Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 12 Ogos 2011

Najib Dan Rosmah Hadir Di Mahkamah Berhubung Kes Liwat Anwar

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim.

Najib dan Rosmah tiba pada pukul 2.55 petang untuk bertemu pasukan peguam bela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh.

Mereka tiba 15 minit lebih awal daripada pasukan peguam bela Anwar.

Perdana Menteri dan isteri telah bertemu dengan pasukan peguam bela Anwar secara berasingan selama lima minit di bilik mesyuarat Tingkat Tujuh kompleks berkenaan.

Najib dan isteri meninggalkan kompleks itu pada pukul 3.28 petang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata kehadirannya di Kompleks Mahkamah itu adalah sebagai menghormati keputusan yang telah dibuat hakim.

Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan dua permohonan Anwar untuk menemubual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Najib berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi itu dan "saya sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim, tak kiralah apa jua jawatan."

Perdana Menteri berkata sebab itu beliau hadir ke majlis tersebut dan telah memaklumkan pendiriannya.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan perkara yang dimaklumkannya kepada peguam bela Anwar kerana beliau telah "sampaikan(nya) mengikut hak saya."

"Saya tahu apa hak saya dan saya telah sampaikan kepada pihak peguam yang mewakili Anwar, dan Anwar juga ada di situ," katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai kehadirannyannya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Sementara itu, Karpal Singh berkata Najib dan Rosmah menolak untuk ditemu bual bagi kes perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan dan kedua-duanya juga tidak mahu menjadi saksi pembelaan dalam kes itu.
- Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Perdana Menteri dan isterinya telah memenuhi perintah mahkamah, iaitu untuk hadir ke mahkamah bagi ditemubual oleh para peguam pembela Anwar Ibrahim dalam kes liwat Anwar-Saiful.

Bagaimanapun, PM dan isteri tidak mahu jadi saksi pada perbicaraan membela diri Anwar itu nanti. Anwar tak boleh buat apa, sebab keputusan mahkamah hanya membenarkan mereka ditemubual, bukannya mesti jadi saksi kes.

Lagipun kenapa PM dan isteri yang diminta jadi saksi? Sedangkan kedua-duanya tidak terlibat langsung dengan kes liwat berkenaan. Perkara utama tidak dijawab, perkara lain pula yang disusah-payahkan. Yang penting untuk Anwar jawab dan jelaskan ialah ‘bagaimana air maninya boleh berada dalam dubur Saiful?’.

Apa lagi yang Anwar boleh buat sekarang? Ada peluang nak tangguh?


Kalau di zaman Rasulullah atau Khalifah, mereka ini boleh dihukum pancung, tapi....


SEBAGAIMANA tersiar di blog PISAU.NET hari ini, wajah-wajah mereka di bawah ini adalah lima tokoh terpenting yang terlibat menarik umat Islam menjadi murtad.

Mereka ini telah melarikan diri dan turut membantu pihak peguam yang menyorokkan 12 orang Islam yang hadir pada majlis di Gereja Methodist Damansara Utama yang dihebohkan sebagai diserbu pihak JAIS, supaya tidak memberikan kerjasama dengan Jabatan Kerajaan Selangor berkaitan.

Sekarang ini mereka disorokkan oleh peguam tertentu dan tidak dibenarkan memberi sebarang kenyataan kepada JAIS dan mana-mana agensi kerajaan atau media.


Tak tahulah dah berapa banyak umat Islam yang telah mereka murtadkan.

Mereka yang buat kerja ini difahamkan mendapat upah atau bayaran lumayan daripada pihak tertentu yang sudah tentu pihak penggerak agama Kristian di negara kita ini.

Kalau di zaman pemerintahan Rasulullah saw atau di zaman pemerintahan para sahabat, mereka ini sudah tentu jika dapat di tangkap akan dikenakan hukuman ‘pancung kepala’.

Bagaimanapun, di zaman sekarang dan di negara kita Malaysia, undang-undang seperti itu tidak digunapakai dan kita memilih undang-undang yang berteraskan keadilan demokrasi.
Wallahhualam....
- sumber berita dan gambar: PISAU.NET

Siapa berani sita GMDU? Nak robohkan kuil kecil di bawah pokok pun tak mampu.... Nak robohkan geraja? Peerahhhhh!


HEBOH dikhabar-anginkan kononnya Gereja Methodist Damansara Utama, Seksyen 13 Petaling Jaya yang disiasat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini akan disita kerana pembinaannya tidak memperoleh kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Poorahhhh! Siapa yang sebarkan berita itu adalah orang bangang yang tidak tahu dan tidak faham bahawa sebenarnya pengaruh dan kuasa penggerak Kristian di negara ini tersangatlah kuatnya. Tidak ada siapa yang berani mengganggu-gugat mereka.

Rangkaian mereka luas merangkumi ke seluruh pelusuk dunia. Mereka bersatu dan teguh dengan perjuangan menjadikan Kristian agama sejagat. Pentadbiran mereka bersistematik, wang mereka banyak, bukan calang-calang banyaknya. Kalau Malaysia ini mahu dijualpun mereka boleh beli.

Dan jauh sekali di samakan dengan umat Islam. Umat Islam kalau tidak berpecah-belah dan saling bercakaran sesama sendiri, bukanlah Islam namanya.

Kalau dah sebuah parti politik yang terang-terang menamakan dirinya sebagai ‘Parti Islam’ pun tidak berani berbuat apa-apa ke atas gerakan penggerak Kristian memurtadkan umat Islam, apa lai yang boleh diharapkan kepada parti-parti lain?

Melayu/Islam? Kalau bangsa ini tidak bergaduh dan saling berbantah-bantahan sesama sendiri, bukanlah Melayu namanya.

Justeru, apa yang mereka buat tidak ada siapa yang berani halang dan bantah. Mereka tahu sejauh mana kekuatan bangsa Melayu dan kerajaan Melayu. Melayu... layu.... lembik dan mudah lisut.....

Entah macam mana JAIS sahaja yang berani bertindak. Mungkin semua itu atas Kudrat dan Iradat Allah swt yang Maha Berkehendak menggerakkan hati mereka yang terlibat bertindak sedemikian sebagai suatu petunjuk daripadaNya atas solat hajat dan doa mereka yang minta ditunjukkan ‘kebenaran’.

Itupun setakat tu sajalah. Lepas tu berkokaklah para pemimpin Melayu yang menmgaku beragama Islam mengenai tindakan yang dijadikan isu ituuuuuuuuuu..... Wal usul balik asal....

Sebagaimana kita semua sedia maklum, pihak berkuasa di negara kita agak teragak-agak dalam masalah bertindak terhadap rumah-rumah ibadat, walaupun di dalam Perlembagaan Negara mencatatkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.

Kalau sebuh kuil kecil di bawah pokok pun pihak berkuasa kita tidak mampu merobohkannya walaupun semua orang tahu ianya didirikan secara haram di tanah yang diteroka secara haram, tetapi tindakan merobohkannya tetap tidak mampu dilakukan.

Kalau cuba juga macam-macam bantahan akan dilakukan. Ini bukannya satu fitnah atau tuduhan melalu. Banyak kes boleh dijadikan contoh. Dan masyarakat di negara ini semuanya tahu masalah ini.

Di Shah Alam contohnya, hinggakan ada sebatang jalan baru yang lebar – empat rotong, tidak mampu diteruskan pembinaannya kerana sebuah kuil haram berada di tengah-tengah jajaran projek berkenaan. Maka terbantutlah pembinaan jalan di tempat berkenaan. Walaupun pembinaan lancar, di awal dan di hujungnya, tapi bila tiba di kuil berkenaan, jalan itu terputus dan kekal dengan jalan lama yang kecil.

Itu baru kisah sebuah kuil hindu yang kecil dan jelas didirikan secara haram di atas tanah milik kerajaan. Inikan pulak nak sita atau robohkan Gereja Methodist Damansara Utama? Malam sikit! Jauh panggang dari api. Takkan ada pihak yang berani lakukannya.

Bak kata kaum India: Poooorrrraaaahhhhh!

Zulkifli Noordin cabar Anwar memanggilnya ke mahkamah sebagai saksi


“TEMAN (saya) akan ceritakan macam mana Anwar pada hari Saiful membuat laporan polis itu. Teman tidak akan lupa tarikh 28 Jun 2008 itu, masih segar dalam ingatan teman.

“Teman juga nak ceritakan kepada mahkamah apa yang dibincang malam itu. Bagaimana Rahimi dibawa datang ke Quality Inn Hotel malam itu? Apa yang dia disuruh buat oleh beberapa orang tertentu pada malam itu, siapa orang tertentu itu dan apa peranan Choo Keong pada malam itu?”

Demikian antara hujah yang diberikan YB Zulkifli Nordin melalui tulisannya dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com. Yang mencabar Anwar Ibrahim dan peguam bela Karpal Singh agar memanggilnya ke mahkamah sebagai saksi bagi memberi keterangan berhubung kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

Zulkifli berkata, beliau adalah saksi yang relevan untuk memberi keterangan kerana mempunyai maklumat berhubung apa yang berlaku pada hari Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis kerana mendakwa telah diliwat Anwar dan juga beberapa maklumat lain berhubung kes itu.

Sambil mempersoalkan tindakan Anwar yang mahu memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi kes liwatnya itu, Zulkifli hairan mengapa Anwar tidak memanggil beberapa individu lain yang lebih relevan untuk berbuat demikian, sebaliknya mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes itu.

Katanya, antara mereka yang boleh menjadi saksi bagi kes itu ialah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman dan Anuar Shaari, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor, isteri Anwar sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

“Kenapa kami saksi-saksi yang relevan ini langsung tidak dipanggil oleh Anwar, sedangkan kami yang tahu sedikit sebanyak, malah ada yang terlibat secara langsung. Kenapa Najib dan Rosmah yang langsung tak ada kena-mengena dengan kes liwat ini hendak dipanggil sebagai saksi?” kata YB Zulkifli.

Jelasnya, banyak perkara yang boleh diceritakan kepada mahkamah sekiranya beliau dipanggil sebagai saksi untuk kes itu, termasuklah bagaimana keadaan Anwar apabila mendapat maklumat Mohd. Saiful telah membuat laporan polis kerana diliwat Anwar.

Katanya, Najib dan Rosmah tidak perlu melayan Anwar sekiranya sapina dikeluarkan terhadap mereka untuk menjadi saksi kes tersebut sebaliknya memohon supaya ia dibatalkan sahaja.

Tambahnya, tindakan Anwar memanggil Najib dan Rosmah bukan untuk pembelaan alibi sebaliknya mempunyai tujuan lain.

Beliau berkata, Anwar akan mencari jalan untuk menangguhkan kes itu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mahu bertanding dan berharap untuk menang pada pilihan raya itu.

Terlalu banyak cabaran oleh bekas orang kuat dan sahabat Anwar Ibrahim mengenai siapa yang sepatutnya menjadi saksi dalam perbicaraan kes liwat II yang telah berlangsung selama lebih tiga tahun tetapi masih tidak juga selesai kerana sering tertangguh kerana karenah yang ditimbulkan oleh pihak tertuduh dan pembela.

SM tidak arif mengenai selok belok mahkamah dan sistem perundangan. Persoalan yang bermain difikiran SM ialah tidak bolehkah pihak pendakwa memanggil mereka sebagai saksi setelah Anwar dan peguamnya tidak memerlukan khidmat mereka?

Sama-samalah kita tunggukan perkembangan selanjutnya dan apa kesudahannya kepada kes liwat ini.

Bicara kes liwat Anwar-Saiful peringkat bela diri mungkin ditangguh?


'IMPIAN' untuk mendengar keterangan bela diri Anwar Ibrahim berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya, pada Isnin ini mungkin tidak menjadi kenyataan. Ini kerana, peguam bela utama Ketua Pembangkang itu, Karpal Singh sudah mula membayangkan penangguhan ketika ditemui oleh pihak media selepas selesai sesi temu bual dua orang saksi di kompleks mahkamah Kuala Lumpur, Khamis.

Peguam itu menyatakan, sekiranya barisan pembelaan tidak dapat menemu bual kesemua saksi yang disenaraikan dalam dua permohonan mereka, kes itu perlu dianjakkan ke satu tarikh sehingga mereka berjaya berbuat demikian.

Pihak pendakwaan perlu memastikan kesemua saksi hadir esok bagi membolehkan sesi temu bual dibuat dan diselesaikan agar pembelaan boleh menentukan saksi mana yang akan dipanggil untuk memberi keterangan kelak.

Pada Khamis, saksi-saksi yang hadir untuk sesi temu bual ialah bekas pemandu Anwar, Abdullah Sani Said dan bekas pengawal peribadinya, Mokhtar Mustafa. Esok dua lagi saksi akan hadir untuk temu bual.

Ditanya bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor akan datang ke kompleks mahkamah itu untuk ditemu bual, Karpal memberitahu, tiada petanda atau maklumat mengenai perkara itu.

Daripada 15 orang yang disenaraikan dalam dua permohonan, sehingga hari ini, hanya sembilan orang hadir untuk sesi temu bual.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof sebelum ini hadir untuk temu bual pada Selasa lalu tetapi membatalkan niat tersebut selepas mengetahui Anwar akan berada di dalam bilik temu bual.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan semalam bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh berada di dalam sesi temu bual tetapi tidak boleh terlibat secara aktif terutamanya bertanyakan soalan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
- Berita: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Memang besar kemungkinan perbicaraan bela diri oleh Anwar Ibrahim pada Isnin ini akan tertangguh lagi. Usaha Anwar dan peguamnya mencari helah untuk kesekian kalinya mungkin berjaya.
Kalau helah ini pun tidak berjaya, tak tahulah apa lagi yang akan dilakukan Anwar dan barisan peguamnya yang semuanya dari golongan pemimpin pembangkang dan kafir harbi.

Pembunuhan Banting: Giliran Tertuduh Keempat Pula Dakwa Didera

DUA hari selepas tertuduh kedua dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya memberi keterangan bahawa dia didera oleh polis, pada Khamis, giliran tertuduh keempat pula 'menceritakan' saat-saat getir yang dilaluinya semasa berada dalam tahanan reman.

R. Kathavarayan, 31, mendakwa, penderaan secara fizikal itu berlaku pada 11 September 2010 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, apabila dia dibawa keluar dari lokap dan dibawa ke sebuah bilik kecil yang mempunyai sebuah meja kecil.

Tambah pekerja ladang itu, dia diarahkan untuk duduk di atas lantai berhadapan dengan pegawai soal siasat, Cif Inspektor N. Govindan yang semasa itu duduk di meja tersebut, manakala terdapat dua atau tiga lagi pegawai polis berdiri di belakang tertuduh.

"Layanan semasa itu tidak berapa baik. Bila saya panggil 'abang' saya akan dipukul. Saya hanya mahu beritahu 'abang, nama saya Ravi' . Govindan juga tarik rambut saya dan menumbuk bahu saya beberapa kali.

"Selepas itu, Govindan keluar kata-kata kesat kepada saya dan berkata bagaimana dia boleh mempunyai hubungan dengan saya untuk saya panggil dia 'abang'. Selepas itu saya panggil dia 'Tuan'," kata Kathavarayan semasa disoal oleh peguamnya, Ravi Nekoo.

Dia seterusnya mendakwa, Govindan telah menunjukkan satu gambar kepadanya, tetapi tertuduh mendakwa, dia tidak pernah mengenali individu dalam gambar tersebut menyebabkan dia ditampar oleh Govindan manakala polis-polis di belakang pula menumbuk dan menendangnya.

Penderaan itu, dakwa Kathavarayan berlaku antara pukul 1.10 dan 4.30 petang, hari yang sama selain tidak diberi makan dan minum serta tidak berani untuk meminta kerana bimbang akan dipukul sekali lagi.

"Selepas itu, Govindan keluar dan saya diarahkan untuk meniarap dan orang di belakang saya telah memukul tapak kaki dengan menggunakan getah paip. Mereka berehat sebentar dan bercakap dengan saya sebelum kembali memukul," katanya dalam Bahasa Tamil.

Selain itu, tertuduh yang bertubuh rendah itu juga memberitahu bahawa, dia telah dibawa ke ladang tempat dia bekerja pada 11 September 2010 dalam keadaan matanya ditutup dengan kain. Dia menambah, tidak diberikan makan atau minuman sepanjang berada di ladang.

Dia juga mendakwa, semasa ditangkap pada 9 September 2010 rambutnya adalah panjang melepasi bahu dan diikat.

"Sebelum balik ke lokap, pegawai polis telah berhenti di sebuah kedai makan. Govindan mengarahkan dua anggota polis untuk menjaga saya di kereta. Steven datang ke kereta dan arah saya untuk keluar, tangan saya digari.

"Semasa sebelah kaki saya berada di luar kereta, Steven tendang saya di dada, saya berasa sakit dan membongkokkan badan. Steven tarik rambut saya dan arahkan polis untuk mendapatkan gunting, namun saya tidak pasti jika rambut saya dipotong dengan menggunakan gunting atau pisau," katanya.

Pada prosiding itu, Kathavarayan juga mendakwa dia ditendang dan ditampar oleh seorang anggota polis apabila cuba untuk mengadu dirinya sakit pada 12 September 2010.

Kathavarayan juga mendakwa, pihak polis tidak menuruti arahan Majistret yang menjalankan prosiding reman pada 10 September 2010 agar dia diberikan telefon untuk menghubungi seseorang bagi menguruskan urusan pemberian makanan kepada haiwan di ladang tempat dia bekerja.

Sementara itu, pegawai perubatan dari Penjara Sungai Buloh, Dr P. Paramanathan, 67, mengesahkan bahawa beliau pernah merawat Kathavarayanyang mempunyai masalah kencing berdarah, selain mengadu kesakitan akibat ditendang dan ditumbuk.

"Bagaimanapun, dari luaran saya tidak dapat melihat kesan kecederaan kerana tiada luka mahupun kesan lebam," katanya dan menambah, tertuduh diberikan ubat antibiotik dan sembuh selepas dua minggu.

Katanya lagi, Kathavarayan juga mengadu rasa sakit di bahagian dada kerana menurutnya, akibat dipijak oleh seseorang yang tidak dapat dicamkannya.

Menjawab soalan peguam Gurbachan Singh, Paramanathan memberitahu, beliau juga ada merawat tertuduh kedua, T. Thilaiyalagan yang mengatakan dia sakit pada bahagian belakang badan dan mengalami lebam.

Gurbachan: Jika ditunjukkan lebam pada tangan Thilaiyalagan, adakah doktor boleh mengesahkan jika ia disebabkan oleh penderaan?
Paramanathan: Saya tidak boleh memberikan jawapan secara tepat kerana adakalanya ia boleh disebabkan kerana terlanggar dengan objek tumpul.

Semasa disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, saksi memberitahu Thilaiyalagan dibawa ke klinik penjara itu pada 14 Oktober 2010 oleh Unit Kawalan Penjara (UKP).

Paramanatan sedang memberi keterangan selaku saksi keempat pada prosiding bicara dalam perbicaraan yang diadakan bagi mengesahkan keadaan mental Thilaiyalagan dan Kathavarayan yang didakwa berada dalam keadaan tertekan semasa memberikan keterangan yang membawa kepada penemuan barang kes.

Thilaiyalagan, 20, dan Kathavarayan, 31, dibicarakan bersama rakan mereka, R. Matan, 21, dan bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 30 Ogos 2010, antara pukul 8.30 dan 9.45 malam di ladang beralamat Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Isnin.
- Laporan: BernamaOnline

Khamis, 11 Ogos 2011

Maut dilibas dengan gergaji ketika tagih hutang....

Mayat Che Hassan Che Omar dibawa naik ke dalam kenderaan polis di Tok Bali, Pasir Puteh,Rabu.
TINDAKAN seorang peniaga ikan di Bachok menuntut hutang lapuk daripada jirannya, membawa padah apabila dia maut selepas dilibas dengan gergaji besi pemotong ais di kepala oleh lelaki berkenaan semalam.

Kejadian berlaku di sebuah pangkalan pendaratan ikan di Tok Bali apabila mangsa, Che Hassan Che Omar, 51, dari Kampung Kuala Besut, Terengganu dan menetap bersama isteri keduanya di Kampung Limau Manis, Telong, Bachok cuba menuntut hutang itu daripada jirannya berusia 49 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bagaimanapun tindakan mangsa itu menimbulkan kemarahan jirannya sehingga berlaku pertengkaran antara mereka.

“Suspek yang gagal mengawal kemarahannya dikatakan mencapai senjata tajam dipercayai gergaji besi sebelum melibas kepala suspek,” katanya ketika dihubungi di Pasir Putih, Rabu.

Jalaluddin berkata, sebaik sahaja melihat mangsa rebah, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.

Beliau berkata, mangsa yang parah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku, Pasir Puteh namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang.

Berikutan itu, katanya, suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, adik mangsa, Che Omar Che Nor, 46, ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Anis memberitahu, abangnya telah menjalankan perniagaan ikan di pangkalan itu selama 15 tahun.

“Kami sekeluarga terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian abang dengan cara begini kerana setahu saya, dia selama ini tidak pernah bermusuh dengan sesiapa,” katanya.

Menurutnya, jenazah Allahyarham dituntut oleh keluarga isteri pertamanya pagi ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Besut, Terengganu.
- Berita: UtusanOnline

Rusuhan terburuk Britain masuk hari kelima, penduduk Islam jadi sasaran, EPL mungkin terjejas

Polis Britain dah hilang sabar... bukan saja dibelasah, ditembak mati pun ada.... Berkeras setelah puas berlembut? Bererti, ada sesuatu yang tak kena apabila terlalu tunduk kepada desakan atas nama hak asasi manusia.... Mana ada hak asasi manusia kalau manusia itu dah jadi seperti binatang?
Inilah akibatnya apabila pihak berkuasa terlalu takut bertindak terhadap penunjuk perasaan kerana takut dituduh melanggar hak asasi manusia.... Akhirnya hak asasi rakyat yang tak berdosa jadi mangsa....
RUSUHAN terburuk dalam sejarah Britain yang memasuki hari ke-5 semalam, meragut empat nyawa sejak kelmarin, dengan kekacauan terus merebak ke beberapa bandar utara termasuk Manchester, Liverpool dan Nottingham, manakala lebih 1,100 orang ditahan di seluruh negara setakat ini.

Seorang lelaki ditembak mati di Croydon, kelmarin, korban pertama rusuhan diikuti tiga lagi semalam apabila mangsa dilanggar kereta ketika mempertahankan beberapa kedai di Birmingham. Kekacauan juga dilaporkan merebak di West Bromwich, Wolverhampton, Leeds dan Gloucester.

Keganasan dan keadaan tidak menentu juga dikhuatiri mengancam jadual perlawanan pembukaan musim baru bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini di luar kota London selain menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan kejohanan Olimpik 2012 di ibu kota Britain itu.

Penunjuk perasaan yang bertukar menjadi penyamun
Syarikat insurans menganggar-
kan kerugian mencecah £100 juta (RM480 juta) sejak rusuhan meletus, Sabtu lalu. Rusuhan bermula di Tottenham di tengah ibu kota London selepas polis menembak mati seorang lelaki kulit hitam, Mark Duggan.

Rusuhan dan huru-hara berterusan turut memaksa Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Ketua Polis Metropolitan buat pertama kali membenarkan anggota polis menggunakan peluru plastik serta meriam air bagi menghalang perusuh dan kegiatan mencuri di bandar utama ‘selama mana perlu.’

Peluru plastik biasa digunakan untuk mematahkan kemaraan perusuh tanpa menusuk ke dalam anggota tubuh. Ia biasa digunakan bagi menyuraikan rusuhan di Ireland Utara tetapi tidak pernah digunakan polis di tanah besar Britain.

Di Manchester, beratus-ratus belia, ada di kalangan mereka semuda 10 tahun, mengganas di tengah bandar dengan membaling botol dan batu ke arah polis selain menyelongkar kedai.

Kebanyakan mereka yang memakai topeng muka dan topeng ski memecah tingkap kedai, merompak selain mengejar jurugambar yang berada di kawasan itu dalam apa yang disifatkan sebagai keganasan terburuk dalam tempoh 30 tahun.

Sebuah kedai pakaian wanita di lokasi perniagaan utama bandar itu dibakar bersama sebuah perpustakaan lama dekat Salford.

Perusuh turut memecahkan pintu kaca dan masuk ke dalam Arndale, pusat beli belah utama Manchester. Beratus-ratus remaja kemudian merempuh masuk kedai itu dan mencuri pakaian dan kasut.

Di Nottingham, perusuh membaling bom api ke sebuah balai polis dan membakar sebuah sekolah serta kenderaan di luar satu lagi balai polis.

Sekurang-kurangnya 90 orang ditahan selepas cuba mencuri barangan dalam kedai, kolej, pusat masyarakat dan kenderaan.

Di Liverpool, 200 belia membaling pelbagai benda ke arah polis dan anggota bomba memaksa pihak berkuasa menahan 44 orang.

Di London, kedai, pejabat dan sekolah ditutup awal berikutan kebimbangan rusuhan baru akan meletus. Beberapa kawasan perniagaan yang selalunya sibuk dilaporkan tenang kerana pemilik kafe, restoran dan pub menutup perniagaan sejak malam kelmarin.

Di kebanyakan kedai, langsir logam diturunkan dan banyak pemilik tempat perniagaan menutup tingkap kedai dengan kayu sebelum malam.
- Berita: Agensi/BHOnline

SATU MELAYU:
Begitulah yang terjadi di ibu kota sebuah negara yang berhemah dari segi hak asasi manusia, hinggakan pihak berkuasa polis jadi sasaran penunjuk perasaan kerana sikap lembut yang diamalkan.

Akhirnya, huru-hara tercetus dan keadaan tidak mampu di kawal. Penunjuk perasaan semakin ‘menggila’ dan pihak polis pun hilang sabar. Maka melayanglah nyawa mereka yang terlibat dan ramai peniaga mengalami kerugian besar kerana perniagaan mereka dimusnahkan kerana di bakar atau dirompak.

Kepada SM, semua ini adalah petunjuk daripada Allah swt mengenai erti tunjuk perasaan dan bantahan rakyat yang sangat buruk akibatnya. Tolerensi berlebihan menjadi sebab yang memakan diri.

Justeru, Alhandulullah! bersyukurlah kita di negara Malaysia ini kerana pihak berkuasa polis kita telah bertindak bijak dalam menyekat dan menghalang berlakunya tunjuk perasaan yang membawa kepada huru-hara sebagaimana yang telah dilakukan oleh Bersih 2.0 dengan sokongan kuat puak pembangkang, iaitu PAS dan PKR pada 9 Julai lalu.

Kalau tidak kerana tindakan bijak polis, negara kita akan jadi seperti apa yang sedang berlaku di Britain sekarang.

Kepada anak muda Melayu yang telah menyertai perhimpunan Bersih 2.0 kerana mendapat seratus dua dari pihak penganjur, insaflah! Ke mana Melayu nak lari kalau negara ini huru-hara? Yang pendatang serta kaum imigran sudah tentu akan cabut lari ke negara lain sebagai tempat baru. Melayu akan tinggal dalam kemusnahan....
PEMILIK kedai menyewa peralatan dapur di utara London, Azim Mohamed (kiri) dan pembantunya, Riaz Mohamed hanya mampu melihat kedai mereka musnah dibakar perusuh.


Padan Muka! Anwar hanya boleh hadir, tak boleh bertanya....

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, Rabu membenarkan Anwar Ibrahim yang dijadualkan membela diri atas pertuduhan meliwat pada Isnin ini, berada pada sesi temu bual dengan bakal-bakal saksi pembelaan.

Ketua Pembangkang itu bagaimanapun tidak dibenarkan turut serta secara aktif terutamanya dalam bertanyakan soalan kepada saksi-saksi tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian selepas selesai mendengar hujah Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria dan C. K. Wong bagi pihak pendakwaan dan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, di kamar beliau hari ini.

Semalam, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan membuat bantahan tidak rasmi berhubung kehadiran Anwar di bilik temu bual.

Kehadiran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah menyebabkan dua saksi; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof, enggan ditemu bual.

Antara alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung isu tersebut adalah bagi mengelakkan Anwar mengubahsuai keterangannya setelah mendengar keterangan saksi-saksi.

Ia juga bagi mengelakkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menakut-nakutkan saksi kerana terdapat beberapa kali prosiding di mahkamah menunjukkan peguam-peguam bela Anwar gagal mengawal anak guamnya.

Karpal bagaimanapun berhujah bahawa Anwar perlu ada di sepanjang sesi temu bual tersebut kerana itu adalah haknya sebagai tertuduh.

Anwar, 64, diperintah membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Beberapa minit selepas hakim membuat keputusan tersebut, Karpal memaklumkan kepada petugas media, pihaknya akan menuju ke tingkat enam kompleks mahkamah terbabit bagi menemu bual tujuh orang saksi.

Saksi-saksi tersebut ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Mahmood Nik Hassan; pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. S. Jeyaindran; ahli korporat, Datuk Nik Mohd. Sidek Nik Abu Bakar dan bekas doktor di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Suresh Naidu.

Turut hadir ialah mereka yang didakwa di unit bertentangan dengan tempat kejadian pada 26 Jun 2008 iaitu bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem, pegawai bank Deutsche Bank (M) Bhd., Raymond Yeoh Cheng Seong dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Selepas temu bual itu berakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Anwar dilihat meninggalkan kompleks mahkamah tanpa memberikan sebarang komen dan hanya menyatakan 'jumpa anda di mahkamah' kepada pihak media.

Karpal bersama peguam-peguam lain yang turut hadir dalam temu bual itu, Sankara Nair, Ram Karpal Singh dan Datuk Param Cumaraswamy juga enggan memberikan sebarang komen termasuk sama ada saksi-saksi memberi kerjasama dalam menjawab setiap soalan.

Peguam bela utama itu hanya mengesahkan kehadiran tujuh orang saksi tersebut dan memberitahu dua lagi saksi akan hadir esok untuk ditemu bual.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog