya, mereka memberi pelbagai alasan termasuk pasangan dibawa itu kekasih mereka,” katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku? Terlepas pandang atau cuai dalam memantau jenayah? Atau kerana dasar negara kita terlalu liberal hinggakan berlaku kelalaian yang menggambar seolah-olah penguatkuasaan undang-undang kita terlalu lemah?

Biasalah.... Sudah terantuk baru terngadah....
Dah berlaku macam-macam jenayah oleh warga Afrika hinggakan ada yang dihukum gantung sampai mati, baru nak siasat.... Baru terjumpa sebab musababnya....

Sabtu, 15 Oktober 2011

Akta Murtad: Setelah 260,000 umat Islam ‘dikristiankan’, kenapa pemimpin PAS mendiam diri....

KETIKA Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyokong negeri Kelantan melaksanakan hukum Hudud, pemimpin Pas buakn main seronok hingga mahu melantik beliau menjadi salah seorang penasihat kepada ‘projek Hudud’ Nik Aziz itu.

Bagaimanapun kelmarin, apabila Mufti Perak itu mencadangkan supaya kerajaan menggubal ‘Akta Hudud’ bagi maksud membendung dan mencegah gerakan memurtadkan umat Islam, pemimpin-pemimpin Pas seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan si mulut celupar Mat Sabu diam membisu. Tuan Ibrahim Tuan Man pun tak bersuara.

Kenapa tak berani bersuara? Takut dipulas telinga oleh Karpal dan Lim Kit Siang kerr?

Mana lebih penting antara hukum Hudud dan murtad? Apa maknanya hudud diadakan sedangkan umat Islam di negara ini semakin lama semakin sedikit gara-gara beralih agama daripada Islam kepada Kristian? Sedangkan Hudud Pas hanya untuk umat Islam.

Tidak mustahilkah suatu hari nanti, apabila Hudud Nik Aziz dilaksanakan mereka yang terdakwa di bawa hukum itu akan menukar agamanya kepada kristian, hindu atau Buddha bagi tujuan menyelamatkan diri daripada dikenakan hudud?

Sebagaimana dijelaskan Tan Sri Harussani, seramai 260,000 umat Islam di negara ini telah dikristiankan pada tahun 2008. Justeru, adalah sangat wajar satu akta mencegah kegiatan memurtadkan umat Islam diwujudkan demi melindungi agama Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Apakah pemimpin Pas pun secara senyap menyokong gerakan memurtadkan umat Islam oleh puak-puak yang disokong DAP kerana DAP adalag rakan utama dalam usaha menghapuskan Umno dari muka bumi ini?


Akta Murtad: Pas tidak boleh berdiam diri

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemimpin utama Pas digesa supaya tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam yang semakin berleluasa di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sokongan dan kerjasama daripada parti itu penting demi melindungi akidah umat Islam seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara.

Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu tanpa mengambil kira perbezaan ideologi dan pegangan politik.

"Sebagai parti yang berlandaskan prinsip perjuangan Islam, Pas harus ke depan dalam hal ini untuk bersama-sama menangani masalah itu secara berhemah.

"Sokongan yang diberi harus dibuat tanpa memihak kepada kepentingan politik parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria mencadangkan Akta Murtad bagi menghukum mereka yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam di negara ini.

Harussani mendedahkan seramai 260,000 umat Islam di negara ini telah dikristiankan pada 2008 dengan jumlah yang dikhuatiri meningkat saban hari.

Mukhriz berkata, Pas tidak boleh berdiam diri dan menafikan hakikat bahawa ada usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam di negara ini.

"Malah tindakan Pas yang tidak menyatakan pendirian berhubung isu itu sebenarnya cukup untuk menjadi penghalang usaha mewujudkan akta itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji kenyataan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menyokong Akta Murtad bagi memastikan akidah umat Islam tidak sewenang-wenangnya dipermainkan oleh pihak tertentu.

Mukhriz turut mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak memandang serong dan mempersoalkan usaha itu kerana ia membabitkan soal pemeliharaan akidah umat Islam dan tidak menyentuh hak-hak penganut agama lain di negara ini.

"Perlembagaan telah menetapkan orang bukan Islam tidak boleh mendakwah ajaran agama mereka kepada umat Islam.

"Sebarang usaha memesongkan akidah dan kepercayaan umat Islam adalah haram," katanya.
- UtusanOnline

Jumaat, 14 Oktober 2011

Penduduk 'tanah ceroboh' hidup aman, yang orang Jakarta mengamuk tu apasal?

Demonstrasi yang diadakan di luar perkarangan kedutaan Malaysia pada pagi Khamis.
PELIK juga jika difikirkan mengenai tunjuk perasaan di bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta yang kononnya membantah kerana Malaysia mencuri tanah milik negara itu di sempadan Kalimatan. Apa tak peliknya, rakyat di kawasan yang didakwa terlibat itu hidup aman damai. Yang meroyan tak tentu pasal hanyalah segelintir warga kota Jakarta.

Biasanya mereka itu bertindak demikian kerana ‘ada ongkosnya pak!’.

Justeru, wajarlah Perdana Menteri DS Najib menggesa supaya ‘pelesit’ yang jadi perasuk kepada bantahan itu dicari hingga ke lubang cacing oleh pihak Malaysia-Indonesia.

Besar kemungkinan ‘bapak pelesit’ berkenaan berada di Malaysia. Kerana dia ada banyak wang yang tersimpan di Jakarta, maka senanglah ‘pelesit’ itu menghasut dengan membayar imbuhan kepada mereka yang mahu melakukan tunjuk perasaan membantah kerajaan Malaysia atas isu yang tidak wujud.

Tujuannya supaya berlaku ketegangan antara dua negara berjiran Indonesia-Malaysia...

Selain itu jangan lupa juga ‘bapak pelesit’ dari seberang tambak. Sejak dulu, kini dan selamanya mereka sangat takut wujud kesefahaman erat antara dua kerajaan yang ada pertalian budaya, agama dan keturunan – Indonesia-Malaysia.

Jika hubungan di pihak pemerintah kedua-dua negara berada dalam keadaan baik, mereka bertindak menghasut rakyat supaya bertelagah.

Nasib baiklah rakyat di Malaysia ini waras dan hidupnya tidak begitu terdesak untuk mendapatkan wang untuk sesuap nasi hingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat duit upah...


Inikah wajah 'pelesit' yang dimaksudkan DS Najib?

Penduduk 'tanah ceroboh' hidup aman
PENDUDUK Camar Bulan yang ditemui di kedai kopi di Teluk Melano tidak tahu demonstrasi isu tanah di Jakarta dan mengakui hidup aman damai.

TANJUNG DATU: Ketika demonstrasi diadakan dua hari berturut-turut di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, kononnya atas alasan Malaysia menceroboh tanah republik itu di sempadan kedua-dua negara, penduduk yang tinggal di kawasan terbabit bukan saja tidak tahu mengenainya, malah mereka hidup aman damai.

Rata-rata penduduk yang ditemui di sempadan Malaysia-Indonesia, dekat Kalimantan di sini, semalam, tidak tahu menahu mengenai dakwaan Anggota Dewan Perwakilan republik itu yang mendakwa Malaysia menceroboh tanah negara itu di Camar Bulan dan Tanjung Datu.

Malah, tinjauan Berita Harian ke Teluk Melano dan Teluk Sabang di sini, yang bersempadan dengan Camar Bulan mendapati penduduk di keduadua negara hidup aman damai, dengan warga Indonesia kerap berulang alik mendapatkan bekalan barangan keperluan terutama beras, minyak dan gula dari Teluk Melano dan Teluk Sabang, di bahagian Malaysia.

Penduduk Camar Bulan, Wahyu Wabisono, 31, yang ditemui ketika singgah di kedai kopi di Teluk Melano, mengakui terkejut apabila menyaksikan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui televisyen, kononnya berpunca daripada isu tanah di sempadan dekat Camar Bulan.

“Saya ada dengar cerita mengenai isu tanah di Camar Bulan, namun tidak pasti kesahihannya. Malah, tidak pernah berlaku ketegangan antara warga Malaysia dan Indonesia di sini, kami hidup aman damai serta saling membantu.

“Kita sama Melayu, hidup serumpun. Kami penduduk di sini berharap masalah ini dapat diselesaikan secara baik kerana warga Malaysia di sini, melayan kami dengan baik,” katanya.

Seorang lagi warga Indonesia, Sunarti, 31, berkata beliau sudah lebih 20 tahun tinggal di kawasan sempadan, namun tidak pernah berlaku kekecohan antara penduduk, malah ramai yang sudah menjadi keluarga hasil perkahwinan.

Sementara itu, Ketua Kaum Teluk Sabang, Minhad Fauzan, 43, berkata masalah tiada tanda sempadan kecuali cat merah pada pokok dan batu sempadan yang jarak terlalu jauh sehingga ada penduduk di Camar Bulan berkebun tanpa had kawasan, mungkin menjadi punca berlaku kekeliruan kawasan sempadan.

Katanya, ramai warga Indonesia di sempadan dekat Camar Bulan mengusahakan tanaman lada hitam dengan kawasan itu betul-betul terletak di belakang kawasan Hutan Perlindungan Hidupan Liar Samunsang, di sebelah Malaysia.

Penghulu Teluk Melano, Mohamad Dani, 56, pula berkata beliau baru mengetahui mengenai isu berkenaan, semalam, namun bukan dari penduduk Camar Bulan, sebaliknya daripada laporan media.
- BHOnline

Ahad, 9 Oktober 2011

DAP hanya untuk kaum Cina, India dan Melayu main jauh-jauh.... Chauuuu!

KEPADA yang sebelum ini mempercayai bahawa DAP itu sebuah parti politik fahaman sosialis pelbagai kaum, sedar dan ketahuilah bahawa ianya hanya wayang. Hakikatnya, DAP adalah untuk kepentingan kaum Cina sahaja.

Kaum Melayu dan India yang tersilap pilih parti dengan menyertai parti itu hanya jadi antah. Peranan mereka bagaikan ‘melukut di tepi gantang’. Masuk tak menambah, keluar tak mengurangkan kepentingan kaum itu.

Kepentingan kaum Melayu dan India tidak ada dalam kamus perjuangan DAP selaku anak kelahiran PAP dari seberang Tambak Johor.

Alhamdulillah! Dengan takdir Ilahi, kini kaum India yang ada dalam DAP mula sedar siapa mereka kepada pimpinan DAP. Cuma kaum Melayu sahaja yang masih bingal kerana ikutkan emosi yang dimanipulasi oleh pemimpin DAP.

Kes tindakan terhadap Manoharan dan Guan Eng menjadi pembuka minda yang selama ini tertutup oleh lakonan ‘wayang tongkol’ Lim dua beranak. Selain untuk kaum Cina, kaum lain yang ada dalam parti itu hanyalah alat untuk memenuhi syarat pendaftaran parti yang didaftarkan sebagai parti politik pelbagai kaum.

Kalau ada kaum Melayu dan India dalam DAP yang masih tak sedar, tak tahulah manusia jenis apa mereka itu... Sama ada jenis manusia bebal, bangang atau tongong....

Begitu jugalah halnya dengan parti-parti politik lain yang bersekongkol dengan mereka dalam apa yang dinamakan ‘Pakatan Rakyat’ itu. Telah jelas terbukti yang menguasai pakatan adalah DAP. Sementara PKR dan PAS hanyalah alat yang dijadikan ‘hamba abdi politik’.

Fikir-fikirkanlah....


Manoharan bebas hukuman gantung enam bulan, Guan Eng tiada tindakan

PULAU PINANG 8 Okt. - Sebagai sebuah parti yang mengaku telus dan berprinsip, DAP hari ini membuat satu keputusan mengejut apabila parti itu mengenepikan hukuman gantung selama enam bulan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan.

Ia berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan biadab di laman sosial Facebook berhubung Jalur Gemilang baru-baru ini.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi berkata, parti itu juga tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya memburukkan negeri Johor berikutan ia dilakukan di atas kapasitinya sebagai Ketua Menteri.

"(Dalam isu ini) biar mahkamah menentukannya, DAP tidak ada kena-mengena dengan kenyataan itu berikutan ia dilakukan atas kapasiti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan bukannya Setiausaha Agung DAP.

"Oleh itu, kita tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan ke atas Guan Eng dan parti tidak berasa tertekan langsung untuk melaksanakannya semata-mata kerana desakan luar," katanya di sini, hari ini.

Menyatakan lebih lanjut mengenai keputusan CEC parti menarik balik hukuman terhadap Manoharan, Karpal berkata, ia telah digantikan dengan amaran keras kepada Manoharan setelah mengambil kira bahawa ahlinya itu telah menunjukkan rasa kesal.

"Manoharan telah meminta maaf dan menarik balik komennya menghina Jalur Gemilang yang disiar dalam Facebook sebaik saja mendapat kritikan banyak pihak," ujarnya.

Bagaimanapun Karpal berkata, CEC mengekalkan penggantungan selama enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang kerana perbuatan penyalahgunaan kuasa berhubung dana parti.

"Tempoh penggantungannya telah bermula sejak 27 September lalu," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
- MMOnline


>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog