Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri MAAF DZAHIR DAN BATIN

Sempena 1 Syawal 1431, ‘Pak Sulung atau Satu Melayu’ mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pengunjung blog yang tak sepertinya ini. Sokongan yang anda semua berikan jadi penguat semangat untuk Pak Sulung menulis demi servival bangsa Melayu di tanah air sendiri, semampu mungkin.

Mata kekadang tersalah lihat
Mulut kekadang tersalah ucap
Hati kekadang tersalah duga
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

Allah menunjukkan jalan kebenaran
dengan menurunkan Al Quran.
Menusia meraih kebahagiaan
dengan meniti jalan kebenaran.
Hari lebaran akan penuh kebahagiaan
bila anda memaafkan segala kesalahan.

Allahhuakbar.... Allahhuakbar.... Allahhuakbar....
Allahhuakbar Walillailhamd.

Hidayah Kepada Yang Memusuhi Islam: YOSEPH AMANDU jadi AHMAD YUSUF

KISAH keimanan insan bernama Yoseph Amandu adalah citra sebuah perjalanan kehidupan yang kaya dengan pengalaman dalam mencapai tujuan. Kata mudahnya, lain yang dicari, lain pula yang didapat. Sebelum menganut agama Islam, Yoseph Amandu sebagaimana penganut Kritian lain, bertugas mengurus orang-orang yang masuk Kristian dan memerangi orang-orang Islam. Dia juga bertugas sebagai pendiri beberapa buah gereja dan menghalang umat Islam yang mahu mendirikan masjid.

Yoseph Amandu adalah pemimpin gereja Elbabuwiyah di Sieraleon. Dia pernah mengikuti latihan dan muktamar bagi menyebar agama Kristian, di kota Farnkfurt Barat. Disitu dia mendapat tugas untuk membangunkan sebuah gereja di Sieraleon dan menjadi pemimpin gereja berkenaan.

Tugas dan peranan barunya itu membuatkan dia begitu condong untuk memusuhi umat Islam. Dalam masa sama dia juga berasa hairan dengan umat Islam di Sieraleon yang bersungguh-sungguh pula menentang penyebaran agama Kristian.

Yoseph Amandu bertekad tidak mahu kalah kepada umat Islam. Segala tumpuan dan tenaga dikerah untuk mengalahkan umat Islam yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri kepada agama tauhid itu. Maka untuk mencari kelemahan umat dan ajaran Islam itu sendiri, dia berusaha membuat penyelidikan dan mempelajari Islam dengan membaca kita-kitab ajaran Islam. Dia ingin mengetahui apa rahsia yang membuatkan umat Islam begitu teguh membela agamanya.

Ketika Yoseph Amandu mempelajari kita-kitab umat Islam dengan tujuan mencari kelemahan agama itu, ternyata yang ditemuinya adalah sebaliknya. Melalui kita-kitab yang dibacanya, dia menemukan kesesatan dirinya dengan agama yang dianutnya selama ini. Dia jadi berasa sangat puas dengan ajaran agama Islam yang diperolehinya, walaupun sekadar melalui pembacaan sahaja.

Setelah ia menemukan pengalaman kerohanian yang sangat berharga melalui pembacaan kita-kitab dan buku-buku mengenai ajaran dan amalan agama Islam, lalu dia pun berhasrat untuk mengakhiri petualangannya terhadap agama dan umat Islam. Lalu pernyataan keislamannya dilakukan di rumah seorang pendakwah bangsa Afrika bernama Syeikh Muhammad Yunus As-Siddiqi. Sejak itu namanya bertukar menjadi Ahmad Yusuf.

Setelah ia menyatakan dirinya masuk Islam, segala keyakinan yang dianutnya selama ini dilepaskan. Ia juga memulangkan segala sesuatu yang didaptinya daripada gereja selama ini.

Kerana Islamnya Yoseph Amandu yang dengan nama barunya – Ahmad Yusuf, maka terjadilah satu kegoncagan besar antara anggota gereja di Sieraleon. Sementara kegembiraan melanda umat Islamnya yang menyambut dan menerimanya dengan tangan terbuka. Kerana dengan masuknya Ahmad Yusuf ke dalam agama Islam bererti mereka mendapat saudara baru dan kekuatan baru untuk menyebarluaskan cahaya Islam kepada penduduk Sieraleon, disamping sebagai bukti keagungan akidah Islamiyah.

Ahmad Yusuf terus tinggal bersama Syeikh Muhammad Yunus As-Siddiqi untuk mendalami ajaran dan amalan Islam. Dia dihadiahkan dengan kitab-kitab dan buku-buku mengenai Islam dalam bahasa Inggeris.

Ahmad Yusuf mengucapkan terima kasih kepada Syeikh Muhammad Yunus As-Siddiqi yang telah membawa kebahagiaan kepadanya serta menyambut hidayah Allah iaitu masuk ke dalam agama Islam. Sesungguhnya kebingungan yang dialaminya berlangsung selama dua puluh tahun dalam usaha mencari erti kebenaran. Setelah itu Ahmad Yusuf memulakan perjuangannya menyiarkan dakawah Islamiyah, sama ada dengan cara berperang, mahupun dengan cara berceramah.

Dalam dakwahnya, Ahmad Yusuf selalu mengingatkan umat Islam supaya waspada terhadap bahaya penyebaran agama Kristian yang sentiasa menumpukan usaha untuk memalingkan manusia daripada Islam. Mereka juga memburuk-burukkan pengertian tantang Islam, mengeruhkan kebenaran Islam, kerana sebenarnya mereka pun tahu bahawa ajaran Islam mampu menutup kekosongan jiwa yang dialami oleh makhluk manusia yang hidup di tempat dan di zaman mana sahaja di dunia ini.

Rabu, 8 September 2010

Kisah Insan Yang Mendapat Hidayah Allah: ABDUL MASIH atau SYEIKH ABDULLAH KHALIS

HAMPIR seluruh umat yang beragama tahu bahawa kitab yang diturunkan Allah kepada semua NabiNya adalah satu, tidak berbilang. Umpamanya untuk Nabi Musa as, diturunkan kepadanya Kitab Taurat, itulah satu-satunya kitab yang diikuti oleh orang Yahudi. Sementara Nabi Daud as, diturunkan kepadanya Kitab Zabur, iaitu satu-satunya kitab yang dikenal oleh Yahudi dan Nasrani. Dan sudah tentu, melalui Nabi Muhammad SAW diturunkan Kitab Al-Quran, yakni kitab yang khas untuk seluruh umat manusia.

Oleh itu, bagaimana pula Kitab Injil boleh berbilang-bilang? Sedangkan Tuhan yang menurunkannya kepada Nabi Isa as, hanya satu, serta Nabi yang menerima Injil itu juga adalah satu. Hakikat ini jelas membuktikan bahawa Injil yang ada masa kini adalah bukan Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa as.

Sesungguhnya, orang yang paling tahu mengenai Injil adalah para ahlinya. Ternyata ada di antara mereka yang mengetahui masalah itu lalu meninggalkan agama Kristian dan memilih Islam sebagai pegangannya.

Ustaz Syeikh Abdullah Khalis yang sebelum memeluk Islam bernama Abdul Masih menceritakan tentang sebab-sebab beliau memeluk Islam melalui suratnya yang disiarkan akhbar terkemuka – Al-Hidayah Al-Baghdadiyah. Kandungan surat berkenaan adalah seperti berikut: “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji hanyalah hak Allah semata, selawat dan salam untuk Rasul pilihan, Muhammad SAW berserta sahabatnya.

“Sesungguhnya saya Abdullah Khalis dari keturunan Peterix Tarquin, berasal dari negara Artioche kemudian menetap di kota Cairo, Mesir. Pada masa itu saya menganut aliran Ya’kubi Ortodox. Nama asal saya ialah Abdul Masih. Dalam agama Kristian saya telah mencapai tingkat Materix, lalu diangkat menjadi Pater Abdul Masih di kota Meridian (Turki) sebagai ketua pemimpin aliran Ortodox dan sebagai Materix di kota Diyar Bakr dan sekitarnya.

“Ketika saya memegang jawatan sebagai Materix inilah, saya ditugaskan sebagai pengawas tempat-tempat ibadat agama Kristian yang beraliran Ya’kubi yang berpusat di kota Anatolie (Turki). Sesudah itu saya pula diangkat sebagai Wakil Paterix yang menghubungkan berbagai macam kegiatan baik di dalam dan di luar negara.

“Ketika apa yang aku miliki, dari kehidupan yang mewah, kedudukan dan pangkat, serta ketekunanku terhadap ajaran Kristian itulah Allah SWT telah menyinari hatiku dan melapangkan dadaku untuk memeluk agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

“Perkara ini terjadi kerana aku sendiri merasakan ajaran Kristian dengan kitab-kitab Injilnya saling bertentangan antara yang satu dengan yang lainnya. Ketika aku cuba mendalami hujah beberapa agama, aku tidak melihat terdapat satu agama pun yang benar-benar jelas mengarahkan supaya menyemabah kepada Allah SWT, kecuali agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

“Sepatutnya Kitab Injil yang diakui oleh umat Kristian sebagai Kalam Allah, seharusnya hanya terdiri dari satu Injil sahaja, sebagaimana halnya dengan Al-Quranul Karim.

“Maka bagaimana dapat diterima oleh akal apabila Injil itu berbilang hingga mereka dapat mendatangkan empat puluh (40) buah Injil, kemudian setelah itu mereka meringkaskannya menjadi empat (4) Injil?

“Sesungguhnya hal yang sedemikian itu membuatkan mereka keluar dari kebenaran bahkan mereka hanya mengikuti hawa nafsu dan mendatangkan cacat dan cela dalam agamanya. Perkara ini tidak akan dilakukan oleh seseorang, kecuali orang gila. Maka jadilah keadaan mereka lebih buruk jika dibandingkan dengan penyembah berhala.

“Di samping itu mereka juga mengakui bahawa Nabi Isa itu adalah anak Tuhan (Allah). Sedangkan yang lainnya pula berpendapat bahawa Islam itu adalah Allah sendiri dan yang lainnya pula berkeyakinan akan keyakinan triniti (tiga oknum Tuhan tetapi satu). Sesungguhnya Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan.

“Mustahil seseorang yang dilahirkan dari perut ibunya itu menjelaskan tentang nasab keturunan Nabi Isa. Beliau dikatakan sebagai anak dari Nabi Yusuf, padahal Maryam bukanlah isteri Nabi Yusuf. Sayang sekali, mereka sesat dengan membenarkan apa yang dikatakan oleh orang Yahudi.

“Berbeza dengan penjelasan Al-Quran yang agung, yang diturunkan kepada penutup para Nabi. Ia membebaskan Maryam dan Nabi Isa daripada segala sifat tercela. Al-Quran juga menjelaskan bahawa Nabi Isa itu adalah manusia biasa yang tidak berbeza dengan manusia lainnya, hanya dia adalah sebagai Nabi utusan Allah SWT.”

Kepada umat Kristian, Syeikh Abdullah Khalis berseru, katanya:
“Wahai orang-orang yang sedang berada dalam kebingungan, sesungguhnya bangunan agama yang kamu semua dirikan adalah sangat lemah. Lebih lemah daripada sarang labah-labah. Cukuplah hanya sekali hentakan sahaja, maka akan terbukalah kepalsuan agama yang kamu anuti itu.

“Oleh kerana itu, maka palingkanlah diri kamu kepada agama yang dianut oleh umat Islam, iaitu agama orang-orang yang beriman kepada Allah, kepada para MalaikatNya, Kitab-kitabNya serta para RasulNya. Agama kebenaran yang keadaan malamnya sama seperti siang. Aku mengajak kamu semua kepada agama yang terang, yang akan menyelamatkan hidup manusia, baik di dunia mahupun di akhirat kelak.”

Kalau Azmin Ali Kuat Kerana Anwar: ZAID KUAT KERANA DAP DAN LKY....


AHLI PARLIMEN Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dalam entri terbarunya yang dipetik Utusan berpendapat, siapa yang lawan Azmin Ali bagaikan menempah maut. Tegas Zulkifli, kenyataannya itu bukan berdasarkan kepada tekaan atau spekulasi tetapi ia berdasarkan kepada sejarah yang tidak pernah sekali pun menipu sesiapa.

Beliau berkata, peristiwa 1993 iaitu detik 'berkuburnya' karier politik Tun Ghafar Baba apabila semua Menteri Besar membuat kenyataan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, seperti akan berulang kembali.

Apa yang dikatakan bekas MP PKR itu memang benar. Tambahan pula beliau sendiri pernah mengalami pahit maung berjuang dalam politik PKR yang didominasi oleh Anwar Ibrahim dengan arahan Azmin Ali.

Tidak siapa dapat menafikan bahawa Azmin Ali adalah perancang utama ketika Anwar Ibrahim merebut kerusi Timbalan Presiden Umno daripada ditandingi oleh Tun Ghafar. Memang benar taktik serupa akan digunakan oleh Azmin Ali dalam usahanya menendang keluar Zaid Ibrahim yang tak semena-mena datang keberaniannya menentang buah hati Anwar.

Bagaimanapun, kenyataan Zaid Ibrahim yang menyebutkan bahawa ‘beliau rela dikuburkan oleh ahli parti’ itu bukan satu kenyataan yang boleh dipandang ringan. Zaid bukanlah lekeh sangat. Dia tentu telah membuat pertimbangan yang mewajarkannya mencabar ‘anak emas’ Anwar Ibrahim itu.

Perlu diingat, Zaid adalah tokoh ‘Melayu Liberal’ yang disanjung dan diharapkan oleh kaum imigran negara ini yang bercita-cita meminda Perlembagaan Negara. Dia ada sokongan daripada kalangan peguam, diminati oleh DAP dan yang penting Zaid Ibrahim boleh diterima oleh Lee Kuan Yew untuk jadi boneka kepada agenda mereka.
Kalau selama ini mereka gagal memperalatkan Melayu Liberal anak kelahiran Pulau Pinang, kini mereka telah menjumpai penggantinya, iaitu anak kelahiran Kelantan pula. Dia seorang peguam yang kaya raya dan banyak persamaan dari segi gaya hidup dan pemikiran dengan pemimpin kaum imigran negara ini.

Kalau ditinjau kembali sejarah kemasukan Zaid ke dalam PKR dan hubungan beliau dengan puak-puak yang di sebutkan itu, mungkin terbayang di fikiran kita bahawa hasrat Zaid bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR itu tentu memang telah dirancang.

Seperkara lagi, jangan perkecilkan peranan Wan Azizah. Kata pepatah, ‘Tangan yang megayun buai itu mampu menggoncang dunia’. Kalau tidak dunia sebenar, sekurang-kurangnya ‘dunia Anwar Ibrahim’, suami tersayang lagi tercinta yang selama ini dipertahankannya semampu mungkin.

Meletakkan Azmin Ali sebagai orang nombor dua kepada Wan Azizah tentulah sesuatu yang amat tidak menyenangkan Presiden Boneka PKR itu. Tapi jangan lupa, kalau dah terlampau diperkecil dan diperlekeh kewibawaannya, apakah tidak mungkin Wan Azizah sendiri boleh dan mampu bingkas bertindak?

Setelah sekian lama menimba pengalaman dengan seorang lelaki kaki putar belit, bukan sahaja sebagai tokoh politik tetapi juga sebagai suami, apakah Wan Azizah tidak mampu melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan ramai orang?

Seperkara yang mungkin perlu diambil perhatian bahawa si Anwar Ibrahim itu tersangat bergantung harap kepada DAP dan Lee Kuan Yew sebagai bapak zionis di Nusantara. Tuhan mereka adalah Yahudi Amerika yang selama ini merencanakan segala strategi di rantau ini dalam agenda memecah-belahkan negara Islam. Kalau DAP keluar pakatan, hancurlah harapan Anwar Ibrahim untuk rampas Putrajaya.

Dan Anwar Ibrahim, sebagaimana telah diketahui umum, bila-bila masa boleh ‘konar baring’ jika dia terdesak dan diugut oleh puak-puak zionis yang selama ini membantunya dari segi strategi di peringkat antarabangsa dan juga dana yang digunakannya selama ini.

Kalau Anwar takutkan ugutan Azmin, Azmin juga boleh diugut oleh puak zionis yang jauh lebih berkuasa dan bertenaga daripada MP dan ADUN PKR yang terpaksa bersuara menyokongnya itu. Jangan ingat Azmin sahaja yang ada rahsia Anwar, zionis ada rahsia kedua-duanya. Dan penguasaan media zionis, tersangatlah hebatnya.

Tidak mustahilkah, peluang ini digunakan oleh puak-puak zionis yang berpengkalan di seberang Tambak Johor sebagai ketika yang paling baik untuk mengenepikan Melayu Liberal bernama Anwar Ibrahim dan menggantikannya dengan sekor lagi Melayu Liberal bernama Zaid Ibrahim?

Tidak mungkinkah puak-puak zionis itu telah jemu dengan karenah Anwar yang cakap berbelit-belit, bagaikan ular sawa menelan mangsa itu? Apa yang mereka harapkan, iaitu merampas Putrajaya pada 16 September hanya omong kosong dan memalukan, kecuali si muka tebal sepertinya sahaja yang tidak berasa malu.

Kalau dahulu segala bantuan dan dana disalurkan khas untuk Anwar Ibrahim, apakah kali ini tidak mustahil ianya akan beralih tangan kepada Zaid Ibrahim pula?. Apakah melalui ZICO, susah sangat nak menyalurkan bantuan kepada Zaid?

Terlalu panjang kalau mahu diceritakan semua kemungkinannya. Lagi pun hubungan Zaid Ibrahim dengan tokoh-tokoh tertentu di seberang Tambak, bukan perkara baru. Ianya bagaikan telah disusun atur sedemikian rupa. Cuma masa dan ketikanya sahaja yang menentukan segalanya.

Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan, menjelang pemilihan pucuk pimpinan PKR November ini, ahli-ahli PKR akan ramai yang jadi OKB. Duit akan luruh bagaikan daun getah di musin ‘daun gugur’. Siapa yang cekap dan cerdik, kayalah dia.

Pak Sulung: Yakin bahawa Zaid Ibrahim mempunyai perancangannya yang tersendiri. Azmin dan Anwar jangan ingat dia ‘nak bunuh diri’. Silap-silap Azmin Ali yang terbunuh kerjaya politiknya dalam PKR sementara Anwar Ibrahim sendiri lebih cepat diistirehatkan di Istana Sungai Buluh.

Bila Orang Kecewa Berebut Kuasa: SAHABAT BERTUKAR JADI MUSUH DALAM SEKELIP MATA

KEKALUTAN yang timbul dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) gara-gara rebutan kuasa di kerusi nombor dua parti itu menjelang pemilihan November ini, menyerlahkan bagaimana manusia-manusia kecewa berorganisasi.

Mereka sentiasa berada dalam keadaan takutkan bayang-bayang sendiri. Demokrasi yang dilaung-laungkan melayang entah ke mana. Belum apa-apa, dah timbul suara mengecam lawan yang satu ketika dahulu dijulang sebagai sahabat yang hebat, berani dan berwibawa.

Apa yang sedang dan akan berlaku dalam parti itu akan dinilai oleh rakyat, terutama oleh pengundi atas pagar yang sebelum ini begitu yakin dengan ketokohan dan kemampuan para pemimpin parti berkenaan.
Jelas bahawa kepimpinan parti itu tidak boleh ditentang atau disanggah. Apa yang ‘penasihatnya’ mahukan mesti diikut dan dipatuhi oleh ahli-ahli yang di bawah. Belumpun sah si Zaid bertanding jawatan Timbalan Presiden, sudah kecoh bagaikan nak ghak. Para MP dan ADUN telah dikerah membuat kenyataan menyokong Azmin Ali.

Itu baru berada di peringkat cadangan atau ura-uara untuk bertanding. Kalau sahlah si Zaid akan bertanding dengan mendapat pencalonan yang mencukupi, tak tahulah bagaimana melenting dan melompatnya si Anwar mempertahankan kekasihnya yang sekian lama ditatang bagai ‘menatang minyak yang penuh’ itu.

Tepatlah seperti apa yang dikomenkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pergolakan, perebutan jawatan dan taktik memburukkan lawan dijangka berlarutan menjelang pemilihan parti orang kecewa seperti PKR, November ini.

Katanya, perebutan jawatan itu tidaklah menghairankan kerana sememangnya suasana itu bukan baru di dalam musim pemilihan PKR yang selalu melaung-laungkan demokrasi, keadilan dan reformasi.

Memang benar, mereka yang menerajui kepimpinan PKR adalah bekas ahli-ahli UMNO yang kecewa kerana cita-cita mereka tidak tercapai semasa berada dalam parti keramat orang Melayu itu.

Sama-samalah rakayat Malaysia saksikan bagaimana telatah manusia-manusia kecewa itu berpolitik. Kata-mengata, kecam-mengecam dan akhirnya fitnah-memfitnah akan jadi perencah gaya serta cara mereka mendapatkan kuasa.

Kepada penulis, apa yang sedang berlaku itu membuktikan kepada umum bahawa kepimpinan PKR mengamalkan dasar ‘cucuk hidung’. Semua orang mesti ikut kata pemimpin utama bagaikan ‘lembu dicucuk hidung’. Jangan bantah dan jangan melawan kehendak ‘tokeh’. Orang kesayangan ‘tokeh’ jangan dicabar dan biarkan sahaja apa yang dia nak buat. Dia ada banyak pengalaman dan tahu banyak hal dalaman parti.

Tahu banyak hal?

Mungkinkah kerana tahu banyak hal dalaman parti itulah yang menyebabkan sebahagian ahli-ahli mahu orang itu dikeluarkan dari barisan kepimpinan. Kepada mereka, selagi parasit itu berada dalam PKR ianya akan terus hidup menumpang sehingga pokok yang ditumpangnya itu mati ‘meragan’.

Lumrahnya, pokok-pokok jenis parasit hidupnya menumpang dengan tumbuh di pangkal dahan atau cabang hasil benih yang diberakkan oleh burung. Ianya tak boleh hidup sendiri tanpa menumpang pada pokok besar. Kalau dibiarkan, lama kelamaan ianya akan membesar dan hidup dengan menghisap makanan dari pokok besar berkenaan. Akhirnya, pokok besar itu akan mati. Dan parasit itu juga akan mati sama setelah pokok besar itu menyembah bumi.

Pak Sulung: Kasihan melihatkan manusia kecewa seperti Zaid Ibrahim yang tersalah pilih wadah perjuangan. Dalam banyak-banyak parti yang terdapat di negara ini, parti kecewa PKRlah yang menjadi pilihannya. Apabila si kecewa bertemu dengan manusia yang lebih dahulu kecewa daripadanya, maka itulah hasil atau akibatnya. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Duit habis, sumpah seranah yang dapat.

Sebagai ‘Melayu Liberal’ yang sangat diperlukan kaum imigran di negara ini, elok rasanya si Zaid beralih arah. Keluar saja dari PKR untuk cuba pula join dengan DAP. Cuba-cubalah pulak berdamping dengan Lee Kuan Yew. Mana tau, kalau-kalau boleh dapat tempat. Apa macam?

Selasa, 7 September 2010

Harta Belum Tentu Menjamin Kebahagiaan: KISAH NABI ISA DENGAN TIGA PEMUDA TAMAK

PADA suatu hari, ketika Nabi Isa sedang menyampaikan khutbah, tiba-tiba seorang pemuda berkata, “Hai anak Mariam! Kami tidak percaya adanya kehidupan di akhirat. Kami juga tidak percaya adanya syurga dan neraka. Bagi kami itu semua tidak penting. Kami boleh hidup senang dan bahagia tanpa agama. Kalau ada harta, hidup kami sudah tentu bahagia.”

“Harta tidak menjamin ketenteraman hidup, saudara-saudaraku,” sahut Nabi Isa bersuara keras. Nabi Isa seteruanya menambah, “ Baiklah. Jika sudah demikian pendapat saudara-saudara, nanti datanglah berjumpa dengan saya. Mungkin ada rezeki untuk saudara-saudara.”

Mereka tahu anak Mariam tidak pernah berdusta. Maka mereka pun pergilah berjumpa Nabi Isa di khemahnya. Nabi Isa memberikan sekeping peta kepada mereka. Peta itu menunjukkan tempat simpanan harta karun yang banyak. Tempat menyimpan harta itu terletak di dalam gua di puncak sebuah bukit yang curam.

Dengan ceria dan gembira pergilah mereka bertiga ke tempat yang dimaksudkan dengan peralatan yang secukupnya. Setelah mengalami perlbagai kepayahan, akhirnya mereka sampai ke gua tempat harta itu tersimpan. Dengan hati berdebar-debar mereka masuk ke dalam gua. Memang benar, di dalam gua itu terdapat banyak peti-peti berisikan emas dan intan berlian.Mereka pun berbincang bagaimana cara membawa harta itu turun dari gua di puncak bukit tanpa di ketahuai orang lain. Akhirnya mereka bersetuju setuju supaya harta-harat itu diangkut bergilir-gilir ke sebuah hutan di kaki bukit. Kebetulan di situ terdapat sebuah rumah lama yang tidak berpenghuni lagi. Dengan susah payah, akhirnya semua harta itu dapat diangkut ke rumah itu. Dan mereka mahu membahagikan harta-harta itu di situ.

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata, “Perut kita lapar. Jika kita bahagikan harta ini sekarang, orang akan nampak kita membawa emas berlian ke kedai makan nanti. Ini tentu membahayakan diri sendiri.”

“Betul juga, jadi apa yang harus kita buat?” sahut kawannya yang berdua lagi.
“Saya cadangkan agar salah seorang daripada kita pergi membeli makanan. Dua orang lagi tinggal di sini menjaga harta,” jawab pemuda pertama tadi.

Cadangannya itu dipersetujui. Salah seorang daripada mereka pun pergilah membeli makanan di pekan berdekatan. Kerana perutnya sangat lapar, dia makan di situ sahaja. Kemudian dia meminta dua bungkus lagi untuk dua orang kawannya yang tinggal.

Ketika penjual itu sedang membungkus makanan, dia terfikir, ‘Sekiranya makanan ini aku bubuh racun, sudah tentu harta tadi tidak perlu dibahagi tiga. Aku yang akan memiliki semuanya.’

Kemudian dia nekad dengan fikirannya itu lalu di pergi membeli racun di sebuah kedai berdekatan. Setelah kedua-dua bungkus makanan itu dibubuh racun, dia membungkusnya semula dengan rapi dan balik semula ke rumah kosong tempat dua orang lagi kawannya sedang menunggu.Dalam pada itu, sepeninggalan dia pergi membeli makanan, rakannya yang tinggal menunggu harta membuat pakatan jahat terhadapnya.
“Betul juga kata kamu. Jika dia masih hidup, harta ini akan terpaksa dibahagi tiga. Jika dia kita hapuskan, harta ini akan jadi milik kita berdua sahaja.”
“Itulah yang aku maksudkan,” kata lelaki kedua.
“Tapi, bagaimana caranya.”
“Begini, sebelum dia balik kita siapkan batang besi dan kita bersembunyi di belakang pintu. Apabila dia masuk, kita terus pukul kepalanya sampai dia mati.”
“Ha.... haa.... haaaa.... mudah sekali,” kata mereka sambil ketawa.

Tidak berapa lama kemudian, kawan mereka pun muncul di pintu rumah itu. Mereka cepat-cepat bersembunyi di belakang puntu. Sebaik sahaja kawan itu melangkah masuk, mereka berdua terus memukul kepalanya bertubi-tubi tanpa belas kasihan. Akhirnya kawan mereka itu tersungkur jatuh dan tidak bernafas lagi.

Dengan gembira mereka menyeret mayat rakannya lalu membungkannya ke dalam sebuah perigi buta berhampiran. Selepas itu mereka pun mula mengambil seorang sebungkus makanan yang dibeli kawannya tadi dan membukanya untuk dimakan. Kerana lapar mereka makan dengan lahap sekali.

Setelah menelan dua tiga suap, nafas mereka jadi sesak. Kerongkong mereka terasa panas bagaikan dibakar. Mulut mereka berbuih-buih. Penglihatan mereka jadi gelap dan mereka terkapar-kapar kesakitan. Akhirnya, kedua-duanya mati keracunan. Dan harta yang mereka angkut itu tinggal di dalam rumah kosong itu tanpa ada yang punya.

Begitulah kisah orang tamak. Dan pepatah Melayu menyebutkan: ‘Orang tamak selalu rugi.’

Pengajaran daripada kisah yang berlaku di zaman Nabi Isa a.s. ini jelas membuktikan bahawa harta belum tentu boleh membahagiakan kehidupan seseorang. Dalam kisah ini, kerana hartalah mereka jadi tamak malahan terkorban akibat perbuatan yang didorong oleh sifat tamak yang timbul dalam diri mereka sendiri.

Isnin, 6 September 2010

BERSABARLAH DENGAN PERANGAI ISTERI

DIKISAHKAN bahawa pada suatu hari seorang lelaki pergi ke kediaman Khalifah Umar al-Khatab untuk mengadukan perihal perangai buruk isterinya.

Setibanya lelaki itu di pintu rumah Khalifah Umar, dia terdengar isteri Khalifah sedang meninggikan suara memarahi Khalifah, sedangkan Khalifah Umar hanya berdiam diri. Tidak menjawab walau sepatah kata pun.

Mendengar dan melihat dengan mata sendiri apa yang berlaku ke atas Khalifah Umar, membuatkan lelaki itu membatalkan hasaratnya untuk berjumpa Khalifah. Dengan langkah tergesa-gesa dia beredar meninggalkan rumah Khalifah.

Bagaimanapun, lelaki itu terdengar dia dipanggil oleh Khalifah dengan pertanyaan, “Apa hajatmu datang ke mari?”
“Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!” jawab lelaki itu sambil tunduk tanda hormat.
Tanya Khalifah Umar, “Memgapa datang kalau tidak ada apa-apa?”

Mendengarkan kata-kata khalifah, lelaki itu berasa serba salah untuk menceritakan tujuannya datang. Dalam keadaan terpaksa lelaki itu berkata dengan nada perlahan: “Sebenarnya.... saya.... saya datang ke sini untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya, wahai Amirul Mukminin. Tetapi.... setelah saya terdengar apa yang saya dengar, saya dapati Amirul Mukminin pun mengalami nasib yang sama seperti saya.”

Sambil tersenyum Khalifah Umar al-Khatab berkata: “Wahai saudaraku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya.
“Dia telah memasakkan makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anak-anakku. Padahal semua itu tidak wajib ke atasnya.

“Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram.

“Jadi, bagaimana dapat aku menentangnya. Oleh itu aku hanya bersabar dan memekakkan telinga sahaja.”

Balas lelaki itu, “Kalau begitu kedudukannya, maka saya juga berkeadaan serupa. Sama seperti apa yang Amirul Mukminin alami.”

Kata Khalifah Umar: “Wahai saudaraku! Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu.

ANTARA AKAL DAN SYAHWAT

AL-KISAH, setelah Rabi’ah al-Adawiyah menjadi janda atau setelah beliau kematian suami, maka ramilah lelaki yang ingin mengambil beliau sebagai isteri. Antaranya ialah Hasan Basri, seorang tokoh sufi yang terkenal di zamannya.

Pada suatu hari, Hasan Basri dan teman-temannya datang ke rumah Rabi’ah untuk melamarnya. Mereka sepakat meminta janda itu memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi suami.

Kedatangan mereka disambut mesra oleh Rabi’ah al- Adawiyah dengan mempersilakan mereka semua masuk. Kemudian beliau menutup tirai bagi maksud memisahkan dirinya dengan tetamu-tetamu berkenaan.
“Siapa yang paling pintar antara kalian, maka dialah yang akan saya terima sebagai suami,” jelas Rabi’ah memulakan perbualan.
Maka mereka pun menjawab, “ Hasan al-Basri.”

Kata Rabi’ah, “Bila dapat menjawab pertanyaanku, maka aku adalah milikmu.”
“Tanyalah, semoga aku dapat menjawabnya,” balas Hasan al-Basri.

Maka bertanyalah Rabi’ah: “Apabila aku mati dan keluar dari dunia ini, apakah aku nanti keluar dengan beriman atau tidak?”
Jawab Hasan: “Itu adalah masalah ghaib. Tidak seorang pun yang mengetahui kecuali Allah.”
Rabi’ah: “Bila aku telah terbaring di liang kubur dan ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir, apakah aku dapat menjawabnya atau tidak?”
Hasan: “Itu juga hal yang ghaib dan tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah.”
Rabi’ah: Apabila seluruh manusia dikumpulkan di hari kiamat dan diberikan kepada mereka kitab catatan amal masing-masing, apakah dengan tangan kiri atau dengan tangan kanan aku menerima catatan amalanku?”
Hasan: “Itupun perkara ghaib juga.”

Lalu Rabi’ah berkata: “Hai Hasan, ketahuilah bahawa barang siapa tidak dapat menjawab pertanyaan yang saya tanyakan tadi, jangan berfikir untuk dapat mengahwini diriku.”

Selanjutnya Rabi’ah berkata lagi: “Hai Hasan, dalam berapa bahagiankan Tuhan mencipta akal?”
Jawab Hasan: “Sepuluh bahagian. Sembilan untuk laki-laki dan satu bahagian untuk wanita.”
Rabi’ah: Dalam berapa bahagian pula Allah menciptakan syahwat?”
Jawab Hasan: “Sepuluh bahagian. Sembilan untuk wanita dan satu bahagian untuk laki-laki.”

Sebagai penutup kepada dialog itu, Rabi’ah al-Adawiyah berkata: “ Hai Hasan al-Basri, kalau aku dapat menguasai dan mengawal sembilan syahwat dengan hanya satu bahagian akal yang ada padaku, apakah kamu sebagai lelaki tidak dapat mengawal satu syahwat dengan sembilan akal yang ada padamu?”

Mendengarkan kata-kata Rabi’ah itu, maka segeralah Hasan al-Basri keluar daripada rumah Rabi’ah al- Adawiyah dengan cucuran air mata kerana menyesali dirinya yang gagal mengawal satu syahwat dengan sembilan akal yang ada padanya.

Sebagai makluman, Hasan al-Basri dan Rabi’ah al-Adawiyah adalah antara tokoh wali-wali Allah yang tersohor dan terkenal dengan pelbagai kisah menarik sepanjang hayat mereka. Kisah ini adalah salah satu daripadanya.

Ahad, 5 September 2010

KISAH PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

AL-KISAH, pada suatu hari sepasang suami isteri yang hidup mewah didatangi seorang pengmis ketika mereka sedang enak menjamu selera di rumahnya. Pengemis yang berpakaian lusuh dan kelihatan tidak bersih itu merayu diberikan sedikit makan untuknya.
“Tolonglah encik, saya sangat lapar. Sejak kelmarin saya tidak menjamah sebarang makanan.”

Dengan muka bengis dan marah, si suami menjeling ke arah isterinya yang cantik sambil menghalau dan mengherdik lelaki meminta sedekah itu.
“Aku membina perniagaan hingga berjaya seperti sekarang ini bukan untuk orang lain melainkan untuk diriku dan keluargaku sahaja. Segalanya adalah kerana usahaku. Aku tidak malas seperti engkau yang hanya tahu meminta-minta. Pergi kau dari rumahku ini.”

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa terhadap tindakan suaminya itu, walaupun di dalam hatinya ada rasa kasihan dan ada niat untuk bersedekah kepada lelaki ini. Dia takut dimarahi oleh suaminya jika memberikan makanan kepada lelaki itu.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami merosot dan dia jatuh muflis. Kehidupan keluarga itu jadi miskin. Kerana amat tertekan dengan kemiskinan yang menimpanya, si suami menceraikan isterinya yang cantik dan sangat dikashihinya itu kerana tidak mahu isterinya menderita sebab dirinya miskin.

Pada suatu hari, ketika si isteri bersama suami barunya sedang menghadap makanan di rumahnya, tiba-tiba datang seorang pengemis mengetuk pintu sambil bersuara meminta belas kasihan. Mendengarkan rayuan itu, si suami mempersilakan si pengemis masuk dan menyuruh si isteri menyediakan makanan yang sama seperti apa yang sedang mereka makan.

Setelah memberikan makanan kepada pengemis itu, si isteri menekup mukanya sambil menangis teresak-esak. Si suami berasa hairan. Belum pun sempat dia bertanya, si isteri mengadu kepada suami barunya bahawa lelaki peminta sedekah itu adalah bekas suaminya yang dahulu pernah menengking seorang pengemis.

Mendengarkan penjelasan isterinya, si suami dengan tenang berkata, “Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengkingnya dahulu.”

Kisah ini memberikan pengajaran bahawa kehidupan manusia di muka bumi ini bagaikan putaran roda. Ada masanya kita turun dan ada ketikanya kita akan naik semula.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “ Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan.”

Sementara hadis yang diriwayatkan Anas pula, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya.”
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog