Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 4 September 2010

HUKUMAN UNTUK YANG ENGKAR

SEMASA perang Ahzab atau dikenali juga dengan perang Khandak, jumlah tentera musuh Islam dianggap terlalu besar berbanding dengan tentera Islam. Perbandingannya, 14,000 orang tentera musuh dengan 4,000 orang tentera Islam.

Antara puak atau golongan yang menyertai tentera musuh ialah golongan Yahudi Banu Quraizah yang sebelum itu telah pun membuat suatu perjanjian dengan Nabi Muhammad SAW, tidak akan melakukan serang-menyerang keatas orang Islam - di Madinah.

Setelah perperangan Ahzab tamat dan kaum Quraisy telah pulang ke Mekah dan ke kampung masing-masing, satu tindakan tegas diambil terhadap Banu Quraizah yang telah mengkhianati penjanjian itu. Pasukan tentera Islam di bawah pimpinan Sayidina Ali bin Abi Talib telah pergi menyerang perkampungan mereka yang terletak kira-kira 15 km dari Madinah.

Puak Yahudi Banu Quraizah bertahan di dalam benteng pertahananya. Sayidina Ali sendiri pergi mengintip untuk mendengar perbicaraan mereka di sebalik benteng itu. Ternyata mereka tersangat benci kepada Rasulullah dengan menghina serta mencaci-maki. Maka tentera Islam pun mengepung benteng penenpatan Yahudi banu Quraizah itu.

Selama 25 hari pengepungan dilakukan. Dalam masa itu terjadilah pertempuran panah memanah dan baling membaling batu antara ke dua pihak. Setelah lama terkepung, kaum Yahudi itu pun sedar bahawa mereka tidak lagi mampu bertahan dengan kepungan tentera Islam berkenaan. Pemimpin mereka bernama Kaab bin Asad bersuara, “Saya ingin menyampaikan sesuatu kepadamu, apakah kamu semua bersedia mendengarnya?”
“Apakah itu?” tanya mereka serentak.

“Pertama, sebaiknya kita mengikut sahaja dia (Nabi Muhammad) sebab telah nyata kebenaran yang dibawanya. Memanglah ia seorang Nabi dan utusan Allah. Dan ini telah pun tercatat dalam kitab kita sendiri bukan?”
“Kita tidak akan menukar agama kita. Kita tetap memegang ajaran kitab kita, iaitu kitab Yahudi,” jawab mereka.

“Kedua,” kata Kaab selanjutnya, “Kalau kamu tidak suka demikian, baiklah kita bersama-sama membunuh anak-anak dan wanita-wanita kita, kemudian kita datang kepada Muhammad, masing-masing dengan pedang yang terpanjang.

“Jika kita dibunuh oleh Muhammad semuanya, maka kita tidak meninggalkan apa-apa di belakang kita, iaitu anak-anak dan isteri-isteri kita. Tetapi kalau kita menang, mudahlah kita mendapat wanita-wanita daripada mereka dan kemudian akan melahirkan anak-anak kita lagi.”

Mendengarkan kata-kata ketua mereka itu, lalu mereka berteriak, “ Adakah kita disuruh membunuh orang-orang yang kita kasihi dan cintai? Adakah kebaikan bagi kita sesudah membunuh anak-anak dan isteri-isteri kita?”

“Ketiga,” kata Kaab lagi, “Jika kamu semua enggan menerima ini, mari kita malam ini keluar dari benteng kita dan bersama-sama pergi kepada Muhammad untuk memohon keputusan daripadanya. Kerana malam ini adalah malam Sabtu iaitu hari yang kita hormati. Mudah-mudahan beliau dapat memberikan keampunan kepada kita semua. Dan marilah kita keluar, barangkali juga kita dapat mengalahkan Muhammad serta kaumnya kerana mereka menyangka kita tidak akan berperang pada hari Sabtu ini.”
Mendengarkan kata-kata itu, mereka jadi marah lalu berkata, “Bagaimana kita boleh merosakkan hari Sabtu yang kita hormati sejak nenek moyang kita dahulu, kecuali orang-orang yang telah berubah muka mereka menjadi kera?”

Segala nasihat dan cadangan Kaab semuanya mendapat tentangan dan bantahan daripada kaumnya. Justeru, Kaab pun berkata, “Aku telah menasihatkan apa yang terbaik bagi kamu. Kalau kamu tidak menerimanya, terserahlah.”

Kepungan kaum Muslimin semakin ketat. Nasihat pemimpin telah mereka tolak mentah-mentah. Dan hubungan luar terputus sama sekali. Maka mereka mengambil keputusan untuk mengirim utusan kepada Nabi Muhammad, meminta supaya dibenarkan berjumpa dengan Abu Lubabah dan datang ke tempat mereka untuk meminta pandangannya.

Abu Lubabah adalah pemimpin golongan Aus yang pada mulanya telah berjanji akan tolong-menolong dengan Banu Quraizah tetapi, kini puak itu telah menganut agama Islam.

Rasulullah SAW telah menyetujui permintaan mereka dan dikirimkan Abu Lubabah ke tempat mereka terkepung itu.

“Apakah engkau bersetuju jika kita meminta keputusan daripada Muhammad, kerana kami sudah sangat menderita?” Tanya mereka kepada Abu Lubabah.
“Ya, saya menyetujuinya,” jawab Abu Lubabah sambil memberikan isyarat dengan jarinya menunjuk tenggorok yang bermaksud, kalau tidak, kamu semua akan dibunuh.

Maka sepakatlah mereka untuk tunduk dan menyerah kepada Nabi Muhammad dan sedia menerima apa jua keputusannya.

Mereka menyerah tanpa syarat dan hukuman dilaksanakan mengikut ajaran agama Yahudi sendiri, iaitu semua kaum lelakinya dibunuh, sementara kaum wanita dan anak-anak jadi tawanan serta harta benda mereka dirampas.

Inilah hukuman Saad bin Muaz dari golongan mereka sendiri yang dipersetujui oleh Nabi Muhammad SAW.

Demikian kisah benar bagaimana Rasulullah SAW menjalankan hukuman terhadap puak atau kaum yang mengingkari perjanjian dengan menyertai pihak musuh. Pengajarannya ialah apabila didapati sahih seseorang atau suatu kumpulan orang yang mengkhianati perjanjian yang telah dipersetujui bersama, maka hukumannya ialah bunuh dan jadi tawanan.

Jumaat, 3 September 2010

KISAH PENCURI TAMAR

PADA suatu hari, Abu Hurairah diserahkan tugas menjaga tamar orang berzakat oleh Rasulullah SAW. Tiba-tiba datang seorang tua lalu terus mengambil buah tamar dan memakannya. Abu Hurairah terus menangkap orang tua itu untuk di bawa mengadap Rasulullah atas tuduhan mencuri.

Orang tua itu mengeluh dan meminta dikasihani dengan berkata, ‘Aku adalah orang yang sangat miskin lagi ramai anak. Kerana itu aku sangat memerlukan makanan ini. Anakku menangis di rumah kerana perutnya lapar.’

Mendengarkan kata-kata orang tua itu, Abu Hurairah berasa terharu dan akhirnya melepaskannya. Keesokan pagi, Abu Hurairah telah ditanya oleh Rasulullah SAW: “Apakah yang telah dilakukan oleh tawanan kamu semalam?”
Jawab Abu Hurairah: “Dia aku lepaskan kerana mengeluh sebab anaknya di rumah sedang menunggu makanan daripadanya.”
“Nanti malam dia akan datang lagi,” kata Rasulullah.

Mendengarkan kata-kata Rasulullah itu, maka Abu Hurairah pun berjaga pada malam itu dengan bersungguh- sungguh. Memang benar, malam ini orang tua itu datang lagi lalu mengambil buah tamar dengan kedua belah tangannya. Sekali lagi Abu Hurairah menagkapnya dan memberitahunya akan dibawa mengadap Rasulullah. Seperti semalam, orang tua itu merayu dan benar-benar meminta maaf kerana dia tersangat memerlukan makanan untuk keluarganya. Dia berjanji tidak akan datang lagi.

Abu Hurairah pun jadi kasihan terhadap orang tua itu dan akhirnya dia membebaskan semula. Keesokkan harinya Rasulullah bertanya lagi kepada Abu Hurairah: “Hai Abu Hurairah, apakah yang kamu lakukan terhadap tawanan kamu semalam?”
“Dia aku lepaskan kerana benar-benar memerlukan makanan dan benar-benar miskin. Lagi pun orang tua itu sangat berhajat kepada makanan itu untuk keluarganya yang lapar. Dia telah berjanji tidak akan datang lagi.”
“Dia berdusta, dia akan datang kembali malan ini,” kata Rasulullah meyakinkan Abu Hurairah.

Oleh kerana lelaki itu akan kembali lagi malam ini, maka Abu Hurairah pun berjaga dengan lebih waspada lagi. Apa yang dikatakan Rasulullah memang benar. Malam ini orang tua itu datang lagi dan mengambil tamar dengan lebih banyak. Maka Abu Hurairah segera bertindak menangkap pencuri tua itu untuk dihadapkan kepada Rasulullah. Lantas dia meminta maaf dan berjanji tidak akan datang lagi.

Kali ini, Abu Hurairah tidak mahu melepaskannya dan berkata, ‘Kamu telah berjanji tetapi tidak menepatinya.’
Orang tua itu menjawab, ‘Jika tuan melepaskan aku nescaya aku ajarkan doa yang sangat berguna kepadamu.’
‘Apakah dia itu?’ tanya Abu Hurairah.

“Jika kamu mahu tidur di tempat tidurmu, maka bacalah ayat al-Kursyi, sesungguhnya kamu akan dijaga oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menjagamu. Dan semalaman itu kamu tidak akan didekati oleh syaitan hingga pagi,” jelas orang tua itu.

Esok paginya, seperti biasa Abu Hurairah ditanya lagi tentang tawanannya oleh Rasulullah.
“Hai Abu Hurairah, apakah yang telah dilakukan oleh tawananmu semalam?”
“Ya Rasulullah, dia telah mengajarkan doa yang sangat berguna kepadaku.”
“Apakah doa yang telah diajarkannya kepada mu?”
“Dia berkata, sebelum aku tidur bacalah ayat al-Kursyi terlebih dahulu kerana barang siapa yang membaca ayat tersebut maka Allah menyuruh malaikat menjaganya hingga pagi dan tidak akan dihampiri oleh syaitan,” jelas Abu Hurairah kepada pertanyaan Rasulullah.

“Dia telah berkata benar kepadamu, padahal dia adalah pendusta. Tahukah kamu siapa orang tua itu?”
“Allah dan RasulNya sahaja yang lebih mengetahui.”
“Ketahuilah Abu Hurairah, orang tua itu adalah syaitan.”

Berbakti Kepada Dua Ibu Bapa Lebih Baik Dari Ibadat Dua Juta Tahun

ANASA bin Malik r.a. berkata bahawa beliau telah bertanyakan lapan soalan kepada Rasulullah SAW, dan telah dijawab baginda seperti berikut:

1. Ya Rasulullah, yang manakah lebih engkau suka, yakni bersedekah sepotong roti atau solat sunat 100 rakaat?

Sabda (jawapan) Rasulullah: “Sepotong roti yang engkau sedekahkan adalah lebih saya suka daripada solat sunat 100 rakaat.”

2. Ya Rasulullah, yang manakah engkau lebih suka antara menyampaikan hajat orang Muslim dengan solat sunat 1,000 rakaat?

Sabda (jawapan) Rasulullah: “Menunaikan hajat seorang Muslim lebih saya sukai dari solat sunat 1,000 rakaat.”

3. Ya Rasulullah, yang manakah engkau lebih sukai antara meninggalkan sesuap makanan haram dengan solat sunat 1,000 rakaat?

Sabda (jawapan) Rasulullah: “Meninggalkan sesuap makanan yang haram adalah lebih saya sukai dari solat sunat 2,000 rakaat.”

4. Ya Rasulullah, yang manakah yang engkau lebih sukai antara meninggalkan ghibah dengan solat sunat 1,000 rakaat?

Sabda (jawapan) Rasulullah: “Meninggalkan ghibah (mengumpat) lebih saya sukai dari solat sunat 10,000 rakaat.”

5. Ya Rasulullah, yang manakah engkau lebih suka, yakni menunaikan keperluan seorang wanita janda atau solat sunat 10,000 rakaat?

Sabda (jawapan) Rasulullah: “Menunaikan keperluan wanita janda lebih aku sukai dari solat sunat 10,000 rakaat.”

6. Ya Rasulullah, yang manakah lebih engkau sukai antara duduk dengan anak isteri di rumah dari i’tikaf di masjid?

Sabda (jawapan) Rasulullah: “Duduk sesaat bersama anak isteri lebih aku sukai dari i’tikaf dalam masjidku ini.”

7. Ya Rasulullah, yang manakah lebih engkau sukai, yakni membelanjakan wang untuk keluarga atau nafkahkan untuk jihad fisabilillah?

Sabda (jawapan) Rasulullah: “Satu dirham untuk belanja keluarga lebih aku suka dari 1,000 dirham dibelanjakan untuk jihad fisabilillah.”

8. Ya Rasulullah, yang manakah lebih engkau suka antara berbakti kepada orang tua atau ibadat 1,000 tahun?”

Sabda (jawapan) Rasulullah: “Ya Anas, telah tiba yang hak dan musnah semua yang batil (palsu), sesungguhnya yang palsu itu pasti musnah. Oleh itu berbakti kepada dua ibu bapa itu lebih saya suka daripada ibadat 2 juta tahun.”

Sesungguhnya, lapan soalan yang dikemukakan oleh Anas r.a. dan dijawab oleh Rasulullah SAW sebagai sabdanya itu, bukan semata-mata untuk pengetahuan Anas r.a. sahaja, sebaliknya ditujukan kepada semua umat Rasulullah SAW.

Siapa Akan Tentang Azmin Di Kursi Timbalan: KHALID IBRAHIM ATAU ZAID IBRAHIM?


PEMILIHAN pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), November ini menyaksikan pemimpin atasan parti itu mula mencongak peluang masing-masing. Diberitakan bahawa penyandang jawatan Timbalan Presiden, Syed Husin Ali tidak berminat lagi mempertahankan jawatannya. Kenapa dan mengapa, hanya beliau sahaja yang tahu.

Kekeosongan itu menyababkan persaingan menggantikan tempat Syed Husin Ali jadi menarik. Dan kempen pun agak rancak dikalangan ahli-ahli PKR. Yang disebut-sebut pasti akan bertanding ialah Mohd Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Jika itulah yang berlaku, bererti Ketua PKR Selangor akan berentap dengan MB Selangor. Hebat dan sudah tentu menarik kerana ada banyak cerita di sebaliknya.

Perlantikan Azmin Ali menjadi pemimpin nombor satu PKR Selangor menggantikan Khalid Ibrahim, menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan ahli-ahli PKR sendiri. Perubahan mengejutkan itu tidak terlepas daripada dikaitkan kerana Anwar Ibrahim mahukan Azmin Ali menjadi orang nombor dua kepimpinan PKR.

Senario itu menimbulkan desas-desus bahawa Presiden PKR, Wan Azizah Ismail, kurang senang dengan keberadaan Azmin sebagai timbalannya. Semua orang tahu bahawa Wan Azizah sangat ‘bebulu’ dengan Azmin. Sebabnya pun semua orang dah tahu. Terlalu banyak cerita dan kisah menarik telah dihebahkan kepada umum.

Bagaimana pun, entah apa rasionalnya tetiba Zaid Ibrahim yang dianggap sebagai barisan baru dalam kepimpinan PKR, mengumumkan ada kemungkinan beliau akan bertanding menentang Azmin, sekiranya Khalid Ibrahim tidak berminat merebut jawatan berkenaan.

Penyelaras Pakatan Rakyat itu menukar fikirannya setelah sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak pernah berminat bertanding apa-apa jawatan dalam PKR.

Walaupun Zaid melapik kata dengan mengatakan dia hanya akan bertanding jika Khalid tidak berminat tetapi, apa perlunya Zaid mengeluarkan kenyataan sedemikian kalau beliau sendiri tidak tahu sama ada Khalid Ibrahim akan bertanding atau tidak. Nyatalah pengumuman itu hanya cakap politik.

Logiknya, tentulah ada ura-ura atau penegasan daripada Khalid sendiri bahawa dia tidak akan bertanding jawatan berkenaan. Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau pokok kecil memanglah mudah digoyang oleh sesiapa atau apa pun tetapi, kalau pokok besar masakan ada yang boleh menggoyangnya kalau bukan angin kencang atau ribut. Dan kalau ribu itu bertukar menjadi ‘puting beliung’, jangan katakan pokok besar bergoyang, bungkas pun boleh.

Berdasarkah Khalid Ibrahim bukannya berlatar-belakangkan orang politik, ada kemungkinan pihak tertentu dalam PKR mahu Khalid tidak bertanding untuk menduduki kerusi nombor dua itu. Biarlah mereka yang berpengalaman luas dalam politik sahaja yang merebutnya.

Lagipun, sejak akhir-akhir ini kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor sebagai MB dari PKR, tidaklah begitu menyerlah. Banyak masalah timbul dan secara tidak langsung beliau kini dianggap sebagai penyebab merosotnya sokongan umum terhadap PKR di negeri itu.

Berdasarkan hakikat bahawa Wan Azizah tidak senang dengan Azmin Ali, tidak mustahil Wan Azizah bersama penyokongnya merancang supaya Zaid Ibrahim menjadi calon pengganti Khalid ke jawatan Timbalan Presiden PKR, pada pemilihan yang dijadualkan November ini.

Jika itulah yang berlaku, maka pertembungan antara Zaid dengan Azmin mencerminkan pertarongan antara faktor Wan Azizah dengan Anwar Ibrahim. Zaid orang Wan Azizah, sementara Azmin sudah tentu bertanding atas sokongan dan persetujuan Anwar.

Andaian itu dikuatkan lagi dengan berita yang disiarkan Malaysiakini yang melaporkan bahawa pihak pemantau perjalanan pemilihan, PKR Mydemocracy Watch menerima banyak aduan berhubung dakwaan terdapat cubaan menjual nama Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah Ismail.

"Kita terima aduan terdapat pihak yang menggunakan perkataan bahawa beliau direstui Anwar dan Wan Azizah. Kita tidak mahu perkara ini berlaku," kata penyelaras badan sukarela itu, Yusmadi Yusoff.

Beliau yang juga MP Balik Pulau berkata, ia antara empat aduan yang diterima bagi mempengaruhi keputusan pemilihan PKR di pelbagai peringkat pada November ini. “Tetapi kita dapat tahu, Anwar sendiri tidak pernah secara resmi menunjukkan beliau menaja atau merestui sesiapa,” katanya.

Apapun, semua itu adalah asam garam pemilhan pucuk pimpinan parti politik. Mana-mana parti pun akan atau telah mengalami pergolakan serupa. Kuat atau tidaknya pergolakan itu bergantung kepada sejauh mana parti itu diyakini ahli dan pengikutnya akan berkuasa di peringkat negeri atau pusat.

Semakin tinggi harapan untuk berkuasa, maka semakin hebatlah perebutan jawatan di peringkat pucuk pimpinan sesebuah parti politik. Lumrah dan menjadi kebiasaan.

Yang pasti dan diyakini ramai ialah Wan Azizah Ismail selaku Presiden yang tak mungkin akan turun selagi Anwar Ibrahim masih hidup, tidak berkenan dengan Mohd Azmin Ali. Siapa yang sanggup menggalas tugas menjadi calon mewakili kumpulan Wan Azizah menjadi perhatian pemerhati politik tempatan.

Antara Zaid Ibrahim dan Khalid Ibrahim, siapa agaknya yang menjadi pilihan Wan Azizah?

Pak Sulung: Yakin dan percaya bahawa Dato’ Zaid Ibrahimlah yang akan menjadi calon mewakili Wan Azizah menggagalkan hasrat Azmin Ali menduduki kerusi nombor dua PKR. Kelangsungan kasih dan sayang Anwar Ibrahim terhadap Azmin akan cuba digagalkan oleh Wan Azizah melalui Zaid Ibrahim.

Khamis, 2 September 2010

RIYA’ MEMUSNAHKAN PAHALA

SYIDAD bin Ausi bercerita: ‘Suatu hari saya melihat Rasulullah SAW sedang menangis. Lalau saya pun bertanya, ya Rasulullah, mangapakah tuan menangis?’

Sabda Baginda: “Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik. Ketahuilah bahawa mereka tidak menyembah berhala tetapi, mereka berlaku riya’ dengan amal perbuatan mereka.”

Seterusnya Rasulullah menyambung lagi sabdanya: “Para ‘malaikat penjaga’ akan naik dengan membawa amal perbuatan para hamba daripada puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar seperti sinar matahari dan bersama mereka ialah 3,000 malaikat lainnya dan mereka membawanya ke langit ketujuh.

“Malaikat yang menunggu di langit untuk menerima serahan, berkata kepada para ‘malaikat penjaga’, ‘Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan itu ke muka pemiliknya serta semua anggotanya dan tutuplah hatinya. Sungguh aku menghalagi sampainya kepada Tuhanku setiap amal yang dikehendaki untuk Tuhan selain Allah (melakukan amal kebajikan bukan kerana Allah SWT).

“Berlaku riya’ di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan ramai. Di kalangan para ulama’ pula untuk menjadi popular di kota dan di dalam masyarakat umum.

“Allah SWT telah memerintahkan agar aku tidak membiarkan amalnya melepasi daku akan sampai kepada selain aku.

“Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan seterusnya sampai kepada Allah SWT. Mereka memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang benar-benar soleh dan ikhlas kerana Allah.”

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kamu semua adalah para malaikat Hafadzah (malaikat penjaga) kepada amal-amal perbuatan hambaKu, sedangkan Akulah yang mengawasi dan mengetahui hatinya bahawa sesungguhnya mereka berkehendakkan amal ini bukan untukKu, bahkan untuk selainKu. Maka baginya adalah laknatKu, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit.”

Menjunjung Kasih Keatas Keperihatinan Raja Nazrin Shah: PELUK TUBUH RASA NAK DEMAM, BARUKU TAHU NASIB TAK BAIK.


ENTAH di mana silap dan di mana pula salahnya, tiba-tiba Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah secara mengejut mencemar duli meninjau kawasan jalan pintas Rapat Setia ke Ampang berhampiran Taman Rapat Koperasi di Bandaraya Ipoh, yang dijadikan tempat pembuangan sampah haram sehingga menimbulkan rungutan orang ramai.

Dalam tindakan yang dianggap tidak pernah dilakukan sebelum ini, Raja Nazrin turut meninjau kawasan berhampiran Taman Pinggir Rapat Perdana yang juga didakwa sering tercemar dengan kejadian pembakaran terbuka yang menimbulkan masalah penduduk setempat.

Baginda meluangkan masa selama 25 minit meninjau di kedua-dua kawasan terbabit dan meminta Datuk Bandar segera menangani masalah berkenaan. Baginda ternyata kesal dengan masalah yang timbul di mana kawasan Bandaraya Ipoh yang agak kotor dan tidak terurus sehingga menimbulkan pencemaran serta aduan penduduk.

Raja Nazrin diberitakan memberitahu Datuk Bandar yang turut serta dalam tinjauan itu: “Orang komplen mengenai sampah di sini.”

Adakah ini merupakan hadiah sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 untuk rakyat Bandaraya Ipoh dan juga para penjawat awam Perak daripada baginda Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, terpulang kepada persepsi masing-masing.

Pak Sulung: Tidak berniat menuding jari kepada Datuk Bandar atau sesiapa tetapi, pengajaran daripada episod ini perlu diambil perhatian oleh ketua-ketua jabatan lain supaya mengemaskini tugasan anda. Yang sentiasa parlu diingat, lawatan mengejut seperti itu tidak mustahil akan berlaku di tempat lain, pada ketika yang lain dan dengan masalah yang lain pula. Jangan sampai Raja murka, nanti susah.

‘Bendera’ Desak Dua Juta Rakyat Indonesia Pulang: UNTUK APA, UNTUK NGANGGUR?


MUNGKIN kerana terdesak dengan ‘ungkitan’ rakyat Malaysia atau baru terfikir, mengenai lebih dua juta rakyat negara Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia (secara haram atau halal) sejak sekian lama, maka Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) meminta pemerintah negara berkenaan mencari jalan membawa pulang rakyatnya yang mencari nafkah di Malaysia demi mempertahankan kehormatan serta kedaulatan negara.

Gesaan itu dibuat oleh Koordinator ‘Bendera’, Mustar Bona Ventura Manurung yang mahukan selepas kesemua warga Indonesia itu pulang, Jakarta perlu segera memutuskan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur. Tegasnya, langkah itu perlu memandangkan Kuala Lumpur enggan meminta maaf kepada Jakarta dan seluruh rakyat Indonesia berhubung beberapa insiden yang telah mengeruhkan hubungan kedua-dua negara selama ini.

Dalam perkembangan lain, Mustar menafikan laporan menyebut ahli-ahli kumpulan demonstrasi di Indonesia termasuk dari Bendera sebenarnya hanya ‘mencari makan’ serta mendapat bayaran di antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.

Berdasarkan nama koordinator berkenaan, berkemungkinan besar dia bukan beragama Islam.

Persoalannya, sanggupkah mereka yang berada di Malaysia itu pulang, semata-mata kerana mahu mempertahankan kehormatan? Kehormatan apa? Kehormatan warga Indonesia atau kehormatan puak tertentu yang jadi agen zionis?

Dan setelah pulang, mahu kerja apa mereka? Mahu terus mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Indonesia untuk mendapatkan upah sebagai pengganti pekerjaan di Malaysia sekarang? Yang pasti, kalau mereka pulang, menganggurlah jadinya. Tak ada kerja dan hidup kembali sulit berbanding semasa berada di Malaysia.

‘Bendera’ sepatutunya memikirkan bagaimana pihak pemerintahnya harus melahirkan lebih banyak peluang pekerjaan. Bukan memberontak memusnahkan diri sendiri kerana keperluan yang sedikit. Sedarlah bahawa rumupun Melayu Islam di Nusantara ini sedang direncanakan oleh zionis untuk hancur berantakan sesama sendiri seperti di Asia Barat.

Kepada umat Islam Indonesia yang cintakan negara dan agama, seharusnya bertindak menentang golongan bukan Islam yang menjadi agen zionis seperti itu. Mereka bagikan dalam keadaan terdesak mahukan dua negara berjiran dan serumpun ini berkonfrantasi.

Sedarlah bahawa selepas Asia Barat, Pakistan, Afghanistan dan negara Balkan di pecah-pecah dan rakyatnya dimiskinkan, gerakan zionis sedang menumpukan perhatiannya ke Nusantara pula. Dan negara Islam terbesar di dunia adalah Indonesia.

Justeru, setelah ekonomi Indonesia dilumpuhkan, kini semua kerjasama dengan Malaysia mahu dihentikan. Dan caranya tidak lain adalah mewujudkan satu ketegangan politik antara kedua negara. Kewujudan Malaysia di Nusantara, di anggap zionis bagaikan Iran di Asia Barat.

Beringat dan waspadalah sebelum terlambat.

Pak Sulung: Menanti respon warga Indonesia yang berada di Malaysia.

MAHASISWA INDONESIA PUN NAK CARI 'DUIT RAYA' JUGA....


SYUKUR ALHAMDULILLAH.... umat Islam di Malaysia sekali lagi dapat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan dalam keadaan aman, sejahtera dan ceria. Manakala segelintir umat yang kurang bernasib baik, mendapat perhatian pelbagai pihak dengan pelbagai bantuan yang dihulur untuk menceriakan mereka menjalani ibadah puasa serta menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan dengan itu sebahagian besar umat Melayu/Islam bagaikan berpesta dalam menyedikan keperluan serba baru untuk menyambut 1 Syawal, lapan hari lagi. Semuanya berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Dan yang paling gembira adalah kanak-kanak yang diberikan tumpuan khas oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Demikian senario sepintas lalu keadaan masyarakat kita, khasnya umat Melayu/Islam sepanjang Ramadhan dan persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, saudara serumpun kita di Indonesia, khasnya penduduk Jakarta yang dhaif terpaksa berhempas pulas mencari ‘duit raya’ untuk tujuan sama. Malah untuk mendapatkan makanan pun agak sulit dan payah.

Suasana itu turut dirasa sama oleh sebahagian mahasiswa kota berkenaan. Dengan adanya peluang mendapatkan ‘duit raya’ sumbangan individu atau kumpulan tertentu, mereka sanggup walaupun dalam keadaan terpaksa melakukan ‘tunjuk perasaan’ sebagai syarat mendapatkan sumbangan berkaitan.

Maka tunjuk perasaan yang menular di kota Jakarta sekarang bermotif ‘Mengganyang Malaysia’ dan ‘Sweeping Malaysian’, jadi sumber ilham untuk tujuan berkenaan. Apa perlunya mereka bertindak sedemikian kalau tidak kerana mendapatkan sedikit ‘duit raya’?

Semuanya telah diketahui melalui pengakuan mereka sendiri sebagaimana yang tersiar di media massa.

Semalam (1 September), berita dari kota Jakarta melaporkan sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-Undang Jakarta) bertindak mengotorkan Jalur Gemilang (bendera Malaysia) dengan telur, sebelum membakar dan melontarkan bendera yang terbakar sebahagiannnya itu ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.

Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis “diplomasi mati suri”, “ganyang Malaysia”, “bela harga diri bangsa” serta “malingsia serumpun yang durhaka”. Demonstrasi selama kira-kira setengah jam mulai pukul 11.05 pagi itu diawasi oleh kira-kira 60 anggota polis Indonesia.

Begitu kisah sedih mahasiswa di sana.

Jika dibandingkan dengan mahasiswa di negara kita, keadaannya jauh lebih baik dan selesa.

Tidak ada apa yang patut kita semua ucapkan selain daripada bersyukur kehadhrat Allah SWT yang meletakkan negara kita dalam keadaan aman dan sebahagian besar rakyatnya berada dalam kesejahteraan.

Kepada yang mahu berfikir, berfikirlah dengan waras dan saksama lagi bijaksana. Atas alasan apa kita di negara ini mahu memecah-belahkan perpaduan ummah dan menjahanamkan kemajuan negara yang dibina sekian lama oleh negarawan terdahulu dan sekarang? Tanyalah kepada diri kita sendiri, kerana selain Allah SWT, kita tidak boleh menipu diri kita sendiri.

Negara jiran Indonesia yang serumpun, sebangsa dan seagama itu telah mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Belanda sepuluh tahun lebih awal dari kita di Persekutuan Tanah Melayu, kemudiannya menjadi Malaysia, enam tahun kemudian.

Hasil bumi dan keluasan wilayahnya pula jauh lebih banyak dan lebih luas jika dibandingkan dengan negara kita, Malaysia. Kaum wanita dan anak gadis mereka berduyun-duyun meninggalkan tanah tumpah darah kerana mencari rezeki di perantauan. Dalam keadaan terpaksa mereka meninggalkan keluarga, anak-anak serta suami.

Fikir-fikirkanlah.

Pak Sulung: Mencadangkan rakyat Malaysia yang masih tidak puas hati dengan keadaan negaranya ini, supaya berkunjung ke negara-negara jiran di rantau Nusantara (Asia Tenggara) untuk memerhatikan kehidupan rakyatnya bagi dibandingkan dengan keadaan kita di negara kita.

Rabu, 1 September 2010

RASULULLAH PUN BUAT SILAP

NABI MUHAMMAD SAW pun kadang-kadang melakukan kesilapan tetapi, kesilapan yang dilakukan baginda bukanlah kesilapan yang boleh menyebabkan baginda berdosa. Kerana jika baginda melakukan sebarang kesilapan, Allah akan segera menurunkan ayat al-Quran sebagai teguran supaya baginda membaiki kesilapannya itu.

Salah satu kisah kesilapan terjadi pada suatu hari, itu ketika baginda sedang mengajar agama Islam kepada tokoh-tokoh kaum Quraisy. Tiba-tiba datang seorang buta bernama Ibnu Ummi Maktum, mendekati Rasulullah sambil berkata, “Wahai Rasul Allah, ajarkanlah kepadaku apa yang diajar oleh Allah kepada engkau.”

Kata-kata orang buta itu tidak dilayan oleh Rasulullah. Baginda tidak mempedulikan kata-kata orang buta itu kerana baginda berharap, para pembesar Quraisy itulah yang berkata sedemikian. Pada pendapat baginda, jika orang-orang kenamaan kaum Quraisy itu memeluk Islam, sudah tentu rakyat bawahan akan ikut serta.

Justeru itulah, baginda bertindak tidak mengendahkan permintaan orang buta itu. Sikap baginda itu menyebabkan Allah SWT murka, sehingga Allah menurunkan ayat al-Quran kepada Rasullah. Ayat itu bermaksud supaya baginda menukar sikapnya itu.

Antara maksud firman Allah berkenaan ialah: “Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling kerana datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali dia ingin membersihkan dirinya (dari dosa) atau dia ingin mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasakan dirinya serba cukup, maka kamu melayannya. Pada hal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan dirinya (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran) sedang dia takut kepada Allah, maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (demikian). Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah satu peringatan.” – (Surah ‘Abasa: 1-11).

Selepas turunnya ayat al-Quran itu, Nabi Muhammad telah berubah sikap terhadap Ibnu Ummi Maktum. Setiap kali berjumpa dengan orang buta itu, baginda selalu mengucapkan “Marhaban biman atabani Rabbi” bermaksud ‘Selamat datang untuk orang yang olehnya aku mendapat teguran Allah’.

Maka Rasulullah telah mengajar kepadanya akan ajaran agama Islam sebagaimana baginda mengajar sahabat-sahabatnya yang lain. Rasulullah juga menunjukkan simpati terhadap nasib Ibnu Ummi Maktum yang tidak dapat melihat itu. Untuk itu Rasulullah menyampaikan hadis yang bermaksud: “Bila aku (Allah) ambil yang dimuliakan hambaku, gantinya ialah syurga (kalau dia bersabar).

Selain layanan yang mesra, Rasulullah SAW telah melantik Ibnu Ummi Maktum menjadi Gabenor tentera Madinah. Beliau menjadi pemimpin sepenuhnya terhadap segala urusan tentera. Di samping itu, beliau juga membaca khutbah ketika solat Jumaat.

Walau bagaimanapun, Ibnu Ummi Maktum tahu diri. Dia tidak menjadikan mimbar yang diguna oleh Rasulullah semasa berkhutbah tetapi, sekadar berdiri di samping mambar Rasulullah sahaja. Begitu mulianya hati Ibnu Ummi Maktum. Dia tidak lupa daratan atas kepercayaan Rasulullah terhadap dirinya.

Beliau juga dilantik sebagai ‘tukang azan’. Beliau melaksanakan tugas itu bersama-sama petugas lain seperti Bilal. Rasulullah SAW telah menentukan waktu untuk mereka melakukan tugas mengumandangkan azan. Bilal pada waktu malam, manakala Ibnu Ummi Maktum menjalankan tugasnya pada waktu siang hari.

Begitulah kisah kesilapan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Kisah ini memberi pengajaran supaya jangan memandang rendah atau acuh tak acuh kepada orang cacat atau orang kurang upaya, kerana mereka juga adalah hamba Allah. Terbukti dari kisah ini bahawa orang buta bernama Ibnu Ummi Maktum itu jauh lebih baik daripada pembesar-pembesar Quraisy berkenaan.

PAS: Dulu Lain Sekarang Lain....


DALAM suasana menyambut kemerdekaan negara ke -53 ini, elok rasanya kita tinjau perbezaan Pas antara dahulu dan sekarang. Parti yang nama asalnya ‘Pan Malayan Islamic Party’ itu telah banyak berubah. Dan perubahan yang paling ketara ialah setelah ianya bersekutu dengan DAP dan PKR dalam sebuah pakatan ‘tak bertauliah’ bernama ‘Pakatan Rakyat’.

Segala-galanya berlaku selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac 2008. Semuanya jadi tidak seperti dulu setelah parti itu berada dalam satu pakatan yang berKetua-Umumkan seorang hamba Allah bernama Anwar bin Ibrahim.

Walaupun Anwar Ibrahim itu hanyalah sebagai ‘penasihat’ sahaja kepada PKR tetapi, dalam pakatan mereka semua bersetuju menatangnya untuk dijadikan Ketua Umum. Iaitu ketua kepada semua ketua. Atau ketua kepada Pas yang berPresidenkan Abdul Hadi Awang, ketua kepada DAP yang berPresidenkan Karpal Singh dan ketua kepada PKR yang presidennya adalah isteri beliau snediri, Wan Azizah.

Semenjak Pas berada di bawah ketiak Anwar Ibrahim macam-macam hal berlaku di peringkat dalaman parti itu. Presidennya hilang kuasa dan yang menonjol ialah Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat. Nik Aziz telah membelakangkan Abdul Hadi dalam banyak hal yang berhubung-kait dengan soal dasar parti.

Semua pemimpin Pas tidak berani angkat muka dengan Tok Guru Nik Aziz. Kalau Nik Aziz kata hitam, maka hitamlah kata semua pemimpin parti itu. Tidak ada bukti jelas untuk menjelaskan kenapa begitu jadinya kepimpinan sekarang. Mereka kelihatan sangat takut dengan Nik Aziz.

Maka apabila sindrom takut telah menerpa kepimpinan parti itu, maka hilanglah rasa hormat yang sangat ditekankan oleh ajaran Islam.

Dahulu Pas begitu gah dengan perjuangan Islam dan menegakkan sebuah negara Islamnya. Kini semuanya telah terdedah kepada umum bahawa parti itu tidak lagi berminat dengan perjuangan itu. Perjuangan terbaru Pas ialah merampas Putrajaya untuk diserahkan kepada Anwar bin Ibrahim.

Selepas berjaya menyerahkan Putrajaya kepada Anwar, lantak le apa nak jadi dengan Pas selepas itu. Janji Putrajaya dapat ditawan dan Anwar Ibrahim dapat dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-tujuh. Had itu sahaja yang terfikir oleh mereka, khasnya Nik Aziz Nik Mat.

Walaupun setelah bermacam masalah politik timbul akibat bersekongkol dengan DAP yang anti-Melayu dan anti-Islam serta PKR yang hanya mahu memperjuangkan nasib masa depan politik Anwar Ibrahim, Pas cuba menggilap slogan lamanya yang dah berkarat, iaitu ‘Hukum Hudud’.

Slogan lapuk itu cuba digosok kembali oleh Nik Aziz bagaikan menggosok ‘Lampu Aladin’. Malang bagi Nik Aziz, jin yang keluar dari lampu itu ialah Karpal Singh yang dengan garang menyergah Nik Aziz supaya jangan berangan-angan mahu menubuhkan negara Islam dan undang-undang Islam di negara ini.

Terlentuk dan lembiklah Nik Aziz dibuatnya. Terkedu dan terduduk tak berani kata apa. Kerana risau dengan sokongan penyokong yang semakin merosot, Nik Aziz pun dipulihkan semangatnya oleh Anwar Ibrahim melalui Husam, dengan mencetuskan idea baru, iaitu menyaman Petronas kerana engkar memberikan royalti minyak, kononnya....

Maka berseri dan tersenyumlah semula Nik Aziz setelah ada isu baru yang diyakini mampu untuk meraih semula sokongan puak mereka yang dah mula menyepi.

Begitulah keadaan dan suasana Pas sekarang. Dahulu mana mereka tahu nak buat kerja saman-menyaman seperti itu. Sekarang, setelah berkawan dengan Karpal dan Lim Guan Eng, Lim Kit Siang serta Lee Kuan Yew, Pas – khasnya Nik Aziz, dah pandai panjat tangga mahkamah. Lepas ini tak tahulah siapa pula yang akan dia saman.

Memanglah kerja saman-menyaman untuk menutup mulut dan mengertak orang itu, amalan biasa DAP dan juga Lee Kuan Yew. Kalau mereka rasa tertekan maka adalah orang atau pihak yang akan di saman atau diheret ke mahkamah. Tujuannya bukan apa, cuma sekadar mentutup mulut atau supaya isu yang timbul tidak berpanjangan kerana menunggu kes dibicarakan di mahkamah.

Dulu hanya penceramah daripada Pas sahaja yang berceramah politik di surau-surau dan masjid-masjid yang mereka kuasai. Kini pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam pun dah boleh masuk memberikan ceramah. Pas kini dah bertambah kuat dengan adanya sokongan daripada bukan Islam, khasnya dari segi memberikan ceramah-cermah politik melalui surau dan masjid.

Inikah agaknya yang dimaksudkan Nik Aziz bahawa parti itu mahu mendekatkan orang bukan Islam dengan agama dan ajaran Islam? Entahlah.... Hanya Nik Aziz sahaja yang tahu.

Demikian sedikit sebanyak perbezaan ketara yang penulis dapat fikirkan mengenai Pas dahulu dan Pas sekarang. Mungkin kekawan lain boleh tambah jika ada yang berminat dan mempunyai analisis yang lebih bernas dan jitu.

Pak Sulung: Menasihatkan diri sendiri dan para sahabat blogger supaya mulai sekarang berhati-hati sedikit dengan Nik Aziz. Dia dah pandai dakwa di mahkamah dan bila-bila masa dia sedia panjat tangga mahkamah, walaupun dalam keadaan berpimpin. Lagi pun, dahulu Pas kurang mendapat bantuan para peguam. Kini puak-puak peguam daripada DAP dan PKR dah ramai yang sedia tolong Pas untuk tujuan berkenaan.

Pelbagai Cara Sambut Merdeka Ke-53, ANTARA YANG TAK BERAPA MERDEKA DAN YANG BENAR-BENAR MERDEKA


PELBAGAI cara rakyat Malaysia menyambut Hari kemerdekaan negaranya. Ada yang menyembutnya semata-mata untuk berseronok, ada yang mencari publisiti dan ada pula yang benar-benar merdeka dengan perlakuan mereka. Mereka merdeka daripada didakwa kerana undang-undang yang ada membebaskan mereka begitu sahaja.

Ada tiga kisah atau peritiwa yang menarik minat penulis memperkatakannya. Semuanya berlaku ketika rakyat negara ini berada dalam suasana menyambut ulantahun kemrdekaan ke-53.

Pertama, kisah di mana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberkas 22 pasangan kekasih warga tempatan yang dipercayai berkhalwat sempena sambutan ambang Merdeka ke-53. Kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula pada pukul 11 malam semalam sehingga 4 pagi, malam 31 Ogos.

Sebagaimana diberitakan, pelbagai taktik licik dikesan cuba digunakan pasangan kekasih berkenaan bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap, seperti mendaftar masuk ke hotel atas nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik. Kesemua pasangan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dibawa ke ibu pejabat JAIS di Shah Alam untuk diambil keterangan dan diikat jamin sebelum dibebaskan.

Yang menariknya, daripada 22 pasangan yang dicekup itu terdapat satu pasangan di mana yang lelakinya bukan Islam. Kesemua mereka akan di dakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, lelaki bukan Islam itu tidak akan didakwa oleh JAIS kerana tidak termaktub dalam undang-undang syariah berkaitan.

Maka merdekalah si lelaki bukan Islam itu dengan sebenar-benar merdeka. Sementara pasangannya yang beragama Islam tak berapa merdeka jadinya.

Satu lagi kisah menarik ialah seperti yang dilaporkan blog PAPA GOMO dinihari tadi, mengenai MP Subang, R. Sivarasa dari PKR yang kena maki hamun dan dibaling dengan buah kurma oleh para peniaga/pengunjung Bazar Ramadhan Seksyen 6 & 7, Kota Damansara, sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.

Begitu kisah seorang Ahli Parlimen bukan Islam yang cuba mencari publisiti murah di Bazar Ramadhan dalam kawasannya. Dia berhasrat untuk menunjukkan perangai baiknya terhadap orang Melayu kawasannya dengan mendermakan beberapa biji buah kurma. Nak ambil hati dengan buah kurma?

Tepatlah sebagaimana dilaporkan, bilamana seorang pengunjung bazar bertempik: “Lu ingat Melayu bodoh ka? Mau bagi gula-gula ini macam? Sementara seorang lagi berkata: “Longkang tersumbat pun lu takda mari bikin, jalan rosak pun lu tak boleh bikin. Lu ingat boleh menang ka PRU-13 nanti?

Akhirnya, kerana menyedari kedatanganya tak menjadi sepertimana yang dirancang, MP Sivarasa yang juga salah seorang Peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwat II itu pun bergegas cabut meninggalkan bazar Ramadhan berkenaan. Gagal dan hampa. Buah kurma yang cuba dijadikan gula-gula itu melayang kembali menerpa mukanya.
Itu kisah menjelang hari kemerdekaan tahun ini. Yang cuba mencari publisiti mudah dan muarh gagal mencapai matlamatnya. Yang dia dapat adalah malu yang teramat sangat. Dan mungkin juga baru puak-puak pembangkang di Selangor tahu bahawa mereka tidak diperlukan lagi. Keberadaan mereka sebagai MP dari Selangor tidak diakui lagi oleh pengundi-pengundinya.

Sementara anak Cina bernama Namewee pula dilaporkan telah memberi keterangan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur berhubung isu video kontroversi terbarunya yang semkin panas dan mendapat perhatian umum. Hinggakan Timbalan Perdana Menteri pun terpaksa memberikan perhatian dengan membuat kenyataan mengenai isu tersebut.

Yang menariknya, si Wee tu sempat memberitahu wartawan, "Saya seorang pengarah filem, artis dan ahli muzik tetapi tidak semestinya kalau ada sesuatu yang tidak betul berlaku di negara saya, saya akan berdiam diri kerana saya rakyat Malaysia. Saya menyokong anti rasis dan 1Malaysia, jadi saya datang untuk memberi kerjasama kepada pihak polis.

"Saya percaya polis akan menyokong saya, begitu juga seluruh negara. Saya cintakan Malaysia," katanya.

Nampaknya, si keparat ni cuba tiru stail Yahudi Israel. Yahudi di Israel menyerang dan menghalau warga Palestin serta merampas tanah-tanah mereka untuk dibangunkan penempatan kaum Yahudi. Alasan mereka ialah mempertahankan diri daripada serangan Hizbullah. Kerana mempertahankan diri mereka boleh menyerang, membunuh, malah merampas tanah-tanah milik Palestin. Mudah sangat alasannya.

Si Wee ni pun buat macam itu la. Dia kutuk lagu Negaraku, dia persenda Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan orang Melayu tetapi, dia dakwa apa yang dilakukannya itu sebagai menyokong anti rasis. Haram jadah punya anak Cina. Eloklah anak Cina sekor ni disimpan sahaja di Kamunting, Taiping atau di Simpang Renggam, Johor.

Demikian sekelumit kisah tiga jenis manusia Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan negaranya kali ke-53. Fikir-fikirkan lah....

Pak Sulung: Bersyukur ke hadhrat Allah SWT kerana negara kita masih tetap berada dalam keadaan aman dan damai, walaupun ada pihak-pihak tertentu yang cuba menghuru-harakannya kerana kepentingan puak dan peribadi. Selain itu kita semua harus bersyukur kerana negara kita terhindar daripada bencana alam yang menggerunkan, memusnahkan harta benda serta nyawa.

Selasa, 31 Ogos 2010

KISAH ABU JAHAL MENGUJI RASULULLAH

SEBAGAI seorang pemuka Quraisy yang paling hebat menentang Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, Abu Jahal tidak pernah jemu dan patah semangat dalam usahanya menyakiti dan menghalang perjuangan Baginda menegakkan kalimah Allah di kalangan masyarakat Quraisy di kota Mekah. Kepada Abu Jahal, selagi Rasulullah SAW masih hidup selagi itulah Banginda menjadi ancaman besar terhadap diri dan pengaruhnya.

Pada suatu hari Abu Jahal dan rakan-rakannya datang ke rumah Abu Talib, iaitu bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Dia mahu melaporkan mengenai kegiatan anak saudaranya itu. Kedatangan Abu Jahal disambut oleh Abu Talib dengan hati yang terbuka.

Setelah dijemput masuk, maka Abu Jahal terus berkata, “ Hai Abu Talib, akhir-akhir ini aku lihat anak saudaramu Muhammad selalu berbuat yang aneh-aneh. Dia menyiarkan agama baru dan mengaku dirinya Nabi. Dia mengumpat Tuhan kita dan nenek moyang kita. Kami masih memaafkan dia kerana menghormati kemuliaanmu. Tapi jika anak saudaramu terus menentang ajaran nenek moyang kita, maka tidak ada jalan lain kecuali kami akan membunuhnya.”

Mendengarkan ancaman Abu Jahal itu, dengan lembut Abu Talib berkata, “Wahai Abu Jahal, duduklah kamu di sini sebentar. Tunggulah sehingga Muhammad balik dan saya akan panggil dia ke mari.”

Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW pun datang dan terus duduk di sisi Abu Jahal. Rasulullah telah dapat menduga tujuan kedatangan Abu Jahal ke rumah bapa saudaranya itu.

Setelah mereka bersalaman, Abu Jahal berkata kepada Abu Talib, “Hai Abu Talib,” kata Abu Jahal memulakan bicara. “Kalau benarlah pengakuan anak saudaramu sebagai Rasul, cubalah tunjukkan kepada kami tanda-tandanya.”

Abu Talib menoleh kepada anak saudaranya lalu berkata, “Hai anak saudaraku, bagaimanakah tanggapan kamu terhadap permintaan Abu Jahal itu?”
“Wahai bapa saudaraku,” kata Nabi Muihammad bersuara lembut. “Adakah mereka mahu beriman jika saya sanggup membuktikannya?”
“Sanggup,” jawab Abu Jahal dan rakan-rakannya serentak.
“Sekarang apakah yang mereka kehendaki, wahai bapa saudaraku?” tanya Rasulullah.

Kebetulan di hadapan rumah Abu Talib itu terdapat sebuah batu besar. Sambil menunjuk ke arah batu berkenaan, Abu Jahal berkata, “Hai Muhammad, jika kamu benar-benar utusan Allah, cubalah keluarkan sebatang pokok yang mempunyai dua cabang dari dalam batu itu.”

Sebaik sahaja mendengar permintaan Abu Jahal, lantas Baginda berdoa kepada Allah SWT. Tidak berapa lama kemudian, turunlah Malaikat Jibril memberi salam lalu memberitahu Baginda bahawa Allah SWT telah menerima doanya.

Dengan sekelip mata sahaja batu yang terdapat di hadapan rumah Abu Talib itu terbelah dua. Dan dengan tiba-tiba keluarkah dari batu itu sebatang pokok bercabang dua sebagaimana permintaan Abu Jahal. Mereka yang menyaksikan kejadian itu tersangat kagum.

“Alangkah hebatnya apa yang telah dilakukan olehnya,” kata salah seorang dari mereka. Bagaimanapun mereka masih belum puas hati, lalu meminta pula supaya pokok itu dikembalikan seperti sediakala dan begitu juga dengan batu itu. Belum sempat habis mereka berkata, pokok itu mengecil dan hilang dari pandangan sementara batu besar kembali bertaut.

Abu Jahal dan rakan-rakannya bertambah hairan lalu dia pun berkata, “Alangkah hebatnya sihirmu hai Muhammad.” Sambil mengejek mereka beredar dari rumah Abu Talib.

Moral kisah:
Begitulah sikap manusia yang dihatinya telah bersarang fitnah Sang Iblis. Walaupun segala cabaran dengan mudah dibuktikan, ia masih tidak mahu mengakuinya malah serta merta berdalih dengan tuduhan lain pula. Demikianlah apa yang terjadi kepada puak-puak tertentu di negara kita ini yang tidak pernah mahu menerima kebenaran atau bukti nyata yang terpampang di depan mata.

Walaupun Abu Jahal telah lama mati tetapi, perangai dan sifat Abu Jahal tetap wujud silih berganti di kalangan masyarakat, selagi dunia belum kiamat.

JIBRIL MENCERITAKAN TUJUAN ABU AMIR AL-FASIQ MENDIRIKAN MASJID

HIASAN: Masjid Quba di Madinah

DI MADINAH, sebelum Rasulullah SAW berhijrah, ada seorang lelaki suku Khazraj yang terkenal, bernama Abu Amir. Dia seorang Nasrani yang banyak membaca kitab-kitab peninggalan Injil. Dia terkenal kerana termasuk seorang tokoh masyarakat suku Khazraj.

Setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, dan setelah agama Islam berkembang serta kaum Muslimin menang dalam peperangan Badar, Abu Amir mula menunjukkan penentangan dan memerngi Rasulullah dan kaum Muslimin.

Abu Amir segera pergi ke Mekah berjumpa kafir Quraisy. Dia menceritakan segala usaha dan siasah yang dilakukan Nabi Muhammad di Madinah. Dia mengajak seluruh kafir Quraisy menentang dan memerangi Rasulullah bersama pengikutnya.

Mereka menyusun kekuatan untuk memerangi Nabi. Ketika tercetus perang Uhud, Abu Amir turut serta di pihak kafir. Kebetulan dalam peperangan itu kaum Muslimin menderita kalah kerana tidak patuh terhadap arahan Nabi. Dalam peperangan itu Abu Amir menggali beberapa buah lubang untuk memerangkap pihak Muslimin. Rasulullah SAW terjatuh ke dalam lubang yang digali Abu Amir sehingga Baginda luka, giginya patah dan kepalanya berdarah.

Abu Amir sangat gembira dan segera berjumpa dengan orang-orang Muslimin yang sudah beriman (orang Ansar) dan berusaha mengajak mereka membantunya. Setelah mendengarkan cerita Abu Amir, mereka berkata: “Allah tidak akan menolongmu wahai orang fasik, wahai musuh Allah.” Mereka pun segera meninggalkannya sambil mengejek. Setelah mereka pergi, Abu Amir berkata: “Celaka kamu semua, ternyata kamu sudah menjadi pengikut setia Muhammad sejak aku tinggalkan kamu di Madinah ini.”

Sebelum Abu Amir pergi berjumpa orang kafir Quraisy di Mekah dahulu, Rasulullah telah mengajak dia beriman kepada Allah dan RasulNya serta membacakan Quran kepadanya. Dia menentang dan tidak percaya dengan agama yang dibawa Rasulullah SAW dan dengan angkuhnya bertanya: “ Agama apakah yang tuan bawa?”
Jawab Rasulullah: “Aku membawa agama yang benar iaitu agama Nabi Ibrahim.”
Kata Abu Amir: “Akupun berada dalam agamanya”.
Jawab Nabi: “Engkau tidak berada dalam agamanya.”
“Tidak, engkaulah yang telah memasukkan ke dalam agama yang benar itu sesuatu yang bukan dari agamanya,” balas Abu Amir.
Jawab Nabi: “Tidak, aku tidak memasukkan yang tidak benar tetapi, yang aku bawa ini adalah agama yang suci bersih.”
Berkata lagi Abu Amir: “Biarlah Allah memestikan siapa yang pendusta di antara kita dalam keadaan ianya sebagai petualang, sebatang kara dan terasing.”
Jawab Rasulullah: “Amin Ya Rabbal Alamin.”

Setelah selesai peperangan Uhud dan Abu Amir melihat pengikut Nabi SAW semakin bertambah dan dakwahnya semakin berkembang, dia pergi lagi mencari pengaruh dan sokongan. Kali ini dia pergi berjumpa dengan Raja Rom untuk mengajaknya sama-sama memerangi Rasulullah. Dia menyusun kekuatan di sana dan mengutus surat kepada orang Madinah yang belum beriman. Isi suratnya itu mengatakan bahawa dia akan datang membawa pasukan tentera yang kuat untuk memerangi Rasulullah dan memaksa Baginda menghentikan dakwahnya.

Dalam surat itu juga Abu Amir meminta mereka supaya menyiapkan tempat untuk tenteranya datang. Caranya, mereka mestilah membangunkan sebuah masjid bertujuan mengeliru dan memecah perpaduan kamu Muslimin. Mereka pun membangunkan sebuah masjid bersebelahan Masjid Quba. Masjid inilah yang dinamakan ‘Masjid Dirar (membahayakan)’. Masjid itu selesai dibina sebelum Nabi SAW keluar ke peperangan Tabuk.

Supaya masjid itu dianggap sebagai masjid biasa, mereka menjemput Rasulullah meresminya dengan melakukan solat di dalamnya. Menurut mereka, masjid itu dibangun untuk orang-orang lemah dan uzur yang susah berjalan ke masjid lain pada waktu malam.

Kebetulan ketika itu Nabi SAW mahu berangkat ke peperangan Tabuk, maka Baginda tidak sempat meresmikan masjid yang mereka bina itu. Sebenarnya ini adalah ketentuan Allah SWT yang mahu memelihara hambaNya dari mengerjakan solat di dalam masjid palsu itu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.

Ketika itu Rasulullah SAW belum tahu muslihat mereka lalu berkata: “Kami mahu pergi musafir. Kalau sudah pulang nanti InsyaAllah kita sama-sama solat di masjid itu. Setelah Rasulullah pulang daripada peperangan Tabuk, Baginda masih penat. Sehari selepas itu, Malaikat Jibril datang memberitahu keadaan masjid itu dan tujuan mereka membangunnya.

Malaikat Jibril membawa ayat surah Al-Taubah, 107-108 bermaksud: “ Dan orang-orang yang menjadikan (membina) masjid kerana hendak membahayakan (orang Mukmin) dan kerana kufur dan kerana memecah-belah di antara orang yang beriman dan kerana bersiap sedia untuk memerangi Allah dan RasulNya semenjak dahulu lagi. Dan sesungguhnya mereka bersumpah: Tiada lain yang kami kehendaki hanyalah kebaikan. Sedang Allah menyaksikan sesungguhnya mereka sememangnya orang-orang pendusta. Janganlah engkau mendirikan solat di dalamnya untuk selama-lamanya.”

Setelah mengetahui keadaan masjid itu, Rasulullah menyuruh para sahabat yang terdiri dari kaum Ansar dan Muhajirin supaya membakar dan menghancurkan masjid itu.

Bagaimana pula dengan nasib Abu Amir yang hebat memusuhi Rasulullah sesudah Nabi mendoakan dia supaya mati dalam keadaan sebagai petualang, sebatang kara dan terasing itu?

Menurut riwayat, Abu Amir Al-Fasiq telah mati di negeri Syam dalam keadaan terasing dan sebatang kara. Di dunia dia mati dalam keadaan menyedihkan dan di akhirat nanti sudah tentu akan dimasukkan ke dalam neraka, kerana bukan sahaja disebut dalam hadith tetapi, diceritakan di dalam Al-Quran.

Moral kisah:
Demikian kisah seorang fasiq yang membina masjid dengan tujuan memecah-belahkan perpaduan orang Mukmin di zaman Rasulullah SAW, lebih 1,400 tahun lalu. Kini, dizaman kita dan di negara kita, tidak ada individu yang membina masjid untuk tujuan sedemikian tetapi, terdapat golongan ‘dedalu’ yang menguasai masjid untuk tujuan memecah-belahkan umat Islam.

MERDEKA


SELAMAT MENYAMBUT KEMERDE
Menjana Transformasi Negara

"Segala apa yang kita capai, segala apa yang kita bina dan segala apa yang kita
hargai, boleh hancur berkecai dan musnah dalam sekelip mata. Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada. Demi masa depan anak-anak kita, kelangsungan Malaysia mesti dipertahankan. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus.

"Mudah-mudahan kita mendapat rahmat.”

Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak,
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA,MERDEKA, MERDEKA

Isnin, 30 Ogos 2010

MALAIKAT BERDOA UNTUK ORANG YANG BERZIKIR


ALLAH SWT menciptakan malaikat yang tugasnya hanya manjaga dan melaporkan permintaan orang-orang yang membaca atau menyebut: ‘Ya Arhamarrahimin’ (Wahai Zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang). Maka sesiapa yang menyebut atau membaca ‘Ya Arhamarrahimin’ sebanyak tiga kali, malaikat yang bertugas akan berkata: “Sesungguhnya Zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah berada di hadapanmu (menghadapmu), maka pintalah apa yang kamu hajati.

Dikhabarkan bahawa kecintaan para malaikat terhadap orang-orang mukmin ialah dengan sentiasa memohon kepada Tuhannya agar mengampuni dosa orang mukmin yang bertaubat dan mengikuti jalanNya.

Hal ini ditegaskan Allah SWT melalui firman, maksudnya: “(Malaikat-malaikat) yang memikul Arasy dan yang berada dikelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepadaNya serta meminta ampun bagi orang yang beriman (yang mengucapkan): ‘Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampun kepada orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang bernyala-nyala.”

“Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

“Dan peliahralah mereka daripada (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari ini maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar.”
– (Ghafir: 7-9).

Permohonan ampun dari Malaikat bukan hanya untuk orang yang beriman sahaja, bahkan untuk semua penghuni bumi ini. Firman Allah SWT, maksudnya: “Hampir sahaja langit itu pecah dari sebelah atasnya. (Kerana kebesaran Tuhan) dan malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohonkan ampun bagi orang yang ada di bumi. Ingatlah, bahawa sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – (Asy-Syuura: 5).

Mengenai parkara sama, Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Apabila imam membaca ‘amin’, sesungguhnya para malaikat dilangit mengucapkan ‘amin’ juga. Maka barangsiapa yang aminnya bersamaan dengan aminnya malaikat, dia akan diampuni segala dosanya.”

Sebagaimana juga diriwayatkan oleh Al-Jamaah selain Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Apabila imam mengucapkan ‘Samiallahhu liman hamidah’, maka makmum hendaklah meneruskannya dengan ‘Allahhumma rabbana walakal hamd’. Kerana sesungguhnya barang siapa yang ucapannya bersamaan dengan ucapan para malaikat, dia akan diampuni segala dosanya.”

Para malaikat juga mengaminkan doa orang mukmin sebagaimana sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud: “ Janganlah engkau berdoa untuk dirimu kecuali yang baik sahaja. Kerana sesungguhnya malaikat mengaminkan apa-apa yang engkau ucapkan (dalam doamu). – Hadis riwayat Bukhari.

Demikian juga apabila seseorang mukmin mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan yang didoakan, malaikat ikut mengaminkan dan berkata: ‘Bagi kamu seperti itu juga.”

“Doa seseorang muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuannya adalah mustajab. Di hadapannya ada malaikat yang mewakilinya. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat yang mewakilinya berkata: ‘Amin dan untuk engkau seperti itu juga.” – Hadis riwayat Muslim.

BERMUHASABAH DENGAN BENCANA ALAM


LEBIH kurang seminggu selepas sebahagian rakyat Indonesia di Jakarta mengadakan tunjuk perasaan membenci Malaysia dengan membakar dan memijak Jalur Gemilang, membaling najis manusia ke premis Kedutaan Malaysia di ibu negara itu serta mempamerkan pelbagai sepandok mengecam dan menghina Malaysia, tiba-tiba Gunung Sinabung di Sumatera Utara meletuskan lahar dan pasir panas, setelah 400 tahun tidak aktif.

Ya Allah! Kenapakah bala seperti ini Engkau timpakan bertali arus di negara jiran kami yang serumpun, sebangsa dan seagama itu. Terlalu marahkah Engkau terhadap mereka (rakyatnya) atau mahu menyedarkan mereka yang lupa daratan supaya mengerti apa tujuan manusia itu Engkau ciptakan di muka bumi ini?

Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim! Hamba-hambaMu yang dhaif, lemah dan tidak berkuasa walau sedikitpun di dunia ini redha dengan Kuasa dan KehendakMu. Segala-galanya daripadaMu. Daripada Engkau kami datang dan kepada Engkau kami akan kembali.

Demikian kesedaran yang terbit dalam fikiran penulis bila mengenangkan betapa sengsara dan deritanya rakyat di negara jiran itu menghadapi dugaan dari Penciptanya, khususnya di persekitaran gunung berapi berkenaan.

Sebagaimana yang diberitakan, sejumlah 12,000 penduduk sekitarnya terpaksa melarikan diri. Dan sekurang-kurangnya dua orang maut kerana sesak pernafasan dan diserang sakit jantung. Bayangkan bagaimana siksanya mereka yang tertimpa malapetaka alam itu. Sedangkan untuk yang beragama Islam pula akan menyambut ‘Aidulfitri sepuluh hari lagi.

Kalau kita bermuhasabah diri dan memikirkan betapa bertuahnya kita di Malaysia ini kerana tidak ditimpa bala bencana alam seperti banjir yang melanda negara China dan Pakistan sekarang dan terbaru di sekitar Gunung Sinabung di Sumatera Utara itu. Tidak ada kalimah yang harus terucap daripada mulut kita selain Alhamdulillah..... Syukur krHadhrat Allah SWT, Tuhan pencipta alam dan segala isinya.

Penulis menulis sebegini kerana terkenangkan perbuatan segelintir rakyat yang kelaparan dan miskin di kota Jakarata, Indonesia yang terpaksa melakukan penghinaan dan perbuatan biadap terhadap negara jiran serumpunnya – Malaysia, yang banyak memberikan peluang rezeki kepada lebih dua juta rakyatnya, walaupun sebilangan besar mereka hadhir sebagai ‘pendatang tanpa izin’, semata-mata kerana sedikit ‘duit raya’. Maksudnya dilakukan secara terpaksa sebab dhaif dan miskin.

Terlalu banyak yang mampu kita tuliskan jika segala yang terfikir dalam fikiran kita mengenainya, dirakamkan sebagai tulisan – prosa atau puisi.

Hanya kepada Allah SWT sahaja tempat kita semua mengadu, kerana hanya Dia sahajalah yang Maha Mengetahui dan sebaik-baik Perencana.

Pak Sulung: Masih tidak dapat lari daripada terfikirkan bahawa segala malapetaka dan bencana alam yang melanda negara jiran Indonesia yang bertali-arus itu, sebagai kemurkaan Allah SWT kerana pemerintahnya membenarkan nama Allah digunapakai oleh semua agama yang terdapat di negara berkenaan.
Dan kepada warga Malaysia yang berpendapat bahawa tidak terjadi apa-apa pun jika nama Allah digunapakai oleh agama-agama lain selain Islam kerana mengambil contoh negara jiran Indonesia, semua itu adalah jawapannya.

Hasutan Anak Cina Bernama Namewee: KALAU TANYA NIK AZIZ, TENTU DIBOLEHKAN....


PEGUAM Negara diminta bertindak tegas terhadap pemuda dari Muar, Johor, Wee Meng Cheng atau lebih dikenali sebagai ‘Namewee’ sekiranya benar dia menghasilkan klip video yang berunsur perkauman atau hasutan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, tindakan tegas itu perlu diambil bagi mengelakkan perbuatan tersebut menjadi amalan dan kebiasaan di negara ini.

Demikian ulasan dan saranan DS Rais Yatim mengenai seorang anak kaum imgran yang sejak sekian lama mempersenda dan mengHina orang Melayu, negara Malaysia dan agama Islam, serta berkempen membenci kerajaan BN sedia ada yang ditunjangi UMNO – Melayu.

Reaksi rakyat Malaysia, terutamanya kaum Melayu yang waras dan taat setia kepada negara, agama dan bangsa, semuanya marah dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan. Dan DS Rais selaku menteri telah pun menggesa supaya tindakan undang-undang dikenakan kepada ‘makhluk perosak’ itu.

Lebih hebat lagi bunyinya, PERKASA menggesa supaya Wee Meng Cheng di buang negeri. Ke mana? Negeri atau negara mana yang mahu menerimanya? Daripada dibuang negeri, lebih baik dibuang sahaja ke laut, biarkan dia jadi jamuan jerung. Selesai masalah....

Apapun di bahagian akhir kenyataan, Menteri berkenaan membuat perbandingan, “Kalau di England, rakyat mereka tidak akan conteng poster wajah Ratu Elizabeth, tidak akan hina lagu God Save the Queen.”

Kepada penulis, semua itu terjadi di negara kita kerana di Malaysia ini ada DAP, ada PAS dan ada pula PKR. Di sini ada Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Ada Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo. Ada Nik Abdul Aziz Nik Mat – ulama tersohor yang terkenal dengan fatwa sesatnya. Yang penting, di negara ini ada Sheikh Anwar Ibrahim, manusia yang belum padam cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri Malaysia.

Selain itu, di England tidak akan datang Lee Kuan Yew membuat kunjung hormat sebaik sahaja Pilihan Raya Umum tamat dan ketika parti pemerintahnya hampir tumbang.

Lagipun, di England kaum imigrannya terkawal dan tidak bercita-cita untuk mengambil-alih kuasa pemerintahan negara. Kaum imigrannya juga tidak berhasrat menjadikan negara ‘orang putih’ itu menjadi sebahagian daripada negara Cina.

Pendek kata, segala kekalutan fikiran dan kerencaman politik serta kekeliruan ajaran Islam tidak akan berlaku kalau ‘makhluk-makhluk perosak’ seperti mereka tidak wujud di negara bernama Malaysia ini.

Bagaimanapun, kalau ditanyakan masalah itu kepada Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas yang sangat disanjung pendapatnya oleh puak-puak pembangkang, tentu dia kan berkata semua itu tidak mengapa dan dibolehkan dalam Islam. Dan juga semua itu akan dianggapnya sebagai ‘pendapat peribadi’ seorang warganegara yang telahpun berjinak-jinak dengan Islam.

Sebagaimana biasa, jika isu itu menimbulkan masalah kepada kerajaan dan pemerintah negara, maka Ulama Utama pembangkang itu akan memihak kepadanya. Tapi kalau si wee itu menyokong kerajaan sedia ada, taat dan setia kepada negara Malaysia serta Yang di-Pertuan Agong, maka Nik Aziz akan melabelnya sebagai ‘jahil dengan agama Islam’.

Begitu dan itulah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas dan Pakatan Rakyat yang menjadi ‘sumber inspirasi’ puak-puak yang sesat lagi menyesatkan.

Pak Sulung: Berharap pihak berkuasa seperti Peguam Negara atau sesiapa jua yang diamanahkan kuasa untuk mententeramkan negara dan rakyat Malaysia, supaya bertindak segera tanpa disuruh atau digesa oleh mana-mana pihak. Bertindaklah mengikut lunas undang-undang sedia ada dengan adil dan saksama, supaya negara kekal aman dan rakyat hidup sejahtera.

Ahad, 29 Ogos 2010

KISAH POK NIK DENGAN ‘MAZHAB NIKAZIZZIAH’



TAK TAHULAH bala apa pula yang akan menimpa negara ini selepas Nik Aziz menghalalkan pula orang bukan Islam masuk ke dalam masjid (tempat solat) sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam.

Demikian intipati pendapat Mursyidul Am Pas itu ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau
Al-Huda, Kajang Senteral, Ahad lalu, yang dititahkan oleh Sultan Selangor supaya pihak MAIS mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Ekoran titah Sultan Selangor itu, Ahli Parlimen Serdang itu telah membuat kenyataan memohon ampun dan berhasrat menghadap Sultan untuk tujuan tersebut.

Sebagaimana yang diberitakan Bernama, kenyataan Ulama Agong Pas itu tidak menghairankan. Umum yang mengetahui perangai beliau tidak berasa pelik dengan kenyataannya itu. Sebaliknya jikalau beliau bersetuju dengan apa yang dititahkan Sultan Selangor itu, bererti dia dah pendek umur. Dah tebiat....

Oleh itu janganlah hairan dan sedih kalau selepas ini nanti lebih banyak dan lebih hebat lagi pencerobohan terhadap ajaran Islam dan rumah ibadat orang Islam oleh puak kufar daripada DAP dan PKR. Jangankan membaling dengan cat merah seperti yang berlaku di Seremban baru-baru ini, mungkin ada pula yang membakarnya nanti.

Apa mereka takut? Nik Aziz ada. Kalau pihak berkuasa menghukum mereka, Pas dan Nik Aziz sendiri akan membela mereka. Nik Aziz ada ‘karamah’ istimewa yang boleh dijadikan pembela.Mereka yang bukan Islam dibolehkan berbuat apa sahaja kerana dengan cara itu boleh mendekatkan mereka dengan ajaran agama Islam.

Cuma penulis nak tanya sikit pada Tok Guru Pas yang Maha Hebat itu. Sejak pakatan ditubuhkan dan sejak Nik Aziz jadi Ketua Ulama mereka, berapa ramai sudah kaum Cina dan India kufar yang masuk Islam kerana ajaran Nik Aziz? Dan sudah memeluk Islamkan Karpal Singh, Gobind Singh Deo, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Terasa Kok, Eli Wong, Ronnie Liu, Xavier serta sahabat-sahabat lain yang berada dalam kepimpinan DAP dan PKR?

Dan adakah kehadiran Lee Kuan Yew yang berjumpa dengan Nik Aziz di Kota Bharu, selepas selesai PRU-12 lalu itu adalah untuk memeluk Islam di hadapan Nik Aziz?

Selepas ini, khasnya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, penulis cadangkan supaya Nik Aziz selaku menteri Besar Kelantan serta Mursyidul Am Pas, menjemput atau menganjurkan satu majlis di mana-mana masjid di Kota Bharu, Kelantan, khas untuk pemimpin/Ahli Parlimen/ADUN kaum kufar dari DAP dan PKR memberikan tazkirah atau berucap dalam masjid sambil makan dan minum-minum.

Makan dan minumlah apa sahaja yang disukai oleh puak itu demi mendekatkan mereka dengan Islam. Kalau Nik Aziz tak tahu apa jenis minuman yang sesuai untuk mereka, sila rujuk atau minta pendapat Zaid Ibrahim.

Majlis seperti itu penting dibuat kerana dengan itu barulah betul dan bertepatan dengan pendapat Nik Aziz yang mengatakan: "Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama.”

Ini pun satu amalan biasa bagi Nik Aziz. Melabelkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya sebagai ‘kafir dan jahil’ sememangnya mainan bibir beliau sejak dulu. Selagi beliau boleh bernafas di bumi Allah ini, selagi itu beliau akan melabel orang dibencinya sesuka hati.

Fatwa terbaru Nik Aziz untuk bulan Ramadhan al-Mubarak ini nampaknya ditujukan khas kepada Baginda Sultan Selangor? Secara direct Nik Aziz menganggap baginda jahil dengan agama kerana mengarahkan pihak MAIS mengambil tindakan terhadap penganjur dan juga YB berkenaan.

Fatwa ini juga agaknya demi kebangkitan Islam cara Pas atau Mazhab Nik Aziz. Dengan mengajak atau membolehkan rakyat melabelkan Sultan yang menjadi Ketua Agma Islam sebagai ‘jahil dengan agama’, maka akan berduyun-duyunlah orang kafir – kahsnya para penyokong DAP dan PKR akan memeluk Islam jenama Nika Aziz atau Mazhab Nik Aziz itu.

Nampaknya ajaran Mazhab Nik Aziz ini telah sampai ke kemuncaknya. Kalau dulu beliau hanya melabelkan pemimpin UMNO sahaja dengan pelabagi label yang mencela dan menghina, kini Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan Sultan pula sebagai JAHIL DENGAN AGAMA.

Justeru, wajarlah segala ajaran dan fahaman Nik Aziz Nik Mat itu dilabelkan sebagai satu mazhab baru agama Islam di negara ini. Elok saja mazhab itu di namakan MAZHAB NIKAZIZZIAH.

Pak Sulung: Menanti ulasan dan tindakan Majlis Agama Islam Selangor, terutamanya daripada Dato’ Hassan Ali yang berkedudukan sebagai Exco Agama Islam bagi Negeri Selangor. Mari kita sama-sama tengok mahu kemana Hassan Ali kali ini. Tersepitkah dia dengan kenyataan Nik Aziz itu? Menyokong Sultannya atau pemimpin parti politik yang dianggotainya? Mari kita lihat siapa yang kenaaaa.....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog