Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 12 Mac 2011

DUN Sarawak dijangka bubar hujung bulan


BAYANGAN mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 semakin ketara dan sumber memberitahu bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) kemungkinan dibubarkan sebelum akhir bulan ini.

Berdasarkan senario ini, pengundian mungkin diadakan pertengahan April dan penamaan calon sebelum itu. Jika menjadi kenyataan, bermakna pilihan raya negeri kali ini diadakan tiga bulan sebelum tamat tempoh DUN Sarawak berakhir, pada 24 Julai ini.

Inilah keadaan PKR di Semenanjung
Berdasarkan perkembangan terkini, termasuk program Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sangat padat ketika ini, spekulasi pilihan raya diadakan dalam bulan April semakin bertiup kencang.

Tarikh akhir Program Sejiwa Senada, acara yang dikatakan menjadi petunjuk kepada tarikh pilihan raya negeri Sarawak kali ini, juga menguatkan lagi spekulasi bahawa pilihan raya negeri kemungkinan akan diadakan pada pertengahan bulan depan.

Program tiga hari di setiap lokasi itu akan berakhir pada 3 April di kawasan Kuching Utara, selepas Kuching Selatan yang dijadual mengadakannya pada 25 hingga 27 Mac.

Sumber memberitahu Berita Harian, besar kemungkinan Abdul Taib akan mengumumkan pembubaran DUN pada bila-bila masa, sebelum atau selepas lawatan serentak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke Kuching pada 19 Mac ini.

Menanti hari untuk rehat di Sg Buloh
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak, Datuk Takun Sunggah, yang dihubungi berkata, pihaknya sudah bersedia menghadapi pilihan raya dan hanya menunggu pembubaran DUN.

“Kita tidak tahu bila pilihan raya kerana masih menunggu Ketua Menteri membubarkan DUN. SPR hanya akan menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas DUN dibubarkan,” katanya.

Setakat ini, kata beliau, kesemua 71 pegawai pengurus pilihan raya (RO) dan 159 penolong pegawai pengurus pilihan raya (ARO) yang sudah dilantik untuk mengurus proses pilihan raya negeri Sarawak sudah diberikan taklimat oleh SPR.

“Kursus pilihan raya bagi 21,000 petugas pilihan raya di seluruh Sarawak akan diadakan mulai 21 Mac hingga 29 Mac ini,” katanya.

SPR memperuntukkan RM45 juta bagi mengendalikan pilihan raya Sarawak kali ini berbanding RM30 juta pada 2006.

SPR juga sudah mengenal pasti 1,740 pusat mengundi serta 2,561 saluran mengundi untuk pilihan raya negeri kali ini, dari segi logistik sebanyak 24 helikopter, 63 bot laju, 919 perahu panjang dan 4,124 kenderaan pacuan empat roda, antara yang akan digunakan.

SATU MELAYU:
PAS pula dah koyak-rabak....
Elok sangatlah pilihan raya umum Sarawak ini diadakan segera. Terlalu ramai yang menanti dan terlalu banyak pula harapan yang akan terkabul atau terkantoi.
Kalau sebelum ini heboh diuar-uarkan bahawa PRU akan diadakan serentak dengan PR Sarawak, kononnya kerana BN takutkan pembangkang – DAP,PKR dan PAS, berkesempatan menawan Sarawak, sekarang bolehlah mereka buktikan kemampuan mereka itu.

Oleh kerana di Semenanjung Tanah Melayu pakatan haram pembangkang telah ternyata merosot sokongan rakyat kepada mereka, apa pulak keadaannya di Sarawak nanti.

Mampukan pakatan yang diketuai Anwar Ibrahim dan disokong dengan padunya oleh Nik Aziz dan Pas melebarkan sayapnya ke Bumi Kenyalang pula?
Kalau dah di semenanjung pun tak berapa laku lagi ‘minyak urat’ jajaan Anwar dan Nik Aziz, inikan pulak di Sarawak?

Jangan jadi cakap berdegar-degar, ekor bergelumang tahi sendiri sudah lerrr!

Pas dicabar perjelas hukum ‘orang yang tidak berani bersumpah’....


JARINGAN Melayu Malaysia (JMM) mahu Pas menjelaskan apakah hukum parti itu melindungi seseorang yang dikaitkan dengan kegiatan meliwat tetapi tidak berani bersumpah bahawa dia tidak terlibat.

Pengarah Kebangsaannya, Farahana Jamaludin berkata, Pas wajib menjelaskan hukum tersebut memandangkan kenyataannya sebelum ini, yang menyamakan imej Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ayah Pin dianggap sebagai berdosa.

"Jika kenyataan saya sebelum ini dianggap oleh ahli dan penyokong Pas sebagai berdosa, apa pula hukum bagi Mursyidul Am Pas dan parti ini melindungi seseorang yang sampai sekarang tidak berani bersumpah tidak meliwat.

"Sedangkan, jika mangsa sudah bersumpah mengikut Islam bahawa dia telah diliwat oleh tertuduh, individu tersebut sepatutnya juga bersumpah bagi mencari kebenaran tetapi, Pas pula melindungi orang seperti ini.

"Bukankah pelik bagi sebuah parti yang mendakwa parti Islam tetapi dalam hal ini tidak pula mendesak tertuduh supaya bersumpah sebagaimana dituntut Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di Kuala lumpur, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi penyokong dan pemimpin Pas yang berang apabila imej Nik Abdul Aziz yang sering kali mengeluarkan 'fatwa politik' sehingga memecah-belahkan umat Islam di negara ini disamakan dengan Ayah Pin.

Baru-baru ini, Farahana berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan dari segi imej kerana mereka bertindak mengaburi mata dan hati pengikutnya dengan agama demi kepentingan politik peribadi.

Kenyataan itu kemudiannya mengundang kemarahan pemimpin Pas, yang mendesak Farahana dan JMM memohon secara terbuka, selain laporan polis turut dibuat bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan.

Dalam pada itu, Farahana mempersoalkan apakah reaksi 'luar biasa' yang ditunjukkan oleh pemimpin Pas terhadap kenyataannya itu, sebagai bukti bahawa parti tersebut mengamal pilih kasih terhadap pandangan wanita.

"Ini kerana kepimpinan Pas tidak pernah memberi reaksi terhadap kenyataan JMM sebelum ini tetapi apabila saya bersuara, mereka bertindak dengan cukup 'luar biasa'. Apakah ini usaha untuk menutup pandangan wanita," soalnya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Tak pasai-pasai PAS dan Nik Aziz terpalit sama dalam kes liwat II Anwar Ibrahim, sedangkan parti itu dan Mursyidul Am-nya tidak ada kena mengena dengan kes berkenaan.
Logiknya, takkahlah Nuar ada minta kebenaran daripada Pok Nik sebelum buat kerja itu?

Begitu juga dengan Pok Nik. Tak pasai-pasai dipandang serong oleh masyarakat kerana mempertahankan si peliwat yang hingga kini tidak berani bersumpah laknat sebagaimana yang ditentukan oleh ajaran Islam sebenar.

Jelaslah bahawa Pas turut sama ‘terjun masuk lubuk’, semata-mata kerana bersekongkol dalam satu pakatan yang tidak tentu hujung pakngkalnya.

Keberadaan Pas dalam ‘pakatan haram’ itu terbukti membawa lebih banyak buruk daripada baik.
Kredebilitin Pok Nik sebagai ulama politik Pas tercemar dan sokongan orang Melayu terhadap parti itu turut terhakis.

Hakikat bahawa Pas menjadi parti kedua pilihan orang Melayu di Tanah Melayu tidak lagi menjadi kenyataan.

Pas sudah tersasar jauh daripada tujuan asal ianya ditubuhkan.

GESA ANWAR SERAH DNA: Perak Dah Mulakan, Negeri Lain Bagaimana?


SEKUMPULAN Wanita Umno yang diketuai oleh YB Hamidah Othman - Exco Kerajaan Negeri Perak, telah mengadakan satu tunjuk perasaan aman di Arena Square, Batu Gajah dekat Ipoh menuntut supaya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyerahkan bukti DNAnya dengan suka rela untuk menentukan kesahehan ‘Lelaki Y’ seperti yang dikemukakan di mahkamah.

Sebagaimana termaklum, perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim di mahkamah pada Jumaat, mendengar permohonan Peguam Cara Negara II, supaya Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk memerintahkan Anwar Ibrahim memberikan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).

Permohonan oleh Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin selaku pendakwa itu merupakan permohonan yang julung-julung kali dikemukakan dalam sejarah perundangan negara.

Hasil ujian tersebut pula akan digunakan untuk perbandingan dengan sampel DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang berkenaan.

Permohonan itu dikemukakan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan selepas saksi pendakwa ke-26 dan terakhir, Supritendan Ahmad Taufek Abdullah selesai memberi keterangannya semalam.

“Permohonan ini adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan terhadap semua pihak,’’ tegas Datuk Mohd. Yusof.

Pada perbicaraan sebelumnya, saksi pendakwa memberitahu mahkamah bahawa Anwar Ibrahim tidak mahu memberikan kerjasama supaya sampel DNAnya diambil untuk tujuan tersebut.

Keengganan Anwar itu menimbulkan pelbagai persepsi rakyat. Rata-rata ramai berpendapat bahawa keengganan Anwar itu membuktikan bahawa dia benar-benar terlibat sebagaimana yang didakwa oleh Saiful Bukhari Azlan.

Anwar takut dan cuba mengelak dengan cara yang mencemarkan kedaulatan undang-undang negara ini.

Apa istimewanya Anwar ibrahim hingga dia boleh membelakangkan unsdang-undang?

Kedegilan dan keengganan Anwar memang telah diketahui umum berdasarkan perbicaraan kes liwat pertamanya tiga belas tahun lalu.

Justeru, tindakan kaum wanita Umno mengadakan tunjuk perasaan aman menggesa Anwar Ibrahim memberikan kerjasama kepada pihak pendakwa itu merupakan suatu keresahan rakyat yang tidak lagi dapat memebendung perasaan dengan karenah Anwar Ibrahim yang ternyata mahu membelakangkan undang-undang dan peraturan berkaitan dengannya.

Sebagaimana diputuskan oleh hakim, permohonan Peguan Cara Negara II itu akan diputuskan pada sambungan perbicaraan kes pada Isnin ini.

Berdasarkan pengalaman dan karenah para peguam Anwar yang diketuai Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP, besar kemungkinan pelbagai helah akan ditimbulkan bagi mengelak daripada mahkamah mengarahkan supaya tertuduh (Anwar Ibrahim) diperintah memberikan sampel DNAnya.

Justeru, tindakan YB Hamidah Othman bersama wanita Umno mengadakan tunjuk perasaan aman itu menggambarkan kehendak rakyat yang tidak mahu undang-undang negara ini diperlekeh dan dipermain oleh Anwar melalui karenah ciptaan Anwar bersama para peguam belanya.

Setelah gesaan umum itu berlaku di Perak pada hari ini (Sabtu), bagaimana pula dengan negeri-negeri lain yang juga berpendirian sama?

Sesungguhnya melenyapkan Anwar Ibrahim yang jadi pengkhianat bangsa itu daripada arena politik negara Malaysia menjadi satu kewajipan kepada seluruh rakyat negara ini yang cintakan agama, bangsa dan negara.
- SM

Nota: Gambar ni teman 'cilok' dari blog House PK

Rasional di sebalik keengganan Anwar beri sampel DNA: ‘KITA’ cabar Saifuddin jelaskan....


SETIAUSAHA Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail perlu memperjelaskan kepada rakyat tentang khabar angin bahawa Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali adalah individu yang menghalang Anwar Ibrahim daripada menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada pihak hospital.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Saifuddin adalah orang yang sesuai untuk memberikan penjelasan tentang perkara itu selain ‘galak’ mendedah dan mengemukakan pelbagai perkara lain di Dewan Rakyat.

Pengerusi KITA Kedah
Menurut Zamil, isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga disebut-sebut menjadi individu yang mendesak Anwar supaya tidak menyerahkan sampel DNA kepada hospital.

“KITA minta beliau (Saifuddin) jelaskan tentang isu kenapa Penasihat PKR itu enggan beri DNA kepada hospital bagi selesaikan perbicaraan liwat keduanya di mahkamah.

“Tidak perlu cuba alihkan pandangan rakyat tentang isu Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan atau perkara lain di Dewan Rakyat sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai khabar angin bahawa Azmin dan Shamsidar adalah individu yang mendesak supaya Anwar tidak menyerahkan sampel DNAnya kepada hospital ekoran perbicaraan kes liwat keduanya yang sedang berlangsung di mahkamah.

Zamil berkata, Anwar turut diminta memberikan kerjasama dengan menyerahkan sampel DNAnya secara sukarela supaya perbicaraan kes liwat itu berjalan lancar dan tidak membuang masa mahkamah.

Katanya, rakyat sendiri sebenarnya sudah jelik untuk mengikuti perkembangan perbicaraan kes liwat tersebut sebaliknya hanya mahu mengetahui kebenaran mengenai apa yang berlaku.

“Beliau jangan ingat rakyat suka dengan semua ini sebenarnya rakyat sudah benci. Perkara ini sudah menjadi satu yang remeh,” katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Kenapa dan mengapa Azmin Ali dan isterinya Shamsidar dikaitkan sebagai individu yang beriya-iya meminta Anwar supaya jangan memberikan sample DNAnya?
Adakah ianya kerana ada kaitan dengan dakwaan adik kandung Azmin – Ummi Hafilda, yang sedang giat mendedahkan rahsia hubungan sulit kaka iparnya dengan bekas Timbalan Perdana menteri Malaysia itu yang kononnya menyebabkan Shamsidar ‘termengandungkan’ anak hasil hubungan berkenaan?

Aduhai! Hebat sungguh skandal si polan tu yerrr!
Tidak cukup dengan masalah yang dihadapinya sendiri, kini ia turut membabitkan individu lain.
Lebih malang lagi ianya membabitkan seorang anak gadis tidak berdosa turut terheret sama atas kelakuan songsang tiga individu - ibu dan bapa-bapanya.

Kedutaan Sentiasa Berhubung Dengan Rakyat Malaysia Di Jepun


PENDUDUK mengharungi sisa runtuhan untuk mencari perlindungan di Sendai, utara Jepun pada Sabtu selepas berdepan bencana gempa bumi terburuk di negara itu sejak 140 tahun lalu pada Jumaat. - Foto AP

KEDUTAAN Malaysia di Tokyo sentiasa berhubung dengan rakyat dan penuntut Malaysia di kawasan yang terjejas teruk dengan kejadian gempa bumi di Jepun.

Setakat pukul 6 pagi Sabtu (waktu Tokyo) kedutaan telah menghubungi 289 rakyat Malaysia di kebanyakan wilayah yang terbabit dengan gempa itu di Jepun.

Kedutaan Malaysia juga menghubungi rakyat Malaysia di kawasan lain di Jepun yang kurang terjejas dengan kejadian itu.

Menurut satu kenyataan Kementerian Luar di Kuala Lumpur, hari ini, setakat ini semua rakyat Malaysia selamat dan tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan.

"Rakyat Malaysia di kebanyakan kawasan yang teruk terjejas juga telah berpindah ke kawasan selamat yang disediakan pihak berkuasa Jepun. Laporan menunjukkan bahawa pihak berkuasa Jepun menangani keadaan itu dengan mengambil pelbagai langkah yang sewajarnya," kata kenyataan itu.

Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter menggegarkan timur laut Jepun tengah hari Jumaat mengakibatkan sehingga 1,000 orang terbunuh.

Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Tokyo kini memantau perkembangan di negara itu.
Kedutaan Malaysian juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan perkembangan situasi terkini dan sebarang pemakluman.

Kenyataan itu berkata Bilik Operasi di Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Tokyo kini beroperasi 24 jam sehingga dimaklumkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada rakan sejawatan mereka.

Malaysia juga menawarkan bantuan kepada Jepun.

Gempa Bumi Kuat Di Perairan Timur Honshu, Jepun

Sementara itu satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di perairan timur Honshu, Jepun pada pukul 9.47 pagi Sabtu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Begitu takdir Ilahi. Kehendak dan ketentuanNya tidak ada yang mampu menghalangnya. Sebijak dan sepandai manapun kita sebagai manusia – hambaNya. Kemampuan kita tetap terbatas.
Sama ada apa yang terjadi itu sebagai musibah atau ujian dariNya, juga hanya Dia yang Maha mengetahui.
Apapun, bersyukur kita kehadhrat Allah SWT kerana negara kita tidak menerima bencana sedemikian rupa.
Walaupun negara kita terletak di luar lingkungan gunung berapi, tidak bermakna kita boleh terlepas daripada bencana sedemikian rupa.
Kehendaknya mengatasi segala petanda.

Tunggu apa lagi Nuar! Mukhriz cabar anda saman bapanya.... Buktikanlah kebenaran dan kejantanan anda!

Ketika berucapa dalam satu majlis di Klang baru-baru ini, Anwar kata tulisan Tun M dalam 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad' mengenai pemecatannya adalah bohong....

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim dicabar memfailkan saman terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad jika tidak berpuas hati dengan kandungan buku memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia adalah langkah yang sepatutnya diambil oleh Anwar dan bukannya melenting terhadap pendedahan bapanya itu.

“Nampaknya kalau dah melenting memang ada kebenaran di sebalik pendedahan yang dibuat oleh bapa saya.

“Tidak timbul soal nak pertahankan anak di dalam buku tersebut tetapi apa yang dibangkitkan di dalam buku tersebut ialah soal negara dan jika berani Anwar samanlah bapa saya RM100 juta atau RM200 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.

Buku memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad setebal 800 muka surat itu nyata mendapat perhatian ramai apabila ia akan diulang cetak sebanyak 20,000 naskhah lagi bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Antara yang disentuh dalam buku tersebut itu ialah bagaimana Dr. Mahathir terpaksa memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan pendedahan itu dilihat menimbulkan reaksi kurang senang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menurut Mukhriz, beliau yakin bapanya bersedia untuk berhadapan dengan Anwar di mahkamah bagi membuktikan kebenaran yang ditulis di dalam buku tersebut.

“Buku tersebut memberi penerangan kepada orang ramai mengenai keputusan-keputusan yang terpaksa diambil oleh bapa saya sewaktu mentadbir negara dahulu.

“Sewaktu masih menjadi Perdana Menteri, bapa saya tidak berpeluang untuk menceritakan apa yang berlaku dan kini bapa saya sudah bersara dan masanya sangat sesuai untuk menjelaskan semuanya,” katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Antara tulisan di kertas yang boleh dibaca oleh semua orang dan cakap kosong yang tidak mampu dibuktikan dalihnya, yang mana satukah yang diterima sebagai kenyataan soheh dan benar?

Dalam isu pemecatan Anwar Ibrahim oleh Tun Dr. M tiga belas tahun lalu, segalanya ditulis oleh Tun M dalam Memoir-nya. Sementara penafian oleh Anwar Ibrahim pula sekadar terpekik-terlolong tanpa bukti, alasan dan saksi.

Dulu suka sangat saman Tun M. Sekarang dah ada bahan baru – buku tulisan Tun M, yang mengisahkan pemecatannya. Apa tunggu lagi! Saman lerrr.... Mukhriz dah cabar tu!

Rakyat sangat menanti-nantikan pertembungan Anwar Ibrahim-Tun Dr. Mahathir di mahkamah....

PERBICARAAN KES LIWAT II: Pendakwa Mohon Mahkamah Perintah Anwar Beri Sampel DNA


PIHAK pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat memohon agar Mahkamah Tinggi di sini menggunakan kuasanya untuk memerintahkan Ketua Pembangkang itu memberikan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).

Ini merupakan permohonan yang julung-julung kali dikemukakan dalam sejarah perundangan negara.

Hasil ujian tersebut pula akan digunakan untuk perbandingan dengan sampel DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh ahli politik berkenaan.

Permohonan itu dikemukakan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan selepas saksi pendakwa ke-26 dan terakhir, Supritendan Ahmad Taufek Abdullah selesai memberi keterangan.

“Permohonan ini adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan terhadap semua pihak,’’ tegas Mohd. Yusof.

Permohonan itu, menurut beliau, dibuat mengikut Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950.

Mengikut Seksyen 165, seorang hakim dalam mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta berkaitan, boleh bertanyakan sebarang soalan, dalam sebarang bentuk, pada bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai sebarang fakta sama ada berkaitan atau tidak berkaitan.

Beliau juga boleh memerintahkan supaya dikemukakan sebarang dokumen atau benda dan mana-mana pihak atau ejen tidak berhak membuat sebarang bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian atau tanpa kebenaran mahkamah, menyoal balas saksi atas sebarang jawapan yang diberikan.

Bagaimanapun, peruntukan tersebut disertakan dengan syarat bahawa penghakiman atau perintah itu dibuat berdasarkan fakta yang ditetapkan oleh akta tersebut sebagai berkaitan dan dibuktikan dengan sewajarnya.

Tiga tahun lalu, Parlimen bersetuju meluluskan Akta Identifikasi DNA 2008 yang mengklasifikasi profil DNA dan maklumat sedia ada yang berkaitan dengannya disimpan serta disenggarakan oleh Jabatan Kimia Malaysia atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Undang-undang tersebut diwujudkan bertujuan memperoleh sampel DNA daripada orang yang disyaki bersalah, tahanan atau seorang penagih dadah untuk siasatan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Bank DNA masih belum diwujudkan sehingga ini di negara ini.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada prosiding hari ini, Mohd. Yusof turut memohon agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyemak semula keputusan yang dibuat sewaktu bicara dalam perbicaraan (TWT) sebelum ini.

Ia berikutan keterangan pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira dan keterangan Ahmad Taufek yang ditugaskan untuk menangkap Anwar pada 16 Julai 2008.

Dalam keterangan kedua-dua saksi, Judy telah memohon waran tangkap ke atas tertuduh pada 15 Julai tahun yang sama dan ia telah disempurnakan oleh Ahmad Taufek pada keesokan harinya.

Mahkamah menetapkan Isnin ini untuk kedua-dua pihak berhujah mengenai kedua-dua permohonan tersebut.

Saiful nafi ada hubungan seks individu lain

MOHD. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim  dengan tegas menafikan bahawa dia ada melakukan hubungan seks dengan dua atau tiga individu lain dalam tempoh terdekat selepas kejadian pada 26 Jun 2008.

Dia turut menyatakan tidak boleh memberi komen terhadap cadangan peguam Karpal Singh yang mendakwa keterangan mengenai kehadiran dua atau tiga asid deoksiribonukleik (DNA) lain ditemui di permukaan duburnya (perianal) oleh ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong adalah tidak benar.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu memberitahu demikian selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Karpal agar pemuda itu dipanggil semula memberi keterangan berkaitan penemuan beberapa profil DNA di dubur Mohd. Saiful Bukhari oleh Lay Hong.

Karpal membuat permohonan itu selepas saksi terakhir pendakwaan iaitu saksi ke-26, Supritendan Ahmad Taufek Abdullah selesai memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Dalam keterangannya, Mohd. Saiful Bukhari berkata, antara tarikh kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008 dan tarikh dia membuat laporan polis, 28 Jun 2008, dia ada pergi ke beberapa tandas tetapi tidak membuang air besar.

Semasa pemeriksaan semula oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, saksi pendakwa pertama itu menyatakan, dalam tempoh tiga hari itu, dia tidak mandi tetapi membilas badannya.

Menurutnya, dia berbuat demikian semasa di tempat kejadian dan keesokan hari di rumahnya.

Sementara itu, pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira, 58, sewaktu menyambung keterangan dalam pemeriksaan utamanya berkata, beliau memohon waran tangkap terhadap Anwar dari mahkamah pada 15 Julai 2008 setelah mendapati wujud syak munasabah bahawa tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Diminta menjelaskan perkara ini oleh Mohd. Yusof, beliau berkata, syak wasangka itu adalah berasaskan kepada rakaman percakapan Mohd. Saiful Bukhari dan saksi-saksi lain serta laporan kimia mengenai air mani yang ditemui pada calitan putik kapas (yang diambil daripada anggota badan pengadu) selain rakaman kamera litar tertutup.

Judy berkata, pada tarikh 15 Julai itu, beliau ada memaklumkan niat untuk melakukan tangkapan ke atas Anwar dengan menghantar surat melalui faksimile kepada peguam Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Sankara Nair.

“Saya ada katakan dalam surat itu yang minta Anwar serah diri pada 16 Julai 2008 pada pukul 2 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan menyatakan kami memohon waran tangkap,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh Karpal, saksi tersebut memberitahu, beliau ada merekodkan percakapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, rakaman percakapan Najib direkodkan selepas Mohd. Saiful Bukhari memaklumkan menemui beliau (Najib) pada 24 Jun 2008 untuk mengadu tentang beberapa kejadian yang berlaku sebelum tarikh itu.

“Sementara percakapan Rosmah dirakamkan pada 17 Julai 2008,” kata saksi pendakwa ke-25 itu.

Judy sebelum itu berkata, berdasarkan rakaman percakapan pengadu, dalam tempoh antara 26 dan 28 Jun 2008, pemuda itu mengaku ada membuat aduan kepada rakannya, Rahimi Osman; bekas Setiausaha Politik Anwar, Senator Ezam Mohd. Nor; bapa saudaranya, Tuah Mohd. Alip dan Datuk Mumtaz Jaafar.

Mohd. Saiful Bukhari dalam keterangannya di mahkamah pada 12 Mei tahun lalu mengakui menemui Najib di kediaman pemimpin itu pada pukul 8.30 malam, 24 Jun 2008.

Dalam pertemuan itu, katanya, Najib tidak percaya, skeptikal (ragu-ragu) dan terkejut ketika dinyatakan dia dianiaya oleh Anwar.

Perbicaraan bersambung Isnin ini.
- Utusan

Jumaat, 11 Mac 2011

Gempa Magnitud 8.8 Skala Richter Landa Jepun


SATU gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi empat meter (13 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.

Laporan menyebut jumlah kematian akibat malapetaka itu telahpun mencecah 32 orang.

Laporan televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun,

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami ke arah tembok penahan ombak di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, menurut stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai dan tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian yang diperolehi setakat ini.

Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

Susulan itu, satu amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Dilaporkan, gempa susulan turut berlaku dalam tempoh tiga jam selepas itu.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.
Berikut ringkasan perkembangan itu:

Tsunami setinggi setinggi 10 meter dilaporkan melanda pelabuhan Sendai dengan ombak yang merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo dilaporkan turut mengalami kebakaran.

Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.
Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.

Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.

POLIS trafik berkawal dan memberi amaran kepada orang ramai di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu supaya bersurai kerana dikhuatiri tsunami yang melanda Jepun merebak ke pantai terbabit.
SEMENTARA itu, Jabatan Kajicuaca Malaysia menggesa orang ramai menghindari kawasan pantai Labuan dan Sabah ekoran kebimbangan ombak besar dan kenaikan paras air laut akibat gempa bumi di Jepun.

"Paras air dijangka naik di pantai sekitar Labuan dan Sabah menjelang jam 6 petang hingga tengah malam ini," kata jabatan berkenaan.

Dalam pada itu, Bilik Operasi Wisma Putra berhubung gempa bumi di Jepun telah diaktifkan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian-talian berikut; 03-88874570; 03-88892746; 03-88892830; 03-88892380 dan 03-88884770.

TAHNIAH: Polis Lumpuhkan Kegiatan Samun Kereta Mewah Bernilai RM1 Juta, 11 Ditahan


PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, menunjukkan sebahagian kereta mewah yang berjaya dirampas selepas melumpuhkan kumpulan yang didalangi bekas tahanan Simpang Renggam pada sidang media di Jabatan Forensik, Maktab PDRM, Cheras.
TAKTIK licik 11 lelaki yang menyamun kereta mewah dengan cara melanggar belakang kereta tersebut di kawasan sunyi, tumpas selepas polis menahan mereka serta merampas lapan kereta mewah bernilai RM1 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua lelaki berumur 20 hingga 35 tahun itu ditahan sejak dua minggu lalu yang dipercayai terbabit lebih 10 kes samun kereta mewah di lebuh raya di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini.

"Antara kereta mewah yang berjaya dirampas ialah Toyota Alphard, BMW, Mitsubishi Airtrek, Honda Civic dan Toyota Altis.

"Modus operandi kumpulan ini adalah dengan sengaja melanggar kereta mangsa di kawasan sunyi sebelum melarikan kereta serta barangan berharga mereka. Mangsa pula akan ditinggalkan di tepi jalan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, Khamis.

Katanya daripada tangkapan itu, polis turut menjumpai parang, kayu dan pistol yang mungkin digunakan suspek sebagai senjata untuk mengugut mangsa.

Bakri berkata polis, melalui Ops Lejang Elite, yang dilancarkan untuk mengesan kegiatan samun kereta mewah pada ketika ini sedang giat mengesan saki baki anggota kumpulan itu yang menggunakan modus operandi sama.

Sementara itu, katanya Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket samun kenderaan yang menggunakan modus operandi sama, apabila lima lelaki ditahan dan dua kereta dirampas.

"Taktik yang sama juga digunakan, tetapi kali ini suspek menyamun mangsa yang hendak memasuki kereta sebelum melarikan kereta dan meninggalkan mangsa di situ," katanya.

Beliau berkata, dalam senario yang berlainan, polis Perlis juga berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan kereta mewah yang dicuri ke negara jiran melalui Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam dengan tertangkapnya enam anggota kumpulan tersebut.

"Sebanyak empat kes curi kenderaan berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya keempat-empat lelaki terbabit," katanya sambil menambah kejayaan polis juga dibantu dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pintu-pintu sempadan.

Sejak 2009 hingga tahun ini, polis mengesan 100 kes samun kereta mewah menggunakan modus operandi sama dengan nilai anggaran RM10 juta, katanya.

Katanya kereta-kereta mewah yang disamun suspek akan diseludup ke luar negara manakala yang kurang berjenama pula akan digunakan untuk melakukan kegiatan samun, atau kereta tersebut akan dileraikan untuk dijual sebagai alat ganti.

"Kita sedang menyiasat sama ada suspek-suspek samun kereta ini ada gunakan 'orang dalam' daripada syarikat-syarikat perkapalan untuk diseludup ke luar negara," katanya.

Beliau berkata hasil siasatan polis juga mendapati kereta-kereta yang disamun tersebut berjaya diseludup hingga ke Dubai dan Afrika Selatan.

Beliau turut mendedahkan kegiatan samun dan melarikan kenderaan oleh sindiket yang menyamar sebagai anggota penguatkuasa ketika melakukan sekatan jalan raya atau di tempat-tempat awam lain.

"Mereka akan berlagak seperti polis sebelum meminta mangsa turun dari kereta dan terus melarikan kereta mangsa. Ada juga kita terima laporan mangsa dari golongan wanita cuba dirogol suspek," katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket yang manyamar sebagai anggota polis ini dengan meminta mereka (polis) menunjukkan kad kuasa, nombor anggota mereka atau dari balai mana demi memastikan mereka tidak menjadi mangsa samun.

"Bagi mangsa kes langgar belakang pula, saya nasihatkan supaya mereka tidak berhenti di tempat kemalangan itu berlaku, sebaliknya pergi ke balai-balai berdekatan untuk proses perbincangan," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa yang ditemui, mendedahkan kereta mewahnya disamun tiga lelaki bulan lalu selepas melanggar belakang keretanya di satu lebuh raya PLUS.

Kejadian berlaku pada 12 tengah malam ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah di Shah Alam dari tempat kerjanya di USJ.

"Sebaik dilanggar saya keluar daripada kereta, sebelum seorang daripada mereka keluar dalam keadaan mabuk sambil meminta maaf.

"Tidak lama selepas itu, rakannya seorang lagi keluar dan hunuskan parang ke leher saya dan larikan kereta saya bersama beg duit dan telefon bimbit dan saya ditinggalkan di tepi jalan," kata ahli perniagaan yang berumur 30 tahun itu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Tahniah diucapkan kepada pasukan polis yang berjaya menumpaskan sindikit ‘langgar dan samun’ yang menghantui rakyat selama ini.

Harapan rakyat ialah supaya penjenayah terlibat dapat dibanteras hingga ke akar umbinya.
Sebagaimana biasa, kegiatan mereka akan terhenti untuk seketika sahaja dan akan bersambung semula, sama ada oleh individu sama atau oleh orang lain bagaikan tumbuhan yang bertunas dari akar yang sama.

Siapa Saifuddin nak pertikai kebenaran tulisan Tun M? – Ibrahim Ali


TINDAKAN Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang cuba mempertahankan bossnya, Anwar Ibrahim dengan menyanggah kebenaran tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam buku terbarunya, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad, memakan diri apabila diperlekeh oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

“Siapa Saifuddin Nasution Ismail yang nak persoalkan kebenaran? Dia pun tidak ada dalam mesyuarat pada masa itu kerana bukan Ahli Majlis Tertinggi (MT). Jadi, bagaimana dia boleh pertikaikan apa yang Tun (Tun Dr. Mahathir Mohamad) tulis?”

Demikian tegas Datuk Ibrahim Ali mengenai dakwaan Saifuddin yang mendakwa Dr. Mahathir berbohong dalam memoirnya mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Menurut Ahli Parlimen Bebas itu, beliau sendiri hadir di dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu apabila MT memutuskan memecat Anwar daripada UMNO.

“Saifuddin antara lain pertikai kebenaran apa yang ditulis oleh Dr. Mahathir mengenai peristiwa 4 September 1998. Ketika itu, MT bermesyuarat mengenai Anwar yang pada waktu itu merupakan Timbalan Presiden UMNO.

“Buku (memoir) Dr. Mahathir pada muka surat 688 menceritakan bagaimana MT bermesyuarat berbincang untuk menentukan kedudukan Anwar yang telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu.

“Saya salah seorang ahli MT. Saifuddin tidak ada dalam mesyuarat kerana bukan MT.

“Dia kata Anwar tak diberi peluang untuk bercakap dan kononnya bila Dr. Mahathir mempengerusikan mesyuarat, beliau terus berkata mesyuarat bincang nak pecat Anwar. Itu pembohongan besar,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Terdahulu, Saifuddin pada sidang akhbar di lobi Parlimen antara lain mendakwa Dr. Mahathir berbohong berhubung pemecatan Anwar seperti yang ditulis dalam memoir berkenaan.

Menurut Saifuddin, apa yang berlaku pada Mesyuarat MT UMNO 4 September 1998 masih segar di ingatannya kerana mengiringi Anwar ke tingkat 38, Menara Datuk Onn - tempat berlangsungnya mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Dr. Mahathir telah membentangkan kes Anwar dalam mesyuarat tersebut dan menyatakan mengapa beliau memecatnya.

“Sesudah Dr. Mahathir membentangkan kes, beliau meminta Anwar untuk memberikan respons dan reaksi. Anwar pun bercakap panjang lebar dan dua kali beliau menumbuk meja.

“Sesudah Anwar bercakap, Dr. Mahathir buat secara adil dan bertanyakan kepada MT untuk memberi pandangan mereka. Ini sangat demokratik. Namun, tiada siapa nak bercakap. Saya yang pertama cakap.

“Dakwaan Saifuddin persoalkan kebenaran, itu tindakan tidak bertanggungjawab dan ada agenda politik. Dia bimbang memoir itu akan mempengaruhi rakyat untuk tidak lagi menyokong Anwar,” katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Apa macam Saifuddin? Ibrahim kata anda berbohong! Anda berada di luar bilik mesyuarat, sementara Ibrahim berada di dalam kerana dia anggota MT Umno.
Siapa yang bercakap benar dalam isu ini?
Saifuddin yang takutkan tembelang lama bossnya ‘semerbak’ kembali, atau Datuk Ibrahim Ali sebagai orang yang berada di dalam bilik mesyuarat MT ketika itu?

Kalau nak bela boss pun biarlah bijak sikit. Jangan main hentam keromo ajer...
Ramai lagi yang masih hidup ketika mesyuarat itu diadakan. Takkanlah Tun M berani berbohong dalam tulisannya sedangkan anggota MT Umno ketika masih ada lagi sekarang.
Akai ada ka?

Bagaimanapun, ada kemungkinan apa yang dikatakan Saifuddin itu berdasarkan cerita bohong yang disampaikan sendiri oleh Anwar kepadanya ketika keluar daripada bilik mesyuarat berkenaan.
Biasalah.... Si kaki temberang itu tidak akan berkata benar kepada para pengikutnya ketika menjelaskan apa yang telah berlaku dalam mesyuarat berkenaan.

Kalau begitu, nyatalah kenyataan Saifuddin itu berdasarkan apa yang telah dibohongkan oleh Anwar Ibrahim kepada rakan penyokongnya termasuk Saifuddin sendiri ketika itu.

Maka berjangkit-jangkitan pembohongan Anwar Ibrahim kepada orang lain, terutamanya Setiausaha Agung PKR yang tidak  ada pendirian itu.

Premium insurans tak masuk akal. Tahniah atas kesepakatan para wakil rakyat menyuarakan masalah rakyat....


KALAU beginilah cara para wakil rakyat di Parlimen berbincang mengenai sesuatu isu demi kepentingan rakyat, alangkah bagus dan menggembirakan semua orang.

Ada yang berpendapat, keadaan itu terjadi setelah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak berada di dalam dewan kerana digantung selama enam bulan. Tanpa Anwar, semua mereka rasa lega dan tidak takut ditekan atau dimarah kerana bersatu dengan penyokong kerajaan dalam membincangkan masalah rakyat.

Entahlah..... Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Bagaimanapun segalanya terjadi ketika Anwar Ibrahim tidak berada di Dewan Rakyat. Serba kemungkinan boleh berlaku...

Pada sidang dewan rakyat semalam – Khamis, penyokong kerajaan dan pembangkang 'bersatu' menyelar syarikat-syarikat insurans kerana mengenakan premium yang tidak masuk akal terhadap kenderaan lama berusia lebih 10 tahun dan insurans pihak ketiga sejak dua tahun lalu.

Sambil menyifatkan dua langkah itu sebagai tidak munasabah, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, peraturan baru tersebut telah menyusahkan rakyat terutama penduduk di luar bandar.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengkaji semula kadar dikenakan itu sejak dua tahun lalu kerana jelas membebankan rakyat ekoran harga premium insurans yang terlalu tinggi.

''Ini isu serius. Oleh itu Kementerian Kewangan dan BNM perlu melihat masalah ini kerana ia tidak memberi keadilan kepada rakyat di kampung-kampung. Kebanyakan kenderaan mereka adalah kenderaan lama. Peraturan ini langsung tidak munasabah.

''Munasabah ke premium insurans kereta lama lebih tinggi daripada kereta baru. Begitu juga dengan pembelian insurans pihak ketiga, mengapa kadarnya terlalu tinggi?'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Isu mengenakan premium insurans pihak ketiga yang terlalu tinggi pernah dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika mencelah berkata, kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula operasi syarikat-syarikat insurans kerana perjalanan perniagaan mereka adalah secara menipu.

''Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah perniagaan insurans. Berlaku sahaja kes kemalangan berpuluh tahun baru selesai. Saya minta satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau operasi mereka kerana mereka ini adalah penipu paling besar di negara ini," katanya.

Mohamed dalam pada itu turut mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu syarikat insurans yang baru sebagai alternatif bagi syarikat insurans sedia ada.

''Kalau masalah ini tidak selesai, apa kata Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans baru yang boleh menjual insurans dengan harga berpatutan. Namakan sahaja insurans ini, insurans 1Malaysia. Jangan terima lagi syarikat-syarikat insurans yang sedia ada sekarang," ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee ketika mencelah telah meminta isu yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading itu meliputi pembelian insurans hayat.

Chong Chieng Jen (DAP-Kuching) di dalam perbahasannya juga bersetuju supaya kadar premium insurans pihak ketiga diturunkan bagi meringankan beban rakyat.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bagaimana syarikat-syarikat insurans ketika ini memaksa pelanggan membeli polisi insurans kemalangan peribadi sebelum dikeluarkan polisi insurans pihak ketiga walaupun kerajaan tidak membenarkan ia berlaku.

''Itu belum dikira caj tambahan (loading) yang turut dikenakan kepada pelanggan. Apabila dicampur kedua-duanya dan ditambahkan dengan bayaran premium insurans pihak ketiga sudah tentu harganya tinggi dan membebankan.

''Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini," katanya.

Akibatnya beliau berkata, harga premium insurans pihak ketiga yang dahulu dibayar sekitar RM70 sehingga RM80 tetapi sekarang harganya antara RM100 hingga RM200.

''Bank Negara ini butakah, takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Mengapa kerajaan tidak ada penyelesaian sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka," katanya.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat trak penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilik kenderaan, termasuk caj tambahan.

Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa Bank Negara dalam mengawal syarikat-syarikat berkenaan.

Meskipun katanya, telah ada arahan supaya syarikat-syarikat insurans tidak boleh memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan namun perkara itu masih berleluasa.
- Utusan

SATU MELAYU:
Inilah baru menepati slogan ‘Rakyat Didahulukan’ sebagaimana yang dikehendaki oleh kepimpinan DS Najib.
Rakyat tentu berasa senang hati dan gembira apabila wakil rakyat mereka bersatu dalam membincangkan isu yang menyusah dan membebankan rakyat selaku pengguna.

Kalaulah Dewan Rakyat kita pada setiap persidangannya menimbulkan isu-isu membela nasib rakyat seperti ini, InsyaAllah, persepsi rakyat terhadap wakil-wakil rakyat dan Parlimen akan bertambah padu.
Rakyat akan rasa berbaloi mengundi wakil untuk ditempatkan sebagai wakil mereka di Dewan yang mulia itu.

Itulah maksud persidangan sebenarnya.
Bukannya hanya untuk pemimpin pembangkang dan kerajaan bertegang urat demi kepentingan politik semata-mata.
Namanya pun Dewan Rakyat.
Maka sewajarnyalah semua perbincangan, perdebatan dan usul serta cadangan yang dikemukakan adalah demi kepentingan rakyat yang mengundi wakilnya ke Dewan yang mulia itu.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog